Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sate untuk Jembalang

Rate this book
Ketiga-tiga kisah yang dipaparkan dalam novel ini mempunyai kaitan antara satu sama lain, iaitu latar cerita banyak bermain di sekitar daerah perasing.

SATE UNTUK JEMBALANG
Gilakan nombor ekor, mereka sanggup menggadaikan agama demi mahu memuaskan nafsu. Tidak cukup dengan apa yang sudah dimiliki, manusia-manusia ini sanggup bertuhankan iblis demi kekayaan.

ADWIRA
Ada yang mengatakan seandainya kita berbicara dengan anak patung dan menganggap anak patung itu hidup, maka anak patung itu akan benar-benar bernyawa! Apa yang terjadi seandainya anak patung mainan itu dicacatkan oleh pemiliknya sendiri demi kepuasan nafsu aneh dan gila? Adakah anak patung itu akan bangkit dan membalas kekejaman manusia?

GELIGA BARA
Dua orang pemancing menemui sarang lipan yang dipenuhi dengan batuan permata seperti batu geliga yang bercahaya dan amat cantik. Mereka telah disapa seorang lelaki tua yang melarang mereka daripada mengambil apa sahaja benda yang ditemuinya di situ. Jika tidak, sesuatu yang bersifat hitam akan bangkit perlahan-lahan dari Lembah Perasing.

364 pages, Paperback

First published July 1, 2022

7 people are currently reading
25 people want to read

About the author

Saidee Nor Azam

30 books44 followers
Nama pena lain: D. Rafael

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
24 (39%)
4 stars
24 (39%)
3 stars
9 (14%)
2 stars
3 (4%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Anthophile 🪴.
378 reviews7 followers
June 7, 2024
“𝑨𝒅𝒂 𝒔𝒆𝒔𝒖𝒂𝒕𝒖 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒂𝒌 𝒌𝒆𝒏𝒂 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒖. 𝑵𝒂𝒇𝒔𝒖 𝒅𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒊𝒏𝒈𝒊𝒏𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒎𝒖.”

📚𝐖𝐇𝐀𝐓 𝐓𝐇𝐈𝐒 𝐁𝐎𝐎𝐊 𝐈𝐒 𝐀𝐁𝐎𝐔𝐓 : Ringkas nya buku ni terbahagi kpd 3 bahagian, berkisahkan tentang kawan, masing-masing ada obsession mereka tersendiri, kisah-1 obses dgn nombor ekor, kisah kisah-2 obses dgn patung , kisah-3 obses dgn memancing. Dengar mcm normal kan? Tapi ada akibat yg buruk disebaliknya, sebab setiap obsession is not good. You can love something, sebab ia nya boleh jadi kenangan tapi jangan terlalu memuja. Pujaan sama ada untuk Allah atau syaitan? You choose, this book is about 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗞, 𝗘𝗚𝗢, 𝗡𝗔𝗙𝗦𝗨, 𝗢𝗕𝗦𝗘𝗦𝗜, 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗛𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡

✍️𝐈𝐌𝐏𝐑𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 : Kisah-1 is a typical story tapi plot nya best, penuh aksi debaran suspense, a gripping story penuh hikmah dan ilmu. For me bukan horror SEHINGGALAH!! Muncul nya POCONG!! 😫 kelakar lah penulis gelar 3 sekawan tu 3 orang bodoh yang gila nombor ekor, haha memang pun. I like their friendship tapi sayangnya dijalan yg salah. Mula-mula buku tak seram sgt tapi plot dia 👍🏻!!

🔺Kisah-2 makin memuncak dah horror dia, and it’s not a typical one ☝️ seram buku pertama sebab pocong yang kedua sebab patung 😣 the plot blowed my mine 🤯 tak sangka, i gasp page after page, i enjoy the 2nd story the most. It so tragic

🔺Kisah-3 dah kurang rancak tapi puncak KESERAMAN MEREMANG BULU ROMA tu makin memuncak. Geli 🤢🤮 this book give me a lot of reaction, explicit betul penerangan setiap babak yang seram tu. Yang pasti dia bukan seram hantu sahaja dalam buku ni 👻

🔺5⭐️ sebab i can ‘communicate’ with this book, maksudnya penulis berjaya membawa saya ‘menaiki’ roller coaster dan ‘bercakap’ dgn buku ni. Definitely worth and recommended to read, even if you are not a horror book’s fan, maybe this is the first book you should try to sprinkle your love for horror books. Why not try a different genre sometimes 😊 saya beli sebab cover dia cantik 😂✋

🧠𝐓𝐇𝐎𝐔𝐆𝐇𝐓𝐒 : Geram dengan semua orang yang ada dalam buku ni sebab tak serik2, lepas tu mula-mula bukan main berani, bila tiba di lokasi semua pengecut. Haih geram aku, sanggup bertahan macam2 untuk habuan dunia dan kepuasan nafsu. Masalah nya persahabatan pun tergadai sekali, kadang kita tak buat salah apa2 tapi disebabkan kawan yg salah kita jadi binasa sekali. Sesuatu yang kita suka patutnya dijadikan sebagai kenangan yang indah bukan mengundang dosa.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
479 reviews43 followers
October 31, 2024
Mengandungi 3 kisah seram yang berlaku di sekitar Perasing. Walaupun mempunyai 3 kisah yang berlainan namun sedikit sebanyak ceritanya saling berkait di antara satu sama lain.

Ketiga-tiga cerita sememangnya menarik hingga membuatkan SH sukar untuk memberhentikan pembacaan.

Sate Untuk Jembalang

Kegilaan menikam nombor ekor membuatkan Amri sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan nombor yang ada hasil. Dia turut menyeret 2 lagi rakannya Aziz dan Riduan dalam kegilaannya itu. Sudah pernah mendapat gangguan semasa proses mendapatkan nombor tidak menjadi penghalang untuknya meneruskan kegiatan itu.

Memang menyirap SH baca perangai Amri ni. Sudahlah degil. Segala nasihat yang diberikan oleh kawan-kawan langsung tidak diendahkan. Malah kawan-kawannya pula menjadi mangsa kemarahannya.

Tapi boleh pula penulis buat lawak di permulaan cerita. Biasanya orang bawa ayam biasa je untuk ritual-ritual sebegitu. Ini boleh pula bawa ayam dari Ayamas. Sudahnya terliur sendiri sebab bau yang semerbak.

Adiwira

Minatnya pada Black Demon membuatkan dia berusaha mendapatkan figura aksi tersebut walaupun agak mahal. Dan akhirnya Adi berjaya memiliki mainan tersebut. Dan tanpa disangka ada yang tidak berpuas hati dengannya disebabkan itu.

SH memang dah boleh agak perangai tak semenggah Ashim ni. Sudahlah segala patung mainannya diubahsuai mengikut apa yang terlintas di fikirannya. Lepas tu merah mata tengok mainan Adi. Ini salah satu contoh perangai tak patut dijadikan kawan. Sebab dia mampu buat apa sahaja untuk kepuasan hatinya. Perangai Hanafi ni pun boleh tahan. Tak sangka dengan apa yang sudah dilakukannya. Kasihan SH pada Haziq.

Membaca kisah Adi dan Haziq ni, sebenarnya membuatkan SH sedikit iri hati. Sebab SH pun minat figura aksi. Namun tak dibolehkan untuk memilikinya apatah lagi yang SH suka sememangnya berbentuk manusia.

Geliga Lipan Bara

Mizi, Alif dan Azman merancang untuk pergi memancing di Lubuk Baung. Namun tindakan Alif yang tiba-tiba tarik diri membuatkan hanya Mizi dan Azman berdua sahaja meneruskan niat mereka.

Sebenarnya SH dah baca Puaka Lembah Perasing terlebih dahulu sebelum membaca naskah ini. Jadi ada banyak bahagian yang SH sudah pun tahu. Naskah ini membawa kisah Mizi dan Azman secara lebih terperinci. Manakala kisah Aliff lebih mendominasi di dalam naskah Puaka Lembah Perasing.

Dalam PLP tak nampak sangat perangai teruk Mizi ni. Nampak sipi-sipi je. Tapi dalam naskah ini lebih jelas dan memang rasa nak menyumpah je dengan perangai dia tu. Semuanya berpunca dari perangai tamak haloba Mizi. Geram SH membacanya.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
January 23, 2023
3 cerita yang berbeza namun saling berkait walaupun tidak secara keseluruhannya oleh seorang penulis yang ohsem.. Ketiga-tiga cerita membawa tema taksub.. Taksub dengan nombor ekor, taksub dengan mainan dan taksub dengan aktiviti memancing.. Ketaksuban mereka mengundang padah..
Profile Image for Meera.
Author 8 books136 followers
October 20, 2022
Ketiga-tiga kisah ini berjaya membuatkan bulu roma saya berdiri tegak, tekak terasa mual, perut memulas. Suka cara penulis menghuraikan suasana di sekeliling (latar tempat). Memang terasa macam saya ada di lokasi, bersama-sama watak-watak tersebut.

Kisah yang saya paling suka: Sate Untuk Jembalang, diikuti oleh Adiwira, dan Geliga Bara. Cerita Adiwira mengingatkan saya kepada cerita Chucky.

Ketiga-tiga kisah mengandungi pengajaran yang berguna kepada pembaca: Jangan tamak dan leka dengan harta dunia. Jangan abaikan soal ibadah. Jangan ambil sesuatu yang bukan milik kita. Peliharalah perhubungan sesama manusia, haiwan, dan alam semula jadi.

Saya berjaya habiskan buku tersebut dalam masa dua hari. Tak dapat berhenti membaca.

Syabas kepada penulis. Next story, please? 😉

Nota: Ada typo (5 - 10%) tetapi tidaklah mengganggu fokus pembacaan.
Profile Image for fatin.
197 reviews3 followers
January 16, 2024
buku ini banyak menekan kesan buruk sikap tamak dalam diri manusia 👍🏻 semua kisah dalam ini boleh dikatakan seram and gore sebab ada details kematian beberapa watak. Tbh, manusia yang tamak dalam buku ini mendorong mereka jadi bodoh dan sombong sampai lupa bahawa ada makhluk lain turut ada di muka bumi ini 👍🏻.

- jangan ambik barang yang bukan milik kita.
- jangan bersikap tamak dan sombong.
- jangan bersahabat dengan jin hanya kerana ingin kesenangan sementera didunia.

aku suka when watak2 ini sebenarnya bertembung.. taktahu apa akan jadi apa mereka.

jangan baca pada waktu malam, meremang jugalah 😁
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
September 18, 2022
Pertama kali melihat tajuk buku ini, aku agak skeptikal dengan tajuknya yakni Sate Untuk Jembalang. Adakah ia berkisarkan cerita-cerita mengenai Jembalang semata-mata? Namun, sangkaan awal aku agak meleset mengenai buku ini.

Tiga kisah yang pada awalnya ditulis oleh Saidee di laman Facebook beliau. Lalu, tiga kisah ini dikembangkan lebih teratur dan tersusun menurut beliau agar dapat dibukukan di dalam kompilasi buku Sate Untuk Jembalang. Terdapat 3 kisah yang dimuatkan iaitu:

1. Sate Untuk Jembalang
2. Adiwira
3. Geliga Lipan Bara

Sate Untuk Jembalang mengisahkan berkenaan tiga orang anak muda yang menjalankan modus operandi mereka dalam kegiatan tikam nombor ekor. Malah, mereka berjumpa dengan bomoh bagi mendapatkan panduan nombor ekor yang memberi jaminan yang lumayan untuk didapati daripada jembalang di kawasan-kawasan terpencil dan agak keras. Manakala, Adiwira mengisahkan konflik seorang ayah yang ingin menebus kesalahannya akibat tidak dapat berjumpa dengan anaknya. Lalu, memerangkap roh anaknya di dalam patung mainan. Tunjang kepada cerita Adiwira ini selain daripada konflik tersebut, konflik mengenai minat sekumpulan kanak-kanak berumur 13 tahun yang hobi mereka mengumpul patung mainan. Dan, Geliga Lipan Bara mengisahkan kegiatan sekumpulan pemancing Ikan Baung yang suka memancing di kawasan-kawasan terpencil.

Secara keseuluruhannya, jalan cerita bermula dengan agak perlahan. Tetapi, watak-watak yang dimuatkan di dalam 3 cerita ini dapat dirasakan seolah-olah kesemua watak sama ada watak utama mahupun watak sampingan hidup dan berada di sekeliling kita. Kisah Sate Untuk Jembalang dan Adiwira mempunyai satu kesinambungan yang agak jelas walaupun penulis cuba menghuraikan hubungkait antara dua kisah ini secara tersembunyi. Cuma, cerita Geliga Lipan Bara agak mandiri dan tak keterlihatan terkait di antara 2 kisah sebelumnya.

Usaha penulis dalam menampilkan kisah-kisah yang tak diungkapkan dan disebutkan mengani Hutan Perasing ini sewajarnya dipuji sebagai satu usaha yang sangat baik. Walaupun plot cerita agak berterabur dan kadang-kadang ada dirasakan seolah-olah watak itu syok sendiri, tapi sebuah penulisan yang baik ini harus dibaca untuk dijadikan bacaan genre seram yang ringan dan mudah difahami jalan ceritanya.

Akhir kata, setelah selesai membaca buku ini, bulu roma tiba-tiba terpacak bila mengenangkan kisah Geliga Lipan Bara yang agak meloyakan.

Untuk penerbit, saya mengharapkan pada cetakan selepas ini diharapkan agar dapat diperbaiki segala kesalahan ejaan, ‘typo’ yang agak merimaskan mata ketika membaca. Apapun, sebuah usaha yang harus diberikan pujian kepada penerbit dan penulis dalam menerbitkan satu karya seram yang memang seram ini.
Profile Image for Kiantan Kiambang.
19 reviews3 followers
September 18, 2022
saya suka jalan ketiga2 cerita dalam 1 buku..ada pengajaran di setiap cerita dan bberbaloi sangat saya baca dan beli ✌️

saya habiskan pembacaan dalam masa beberapa jam jek..sebab best sangat cerita..tak bosan 😂
Profile Image for GibbS.
28 reviews5 followers
September 23, 2022
Ngeri cara kematian dalam kisah Adiwira dan Geliga Lipan Bara 😰😰😰
Profile Image for cempakadahlia _.
41 reviews
March 15, 2024
Sate Untuk Jembalang - Saidee Nor Azam

kisah 1
demi untuk menjadi kata sanggup gadai nyawa dan belakangkan agama. Aziz, Amri dan Rizuan.
Amri dan Rizuan gemar bermain nombor, nombor mereka selalunya kena ahanya sagu hati, datang idea dari Aziz mencari bomoh utk nombor mereka yang seterusnya, dari satu tempat ke satu tempat mereka pergi hingga lah Aziz memutus kan utk tidak pergi bersama Amri dan Rizuan, kerana perlakuan Aziz diketahui oleh bapaknya. maka hanya Rizuan dan Amri pergi ke satu tempat Lembah Perasing. disinilah segalanya bermula dari memberi jamu pada lembaga dan ada yang meminta nwaya sebagai penambahansyarat utk kaya...
Amri atau Rizuan yang selamat ?

Kisah 2
patung ... ada orang cakap kalau kita rajin layan patung kita seperti manusia lama kelamaan patung itu akan hidup? kisah patung 'Figure' atau figura patung yang diberi nama Black Demon, Adi soerang pengumpul Figura Aksi dan dalam senarai Figura yang paling dinantikan ialah Black Demon, setelah Adi dapat membeli patung itu hilang dari rak pameran nya. tidkal lama kemuadian dia dapat tahu patung itu berada di rumah Asim. Asim ada satu tabiat pelik dimana dia suka 'cacat' kan bentuk asal figuran tersebut. maka dari sini lah Asim mendengar suara yang mencari anggota badan. namum satu kejadian yang tidak disangka Asim dan bapanya ditemukan dalam keadaan yang sangat ngeri. Adi pula ?

Kisah 3
Niat 2 sahabat ini ingin memancing Ikan Baung. Mizi, Azman dan Alif sahabat yang 2 orang suka memancing dan Alif pula hanya gmar memasak. satu hari Mizi dan Azman mencari tempat baru untuk memancing, mereka berdua terjumpa sarang lipan bara yang dipenuhi dengan batu permata seperti geliga yang bercahay dan cantik, sebelum Mizi dan Azman pergi memancaing di satu kawasan dipanggil Lembah Perasing, mereka disapa oleh lelaki tua yang melarang Mizi dan Azman suapa tidak mengambil apa saja yang dilihat di alam Kawasan perasing itu. tetapi mereka gagal dan akhirnya Azman dan Mizi mengalami pelbagai kejadian aneh dan mereka berdua mati dalam keadaan ngeri dan menakutkan.

----------------------
siapa yang dah beli buku ni wajib baca buku PUAKA LEMBAH PERASING. dalam buku tu lah dapat semue kisah dan kenapa ketiga kisah berkaitan.

ok for me element yg penulis masukan mmg best semua ada.
and the besrt is kisah no 2 tu perghhhh
i could imagine how the body being tears apart kepala dekat tempat lain kaki tangan and so on.

kisah no 3 ada lg panjang dlm PUAKA LEMBAH PERASING...
i salah sebab baca jawapan baru soalan uhuhuh
---------------------------------------
for me ??
seram ya
thirller ya
semua lengkap for me ...
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
February 22, 2023
Terdapat tiga cerita di dalam buku ini. Semua cerita tentang persahabatan. Yang mana mereka semua obses atau taksub terhadap sesuatu. Perasaan tamak akhirnya memakan diri sendiri. Bak kata pepatah, orang yang tamak selalu rugi. Perasaan tamak, ego dan gagal mengawal nafsu bukan hanya memakan diri tp juga memusnahkan nilai persahabatan itu sendiri. Ketiga-tiga cerita dpt beri kita pangajaran yg baik. Ingatlah, jangan terlalu taksub terhadap sesuatu, minatlah secara berpada-pada asalkan tidak memesongkan akidah sbg umat Islam.

1. Sate Untuk Jembalang

Kisah tiga sekawan ini mereka sgt obses terhadap nombor ekor. Kononnya nak cepat kaya dgn tikam nombor ekor. Sanggup mereka jumpa bomoh agar dpt nombor yg ditikam menang duit yg byk sampai pergi ke kubur. Pelbagai cara yg mereka ni cuba buat sampaikan akhirnya memakan diri. Seorg saja yg terselamat sbb tak ikut planning yg lain ke Hutan Perasing. Kisah ni byk suspen, agak thrill sikit dan menaikkan bulu roma.

2. Adiwira

Kisah ini mengenai Adi dan sahabatnya Ashim yg amat meminati patung mainan. Sampak sanggup membeli dgn nilai yg tinggi walaupun masih bersekolah lagi. Adi telah membeli patung mainan Black Demon dari Facebook tanpa mengetahui rahsia disebalik penjualan patung tersebut. Ashim pula menjadi cemburu krn Adi memiliki Black Demon dan telah mencurinya. Pemilik asal patung tersebut telah meninggal, tp ayahnya yg tak dpt menerima kenyataan telah berbuat sesuatu perkara yg dilarang agama. Ketamakkan Ashim akhirnya memakan diri.

3. Geliga Bara

Mengisahkan tiga sekawan yg mempunyai hobi memancing. Dua org memilih utk ke Hutan Perasing krn mendengar banyak ikan baubg di sana. Walau telah dipesan jgn sesekali mengambil brg bukan milik tetapi kedegilan & perasaan tamak yg menguasai diri akhirnya memakan diri. Manakala Alif yg tidak mengikut dua org sahabatnya mengalami mimpi ngeri. Cuba utk menghalang rakannya dari terus mengambil geliga lipan bara dari Hutan Perasing tp tidak diendahkan. Akhirnya berakhir dgn sgt sadis.
Profile Image for Izzatimare.
78 reviews1 follower
January 9, 2024
Ambil masa 2 hari nak habiskan buku ni. Ada 3 cerita dalam satu buku. Setiap kisah mesti ada kaitan sikit dalam kisah yang lain. Tapi hanya sebagai NPC.

Cerita - cerita yang disajikan memang buat aku tak senang duduk selagi tak habis baca. Nasib baiklah semacam cerpen, boleh berhenti bila dah habis satu cerita.

Apa yang saudara Saidee cuba ceritakan dalam ketiga-tiga kisah ni hanyalah sikap rakus manusia yang terlalu mencari kekayaan dan kesenangan. Walaupun kisah Adiwira tu takde kaitan dengan duit. Lebih kepada tamak nak barang limited edition. Kadang2 kita ni bila dah dapat kesenangan yang sikit, kita jadi tamak. Tak salah nak berusaha, tapi jangan melampaui batas. Jangan sampai membelakangkan Allah.

Paling kasihan watak Azman dalam kisah Geliga Bara. Niatnya hanya mahu memancing baung. Takde masalah pun. Tapi silap langkahnya bila cuba mempertahankan diri mencederakan salah satu penunggu kat situ. Sudahnya dia yang menjadi mangsa. Samalah macam watak ayah Ashim dalam cerita Adiwira, tapi aku rasa sebab dia tidak menegur perbuatan anaknya yang melampau tu, dia pun tak pasal2 jadi mangsa kekejaman makhluk halus.

Kesimpulannya, tak salah nak berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita nak. Tapi jangan ambil jalan yang salah.

Habis dah buku pertama untuk tahun 2024. Alhamdulillah ♥️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Lil red reading book.
164 reviews
September 25, 2025
satu naskah mengandungi 3 cerita;

- Cerita pertama mengisahkan 3 sekawan yang gilakan judi..pelbagai kejadian seram dan mistik yang telah dialami oleh mereka semua sehingga nyawa menjadi galang ganti

- cerita kedua pula mengisahkan obsesi dua sahabat baik terhadap action figure sehingga salah seorang daripada mereka bertindak mencuri hak kawan baiknya sendiri. Namun, ketamakkannya akhirnya memakan dirinya sendiri.

- Cerita terakhir adalah kegemaran R. Kisah pemuda pemuda yang suka akan aktiviti memancing sehingga sanggup meredah kawasan hutan. Aktiviti riadah yang sepatutnya menyoronokkan bertukar menjadi kisah yang tidak terjangka.

Kisah pertama dalam naskah ini sebenarnya agak perlahan dan hampir mematikan minat untuk membaca karya ini tetapi perjalanan cerita kedua sehingga akhir sangat menarik. Suka juga dengan plot twist bagi cerita kedua dan ketiga

🫶🏻✨
Profile Image for Edi Rozaidi.
132 reviews
May 17, 2024
Buku ini ada tiga kisah. Walau tidak berkaitan tapi ada sedikit perselisihan watak antara cerita.

Bagi saya ceritanya memang terus tiada plot twist. Memang sedap juga baca buku ini. Tahap keseraman boleh tahan juga.

Buku yang sedap.
Profile Image for Aydaz.
15 reviews3 followers
September 19, 2022
Fast pace, horror... Plot twist. Tak sabar nak tunggu next novel.
Profile Image for Izma Normaizatul.
7 reviews3 followers
September 12, 2024
Tiga cerita pendek yang berkait, semua kisah yang dibawakan menarik. Peminat cerita seram, wajib baca
Profile Image for Smaisarahj.
37 reviews
December 20, 2024
Cerita 1- 2/5
Cerita 2-4/5 (POTENTIAL TO BE MY FAV IDK)
Cerita 3- MY FAVVVV HUARGHHHHH 5/5
Profile Image for Mohammad Aizat Mohammad Hanafi.
98 reviews
March 9, 2025
Tiga cerita yg mempunyai jalan cerita dan pengakhiran yang hampir sama. Tetapi setiap cerita dikarang dgn baik dan kemas.

Rasa geram dgn sikap watak antogonis utama dlm setiap cerita.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.