Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cahaya Buat Safa

Rate this book
Safa Ibtisam pernah dicintai oleh seseorang. Namun disebabkan perbuatan khianatnya, dia kehilangan orang yang paling berharga. Dalam sekelip mata, dia kehilangan semuanya termasuklah harta dan keluarga. Bertahun dia salahkan diri atas kejadian yang berlaku.

​Berita kepulangan Sudin menghuru-harakan perasaan Safa. Lebih-lebih lagi lelaki itu terlalu sinis dan dingin. Setiap patah yang keluar dari mulut lelaki itu, terlalu menyakitkan hati.

​“Perempuan macam awak ni terlalu licik. Saya takkan benarkan awak perbodohkan kakak saya. Saya bukan Sudin yang dulu. Lelaki yang boleh awak pergunakan untuk kepentingan diri sendiri.”- Sudin

​Tiada gunanya dia membela diri. Kesudahannya, dia tetap dipandang hina di mata Sudin. Namun semuanya tiba-tiba berubah disebabkan satu kejadian. Takdir juga yang telah mengikat mereka dalam ikatan yang suci. Sedar di hati lelaki itu sudah ada pengganti, Safa reda andai dia bakal dilepaskan.

​“Saya tak mampu nak lupakan perbuatan awak. Luka yang awak bagi dulu, terlalu sakit. Saya berterima kasih atas luka yang awak bagi dulu. Disebabkan rasa sakit ni, saya berubah seperti sekarang.”- Sudin

​“Tahun ni, tahun pertama aku bergelar isteri. Dan mungkin tahun terakhir aku bergelar isteri kepada lelaki yang aku cinta. Aku nak sangat sambut bulan Ramadhan ni dengan dia. Tapi aku tahu permintaan aku tu terlalu berat untuk dia tunaikan.”- Safa

Benarkan tiada lagi rasa cinta di hati Sudin buat Safa? Dan ikhlaskah hati Safa untuk melepaskan Sudin kepada gadis lain?

366 pages, ebook

Published April 1, 2022

26 people want to read

About the author

Mia Azwari

74 books371 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (40%)
4 stars
20 (50%)
3 stars
4 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,058 reviews204 followers
February 13, 2025
F pernah baca ebook dulu. Bila penulis kata ada revamp dan extra story about Kak Mah dan Abang Iz, terus F beli

Adik yang rasmi dulu. Siap tak kasi bawa balik sebab dia nak reread.

Safa dan Sudin berkawan setelah Rozie kasi idea rapat dengan Sudin supaya Sudin boleh ajar Safa subjek matematik.



Safa okay je berkawan.. dia rasa selesa sampailah si jahat Farid ni dok cucuk². Anginlah Safa. Safa geram.. sebab kata² Farid tu pun Safa cabar Sudin.

Sudin excited sampai sanggup taknak teruskan study demi Safa. Kak Mah kecewa jugak tapi sebab sayang.. dia turutkan

Sudin dan Kak Mah datang hendak merisik Safa tapi ayah Safa menghina mereka. Sudin kecewa. Dia keluar dari kampung

Safa tolak pinangan Farid. Bermasam muka Safa dengan ayahnya. Masa goreng ayam, Safa dapat tahu Sudin dah tinggalkan kampung.. Safa terus lari jumpa kak Mah

Masa kat rumah Kak Mah, rumah Safa tiba² meletup. Dia teringatkan ayah dia yang sedang sakit... Safa rempuh masuk tapi dia pun cedera

Kesian nasib Safa.. dari anak orang kaya dia tinggal sehelai pinggang je.. atas ehsan kampung, mereka bina rumah kecil untuk Safa.

Sepanjang Safa sakit, Kak Mah yang jaga Safa sampai Safa sembuh. Bila Sudin balik, balik bersama Fiza.. Safa sedih. Dia tahu dia bersalah. But kata² Sudin tu lagi teruk dari Safa. Yea Sudin dah berubah. Kadang² geram gak gan kata² angkuh Sudin



Suatu hari ada orang rempuh masuk rumah Safa dan kebetulan Sudin baru balik dari rumah Safa terdengar. Orang tu cuba nak rogol Safa.. bila Sudin selamatkan Safa tiba² orang kampung datang jenguk. Tertangkaplah khalwat.



Kak Mah suruh kahwin.. selepas malam pertama mereka, Sudin balik ke KL.

Banyaklah dugaan untuk Safa ni. Kesian nasib dia. Dengan sikap orang kampung yang ntah apa². Mulut longkang betul.

Sudin tu sayang je Safa tapi biasalah nak mengusik isteri sampai isteri salah faham. Akhirnya bersama jugak diaorang



F kagum dengan kak Mah yang punyai hati yang bersih. Tak sangka berjodoh jugak kak Mah. Sweet sangat Abang Iz. Malu² tapi mahu. Ada cerpen pendek untuk kisah mereka.

Profile Image for a i n c e r a.
125 reviews14 followers
August 26, 2022
Saya dah hilang ingatan sikit tentang ebook ni tapi yang saya ingat saya berendam air mata nangis 😭. Sedih dengan kehidupan Safa. Saya rasa macam nak pegi peluk je si Safa ni. Nasib baik la si laki (tak ingat nama hero) tak terlampau mendera sangat. Walaupun mula-mula konon dah move on, nak buat tak ambil peduli dengan Safa, nak balas dendam la kiranya tapi tak jadi la kalau suka tu masih ada dalam hati. Heh.

Ebook ni kan dah lama baca tau tapi takde dekat GR. Jadi, saya tunggu je la sape-sape yang rajin nak masukkan ebook ni dalam ni. Hehehe 😉.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
August 26, 2022
safa ni kalau nak diikutkan taklah sombong mana walaupun pada awal kisah semacam dia tak suka sudin menagih cinta dengannya. mungkin pun sebab dia pun sukakan sudin tanpa dia sendiri sedar.

cuma silap dia bila dia suruh sudin meminang kalau jumlah duit hantaran dia nak, lelaki itu mampu penuhi. bagi dia, bila gertak lelaki itu sebegitu, sudin tentu-tentu tak punya duit. tapi salah jangkaan. lebih memburukkan kisah, salmah dan sudin datang merisik safa di waktu yang salah. haji zaki waktu itu pening dengan segala bentuk hutang yang ditanggungnya.

sudin bawa diri. waktu itu juga safa ditimpa musibah. bertimpa-timpa. mana sangka, dari keluarga yang agak berada, dia tinggal sendirian dan tak punya apa.

sudin yang bawa diri, mula meraih kejayaan. tapi sepanjang tempoh itu jauh sudut hati masih ada safa. cumanya bukan cinta. ye kut?

dan kembali sudin ke kampung, here and there. macam-macamlah kisah, termasuklah sudin perlu bernikah dengan safa.

penceritaan puan penulis seperti biasa, pembaca akan jadi ralit. larut. setiap watak yang didirikan punya emosi yang kuat. pembaca sama tenggelam, sama rasa setiap satu perasaan yang hadir antara babak dan cerita.

setiap manusia ada jalan ceritanya. setiap jalan cerita, manusia itu akan diberikan dengan pelbagai bentuk perasaan diiringi dengan akal fikiran. memang takkan tahu setiap percaturan yang ada di hadapan. takkan selagi tak tempuh.

kalau kata kebetulan, tak ada. kalau kata kesilapan, tak ada. manusia saja yang rasa semua dugaan itu salah.

selagi bernama manusia yang membawa nafas yang diberi pinjam, menghirup udara yang diberi bebas, yakinlah. Allah takkan jadikan sesuatu itu sia-sia. melainkan manusia yang mensia-siakan segala amal ibadah dan perintah serta suruhan dari Yang Maha Kuasa.

semuanya sementara. yang abadi, hanya akhirat sana.
Profile Image for Yaya H. Amir.
147 reviews6 followers
October 23, 2022
4.5

Besttt, aku suka cerita ni.

1. Walaupun klise dan simple, masih rasa enjoy bila baca.

2. Feel? Boleh tahan. Ada rasa sedih (aku memang susah nak nangis kalau baca novel. Tapi still meresap elemen sedih tu dalam hati)

3. Chemistry? Nice!

4. Watak? Nyampah dengan hero😌 Rasa nak tumbuk je!!!!

Overall, berbaloi dimiliki. Tahniah penulis💜💜💜
Profile Image for Cutie_pie28.
400 reviews8 followers
March 11, 2025
Both da bace.. ebook and novel versi revamp.. both sy suke bace..dlm versi revamp ade kisah ttg Salmah & Dato Izzat.. sooo sweet.. Salmah yang garang.. Dato Izzat yang sentiasa positif.. memang best
Profile Image for Mslvoe.
2,058 reviews204 followers
February 12, 2025
Best!

Kesedihan berakhir dengan kebahagiaan. Semua watak dapat happy ending!

F suka kalau watak Dato Izzat dikembangkan dengan kak Mah. Mesti sweet²
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
September 17, 2022
Ingatkan Sudin je yg bernasib malang. Rupanya Safa lg menderita hidupnya. Rasa bersalah kerana merasakan penyebab kematian abahnya dan juga pemergian Sudin ke bandar kerana hinaan abah dan juga dirinya.

Safa yg hidup senang hanya menggunakan Sudin atas kepentingan dirinya. Tetapi tidak bg Sudin yg sedari awal lagi mmg sudah ada rasa cinta yg banyak utk Safa. Tetapi malangnya dia dihina oleh abah Safa dan Safa sendiri mengakui dirinya berkawan dgn Sudin pun atas kepentingan diri.

Kerana marah dan sesal, Sudin tekad utk merubah kehidupan dia dan juga kakaknya, Salmah. Nasib menyebelahi Sudin bila Sudin berjaya memperolehi ijazah dan mampu membina kerjayanya sendiri.

Atas satu peristiwa, Sudin terpaksa berkahwin dgn Safa. Demi menjunjung ego dan juga dendam, hati Safa sering dilukai. Ermm penulis mmg handal bab mengalirkan air mata pembaca. Walau hanya sekadar ebook, pembaca boleh rasa emosi yg ada dlm diri Safa. Saya boleh rasa kesedihan dan kekecewaan yg dilalui oleh Safa.

Sudin pula bila sudah berjaya seperti hilang identiti diri. Mula² mmg rasa kasihan dgn sikap lurus bendul si Sudin. Tetapi bila dia dah berjaya, saya rasa Sudin sepatutnya rasa bersyukur kerana hinaan itulah yg buatkan dia berjaya. Tapi lain pula jadinya. Dirinya terlalu menjulang ego dan juga dendam!

Walau Sudin tu berubah jd baik pun saya rasa annoying. Saya rasa saya nak masuk team Rozie yg seakan 'menyampah' dgn si Sudin😜. Nasib baiklah Safa tu baik orangnya. Kalau org lain agaknya dah selamat tinggal si Sudin tu. Sibuk sangat menguji kan. Sekali bila Safa jatuh pengsan tahu pula takut! Chehhh

Apapun, CBS mmg best. Terbaik👍
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
June 16, 2025
3.5⭐️

I was expecting buku ni pasal dendam macam karya Sara Aisha tu but tidak. Buku ni sesuai untuk bacaan ringan. Karya Mia Azwari sangatlah best bagi aku sebab penyampaian cerita tu mudah dan straight forward. Tak berbelit langsung.

Mengisahkan Safa yang berkawan dengan Sudin sebab dia nak ambil kesempatan terhadap Sudin tapi Sudin ni memang cinta mati dengan Safa. Sampailah hari di mana Sudin dan kakaknya Salmah pergi ke rumah Safa untuk masuk meminang dan dihina oleh keluarga Safa.

Sejak hari itu Sudin tekad nak ubah diri dia dan pergi ke bandar untuk bekerja.

Novel ni santai. Baca in one sitting pun boleh je habis. Character jahat pun biasa biasa je takde nak menaikkan darah ke apa. Overall best la. Not bad. Part Sudin ‘balas dendam’ pun tak panjang dan tak teruk mana pun.
Profile Image for Yumi Teavee.
92 reviews1 follower
May 9, 2024
This is the first time saya baca buku dari penulis Kak Mia. First of all, saya memang suka susun alur cerita dan plot dalam buku ni. Sampai membuatkan saya baca non-stop , cantik je flow. Love the character Safa and Sudin. I thought dia sangat red flag, ade jugak dia green flag so combine dia yellow flag bergerak. Comeyy sangat and i blushing sangat love story orang kampung. Tak lupa jugak ngan cerita Kak Mah and Dato Izzat. Member terus dapat dato', huwaa so suwitt sangat. I tabik Dato Izzat ye sebab dia tak merendahkan isteri dia. Dia terima seadanya Kak Mah tu. Saya harap saya dapat baca buku karya kak Mia.
Profile Image for gabbyy.
25 reviews3 followers
January 27, 2025
done habis tapi saya baca versi fizikal

sebenarnyakan benci sikit je dengan watak safa awal2 tu sebab dia sombong gila. dia gunakan sudin untuk study. tapi dalam masa yang sama baru dia sedar dia dah mula sayangkan sudin. bila orang tu ajak kahwin, kena tolak mentah2 dan kena hina lagi. mana tak merajuk orang tu sampai bawa diri? kesian kat sudin. tapi sudin ni jadikan sebab dan semangat tu untuk bangkit balik.

start meruntun sikit bila safa dah berubah dan mula khilaf dengan perbuatannya. time tu kita pun sedih wei😭😩

this is so typical and cliche story tapi saya suka! 🥰
Profile Image for Cutie_pie28.
400 reviews8 followers
December 4, 2024
Both da bace.. ebook and novel versi revamp.. both sy suke bace..dlm versi revamp ade kisah ttg Salmah & Dato Izzat.. sooo sweet.. Salmah yang garang.. Dato Izzat yang sentiasa positif.. memang best
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.