Novel ke-10 AA/MA dalam koleksi. Baru sampai semalam,terus capai dan kononnya nak baca intro je tapi tak boleh stop pulak lepas tu. Dengan jayanya dapat dihabiskan dalam satu malam. ;)
Macam biasa novel AA tidak menghampakan langsung. Riffki,hero kali ni lain sedikit, seorang yang dingin dan beku. Malah agak liar dan sering bertukar pasangan selepas kematian sang kekasih berikutan letupan di Bali. Riffki mengatakan yang dia tak akan jatuh cinta lagi, tapi kehadiran Nurul Hijjaz sentiasa membuatkan hatinya diusik dan dicuit.
Disebabkan terdesak mahu mendapatkan 50k bagi pembedahan datuknya, Hijjaz terpaksa meminjam wang daripada Riffki. Riffki memberikan syarat Hijjaz adalah miliknya dan harus bekerja dengannya selama 4 tahun malah tidak boleh bercinta atau berkahwin dengan sesiapa. Oh Riffki, syarat yang sangat mengarut. Hijjaz juga diminta menyamar sebagai teman wanita kepada abang tirinya, Daniel Iqbal.
Tetapi dalam diam Daniel sebenarnya sudah lama sukakan Hijjaz.
Tak Lengkap rasanya novel AA kalau tak ada misteri. Antara Riffki, Hijjaz dan Daniel sebenarnya ada ikatan secara tidak langsung. Segalanya terbongkar bila bapa sebenar Riffki, Megat Hazmin pulang ke Malaysia dan cuba membeli saham dan mengambil alih syarikat keluarga Riffki disebabkan dendam kepada Datuk Amiruddin. Hijjaz juga telah memilih Daniel dan bersetuju untuk mengahwini Daniel walaupon dia cintakan Riffki. Tetapi pada hari perkahwinan mereka, Riffki telah datang dan ingin membawa lari Hijjaz. Rupa-rupanya Hijjaz adalah anak Datuk Amiruddin iaitu bapa Daniel, dan juga merupakan adik tiri Daniel. Hijjaz bukanlah anak luar nikah seperti yang diperkatakan sehingga dia dibenci datuk sendiri. Selepas itu Riffki telah menghilangkan diri, Hijjaz pula terus mencari Riffki dan telah menemui Riffki di Bali tempat mereka berjumpa buat pertama kalinya..
p/s:
agak emosi sedikit baca novel ni sebenarnya bila part Hijjaz membesar sendiri seperti anak yatim dan tidak diakui oleh datuknya. menumpang kasih dengan keluarga angkat. Hijjaz juga tidak putus asa memenangi hati datuknya walaupon selalu diherdik malah dipukul.sobsss..4.5*