Jump to ratings and reviews
Rate this book

Saga Iblis Putih #2

Pencari Cincin Sakti

Rate this book
Alam raya ini sedang menyaksikan fasa perubahan keramat menjelang era pengakhiran akhir zaman. Maka bukan sahaja para khalifah dari semua dunia yang dibangkitkan, malah musuh-musuhnya juga.

Ini ialah kisah seorang lelaki yang dikatakan akan memulakan peperangan terbesar yang pernah dunia ghaib saksikan.

Ini juga kisah seorang wanita yang melangkaui kematian untuk menyelamatkan nadi cintanya.

Dan yang menarik-narik benang kepada segala malapetaka itu ialah satu entiti yang sejak ratusan tahun lagi sudah merencanakan kebangkitannya. Kesudahannya akan menyedarkan mereka tentang hakikat kehancuran yang bakal tiba. Tujuan hidup mereka akan dipersoalkan semula di hadapan musuh yang sedang mara.

455 pages, Paperback

First published July 1, 2022

10 people are currently reading
166 people want to read

About the author

Aliff Mustafa

3 books88 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
109 (59%)
4 stars
61 (33%)
3 stars
10 (5%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 63 reviews
Profile Image for Aliff Mustafa.
Author 3 books88 followers
January 1, 2023
Assalamualaikum dan terima kasih kerana terus menyokong saya. Naskhah kedua ini saya coretkan untuk kalian para pembaca Puteri Bunian Bulan dan juga untuk mereka yang tidak percaya akan cinta.
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews62 followers
February 17, 2023
.
📝 𝗴𝗲𝗻𝗿𝗲: 𝗳𝗮𝗻𝘁𝗮𝘀𝘆, 𝗿𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲, 𝘁𝗵𝗿𝗶𝗹𝗹𝗲𝗿, 𝗺𝘆𝘀𝘁𝗲𝗿𝘆
🏷 𝘁𝗮𝗴𝘀: 𝘀𝗽𝘆, 𝘀𝗵𝗮𝗽𝗲𝘀𝗵𝗶𝗳𝘁𝗲𝗿, 𝗰𝗼𝗻𝘀𝗽𝗶𝗿𝗮𝗰𝘆
⚠️ 𝘁𝘄: 𝗲𝘅𝘁𝗿𝗲𝗺𝗲 𝘃𝗶𝗼𝗹𝗲𝗻𝗰𝗲

✿ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 ✿
Yusuf Ikhwan, seorang bekas informer telah dijemput organisasi rahsia Merak Sakti untuk membantu menyelamatkan sebentuk cincin sakti daripada pengganas tersohor, Abu Said.

Ketika menjalankan misi tersebut, dia terserempak dengan kekasihnya yg sudah meninggal dunia 4 tahun lalu.

✿ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓾 ✿
I had high expectation to this author & he deliver gracefully as always! 🤌🏻✨

🪴𝘼 𝙥𝙖𝙜𝙚 𝙩𝙪𝙧𝙣𝙚𝙧 & 𝙖𝙣 𝙪𝙣𝙥𝙪𝙩𝙙𝙤𝙬𝙣𝙖𝙗𝙡𝙚 𝙗𝙤𝙤𝙠!🪴

Kita setuju dengan readers PBB yg cakap PCS lagi berat dari PBB. Betul. Berat nak faham kisah each watak dalam ni. Banyak info nak kena digest, nak correlate between characters, nak susun timeline *ehem* 👀 hence why kita annotate banyak! Tapi eventho kisah diorang berat, kita nampak one common thing antara diorang semua yg fosho everybody gets it — Cinta ♥

❤️‍🩹 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙞𝙩𝙪 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 & 𝙢𝙚𝙢𝙪𝙙𝙖𝙧𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 ❤️‍🩹

Mesej dari buku ni jelas, punca & kesan cinta. Cinta kepada manusia, cinta kepada sahabat, cinta kepada adik beradik, cinta kepada negara, in good or bad way — PCS had these all covered! Jujur kita amazed how each of the scenario well delivered throughout this book 💯✨

🍃 𝘿𝙖𝙢𝙣, 𝙝𝙚 𝙧𝙚𝙖𝙡𝙡𝙮 𝙩𝙝𝙞𝙣𝙠 𝙩𝙝𝙞𝙨 𝙩𝙝𝙧𝙤𝙪𝙜𝙝 🍃

Genius, well-thought I would say. Author pandai sorok hint yg kita cuma perasan bila kita skimmed through balik —
“𝙾𝚑, 𝚑𝚘𝚠 𝚍𝚒𝚍 𝙸 𝚖𝚒𝚜𝚜𝚎𝚍 𝚝𝚑𝚊𝚝?”
— if buku lain guna the whole page for a hint, PCS cuma guna 1 word/sentence. Subtle gila but once reader dah discover & solve the riddles, rasa puas! 😭👍🏻

Taksalah untuk kita cakap semua character dalam ni penting. Dari MC sampai lah watak yg namanya sekali lalu, none left behind – semua penting & well seasoned. Tapi cambiasa, character fav saya, haruslah villain yg bijak hahah nak tahu siapa & kenapa, kena baca okays! *rela pinjamkan buku kita nak suruh baca, serius* 🥵🤚🏻

✿ 𝓡𝓮𝓬𝓼 ✿
A must have in every readers’ shelf 😤☝🏻

——————

𝘒𝘢𝘶 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘬𝘢𝘶. 𝘒𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘢𝘬𝘶. 𝘚𝘦𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘬𝘢𝘶 𝘥𝘢𝘩 𝘤𝘶𝘬𝘶𝘱, 𝘴𝘦𝘬𝘶𝘢𝘵 𝘬𝘢𝘶 𝘥𝘢𝘩 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩.
- 𝘙𝘪𝘻𝘢𝘭 𝘒𝘩𝘢𝘪𝘳𝘪

𝘎𝘢𝘨𝘢𝘭 𝘥𝘪𝘴𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨𝘪 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘬𝘦𝘬𝘶𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯. 𝘖𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘨𝘢𝘨𝘢𝘭 𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘮𝘢𝘮𝘱𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘩𝘢𝘳𝘨𝘢𝘪 𝘬𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘴𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘬𝘢𝘯.
- 𝘌𝘮𝘪

𝘒𝘦𝘴𝘪𝘭𝘢𝘱𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘬𝘢𝘶 𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘶 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘤𝘢𝘵𝘶𝘳 𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮𝘮𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢.
𝘊𝘶𝘮𝘢 𝘥𝘶𝘢 𝘱𝘪𝘩𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘤𝘢𝘵𝘶𝘳. 𝘊𝘶𝘮𝘢 𝘩𝘪𝘵𝘢𝘮 & 𝘱𝘶𝘵𝘪𝘩.𝘒𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬𝘱𝘦𝘳𝘯𝘢𝘩 𝘫𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘶𝘣𝘢𝘩. 𝘔𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘵𝘢𝘥𝘢𝘩. 𝘔𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘪𝘬𝘢𝘮 𝘬𝘢𝘶 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘣𝘦𝘭𝘢𝘬𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘴𝘦𝘥𝘢𝘳.
- 𝘚𝘰𝘱𝘩𝘪𝘢

4.8🌟
Profile Image for Sna.
43 reviews3 followers
September 11, 2022
[Pencari Cincin Sakti - Aliff Mustafa]

Sejujurnya, saya tak tahu nak review PCS ni mcm mana tapi saya cuba hehe. As expected from Aliff Mustafa. Another masterpiece was born. Korang bacalah PCS ni. I need more people utk sama-sama meroyan, pecah kepala untuk mendalami kisah PCS ni. Ahh, tak dinafikan yang PCS ni lebih berat daripada PBB, tapi berat macam mana sekalipun tetap enak dan puas untuk dibaca. Serius.

Tags: Cinta, politik, kenegaraan, hasad dengki, mistik, dark, sakti

PCS ini mengisahkan tentang Ikhwan, Diana, Sophia, Ghul dan Farouq. Watak-watak utama yang berbeza bagi pengembaraan kali ini. Tapi Farouq tidaklah asing buat pembaca-pembaca PBB, kan? Secara keseluruhannya, ini kisah tentang Farouq yang ingin memburu dan memiliki Cincin-Cincin Sakti; sebelas cincin perak berukir merak. Kalau Farouq dapat cincin-cincin tersebut agak-agak apa akan terjadi dekat dunia mereka?

Dan time ni lah muncul si Ikhwan ni. Ikhwan pada awal cerita hanyalah penjual burger yang menggiurkan. Tiba-tiba dia diberikan tugas oleh Merak Sakti untuk mencari Sophia yang merupakan Penjaga kepada Penyimpan Cincin Sakti. Ikhwan bukanlah pendekar/ejen Merak Sakti. Hanyalah seorang bekas informer yang mempunyai deria yang sangat tajam. Apa yang saya respect pada Ikhwan ni, dia bijak memanfaatkan kebolehan yang ada pada diri dia. Kenapa kena cari Sophia? Sebab hanya Penjaga sahaja yang tahu siapa Penyimpan cincin tersebut. Mereka kena dapatkan dahulu cincin tu sebelum Farouq yang dapat.

Penat, penat otak nak singkap satu demi satu rahsia yang ada. Banyak ya rahsia dalam cerita ni. Sampai otak rasa nak pecah nak hadam satu persatu. Tapi no worries, setiap persoalan telah dijawab dengan sebaiknya. Smooth like butter. Plot twist dia pun tak main-main. Ternganga jugaklah sebab tak expect huhu. Actually, dari awal penceritaan pun penulis dah sediakan hint tapi tulah, saya tak macam Ikhwan or Sophia, deria tak tajam. Tak mampu nak notice. Ahahaha. Korang yang nak baca PCS tu nanti make sure korang take note setiap details tau. Even sekecik-sekecik details pun sebenarnya membawa impak besar dalam penceritaan ni.

Rata-rata review kata PCS ni berat. Ya, memang berat sebab ni lebih kepada isu politik dan kenegeraan. Tapi untuk siapa yang ikut perkembangan Malaysia pasti dapat membayangkan situasi dalam PCS ni dengan baik. Sangat dekat dengan kancah politik Malaysia yang diolah semula dengan elemen yang lebih mengujakan.

Cinta? Ya, sudah semestinya ada. Tapi kali ni cinta yang diketengahkan tu lebih luas maknanya. Cinta kepada seseorang, cinta kepada sahabat, cinta kepada negara dan juga cinta kepada agama. Ahhh, angkara cintalah semua ini terjadi. Disulam lagi dengan perasaan hasad dengki yang bermaharajalela, binasaaa. Sangat binasa. Benarkah cinta kalau cinta itu membinasakan? Huhu.

Setiap watak dalam cerita ni mampu meninggalkan kesan. Ahhh, sadis. Sadis sungguh kehidupan bila terlibat dengan Merak Sakti dan Iblis Putih. Tapi, apa pilihan yang mereka ada? Nasib kita ni hanyalah manusia biasa. Tak dapat imagine kalau kita ni di tempat mereka.

Overall, serius puas hati dengan jalan cerita PCS. Sangat mengujakan. Walaupun penat, tapi penantian sehingga ke muka surat terakhir itu berbaloi.

PCS ni bukan sambungan kepada PBB. Namun, karakter-karakter dalam PBB ada yang muncul dalam PCS dan PCS agak berkait dengan PBB. So, for those yang dah baca PBB, you should read PCS. Excited bila dapat jumpa certain watak PBB muncul dalam PCS. Hehe. Sekarang ni tak sabar nak baca Panggilan Iblis Putih. I need to know apa jadi dengan Diana dan Ikhwan. Huhuu. Jap, PIP tu sambungan kepada PCS ke? Ataupun sama macam PCS, hanya berkait? Haaa…

(Kerana cinta dan juga hasad dengki…)

So guyss please read this book. Serius best. Cuma kena bertenang sikit bila baca, barulah dapat enjoy. A must read book and another book yang saya annotate macam nak lunyai dah.

A 5 star read for me.
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
July 28, 2025


I dedicate The Great War by Taylor Swift to Ikhwan and Diana. This song described them the best.

Dari buku debut Aliff Mustafa memang dah masuk dalam senarai penulis yang wajib beli bukunya, tak payah baca blurb memang aci redah je beli buku penulis.

Saya jatuh cinta dengan Sophia dan Diana, dan saya suka betul bila penulis lelaki buat karakter perempuan yang badass. Dari buku pertama lagi, saya letak karakter perempuan daripada tulisan penulis antara watak perempuan yang kuat dari caranya tersendiri.

Tapi saya memang sukakan Sophia sungguh, haha tak tahu nak described macam mana. DIa macam cool dengan cara tersendiri.

Bila baca buku ni memang kena sediakan mental dan fizikal untuk tahan kerutan dan kesabaran sebab sepanjang pembacaan banyak benda yang penulis campak pastu cam ehhh WHAT?

Sampai pening kepala nak fikir sebenarnya apa yang jadi, hingga akhirnya saya fed up dan kata 'suka hati kau lah, aku malas dah nak teka-teka.' Dia punya pusing sampai tak boleh bincang.

Backstory Ikhwan reminds saya pada cerita Marvel, Guardian of The Galaxy Vol. 2 untuk kisah Star-Lord. Ikhwan ni morally grey karakternya, takdelah baik sangat, tak juga jahat tapi dia sangat firm dengan prinsip dia. Macam mana saya suka Rizal dan Andika, saya tak boleh suka Ikhwan haha.

Saya sebenarnya letak par expectations tu rendah juga masa mula-mula takut kecewa tapi tidak ya! Walaupun genre kali ni lebih gelap dari Puteri Bunian Bulan tapi penulis berjaya bawak penceritaan dengan baik. Ada beberapa persoalan dari buku Puteri Bunian Bulan diceritakan dalam buku ni, organisasi dalam buku Pencari Cincin Sakti lebih besar dan perlukan fokus yang lebih untuk susun setiap bebenang dalam plot buku ni.

Watak penting dalam siri ini dah pun diceritakan latar belakangnya untuk buku ini, and saya puas bila tahu siapa Iblis Putih ni.

Tapi macam kejam sungguhlah epilog buku ni, aku stress 😭 rasa sedih pun ada.

Gagal disayangi bukan satu kekurangan. Orang yang gagal ialah orang yang tidak mampu menghargai kasih sayang yang orang lain berikan.

And yes, I do agree with author: buku ini untuk mereka yang tidak percayakan cinta.
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews354 followers
September 24, 2025
Ini sebuah novel fantasi epik yang bercampur elemen mistik, politik, dan spiritual, berlatar dalam dunia yang sedang menuju ke pengakhiran zaman. Alam raya sedang mengalami fasa perubahan keramat menjelang akhir zaman. Para khalifah dari pelbagai dunia dibangkitkan, begitu juga musuh - musuh mereka.

Kisah ini berpusat pada seorang lelaki yang dikatakan akan mencetuskan peperangan ghaib terbesar, seorang wanita yang melangkaui kematian demi menyelamatkan nadi cintanya dan seluruh Nusantara dan satu entiti misteri yang telah merancang kebangkitannya sejak ratusan tahun lalu, menjadi punca segala malapetaka. Tujuan hidup watak-watak utama dipersoalkan semula apabila berdepan dengan kehancuran yang semakin mendekat.

World building dan gaya penceritaannya sebiji menonton filem di Netflix, ada ejen rahsia, kuasa ghaib, dan konflik global. Novel ini penuh dengan misteri dan kejutan – naratif bergerak antara masa kini dan masa lampau, dengan flashback dan backstory yang disusun kemas.

Bahasanya moden dan mudah diikuti, sarat dengan falsafah dan simbolisme.

Aku suka world-building yang kompleks dan kreatif – gabungan dunia ghaib, sejarah Nusantara, dan mitos menjadikan latar cerita unik. Plot yang face-paced – tak membosankan, penuh aksi dan konflik. Watak - wataknya pula pelbagai dan berlapis – dari manusia biasa ke makhluk ghaib, setiap watak membawa peranan penting.

Cuma aku rasa kompleksiti naratif novel ini agak mengelirukan mungkin novel ini menggarapkan fantasi bercampur falsafah dan juga sejarah - terlalu banyak elemen yang diletak dalam adunan. Watak antagonis dan entiti jahat yang muncul dan pergi ada yang terlalu misteri dan kurang dijelaskan lebih mendalam. Bikin garu kepala juga bila masuk isu ni.

Sedikit kredit untuk penerbit Mahakarya, novel - novelnya gempak.

4 / 5 stars
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
479 reviews43 followers
January 15, 2023
Penyimpan-penyimpan cincin sakti diburu untuk mendapatkan cincin itu dari mereka. Dikatakan mereka yang memiliki kesemua 11 cincin bakal memerintah dunia.

Banyak betul persoalan apabila baca buku ni. Ni betul ke Diana? Bukan dia dah mati ke? Kalau betul dia mati ni sape pulak? Kalau itu Diana siapa pulak yang mati? Antara persoalan yang bermain di minda. Pusing kejap la kepala ni membaca dan menghadam naskah ini.

Tipu muslihat dan kelicikan adalah antara ciri-ciri banyak watak dalam naskah ini. Bukan satu tapi banyak. Masing-masing ada helah dan akal tajam. Semuanya demi mencapai tujuan dan maksud masing-masing.

Ikhwan seorang lelaki yang tajam nalurinya. Sebarang penipuan tidak mampu mengelabui matanya. Semua tertangkap oleh mata tajamnya.

Diana seorang wanita pejuang yang berhati kental dan jugak memiliki kebolehan bertarung yang sangat bagus. Penuh dengan misteri dan persoalan.

Naskah ini memang penuh dengan aksi. Aksi pertarungan dan juga adu muslihat memenuhi naskah ini.

Suka dengan bahagian Sophia kembali mencari diri dengan mendekatkan diri dengan Allah apabila terasa hilang arah dan pedoman. Sememangnya itu langkah yang harus kita ambil. Bukannya hanyut terus dan ambil benda-benda terlarang yang merosakkan.

Untuk yang sukakan kisah fantasi beserta aksi pertarungan korang memang kena baca buku ini.
Profile Image for Syahirah AlYajid.
18 reviews2 followers
June 10, 2023
4.8/5 🌟

Serious aku enjoy baca novel ni! And i need more.

Walaupun penulis pernah kata yang PCS ni berat sedikit berbanding PBB, tapi alhamdulillah pembacaan aku smooth je dan boleh digest alur cerita dia. (Psst, sekadar selingan.. lagi berat aku habiskan novel Anding Ayangan II & III haritu. Nangis. T.T)

Satu tentang penulisan Aliff ni, aku suka dengan penulisan dia yang ringkas, ayat tu disusun cantik dan sedap di baca. Well done!

(Disclaimer: aku tulis ni sebab aku cuba bandingkan dengan latihan penulisan aku yang dah terbiasa meleret untuk 'express' dan 'explain' sesuatu. Nangis T.T )

Lagi satu, dari buku PBB lagi aku suka idea2 penulisan Aliff ni. Setiap bab, like "okay, here it comes. surprise me. What's next?!"

🦚 Kenapa kurang 0.2 point?

Sebab ada satu scene yang aku teringat dalam manga T.T argh, why oh why? Aku tak boleh buang dari kepala ni. Haha. Mungkin diambil inspirasi dari situ. If not, maafkan saya ya ✌️

Tapi so far, buku-buku Aliff memang best. Aku teruja untuk explore dunia imaginasi yang dia ciptakan untuk masa akan datang.

Ok, pergi baca PCS cepat! Oh, aku suggest kalau korang belum baca Puteri Bunian Bulan, baca buku tu dulu okay. Sebab nanti baru dapat relatekan sikit dekat bab2 akhir ✨
Profile Image for Nur Asma'.
34 reviews
March 12, 2023
Personally, 4.5/5 ⭐

Obviously, kalau buku bersiri memang ending dia tergantung. Aku directly tulis review ni lepas tamat baca. Dan terus menangis sebab tak puas hati dengan ending dia 🥲

Semuanya mantap dalam buku ni. Tak nak cakap lebih sebab dari buku pertama pun aku memang dah kagum dengan penulisan Aliff Mustafa ni.

Oh ya, aku suka dengan cara Aliff perkenalkan senjata-senjata yang digunakan oleh watak. Dia tambah pengetahuan aku tentang senjata-senjata yang aku tak pernah nak ambil tahu ni. Literally, baca je senjata yang aku tak tahu, terus pergi google 😂

Akhir sekali, tahniah dan terima kasih kepada Aliff Mustafa sebab menulis buku ni. Tetaplah menulis, ramai yang suka penulisan anda. Semoga perjalanan menulis buku yang akan datang dipermudahkan 👍
Profile Image for Hawa Nur Hidayah.
8 reviews1 follower
August 31, 2022
Buku ini mengisahkan seorang lelaki bernama Yusuf Ikhwan yang diberi tugas oleh sebuah organisasi rahsia; Merak Sakti untuk mencari salah seorang ejen mereka bernama Sophia. Dalam usaha pencarian Sophia, muncul satu persatu rahsia disebalik misi yang ditugaskan kepadanya itu. Takdir juga membawa Yusuf Ikhwan bertemu dengan seorang perempuan saling tidak tumpah seperti arwah kekasihnya; yang telah meninggal dunia selama empat tahun. Tanpa Yusuf Ikhwan tahu, setiap pilihan dan tindakan yang dibuat untuk merungkai rahsia Merak Sakti dan misteri kemunculan arwah kekasihnya itu bakal menemukan dia dengan satu hakikat tentang dirinya. Kemelut politik yang melanda negara pula dijadikan peluang oleh sebuah pihak untuk melaksanakan sesuatu yang telah lama dirancang.

*Ulasan ini bukan ulasan profesional dan lebih kepada pandangan saya sahaja*

Buku ini bukan sekuel kepada Puteri Bunian Bulan tetapi ceritanya berkait. Boleh saya katakan penulisan saudara Aliff untuk PCS ini lebih sedap dibaca serta terasa lebih matang meskipun ada sebahagian kecil ayat yang buat saya keliru sedikit dan ada yang terasa sedikit janggal. Mungkin kerana pemilihan perkataan tetapi keseluruhannya, penulisan saudara Aliff cukup baik.

Ketika belum diterbitkan, penulis ada berkongsi petikan-petikan dalam PCS ini melalui sosial medianya. Jujur saya katakan, saya sedikit risau kerana PCS sangat berbeza dengan PBB. Ada pula elemen-elemen politik yang kurang saya gemar. Bagi saya yang lebih meminati cerita fiksyen dengan latar belakang/dunia seperti PBB, saya takut saya tak dapat nak menghayati PCS. Akan tetapi tanggapan saya sama sekali meleset. Situasi politik dalam PCS yang saya kira diinspirasikan daripada situasi politik sebenar negara kita terasa tidak asing. Jadi tidak terasa berat atau rumit pun untuk dibaca. Malah, krisis politik itu sendiri memainkan peranan penting dalam plot cerita. Tak rasa bosan pun baca.

Jalan cerita yang pada saya disampaikan dengan baik dan laju, peralihan daripada satu babak ke satu babak juga lancar dan tidak mengelirukan. Berbanding PBB, PCS sebenarnya agak 'dark' dan ada banyak perkara yang buat saya tertanya-tanya serta teruja ingin tahu. Ini yang membuatkan saya terus membaca tanpa jemu. Banyak persoalan muncul tetapi setiap satunya terungkai pada masa yang tepat, sesuai dengan situasi yang sedang berlaku ketika itu. Tak ada yang saya rasa macam penulis terkejar-kejar untuk member penjelasan dan jawaban kepada persoalan-persoalan yang ada. Rasa seronok pun ya bila tekaan kita tu betul 🤭

Jika ada yang biasa membaca buku Teme, terutamanya Kapal Terakhir Di Dunia dan Empayar, anda pasti dah biasa dengan situasi 'soal-jawab' ini. Jadi, membaca lah dengan bertenang kerana sekecil-kecil perkara juga boleh menjadi petunjuk kepada sesuatu yang besar 😁

Ada bahagian yang mindblowing, juga ada beberapa twists yang buat saya terkedu dan berhenti membaca sekejap. Sudah berhari saya selesai membaca, apa yang berlaku dalam PCS masih bermain-main dalam kepala saya terutamanya bahagian...... 🤐

Antara watak kegemaran saya ialah. Seorang yang kuat, berani dan sanggup melakukan apa sahaja demi keselamatan orang tersayang. Kisah Sophia juga menarik terutama ketika dia berjumpa semula dengan guru silatnya. Saya rasa ini satu-satunya waktu yang tenang sepanjang membaca cerita ini.

Selain Sophia, saya juga sukakan watak yang bernama Ghul. Watak Ghul ini menarik, penampilannya sentiasa berpakaian kemas, bahasa percakapannya sangat sopan dan tertib. Berbudi bahasa lah kiranya walaupun dia jahat. Perwatakannya yang sentiasa tenang sebenarnya menakutkan (sama macam satu watak yang bernama N ni). Tenang mereka ibarat topeng kepada hati yang tak beremosi. Ghul seorang yang penuh strategi, punya matlamat dan tahu apa yang dia inginkan. Kalaulah Ghul ini orang biasa dan kemudian menjadi ejen Merak Sakti, dia boleh jadi ejen yang baik. Mungkin seperti N.

Saya tak berapa rasa attached sangat dengan Diana, tak tahu lah kenapa 😅 Malah dengan Ikhwan pun, saya rasa dekat dengan dia selepas beberapa waktu. Secara keseluruhan dan sejujurnya, engagement saya dengan watak-watak PCS kurang kuat berbanding dengan watak-watak PBB.

Jadi untuk watak, saya rasa lebih dekat dengan watak-watak dalam PBB tetapi untuk plot dan jalan cerita, saya pilih PCS.
Akan tetapi, kedua-duanya tetap menarik.

Walaupun saudara Aliff kata boleh saja baca mana-mana buku terlebih dahulu, pada pendapat saya sebagai pembaca yang sudah membaca PBB sebelum PCS, saya sangat mencadangkan untuk baca PBB terlebih dahulu. Anda akan lebih feel membaca PCS kalau anda tahu apa yang sudah terjadi dalam PBB.

Jika anda baca PBB dahulu :
1. Anda akan teruja apabila nampak beberapa nama watak dalam PBB yang muncul dalam PCS.
2. Anda akan ada kefahaman lebih (orang putih kata better understanding) tentang kejadian-kejadian yang berlaku dalam PCS.

Jika anda baca PCS dahulu :
1. Anda akan teruja untuk tahu banyak perkara. You will be curious about a lot of things dan benda pertama yang anda ingin buat selepas selesai membaca PCS adalah membeli dan membaca PBB 😆

Saya sebenarnya telah meletakkan PBB sebagai penanda aras untuk penulis tetapi PCS berjaya melepasi jangkaan saya. Secara keseluruhannya, saya sukakan PCS. Ia menarik dalam caranya yang tersendiri. Antara buku yang menarik trlah saya baca pada tahun ini dan tak sabar menunggu buku seterusnya, Panggilan Iblis Putih.

Semoga terus sukses, Aliff!
Profile Image for astread.
77 reviews7 followers
September 9, 2022
Plot yang agak berat untuk mereka yang dah baca PBB sebelum ni. Semangat cinta yang ditunjukkan juga sangat kuat. Cinta pada negara. Cinta pada manusia. Cinta pada pencipta. Dan saya enjoy baca kisah cinta ni sampai satu tahap saya tanya diri sendiri “ Betul ke ada cinta yang sampai boleh buat manusia jadi macam ni? “

Cara penulisan penulis yang saya perasan dah berubah dalam buku yang kedua ni. Tapi perubahan yang saya suka.
Untuk watak di PCS ini kurang dekat di hati berbanding watak di PBB yang memang saya sayang sangat hahaha. Tapi sophia dah jadi watak favourite saya. Semoga kita jadi kuat dan tabah juga macam sophia.

Saya tunggu buku ketiga !!

Terima kasih penulis. Teruskan perjuangan anda. Semoga berjaya :)
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
September 27, 2022
“𝑮𝒂𝒈𝒂𝒍 𝒅𝒊𝒔𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈𝒊 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒕𝒖 𝒌𝒆𝒌𝒖𝒓𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏. 𝑶𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒈𝒂𝒈𝒂𝒍 𝒊𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒎𝒂𝒎𝒑𝒖 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒉𝒂𝒓𝒈𝒂𝒊 𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒊𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒌𝒂𝒏.”

Tema penceritaan Pencari Cincin Sakti agak berbeza dengan Puteri Bunian Bulan. Konflik percintaan dan kisah silam disaluti dengan pergeseran politik yang berlaku di Malaysia yang kacau bilau. Malah, perjalanan Pencari Cincin Sakti ini banyak mengisahkan perihal transisi masa dan zaman pada setiap plot penceritaan. ‘Plot twist’ yang susah diteka, diagak dan di luar kotak penalti. Namun, ada beberapa ‘plot twist’ yang dirasakan masuk akal dan sebaliknya.

Tidak dinafikan unsur politik yang memacu buku ini keterlihatan agak berat. Namun, pencampuran watak dan wujudnya watak baharu pada babak-babak yang mencapai klimaks agak menyeliratkan babak tertentu.

PCS kalini lebih menyajikan watak-watak yang baharu dan segar. Jika, membaca PCS untuk mengharapkan kewujudan Laila dan Andika. Maka, buku ini hanya menyebut beberapa kali sahaja nama tersebut. Ia lebih berkisarkan konflik perncintaan dan ‘conflict of interest’ di antara watak utama dan watak sampingan.

Secara literalnya, aku meletak satu tanda aras yang tinggi pada PCS kerana PBB berjaya memaut hati aku melalui kisahnya. Namun, ia menghampakan kerana aku mengharapkan satu penceritaan yang lebih ‘boom’. Pencampuran bahasa di dalam dialog di antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris agak mencacatkan dialog. Jika, dialog itu tertumpu kepada satu bahasa ia lebih mencantikkan perjalanan cerita PCS ini.

Elemen-elemen imbauan semula yang diselitkan pada babak tertentu banyak yang menutup lompong-lompong plot penceritaan PCS. Membaca buku ini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana banyak jalan penceritaan tergantung dan jawapan pada penceritaan yang tergantung itu ada pada 5-10 bab selepas itu.

Kesimpulannya, ia satu bahan bacaan yang amat baik. Namun, setelah selesai aku membaca buku ini agak tidak adil untuk aku membanding-bandingkan di antara PBB dan PCS.

Secara peribadi, PBB memperlihatkan kesempurnaan penulis dalam menggambarkan penceritaan dan PCS lebih kepada memperlihatkan kekurangan penulis dalam menggambarkan penceritaan
Profile Image for Iman.
10 reviews
September 13, 2022
5 bintang!!!! Sekali lagi alif mustafa berjaya hasilkan sebuah karya yang cukup mantap. bagi aku, 5 bintang tak cukup untuk buku macam ni, aku nak bagi lebih lagi!

Set masa buku kedua Alif ini berlaku 6 bulan selepas Puteri Bunian Bulan dan soft reminder Pencari Cincin Sakti(PCS) bukan lah sequel untuk Puteri Bunian Bulan(PBB) tapi tapi ianya berkait rapat dan juga beri impak besar untuk watak-watak dalam PBB terutama sekali untuk watak Iblis Putih.

Macam aku pernah cakap dengan penulis sebelum ni, PBB umpama kita menonton movie di Astro Ceria. PCS pula umpama menonton movie di AXN. Yes, plot untuk PCS ni agak berat bagi aku sebab ia melibatkan politik negara dan pengkianatan dalam kerajaan dan juga dalam organisasi Merak Sakti.

"Janji Seorang Pencinta" "...dan juga untuk mereka yang tidak percaya akan cinta" tak sangka Alif Mustafa berjaya masukkan unsur romantik dalam PCS tanpa buat aku rasa cringe. Satu pembaharuan dalam karya beliau yang aku suka. Tapi genre romantic memang perlu ada pon sebab ia merupanya isu penting yang menjadi punca utama kenapa konflik berlaku. At the end of story aku dapat simpulkan yang semua masalah datang dari perasaan sayang yang melampau, tak kisah lah dari manusia atau syaitan.

Dari world building, character development, plot twistnya, sampai lah ke gaya penceritaan, semua mantap dan aku puas hati. Jujur aku cakap aku tak jumpa satu pon kecelakaan dalam karya kedua Alif Mustafa ni. Tahniah aku ucapkan!

Last but not least, semoga berjaya hasilkan buku ketiga. Betul-betul tak sabar ni oii hahaha. I wish you all the best :)

(p/s: aku tak pandai buat book review so kalau ada salah silap mohon tegur ye terima kasih)
1 review
September 11, 2022
"Janji Seorang Pencinta"

Masa first time saya baca ayat ni kat cover buku ni saya tertanya buku Aliff kali ini fully pasal cinta ke? sebab dia kata kali ini storyline agak berat dan juga melibatkan politik. Tapi... bila dah habis baca baru saya faham kenapa ayat tu ditulis kat cover buku.

"Every conflict in the book starts with a love story" and I can say that, it is a tragic one (at least for me).

Cinta boleh buat seseorang kuat bertahan hidup, mempunyai hasrat membalas dendam, ada kekuatan untuk buat segalanya demi melindungi orang yang disayangi dan bermacam lagi. Boleh juga sampai mengancam nyawa orang lain. It's dangerously powerful.

Dalam Pencari Cincin Sakti, I admire Sophia and Diana the most. Powerful girls! Saya juga suka matured storyline buku kali ini. Salah satu pengajaran yang saya dapat dari buku ini ialah jauhi perasaan dengki. Hasad dengki adalah sifat paling berbahaya dan paling jahat dalam diri manusia. Pembunuhan pertama di dunia juga bermula dengan sifat hasad dengki antara saudara. Menakutkan. Bagi saya, Aliff berjaya menyampaikan bahana hasad dengki melalui penulisan Pencari Cincin Sakti.

Kalau anda rasa macam ragu ragu nak start baca buku Aliff, please don't because they are worth it! Try baca dulu tau! Kalau baru mula nak membaca fiksyen melayu, Pencari Cincin Sakti dan Puteri Bunian Bulan are good books to start with.

I am here writing this review supaya ramai lagi pembaca beli buku Aliff and continue to support our local authors.

Akhir sekali, dengan penuh kesabaran, saya akan menunggu buku seterusnya sebab nak jumpa Rizal Khairi lagi!
Profile Image for Eisya Kamal.
5 reviews2 followers
September 8, 2022
Kali ini karya Aliff Mustafa agak tinggi sedikit berbanding Puteri Bunian Bulan yang lebih ke arah fantasi dan perebutan kuasa antara dua kerajaan ghaib.
Pencari Cincin Sakti melibatkan politik dan sedikit elemen elemen cinta.
Pada awal awal penceritaan saya agak lambat sedikit. Tapi bila baca bab bab yang seterusnya saya mula faham jalan cerita dan terus menarik minat saya untuk menghabiskan buku.

Terdapat jugak plot twist yang bagi saya agak tidak dapat dijangka. Dan juga ada bahagian yang saya menangis tersedu sedu. Ada juga bahagian yang saya berhenti membaca dan saya ‘complaint’ dekat diri sendiri kenapa jadi macam ni. Bla bla blaaa…. (Penat dengan diri sendiri)

Antara buku Puteri Bunian Bulan dan Pencari Cincin Sakti bagi saya untuk dibandingkan itu agak payah disebabkan PBB lebih kepada fiksyen. Tapi itu tidak bermakna PCS tidak bagus cuma ia memberikan satu sisi lain dari dunia penceritaan PBB itu sendiri.
Bila habis baca buku PCS baru saya faham maksud yang dikatakan oleh penulis, yang bahawa PCS bukan sambungan dari buku PBB tapi PCS mempengaruhi dunia penceritaan PBB.

Overall, selamat untuk Puteri Bunian Bulan dan Pencari Cincin Sakti. Menunggu buku seterusnya, Panggilan Iblis Putih.
1 review
August 29, 2025
Baru tahun ni nak baca PCS. Ingatkan nak tunggu buku ketiga keluar dulu baru baca, tapi kitonyo dah takleh nak sabar. Btw saya suka gila2 dengan karya author ni. PBB dan PCS. Jadi, izinkan saya yapping disini sebab kawan2 saya tak baca novel.

Suka sangat cerita dia. Rasa macam tengok movie dalam kepala. Gaya penceritaannya pun best. Btw character2 yang ada dalam ni semua berkait antara satu sama lain.

**SPOILER ALERTT**

Nak tau tak fav scene saya yang mana hehe. Fav, waktu Diana muntahkan cincin tu. Pastu Ikhwan still ingat dia tengah buat magic.

Scene waktu Ikhwan kena rasuk tu mengingatkan saya kat anime Jujutsu Kaisen. hahaha

Kaitan PCS dan PBB:
Dalam chapter 65, ada mention anak Raja Raniri yang bernama Kesuma & Aria. Waktu saya baca nama tu saya rasa macam kenal je nama tu. Tapi dalam PCS memang takde cerita sangat pun pasal dorang. Jadi lepas habis je baca PCS, saya terus belek2 buku Puteri Bunian Bulan. Rupa-rupanya dorang ni lah yang kahwin dengan Puteri Bintang dan Puteri Bulan (asal usul dua kerajaan ghaib di Sri Kemboja).

Pastu kalau tak silap saya Pelepah ke-8 tu Salmi yang pegang kan?? Waktu baca PBB, saya ada ingat yang Salmi ada pakai cincin ukiran merak tu kat tangan dia. Waktu dia tengah bercakap dengan rizal. Eh tak jugak. Kalau tak mestilah Salmi pun ada kuasa. Tapi yang pastinya memang keluarga Salmi lah yang ada. Nama dia kan Salmi Lee.

Pastu, Tuan Syed Omar tu mesti ada pertalian darah dengan Tuan Syed Adli kan (Laksamana Muda Skuad Pertama Kesatria PBB). Sebab nama dorang sama heheh.

Kepada author, jangan putus asa!! Saya akan setia menunggu buku ketiga dan keempat encik!!!!
Profile Image for Siti Shakira Suhaimi.
81 reviews16 followers
December 6, 2022
Bukan sambungan kepada Puteri Bunian Bulan, tapi highly related to it. And so much things going on in this book, that seems to have no relation with each other, tapi slowly everything making so much sense and so much understandable.

Buku ini sendiri so much relatable dengan issue semasa negara kita sendiri, pergolakan dalaman, luaran, syaitan bertopengkan manusia, and to not trust anyone.
It’s funny when we read sebab nak escape but this book is just another hard facts on reality but somehow because it’s so relatable it’s so difficult to put down and become an addictive read as you can feel what the characters feel.

Two phrases that keeps playing in my mind throughout my read;
The lesser of two evils.
Behind the light, there’s always shadow.
And these are the reality.

Okay serious talk, it’s a fact that dalam kekotoran politik yang terlalu mendalam, untuk ubah the whole system is almost nearly impossible, and maybe ended up with kejatuhan yang tidak dapat disembuhkan lagi, like death.
One must take the necessary measures, to be the lesser evil. Tapi, how one is different than another sometimes hanya lah sekadar tipu helah dalam mendekati rakyat.
Dan rakyat percaya dengan apa yang mereka nak percaya.

At the same time, sesetengah pihak tahu ada jiwa dan nyawa yang tidak bersalah yang perlu dikorbankan demi menjaga lebih banyak nyawa.
Walaupun ini tidak diperbesarkan demi menjaga nyawa, walau it makes you look bad.

Dan dalam setiap kebaikan, akan ada kejahatan yang perlu ditutup ketat.
Walaupun matlamat tak menghalalkan cara, tapi dalam dunia yang already too corrupt, when you become the only outlier, you will be destroyed first.
Sebab untuk mengubah sesuatu keadaan, you need to at least trust someone, tapi dalam dunia politik semua orang ada kepentingan peribadi, dan no one can really be trust.

Tapi take home notes yang sangat penting dalam buku ni adalah, satu perkara itu boleh dimulakan dengan tujuan asal yang berbeza, but when the time pass, tujuan tu dah hilang, manusia akan alpa dengan kuasa dan kemewahah, dan di situlah bermulanya self destruction.

Samalah dengan membuat perubahan.
Be careful that you won’t tersasar ke kancah gelap when the reason at the beginning is to change.

A great book indeed.
Waiting for the next one.
Profile Image for Wacana Nafsi.
15 reviews10 followers
September 22, 2022
I EXPECTED A LOT FROM THIS BOOK AND IT EXCEEDED MY EXPECTATIONS!

Kudos to the author 👏 another masterpiece is produced! I am a big big big fan of Puteri Bunian Bulan and when I learned that the author will have another three books after PBB, I FAINTED! LITERALLY! 🤣

Okay, about the book. What to say ya? 😂 because I constantly updated my reading of this book on IG stories, you can guess my rating for the book already 😜

Plot-wise? UH-MA-ZING! I really like the element of surprise. Reading fantasy is another whole level of experience for me. Pening tapi best! The magic in the story macam wow sangat! Patut buat movies ya PBB dan PCS ni! 🎬

Characters? OMG! LOVE THEM (good or bad, love them, equally). The history of each character is carefully revealed. Tak senang duduk baca sebab nervous sangat, thinking what will happen next! 😰

And yes, novel kali ini agak berat isu dia, membabitkan politik! Leaders yang corrupted (oh, i hate them so much!) Ini lah powernya tulisan penulis ni, macam-macam emosi keluar bila baca! Banyak references yang I am familiar with, ada certain parts buat i insaf 🥺

tapi yang penting, I RINDU LAILA! 🧚‍♂️ and Farouq (the Iblis Putih) admitted that she's strong (almost unbeatable, I guess) 🫢
Profile Image for Beelah.
315 reviews20 followers
September 26, 2025
Ceritanya bagus. Keterujaan itu ada tambahan apabila ada kemunculan beberapa watak cerita PBB. Watak Sophia betul2 menarik, cuma watak Yusuf Ikhwan dan Diana tu agak menyesakkan. Cinta yang keterlaluan. Mungkin saya tak jangka kisah cinta yang berat dalam buku genre begini. Kisah cinta mereka agak menjengkelkan, seperti tiada teras agama, hidup untuk cinta manusia semata-mata. Hrmm, bosannya. Hahaha.

Saya harap agar watak Sophia di bawa untuk dua siri seterusnya dan bergabung dengan Laila. Fuh meletup! Dua watak ni memang kuat dan punya kelebihan masing2.

Untuk penulis, cuba kurangkan penggunaan bahasa inggeris dalam dialog sebab saya rasa macam baca novel inggeris. Kalau saya nak baca novel inggeris, saya akan cari novel inggeris, bukan novel melayu. Saya faham yang watak mereka yang suka berdialog inggeris itu ala2 ada kehidupan barat, namun tak perlu kot sikit2 nak cakap omputih. Oh, dan satu lagi, kurangkan carutan, tak syok baca bahasa carutan. Bukan budaya kita. Maaf ya kalau penulis rasa menyampah dengan teguran ni, namun saya rasa ia perlu untuk menambahkan mutu karya ini.
Profile Image for Bayuu Haikalson.
162 reviews2 followers
November 9, 2022
Cerita yang bagus. Storyline yang menarik. Page turning juga karya ini. Lain daripada yang lain. Tidak kena mengena dengan karya penulis yang pertama.

Cerita di dalam cerita. Plot twist dan lagi plot twist. Banyak imbas kembali yang menguatkan cerita untuk menguatkan lagi jalan cerita. Tapi aku suka dengan storyline kisah Cincin, Diana dan Yusuf. Terbaik lah, penulis. Awesome.

Ada beberapa kesalahan tatabahasa dan typo. Sakit hati bila membacanya.

Komen aku ialah banyak copy paste dari anime atau drama series yang versi penulis sendiri. Yang aku perasaan lah. Original yang tiada. Itu yang tiada. Bak kat Faisal Tehrani “Siapa yang tidak meniru di dalam dunia ini”

Pasal Diana itu kan best kalau penulis sembunyikan dulu identiti nya tapi mungkin jalan cerita nya lain pulak. Tapi aku rasa ada sesuatu yang “hilang” dalam karya ini lah.

Apa-apa pun, terima kasih buat penulis. Kena tunggu pulak buku seterusnya. Penat.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
December 12, 2023
My thoughts?


1.  Kalau Puteri Bunian Bulan dah best, of course Pencari Cincin Sakti pun best. Dia ada vibe macam kau tengah layan movie kat Netflix. Secret agents, national security, demons, superpower, saving the world etc


2. Buku ni fast paced, kau tak sempat nak bosan. Aku suka storyline dia, kejap2 ada flashback, kejap2 ada backstory. Well written tak confusing macam ada sesetengah buku tu.


3. Karakter yang aku suka:

• Yusuf Ikhwan - very observant, bijak, setia

• Sophia - badass secret agent. Fight guna kerambit guys. Kau hado?

• Diana Wilson - reminds me of Natasha Romanoff I don't know why 😆


4. Ada disebut2 Puteri Bunian Bulan dalam buku ni so aku macam excited sikit haha


Personal rating:

🩶🩶🩶🩶.5/5
Profile Image for Nadhiah Aida.
515 reviews27 followers
January 3, 2025
Tak tahu nak cakap macam mana
Mula-mula macam slow jer
Tapi lama-lama ... Jalan cerita jadi makin panas
Action pack berturut-turut
Persoalan muncul
Kenapa nak dengan cincin tu?
Apa bestnya cincin tu?
Watak .. Faizal, Yusuf Ikhwan, Diana Wilson, Sophia Abdullah ...
Siapa diorang ni? Friends or Foes?
Then .... Bila masuk tengah .... Muncul geng Taring Besi
Dah terasa macam Captain America pula
"Serum"

Siapa Farouq? Siapa Qabar? Siapa Asyar?
Siapa M? Siapa N? Fungsi Merak Sakti?

Sabar je lah .....

Then then then ... Ending tu ...
Diana Wilson ... Time travel ...
What the fish?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Shafiqahsamin.
212 reviews4 followers
April 4, 2023
Pencari cincin sakti menceritakan tentang Farouq yang cuba kumpul cincin sakti. Lagi kisah Farouq. Dalam Puteri Bulan Bunian Farouq ni macam sipi-sipi cerita je. Tapi kali ni lebih banyak tentang Farouq.

Penulis menceritakan lebih kisah siapa Farouq yang sebenarnya, which is memang saya tertanya-tanya dari buku satu lagi. Banyak tanda tanya dah terlerai satu demi satu. Harapnya buku tiga nanti penamat segalanya lah.

Jalan cerita menarik. Gaya penulisan pun lain. Saya sukaa. Cerita laju dari awal, tapi bila masuk tengah slow sikit. Lepas tu dia laju balik. Yang paling tak sangka dari awal lagi dah plot twist. Lepas terkejut, terkejut lagi. Tak habis-habis terkejut.

Watak jahat dalam cerita ni, Ghul, memang saiko habis. Sangat. Saya rasa macam scary do dia ni.

"Kau yang bunuh dia kan? Ghazali dan Bakri mati angkara kau..." aju Jahim

"Saya menangis malam Bakri Musa mati. What a great man ... kalaulah dunia ini tak terlalu kejam. Orang baik macam Bakri Musa nilah yang sepatutnya jadi ketua bagi sebuah negara. Dia berlawan untuk minoriti, suara-suara tertindas."


Saya memang meremang bila baca. Dia ni saiko betul. Dia bunuh, dia menangis? Gila ke?

Tapi Ghul dah saiko, Farouq tak kurang juga ya. Asbab kepada kejahatannya pun dirungkaikan tapi saya tak percaya. Nama pun Farouq sang iblis putih. Rasanya boleh percaya ke kata-kata iblis? Saya rasa asbab-nya bukan apa yang diberitahu tetapi sebab dia memang iblis. Hakikat dia iblis pun dah kuat untuk jadi sebab kenapa dia jahat.

Tapi sebenarnya jalan cerita memang tentang Ikhwan. Saya tak rungkaikan sebab watak jahat dalam cerita ni strong sangat. Ikhwan pun tak kurang power jugak weh. Kalau saya nak describe watak Ikhwan ni, dia macam pembaca. Instead of salah satu watak dalam cerita, dia macam pembaca. Dia tau semua benda. Hebat weh. Saya tabik. Selalunya watak-watak dalam novel tak tau apa, kita sebagai pembaca yang tau. Lepas tu kita stress sebab watak tu tak tau. Kita stress sebab dia buat benda bodoh di atas sesuatu yang dia tak tau benda tu bodoh. Faham tak? Tapi Ikhwan tau semua. Pengetahuan pembaca dan Ikhwan, selari. Kita sama-sama tau. Which is sangat lah memuaskan hati saya.

Akhir kata, saya tak sabar nak tunggu buku seterusnya.
21 reviews
October 1, 2022
Novel ni sambungan dari Puteri Bunian Bulan. Walaupun semua karakter-karakter dalam novel ni tak sama dalam Puteri Bunian Bulan (kecuali Rizal), tapi cerita ni memang menarik. Saya rasa lebih best dan penuh dengan debaran.

Mula-mula dah nampak betrayal Faizal pada Ikhwan tapi saya tak melenting macam sebelum ni. Saya just baca, follow the flow dan yes, ada sesuatu yang dirungkaikan dalam bab2 yang akhir. Saya suka plot twist yang menyebabkan saya susah nak stop baca sebelum tidur. haha!

Karakter lelaki yang saya suka ialah Bobby. Walaupun dia tu tipikal dan nerd (tech-savvy) tapi sebab tipikal dia tu la menyebabkan saya tergelak. Dalam suasana serius pun dia boleh buat lawak. Karakter perempuan pula saya suka Sophia. Dia memang hebat bertarung lebih2 lagi ada dua kerambit. Saya kalau karakter guna dua senjata saya memang automatik akan suka. Haha!

Masa saya baca pertengahan buku ni, saya dah dapat agak yang Iblis Putih or Farouq akan dapat semua cincin dan akan serang Pulau Kemboja. Tekaan saya memang tepat dan saya excited nak tau apa yang dia akan buat seterusnya. Jahat yang liat dan susah nak kalah ni best tau! (walaupun Farouq ni tak handsome...hihi) Barulah cerita tak bosan. Betul tak?

Saya memang tabik spring pada Aliff, penulis novel ni. Dia pandai olah ayat dan the way dia describe on certain scenes memang power!

Kat Goodreads ni boleh bagi 5 bintang je. Saya bagi 100 bintang!!!
Profile Image for Natasha Irina.
30 reviews1 follower
March 23, 2023
THE END. Tapi x the end sangat sbb ada sambungan ! 😫 Bila otak masih fresh lg dengan segala scene Puteri Bunian Bulan + baca plk sequel dia, PCS ni..memang mcm tengah tgk movie ye 🤣

Baca Pencari Cincin Sakti ni..betul buat aku teringat Harry Potter + 2 Marvel Avengers versi nusantara, tahap stress sambil buat nota sampai habis (kawan² aku pun pelik tgk aku terlalu fokus + bersorak & emo sorg² mcm tgk movie) sbb plot dia MasyaAllah politik dalam ni jadi oii! Dah la aku memang tinggal kat Putrajaya, hampir² percaya ada bunker tersorok dlm tasik. (tasik mana 1 xtaw, ada banyak 😂)

Dia bukan politik je, dia sentuh pasal CINTA.

i. Cinta yang kau sanggup buat apa sahaja even cheat death & jadi pembelot negara asalkan org yang disayangi selamat

ii. Cinta yang kau sanggup jadi terrorist & main villain demi mengembalikan org yg disayangi

iii. Cinta kpd kuasa sampai dibutakan hati utk baik jahat sesuatu perkara, sampai terpaksa pilih utk tak percaya pada sesiapa

iv. Last but not least, ni bab² terakhir baru jumpa, cinta kpd Tuhan & diri sendiri. Bertaubat kpd-Nya, maafkan diri sendiri atas kesilapan lalu & come back stronger. Be the best version of yourself.

So...apa scene² yg ingatkan aku pasal Harry Potter & movie Marvel tu?
Siapa yg menjadi akar kpd semua peristiwa yg jadi dalam PBB & PCS? Sila baca.. you'll find out & also shocked in every page you read. Jgn cakap sis x warning 😂🤯🤭🤫

Kejap, goodreads boleh upload gambar dlm ni x? Sbb aku nak post gambaq tadi hhahah
Profile Image for nazhsahaja.
127 reviews16 followers
November 2, 2023
segalanya terasa 'real'. berbeza dengan Puteri Bunian Bulan (PBB), banyak yang perlu saya 'pejam mata' hanya untuk meletakkan PBB sebagai naskhah yang benar-benar melepasi garisan bagus standard peribadi saya. Tapi untuk Pencari Cincin Sakti (PCS), tanpa segan, tanpa alasan, tanpa 'pejam mata', ia terletak elok dalam ranking buku terbaik di shelf peribadi saya untuk tahun 2023.

PCS ternyata lebih kompleks. Boleh saya katakan graf bacaan bagai tak pernah jatuh. Dari muka surat pertama pembaca terus diisi dengan isu dan konflik. Malah konflik masih tidak surut walau di saat 10 muka akhir buku. Wah, sungguh penat membaca PCS.

Bahagian terpaling menarik bagi saya apabila Aliff menggunakan latar belakang tempat dan masa yang sangat familiar dengan pembaca, tapi dimanipulasi dengan begitu bijak. Ya, Aliff membawa kita di latar Malaysia di tahun 2022 tapi Malaysia PCS adalah 'Malaysia' yang 'lain'. Penulis tidak perlu pening-pening membuat satu 'worldbuilding' yang anek-aneh. Tapi hanya memilih latar-latar ini dan digarap semula sehingga membuat kita percaya dan jatuh dalam dunia dan watak-watak di PCS.

Tahniah Aliff. Saya teruja bila penulis berumur masih sangat muda, membayangkan dengan waktu yang dia ada, Aliff mampu menambahbaik kualiti diri sebagai penulis dan menghasilkan karya-karya yang lebih bagus setidak-tidaknya sepanjang 30 tahun akan datang ini.
Profile Image for Dalilah Izzatie.
62 reviews
October 25, 2022
This is not the ending! Thank you author.

Bila baca cerita ni mengharapkan sambungan tentang Puteri Bunian Bulan. Tapi langsung tidak, maksud aku hanya sebutan karakter tu sahaja. Karakter PBB tak keluar langsung kecuali Rizal (unexpected yet mysterious). Dari segi plot agak berat (who cares?!) and banyak sangat double meaning. Membaca fantasi yang mengambarkan situasi realiti yang sangat kena mengena dengan kehidupan. Lepas satu, satu penulis keluarkan. Boleh katakan penulis touch every aspect, contohnyer agama, bangsa, negara, pendirian, emosi, agenda, teori, dll. Skop cerita kali ini lebih meluas dari segi latar belakang and cara penulisan berbeza (kenalah dengan apa penulis katakan untuk buku ni). Ending, well bukan penamat cerita sbb kiranya prequel kepada PBB. So mengharapkan sequel kepada PBB nanti boleh menjawab soalan yang belum dijawab dalam novel ni. Cuma sayang tak banyak kuasa sukma (i was hoping for that) tapi penulis banyak gambarkan aksi (suke jugak). Bile baca cerita ni gambaran seperti Alchemy of Soul terkeluar sedangkan buku ni dah dikarang dengan idea begitu lama (yelah berlaku proses editing semua) tapi boleh dikatakan hampir serupa. Hope that penulis dikurniakan idea melimpah ruah so it can feed my imagination.
Profile Image for Atirah Ghazali.
76 reviews2 followers
December 27, 2022
Farouq Iblis Putih menghantar pahlawan dia ke serata dunia untuk mencari cincin sakti yang tersimpan dalam badan manusia yang digelar Penyimpan dan dijaga oleh Penjaga iaitu ejen Merak Sakti. Di Malaysia, Yusuf Ikhwan dan Faizal ditugaskan untuk mencari Sophia dan Emi yang merupakan Penjaga dan Penyimpan untuk dibawa ke bunker rahsia Merak Sakti.

Hal tak diduga terjadi apabila Diana Wilson, ejen Merak Sakti yang sepatutnya telah mati empat tahun lepas kini muncul di hadapan mereka dan bekerjasama dengan Ghul, orang kepercayaan Farouq. Demi mencari kebenaran tentang Diana dan juga siapa dirinya yang sebenar, Ikhwan menyertai misi bersama Sophia yang berazam untuk selamatkan Emi dari tangan Farouq.

Asal usul kewujudan Merak Sakti diulas dengan baik dan penubuhan Majlis Kesatria di Pulau Sri Kemboja juga turut terkait dengan Merak Sakti. Rahsia sebenar mengapa Farouq begitu obses ingin memiliki semua cincin sakti agak mengejutkan. Demi cinta yang tidak kesampaian, dia sanggup berperang!
Profile Image for Nurul Tasneem.
177 reviews7 followers
July 15, 2023
Storyline buku ni lebih berat daripada Puteri Bunian Bulan sebab banyak unsur politik dan kenegaraan. Sejujurnya, saya masih belum move on dengan Puteri Bunian Bulan walaupun dah selebih setahun baca. Entah kenapa, masih lagi terbayang-bayang watak Laila dengan Andika. So sampai kesudah masih berharap dan tercari-cari kemunculan diorang ni walaupun tahu yang watak utamanya dah bertukar haha. Untuk Ikhwan dan Diana sebagai karakter utama dalam buku ni, saya tak rasa attached sangat dengan diorang, tak tahu kenapa. So dekat buku ni saya tak tumpu sangat dengan karakter tapi lebih kepada jalan cerita. For storyline, menarik. Mengingatkan saya kepada siri Laksamana Sunan karya RAM. Cuma ada ketika saya rasa gaya bahasa dan pertukaran masa/scene agak canggung. Overall, best. 3 hari dah habis baca hihi. Apapun, saya akan setia menunggu buku ke-3.
3 reviews
September 29, 2022
Setelah setahun menunggu, akhirnya dapat tahu Rizal pergi mana lepas insiden kat Pulau Sri Kemboja dalam buku PBB 😅

Style penulisan penulis agak berbeza dari segi perkembangan situasi, detailing watak dan perwatakan, lebih kemas susunan bab dalam novelnya kali ini.

Dan jumpa crush watak baru, Diana Wilson sebab watak dia fuh, menepati citarasa imaginasi ejen elit wanita yang hidup asalnya memang pecah otak 🤯

Tapi tu la bab akhir, sebenarnya lagi mencabar kalau Farouq tak dapat masuk badan Ikhwan, pastu buku seterusnya perjumpaan terakhir Farouq dgn Ikhwan utk pertarungan cincin sakti dgn mungkin plot tambahan lain? Mungkin lebih epik?

Faham kenapa Ikhwan kena mati sekejap, bagi Farouq kuasai badan Ikhwan, mudah untuk kesinambungan plot cerita seterusnya 👀

Teruskan berkarya 🤟🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
11 reviews2 followers
October 10, 2022
Best gila buku ni. Tak tipu. Walaupun gaya penulisan Aliff dah berubah, buku dia tetap gempak. Aku setuju yg PCS ni memang jauh berbeza dgn PBB. Org yg suka PBB mungkin tak minat dgn PCS. Konflik dlm PCS jauh lebih membelit drpd PBB. Tapi aku suka, sbb dia bersangkut-paut dengan realiti yg kita sedang hadapi.

Aku suka nilai patriotik yg Aliff bumikan dlm buku ni, semangatnya berbekas dlm diri aku. Bertapa setiap jiwa sanggup berjuang untuk negara ni, walau harganya mesti dibayar dgn jiwa sendiri.

Satu benda yg aku tak puas hati, penulis sengaja letakkan persoalan yg besar kat hujung buku. Hahahah. Tapi tak apa aku akan tunggu buku seterusnya utk rungkai semua persoalan yg tergantung.

Kami tunggu buku yg seterusnya Aliff!
Displaying 1 - 30 of 63 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.