Jump to ratings and reviews
Rate this book

Setulus Khadeeja

Rate this book
Khadeeja, dibesarkan dalam keluarga yang penuh kacau-bilau. Sikap pilih kasih orang tuanya, menjadikan dia gadis yang suka memendam rasa. Diamnya selalu disalahtafsirkan. Senyumannya tak kena tempat dan masa.

Kehadiran Adlyn sebagai sahabat memberi Khadeeja ruang untuk bernafas, tetapi insiden hitam telah berlaku sehingga menyebabkan dirinya dibenci.

Ketika dia sedang lelah memikul tanggungjawab keluarga, Nufail datang memikat. Khadeeja cuba memujuk hatinya untuk menerima Nufail, tetapi dia terpaksa mengalah. Benarlah, dia tidak layak untuk bahagia.

Saat semuanya jauh ditinggalkan, Ansar datang menunaikan janji. Janji untuk menjaga Khadeeja walau apa pun yang terjadi.

“Takkan ada lelaki yang suka kau lebih daripada aku, sayang kau lebih daripada aku, jaga kau lebih daripada aku. Tu janji aku pada kau.” – Ansar

“Saya tak suka dengar cakap kosong. Kalau ikhlas sayangkan saya, tunjuk dengan perbuatan. Tak payah cakap setinggi langit kalau kaki masih mencecah bumi.” – Khadeeja

Mampukah Khadeeja bangkit semula dan memilih jalan bahagianya? Adakalanya rasa tak perlu dizahirkan dengan kata-kata. Cukup dengan ketulusan hati mencintai…

418 pages, Paperback

First published August 1, 2022

20 people want to read

About the author

Liza Nur

23 books109 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (82%)
4 stars
3 (17%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Nisya.
82 reviews3 followers
April 2, 2023
Worth buying, worth reading and worth keeping.

Buku yang mungkin tidak semanis buku lain di mana wataknya mengalami kisah yang amat menyakitkan. Sudah tentu saya sukakan perwatakan-perwatakan yang digambarkan oleh penulis kepada Khadeeja dan Ansar.

Tetapi, bagi buku ini, Ansar digambarkan seperti 'second lead.' Yang hanya datang untuk menemani watak utama di kala waktu susah dan apabila tiba masanya, cinta sejati yang sering memberi kesusahan kepada watak utama datang pada waktu dia sedar akan kesalahannya. Akan tetapi, dari awal, saya tetap anggap Ansar ialah watak utama.

Untuk watak Khadeeja, dari kecil dia tidak pernah merasa bahagia. Tidak mendapat kasih sayang seperti kanak-kanak yang lain. Mempunyai ayah yang tidak bertanggungjawab dan ibu yang pemarah membentuk hati Deeja keras seperti batu. Disangka menjelang dewasa, hidupnya akan baik-baik sahaja tetapi siapa sangka banyak lagi dugaan yang datang untuknya. Perlu menyara ayah yang abaikannya, kakak yang mengalami masalah keluarga dan keluarga tiri yang juga tidak berupaya untuk menampung kehidupan akibat sikap ayah mereka yang masih sama.

Hadirnya Adlyn sebagai sahabat yang menyuluh cahaya dalam kehidupannya. Ditakdirkan pula bertemu kedua-dua abang Adlyn iaitu Nufail dan Ansar yang menambahkan rencah dalam kehidupan Deeja yang sedia berliku. Kehadiran Nufail yang sentiasa menghulurkan cinta kepadanya membawa kepada penerimaan Deeja untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Adlyn. Malang yang menimpa merupakan konflik yang mula terjadi terhadap Deeja dan keluarga Adlyn.

Ansar juga sentiasa menemani tanpa menyalahkan takdir di saat semua menuding jari pada Deeja. Ansar yang sentiasa memahami. Yang sentiasa ada tanpa Deeja pinta. Yang turut terluka sepertimana Deeja. Saya sejujurnya sangat tidak tidak suka akan sikap keluarga Ansar ini. Masing-masing perntingkan diri tidak kiralah ibu, ayah mahupun abangnya. Mereka sangka Ansar itu lembut dan akan sentiasa mengalah tanpa memikirkan kesannya kepada hati dan diri Ansar. Dan tanpa disangka, dia juga turut mencintai perempuan yang sama dicintai oleh abangnya.

Jika sebelum ini, Ansar sentiasa mengalah terhadap abangnya, tetapi bagaimana pula kali ini. Adakah perlu melepaskan cinta hatinya yang merupakan kekuatan terbesar dalam hidupnya. Yang menyokong apa sahaja yang dilakukannya. Yang menunjukkan minat yang sama dengannya apabila bercerita tentang bidang yang ingin diceburinya. Hadir juga Mikael, tunang Adlyn menghulur cinta. Siapa akhirnya pilihan hati Khadeeja yang mempunyai hati yang sangat tulus ini?

Saya sukakan pengakhirannya. Khadeeja memang berhak menemukan kebahagiaannya dengan insan selayaknya. Terima kasih penulis atas karya yang snagat memberi kesan ini.
Profile Image for Izzati Aisyah.
264 reviews40 followers
October 6, 2022
"Manusia tak ada yang sempurna. Kadang kita salah cakap, salah perbuatan. Tapi, jangan sebab satu silap orang, kita lupa sejuta benda baik yang dia buat untuk kita. Kita pun barangkali pernah sakitkan hati orang masa kita tak sedar. Tapi kalau orang diamkan, kita pun tak tahu..." - Ansar

" Manusia pun ada had sabar. Kalau tak pergi, mungkin akan salah cakap. Terlajak perahu boleh undur. Kata-kata manusia ni, kalau dah hiris hati, parutnya susah nak hilang." - Khadeeja

Menjadi seorang Khadeeja itu tak mudah. Menuntut kuat & kesabaran yang tinggi. Hidup dalam keluarga yang kacau bilau membuat dia memendam luka sendiri.

"Anak derhaka macam kau takkan bau syurga." - Ayah

"Semua ni salah kau, tau tak? Sebab kau, dia ingat aku tak tau jaga anak." - Mak

"Along tak mau jadi macam angah, manusia tak ada perasaan. Boleh senyum walaupun orang marah dan benci. Along nak cari kebahagiaan along. Along bukan angah. Along perlukan seseorang untuk jaga along, sayang along. - Along Salma.

Walau dimaki-hamun tidak tentu hala, Deeja tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Akhirnya, muncul Adlyn yang sudi menghulurkan salam persahabatan. Tapi ramai yang menuduh Khadeeja cuba mengambil kesempatan atas kesenangan Alin. Tapi Adlyn tak peduli, dia senang berkawan dengan Deeja dan ada ketika susah & senang Deeja. Sehingga Adlyn menawar Deeja bekerja di syarikat papanya setelah habis belajar untuk membantu Deeja menyara keluarganya.

"Deeja, orang kuat aje tau yang Tuhan uji macam ni. Sebab kau kuat sangat-sangat. Tuhan tau kau boleh hadap semua ni." - Deeja

Di situ, Deeja bertemu dengan abang-abang Adlyn, Nufail & Ansar yang menaruh hati pada dia.

"Izinkan saya pecahkan kerikil dalam hati awak. Sedangkan batu yang keras akan terhakis dengan titisan air. Saya yakin saya mampu ajar awak untuk cintakan saya. Beri saya peluang Deeja." - Nufail

*****

"Awak tahu apa persamaan awak dengan belacan?" - Ansar

"Tak payah nak pickupline sangat, Encik Ansar. Dengan saya aje pun. Bukan ada perempuan lain nak melting?" - Khadeeja

"Dua-dua buat saya in love." - Ansar

Ehhhhh 😂 Korang rasa Deeja pilih siapa? Nufail ke tauke belacan? Yang penting dalam novel ni second lead menang! Yang lebih faham, yang tak memaksa dan lebih menghargai seorang Khadeeja. Sampai aku pun rasa nak seketul macam dia. 😌 (tolong datang cepat sikit melamar saya)

Setulus Khadeeja sememangnya satu kisah yang mempunyai nilai pengajaran yang tinggi. Berkait kehidupan keluarga terutama perhubungan antara mak/ayah dan anak, hubungan adik-beradik, persabahatan dan masyarakat sekeliling. Semua watak yang ada dalam SK banyak mengajar aku supaya lebih sabar, toleransi dan empati. Bukan naskah yang kosong. Banyak nasihat yang menusuk ke hati.

Istilah 'anak derhaka' terlalu sering kita dengar tapi sedarkah dalam situasi yang berbeza, ibu bapa juga ada yang menderhaka? Tak bagi nafkah, tak bagi didikan yang sempurna, dera emosi, fizikal & mental anak serta bersikap pilih kasih. Padahal seorang anak tu, tak ada kuasa untuk memilih siapa ibu bapanya. Dia lahir dalam keadaan suci seperti kain putih. Ibu bapa yang pertama mencorak perjalanan hidupnya. Dan aku tercuit dengan satu dialog dalam SK.

"Bersyukurlah... dikurniakan anak-anak yang baik, ingat tanggungjawab. Cuba tarik balik sayang dia pada kamu. Layan dia elok-elok. Umur macam kita, dunia dah melambai... Kubur dah memanggil-manggil. Jangan esok, tak sempat nak minta maaf sebab ego. Dah mati pun bukan boleh terjun dalam lubang Kubur sendiri. Nak kena tunggu orang kuburkan. Ego, bongkak kita ni tak bawa ke mana. - Pak Cik Tahar

Dan aku bangga dengan seorang Khadeeja. Dia memilih berdamai dengan takdir yang menimpa dirinya. Dosa ayah dia buat tu besar okey, rasa nak nangis. 😭

"Akak dah tak nak jadi anak derhaka lagi, Daniel. Macam mana abah nak layan kita, itu urusan dia dengan Tuhan. Nanti dia jawab di sana kalau dia tak nak bertaubat. Kita sebagai anak, lunaskan tanggungjawab kita sajalah..." - Khadeeja

Yang penting, setiap watak diberi pengakhiran yang seadilnya. Dan Khadeeja juga bertemu dengan bahagia yang diimpikan. 5 ⭐ untuk SK. Novel ni pace dia laju dan tersusun. Bila dah baca, sayang nak tinggal. Tak rugi baca. Tahniah novelis Liza Nur.
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
December 4, 2023
Khadeeja, luar biasa sungguh dugaan untuk kau Khadeeja. Sepanjang pembacaan memang aku nak memaki hamun keluarga Khadeeja ni. Aku rasa memang wujud keluarga macam ni. Dera anak, maki hamun anak, nak berjoli, tak bagi nafkah anak bini, last2 bla dah tua, sibuk nak meraih simpati anak-anak. Aku cukup sakit dengan keadaan macam ni. Rasa nak teriak kuat-kuat. Kalau taknak anak kenapa buat anak????!!!! Dah tua, sakit takde duit tahu pulak cari anak kau yang kau pernah abaikan dulu. Manusia manusia. Ehhhh emosi betul aku!

Mujurlah ada Ansar (second lead katanya) datang menceriakan hidup Khadeeja. Tu pun bertahun jugak nak dapat bersama dengan Ansar. Part Khadeeja-Ansar ni aku menangis lagi. Aku dah sampai give up dah 'lantaklah kalau dia nak dgn Mikael pun. Janji bukan Nufail'. Huhuhu.

Apa-apa pun karya Liza Nur nombor syatuuuu! Sarat dengan pengajaran dan ilmu.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
September 26, 2022
Semua orang kata Khadeeja berhati batu. Tingkahlaku selalu disalah anggap. Namun Adlyn seorang saja yang selalu ada bersamanya. Tetapi kerana satu peristiwa, Khadeeja kehilangan kawan baiknya. Ansar pula selalu beralah kepada abangnya, Nufail. Apabila Nufail juga sukakan Khadeeja, adakah Ansar akan beralah juga? Bolehkah mereka bersama? Mampukah Khadeeja tunaikan tanggungjawabnya kepada semua?
Profile Image for IbuAsyrafAleeyaAmsyar.
8 reviews
February 7, 2025
Kuatnya dia. Jiwanya kental. Hatinya tulus. Kasihnya ikhlas. Dia bukan gadis yang bisa meluahkan perasaan yang terbungkam dalam hati dengan mudah. Segalanya dipendam, bukan untuk dia, tapi untuk mereka yang dia sayangi. Dialah Khadeeja.

Dari awal lagi pembaca disajikan dengan pelbagai dugaan yang menimpa Khadeeja. Ayahnya yang sering menjadikan dia sebagai tempat melepaskan amarah. Ibunya yang jarang mempertahankan dia, sibuk dengan hati dan perasaan sendiri. Kakaknya pula sentiasa memilih untuk bersikap tidak mempeduli untuk menyelamatkan dirinya.

Tapi kepada Khadeejalah, semuanya bergantung harap. Pada kudratnyalah semuanya bersandar, meminta pertolongan. Lalu pada siapakah dia ingin meminta secebis kebahagiaan?

Hidupnya yang umpama sudah jatuh ditimpa tangga berkali-kali, disinari sedikit warna-warni ceria pelangi yang dirasai melalui kasih kawan baiknya, Adlyn. Adlyn menyayangi Khadeeja dan mengambil peduli akan hidup rakannya yang sentiasa dalam keadaan malang.

Munculnya Ansar, si pemilik kilang belacan, membuatkan Khadeeja menyedari jiwanya yang juga masih seorang wanita, yang mendambakan kasih ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Namun, kasihnya masih terhalang oleh ibubapa Ansar, trauma peristiwa hitam berkaitan dengan pemergian Adlyn serta ugutan ayahnya yang masih tak insaf walaupun sudah dimamah usia tua.

Setulus Khadeeja, dia tetap jaga ibu dan kakaknya dengan ikhlas. Dia juga menyayangi keluarga Adlyn, mengharapkan mereka kekal bahagia bersatu-padu walaupun dia menderita. Ikhlasnya dia menjaga ayahnya pda ketika ayahnya hilang kudrat dan dibuang orang lain pada akhir hayat.

Benar janji Tuhan itu. Siapa yang redha akan merasai nikmat dari-Nya. Walaupun nikmat itu lambat sampai, ianya tetap pada masa yang tepat.

Kisah ini membuatkan hati saya sedih membaca pelbagai dugaan yang ditanggung oleh Khadeeja. Dia tak pernah mengeluh malahan setiap dugaan itu disambut dengan hati yang tulus tanpa sebarang pembalasan buat dirinya. Ya, kau berhak untuk bahagia akhirnya, Khadeeja.

Liza Nur berjaya mencipta sebuah kisah yang membuatkan saya berlayar menjiwai watak Khadeeja.
Profile Image for Ctriko.
281 reviews6 followers
March 23, 2023
Khadeeja adalah contoh wanita berhati batu, kental dan waja. Hanya mereka yang telah mengalaminya sahaja yang dapat memahami segala apa yang dirasa oleh Khadeeja. Setiap watak yang terdapat dalam kisah ini banyak memberi kesedaran kepadaku. Kisah Khadeeja ini meninggalkan kesan yang begitu mendalam sekali di hatiku. Bacalah, anda pasti akan dapat rasa apa yang kurasa.



http://myhookedbooks.blogspot.com/202...
Profile Image for Pablo Reading Books.
90 reviews15 followers
December 16, 2022
Best cerita ni...memang ngam dgn tajuk..sepanjang pembacaan hati bertanya2 betulkah ada kehidupan mcm ni?? kesianya Deeja sepanjang hidup berkorban utk org lain begitu juga Ansar..bila akhirnya mereka bersama rasa puas di hati...alhamdulillah akhirnya derita Deeja dan Ansar berakhir dan mereka sangat2 layak untuk bahagia..
Profile Image for Ernah842.
36 reviews
June 26, 2023
Khadeeja. Watak yang sangat degil hasil acuan hidup yang mendesak. Watak² dalam novel ini seimbang antara protagonis dan antagonis.

Novel ini menunjukkan sesi yang baik apabila mengutamakan nilai kekeluargaan seperti perkahwinan memerlukan restu ibubapa, adik beradik saling mengalah dan hormati walau siapa pun ibubapa kita.

Novel yg bagus untuk bacaan sekeluarga.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.