Jump to ratings and reviews
Rate this book

QXSYMINA

Rate this book
Qxsymina memberikan satu soalan, pencuri tidak akan muncul jika di dunia ini tidak ada kunci. Kunci ialah kebebasan juga kurungan. Jika sesuatu ruang tidak mempunyai pintu, maka ruang itu boleh dimasuki oleh sesiapa sahaja. Dan jika ruang itu mempunyai pintu dan kunci, ia seakan kurungan.

Jadi, kau rasa, bagaimana manusia memiliki ruang peribadidengan mutlak dan polos? Tanpa keraguan, keterpaksaan dan kepentingan diri semata-mata? Sehingga hari ini, aku tidak ada jawapan untuk soalannya itu.

Paperback

Published June 1, 2022

2 people want to read

About the author

Nieyna J

2 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (20%)
4 stars
3 (60%)
3 stars
1 (20%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Jejaka Buku.
115 reviews6 followers
January 18, 2023
"Jangan diikat kebebasan kerana takut akan kemungkinan-kemungkinan yang tidak pasti. Tak perlu takut. Kau hanya perlu kembangkan sayap dan terbang."

Qxysmina merupakan kumpulan cerpen yang berteraskan emosi manusia. Ada kisah gembira, ada kisah marah, ada kisah sedih dan pelbagai lagi. Setiap satunya diekspresikan melalui susunan kata yang indah. Cerpen yang menjadi kegemaran ialah Surat-Surat Yang Membawaku Pulang.

Surat-Surat Yang Membawaku Pulang mengisahkan watak utama yang merasakan hidupnya kosong. Sehinggalah dia terjumpa surat-surat yang mengandungi teguran untuk dirinya kembali menjadi diri sendiri. Cerpen ini akan menulusuri bagaimana watak utama menjumpai dirinya semula. Penulis memberitahu bagaimana manusia sekarang terpaksa berpura-pura hanya untuk diterima masyarakat melalui isi surat tersebut. Sedangkan menjadi diri sendiri itulah yang menjadikan kita manusia. Hidup lebih indah apabila tiada lagi kepuraan.

Secara kesimpulannya, sebahagian cerpen dalam zin ini berjaya menyampaikan apa itu erti menjadi manusia melalui naratif penulis yang memberi perspektif baru. Juga ada yang tergantung kekal menjadi enigma untuk pembaca simpulkan penamatnya sendiri. Menghabiskan pembacaan zin ini semestinya membuatkan pembaca merasakan lebih hidup.

3.75🌟/5🌟
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
February 20, 2023
Qxysmina atau sebutan menurut editor dan penerbitnya disebut seperti Qisymina. Katanya, nama buku ini merupakan inspirasi daripada nama salah seorang anak murid penulis.

Selain itu, Qxysmina merupakan salah satu cerpen daripada 13 cerpen yang dimuatkan di dalam zine ini. Mengetengahkan unsur dan perkara yang selalu berlaku di sekeliling kita tetapi ia dianggap kecil dan enteng di mata manusia dalam. Cerpen-cerpen tersebut bersifat humor dan menikam dalam senyap jika diamati.

Sebagai contoh, cerpen pertama, yakni Percakapan Ketika Mandi. Mengisahkan mengenai watak yang mempunyai pelbagai idea ketika mandi di dalam tandas. Perkara ini seakan dekat dengan peribadi kerana tak dapat dinafikan bahawa ilham dan idea yang menarik selalunya datang ketika mandi.

Misalan lain, Perempuan Dan Seekor Babi mungkin boleh dikatakan alegori kepada seorang isteri dan seorang suami yang pemalas dalam mencari sesuap nafkah bagi keluarganya. Walaupun ia bersifat keras dengan menyifatkan suami pemalas ini seperti babi. Namun, itulah realiti kehidupan yang kita perlu akui pada harini yang menyumbang banyak kepada hal-hal kebejatan sosial di Malaysia terutamanya.

Secara keseluruhannya, dalam banyak-banyak kumpulan cerpen mahupun zine cerpen yang telah aku baca. Qxysmina ini mempunyai suatu unsur magis yang membangkitkan satu perasaan untuk mencari setiap intipati yang ingin disampaikan di dalam setiap cerpennya.

Sebuah zine yang harus dibaca untuk melengkapkan pelbagai rasa apabila selesai membacanya. Gundah, sedih, marah dan sebagainya akan diadun sekali menjadi resepi yang indah dalam menelusuri zine ini.
Profile Image for ommimembaca.
26 reviews3 followers
October 5, 2022
QXSYMINA, NIEYNA J

Membaca karya Nieyna J bermaksud anda bersedia untuk berbicara tentang hal-hal nyata yang sering kita sembunyikan atau sering kita (pura-pura) tidak peduli atau sebenarnya kita takut untuk berterus terang tentangnya.

Meskipun ada beberapa cerpen yang belum lagi saya mampu fahami dengan baik, tapi sebahagian yang lain begitu memberi kesan yang dalam .

Saya tidak tahu apa perkataan terbaik untuk menggambarkan betapa bagusnya buku ini dalam mengalirkan emosi kepada pembaca.

Dari satu cerpen ke cerpen yang lain kita memang perlu jeda untuk meraikan setiap rasa tumbuh (kembali) di dada .

"Kata-kata yang ditulis Nieyna J seperti butir peluru yang menusuk tepat ke dada. Sakit dan pedih ."

Terima kasih penulis 😌 .

#QXSYMINA #NieynaJ #cerpen #bookrecommendation #bookstagram #ommimembaca #malaysiamembaca #MalaysiansReadMalaysia
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.