Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hunter

Rate this book
Sesekali Yasir memerhati sekeliling kedai, kemudian ke luar pintu sebelum kembali memandang Jimi.

"Seorang aje ke kau jaga kedai?" dia menyoal.

"Kalau malam memang seorang aje, lagipun bukannya sibuk ramai pembeli kan? Kalau siang lain cerita lah."

Yasir terangguk-angguk. Kemudian bersandar lengan di meja kaunter.

"Kau tak takut ke?"

Jimi mengangkat mukanya memandang rakannya itu. Sedikit berkerut keningnya.

"Takut? Kenapa nak takut pula?"

Sempat Yasir memandang keluar kedai sebelum menjawab dengan nada berbisik,

"Kat bandar kita ni dah ada pembunuh bersiri!"

"Apa? Apa dia?"

"Dalam seminggu ni ada tiga kes mayat dijumpai kat lorong belakang area sini. Satu kat belakang hotel kita orang, dan satu lagi di belakang kelab malam hujung tu. Dan yang satu lagi di belakang bangunan mahkamah. Sadis Jimi... Kepala hampir putus!" beritahu Yasir dengan serius.

ebook

First published August 4, 2022

2 people want to read

About the author

Riley Fizan

8 books29 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (75%)
4 stars
1 (25%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
August 9, 2022
jimi. tanpa sangka watak suria masuk dalam ruang kehidupannya. suria yang berwajah pucat dan ditemani sekaki payung cedera ketika mereka pertama kali bersua.

rupanya kehadiran suria ada kaitan dengan mayat-mayat yang tak berdarah dan leher hampir putus. pada awalnya jimi sangkakan pemangsa itu suria sebab dengan matanya sendiri jadi saksi yang suria memegal kepala seorang lelaki.

rupanya dia terheret dalam satu situasi yang tak pernah difikirkan. suria memang pemburu tapi pemburu kaum penghisap darah yang selama ini ada di bandar-bandar besar. zack sasaran utamanya.

sedap olahan dan penyampaian penulis ini. sama sedih terasa bila sahabat baik jimi iaitu roni dan yasir jadi mangsa. terasa kekuatan watak suria yang sanggup mengetepikan kehendak fizikalnya semata-mata nak hapuskan kejahatan yang beraja.

harap ada lagi kisah jimi. dia walaupun seakan watak yang lemah tapi jiwa dia kuat.

memng begitulah kalau nak tempuh kehidupan ini, kan?
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.