Demi cinta yang sesungguhnya. Demi rindu yang tak pernah padam. Demi kasih yang tak pernah hilang. Kerana cinta, rindu dan kasih itu aku terbang bersama sang pelindung langit. Darah pahlawan milik ayah yang gugur di medan tempur mengalir laju di setiap pembuluh darah aku, Mejar Zahra Kamelia. Walaupun ayah menjaga langit, tujuannya tetap sama; untuk memastikan tidak terganggu lena anak bangsa dek ancaman anasir yang cuba menggugat keamanan negara.
Mendirikan rumah tangga tak pernah ada dalam senarai prioriti hidup aku walaupun dia, Mejar Atif Aizuddin tak pernah berhenti cuba menjadikan aku suri hidupnya. Bukan aku tak sudi, cuma entahlah, mungkin aku takut. Aku takut untuk belajar menyayangi seseorang hanya untuk kehilangannya. Melihat ibu menanggung rindu yang hanya diluah melalui pandangan sayu ke pantai, menanti ayah yang tak akan pulang menakutkan aku. Rasa itu terlalu menyakitkan. Biarlah aku abdikan jiwa raga ini untuk tanah air yang menyambut kelahiranku. Namun ibu yang memaksa aku meruntuhkan kubu yang utuh kubina selama ini. Sama seperti aku, Atif juga cintakan langit. Mungkinkah akan lapang hati ini selapang langit untuk menerima cintanya?
“Mejar Zahra, I got your six always and forever, over and out.” — Mejar Atif
Finished this is just a few hours!
Don’t be fooled by the thin pages. This book contains suspense, push and pull and endless unexpected butterflies attack 🧘🏻♀️ This book also has no bad character, noice ✨
The plot highlights the strength of a woman, especially in the military world — I like it a lot! I think I can relate with Zahra Kamelia’s character. She’s self sufficient, able to stand on her own and does not need anyone to provide her.
But if somebody like Atif comes into the picture, I might reconsider my decision because hsjdkdkdk this guy sure has his very own hidden charms. Now, I shall lurk around the internet and see if I can grab my own Atif 😆😆😆
Bestttt😭❤️ ❤️ Suka sebab tak fokus pada cinta or jawatan tu hanya pada nama semata. Shout out dekat penulis sebab berjaya gambarkan tugas pegawai tentera udara dan PASKAU. Mejar Atif & Mejar Zahra such a lovely couple💕
Awesome.. best sgt… suka plot cerita yang memertabatkan wanita…tak nampak perempuan terlalu lemah. Tiba tiba teringat movie pilot wanita ‘gunjan saxena’ walaupun movie tu cerita yang berbeza..
Suka part ayat ni..
Tapi, orang juga kena tahu, kami anak ibu. Kalau ayah kuat, ibu jauh lebih kuat. Kalau ayah hebat, ibu berganda lebih hebat. Ibu definisi perempuan besi bagi Zahra. Perempuan besi itu dibakar lalu ditempa berkali-kali. Semakin ditempa semakin ampuh. Lalu besi itu diasah menjadi setajam tajamnya pedang yang melindungi kesayangannya.
Menjadi kuat itu bukan magis yang cukup dengan menadah tangan untuk berdoa “ Ya Allah, kurniakan aku kekuatan” dan terus bangun dengan jiwa perkasa tetapi menjadi kuat itu merupakan satu proses menerima ujian dengan sabar, mengetahui bahawa Allah sebaik- baik perancangan dan yakin bahawa dunia ini hanyalah ladang amal, akhirat nanti akan kita tuai hasilnya ( petikan tinta penulis)
update: baca untuk kali ke-4 it’s basically a yearly commitment at this point HAHA. aku pun tak faham kenapa obsessed sangat dengan dua Mejar ni padahal romance diorang 10% je🥰
first buku kak Izzah yang aku baca lepas tengok that one tt edit and i didn’t regret it at all. now she’s officially one of my auto-buy authors.
and safe to say, Mejar Atif Aizuddin is STILL my no. 1 fictional man. bro has everything i want. mana nak cari macam ni'((
also characters kak Izzah always SLAY. tak ada yang lembik/senang ditindas tak kira perempuan atau lelaki. both green flags.
Buku pertama daripada author ni yang aku baca dan seriousss sukaaa yang amaaatttt. Suka gila dengan cara penulisan author ni. Mmg 'clean' habis dan sarat dgn nasihat. 👍👍
Omg, i love Mejar Atif sooo mucchhhh. Mana la nak dpt org perfect camni 🤧 Karakter yang sangatlah 'soft spoken' tp dalam masa yang sama tegas. Mejar Zahra pun, memang karismatik habis 🤌 Ganas2 dia pun manja2 jgk sbnrnya 😆 Relationship ML dgn FL tersangat comeeeeelll. Rasa 🦋 dengan kata2 and scene diorang. Tak perlu pun bnda2 yg tak sepatutnya pun dah sweeeet yg amattt. Dalam banyak-banyak buku yg berkait dengan tentera. Ini buku pertama yang bagi aku agak realistik dalam menceritakan bagaimana hidup sebagai tentera / anggota pertahanan awam ni. Taklah seindah yang disangka. Kalau aku, belum tentu bersedia nak hadapi semua tu. Betullah, kuatnya seorang tentera, kuat lagi ahli keluarga kepada tentera tu sbb sanggup bersama2 kan dalam apa jua keadaan 😖
Bagi aku buku ni bukan sekadar kisah cinta tapi lebih lg daripada tu, pengorbanan, keteguhan dan kesetiaan dalam amanah yang dipegang ❤ #emptycanvashida
Aku tak pernah berharap untuk sesiapa memahami apa yang aku rasa. Cukuplah sekali aku rasa sakit separuh mati. Lebih baik tak payah mula bercinta cuma untuk menanggung rasa pedihnya berpisah. Bunga akan layu dan manusia akan mati. Apa yang kekal abadi hanyalah Ilahi. Jadi cukuplah aku wakafkan jasad ini bersama seluruh kudratnya untuk berbakti kepada tanah air ini.
"Mejar Zahra, I got your six always and forever, over and out." - Mejar Atif Aizuddin
"Hakikatnya, dunia ni memang tempat berpenat." - Mejar Zahra Kamelia
Perhatian kepada penulis Nur Izzah Hani, tahniah kerana berjaya membuat saya jatuh suka dengan gaya penulisan anda. Ini novel pertama penulis yang saya baca dan terasa nak kumpul semua buku beliau. Goodjob.
Mejar Atif Aizuddin & Mejar Zahra Kamelia. Comel. Sangat. Storyline yang ringan dan ada sikit debaran waktu part suspen. Atif ni memang dari awal lagi dah tangkap cintan dengan Zahra. Bukan main lama lagi dia tunggu cik puan Zahra kita ni terima dia. Atif ni memang memang memang bendera hijau ya. Tegasnya dia bila bertugas, manjanya dia bila bersama Zahra 😳😍😮💨 falling teruksz
Pergi ayahnya buat sekeluarga dan dibesarkan dengan kasih ibunya seorang. Dialah ayah, dialah ibu. Dia takut untuk singgah ke alam perkahwinan. Berasa dirinya tak mampu.
Zu suka sangat dengan watak Zahra. Watak perempuan yang berkarisma. Tampak dominan, ada gah-nya bila dibaca tapi semestinya ada sisi lembut Zahra pada orang yang tertentu.
Tak tau aku nak nyatakan macam mana perasaan aku masa baca novel ni. Aku rasa agak puas sebab sedikit sebanyak aku tau pasal PASKAU .
Zahra Kamelia. Namanya sangat indah. Tapi perwatakan Zahra sangat berbeza. Dia seorang Mejar. Dia diberi tanggungjawab untuk mengendalikan sebuah helikopter dalam satu2 operasi. Berumur 32 tahun tapi belum menikah. Gara2 dia tak sanggup kehilangan orang yg tersayang seperti ibunya. Ayahnya meninggal dunia ketika operasi semasa dia berusia 13 tahun. Namun ibunya tabah. Meniti hari dengan mengenang kekasih hati yang telah dijemput Ilahi .
Mejar Atif Aizuddin. Juga seorang tentera udara. Tapi Atif di bahagian Fighter. 8 tahun dia menunggu seorang Zahra membuka hati untuk menerimanya sebagai teman hidup. Tapi adakah penantian dia berbaloi? Bolehkan keperibadian Atif melembutkan hati Zahra? .
Dalam novel ni, korang banyak dihidangkan dengan scene2 dimana Zahra dan Atif terlibat dalam operasi2 yang melibatkan operasi menyelamat, operasi membanteras jenayah. Aku suka scene2 macam tu. Sedikit sebanyak aku tau pasal kehidupan seorang tentera udara .
Cuma diawalan bab tu, aku rasakan sedikit slow. Banyak fokus pada kehidupan Zahra. Tapi bila masuk part, Zahra dan Atif terlibat dalam operasi menyelamat mangsa banjir, cerita semakin menarik. Tahniah buat penulis sebab menulis sebuah kisah yang agak lain drpd yang lain. Biasanya kisah polis, kisah tentera darat,kisah komando. Jarang2 la jumpa kisah tentera udara dipaparkan .
Aku sangat2 rekomenkan korang untuk baca novel ni. Tambah2 korang yang sukakan kisah anggota unit beruniform.Ditambah part romantik sebagai penambah rasa. Ianya sebuah naskah yang sangat menarik untuk dibaca
Maybe because just like Zahra who has always been self-reliant, I long to have someone I can lean myself on. Jadinya line ni gave me massive butterflies.
I love the entire air force scenes. The after-marriage scenes are okay, cuma sedikiiiiit cringe.
Anyway, sungguh la suka nama Zahra ni. Setakat ni dah jumpa 3 fictional characters nama Zahra yang wataknya semua sangat best. Syud’s Langit Tetap Biru, Lynn Dayana’s Cinta Terlebih Gula and now this. Kena bagi anak nama Zahra gak ke eh?
Jarang ada penulis yg suka ketengahkan combat atau action dlm novel. Dah pernah baca novel Nur Izzah Hani sebelum ni. Paling suka Garis Masa. Bila Sayap Satria ni pula keluar, excited betul saya.
Tapi pendapat peribadi saya, sy lebih sukakan Garis Masa kerana scene actionnya lebih banyak dari scene percintaan. Kalau tgk dalam Sayap Satria, dari covernya agak 'promising' dgn babak aksi yg mencabar dan padu. Mungkin kerana itu saya agak kecewa kerana babak percintaan agak menonjol lebih dari babak aksi.
Mungkin juga kerana expectation saya agak tinggi utk babak aksi dalam novel ini. Tapi overall okay aje, cuma kalau boleh mantapkan lagi part aksi lagi superbb! Bab romance mungkin boleh hanya dijadikan sebagai pelengkap dan rencah dalam novel ini dan bukannya main point. Papepun, good job, Nur Izzah Hani. One of my favorite author.
So good I kept smiling throughout. Met the author at SIBF too. ❤️ Well-balanced between action and romance. No heavy conflicts. Makes for a very heartwarming read. No clichéd third party. Just a very mature and understanding companionship. Their relationship developed realistically. Legit no problems at all imo. I’m actually impressed. This goes into my reread shelf.
Mejar Atif & Mejar Zahra💞 Haihhh nak marah sebab buku ni comel sangat tu yg Ad bagi gula-gula😮💨 Ad sengih je tau sebab jealous dengan dorang ni😪 dahlah laki bini aset negara yg kerjanya bukan biasa-biasa🥺
Zahra ni awalnya memang takde niat nak kahwin pun sebab dia rasa takut apa yg ibu dia rasa tu dia akan rasa nanti. Dengan kerja dia yg masa tak menentu , nyawa sentiasa terancam😖 tapi atas pujukan ibu tersayang Zahra pun kahwinlah dengan Atif.
Ehemm cik abang gula kita ni pandai eh, pikat keluarga dulu > baru pikat Zahra😜 bagusnya Ya Allah nak! sibuklah Ad ni😩cik kumbang rupanya dah 8 tahun menunggu cik bunga ni😉 lepas kahwin masyaAllah Atif ni tumpah gulaa je aduh, how nak dapat husband perfect macam Mejar Atif Aizuddin ye?😌 Dunia akhirat 💯 Atif focus🙈 untung Zahra dapat husband perfect 10🫠 Atif always bangga dengan kesayangan dia. meng-alone member baca😪
Kerja dorang bukan biasa-biasa, sentiasa bermain dengan nyawa, tapi demi keamanan & kesejahteraan negara dorang korbankan diri😖
Overall, bagi Ad masyaAllah best. Ringan, senang nak faham, chemistry dorang aigoo🙈 tak menyesal baca ni nak hilangkan sedih baca buku heavy😂 kalau nak baca action, kekeluargaan, nasihat, baca ni, BEST SANGAT. Ad pun dah pernah baca karya Kak Izzah yg lain, macam The Silent Killer (MY FAVOURITE BEST GILA) & Bintang Paling Terang sangat recommended🥰
Dalam 8 tahun, sudah beberapa kali Mejar Zahra Kamelia, seorang juruterbang helikopter TUDM, menolak cinta Mejar Atif Aizuddin, yang juga berkhidmat di TUDM sebagai anggota PASKAU. Ada hal yang benar-benar membuatkan Zahra risau untuk menjalin sebuah perkahwinan bersama Atif, walaupun jauh di sudut hatinya, ada cinta yang bertunas.
Penceritaan beberapa misi yang digambarkan dalam novel ini begitu menarik. Gambaran cemas dan mendebarkan terasa sehingga ke tangkai jiwa. Aku paling suka dua babak. Satu, pendaratan kecemasan helikopter di padang sekolah. Dua, keberanian Zahra dan Priya dalam kemelut di Pulau Andaman.
Aku suka penulis menggambarkan situasi watak utama dalam tentera - panggilan tugas yang tidak menentu. Hal ini membentuk cerita yang agak pantas dan berpijak pada bumi yang nyata. Momen watak utama bersama walaupun singkat, digarap dengan manis, bermakna dan penuh kasih sayang. Boleh nampak chemistry mereka - Atif dan Zahra yang bermula sebagai kawan sejak mereka menuntut di UPNM, sehinggalah ke masa kini. Imbas kembali sewaktu zaman UPNM dijalin dengan baik oleh penulis, menjadikan kisah mereka lebih mendalam. Pembaca akan dibawa untuk memahami berkenalan Atif dan Zahra serta persahabatan Zahra dan Priya.
Persahabatan Zahra dan Priya digarap dengan sangat menarik. Petualangan mereka di zaman belajar begitu menghiburkan. Zahra dan Priya pada masa kini juga digarap sebagai sahabat baik dengan begitu berkesan. Perwatakan Zahra yang tegas dan berani ditonjolkan dalam novel ini, suatu mesej penting terutamanya untuk pembaca wanita di luar sana.
Secara keseluruhannya, saya begitu menyukai karya ini, kisah Zahra dan Atif yang indah, membuatkan juga saya sebagai pembaca, lebih menghargai tentera kita, yang menjaga negara demi ketenteraman rakyat.
Masyaallah lamanya tak update goodreads sebab memang tak membaca ya. Kitonya tak boleh angkat benda berat sebab tangan baru okay 🥺
So first book from my healing progress was superb! 💯 Bestnya buku ni menyesal tak baca awal-awal dulu 😂 kita sukalah dengan Atif ni. I got your six forever eh? adehh cayaqqq! 💦 This book makes me realise that semua family, wife dan saudara- saudari tentera kita mmg manusia besi ya. Tak mudah utk tinggalkan ahli keluarga, orang yg kita cinta demi tanggungjawab utk negara, kalau i kat tempat dorang pun belum tentu i mampu 🙂↔️ Stay strong untuk semuanya 🦾💓
Tamat baca Sayap Satria dalam masa hanya beberapa jam. Dia cerita aksi, tapi very comforting.
▪️Kisah pasangan suami isteri (Zahra- juruterbang TUDM & Atif- PASKAU) yang begitu dedikasi dengan tugas masing-masing.
▪️Cerita dari sudut pandang Mejar Zahra. Mungkin agak janggal bagi yang kurang gemar POV1. Saya ok je.
▪️Banyak scene2 lapangan –SAR, operasi anti-pengganas di pulau, pesawat komersil kena hijack dll. Di sini kita boleh nampak keberanian & kecekapan Zahra buat keputusan saat genting.
▪️Kalau nak babak manis-manis... ada. Seadanya. Sebab mereka pun jarang dapat jumpa. Kadang berminggu/berbulan tak jumpa, masing-masing sibuk operasi. Baru nak pergi bercuti, dah kena panggil standby.
▪️Yang paling kuat dalam cerita ni adalah ibu Zahra. Suaminya tentera yang gugur ketika bertugas. Tapi bila tiga anaknya pilih untuk jadi tentera, dia sokong.
▪️Banyak pengorbanan pasukan keselamatan negara yang dipaparkan dalam novel ni secara tak langsung. Seperti kata kembar Zahra, Hana (doktor tentera) ketika operasi mereka di Pulau Andaman —ramai kanak-kanak dapat berlari riang dan orang awam bebas bekerja kerana kita hidup dalam negara yang aman. Keamanan tu bukan percuma, telahpun dibayar dengan pengorbanan pasukan keselamatan negara. Wira-wira yang tak didendang.
Elok pula timing, baca menjelang hari kemerdekaan negara.
Tak sangka pula boleh enjoy sangat baca buku ni. Salah satu sebab, minat sangat air force. Lepastu, FL dalm ni merupakan salah seorang daripadanya. Teruja sangat! Kredit tambahan, ML pulak fighter pilot 🫡
Paling menarik dalam ni adalah sebab Ibu Zahra, Puan Maisa. Macam mana kuatnya seorang Ibu nak "lepaskan" anak-anaknya berkhidmat sebagai wira negara. Pekerjaan melibatkan nyawa. Kemudian, menantu dia pun sama. Tabah betul menanti berita daripada anak-anak setelah mendapat tahu operasi yg akan mereka jalankan.
Kemudian, pelbagai potongan ayat suci Al-Quran dan nasihat-nasihat Atif kepada Zahra membuka mata dan hati para pembaca. InsyaAllah. Macam Zahra kata, ayat-ayat yg kita baca selalu tu, tak tahu pun maknanya begitu. Suka sangat watak Atif dalam ni. Sejujurnya, mmg my dream man. Nakkan lelaki yg bantu untuk bimbing kita sentiasa berada di jalan yg diredhai Allah. Bukan senang nk sentiasa berada di jalan yg lurus kalau hati tak kuat, tiada bimbingan dan bantuan.
Comel-comel ja lah dua ketui ni lepas berkahwin. Heheheh
💐
This entire review has been hidden because of spoilers.
Tak puas la baca! TAK PUAS! Sehari je dah habis baca...
Saya tidak tahu menahu sama sekali ke-real-an dan ke-legit-an bahagian professional novel ini, sama ada cara percakapan, panggilan, bahasa yang digunakan, terma-terma, etc. Seperti yang dikatakan oleh author, ‘Terlebih, terkurang, termengarut, maaf saya pinta’. Jadi, review saya adalah sepenuhnya tentang pandangan peribadi saya terhadap flow cerita, gaya penulisan, karakter, plot, etc.
Ini adalah novel kedua penulis yang saya baca, selepas Adinda Ayuni. Dan, saya rasa penulis semakin kreatif untuk mencipta plot-plot yang menarik dan tak hambar. Simple story, tetapi sangat 'contented'.
Kata orang, yang suka berkelana melihat langit dan laut yang tiada penghujung, jiwanya memberontak dan mahu bebas. Sifatnya ganas dan mendominasi. Tapi, bukan Atif. Atif tegas pada kerjanya tetapi lembut dan lemah dengan pujaan hatinya. Macam mana ya nak gambarkan? Atif ni kiranya memang hero novel sejati lah! Sebab dia sempurna sebagai hero novel. Dia bukan budak agama, tapi dia faham agama. Dia tak pernah ditinggalkan, tapi dia setia. Dia mahu memiliki, tapi dia tidak menghalang.
Perempuan yang menceburi bidang yang didominasi lelaki, kata orang, biasanya sifatnya kasar. Berdikari dan senang menyendiri. Tapi, walaupun Zahra menjadi antara yang top dalam kerjayanya, dia tidak berperwatakan kasar. Bahasanya elok. Batas juga dijaga. Hati dia juga pandai terpancing cinta, sama sahaja macam perempuan lain.
Muka depan buku sangat precise untuk tunjuk Zahra is an army with hijab on. And I like it. Somehow, the cover is telling something. Walaupun nampak kecil, tapi bila saya tengok figura cover tersebut memakai tudung, saya rasa… entah.. senang hati kot? Dan, cover serta tajuk buku tak fancy sangat dan tak menimbulkan kontroversi.. Baguih! Kemudian, penggunaan bahasa asing yang sangat sedikit kecuali untuk terma-terma profesional yang berkait. Walaupun, keseluruhan cerita banyak menggunakan bahasa melayu, tapi ayat tak kekok, pemilihan perkataan yang sesuai. Penulis suka memberi nasihat melalui dialog. Ayat-ayat tak kedengaran awkward dan each sentences sangat realistik! Terutama sekali ayat-ayat daripada watak ibu dan Atif. Nasihatnya semua relateble. Tak dan la saya nak listkan di sini sebab banyak snagat.. Good job juga kepada penulis dan editor sebab no explicit content. Takde babak-babak yang tak perlu. Scene hero tayang badan sasa eventho dia PASKAU pun yilek. Clean! Baguih! Memenuhi definisi ‘membaca itu jambatan ilmu’ untuk pembaca kisah Zahra-Atif.
Garapan ayat-ayat penulis sangatlah... chef kiss! Ayatnya cantik, berbunga tapi boleh difahami, dia sampai suppp! ke jantung.. Jujur saya kata, ceritanya konflik dia biasa sahaja, bukan big big W tapi disebabkan ayat-ayat penulis ni cantik dan teratur lahai, memang selesa je nak habiskan kisah ni. Banyak yang saya suka garapan ayat-ayat cantik penulis, antaranya: - Keseluruhan muka surat 296 eg:- Buat anak bangsaku, bukan paku di bahu atau pingat seribu yang kami damba. Bukan sorak sorai dan puja yang kami mahu. Cukup bersama kita semai rasa kasih kepada negara agar ia mampu menjadi teduhan anak bangsa generasi baharu. -Antara ibu yang sedang bertarung nyawa atau suami yang sedang bertaruh nyawa.
Tapi, saya mengharapkan lebih banyak episod-episod lebih unik yang sedikit berbeza daripada filem-filem yang mengangkat tema ketenteraan. Macam saya kata tadi, buku ni konflik dan episodnya bukan big big W, just nice. Dan, Zahra sekeluarga tinggal di Perak, tapi tak jumpa pula mana-mana dialog loghat Perak di antara keluarga Zahra.. isu yang tu, agak asing..
.
Dalam mencari, janganlah dipilih yang sempurna. Tapi, mencari, biarlah yang menyempurnakan kita. Lebih-lebih lagi, yang mampu menyempurnakan agama kita. Naskah yang sangat bernilai daripada penulis ini, saya sangat syorkan ia kepada orang lain. Dan juga, semoga penulis sentiasa diberikan ilham untuk teruskan menulis karya-karya yang menarik seperti ini.
Mejar Zahra Kamelia tidak pernah membuka hatinya kepada sesiapa kerana dia takut kehilangan. Melihat ibunya kehilangan suami amat merisaukan Zahra. Adakah dia mampu kuat seperti ibunya? Kerana itulah dia selalu menolak kewujudan Mejar Atif yang setia menunggunya selama 8 tahun. Apabila dia menemui jalan buntu, segala tolakan sudah tidak lagi berhasil. Permintaan ibu harus dia tunaikan.
Sejujurnya, Ara paling suka buku2 yang tonjolkan watak wanita2 hebat ni. Rasa terinspirasi sungguh. Jarang nak jumpa storyline yg both lead characters tu kerja dalam line yg sama. Tentera udara pulak tu. SS ni tak fokuskan 100% pada romance. Sikit sebanyak dia bawa kita explore dunia Airforce. Jadi memang mak lurrvee sungguh!
Bak kata Mejar Priya, awal2 tu memang both lead characters tak ada character development langsung 😂 Literally tak ada progress ya 😅 Both of them SANGATLAH PROFESSIONAL. Kita ni tertunggu2 la bila nak muncul bunga2 cinta tu. Kita kan kepoh 😂
TAPI...
The moment lepas diorang dah kahwin, haa sendu lah hang sorang2 tepi bucu katil 😂
Ingatkan dua2 akan kekok sebab dulu bukan main beku kan. Tapi tak pun. Both of them sangatlah natural. Even the simple sweet things pun boleh buat kita senyum. Dua2 ada strong sense of character. Matang dalam hubungan. Both give & take. Both adore each other. Dua2 berdiri sama megah. Tak ada yg nak perlekehkan kebolehan masing2.
Scene bucket list tu... Sis sukaaaa 🙈
"𝑱𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒓𝒊𝒔𝒂𝒖, 𝑰 𝒈𝒐𝒕 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒔𝒊𝒙."
Tak tahu lah apa jadi kat sis. Tapi setiap kali jumpa ayat kat atas ni, aku punya sengih tu sampai ke telinga weh. SETIAP KALI!! 😂 Tapi once masuk part gedik Atif, sakit kepala sis. Cringe sikit la 🤏 Tiba2 Atif jadi out of character pulak. Malehh aku 😂
Even awal tu tak ada progress diorang, tapi tetap tak boring. Sebab penulis bijak masukkan scene Zahra & Priya. Terhibur sungguh dgn scene dua ketul bestfriend ni. Dua2 sama hebat. Memang salute dgn Mejar Zahra & Mejar Priya 🫡 Dan sis sebenarnya adore dgn ibu Zahra ni. Bukan mudah nak lepaskan kesemua anak masuk ke bidang ketenteraan selepas apa yg dia dah tempuhi. Mmg definisi wanita besi 💪🏻
Buku ni nipis tapi bagi sis, cukup rempahnya. Nak aksi pun ada, nak elemen cinta pun ada. Just nice. Definitely boleh habis in one sitting ja. Naratif penulis pun dah jadi one of my favourites sekarang 🫶🏻
Ara sangatlah rekomen buku ni especially kpd mereka2 yg baru mula berjinak2 nak baca karya Nur Izzah Hani (like me). Buku ni akan buatkan kita nak cari buku2 dia yg lain 🤣 Penulisan dia BEST !! Ok lah nak gi mengumpul buku2 Izzah Hani. Kbye! 🤣
Ok, pertama sekali aku tak rancang pun nak baca buku ini. Tapi, setelah dihasut oleh kawan aku, baru tergerak hati, apa salahnya aku cuba baca buku yang ber-genre-kan romantik ini. Maklumlah, aku dah lama tak baca buku romantik. - Aku dah dapat gambaran plot buku ini daripada kawan aku. Tak lebih, tak kurang romantiknya. Cuma ditambah dengan adegan-adegan yang ✨gempak✨ memandangkan plot buku ini menceritakan kisah perwira-perwira negara. - Kisah Mejar Zahra dan Mejar Atif yang kedua-duanya merupakan pegawai angkatan tentera udara. Mejar Zahra, seorang yang takut untuk menerima dan mengaku cintanya kerana pernah kehilangan orang yang tersayang. Mejar Atif pula seorang jejaka yang tak pernah berputus asa untuk mendapatkan dan menghalalkan cintanya pada Mejar Zahra. - Aku tak sangka yang aku akan suka dengan plot buku ini. Mungkin kerana jalan cerita cinta yang tak klise, atau mungkin juga kerana penulis selitkan dengan info-info atau adegan-adegan aksi seorang pegawai tentera negara. Aku juga suka dengan watak-watak sampingan yang menyokong kerjaya mereka berdua. Pendapat aku, dalam ini tiada watak antagonis, atau aku yang tak perasan? Haha. Apa-apa pun, plot buku ini tak berhenti ketika kedua-dua watak itu disatukan, namun diteruskan untuk tunjuk bagaimana perkembangan hubungan mereka berdua. Itu yang aku suka! Dan sudah tentu, penamatnya ‘happy’. Tambahan, aku suka bagaimana Mejar Atif dan Mejar Zahra yang sentiasa menyokong antara satu sama lain walaupun jarang sekali berjumpa. Dan aku suka bagaimana profesional-nya mereka berdua ketika menjalankan tugas. Tak nampak kekok pun. - Apa-apa pun, aku suka gaya penulisan si penulis. Ada diselitkan dengan nasihat dan kata-kata yang mungkin sedikit sebanyak boleh beri semangat kepada pembaca untuk teruskan hidup. Dan salah satu pengajaran yang aku dapat dari buku ini adalah sebesar mana pun kerisauan atau kegelisahan yang ada dalam diri kita, serahkan saja semua pada Tuhan, kerana Tuhan saja yang dapat bantu kita dan Dia-lah sebaik-baik perancang.
Selaras dengan judul 'Sayap Satria' sudah cukup menjelaskan secara ringkas tentang plot dan isi yang terdapat dalam novel ini. Novel ini berkisarkan tentang perajurit yang berjiwa besar dengan keinginannya untuk terbang tinggi di langit membawa sebuah pesawat bersayap rotari. Dia ialah Mejar Zahra Kamelia.
Tidak seperti kebanyakan novel Melayu, novel ini membawa jalan cerita tanpa konflik namun penuh dengan suka dan duka, saspens, turun dan naik jalan cerita serta momen-momen yang membuatkan pembaca tersenyum-senyum seperti adanya rama-rama berterbangan di dalam perut. 🦋🦋
Kekuatan dalam novel ini terletak pada watak terutamanya protagonis iaitu Mejar Zahra Kamelia sendiri. Menjadi seorang tentera yang mengendalikan pesawat satria membuatkan Zahra menjadi seorang wanita yang kukuh dan teguh. Tidak gentar apatah lagi lemah.
Namun manusia punya perasaan. Dia tetap tidak lari dari pelbagai emosi lagi-lagi apabila mengimbau tentang segala kesedihan yang masih tersisa setelah kematian ayahnya yang juga merupakan seorang tentera. Kehilangan itu membuatkan dia hilang kasih sayang seorang ayah.
Namun, Mejar Atif Aizuddin betul-betul hadir untuk menjadi kunci kepada pintu hati Mejar Zahra Kamelia. Kasih yang dicurahkan oleh Atif telah memekarkan semula bunga yang pernah layu di dalam hati Mejar Zahra Kamelia.
Banyak pengajaran yang pembaca boleh ambil dari novel ini. Pengajaran siap terperinci, mungkin boleh menjadi kunci jiwa para pembaca. Terima kasih buat kak Izzah kerana berjaya menghasilkan sebuah karya yang baik dan berkualiti untuk dibaca seterusnya dapat menyebarkan banyak kebaikan hanya dalam senaskhah novel.
Dan buat para pembaca terutamanya pembaca baharu, Nur Izzah Hani merupakan seorang penulis yang takkan buatkan korang rasa menyesal berhabis duit semata-mata untuk beli novel-novel dia. Setakat ini, tiada satu pun novel dia yang kosong, tanpa pengajaran. Semuanya baik Alhamdulillah.
Aku seriously sgt suka dgn novel2 watak badan beruniform izzah hani😍 Bukunya sarat dgn info ttg pekerjaan mereka ni yg buatkn aku makin menghargai & hormati pekerjaan2 sebegini. Berbeza sekali dgn bnyk novel cinta abg2 beruniform (tentera, etc..) skrg ni yg cuma jdkn kerja2 ini sebagai penambah cool watak tanpa selitkn langsung apa sebenarnya jasa yg ditabur mereka kpd negara. bkn hanya kpd si watak heroin dlm novel. Dan kerja2 mereka yg diceritakn dlm novel ni menunjukkn penulis melakukan kajian yg mendalam. Aku jg suka sgt watak utama cerita ni, seorang pilot helikopter tentera berjantina wanita! Mejar Zahra you are so cool! Dan sebagai seorg yg turut berkecimpung dlm kerja2 badan beruniform, aku suka bagaimana cerita ni sgt realistik. Ingat kerja2 beruniform ni sempat sgt ke nak bercinta berdrama semua tu? Masa lg banyak dikorbankan utk berbakti kpd masyarakat berbanding spend dgn family tau.
A light read yet it's about heavy topic. Love the story line without the need of cliché trope such as third person in relationship. Just cute story about a man trying to get the woman of his life to be halal together with him.
And the arc after they've gotten married, IT IS SO CUTE!
Don't forget to mention, all the military moment in this book, it's just good enough to make us understand what's going on.
It might has slight typo here and there but as long as the story line is enjoyable, I'm fine with it.
Overall it's a recommended book to read if you're looking for something quick and light yet still has that thrilling factor.
P/s : This book is the prove to never give up in finding love and don't say you don't want it, later on you might fall for it *wink*
Want to imagine yourself as a career women who's no need any men to your back up? Then Mejar Zahra is the one. She tough, responsible, even can be independent by herself. But who's know with a relationship with Mejar Atif she can be even more than what she imagine. "Aku cuma nak tambahkan sayap kau, bukan patahkan sayap kau" Really love how Atif keep support Zahra career and even be through with her. He did treat Zahra like a queen herself. I finished this books long ago, even re-read it, and finished in one day. I hope I can read a sequel from this couple. This couple really make a space in my heart.
Best weyhh sumpah best.. Mejar atif ni Ya Allah bergula ya.. walaupun scene mcm tak banyak tapi sekali dia muncul pum pum pum mmg mantop..mmg betul2 husband idaman ...paling suka part yg dia tanya psl al quran dekat zahra mmg lurveeee...satu lagi psl bucket list tu Suka gila dgn watak zahra ni..bukan main garang and kasar tapi bila dah kawin dah nampak sisi dia yg lain😌😆🤍 Yg penting semua jenis ops and info mmg details gila ..padu arr Author buat research..mmg umpmh👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻
Typo sikit² tu aku pejam mata jelah. Ni first time aku baca karya dari novelis ni, dan dapat jua ku rasakan ni bukan kali yang terakhir, i'm rooting to read her other books.
Penceritaan yang bagi aku santai, smooth, walaupun penuh dengan action-packed. Tak kering gusi pada certain² part, dan terdapat elemen² saspen lagi mendebarkan. Love the family bonding too.
Mejar Zahra Kamelia, awesome. Mejar Atif Aizuddin, chef's kiss. Buku nipis tapi puas hati!