"Apabila anda cuak, itu bermakna anda sedang hidup."
Kalau sebelum ni, kita mungkin pernah membaca tentang kegelisahan atau kebimbangan dengan terma-terma yang merumitkan sehingga mungkin menyebabkan kita lagi sukar untuk faham tentang kegelisahan dan kebimbangan, tapi berbeza dengan Cuak.
Menerusi penulisan Hazreen A.Rashid ini, pembaca akan dapat memahami apa itu kegelisahan, kebimbangan melampau dan fikiran negatif dengan lebih terperinci. Penulis memberi penekanan dan mengulas lanjut tentang bagaimana punca kegelisahan itu boleh wujud, kesan yang dilalui dan apa yang perlu dilakukan..Dan apa yang dikongsikan oleh penulis terasa lebih mudah untuk diterima dan difahami dengan gaya penyampaian dan bahasa yang tidak rumit.
Sejujurnya, aku sendiri boleh terima, faham dan relate dengan apa yang dijelaskan oleh penulis dengan apa yang pernah dan sedang aku lalui dan terasa di validate oleh seseorang. Antara bab yang lebih membuka mata aku tentang kegelisahan ini ialah: Kegelisahan sejak kecil, Kesan kegelisahan pada perhubungan dan media sosial dos penggalak kegelisahan.
Walaupun Cuak dikenali sebagai buku yang membahaskan tentang kegelisahan, tetapi sebagai pembac, kita bukan sahaja dapat memahami tentang kegelisahan tetapi kita akan dapat lebih apatah lagi apabila penulis turut mengaitkan kegelisahan dengan narsisisme dan mengupas tentang narsisme dan usaha penulis tentang ini, sangat-sangat aku hargai.
Setiap perkongsian dan penjelasan penulis bukan sahaja mampu membuatkan aku dapat menerima dan memahami kegelisahan dengan lebih terperinci, tetapi juga dapat memahami dan melihat kegelisahan, kebimbangan dan fikiran negatif dari sudut pandang yang berbeza. Highly recommended!