“𝗞𝗲𝘀𝗮𝗸𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘁𝗮-𝗺𝗮𝘁𝗮. 𝗧𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗮𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶”.
✍️𝑰𝑴𝑷𝑹𝑬𝑺𝑺𝑰𝑶𝑵 : Sceptical juga nak baca buku fantasi melayu sebab saya fikir “adakah mampu capai mcm tahap buku omputih?” “Adakah akan ada jalan tersendiri or tiru gaya omputih?” But I’m glad i read this, the only fantasy malay book i read is anything from Hilal Asyraf and RAM.
Cerita typical, macam Cinderella. Cuma ayah yang mendiamkan ketidakadilan terhadap Ayu tu masih hidup, Ayu pun pegang kata2 “Allah sentiasa jaga org yg baik2” mengenang budi mak tirinya yg tak berapa nak jaga dan baik tu 🙄 Ayu Candramaya bersempenakan keindahan cahaya sang ratu : anak yg hebat dari serikandi yg hebat,she’s a princess berjiwa rakyat♥️
dari awal buku dah teary 🥲 geram semua ada, kesiannya dia. Watak Ayu ni sangat manusiawi hidup didunia fantasi, dia bermula dari sebatang kara, maybe tujuan asal dia masih kabur, tapi berbekalkan nekad, doa dan bismillah dia meneruskan misi. Yg tak pahamnya kenapa dan perlukah ayah nya buat keputusan sedemikian? 🤷🏻♀️
I like pakcik Gentala, such a warm person like a father figure, i’m glad he’s there for her just like for her late mother, dan juga kehangatan persahabatan mereka berempat is just too cute 🫶. Lepas sampai di Mustika, here comess the boyyyy ✨Arjun Utama✨Setiap kali babak dia muncul, i macam “eh eh tu dia si hero Arjuna ku dah mai😻” 😂 he’s protective, tawadhu’, soft spoken, ada lesung pipit ,gagah hebat bertarung, romantik, give her flowers 💐 waw perfect nya😍haha
🖊 𝑾𝑹𝑰𝑻𝑰𝑵𝑮 : Guna bahasa klasik, macam zaman P.Ramlee, sedap sejuk mata membaca 😍 boleh bayangkan kelembutan bahasa Ayu dan ketajaman / kekerasan bahasa yg digunakan sesetengah pihak apabila marah atau tengking 👍🏻 Awat penulisan lancar dan indah macam air sangat ni, terbuai dan tak kekok. Straight to the point, the thing i like about her writing is apa-apa misteri ke tertanya2 ke akan terus dibongkar, not left in the dark but there will be more. Keep flipping 😏 multiple POV & short chapter too, so tempting utk tidak habiskannya in one sit 😂, halah kak Tey ni mmg pandai betul buat org dup dap 💗dkt every gentle and soft spoken men in her books 🙈 Saya tak boleh lah, comel betul buku ni lengkap dengan semua yang saya nak, persahabatan dan cinta yang setia, kawan dia semua masuk ayaq 😂 comel lah,
♥️𝑳𝑶𝑽𝑬 : So ilmu sakti yg mak dia warisi adalah ilmu tarian mempertahankan diri. World building jelas dan senang paham, boleh bayangkan orang melayu klasik bertaruh dan hidup di dunia fantasy yg kehijauan, indah dan luas😍macam dunia Narnia pun ada, i like books with animals in it♥️ Mungkin disebabkan dia adalah harimau, ianya comel macam kucing 🐯😂
🧠 𝑻𝑯𝑶𝑼𝑮𝑯𝑻𝑺 : Cuma sebagai pembaca buku fantasy, the description of bangunan or busana sedikit kurang jelas, i wish kaq Tey boleh elaborate more supaya dapat bayangkan tapi ini setakat benda kecik utk diberi perhatian. This book is more to plot and characters, bukan action fantasy. Kalau nak baca action fantasy + romance boleh cuba Nirnama by Hilal Asyraf. The way he precisely describe the weapon + pertarungan mmg mantap 👍🏻 this fantasy book is a light and easy to comprehend, so for those yang baru nak spark love to fantasy, you can try put your hand on this. Plot twist nya memang as usual, unexpected. And dekat2 hujung buku tu, OMG WHAT?! Mengapa ia nya berlaku? i demand a sequel right now☝️😌
💡𝑳𝑬𝑺𝑺𝑶𝑵 : Kekusutan dan kesulitan hidup yg Allah dah tetapkan utk Ayu dari kecik rupanya sebuah bekalan untuk dia di Mustika. Membuahkan nekad dan jiwa yang kuat, jiwa yg sentiasa berjuang walaupun banyak rintangan dihadapan yang kelihatan mustahil untuk di “robohkan”. Mungkin kita akan mengeluh kenapa dari kecik hidup susah, tapi sebenarnya ia nya adalah bekal dan kemana langkah kaki kita setelah bernekad? Meninggalkan duka mencari visi hidup seperti Ayu atau terus berkelana dgn hidup yg merana itu? Disaat kita terdesak dan takut jangan terus menerus lari, hadapi ketakutan itu. Akui bila penat dan takut , tak perlu pura2 supaya kita tabah dan sabar. Sesuatu itu diberikan pada kita bukan sewenang2 nya tapi kerana kita layak, mahu tidak mahu.