Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lelaki Januari

Rate this book
Cinta itu adakalanya menandakan pertemuan - berada dalam hati, utuh dalam memori - tetapi tidak memungkinkan penyatuan dua hati.

Segalanya seakan-akan sempurna apabila Delaila dan Ali Syukri disatukan atas dasar cinta. Tetapi benarlah kata orang, kahwin pada usia muda itu banyak cabarannya. Bahtera rumah tangga mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga dan Delaila membawa diri ke New York.

Dua belas tahun kemudian, pertemuan di New York telah membuka semula kisah mereka. Pertemuan itu seakan memberi petunjuk kepada hala tuju kisah cinta Delaila dan Ali Syukri. Di situ, Delaila melihat sebuah kebahagiaan.

Namun, masa berubah, dunia berputar. Masihkah Ali Syukri insan yang serupa? Tanya pada diri, apakah kita mahu berpegang pada kenangan, atau mahu terus melangkah ke hadapan?

Paperback

First published January 1, 2014

5 people are currently reading
64 people want to read

About the author

Hafizah Iszahanid

19 books26 followers
Berasal dari Chemor, Perak. Lulusan sarjana muda Seni Gunaan dari Universiti Malaysia Sarawak.

Pembabitan dalam penulisan bermula sejak belasan tahun dan pernah mengikuti Minggu Penulis Remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1994.

Antara novel yang dihasilkan; Noktah di Hujung Rindu (2005), Kala Hujan Menitis (2007), Andainya kukembali (2009), Sehiris Bulan (2011), Deru Angin (2012), Lelaki Januari (2014), Nan Yang (2014) dan antologi cerpen Ayam Patah Kepak (2013).

Antara pencapaian dalam penulisan termasuklah Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1993 dan 1995, Hadiah Karyanet 2004, Hadiah Sastera Berunsur Islam 2005 dan 2011, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009, 2011 dan 2013, Sayembara Fiksyen Sains UTM-Utusan 2011, Anugerah Buku RTM-PNM 2012.

Hafizah Iszahanid pernah mewakili Malaysia untuk mengikuti Bengkel Mastera (Novel) pada 2011 di Bogor, Indonesia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (17%)
4 stars
45 (51%)
3 stars
24 (27%)
2 stars
2 (2%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 30 of 41 reviews
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
November 17, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM12.00. Pm je....

Ini naskah kedua aku lewati karya Hafizah Iszahanid selepas Sehiris Bulan. Pemenang anugerah ini memang amat cemerlang dalam menghasilkan cerpen-cerpen bertemakan kemanusiaan (lihat sahaja review untuk Ayam Patah Kepak). Bagi novel Sehiris Bulan, penulis agak tercari-cari paksi penceritaan; mungkin kerana ruang lingkup penceritaan novel yg luas agak menenggelamkankan fokus penulis.

TAPI.... sesungguhnya aku amat berpuas hati dengan LELAKI JANUARI. Terserlah kematangan langgam penulisannya. Melewati jiwa seorang Delaila amat menyakitkan sebenarnya. Sakit kerana kedegilan, kebodohan dan kenaifan beliau. Bodohnya Delaila kerana menyerah kalah dengan begitu mudah ketika suaminya digoda oleh wanita lain. Degilnya Delaila apabila mengambil keputusan melarikan diri ke NY hampir 12 tahun hanya dengan alasan merawat luka dengan meninggalkan segalanya. Naifnya Delaila sewaktu dudanya kembali meraih cinta. Dan bila Delaila dilukai kali ke2 oleh Ali Syukri dan Wairah, jiwa pembaca berdarah bersamanya.

DAN.... untuk pertama kalinya aku amat bersetuju dengan prinsip "wanita yg mulia hanya untuk lelaki yg mulia". Lihat saja jiwa Ali Syukri dan Wairah.

Ali Syukri yg katanya begitu kasihkan Delaila sanggup memperisterikannya dalam usia Delaila terlalu mentah. Kerana jangkatnya garis usia, Ali Syukri tega mengabaikan Delaila (yg ketika itu mengalami komplikasi kehamilan) dan keluar bersuka-suki dengan Waira. Sanggup melepaskan Delaila dan memperisterikan Wairah. Hanya selepas setahun (habis madu sepah dibuang lagaknya) baru menyedari siapa Delaila dan siapa Wairah di hatinya. Kesalan atas dosanya terhadap Delaila, Ali Syukri menyertai WSF; meninggalkan isteri dan anaknya. Ali Syukri adalah lelaki yg takut memandang ke depan kerana terlalu terikat dengan kenangan dan sesalan.

Wairah; gadis yg sukakan kemenangan. Sanggup merampas suami orang hanya dengan perpaksikan dengki. Tega menyakiti zuriatnya sendiri hanya beralasan wajah si anak mirip si suami. Menolak rujuk Ali Syukri hanya kerana ketidak sempurnaan fizikalnya. Terhegeh-hegeh meraih cinta Ali Syukri semula bila sedar Delaila muncul kembali dalam hidup mereka. Pantas 'mencucuk' Hud Sulaiman atas kepentingan peribadi. Mungkin bagi Ali Syukri, Wairah tiada salah di mana-mana. Wairah yg ditinggalkan untuk membesarkan Haifa sendirian. Tapi rasionalnya, Wairah tidak pernah berubah biar hampir 12 tahun hidup atas kelukaan wanita lain.

CUMA.... agak tidak berpuas hati dengan lakaran untuk Hud Sulaiman yang sedikit pudar warnanya. Bagi aku, Hud boleh dianggap sebagai 'soothing balm' dalam naskah ini. Hud bagai 'escapism' yg melegakan. Coretan ini tentu lebih menyerlah sekiranya watak Hud diluaskan capaiannya.

Pemilihan POV naskah ini juga agak berbeza. Cubaan penggunaan 1st dan 3rd person POV oleh penulis berjaya membiaskan pelaku-pelakunya. Pembaca tidak terjerut dengan jiwa dan rasa Delaila semata-mata. Gelodak Ali Syukri, Wairah dan Hud digarap seadanya. Aku juga suka bila penulis tidak 'mengawal' pelaku-pelakunya. Watak sampingan seperti teman dan keluarga hanya sekadar sumber rujukan dan pujukan untuk Delaila dan Ali Syukri dalam memutuskan hala tuju hidup mereka.

CUMA.... naskah ini mungkin agak berat untuk 419 helaiannya. Banyak informasi mengenai UNESCO ingin dikongsi oleh penulis (hal artifak Kemboja, scene di Baghdad dan Somalia, adat istiadat perkahwinan peribumi dan adat Haiku di Jepun) serasanya sedikit melarikan fokus pembacaan.

Kesimpulannya, TAHNIAH untuk Lelaki Januari. Mungkin ruang untuk kesilapan 'tertutup' untuk naskah nipis sebegini.

p/s : Terasa dengan ayat ini;

"Cinta hanya wujud pada awalnya. Di pertengahan dan penghujungnya hanya berbakikan tanggung-jawab dan tanggung-jawab itulah yang akan kekal selamanya" > Mungkin itu pengikat Ali Syukri dan Wairah.

"Allah menetapkan antara kita ada pertemuan dan cinta, tapi tiada jodoh" > Sebetulnya itu yang memisahkan Ali Syukri dan Delaila.
Profile Image for Rodhiah Rahman.
79 reviews21 followers
January 19, 2014
Anehnya. Saya suka kisah ini. Takla happy ending, lebih pada ending yang penuh teka-teki. Yang pasti, lenggok bahasanya berjaya buat saya meneruskan bacaan tanpa henti. Dan jalan ceritanya... Oh, jalan ceritanya yang lain dari yang lain, unik, pelik. Menyentuh hati, itu semestinya. Menginsafkan. Dan saya suka input tentang doctors without borders dan unesco yang diselitkan di dalamnya. Ia kisah yang memerlukan kekebalan mental dan kekuatan emosi untuk terus membaca. Dan juga minda yang terbuka. Yang pasti, ia bukan kisah yang berpaksikan mushy love talks. Ia kisah tentang cinta, ya, tapi ia lebih banyak mengajar tentang penyesalan dan pengorbanan. Dan anehnya, saya suka kisah sebegitu. Sungguh bagi saya, tak perlu novel tebal untuk menyentuh hati. Novel nipis yang penuh pengisian seperti ini juga boleh mengusik jiwa... Tahniah pada penulis! :)
Profile Image for Hajar.
284 reviews
March 2, 2014
Bagi saya buku ini memang bermain dengan emosi. Jadi memang kena bertabah waktu membacanya. Dan 3 watak yang bikin emosi saya mencanak naik semasa membaca kisah ini adalah:

Ali Syukri
Perkahwinan di usia muda memang banyak mengundang masalah sekiranya suami isteri tak mampu berkomunikasi dan bertoleransi dengan baik. Begitulah yang terjadi dengan perkahwinan Ali Syukri dan Delaila Azilah (Delaila). Masing-masing lebih mengutamakan kehidupan dan keperluan sendiri tanpa memikirkan kepentingan bersama. Lebih kronik bila ada yang suka mengambil kesempatan mengeruhkan keadaan yang sedia keruh. Huh. Ali Syukri pula lebih percayakan kata-kata Wairah (yang kononnya kawan baiknya semenjak zaman persekolahan) berbanding Delaila. Aduhai. Manalah Delaila tak makan hati? Kemuncak emosi saya kepada Ali Syukri adalah apabila dia sanggup meninggalkan Delaila yang sedang hamil hanya untuk memancing bersama rakan-rakannya termasuk Wairah. Grrrr!!

Wairah
Title 'kawan baik' selalu dijadikan alasan untuk Wairah mendekati Ali Syukri. Sehinggakan apa yang diperkatakannya lebih dipercayai oleh Ali Syukri berbanding kata-kata Delaila. Sikapnya yang tak mahu mengalah memang buat yang membaca ni jadi menyampah. Haha. Nak menang selalu. Sampai sanggup meruntuhkan rumahtangga 'kawan baik' sendiri semata-mata kerana mahu bersuamikan Ali Syukri. Waktu ada dalam genggaman tak mahu hargai. Bila dah dilepaskan baru terhegeh-hegeh nak kembali. Terfikir juga, Wairah ni sibuk kejar dan pujuk Ali Syukri kembali sebab Haifa, anak mereka atau kerana tak mahu kalah di tangan Delaila?


Delaila Azilah
Kegagalan dalam perkahwinan membawanya jauh dari keluarga dan masa lalunya dengan harapan segala kenangan pahit itu dapat dilupakan. Namun, mana mungkin cinta pertama dilupakan dengan mudah? Saat-saat manis pertemuan dan perkenalan mereka masih basah di ingatan Delaila. Justeru Delaila tak pulang ke Malaysia bertahun-tahun hanya kerana tak mahu dihantui kenangan pertemuan dengan Ali Syukri di kampung halamannya. Siapa sangka walau jauh Delaila membawa diri, perancanganNYA menemukannya kembali dengan Ali Syukri. Mungkinkah pertemuan kali ini membawa petanda yang Tuhan sedang memberi mereka peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan lampau mereka?

Cuma saya agak terkilan bila watak Hud Sulaiman itu tidak dikembangkan sewajarnya. Sungguhpun wataknya kecil, tapi berupaya menyembuh luka. Seolah macam hujan yang turun di bumi yang ditimpa kemarau. Walaupun hujan yang turun taklah lebat mana, tapi bawa impak besar kepada bumi. Ha, nampak tak metaforanya tu? Haha.

Komen saya:

Tahniah buat penulis kerana:

1. Berjaya memancing turun naik emosi saya semasa membaca kisah Ali Syukri - Delaila - Wairah ini.

2. Berjaya memartabatkan bahasa Melayu dengan sebaiknya. Penggunaan bahasa Inggeris sangat minima walaupun hampir 50% latar penceritaannya di luar negara.

3. Berjaya membuatkan saya menyukai kisah ini walaupun saya agak beremosi bila membacanya. Phew..

4. Berjaya selang-selikan emosi pembaca dengan info-info tentang Kemboja, doctors without borders, UNESCO etc. Sekurang-kurangnya tak adalah rasa macam nak lempar buku bila rasa stress membaca. :)

Bukunya nipis dan kisahnya mudah. Tapi mampu bawa kita merenung jauh. Fuh. Memang lazimnya manusia tu tak pernah bersyukur dengan apa yang mereka ada. Biasanya yang tiada tu di cari tapi yang di depan mata diabaikan. Aduhai...

"Cinta itu adakala menandakan sebuah pertemuan...berada dalam hati, utuh dalam memori...tetapi tidak memungkinkan penyatuan dua hati - HI"
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
January 30, 2015
Pembongkaran kisah Delaila-Ali Syukri-Wairah

Delaila, wanita degil yang tak mahu melepaskan kenangan dia bersama Ali Syukri walaupun 12 tahun berlaku. Ali Syukri, lelaki pertama yang singgah di hati di usia remajanya ketika 19 tahun. emak dan ayah terpaksa melepaskan anak gadis mereka untuk menikahi Syuk sebelum kedua-duanya ke Notthingham untuk menyambung pelajaran. Setahun mengecapi rumahtangga bagai badai menghempas pantai apabila Wairah sahabat Ali Syukri berada dimana-mana sahaja antara mereka. Ali Syukri pula tidak mahu putuskan persahabatan dengan Wairah walaupun pergaduhan dan rajuk Delaila semunya bermula disebabkan Wairah.



Pada Cik Pah, biarlah kemenangan berpihak kepada Wairah kerana Delaila layak bahagia dengan lelaki lain yang lebih bertanggungjawab dan lelaki yang hatinya tidak berbahagi kasih. Cumanya watak Delaila yang degil agak sukar mengikis kenangannya dengan Ali Syukri. Walaupun telah dinasihati oleh sahabatnya, kakak dan ibu bapa untuk memilih jalan yang lain, hatinya masih digapai Ali Syukri.

Sesudah habis menyelak muka surat terakhir, rasa lega nama terakhir dihati Delaila bukanlah Ali Syukri. Ali Syukri hanyalah lelaki budiman untuk Wairah bukan di hati pembaca. Walaupun seciput sahaja watak Hud Sulaiman, namun watak itu mampu memberi kesan untuk pembaca berpihak kepadanya.

Kisah ini tidak hanya berkisar mengenai tema cinta, penulis turut berkongsi ilmu dalam bidang perundangan, UNESCO, psychology kanak-kanak dan MSF organisasi perubatan antarabangsa. Lain daripada yang lain kan!

Lelaki Januari ~yang awal belum tentu yang pasti.

Kata Encik H, nasib baik dia lelaki Disember. Ada-ada saja kamu :)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Dawlin Zainudin.
41 reviews3 followers
December 12, 2017
sebuah kisah yang membuai rasa dengan penggunaan bahasa yang indah, serta diselitkan beberapa ilmu yang menarik :)

pengakhiran kisah ini sememangnya di luar jangkaan, tapi sejujurnya saya suka :) dan hati saya masih mampu tersenyum dan terlintas kata-kata ini "selayaknya pengakhirnya sebegitu..." saat buku ini dikhatamkan

mungkin hati sy mula keras :)
Profile Image for Azizah.
388 reviews6 followers
October 31, 2014
Aduhhhhh, Ali Syukri itu tetap tampak sempurna di hati Delaila Azilah walaupun olah yang ditinggalkan lelaki itu dalam kehidupannya amat pahit sekali.

Mereka bertemu pandang pertama di rumah Mak Som, mak saudara Ali Syukri yang berjiran berpuluh tahun lamanya dengan keluarga Delaila. Delaila anak yang punyai impian yang luas, mahu meneroka seluruh pelusuk dunia dan mahu capai cita-cita yang tinggi. Mereka bertemu jodoh pada umur yang sangat muda. Namun bagi mereka itu bukanlah halangan, apatah lagi mereka akan berada jauh dari keluarga.

Pada Delaila membina hubungan cinta selepas berkahwin amatlah senang, namun pertimbangan silap. Cuma 60 hari yang pertama mereka bahagia. Selepas itu masa dan pertemuan mereka kerap dihiasi pertengkaran dan salah faham. Ali Syukri yang tidak peka dan sentiasa sibuk dengan pengajian kedoktoran. Tambah lagi Ali Syukri terlalu suka menghabiskan masa dengan teman-teman sekuliah dan meninggalkan Delaila.

Cemburu Delaila makin bercambah apabila kehadiran Wairah dalam perhubungan mereka suami isteri. Wairah itu teman baik Ali Syukri sedari sekolah. Namun pada pandangan mata seorang wanita bergelar isteri, Wairah bukanlah seorang teman baik pada Ali Syukri tetapi seorang wanita yang sedang menggoda untuk memiliki cinta lelaki itu. Sikap Ali Syukri yang terlalu mempertahankan Wairah buat Delaila makin kuat merajuk dan makan hati.

Saat Delaila bertarung nyawa kerana keguguran, Ali Syukri tiasa di sisi. Lelaki itu tega menipunya. Tidak peka dengan segala rusuhan dia tentang kandungan. Akhirnya Delaila yang periang dan kuat itu menjadi anak gadis yang hilang segala. Dia hilang cinta, hilang cita-cita saat gagal menamatkan pengajian, biasiswa ditarik balik setelah kecurangan Ali Syukri, lelaki sempurna pada hati Delaila terbongkar.

Ali Syukri tidak pernah mahu mempertahankan cinta dan rumahtangga mereka. Ali Syukri tega membiarkan Delaila keluar dari rumah sewaan mereka ketika Delaila masih dalam pantang pada waktu malam kelam. Ali Syukri, lelaki yang tidak pernah terlupakan oleh Delaila.

Dua belas tahun, Delaila melarikan diri. Meninggalkan segalanya, ibu bapa malah dia tidak pernah jejak bumi Malaysia selepas dia melarikan diri pada malam Ali Syukri-Wairah meluahkan perasaan cinta mereka. Dia pergi tanpa sebarang pesan. Pergi untuk mengubat hati. Namun dua belas tahun, Ali Syukri tetap terselit di hatinya yang paling hujung.

Kepulangan ke Malaysia, seterusnya pertemuan dengan anak kecil yang comel bernama Haifa, rupanya akan mencoret satu lagi kisah Ali Syukri-Delaila. Namun mampukah Delaila bertahan dan bersabar dengan kehadiran Wairah, seandainya jodohnya dan Ali Syukri kembali bertaut kerana antara Ali Syukri-Wairah itu ada Haifa yang akan sentiasa mengikat mereka.

Kenapa Delaila Azilah Ahmad Lokman tidak menerima sahaja lelaki yang bernama Hud Sulaiman itu,ye? Sedangkan lelaki itu hampir sempurna sebagai calonnya. Kenapa masih bermain dengan bara api yang sedang menyala Delaila? Namun pilihan tetap pada tangan Delaila walaupun sejuta pendapat yang diberikan orang terdekat.

Komentar:

4.5 star

Karya kedua penulis dengan JS, memang sangat puas hati. Sepatutnya dah habiskan bacaan pada Januari tapi sebab asyik belek baca tak tentu hala, jadinya bulan Februari baru habis baca.

Pada KakChik hasil karya ini hampir sempurna. Cukup segala rencah dan rasa. Hampir sempurna plot dan bahasa juga sangat indah. Yang paling KakChik suka adalah bahasanya yang lembut, walau marah bagai sekali pun watak tersebut, tidak terkeluar bahasa dialog yang buruk. Sungguh menambat hati.

Entah kenapa, tidak terlintas rasa benci pada Ali Syukri, lelaki curang pada isteri. Lelaki yang pada KakChik kadang kala lari dari tanggungjawab. Malah dia bagaikan lelaki yang tidak pernah mahu belajar dari kesilapan dia yang dulu. Namun kadang kala cinta tidak mampu digapai andai terhalang oleh tanggungjawab dan rasa simpati. Walaupun susahnya mahu meneka hati Ali Syukri kerana dia sentiasa saja tenang.

Aduhhhh, kasihan sungguh padamu, Delaila. Delaila yang manja dan degil sehingga keluarga pun dia tega tinggalkan kerana kecewa dengan Ali Syukri. Dia punya kekuatan untuk memperjuangkan keinginan dan cita-cita tapi dia tidak pernah mampu untuk berjuang mendapatkan cinta lelaki bernama Ali Syukri. Delaila, kuat sungguh dugaan buatmu.

Wairah, kamu pada gambaran KakChik adalah jelmaan nenek kebayan dalam cerita dongeng Snow White. Berusaha sehabis daya untuk memastikan Delaila tidak akan pernah memiliki Ali Syukri. Kamu itu sungguh seorang wanita yang tidak mempunyai sifat malu sehingga sanggup menggoda suami orang, apatah lagi isterinya masih dalam pantang ketika kamu merobohkan istana mereka.

Bagaikan peringatan ya: buat suami isteri, jika suami@isteri anda terlalu rapat dengan kawan baik lelaki@wanita kemungkinan cinta itu akan wujud antara mereka kerana salah satu cabang cinta itu tumbuh adalah rasa simpati. (Gambaran yang diperolehi dari hubungan Ali Syukri-Wairah)

Sungguh larut mengulit kisah ini. Sungguh walau kita berjuang dengan segala kudrat yang ada, namun jika Allah sudah menetapkan begitu siapalah kita untuk tidak reda.

Cinta itu adakala menandakan sebuah pertemuan, berada dalam hati, utuh dalam memori, tetapi tidak memungkinkan penyatuan dua hati. - Lelaki Januari, 398.

Namun jika watak Hud Sulaiman dikembangkan lagi sudah pasti kesudahan lebih manis pada hemah KakChik. Karya ini juga membuktikan tidak perlu panjangnya sebuah karya yang tebal beratus-ratus halaman kerana dengan buku senipis ini hati KakChik sudah tersentuh, mendapat 'rasa' dan mendapat teladannya.

Terima kasih puan penulis untuk sebuah karya yang penuh dengan rasa.
Profile Image for Ririn Aziz.
795 reviews106 followers
May 17, 2015
Alhamdulillah...akhirnya berjaya tamatkan ;).

Bermula dari Januari, hasrat hati juga ingin menghabiskan bacaan pada Januari, sesuai dengan tajuknya, namun dek kerana terlalu emosi dengan tingkah Ali Syukri dan Wairah, sehingga ke Disember baru berjumpa titik noktahnya.

Dan...saya masih lagi tak puas hati dengan Ali Syukri dan Wairah!!
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
January 29, 2015
Novel ni aku beli masa pesta buku pwtc sekitar mei 2014 yang lalu. Dapat berjumpa dan berbual sedikit dengan penulisnya yang kebetulan ada di booth jemari seni pada ketika itu. Novel Andainya Ku Kembali telah berjaya memahat nama penulis ini di hati aku. Kehadiran Sehiris Bulan membuatkan aku rasa aku kena baca setiap buku karya penulis ini. Jadi sebab itu lah aku pastikan novel Lelaki Januari sebagai novel yang wajib masuk list. Kenapa lambat start baca novel ni? Alasannya nak amik mood bulan Januari! :p

Debar membaca dan menunggu keputusan di akhir cerita memang membuat aku membaca sambil berdiri. Letaklah Laila-Ali Syukri-Wairah dalam mana-mana situasi, rentak yang sama pasti berlaku. Pasti ada ketidak seimbangan. Ali Syukri. Dalam matang atau tidak matang dia membuat keputusan di hujungnya tetap sama. Semasa tidak matang, memang alasannya bodoh sekali. Semasa telah matang, alasannya memang atas timbang tara yang adil sekali.

Sangat suka dengan endingnya.
Hafizah Iszahanid masih dengan stail yang sama. Buat kita turut menimbang tara apa yang terbaik buat Laila. Di hujung cerita kita mendapat keputusan yang sangat memuaskan hati :)

sure fine whatever
Rinn
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
November 27, 2017
Watak-watak yang dilakar sebagai manusia yang tidak sempurna, ada khilaf dan cacat cela menjadikan kisah di dalam naskhah ini penuh rencah dan lebih terasa kemanusiaannya. Kisah cinta yang tidak terawang-awangan dan berpijak di bumi nyata membuatkan saya berfikir dan menyoal diri sendiri, 'Beginikan kisah rumah tangga di dunia sebenar? Tidak indah semata-mata. Tanggungjawab mengatasi segala-galanya.' Persoalan daripada seorang bujang kepada diri sendiri. Hehe.

Tambahan pula pada waktu membaca naskhah ini saya menonton drama bersiri Go Back Couple - kisah rumah tangga dengan olahan cerita bukan seperti drama fantasi. Hah! Kebetulan atau ketentuan?

Dan, membaca naskhah ini membawa saya untuk mencari sedikit maklumat tentang artifak-artifak berharga Kemboja yang pernah dicuri. Ugh, geram pula aku!

Pengakhirannya pula menarik, dengan sepantas kilat kisah mereka tamat dalam cerita ini. Pandai-pandailah pembaca menelah apa yang seterusnya berlaku. Rasanya pengarang tiada masalah kalau pembaca mahu reka cerita sendiri selepas itu.
Profile Image for Suraya (thesuraya).
790 reviews227 followers
March 12, 2024
Haih, buku ni sungguhlah menyebalkan. Rasa nak hempuk kepala Lila, Ali Syukri dengan Wairah ni dekat pagar besi bagi sedar diri sikit masing-masing. Mengundang betul baca buku ni time Ramadan, nasib baik tengah tak puasa.

Nak kena tulis my rants in point form to clear up my thoughts (full spoiler ahead):

1. Dari awal aku dah bengkek dengan si Ali Syukri ni. Nama dia, kalau tambah F kat belakang Ali tu, terus jadi Alif Syukri yang pun sama annoying. Kau ni, Ali Syukri, nama je pelajar medic, tapi bodoh common sense. Kau dengan Laila dah la dedua pergi UK dengan tujuan utama nak belajar, ditanggung kerajaan pulak tu. Umur baru 20 dah gatal nak kahwin, tapi hakikatnya makna tanggungjawab pun tak faham lagi. Kau 20, Laila 19. Muda belia sangat, pastu kau dok paksa bini pregnant. Apa ke biolnya? Orang tu datang UK nak belajar, ada cita-cita, termaktub dengan time-limit biasiswa, tak fikir langsung yang pregnancy and motherhood could hinder her studies. Kau tu pun bukannya ada source of income yang stable nak besarkan anak kat UK sana, pastu kau sendiri sibuk with your studies. Tak faham kenapa beria-ia nak anak. Macam tak boleh tunggu a couple more years. Tak faham kenapa nak rumitkan diri sendiri dengan tanggungjawab yang besar. Di manakah akal fikiran yang Tuhan kurniakan untuk kau, Ali Syukri? Pulak tu bila dah ada rezeki bini pregnant, sikit pun tak jaga. Menyakitkan hati adalah. Eiiiiiiiiii rasa nak ketuk kepala mamat ni dengan sledgehammer.

2. Hubungan Ali Syukri dengan Wairah ni takleh nak comment apa la. Dedua naik minyak, tak sedar diri. Memang padan pun korang dua orang. Hadap la perangai memasing.

3. Throughout the early part of the book when Laila and Ali Syukri were still married, kita asyik dihidangkan dengan pergaduhan diorang ni. Part bahagia tu sikit sangat, sampai rasa tak worth it dikenang sebab sengsara lagi banyak. Jadi, bila Laila ni still tak boleh move on dengan Ali Syukri even after 12 years, siap sanggup hadap balik mamat tu, sebagai reader, aku rasa sungguh tak puas hati dan rasa nak ketuk Laila ni jugak. Mungkin bagi Laila, dia asyik teringat saat bahagia la konon tu. Tapi Laila, punya la mamat tu zalim dengan kau emotionally, kau still nak balik kat dia? Ini semua salah author hahaha. Kalau author tulis banyak sikit part Laila happy, mungkin readers akan rasa conflicted sekali dengan Laila. Tapi readers lagi banyak disajikan dengan ke-asshole-an Ali Syukri. Pulak tu, watak Waira still wujud dalam konflik hidup seorang Laila. Masalah yang sama, berulang-ulang. Kalau aku la, muncul je Waira tu, tak kisah la cinta mati ke tak ke dekat bekas husband, aku memang tarik diri siap-siap. Biar la Waira nak rasa dia menang ke dalam hidup dia, asalkan hidup aku dah takde nama Waira langsung-langsung. Trauma weh.

4. I geram dengan Laila yang completely ignore her family in those 12 years. Family dia tak salah sikit pun. Laila ni yang gatal gedik nak kahwin muda. Mak dia tak restu pun sebenarnya. Bila dah jadi macam ni, pinggir pulak mak bapak. 12 years is a long time, sampai hati buat macam tu. Bukannya kalau balik Malaysia auto terjumpa ex-husband. Mak bapak dia pun tak suka dengan Ali Syukri, so chances makpak dia nak suruh rujuk balik dengan mat tu pun tipis. Apa yang Laila takut sangat tah?

5. Ali Syukri ni umur dah 32 tahun pun, still tak matang rupanya. Fikir dia sendiri je tak fikir orang lain. Dulu umur 20, tak consider perasaan wife. Tak considerate dan tak sensitive dengan wife. Sekarang umur 32, masih begitu juga walaupun wife dia dah bertukar orang. I understand Waira’s contempt towards Ali Syukri. Orang macam Ali Syukri ni, memang tak layak langsung jadi suami orang. Patut hidup membujang je. Iye, aku anti gila dengan mamat sorang ni hahahah.

6. I happy dengan ending yang ni sebab lelaki bodoh patut kekal dengan perempuan bodoh (walaupun Laila tu tak la pandai mana pun lol)


Profile Image for Syu.
40 reviews
July 4, 2023
Lelaki Januari

"Kadang-kadang pertemuan itu ada, jodoh itu yang tiada."

Pain.
Saya rasa sakit, kecewa..... SANGAT.
Saya termenung selepas baca novel ini.

Novel ini mengisahkan tentang Delaila yang telah berkahwin bersama Ali Syukri pada usia yang sangat muda. Kemudian, mereka bersama-sama melanjutkan pelajaran ke luar negara. Di situlah bermulanya kisah percintaan mereka. Suka duka pahit manis sehingga munculnya orang ketiga.

[Spoiler alert]

Laila.
Aaaaaa saya rasa penulis sangat kejam dengan Laila. Setelah segala duka kecewa yang dia lalui selama 12 tahun, inikah balasannya?

Ali Syukri.
Kau dah sakitkan hati Laila sebanyak dua kali!! Kali pertama saya memang sakit hati. Kenapa tak pujuk Laila? Sampai member tu bawak diri 12 tahun kot. Sangat selfish. Sampai akhirnya pun, walaupun saya faham dia tersepit, tetapi masih sangat rasa dia tu pentingkan diri sendiri.

Wairah.
Saya tak puas hati dengan balasan yang dia dapat. Memang pahit rasa kehilangan. Tapi akhirnya dia masih dapat Ali Syukri. Dan pada saya itu adalah kemenangan buat Wairah (sebagai seorang penyondol). Kenapa akhirnya dia mesti menang lagi ke atas Laila dan Laila kalah lagi dengan dia.

[Spoiler tamat]

Penulisan yang sangat sedap di baca. Saya tak boleh letak novel ni. Rasa nak baca lagi nak baca lagi. Walaupun..... sakit betul hati saya dengan Laila, Ali Syukri dan Wairah. Tapi saya seronok baca kisah mereka.

Bagi saya, penulisan penulis hampir perfect cuma terdapat sedikit typo dan pengulangan ayat yang sangat ketara. Setiap kali watak Hud datang mesti akan ada ayat ini - 'lelaki ala pelakon Korea yang lebih feminin daripada maskulin itu'. Masalah sepanjang-panjang itu dia tulis hah 😂😂

Saya bagi 4 bintang untuk karya yang berjaya buat saya sakit, kecewa dan termenung panjang.
Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
March 7, 2014
Akhirnya tamat kisah yang penuh emosi ini ;)

kata Delaila, "cinta tak pernah mengenal erti serik" walaupun 12 tahun berlalu, cinta buat Ali syukri tetap utuh.Namun mereka tak dapat melawan takdir yang tertulis sejak azali. Allah menetapkan antara mereka ada pertemuan dan cinta, tapi tiada jodoh.


Cinta itu adakala menandakan sebuah pertemuan... berada dalam hati, utuh dalam memori... tetapi tidak memungkinkan penyatuan dua hati.


sikap wairah yang selalu ingin menang dan pentingkan diri sungguh mencabar emosi. saya tak suka wairah T.I.T.I.K !


Delaila, mengapa mahu berpegang pada kenangan sedangkan jalan melangkah ke hadapan luas terbentang?sila pilih lelaki ala korea yang lebih feminin daripada maskulin!

p/s:suka dengan naskah ini yang matang dan ber"isi"



Profile Image for ainisreading.
86 reviews10 followers
November 6, 2023
“Cinta itu adakala menandakan sebuah pertemuan, berada dalam hati, utuh dalam memori, tetapi tidak memungkinkan penyatuan dua hati…”

Ada cintakah yang bersembunyi dalam rahsia dan berdegup laju membuat kami sentiasa ingin berdua? Ada kasihkah yang mercup dalam jiwa dan berada di tengah-tengah tiap tarikan nafas? Atau ada sayangkah yang terbaja, terbela dan tumbuh hijau rimbun dalam sukma?
Atau hanya terpesona?
Adakah usia muda - yang selalu sinonim dengan adrenalina pantas, ganas dan sentiasa mahu setiap yang dihajati menjadi milik peribadi - membuatkan cinta dipaksa tumbuh, kasih dipaksa lahir dan sayang pun dipaksakan hadir?


Cinta pandang pertama yang berputik di awal usia dewasa ketika masing-masing masih lagi sedang dalam persiapan mengejar cita-cita membina kerjaya dalam hidup telah membawa mereka berdua ini ke dalam sebuah kehidupan berumah-tangga. Membina dan memandu mahligai yang dibina pada fasa awal peranjakkan usia di mana semua aspek kehidupan masih lagi mentah bukanlah mudah seperti yang diangankan.

Harapan itu hanya harapan. Realitinya, hidup berdua bermaksud mencantumkan dua pemikiran menjadi sealiran, menggabungkan dua manusia menjadi satu jiwa.
Dan untukku, ia bukan sesuatu yang sangat mudah!


Ditambah pula dengan kehadiran orang ketiga yang pada awalnya hanya sekadar teman rapat yang ingin mengadukan masalah peribadi kepada seorang sahabat yang dianggapnya istimewa.
Aku perlu kuat dan realistik. Hidup tidak akan bernama kehidupan jika tidak bertembung dengan segala macam luka dan kerikil tajam.

Hidup bukan hidup namanya, jika tidak pernah kecewa sampai mengalirkan air mata dan berasa adakala kita hanya seorang diri dan sepi.

Cemburu terbit di hati seorang isteri terhadap layanan istimewa yang diberikan oleh suaminya yang sah kepada seorang sahabat wanita mula menampakkan niat disebalik perbuatannya.

Sabarlah wahai hati. Bertabahlah. Tenang-tenang sahaja. Buangkan kenangan lalu yang pahit kerana hari ini kita manusia berbeza.

Tapi sampai bila dia harus menanggung semua ini seorang diri?

Tetapi sampai bila hidup harus ditentukan oleh seorang lelaki? Sampai bila kisah hidup seorang perempuan itu perlu bertunjangkan lelaki? Apakah manusia bernama perempuan itu tidak boleh hidup dan tidak boleh Berjaya tanpa lelaki?

Hidup ini tidak pernah menjanjikan semua yang manis-manis itu akan menjadi milik kita. Dalam hidup ini, manis, pahit dan payau, semua kau kena rasa sebab semua itu ialah resepi untuk menjadi manusia. Kita tidak akan kuat jika kita tidak pernah jatuh dan terluka. Disebabkan jatuh itulah, bila kita bangkit, kita akan jadi lagi kuat.

Manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Setiap manusia layak diberi peluang untuk berubah. Siapalah kita hendak menghukum orang, kalau Allah pun Maha Pengampun?

Hidup ini ada banyak pilihan dan janganlah memilih untuk hidup dalam kenangan.Apabila terlalu banyak mengenang masa silam, kita akan buta daripada melihat pada segala yang terbentang di hadapan.
Kita tidak boleh ubah masa lalu, tapi kita kena pastikan supaya kesilapan serupa tidak diulang pada masa akan dating.


Tidaklah satu pun kejadian Allah itu berlaku tanpa hikmahnya. Kita merencana tapi dengan izin-Nya, semua akan terlaksana. Yakinlah dengan Allah kerana dia juga yang tahu segala rahsia. Hidup ini penuh misteri, Laila, seperti juga jodoh.

Inilah dia, Lelaki Januari yang mengisahkan perjalanan hidup rumahtangga di usia muda antara Ali Syukri dan Delaila.
Profile Image for Hamidah.
78 reviews19 followers
February 9, 2014
3.5 bintang sebenarnya.
Endingnya kalaulah dapat dikembangkan ...
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
March 19, 2023
3.5

Mengisahkan Delaila dan Ali Syukri. Dua remaja bertemu secara spontan di rumah Mak Som. Ali Syukri adalah anak sedara Mak Som, datang pada majlis kenduri kesyukuran bersama ibu dan ayahnya. Delaila pula adalah anak jiran Mak Som yang sudah dianggap seperti anak sendiri.

Mereka bertemu, jatuh cinta pandang pertama dan akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara. Awalnya kisah mereka terlihat sempurna. Namun, tidak sampai setahun, kisah itu berakhir tragis.

Persoalan mula timbul, mengapa Laila masih terperangkap dalam kenangan lama. Mengapa Laila masih juga tidak lupakan Ali Syukri. Mengapa Laila, selepas 12 tahun mengambil keputusan untuk memberi peluang kedua kepada orang yang sama. Sesungguhnya, tiada jawapan pasti kepada semua persoalan itu. Perasaan Laila, hanya dia yang tahu, walaupun kadang kala dia juga keliru.

Orang-orang lain seperti sahabat baiknya Maizara, ahli keluarganya ibu, ayah, Kak Jun hanya mampu memberi pendapat, memujuk dan meminta Laila untuk berfikir secara rasional dalam tindakan dan keputusannya.

Hanya Laila yang boleh memutuskan, sama ada dia ingin terus hidup dalam kenangan atau melangkah ke masa hadapan dengan melakar kisah baru.

Cuma satu, watak Wairah itu memanglah menyakitkan hati dari awal sampai akhir novel ini.

Watak Ali Syukri pula, saya rasa dia tidak banyak berubah. Kalau dulu dia begitu, selepas 12 tahun juga dia masih begitu. Cuma akhirnya dia menyedari yang Delaila perlu dilepaskan pergi.
Profile Image for Ara Aranam.
3 reviews2 followers
February 15, 2014
Selesai juga akhirnya menelusuri kisah cinta Delaila Azilah. Pada awal pembacaan, hampir saja memutuskan untuk berhenti. Ingin berhenti kerana kegedikan Wairah. Memilih untuk membaca novel ini pun kerana penulisnya, Hafizah Iszahanid. Langgam bahasanya memikat hati. Sudahnya, pembacaan diteruskan. Sebelum Haifa terlantar sakit, sebelum Delaila Azilah membuka kembali pintu hatinya menerima cinta Ali Syukri, Wairah selalu sahaja membikin hati geram. Ah! Menuju halaman terakhir, membaca tanpa rasa kerana menyedari jodoh Delaila Azilah dan Ali Syukri sudah berakhir dua belas tahun lalu. Syabas Hafizah Iszahanid! Kini menanti novel puan penulis seterusnya. :-)
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
July 12, 2014
Jahatnya Ali Syukri, buat bodoh tak berusaha nak kejar bini yang lara tengok kecurangan suami. Bodohnya Ali Syukri, setelah berbelas tahun pun masih lagi buta, yang mana kaca, yang mana permata.

Jahatnya Wairah, suami orang yang kau kejar.
Berdosanya Wairah, rumah tangga orang kau runtuhkan.

Delaila, aduh kasihannya. Sedih untuk Delaila.
Biarlah, jodoh Delaila di hadapan, bukan lagi untuk cinta yang dipegang selama berbelas tahun lamanya tapi dikhianati untuk kedua kalinya.
Biarlah, Delaila dan Hud. Asalkan bahagia.
Profile Image for jihahaha.
11 reviews
January 16, 2014
Lain org, lain rase. =='
bagi saya, mcm x kena dgn jiwa saya. Hehe *sorry cik penulis.
baca smpai separuh buku, seleps tu terus skip page akhir.
Anyway, i love the twist. Ehem2 *kalau nk tau, please baca sndiri ye :)
Profile Image for nazhsahaja.
127 reviews16 followers
November 10, 2023
Saya pernah baca 3 buku dari penulis; Deru Angin, Bukan Orangorang dan Kuala Lumpur di Sebalik Bulan. Ketiga-tiganya lebih baik berbanding Lelaki Januari (LJ).

Terlalu tinggi harapan untuk Lelaki Januari. Menjadikan saya kecewa amat sangat dengan hampir pelbagai perkara dalam LJ:

Garis masa yang saya rasa mengelirukan. Perpisahan Delaila dan Ali adalah 12 tahun. Tapi ada muka surat tertulis 7 tahun, ada 10 tahun. Agak keliru dengan garismasa pernikahan Ali dan Wairah, disebabkan ianya diceritakan melalui monolog hati Ali dan Wairah, jalan cerita macam tak 'match' dan bercanggah.

Penggunaan POV yang tidak konsisten: mula-mula POV Delaila, kemudian bercampur dengan POV watak-watak lain. Ini kali pertama saya jumpa gaya begini.

Bacaan pruf: sebagai buku yang telah diterbitkan kali kedua oleh penerbit yang berlainan, seharusnya buku ini bebas masalah remeh temeh seperti salah ejaan dan salah tulis nama watak.

Watak tak berkembang. Delaila, Ali Syukri malah Wairah, tiada apa yang berubah dalam tempoh 12 tahun. Masing-masing tetap bodoh dan tak ada common sense.

Hud Sulaiman. Muncul secara tiba-tiba dan perasaannya juga tiba-tiba. Watak Hud bagai buah durian musang king yang luruh dari pokok rambutan. Tiada detailing, terlalu tiba-tiba, tidak dikemaskan dengan baik dan nampak tidak real.

Ali Syukri. Watak yang menyakitkan hati. Terpaling konon wira tersakiti tapi sebenarnya sangat penting diri. Eloklah mereput dengan Wairah sampai tua.

Akhir kata, saya mahu baca lebih banyak buku dari Hafizah Iszahanid kerana saya tahu kreadibiliti penulisan beliau. Tapi maaf untuk Lelaki Januari, saya rasa kecewa kerana rupanya ia bukan untuk saya.
Profile Image for Hani.
Author 4 books24 followers
February 1, 2014
Pertemuan dan cinta itu ada, cuma jodoh yang barangkali tidak disuratkan.

Secara keseluruhan saya suka pada kisahnya yang mudah tapi manis. Yang membawa kita menyibak realiti pertemuan, takdir dan jodoh. Bukan sebuah cerita yang bercita-cita untuk membawa pembacanya meneroka alam percintaan kurang logik yang selalu disaji buku- buku roman yang lain. Realiti begitulah bukan semuanya seperti kita rancang dan idamkan. Kadangkala tanpa sangka individu yang kita temui setiap hari, yang paling kita takuti dan mungkin tidak pernah kita sangka yang sebenarnya telah DIA rancang sesuatu untuk kita. Namun, seperti hidup yang penuh misteri begitu juga pertemuan dan cinta.

Novel ini yang diselangi info mengenai doktor sukarelawan di daerah bergolak, beberapa input tentang artifak sejarah, sekolah untuk banduan juvana serta pengkajian tentang budaya menjadikan novel ini menarik, memberi nilai tambah kepada pembaca dan tidak hanya memfokuskan pembaca pada suatu arah iaitu semata tentang hubungan antara manusia dan cinta.

Tahniah untuk penulis. 3.5 bintang untuknya ;)
Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
February 9, 2015
Sakitnya hati... congrats cik writer membuatkan hati saya mcm nak pecah..
Profile Image for Mohamad Nasrul.
194 reviews5 followers
September 2, 2023
Tajuk: Lelaki Januari
Penulis: Hafizah Iszahanid
Penerbit: Biblio Lit
Tahun terbit: 2022

Terbitan asal: Jemari Seni, 2014

"Cinta itu adakalanya menandakan pertemuan - berada dalam hati, utuh dalam memori - tetapi tidak memungkinkan penyatuan dua hati."

Bait-bait yang dibaca pada 'blurb' cukup membuatkan ribuan tanda tanya menyelubungi jiwa pembaca sepanjang membaca novel ini. Rasa tidak senang, rasa kocakan emosi yang sangat hebat, rasa geram dan marah terutama kepada tiga watak- Delaila, Ali Syukri dan Wairah bergabung menjadi satu membuatkan pembacaan terasa sangat libang libu.

Perkahwinan muda antara Ali Syukri dan Delailah menjadi hambar dan kemudiannya diuji dengan kehadiran orang ketiga. Lantas, Delailah membawa diri ke New York sehingga 12 tahun lamanya. Kemudian, bertemu kembali Ali Syukri di New York, mengocakkan perasaan cinta yang pernah wujud buat lelaki itu. Nyata, Ali Syukri turut merasakan hal yang sama. Namun, sebuah tragedi telah terjadi. Dan pilihan demi pilihan harus dibuat demi kebaikan semua pihak.

Adakah cinta Delailah dan Ali Syukri akan bersemi semula, atau sememangnya cinta mereka tidak akan menyatu?

Jalan cerita yang sederhana, namun penantian dan tanda tanya yang dimasukkan dalam ceritanya menambah resah setiap kali membacanya. Awalan cerita sangat manis menceritakan detik pertemuan Delailah dan Ali Syukri, namun semakin dibaca, rentak cinta mereka sukar ditebak sehinggalah ke penghujungnya. Elemen tanda tanya yang dimasukkan begitu berkesan dalam membuai pembaca untuk terus menyelak halaman demi halaman sehingga ke akhirnya.

Cerita cinta mereka membawa makna dan perspektif yang berbeza dan membuka minda pembaca dalam hal perhubungan. Tentang kahwin, cerai, hak anak - suatu realiti kehidupan yang tidak boleh dipinggirkan.

Penceritaan kerjaya Delailah dan Ali Syukri juga menjadi unsur yang sangat mengujakan. Kerjaya Delailah sebagai kurator di sebuah muzium di New York dan seterusnya menjadi penyelidik di UNESCO serta kerjaya Ali Syukri sebagai seorang doktor di MSF atau Doctors Without Borders, diceritakan dengan sangat informatif, berkesan serta dramatik sekali.

Menghampiri ke hujung cerita, ianya sangat sangat menyedihkan dengan beberapa persoalan yang dilontarkan oleh penulis lewat watak Ali Syukri. Persoalan tentang tanggungjawab sebagai suami dan pengorbanan dalam perhubungan benar-benar mengocakkan kolam emosi pembaca. Ada rasa keterkaitan dengan watak Ali Syukri itu sendiri, kalau tak semua, mungkin satu atau dua.

Dan, aku suka pengakhiran cerita ini. Rasa kena sangat untuk Delaila. Semoga ada sinar harapan.

Fuh! Memang terusik kolam emosiku usai membaca novel ini.
Profile Image for Marni Arshad.
77 reviews1 follower
February 1, 2023
"Cinta itu adakalanya menandakan pertemuan - berada dalam hati, utuh dalam memori - tetapi tidak memungkinkan penyatuan dua hati."

🍂 🍂 🍂 🍂 🍂 🍂

Cerita ini agak memenatkan saya ketika membacanya. 3 watak utama;

▫️Ali Syukri - yang mengawal isterinya dan kurang bertolak ansur, tetapi setelah isterinya patuh, dia pula yang curang.
▫️Delaila - setia. Terlalu setia sehingga menyiksa dirinya untuk terus terkongkong dalam kenangan yang memenjarakan. Susah sangat nak 'move on'.
▫️Wairah - selalu ingin bersaing dengan Delaila sehingga sanggup merampas kebahagiaan perempuan itu demi hidupnya.

Selama 12 tahun, Delaila sangat susah 'move on' dan terus hidup dengan kenangannya. Saya fikir, Delaila boleh saja membuat pilihan yang lebih baik setelah melalui keperitan hidup bersama lelaki yang pernah dicintainya. Tapi, bak kata Delaila, "cinta tidak pernah mengenal erti serik."

Ali Syukri pula seolah-olah tidak mengerti. Masih jugak memburu Delaila setelah berlaku curang dengan Wairah. Tak malu ke??

Dan Wairah, setelah memberi kata putus, mahu berpatah balik kerana tidak berpuas hati dengan Delaila, lagi.

Cukuplah Delaila! Itu yang saya sering ulang di dalam hati ketika membaca cerita ini. Benda yang sama berulang-ulang. Kau nak kecewa lagi ke?? Penat.

Tetapi akhirnya, saya berpuas hati dengan pilihan Delaila. Finally!!! Pilihan yang tepat.

▪️▪️▪️

Penggunaan gaya bahasa penulis dalam novel ini bagus. Beliau juga bijak menghuraikan kerjaya masing-masing di dalam novel ini dengan begitu terperinci dan jelas. Saya paling suka kerjaya Delaila sebagai kurator di salah sebuah muzium kerana saya pelajar Sosiologi & Antropologi dulu 🤓

Secara keseluruhannya, saya berikan 3⭐ untuk cerita ini.
Profile Image for Ema.
1,115 reviews
November 21, 2025
Delaila Azilah dan Ali Syukri berkahwin terlalu awal ketika belajar di Nottingham (bukan cawangan Semenyih). Tidak sampai beberapa bulan, rumah tangga mereka mula goyah akibat ketidakmatangan kedua-duanya, ditambah kemunculan orang ketiga. Laila melarikan diri ke New York dan menghilang selama 12 tahun. Saat dia cuba berdamai dengan masa lalu, Ali muncul kembali pada bulan Januari. Namun persoalan aku, apa relevannya tajuk Lelaki Januari itu dengan keseluruhan cerita? Ia seolah diletakkan untuk hiasan, bukan makna.

Satu lagi benda yang ketara ialah repetitive. Hampir setiap bab Laila meratib nama Ali, sampai rasa seperti wataknya tidak bergerak ke mana-mana. Ia menghakis emosi yang sepatutnya lebih mendalam dan menjadikan pembacaan sedikit melelahkan. Aku juga sengaja kekalkan nama Ali walaupun penulis menggunakan nama Syuk sebab aku tak gemar nama itu. 😂

Secara keseluruhan, novel ini lebih klise daripada jangkaan aku. Aku pilih kerana penulis, penerbit dan tajuknya yang menarik, tetapi akhirnya ia terasa seperti drama pukul 7 dengan rentetan kebetulan yang boleh dijangka. Mungkin expectation aku sendiri terlalu tinggi. Pun begitu, ada sisi informatif tentang Doctors Without Borders dan kerjaya penyelidik di UNESCO yang memberikan sedikit nafas segar. Sebagai tambahan ini sebenarnya terbitan semula naskhah daripada penerbit Jemari Seni (2014) dan pernah diadaptasi ke drama bersiri.
Profile Image for Iza B. Aziz.
227 reviews31 followers
September 15, 2022
"𝘊𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘯𝘢𝘭 𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘴𝘦𝘳𝘪𝘬, 𝘬𝘢𝘬," - 𝘋𝘦𝘭𝘢𝘪𝘭𝘢

Bukan cinta tak kenal serik, kau tu tak pernah serik dilukakan Delaila oi! Cukup degil membutakan hati demi lelaki bernama Ali Syukri yang kau titip tiap-tiap hari.
_______________________________
Ya, emosi sungguh saya baca novel ini. Ini kerana ia sebuah rententan cinta luka, cinta yang ingin mencari peluang kedua atau sekadar cinta simpati. Entahlah..

Mulanya saya geram dengan watak Ali Syukri yang cuba kawal hidup Delaila. Ditambah pula sikap Delaila yang keras hati dan susah move on. Masuk pula si Wairah yang ingin berlawan dengan Delaila. Rimasnyaaaaa!!

𝙏𝙖𝙥𝙞 𝙨𝙚𝙠𝙚𝙟𝙖𝙥. Iyalah..manusia ini mana ada yang pernah sempurna. Selalu lupa bersyukur, selalu mahu peluang kedua, manis dengan janji tapi kemudiannya lupa lagi.
_______________________________
Penulisan novel ini sangat indah, cermat dan pilihan dialog yang mencerminkan setiap jiwa karakter. Sangat baik dan saya fikir boleh dijadikan rujukan.

Namun, saya keliru adakala watak tertukar-tukar kata ganti nama. Sekejap 'kau' lepastu 'awak'. Eh?

Perkembangan watak pula sangat perlahan. Rasanya boleh lihat sendiri, sudah 12 tahun berlaku tapi mereka tetap sama. Tetap terhimpit dengan kisah berulang-ulang. Cuma situasi sahaja yang lain. Saya lelah...

Tapi beza pula dengan kisah kerjaya mereka. Saya salute dengan penulis yang tampilkan fakta-fakta menarik tentang proses kerjaya watak. Jadi baca novel ini memang dapat juga ilmu baru tentang dunia doktor sukarelawan, peguam dan kurator muzium.
_______________________________
Biarpun pengakhirannya saya rasa agak pantas tapi saya puas sebab 𝙇𝙚𝙡𝙖𝙠𝙞 𝙅𝙖𝙣𝙪𝙖𝙧𝙞 itu orang yang selayaknya.

Buat Delaila kisah kamu seperti garapan lagu 𝗔𝗹𝗹 𝗜 𝗪𝗮𝗻𝘁...

𝘈𝘯𝘥 𝘐 𝘮𝘪𝘴𝘴 𝘵𝘩𝘦 𝘥𝘢𝘺𝘴
𝘞𝘩𝘦𝘯 𝘐 𝘸𝘢𝘴 𝘺𝘰𝘶𝘯𝘨 𝘢𝘯𝘥 𝘯𝘢𝘪𝘷𝘦
𝘐 𝘵𝘩𝘰𝘶𝘨𝘩𝘵 𝘵𝘩𝘦 𝘱𝘦𝘳𝘧𝘦𝘤𝘵 𝘨𝘶𝘺 𝘸𝘰𝘶𝘭𝘥 𝘤𝘰𝘮𝘦 𝘢𝘯𝘥 𝘧𝘪𝘯𝘥 𝘮𝘦
𝘕𝘰𝘸 𝘩𝘢𝘱𝘱𝘺 𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘢𝘧𝘵𝘦𝘳 𝘪𝘵 𝘥𝘰𝘯'𝘵 𝘤𝘰𝘮𝘦 𝘴𝘰 𝘦𝘢𝘴𝘪𝘭𝘺

- 𝗢𝗹𝗶𝘃𝗶𝗮 𝗥𝗼𝗱𝗿𝗶𝗴𝗼

Harap ulasan saya ini bukan spoiler lah ya 🫢
Profile Image for Ernah842.
36 reviews
January 15, 2023
Tak sangka jalan ceritanya seakan-akan isu hiburan sekarang. Terpaksalah menahan rasa bila baca bab Waira. Mengurut dada menahan sabar.

Keseluruhan jalan cerita agak menarik. Setiap watak memainkan peranan yang sepatutnya. Watak Delaila tu pun bikin geram tau. Mahu yang itu juga. Kalaulah aku........ selamat tinggal Ali Syukri! Eh, emosi pula hahaha!!
Displaying 1 - 30 of 41 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.