Jump to ratings and reviews
Rate this book

Biar Sembuh Luka Semalam

Rate this book
“Setiap orang ada sebab masing-masing. Seteruk mana pun kesalahan yang dibuat, semua orang berhak diberi peluang kedua."

Satu keputusan yang dibuat oleh Nita mengakibatkan ayahnya lumpuh seumur hidup. Sejak itu, Nita enggan memutuskan apa-apa. Urusan bisnes Bakeri Jalan Tiung bulat-bulat diserahkan kepada pembantu, walaupun dialah pemilik bakeri. Sekecil-kecil urusan pun membuatkan Nita teragak-agak.

Nita, gadis lincah dan pemberani langsung berubah penakut.

Tanpa sedar, sikapnya mengundang satu per satu masalah. Bakeri makin merugi. Pekerja pula membuat onar. Lebih membingungkan apabila sebuah bakeri baharu yang gah muncul sebagai pesaing.

Ketika semakin buntu, Haris, seorang cef pastri dari Perancis cuba menawarkan bantuan. Kemunculannya memberi sinar harapan kepada Bakeri Jalan Tiung. Namun tidak pada Nita, kerana kepulangan Haris hanyalah menoreh luka lama.

Semakin dia cuba menghindar, semakin itulah dia harus memutuskan. Sehinggalah dia tersedar bahawa kesilapan bukan untuk ditakuti, tetapi didepani dengan berani.

411 pages, Paperback

Published August 8, 2022

21 people are currently reading
230 people want to read

About the author

Aidil Ghazali

4 books17 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
71 (25%)
4 stars
113 (41%)
3 stars
73 (26%)
2 stars
14 (5%)
1 star
3 (1%)
Displaying 1 - 30 of 62 reviews
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
March 4, 2023
Bahaya baca buku ni. Asyik rasa nak makan roti.

Saya suka susunan ayatnya. Bahasanya yang membuatkan saya teruskan membaca, walaupun sebenarnya konflik, pain point dan cerita tentang bakeri bukanlah cerita yang saya akan baca jika melihat-lihat di kedai buku.

Terima kasih banyak penulis. Otw baca buku Kopi!
Profile Image for amal_is_reading.
108 reviews68 followers
August 15, 2022
“Tiada siapa pilih untuk jatuh, tetapi kita boleh pilih untuk bangun.”

Novel Biar Sembuh Luka Semalam, karya Aidil Ghazali, terbitan terbaru IMAN Publication mengisahkan tentang Nita yang berubah dari seorang wanita yang cekap dan periang menjadi seorang yang takut-takut untuk menggalas tanggungjawab terhadap apa-apa keputusan yang bakal dibuat. Namun, apabila berhadapan dengan kemungkinan untuk kehilangan bakeri yang diwarisi dari ayahnya, Nita perlu belajar untuk memaafkan, bukan saja orang lain, tetapi juga diri sendiri.

Novel BSLS membawa pembaca untuk bersama-sama Nita untuk belajar makna kemaafan dan berdamai dengan masa silam. Gaya penulisan yang santai dengan gaya bahasa yang mudah difahami membuatkan proses bacaan dan penyampaian mesej dalam novel ini sangat berkesan. Jalan cerita yang ‘fast paced’ juga sangat memudahkan proses bacaan. Watak-watak yang diketengahkan dalam BSLS terasa ‘hidup’ dan realistik. Setiap interaksi antara watak rasa organik dan tak dipaksa.

Secara keseluruhan, aku rekomen novel ini.

Trigger warning: Terdapat satu babak adegan amang seksual dalam novel ini.
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews62 followers
September 30, 2022
.
📝 𝗴𝗲𝗻𝗿𝗲: 𝘀𝗹𝗶𝗰𝗲 𝗼𝗳 𝗹𝗶𝗳𝗲
🏷 𝘁𝗮𝗴𝘀: 𝗯𝗮𝗸𝗲𝗿𝘆, 𝗽𝗮𝘀𝘁𝗿𝘆, 𝗙𝗿𝗮𝗻𝗰𝗲
⚠️ 𝘁𝘄: 𝘀*𝘅𝘂𝗮𝗹 𝗵𝗮𝗿𝗿𝗮𝘀𝘀𝗺𝗲𝗻𝘁

✿ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 ✿
Semenjak ayahnya lumpuh akibat keputusan culasnya sendiri, Nita terpaksa mengambil alih bakeri ayahnya di Jalan Tiung. Namun, bakeri itu hanya suam suam kuku apabila Nita tak berani melontarkan pandangan sendiri dari sekecil kecil hal pekerja kepada sebesar-besar pengubahsuaian bakeri itu sendiri. Kepulangan Haris dari Perancis telah mengubah serba sedikit kehidupan Nita dan bakeri itu sendiri walaupun kembali membuka luka lama di hari Nita.

✿ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓾 ✿
Lepas buku Projek Athena 3 dari kak Syeraho, ni buku kedua yang bagi kita 💌 𝗻𝗼𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀 💌 nya sangat considerate dengan pembaca — terima kasih author untuk heads up nya 🫶🏻

🪴 𝙎𝙚𝙝𝙖𝙧𝙞 — 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙝𝙖𝙗𝙞𝙨𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙪𝙠𝙪 𝙣𝙞 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙨𝙚𝙝𝙖𝙧𝙞 🪴

Baca buku ni buat kita google segala jenis roti yang ada, taktahu la author ni did his research well atau memang pakar roti tapi lama lama perut terasa lapar ya baca buku ni! Sempat la grab donut viral Starbucks satu sambil baca buku ni, ngams! 🍩🧋

Kita suka cara author gambarkan setting France tu sendiri, tak terlalu info dumping & friendly untuk kita yang takpernah gi France ni nak imagine, French conversation terms pun kita google ya dari yang biasa sampai la yang pelik pelik — little did I know glosari ada je kat belakang TT so korang take note oke ni 🤣

For main characters — Nita & Haris, watak diorang sangat manusiawi bagi kita, penuh dengan ketidaksempurnaan which is relatable tau tapi Kak Cuni is my fav! Kak Cuni ni je yang waras dalam apa apa hal baik bakeri and relationship, betullah bak kata orang, pengalaman itu mematangkan kita. Kelakar, bertanggungjawab, independant woman — memang goals kak Cuni ni 💅🏻💓

Overall, cerita nya santai santai saja, takde stress stress pun & vibes bakeri memang sampai cuma satu je author takjawab —
🥯🥨 “𝙖𝙥𝙖 𝙗𝙚𝙯𝙖 𝙥𝙖𝙨𝙩𝙧𝙮 𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙧𝙤𝙩𝙞?” 🍞🧁
tolong lah kita sama sama tertanya tau ngan ejen hartanah tu! 😩✋🏻

✿ 𝓡𝓮𝓴𝓸𝓶𝓮𝓷𝓭𝓪𝓼𝓲 ✿
Pembaca slice of life and peminat roti atau foodie lover — pick up this book! ☝🏻

_______________

“𝙺𝚎𝚖𝚊𝚊𝚏𝚊𝚗 𝚊𝚔𝚊𝚗 𝚑𝚒𝚕𝚊𝚗𝚐 𝚎𝚛𝚝𝚒 𝚓𝚒𝚔𝚊 𝚝𝚎𝚛𝚕𝚊𝚕𝚞 𝚖𝚞𝚍𝚊𝚑 𝚍𝚒𝚞𝚌𝚊𝚙” - 𝙽𝚒𝚝𝚊

3.8🌟

Profile Image for Mslvoe.
2,040 reviews197 followers
August 29, 2025
3.5 stars

If Nita dengar cakap ayahnya...
If Nita tidak bersikap degil...
Ayahnya takkan apa²

Disebabkan kemalangan itu, Nita sentiasa mengalahkan dirinya. Dia begitu takut buat keputusan... takut bila salah, dia akan suffer

Tapi ayahnya tidak pernah mengalah.. malah cakap ianya hanya pinjaman... redha je

Mereka ada bakeri jalan tiung. Bisnes slow sikit sejak Nita ambil alih.

Nita ni semua benda dia serahkan pada kak Cuni. Pendek kata keputusan semua kak Cuni yang handle lantaran Nita sentiasa rasa was².

Kemunculan Haris mengingatkan balik kenangan lama. F pn tak faham apa susah sangat nak contact. Tiada email ekk. Obvious kot Haris memang jauhkan diri selepas dia berada di Paris.

Nita berdendam.. dia frust Haris blah gitu je tanpa ingat ayah dan dirinya. Tapi ayah Nita okay je.. watak yang sentiasa positif

Sama²lah diaorang naikkan bakeri jalan tiung
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
October 17, 2022
Jangan pernah menyalahkan takdir & diri sendiri kerana setiap yang berlaku sudah diaturkan oleh Allah.
Allah adalah sebaik - baik perancang .
Berbaiklah dengan takdir .

Profile Image for Hanalovesbooks.
155 reviews20 followers
September 6, 2022
Nita start salahkan diri dia lepas dia dan ayahnya terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan ayah dia lumpuh. Jadi dia take over kedai bakeri ayah dia. Kedai bakeri tu suam² kuku je. Dalam tu ada 3 pekerja. Walaupun ada orang yang bermasalah dalam tu tapi still Nita simpan sebab Nita tak reti buat keputusan. Last² semua keputusan besar² diserahkan pada kak cuni. Nasib la kak cuni tu baik. Bila haris balik dari paris, haris bekerja di kedai bakeri nita. Tu pun atas paksaan ayah nita yang nak haris di ambil bekerja kembali. Luka lama berdarah kembali.

----

Aku nyampah gila la dengan perangai nita ni. Hahaha bagi aku dia lemah gila. Semua keputusan kak cuni tu pula yang buat keputusan sedangkan dia bos. Tapi bila haris balik, pandai pula berkeras. Buat endah tak endah, tetap dengan pegangan taknak maafkan haris awalnya tu.

Kalau la dia channel the right energy tu pada kedai bakeri lagi bagus. Lepas ayah dia lumpuh, dia jadi lagi takut buat keputusan.

Haris pula ada masa dia tak matang. Cepat sangat bergaduh. Sikit² bergaduh. Kalau sikit² takpe lagi. Ni sampai bertumbuk apa bagai.

Sebagai pekerja tu adalah memalukan. Tapi scene ke dua tu ada patutnya dia bertumbuk. Cuma cara dia bertumbuk tu kalau tak dileraikan mungkin mati dah taufiq tu. Kadang² aku rasa dia ni panas baran gak la. Paling aku tak boleh terima bila dia terlepas cakap pada nita.

Dia cakap nita yang menyebabkan ayah dia lumpuh ke gitula lebih kurang ayat dia. Ooooo nasib baik nita bukan aku. Sbb kalau aku dah lama aku halau haris. Cukup sampai situ je. Sebab haris macam buka balik trauma nita. Tu trauma kot. Senang je dia hambur ayat tu macam takde apa. Last² dia tanya kak cuni kenapa nita benci dia sangat. What de heck man. You should know it!

Lagi satu aku x boleh terima bila masing² dah bercinta tapi haris boleh hilang tak bagi langsung khabar berita. Dah jelas sangat priority kat sini.

Know one is too busy for someone. Busy mana pun xkan la 1 email, 1 surat pun langsung tak boleh hantar. Dah la kau bukan duduk zaman batu. Ada cara untuk kau hantar khabar berita. Alasan je cakap belajar la hape la. Bukan sekejap. 10 tahun. Mana la nita tak bengang.

Kak cuni pula masalah kat sini adalah.. bila dia suruh Nita bagi peluang ke2 pada haris. Aku tak kisah la bagi peluang ke2. Tapi perbandingan situasi tu jauh sangat.

Situasi dia suami dia abuse dia so dia dibagi peluang ke2 oleh Nita untuk mulakan hidup baru. Lain dengan Haris. Haris tinggalkan nita selama 10 tahun. Dah bagi kerja dia pergi bertumbuk depan kedai. Cakap main lepas. Pastu suruh Nita bagi peluang kedua sebab semua deserve another chance. Not everyone deserves another chance. It depends la dengan apa jenis kesalahan yg kau buat.

Ceritanya kak cuni tu suami dia yg buat problem, nita ambil dia kerja. So berpatutan la. Sbb kak cuni takde buat apa kesalahan dengan nita.

Macam perbandingan situasi tu bagi aku tak kena langsung. Kalau aku jadi nita dah lama aku bagi kak cuni ni sedar. Berbeza sangat.

Okay buku ni ada 410 m/s. Aku perasan Nita start berubah m/s yg ke 300 gitu la. Maknanya cerita self development Nita tu cuma 100 m/s je. Dan bagi aku author tak cover betul² pun self development Nita. Cuma tunjuk nita terima haris balik, nita nak haris bantu dia. Macam sekadar itu. Apa sebenarnya real decision yang nita buat? Aku mengharapkan ada idea baru dari segi roti, kedai, pastu pelanggan. Sepanjang cerita ni.. aku rasa macam takde je perbualan dengan pelanggan. Atau secara jelas keadaan kedai bakeri tu. Dan macam mana akhirnya dia berjaya bersaing dengan kedai bakeri jepun depan tu. Senang cerita aku tak nampak sangat development nita ni. Paling daring pun bila dia merisik haris sendiri. Macam dramatik sangat. Hahahah

Dari segi penulisan, aku rasa banyak la yang penulis kena improve. Aku sebagai pembaca aku tak boleh go deep sangat dengan cara penulisan penulis. Mungkin ada yg enjoy dan suka, tapi bagi aku tidak.

Hmm.. aku rasa cukup sampai di sini review aku. Haha overall, aku bagi 3/5 ⭐
Profile Image for Eyqa  Zaque (The Hundred Pages) .
162 reviews19 followers
September 20, 2022
Buku ini juga adalah tentang bagaimana untuk mencapai keberanian, diselang seli dengan cerita bakeri yang penuh memori dan cita-cita, karakter yang hadir juga merupakan manusia biasa yang senang untuk dimengerti. Buku ini juga adalah tentang harga sebuah kemaafan, dan kemaafan itu memerlukan masa. Pasti ada satu episod dalam hidup kita yang menjadi titik perubahan malah menjadikan kita seorang yang penuh berhati-hati dengan setiap keputusan yang dibuat.

Saya membaca buku ini ibarat membaca nasihat seorang kawan rapat, biarpun kebenaran itu pedih untuk ditelan, tapi mahu tak mahu itulah kenyataan. Penulis melakukan tugas yang baik dan bersahaja dalam menyampaikan cerita, dimulakan dengan keadaan Nita sebelum dan selepas kemalangan untuk memberikan gambaran kepada pembaca tentang kehidupan Nita. Justeru, ia membuatkan saya rasa situasi Nita sangat intim dengan apa yang pernah saya alami. Semua keadaan yang diceritakan sesuai dengan waktu dan rapi dengan perasaannya. Gaya penulisan juga santai dan membuat kan pembaca senang tebuai dengan cerita yang dihidangkan.

Nita sebenarnya sangat beruntung kerana dikelilingi dengan jiwa-jiwa yang banyak memberi nasihat dan inginkan kebaikan buat dia, kalau dikelilingi toksik memang sakit juga Nita tu. Watak-watak Kak Cuni yang suka membebel kebenaran, watak Julia yang polos, dan watak Haris yang sungguh-sungguh ingin memenangi hati Nita sebenarnya satu gandingan yang hebat dan memberi senyuman.

Beberapa pengajaran yang saya dapat dari buku ini adalah:

1. Untuk sentiasa belajar menjadi adil dan pemaaf, suatu ketika mungkin kita rasa kitalah yang paling dikhianati, sampai kita sakit hati dan menutup semua ruang kemaafan. Tanpa kita sedar dendam itulah yang meragut ketenangan dalam diri kita, benar kemaafan mengambil masa tapi biarlah kemaafan tetap menjadi pilihan untuk lebih bahagia.

"Awak perlu berani. Berani buat keputusan, berani ambil pilihan dan akhir sekali, berani hadapi apa-apa saja akibatnya" - Suriani

2. Belajar untuk lebih berani, buku ini pastinya menghidang berjuta nasihat tentang berani membuat keputusan, kita kadang-kadang bukan apa, takut keputusan kita itu tidak yang seperti kita rancang, tapi benarlah ayat penulis, keputusan memerlukan keberanian yang luar biasa.

3. Perkara buruk yang terjadi dalam hidup kita pastinya bersifat sementara, semuanya pun adalah pinjaman. "Angka-angka ini cuma istilah pengurusan. Tak sepatutnya mengongkong perkembangan kita sebagai manusia dan tak patut kata kita dah gagal. Ia ada disitu sebagai isyarat supaya kita buat lebih baik." - Haris

Akhir kata, ini adalah sebuah naskah yang saya sangat suka, dia membakar semangat saya untuk menjadi lebih utuh dan berani menghadapi hari-hari yang mendatang. Terima kasih penulis, semestinya lima bintang untuk penulisan yang menyentuh jiwa dan perasaan.

Terima kasih juga kepada IMAN Publication kerana telah memberikan buku ini dengan pertukaran ulasan jujur.
Profile Image for Fatimah Wahidah.
119 reviews41 followers
June 9, 2023
Awas, jangan baca buku ini ketika sedang lapar.Penulis bijak memperincikan kaedah pembuatan roti dan tekstur pelbagai jenis roti.Banyak ilmu bakeri yang dapat diperoleh daripada cerita ini.Jika anda suka membaca novel dan ada ilmu tentang bakeri, novel ini sangat sesuai untuk anda.
Profile Image for Iza B. Aziz.
223 reviews29 followers
November 11, 2024
Jalan cerita membosankan, lebih kurang sahaja premisnya dengan novel Pada Pahitnya Secawan Kopi. Tukar mak jadi ayah, kopi jadi roti, dan urutan cerita ya lebih kurang. Watak Nita tak kompleks pun tapi dibuat-buat tambah isu “ketakutan”… tak faham dengan mindless thinking Nita yang konon dianggap sebagai “takut membuat pilihan”… entahlah something wrong dekat situ.

Chemistry Haris & Nita kosong, tak rasa apa biarpun ada cerita lama tapi okay then, pastu? Nita punya merajuk annoying, ya merajuk ya…bukan kecewa kerana ditinggalkan tapi lebih kepada merajuk. Masalah berulang kali hendak atau tidak ambil Haris bekerja. Ya Rabbi, sudah-sudahlah tu..kalau tak nak cari jelah pekerja lain..beria “tak nak ambil Haris!” last last uolls tekalah sendiri…

Entah apa-apa lahai ceritanya… siapa suka ceritanya dan dapat sesuatu. Good for you.

Dan minta tolong kepada editor atau pihak tertinggi Iman..please stop untuk label segala jenama barang. Tak perlu nak tahu Nita pakai cermin rekaan apa dan beli dimana.
Profile Image for Bell.
115 reviews3 followers
January 30, 2024
3.7 ⭐

Best tapi saya geram watak Nita ni perubahan dia hujung2 tu baru dia nak sedar, baru dia nak ambik risiko, baru nak maafkan Haris, maafkan diri sendiri, huwaaa 😭

Lagi satu saya tak nampak sangat chemistry Nita n Haris.
Sebab diorang baik2 pun hujung waktu Haris masuk hospital.

Apa-apa pun, naskah yang seronok dibaca sampai lapar di buatnya sampai berbelit lidah nak menyebut nama2 roti ni 😂
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
February 27, 2023
07-23

Biar Sembuh Luka Semalam - Aidil Ghazali

Bagi saya novel ini tiada lebih, tiada kurang. Cukup cukup sahaja. Bahan bacaan santai. Suka dengan buku ini kerana banyak bercerita tentang dunia bakeri, di samping muka hadapan yang cantik menjadi punca saya membelek naskhah ini.

Secara keseluruhannya, buku ini boleh dijadikan sebagai bahan bacaan santai. Usaha penulis mengarang cerita ini bagi satu usaha yang agak berhasil. Cumanya mungkin penulis boleh meletakkan lagi 'emosi' dalam watak yang ada bagi memberi kesan kepada pembaca. Apa apa pun tahniah penulis atas kelahiran novel ini.
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
October 2, 2022
'Kemaafan akan hilang erti jika terlalu mudah diucap.'

'Usaha dan penyerahan datang dulu. Berjaya atau tak itu hal kemudian.'

'Kadangkala, penawar sebenar bagi masalah dalam hidup adalah lebih ringkas daripada yang kita bayangkan.'
________

Mewarisi bakeri Roti Jalan Tiung selepas ayahnya kehilangan upaya -- untuk berjalan -- dalam kemalangan jalan raya yang menimpa mereka beberapa tahun lalu, membuatkan Nita perlu menggalas tanggungjawab yang luas dan besar -- ada keputusan yang perlu dia buat, ada tindakan yang harus dia ambil sebagai seorang anak dan pemilik bakeri.

Halangan-halangan yang dihadapi Nita tidak berbentuk kepada cabaran yang hanya boleh dilihat pancaindera, diambiltindakan dengan anggota tubuh. Tetapi juga melibatkan perasaan dan jiwa yang sering berasa takut, berasa marah, dan menyimpan dendam. Apatah lagi dengan kehadiran Haris selepas 10 tahun, yang akhirnya dia perlu ambil sebagai pekerja; dan barangkali lebih daripada sekadar itu.

Dan tragedi seringkali membawa kepada sesuatu yang baharu -- baik ataupun buruk; terpulang kepada bagaimana tragedi itu diraihkan, dikendalikan, mahupun diberikan ruang untuk memberi kesan dalam kehidupan.
________

Biar Sembuh Luka Semalam; buku ini ditulis dengan susunan jalan cerita yang sangat kemas dan teratur. Penggunaan bahasanya juga cukup luas dan cantik -- banyak juga kosa kata baharu yang saya belajar. Saya sangat suka bila dialog pertuturan yang digunakan -- meskipun watak berada di bumi Perancis -- tidak menggunapakai bahasa asing dan tetap mengekalkan penggunaan bahasa Malaysia; dapat membuktikan bahawa tidak lah sesuatu diolog itu berbunyi janggal walaupun sepenuhnya dituturkan dengan bahasa ibunda sahaja. Namun, terdapat juga penggunaan istilah-istilah bahasa Perancis yang pada saya tidaklah mengganggu naratif, dan kebanyakannya juga hanya pada penggunaan nama-nama roti dan pastri sahaja.

Plot buku ini berpusat kepada perjalanan dalam pengurusan bakeri Roti Jalan Tiung. Banyak juga babak pembikinan roti yang berlaku di dalam jalan cerita; pengetahuan penulis yang memang tidak dapat dinafikan lagi tentang kepakaran beliau dalam bidang ini. Pembaca akan dibawa hidup dalam suasana berlatarbelakangkan dunia kerjaya pembuat roti dan pastri. Kita juga dapat melihat dinamik hubungan watak-watak ketika berada di bakeri Jalan Tiung. Sesekali perjalanan cerita juga mengimbas kembali kepada kehidupan Haris ketika berada di kota Paris yang telah membentuk dirinya pada masa kini.

Buku ini tidak diberati dengan konflik yang terlalu rumit ataupun mencetuskan gangguan emosi yang teruk (kecuali pada TW untuk babak gangguan seksual). Kebanyakan konfliknya berkisar pada kemelut dalam pengurusan bakeri Roti Jalan Tiung; kepada persoalan tentang hubungan antara Nita dan Haris; serta pergolakkan dalaman diri Nita, dalam mengatasi sikapnya sendiri dan ketakutan yang dihadapi akibat daripada kejadian yang telah berlaku pada kehidupannya.

Karakter-karakter di dalam buku ini juga berpengaruh dalam pergerakkan jalan cerita; watak-wataknya pelbagai kerenah. Hubungan di antara watak sangat menyenangkan dan menghiburkan; yang dapat kita lihat dalam hubungan Nita dengan ayahnya, dan hubungan Nita dengan Suriani. Penciptaan watak jahatnya juga -- kena pada tempatnya -- yang turut memberikan impak kepada perkembangan watak. Semestinya sejenis watak-watak yang banyak pembaca mampu belajar daripada mereka.

Perjalanan ceritanya juga bergerak pada kadar bacaan yang sederhana untuk saya. Tidak banyak mengacau emosi meski saya sedikit geram juga dengan sikap Nita sebenarnya, dan agak jengkel sedikit dengan tingkah Suriani kadang-kadang. Malah watak Taufik pun sudah tidak duduk dengan baik pada gerak hati saya dari awal lagi. Sepanjang pembacaan saya banyak berasa risau sahaja, kerana situasi yang realistik mampu membuat pembaca untuk merasa berada di dalam kasut yang serupa dengan watak.

Buku ini, yang pastinya merupakan satu bacaan yang baik untuk dicadangkan kepada golongan pembaca yang luas. Pengajarannya banyak yang boleh dijadikan iktibar.
Profile Image for Hanis Afifah.
99 reviews6 followers
February 13, 2023
Saya sejujurnya rasa ada sesuatu yang kurang pada cerita ni, cuma saya tak pasti apa. Tapi, satu benda yang saya sangat jelas, saya kecewa arka watak Nita mengambil masa terlalu lama. Tambahan, ia berada pada bab-bab penghujung. Terlalu sikit babak yang menunjukkan perubahan Nita.

Selain tu, saya rasa perubahan Nita seperti kurang organik. Entahlah. Macam tak terlalu nampak dan ada proses dan pemangkin yang membuatkan Nita berubah.

Saya juga rasa adakala ayat-ayat pengarang terlalu memberitahu dan menekan pesanan dan peringatan tertentu dalam novel ni 'ke muka' saya sebagai pembaca. Bertambah tak seronok nak baca sebab kadang-kadang ia tak ubah bagai bebelan yang tak memberi kesan.

Satu-satunya watak yang saya suka dalam novel ni ialah ayah Nita. Saya tertekan semasa membaca sebab tak dapat nak suka watak Nita dan Haris. Rasa berat nak menghabiskan bacaan.

Maaf atas kekasaran bahasa.
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
October 11, 2024
Aku suka konsep buku ni. Banyak ilmu pasal pastry 🥐. Sejujurnya awal dan pertengahan cerita dah best TAPIIIIIII bila menuju pengakhiran tu macam ehhhh macam ni je ke habisnya ??!! Terlalu rushing.

Mengisahkan tentang Nita ni seorang yang tak pandai nak buat keputusan sendiri diamanahkan ayahnya untuk menguruskan kedai bakery keluarga mereka. So konfliknya memang banyak berlaku pasal perniagaan mereka ni.

Haris ni pulak bekas pekerja kat bakery tersebut yang dah 10 tahun ke luar negara untuk menuntut ilmu. Kau bayangkan lah bila kawan istimewa kau yang dah janji macam macam dengan kau pergi keluar negara selama 10 tahun. Dalam tempoh tu pulak takde langsung email ke phone call dari Haris ni. Jadinya aku faham perasaan Nita yang marah terhadap Haris ni.

Overall plot dia agak mendatar and kurang perkembangan. Asyik macam tu je. Ditambah pulak ending yang agak terburu buru. Macam biasalah novel keluaran Iman kan, jadinya banyak motivational quotes dan pengajaran yang boleh diambil dari buku ni.

3.5/5 🌟

Profile Image for Noor Maizan.
85 reviews9 followers
November 16, 2022
Susah juga nk dpt rasa chemistry antara watak, tak tahu la kenapa...Nita terlalu ego, 350 mukasurat juga la nak sampai part yang dia memaafkan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Haliza Ali.
212 reviews10 followers
March 3, 2025
The writing about the bread making was excellent! But not a fan of the plot
Profile Image for HoneyGee.
146 reviews7 followers
October 21, 2022
Agak lama untuk habiskan pembacaan.. Saya baca suku buku, tapi tak datang feel tu, terpaksa letak sekejap.. Selepas beberapa minggu, saya capai semula dan akhirnya habis.. Jadi, ini adalah pendapat saya berdasarkan pengalaman saya membaca senaskhah BSLM

Apa yang saya suka:

1. Cover cantiknya lahai. Saya mengaku, punca utama saya grab novel ni adalah disebabkan covernya.

2. Penggunaan bahasa melayu dia agak wow. Walaupun saya loading lah juga nak fahamkan ayat tu masa baca, tapi saya kagum dan terinspirasi (gitew). Contoh :- dalam bab pertama, penggunaan perkataan "perahu pisang", kan sangat uncommon di situ, sebab kita biasa panggil "banana boat". Saya baca sampai satu muka surat, bila dah faham sebanarnya scene ni pasal Nita dan keluarga bercuti tepi pantai, baru dapat tangkap Ohhhhh perahu pisang tu banana bot. Dan peliknya, saya tak rasa terganggu pun dengan penggunaan bahasa yang uncommon tu.

3. Minimal love-line. Okaylah, memandangkan, saya memang sejenis minat baca novel-novel cinta, saya akui love-line dia agak lemah. Tapi, melihatkan genre, publisher dan poin utama cerita ini, saya rasa love-line tu cukup dah. Comei dah.

4. Cara penulisan, helokkk dan kemas. Ayat tak berterabur, takde plot yang melompat tiba-tiba. Just nice.


Apa yang saya kurang suka:

1. Penggunaan 'awak' untuk komunikasi antara abah dan Nita. Saya tak pasti kalau orang lain memang ada gunakan awak sebagai kata ganti nama diri bila bercakap dengan ahli keluarga, tapi saya berpendapat agak kekok. Rasa macam tak dekat, tak rapat, bukan sekeluarga. Selalu, orang akan gunakan nama anak tu sendiri - Nita, Along, Acik, Adik atau paling common, kamu.
Contoh : Kamu ni, penatlah abah nak nasihatkan. Ikut kepala batu kamu saja.
Atau
Along, penat dah abah nasihatkan setiap hari, baju kotor kena masuk dalam bakul baju kotor, bukannya campak ke lantai.

2. Untuk perkataan bahasa asing yang terlampau asing, kena selak pada glosari. Kalau rajin, memang saya selak, tapi kebanyakan masa saya malehhh, jadi saya buat andaian sendiri je apa maksud perkataan tu (jangan contohi pembaca macam saya). Saya lebih prefer kalau penulis / editor letakkan maksud perkataan asing tu dia bawah muka surat.

3. Main konflik kurang 'Umph', kurang big W membuatkan cerita ni terlampau plain dan mendatar. Saya tak nampak pun kesan yang teruk kepada bakeri hanya disebabkan Nita tak reti buat keputusan. Sebab Nita ada Kak Cumi. Mungkin, penulis boleh buat dia jadi macam ni : disebabkan Nita terlampau takut untuk membuat keputusan, banyak hal bakeri diputuskan oleh Kak Cumi, sehingga tanpa Nita sedar, Kak Cumi memandai-mandai membeli banyak mesin membuat roti baharu dan menukar-nukar pekerja tanpa pengetahuan Nita sedangkan Nita adalah pemilik bakeri.

Lepastu, yang saya faham, Nita jadi takut buat keputusan lepas kemalangan bapa dia. Tapi, entahhh saya tak nampak kesan peristiwa itu pada Nita. Tak nampak pun 'severe damage' pada Nita akibat kejadian kemalangan itu.

4. Karakter dalam buku ni sikit je, boleh dikira dengan jari. Tapi setiap karakter tu, tak unik. Tak berbeza, takde key masing-masing. Watak Julia dan Abang Sani, saya tak nampak fungsinya. Datang dan pergi seperti angin lalu. Lepas baca buku ni, saya tak jumpa favourite character saya yang boleh buatkan saya teringat-ingat dekat buku ni untuk seminggu.

Cerita ni ada idea yang sangat bagus. Saya kira, penulis ada cara penulisan yang sangat baik dan lancar, jujur saya cakap. Tapi kena beri tumpuan juga untuk lebih banyak plot/babak yang menarik, yang memberi kesan mendalam kepada pembaca. Apa-apa pun, tahniah kepada penulis untuk kelahiran buku ini, dan saya menunggu untuk kisah seterusnya daripada penulis!
Profile Image for Athirah Idrus.
408 reviews9 followers
July 22, 2024
Pertama sekali saya ingin mengucapkan penghargaan kepada staf/penjual buku IMAN di PBAKL/Selangor yang telah mengesyorkan bacaan ini kepada saya berdasarkan kemahuan dan kemampuan bahasa saya. Jelas yang staf tersebut bukan sahaja mengetahui secara mendalam pelbagai buku yang dijualnya, malah mampu mengenalpasti kehendak pembeli terutamanya seperti saya yang sudah lama tidak membaca bacaan di dalam Bahasa Melayu dan agak kekok ketika hendak membuat pilihan. 

Ternyata buku ini datang pada masa yang terbaik bagi saya. Meskipun setelah sekian lama sejak saya membaca fiksyen Melayu yang terakhir bertahun-tahun yang lalu, buku ini, dengan cara penceritaannya yang menarik dan juga penulisannya yang cantik dan tidak terlalu puitis atau susah sehingga membuatkan saya rasa janggal, membuatkan saya terasa seronok membacanya sampai ke muka surat yang terakhir. 

Bagi saya kualiti penulisan buku ini amat memuaskan. Bukan sahaja penulis menggunakan bahasa Melayu yang indah, kosa kata yang digunakan juga mampu menyampaikan imej yang memberikan gambaran sesuai dengan jalan cerita. Walaupun saya kurang memahami terutamanya ketika penulis menjelaskan cara pembuatan pastri dan juga resepi penyiapan roti ala Perancis, saya leka membaca tentang dunia bakeri seolah-olah saya sendiri berada di samping boulanger di dapur. Penggunaan perkataan-perkataan Perancis juga disampaikan dengan kadar yang berpada-pada, di mana seorang seperti saya yang tidak pernah mempelajari bahasa tersebut tidaklah terasa lemas dengan perkataan asing yang banyak sehingga mengganggu aliran bacaan. 

Sekiranya rating buku ini hanya diadili mengikut faktor bahasa, aliran penceritaan dan juga keseronokan pembacaan secara keseluruhan, saya akan memberikan markah penuh tanpa was-was. Namun, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan saya terpaksa menurunkan rating kepada 4. 

Pertama, perwatakan di dalam cerita ini. Walaupun saya minat watak-watak yang muncul di dalam cerita ini seperti Kak Suriani dan Pak J, saya kurang senang dengan karakter Nita mungkin kerana Nita watak utama dan personalitinya agak menjelakkan kerana asyik menyusahkan orang sekelilingnya. 

Pada awalnya premis cerita amat memberangsangkan. Persoalan demi persoalan yang timbul membuatkan saya terkesima dan mahu meneruskan bacaan. Namun, penyelesaian di bab-bab terakhir yang mampu dicungkil lagi terasa tidak lengkap, menjadikan pembacaan jadi agak hambar di akhir cerita. Sayang kerana banyak lagi cerita yang boleh diterokai seperti pengalaman Haris di Paris, perhubungannya dengan Didier dan perancangan bakeri masa depan. 

Saya juga merasakan bahawa perhubungan antara Haris dan Nita seperti hanya di permukaan sahaja. Mungkin kurangnya komunikasi antara kedua karakter ini membuatkan perhubungan mereka terasa amat cetek, dan tidak terkejut mengapa terdapat masalah komunikasi di antara mereka sebelum itu. 

Banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki seperti plot dan karakter di dalam cerita ini namun kerana saya amat menyukai jalan penceritaan serta gaya penulisan cerita ini yang memberi semangat untuk saya mendekati lebih banyak bacaan Melayu yang lain, saya juga ingin mengesyorkan buku ini kepada sesiapa yang mencari bacaan ringan yang ditulis dalam bahasa Melayu kontemporari yang terjaga kualitinya. 
Profile Image for NUR HIDAYAH ABDUL HAMID (aya_booskboutique).
89 reviews6 followers
August 16, 2022
Novel yang digarap dengan baik. Santai jalan cerita tapi mesej yang nak diangkat sangat jelas. Tentang peluang kedua, memaafkan, dan berani membuat keputusan serta bersedia menghadapi segala kesan dari pilihan yang telah dibuat.

Rasa lebih menghargai pastri dan roti lepas baca novel ni. Penulis gambarkan dengan detail resepi dan proses membuat roti, juga nama-nama roti. Siap mention berapa degree suhu dan kenapa kena buat step itu dan ini. Best lah. Baru faham kerja si pembuat roti.

Detailnya penulis menggambarkan Kota Paris dan Perancis seolah-olah pernah pernah tinggal di sana. Suka bila penulis tidak sekadar menyebut nama tempat tetapi juga budaya dan suasana di sana.

Saya juga suka bagaimana watak- watak dibawa dalam novel ini. Perhubungan Nita & Haris juga menurut saya adalah sebuah perhubungan yang matang walaupun di awalnya Nita agak sukar untuk memaafkan.

Walaupun penulis adalah seorang lelaki tetapi saya suka cara beliau menulis mengenai dilema-dilema perempuan. Tak bias okay. Tq penulis. Sebagai perempuan saya terharu.

Banyak renungan dan nasihat panduan hidup yang boleh diperolehi dari novel ini walaupun ditulis dengan santai. Suka la tak rasa terpaksa-paksa nak terima.

Jika ada yang mengganggu saya sepanjang pembacaan adalah apabila agak panjang dan terlalu banyak scene yang menunjukkan kelemahan Nita. Dan bila semua orang sekeliling dia asyik cakap pasal kelemahan dia. So rasa macam teruk sangat Nita ni. Sisi kebaikan dia ada disebut tapi sikit-sikit sahaja.

And part bahagia n happy tu lambat sangat. Beberapa bab terakhir baru ada.

Overall best lah! Korang kena baca k.
Profile Image for Rainy Rose.
299 reviews32 followers
January 7, 2024
"Hasil pilihan yang kita buat tu baik atau buruk? Terima sajalah. Yang penting, sikap kita. Kita belajar atau tak? Kita ambil iktibar atau tak? Kita faham atau tak?"

Amaran: Buku ini menyebut mengenai banyak jenis roti yang sedap-sedap, jadi membaca ketika perut kosong adalah diatas tanggungjawab sendiri 😂

Biar Sembuh Luka Semalam mengisahkan tentang Nita yang mewarisi perniagaan bakeri bapanya iaitu Roti Jalan Tiung. Bakerinya hampir-hampir lingkup dek kerana ketidakyakinan Nita terhadap dirinya dan juga pembukaan bakeri baru yang menjadi pesaing bakerinya. Kemunculan semula Haris ke bakerinya hanya membuka luka lama pada diri Nita.

Buku ni seronok sangat! Lagi-lagi dengan jenis-jenis roti yang disebut di dalam buku ini, penulis sangat jelas dalam penjelasannya (menunjukkan penulis memang banyak buat kajian sebelum menulis buku ini). Jalan cerita dan penceritaannya juga sangat menarik dan tersusun. Cumanya, buku ini kurang pendekatan mengenai cara seseorang itu menghadapi luka emosi mereka. Tak sepatutnya aku rasa ayah Nita tak mahu mengaku dia sebagai anak jika tidak mahu mengambil Haris bekerja. Sampai begitu sekali. Bagi aku, ini menidakkan emosi luka Nita dengan cara blackmail yang tidak sepatutnya. Ini sahajalah yang aku kurang berkenan sikit.

Secara keseluruhan, buku ini sangat seronok dibaca dan intipatinya juga penuh dengan pengajaran dan maklumat mengenai roti-roti yang sedap! Hehe.
Profile Image for Muadz Mohd Haslan.
22 reviews5 followers
August 29, 2022
Novel Biar Sembuh Luka Semalam menceritakan tentang seorang gadis bernama Nita yang diamanahkan oleh bapanya untuk mengendalikan Bakeri Roti Jalan Tiung. Kepulangan Haris dari Negara Perancis secara mengejut membuatkan Nita menjadi trauma akan perkara yang pernah berlaku diantara mereka berdua. Haris pulang dengan sebuah harapan dan janji yang beliau ingin kotakan. Namun, keadaan Nita seakan tidak mengalu-alukan kepulangan Haris. Haris mengharapkan peluang kedua dari Nita untuk beliau menebus kesalahan yang pernah dilakukan.

Gaya penulisan yang dibawa oleh Aidil Ghazali dalam novel ini santai dan agak 'fast pace' jalan ceritanya. Latar belakang novel ini berkaitan perjalanan watak utama mengembalikan zaman kegemilangan Bakeri Roti Jalan Tiung. Penulis juga membawa pembaca merasai suasana dan realiti di sebalik Negara Perancis yang selalu kita anggapkan ia adalah sebuah kota romantis. Banyak istilah-istilah baharu yang saya peroleh dari pembacaan novel ini.

Pengajaran yang saya peroleh dari Novel Biar Sembuh Luka Semalam ialah kita haruslah belajar memaafkan orang lain dan juga memaafkan diri sendiri. Setiap daripada kita berhak mendapat peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan. Hati yang tenang dapat dinikmati apabila kita tidak menyimpan dendam terhadap sesiapa.
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
January 3, 2023
Biar Sembuh Luka Semalam
Aidil Ghazali

Novel ni tak bawa falsafah berat untuk kita nak faham, bacaan ringan dan santai.

Watak yang diketengahkan pula sangatlah manusiawi, maksudnya memang kena dengan vibe kita sebagai orang biasa dan rakyat marhaen.

Novel tentang kehidupan dan percintaan. Jangan biarkan luka semalam membantutkan kedewasaan kita hari ini.

Ada waktu dan ketika, kita hanya perlukan keberanian dalam membuat keputusan. Hasilnya, kita serahkan kepada Tuan empunya dunia. Dia tahu yang terbaik untuk kita.

Terkadang satu peristiwa buruk yang berlaku sebenarnya adalah pintu kepada peristiwa-peristiwa indah yang bakal mendatang.

Bagi peminat bidang F&B, novel ni pasti dapat pupuk minat tu lebih dalam.

"Ada airmata yang gugur ketika melangkah, biarkan orang melihat. Air mata bukan untuk disimpan"

"Kau cuma memori silam yang dah lama terbenam di dasar laut yang paling dalam"

#Letsاقرأ #syawalbookreview
Profile Image for Anthophile 🪴.
378 reviews7 followers
September 2, 2022
“𝗕𝗶𝗮𝗿 𝘁𝗲𝗿𝘂𝗸 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻”

✍️𝐈𝐌𝐏𝐑𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 : People said don’t judge a book by it’s cover,but i did that’s why i beli buku ni sebab cover dia cantik 😂 And it did meet my expectation. There is some sweetness in this book which is it related to a cafe, and i love everything about cafe bakery ♥️

🍰I mean element cafe dan bake dalam buku ni terasa macam baca buku sambil menikmati cusion,a very nice feeling that tuan @_aidilghazali sucess to convey dalam bentuk penulisan novel pula tu so tak bosan baca👍🏻

🍰Karakter kecil yang kisah-kisah mereka disebutkan sedikit sebanyak memberi gambaran sisi hidup orang lain yang dimana mereka juga ada membuat pilihan dan keputusan yang sukar.

📚𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐍𝐈 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀 : To someone who love bakery and cafe? Saya tak tahu kenapa sy suggest macam tu😂. Ofcourse other than tema sebenar buku ini if you are not interested in something changing-life books,this book is still suitable for someone yang minat kemanisan dan aroma seperti cafe dan bakery.

🍰Just like our life, manis pahit wangi beraroma, adapting taste bersesuaian dengan citarasa orang. That’s how our life are, just like cafe. Seriously, our life just like foods,if you read it than you will know. So enjoy reading this ‘cafe book’ guys. Haha.

🍰Saya menunggu karya lain lagi dari beliau which is i very enjoyed,this book kinda gave me insight that there’s sweetness in the bitterness of ‘UJIAN’
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
August 15, 2022
"Tuhan bekerja dalam rahsia, Nita."

Saya rasa tak salah pilih buku ini untuk dibaca. Tertarik sebab tengok cover, tajuk dan baca blurb. Ku sangatlah tak suka baca buku penulis baharu. Takut tak kena selera. Tapi tak tau kenapa keinginan nak membeli buku ni membuak-buak. 😂 Tapi ternyata kena dengan seleraku.

BSLS, tentang harapan dan keinginan untuk berubah. Tentang peluang kedua juga. Peluang untuk memaafkan diri, itu yang lebih penting.

Sebenarnya ku tertarik dengan 'quotes' penulis ni semasa Iman Publication keluarkan teaser.

'Kemaafan itu ada dua. Memaafkan orang lain dan juga memaafkan diri sendiri. Tetapi orang selalu terlupa yang kedua.'

Betul, kita susah nak bagi ruang untuk memaafkan diri sendiri. Kalau kita pernah lakukan kesilapan, kita jangan hidup dibelenggu rasa bersalah itu sampai memusnahkan masa depan. Beri diri kita peluang untuk berubah.

Bak kata Suriani aka Kak Cuni;

'Kadang-kadang, dalam hidup ini kita tak perlu fikir sangat. Redah saja. Hasil pilihan yang kita buat tu baik atau buruk, terima sajalah. Yang penting, sikap kita. Kita belajar atau tak? Kita ambik ikhtibar atau tak? Kita faham atau tak?'

Banyak sangat kata-kata dan nasihat dalam novel ni buat aku rasa tertampar. Memang tak rugilah baca. Recommended. 👍

Oh, ya! Latar tempat dalam novel ni di Malaysia dan bumi Paris. Jadi adalah terselit bahasa dan budaya masyarakat di Paris. Ada glosari di belakang buku kalau nak lebih faham bahasa yang digunakan. Haris ni lulusan Le Cordon Bleu. Pandai buat roti dan pastri. Dalam ni ada macam2 resepi roti dan pastri yang baru pertama kali aku dengar, siap google lagi sebab nak tahu. Lepas tu lapar weh tengok gambar makanan. 😂 Dasar perempuan sepertiku yang mmg suka makan. Hehehe...

Cerita ni tak straight forward tau. Ada flashback yang mudah je kau faham dan akhirnya kau akan tahu apa penyebab kepada sesuatu yang berlaku. Sebab tu bila baca susah nak berhenti.

Saya akan masukkan Aidil Ghazali dalam senarai penulis lelaki yang saya suka cara penulisannya selepas Teme Abdullah dan Ustaz Mizi Wahid (merujuk kepada penulis di bawah penerbitan Iman Publication).
Profile Image for Dayana Wong.
66 reviews7 followers
September 1, 2022
❗️Mengandungi unsur gangguan seksual dan kemalangan jalan raya

Perasaan bersalah, geram, sedih dan keliru datang silih berganti saat membaca novel ini! 😵‍💫

Nita - Dahulunya seorang yang berani dan tidak berfikiran panjang, berubah menjadi seorang yang penakut dan ragu-ragu dalam membuat sebarang keputusan. Perubahan sikapnya itu berpunca daripada kesilapan dirinya yang hampir meragut nyawa ayahnya. Rasa bersalah menguasai dirinya sehinggakan dia tidak berani dalam membuat pilihan kerana takut pilihannya akan menyakiti orang sekelilingnya lagi… Sejak kemalangan yang mencacatkan ayahnya itu, Nita lah yang bertanggungjawab untuk meneruskan warisan ayahnya, iaitu bakeri Kedai Jalan Tiung.

Namun, sikap Nita yang seolah-olah tidak berpendirian tetap itu meletakkan bakerinya di ambang bahaya! 😧 Kehadiran kedai bakeri ala Jepun yang baharu dibuka berhampiran menjadi pesaing hebat buat bakeri milik Nita. Berbekalkan tenaga kerja 3 orang wanita (Nita, Suriani dan Julia) sahaja sudah tentu tidak cukup!

Tanpa diduga, kehadiran Haris membuka peluang untuk menyelamatkan bakeri Kedai Jalan Tiung, tetapi kehadirannya juga turut membuka luka yang lama terpendam dalam hati Nita💔 Haris, jejaka yang pernah memberikan janji setia kepada Nita hilang tanpa khabar ke Paris untuk menuntut ilmu!

Dalam tempoh gawat itu, Nita sedar dia memerlukan Haris yang merupakan tukang roti lulusan luar negara itu untuk menjamin kelangsungan bakerinya, dia tidak mahu mengecewakan ayahnya, tetapi dia juga tidak mampu menerima Haris bekerja di bakerinya kerana perbuatan khianat Haris terhadap dirinya sejak sedekad yang lalu. Dapatkah Nita memaafkan Haris, dan dapatkah Haris membantu Nita untuk mencari keyakinan dirinya semula dan mengatasi ketakutan dalam membuat pilihan?
-
🌟5
Dayana suka sangat dengan tema yang disampaikan dalam novel ini! Isu tentang keyakinan diri dan keberanian dalam membuat keputusan amat dekat dengan masyarakat kita.
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
March 6, 2023
Buku ni membawa kisah Nita, seorang yang hilang identiti setelah salah membuat keputusan. Keputusannya yang membawa kepada kesusahan orang lain. Orang yang dia sayang. Dan juga kisah Haris yang kembali menuntut kemaafan setelah sekian lama menghilangkan diri di perantauan.



Jalan ceritanya mula dengan kadar yang sangat perlahan bagi aku. Agak sukar sebenarnya untuk aku dapatkan pace pembacaan dengan jalan cerita yang alah sopan ni. But once Haris dah balik Malaysia, dan secara kebetulan terjumpa semula dengan Nita, boom, jalan cerita semakin menarik! Aku sangat tertanya-tanya, salah besar mana yang si Haris ni buat sampai Nita jadi marah sangat dengan dia walaupun masa dah berlalu lama.



Tak dapat aku nak nafikan yang aku agak annoyed dengan watak Nita. Tapi dalam masa sama, aku kesian dengan dia. Hanya kerana satu keputusan yang salah, dia menghukum dan menyeksa diri sendiri. Malangnya, sikap dia tu membuatkan orang lain turut sama sakitnya. Ahh, payah sungguh. Nasiblah ada Suriani yang sentiasa membebel dan mengingatkan dan Haris yang sering cuba mengembalikan Nita yang lalu.



Kerana buku ni, aku craving segala jenis roti dan pastry. Ada ke patut share dengan kita, si penggemar roti cara membakar macam-macam jenis roti haih. Mahu tak terliur kawan ni? Haih. Dan jangan taktahu, buku ni juga banyak gunakan term dalam bahasa Perancis, sebab Haris melanjutkan pelajaran dekat sana. Lebih lagi, kisah roti dan roti dan Perancis memang sinonim, kan?



Overall, aku enjoy membaca buku ni walaupun permulaannya perlahan. Mungkin aku belum terbiasa dengan penulisan penulis yang serious talk, bagi aku sopan sangat. Itu yang membuatkan aku rasa janggal sikit. Lebih lagi dialog antara Nita dengan abahnya.



Profile Image for Erin95.
147 reviews5 followers
October 12, 2022
"Kadang-kadang dalam hidup ni kita tak perlu fikir sangat. Redah saja."

Macam mana nak review ea, ok aku mulakan dengan beberapa perkara yang menyebabkan aku bagi 3 bintang dulu. Antaranya, aku lebih memilih glosari, perkataan² perancis yang ada dalam buku ini, di letak di bahagian bawah muka surat instead of belakang muka surat. Sebab aku sedikit terganggu, bila kena stop and google apa maksud perkataan perancis yang aku jumpa (quite banyak juga). Banyak juga perkataan baharu yang aku jumpa misalnya:

1) Berdebuk-debak
2) Membuncah = gelisah/bingung

Haris, kemunculan semula Haris ke Malaysia. Marahnya Nita. Bagi aku kurang digambarkan apa perbuatan Haris yang teruk sangat sampai Nita marah dan susah nak maafkan Haris. Ada diceritakan cuma kurang cukup rasa dia tu. Aku macam "sebab ni je ke Nita marah sangat". Kalau penulis olah lebih sikit mungkin cerita ni jadi lagi menarik. Diorang bercinta ok faham, tapi kalau ada part atau satu bab pasal diorang bercinta sebelum Haris pergi luar negara tu, mungkin marah Nita tu jadi lagi jelas.

Lepastu dialog, aku faham dalam buku ni penulis memilih guna bahasa baku. Tapi kadang dialog tu jadi tak sampai. Watak Nita nampak monotonous. Aku macam sedih sikit, sebab macam ada benda yang tak sampai tau. Lebih kurang macam tu la rasa dia.

Yang aku suka pulak pasal buku ni, banyak kata-kata semangat kehidupan diselitkan yang aku rasa bermakna untuk kita jadikan pengajaran hidup. And pengetahuan penulis tentang roti & pastri amatlah patut dipuji.

Buat penulis, jangan stop menulis, bakat yang ada teruskan digilap, boleh jadi ia adalah permata yang tersembunyi.
Profile Image for Hafizah.
2 reviews
October 21, 2022
"𝙏𝙞𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖 𝙥𝙞𝙡𝙞𝙝 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙟𝙖𝙩𝙪𝙝, 𝙩𝙚𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙥𝙞𝙡𝙞𝙝 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙗𝙖𝙣𝙜𝙪𝙣".

Saya bagi 4🌟🌟🌟🌟

Inspiring story! Part awal dah cerita pasal permulaan kepada segala rintangan yang Nita hadap. Ikutkan tema buku ni, dia fokus dekat life sebagai seorang peniaga dan kita sebagai pembaca pun faham, tak mudah untuk golongan ni. Setiap perniagaan pasti ada pasang surutnya. Apatah lagi bila karakter macam Nita ni ada trauma, memang susah bagi dia lagi-lagi bila nak decide something tu. Tiba-tiba boleh jadi penakut.

Apa-apa pun, plot nice bagi saya. Dia perlahan tapi teratur. Senang nak faham, mesej pun sampai. Selain tu, saya admire bond kuat Nita dengan ayah dan pekerja-pekerja dia. Interaction comel je.

Pasal Haris pula. Best bila dapat 'explore' pengalaman dia sepanjang 10 tahun dekat Perancis. Ada sisi indah, ada juga sisi yang kurang. Karakter Haris ni agak well-written juga walaupun ada part barannya tu. Tapi dia hormat orang-orang sekeliling dia.

Book cover letops✨ Kalau bab pastri pula saya memang salute la. Ilmu pengetahuan penulis diterjemahkan dengan baik dalam bentuk cerita dan berjaya buat saya craving, beli roti kat bakeri terdekat dan enjoy makan!😂

Yang buat saya geram bila baca ni part Nita yang keras kepala and susah sangat nak maafkan Haris. Bila dah 'darurat' pun masih layan ego dia. Memang minta kena ketuk si Nita ni. Faham ada sebab dia jadi macamtu tapi semua orang layak dapat second chances. Si Haris pun satu. Bila dah lama kat negara orang, dia pula terus lost contact, menghilang tanpa khabar berita. Mana la member sorang tak geram kan hahaha.

Overall, saya enjoy baca dan saya nak recommend kat sesiapa yang nak cari something yang boleh bagi motivation. Buku ni sejujurnya bagi impak dan ada few quotes yang saya rasa sangat deep dan relatable🫶🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 30 of 62 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.