Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tuan Ehsan : Duda Paling Mengancam

Rate this book
“You curang dengan I, Aedam! You jangan sampai I balas dengan mengorat bapak you!” - Dealova

“Tak ada istilah curang selagi kita tak bergelar suami isteri. Dan kalau you rasa you hebat sangat, pergilah mengorat bapak I.” - Aedam

Pernah dengar? Bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain? Itu tipikal, kan? Tapi, kes dia berbeza. Dipermainkan oleh anak, bergerak menjadi isteri kepada bapaknya.

Itu yang Dealova buat. Untuk buat Aedam rasa apa yang dia rasa selama ini, selamba je Dealova mengorat bapak Aedam. Asalnya, hanya untuk balas dendam.

“Kenapa you libatkan I dalam hubungan korang berdua?” - Tuan Ehsan

“Anak you dah menyakiti I. Jadi, you kena bertanggungjawab. Menyamar jadi boyfriend I dan kahwin dengan I.” - Dealova

“You jangan menyesal. I ni dah lama menduda. Setiap ayat dan tingkah laku you, you kena fikir panjang. So, sekali lagi I tanya... are you sure nak jadi mommy tiri Aedam?” - Tuan Ehsan

“Yes. I tahu apa yang I buat.” - Dealova.

Mulanya dia yakin. Bahawa antara mereka hanyalah sekadar untuk menyakitkan hati Aedam.

Namun, lama kelamaan hati jadi ragu. Dalam menafikan, dia merasakan sesuatu. Aura Tuan Ehsan lebih ummph. Kadangkala, hati hampir jatuh tergolek.

“Kalau nak berlakon biar nampak real, Lovv. Kiss tu biar nampak hot and spicy. Let me do it.” - Tuan Ehsan.

Seringkali si lelaki mencuri nafasnya dan buat jantung berdegup lebih kencang. Sehingga dia mula ragu sama ada ini semua lakonan, ataupun dia memang mula jatuh cinta.

Sejujur, aura duda itu paling mengancam sehingga susah untuk menafikan!

258 pages, ebook

Published August 1, 2022

7 people are currently reading
44 people want to read

About the author

Hash Aulia

102 books307 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (28%)
4 stars
6 (21%)
3 stars
6 (21%)
2 stars
5 (17%)
1 star
3 (10%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Cik.
212 reviews5 followers
October 12, 2025
Tak sangka cerita macam ni pun boleh dijadikan ebook pastu jual sampai harga rm18.Muka surat pun tak banyak,1 page ada berapa baris je,baca tak sampai setengah jam dah tamat.Senang penulis sekarang buat duit.
Aku rasa aku ada 7 ebook penulis ni.Beli 7 sekaligus pun sebab aku tak tahu "GAYA" dia macam ni.Ketujuh tujuh ebook tu cerita ringkas je,dengan font bapak besar.
Satu soalan je aku nak tanya,berkat ke duit hasil jual ebook macam ni?
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
December 5, 2022
Dealova ni sahaja cari pasal eh. Dah Aedam curang, boleh pula dia menjadikan Tuan Ehsan merangkap bapa si Aedam utk membalas dendam. Tujuannya cuma satu. Dia mahu Aedam rasa bagaimana perasaan dia yg rasa sakit dicurangi. Dan Tuan Ehsan? Mulanya bingung kenapa dia terperangkap sebagai org ketiga dlm hubungan cinta anaknya. Namun kerana kasihan dgn Dea, dia turutkan aje permainan Dea.

Curang berkali² dgn perempun yg berlainan Dea boleh lagi terima. Tetapi bila dia jumpa seluar dalam perempuan dlm keretanya sendiri yg di bawah jagaan Aedam, hati siapa yg tidak sakit. Huhu dlm kereta Dea pun kau sempat eh Aedam buat maksiat!

Lokasi penceritaan lebih pada office si Adeam dan Tuan Ehsan. Ermm bergaduh je la memanjang dlm office tu. Sabar je la. Bila berada dlm office Tuan Ehsan lain pula jadinya. Byk aksi yg tidak tersengaja tetapi Aedam melihatnya sebagai berlebihan. Mana tidaknya, akal dia tak mampu hadam bagaimana hubungan Tuan Ehsan dan Dea boleh terjalin.

Perkahwinan Tuan Ehsan dan Dea menjadi puncak konflik bila Aedam tidak boleh terima bekas teman wanitanya sendiri menjadi ibu tirinya. Lalu api dendam mula terpancar. Tindakan Aedam cuba utk merogol Dea mmg salah tetapi provokasi yg terlalu kerap dari Dea juga menjadi punca Aedam bertindak liar.

Saya tak salahkan Aedam 100% dlm cerita ini. Ya, Aedam curang. Buat maksiat. Tapi rasanya tak perlu kot Dea ni jadikan Tuan Ehsan perangkap utk dia mengenakan Aedam semula. Lepas tu mmg sengaja cari jalan utk bergaduh dgn Aedam bila dia sudah berkahwin dgn Tuan Ehsan. So padan lah muka bila Aedam tu tak boleh kawal api kemarahan. Sengaja kan nak tebuk sarang tebuan. Tu nasiblah Tuan Ehsan tu sempat sampai rumah. Kalau tak, nasiblahhhhhh.. Siapa suruh gatal sangat cari penyakit!
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books107 followers
August 15, 2022
macam biasa, aura seksi dalam penulisan cik penulis cantik ini memang tersebar dalam seluruh cerita.

itu sebab, jangan bercinta lama-lama. tambah dengan buaya seperti aedam. kaki perempuan, langsung tak ada rasa bersalah permainkan perempuan yang sah-sah bukan mahramnya.

hanya dealova yang setia. itupun sentiasa menjeruk rasa dengan perangai tak semenggah aedam yang akhirnya buat dia angkat bendera putih. dia tak sanggup lagi.

entah bagaimana, tuan ehsan jadi mangsa mereka berdua. si duda yang memang mengancam. tapi duda ini bapa si buaya, aedam. tapi tuan ehsan ni baik. aedam saja yang tak mewarisi langsung perangai ayah dia.

haa.. mendapat. bila dah terlalu geram, dealova mahu tuan ehsan lagipun, setakat dua puluh tahun jarak umur, apa ada hal... kan?

memang manusia ni susah nak dikata tentang hati. kata cinta, tapi beria melayan sana sini dan tak pedulikan yang dicintai. bila terlepas, itu pula yang dikejar setengah mati.

anyway... tak salah pun kalau dah tua tapi bergaya, kan?
Profile Image for muffinbubble.
41 reviews
October 15, 2025
Ini first ebook Hash Aulia yang saya baca.

Walaupun pendek, saya rasa tak sabar nak habiskan sebab takde scene yang boleh buat saya ‘wow’ pun. Like, semuanya boleh dijangka. Plot yang biasa dibaca. Mendatar dari awal sampai hujung cerita 🤏🏻

Saya beli sebab nama Dealova. Saya suka nama tu. Tapi bukan tuannya yang suka sangat provok, sampai akhirnya memakan diri. Nak balas dendam, tapi akhirnya merosakkan hubungan antara anak dan bapa.

Saya tak berapa setuju Dealova pilih bapanya. Dan banyak sangat ya ayat memuji dalam ebook ni. Ya, tahu bapanya menawan tapi tak perlu kot setiap bab nak describe haha 😂

Overall, aku kasi 2 bintang je kot. Bolehlah untuk mengisi kebosanan baca cerita ni. Tidak recommended 🙂
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.