Jump to ratings and reviews
Rate this book

Singgahsana

Rate this book
Singgahsana. Di atas peterana dunia, dia bertakhta bagai raja.

Akan tetapi, sudah lumrah manusiawi; biar betapa tinggi, akan jatuh jua menyembah bumi.

Dia berperang dengan diri sendiri ¬– terperangkap dalam dunia empat dinding tanpa jeriji.

Antara kesihatan mental, keluarga, cinta dan cita-cita, novel ini menghidangkan naratif seorang penderita skizofrenia mencari kewarasan diri dari sudut pandang seorang abang, bersulam antara realiti dan alegori, juga dijalin indah antara puisi ke puisi.

148 pages, Paperback

First published December 12, 2021

1 person is currently reading
10 people want to read

About the author

Isa Kamari

28 books80 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (24%)
4 stars
15 (45%)
3 stars
9 (27%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for ainisreading.
86 reviews9 followers
October 21, 2023
Singgahsana bergenre kontemporari fiksyen ini mengisahkan perjalanan hidup yang dihadapi oleh seorang pesakit skizofrenia di mana kisahnya diceritakan oleh abang beliau.

Kisahnya bermula dengan penglibatan dia dengan dadah yang mengundang kepada berlakunya tindakan-tindakan di luar batasan kewarasan akal. Oleh itu, setiap kali dia meracau tanpa mengira hari dan waktu, ahli keluarganya yang lain akan menganggap ini adalah tindak balas kimia yang berlaku di dalam otaknya akibat daripada pengambilan dadah. Namun, kekacauan yang berlaku terhadap dirinya itu bukanlah hanya sekadar kesan daripada najis dadah itu, sebaliknya adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan bahan kimia neurotransmitter Serotonin dan Dopamin di dalam otak dia sehingga menyebabkan dia tidak mampu untuk mengawal emosi, fokus dan juga pergerakan. Ditambah merumitkan lagi keadaan apabila penyakit skizofrenia ini telah menyebabkan penghidapnya sering mengalami tanggapan palsu terhadap realiti dan khayalan yang tidak menentu.

Skizofrenia ialah sejenis penyakit mental jangka panjang yang melibatkan kerosakan dalam hubungan antara pemikiran dengan emosi dan perilaku, yang menjurus kepada tanggapan yang palsu, tindakan dan perasaan yang songsang, pelarian dari realiti dan hubungan peribadi, serta menjurus kepada angan-angan serta khayalan yang menyerlahkan keretakan mental yang menyeluruh.

Tapi mengapa tajuknya Singgahsana?

Selamat membaca untuk mengetahui jawapannya.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
February 25, 2023
Kisah yang agak berat dan sarat dengan emosi.. Penyampaian cerita diselang selikan dengan sajak.. Unik..
Profile Image for Iza B. Aziz.
222 reviews29 followers
February 28, 2024
3.5💫

Kekuatan Singgahsana adalah pada ayat-ayat yang indah dibalik cerita yang kelam. Syahdu hati membaca puisi alam yang dinukilkan si adik sebagai penawar bukan sahaja untuk dirinya tetapi kita yang membaca.

"𝘉𝘢𝘪𝘬𝘭𝘢𝘩, 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘢𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘴𝘵𝘪 𝘧𝘢𝘩𝘢𝘮𝘬𝘢𝘯, 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘭𝘢𝘣𝘢𝘩-𝘭𝘢𝘣𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘢𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘯 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯, 𝘴𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘵𝘦𝘣𝘢𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘥𝘪𝘢𝘮𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘮𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘳𝘢 𝘬𝘦𝘴𝘦𝘫𝘢𝘩𝘵𝘦𝘳𝘢𝘢𝘯. 𝘕𝘢𝘮𝘶𝘯 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘭𝘢𝘭𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪𝘬𝘶, 𝘪𝘢 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘱𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘱 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘦𝘳𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘪𝘮𝘣𝘶𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘩𝘶𝘳𝘶-𝘩𝘢𝘳𝘢 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱𝘬𝘶. 𝘏𝘪𝘥𝘶𝘱 𝘪𝘯𝘪 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘳𝘢𝘱𝘶𝘩 𝘢𝘣𝘢𝘯𝘨,"

Ia cerita mewakili kelompok masyarakat yang dianggap sampah dan tiada panduan. Pergelutan realiti, khayalan dan iman sememangnya benar. Agaknya pengarang ada pengalaman mengenali golongan begini. Ceritanya ringkas tapi teliti dengan corak tabiat yang dialami oleh penagih.

𝘋𝘪𝘢 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘳𝘢𝘤𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘸𝘢𝘬𝘵𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘢𝘭𝘢𝘮𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘱𝘪𝘴𝘢𝘩-𝘱𝘪𝘴𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘥𝘪𝘤𝘢𝘯𝘵𝘶𝘮𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘮𝘣𝘢𝘭𝘪. 𝘋𝘪𝘢 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘱𝘢𝘴𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘦𝘤𝘢𝘪 𝘢𝘬𝘪𝘣𝘢𝘵 𝘵𝘦𝘳𝘫𝘢𝘵𝘶𝘩 𝘥𝘪 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘭𝘢𝘯𝘵𝘢𝘪 𝘬𝘦𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘴 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘴𝘢𝘳. 𝘉𝘢𝘨𝘪 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘦𝘬𝘢𝘵 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢, 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘪𝘬-𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘴𝘪𝘬𝘢𝘱 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢 𝘬𝘦𝘢𝘥𝘢𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘢𝘥𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘤𝘶𝘣𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘪𝘬𝘪 𝘴𝘪𝘵𝘶𝘢𝘴𝘪 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘱𝘦𝘵𝘢𝘬𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘳𝘢𝘴𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘶𝘯𝘤𝘶𝘭 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘮𝘢𝘴𝘢 𝘬𝘦𝘭𝘢𝘬. 𝘒𝘢𝘮𝘪 𝘱𝘢𝘴𝘳𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘩𝘢𝘳𝘢𝘱𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘵𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘢𝘥𝘢𝘯𝘺𝘢. 𝘚𝘦𝘵𝘪𝘢𝘱 𝘩𝘢𝘳𝘢𝘱𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘵𝘦𝘳𝘩𝘢𝘥𝘢𝘱𝘯𝘺𝘢 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘩𝘢𝘯𝘤𝘶𝘳𝘬𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮 𝘪𝘵𝘶.

Mungkin saya tidak seperti si abang. Saya letih dan lari kerana tidak peduli lebih menyenangkan. Sikap abangnya yang begitu teguh membantu dan merawat si adik satu contoh yang tidak didendangkan dalam masyarakat kini.

Saya tidak sangka bacaan yang saya anggap ringan ini rupanya memberi kesan yang begitu dekat dengan garisan hidup.
Profile Image for Mini.
37 reviews3 followers
August 28, 2025
Review Time 📚⏰️

Singgahsana - @isakamari
Rating: 5/5 🌟

Pernah terfikir tak apa rasa bila realiti dan khayalan bercampur?

​Buku Singgahsana oleh Isa Kamari ni membawa saya masuk ke 'dunia itu'. Melalui mata seorang abang, saya dapat tengok sendiri perjuangan adiknya yang menghidap skizofrenia. Jalan cerita buku ini memang menyentuh hati dan membuka mata sesiapa sahaja yang membacanya.

​Apa yang buat buku ni istimewa?
1. ​Bahasa yang sangat indah. Penulis guna gaya puitis dan penuh metafora, membuatkan setiap ayat ada makna yang mendalam.
2. ​Kisah yang bukan hanya tentang penyakit. Ia pasal kasih sayang, penerimaan dan harapan dalam keluarga.
3. ​Memberikan kesan mendalam. Saya jadi lebih empati dan faham tentang isu kesihatan mental.

​Dengan cara penulis mengolah cerita sebegini, selayaknya beliau bergelar tokoh sastera!

Namun, mengapa tajuknya 'Singgahsana'? Bacalah, maka korang akan tahu jawapannya! Percayalah, buku ni 'worth it'! ✨️

Sekian.
42 reviews
September 10, 2024
A story that truly touched me. Not very often do I read local literature that I feel so strongly about. However, this one tugged at my heartstrings given the tensions with regards to relationships with others, with society's perceptions, with religion, and with the self. I also especially liked the poetry mixed in with the prose between chapters, which enhanced my appreciation for the book.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.