Jump to ratings and reviews
Rate this book

أدب الحوار في الإسلام

Rate this book
Buku ini merupakan kajian tentang Adab Dialog Dalam Islam yang diambil daripada al-Quran al-Karim dan al-Sunah al-Nabawiyyah serta kata-kata ulama r.a. Ia menjelaskan bahawa syariat Islam membuka pintu perbahasannya yang bijaksana berdasarkan mantik yang betul, adab yang tinggi dan kebebasan mengeluarkan pendapat dalam lingkungan ilmu yang berguna, kefahaman yang tajam, percakapan yang baik serta hati yang bersih daripada sifat bongkak dan riak, hasad, pentingkan diri sendiri, ikut nafsu, ego dan prejudis tanpa sebab atau bukti munasabah.

Adab Dialog Dalam Islam turut memaparkan bahawa dialog sesama manusia adalah penting kerana manusia tidak terlepas daripada berdialog sesama mereka dalam hubungan sehari-hari dan dalam urusan yang berkait dengan makan, minum, pakaian, ubat-ubatan, hak dan kewajipan. Perbezaan pandangan antara manusia dari aspek tujuan, matlamat dan fikrahnya juga merupakan satu perkara yang penting. Perbezaan ini disebabkan beberapa faktor yang antaranya, terang nyata dan ada juga yang tersembunyi. Syariat Islam menggariskan beberapa prinsip dalam berbahas, berdebat ataupun berdialog agar ia berlaku dalam suasana yang membina dan hasil yang dicapainya adalah baik.

Pengarang turut memaparkan beberapa bentuk dialog yang berlaku antara para rasul dengan kaum mereka, yang berkisar di sekitar keesaan Allah, hari Akhirat, hisab, dosa dan pahala serta dialog tentang al-Quran dan kata-kata yang diucapkan oleh orang yang bodoh sombong tentang hal ini serta jawapan Allah ke atas mereka. Turut dipaparkan ialah ebberapa contoh dialog yang berlaku antara ahli kitab secara amnya dan Bani Israel khususnya, serta dialog dengan orang munafik yang mengucapkan apa yang tidak ada dalam hati mereka. Dialog dalam bentuk soal jawab antara orang baik dengan orang jahat, ataupun di kalangan orang jahat sesama mereka dan orang baik sesama mereka serta dialog antara ahli syurga dengan ahli neraka turut dipaparkan.

126 pages

First published January 1, 2008

10 people are currently reading
124 people want to read

About the author

محمد سيد طنطاوي

30 books59 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (21%)
4 stars
16 (22%)
3 stars
22 (30%)
2 stars
14 (19%)
1 star
4 (5%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for AhmEd ElsayEd.
1,050 reviews1,618 followers
May 22, 2019


أدب الحوار في الإسلام
لشيخ الأزهر الراحل محمد سيد طنطاوي
مقرر التربية الدينية للصف الثالث الثانوي

Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books279 followers
May 31, 2015
Bayangkan anda seorang lelaki di muka pintu. Di belakang, ada mahligai tersergam; yang mengisinya adalah khazanah tidak ternilai hasil sejarah peradaban dan kebudayaan yang panjang. Di hadapan, terlalu banyak kelompok yang cuba menyerbu masuk untuk meminta hak sebagai pentafsir tunggal, bahkan mungkin mengambil bahagian-bahagian tertentu daripada khazanah itu.

Bagaimanakah anda sebagai lelaki di muka pintu itu? Apakah anda akan bertindak sebagai watak gasang yang akan menggunakan apa saja senjata dalam pertembungan yang sangat dahsyat seperti The Clash of Civilizations yang diuar-uarkan oleh Samuel P. Huntington yang kelak hanya berakhir dengan The End of History and the Last Man oleh Francis Fukuyama? Atau apakah anda akan menjadi tuan rumah yang ramah mengalu-alukan sesiapa saja untuk memberikan tafsiran tersendiri melalui dialog seperti yang tersirat dan tersurat dalam tulisan Nurcholish Madjid yang kemudian menjadi semakin tersangat 'tamah' di tangan intelektual dan pengarang liberal terkemudian di bumi seberang?

Benar, mengimbangi dua keadaan yang sangat genting itu memang bukan tanggungjawab yang mudah atau boleh dipermudah-mudahkan dengan konsep yang sederhana. Justeru di sinilah, letaknya kepentingan buku Adab Dialog Dalam Islam atau judul asalnya, أدب الحوار في الإسلام karya Almarhum محمد سيد طنطاوي, mantan Sheikh al-Azhar as-Syarif yang diterjemah oleh Mohd Nor Mamat.

Buku ini memang ditujukan secara langsung kepada saya atau kepada sesiapa sahaja yang meyakini, bahkan merasakan menjadi lelaki yang berada di muka pintu itu. Karya ini memang ditulis ketika konsep dialog dan wacana sangat diperlukan dalam keadaan pertembungan peradaban (clash of civilization) sedang dibakar-bakar oleh pihak berkepentingan, manakala Islam dilihat dan ditanggap sama ada pada sisi tafrit (melampau), mahupun ifrat (mengurang-ngurangkan).

Tafrit dan ifrat ialah dua bentuk ekstremisme seperti yang disebut oleh Dr Mohd Farid Mohd Shahran dalam Akidah dan Pemikiran Islam: Isu dan Cabaran sebagai 'mereka yang melonggarkan dan penisbian pentafsiran agama sehingga tercabut dari akar umbi keagamaannya yang asli dan mereka yang menyempitkan pentafsiran agama sehingga menjadikannya begitu keras dan tertutup, justeru mudah meneluarkan sebahagian masyarakat Islam yang lain dari ruang lingkup agama.

Justeru, dialog sebenarnya bukanlah suatu konsep yang boleh diberikan tafsiran secara mudah sehingga mengambil sikap terlalu terbuka dan tidak memiliki sebarang tapisan (bahkan cenderung menganggap kebenaran sebagai relatif) sehingga mengalu-alukan apa-apa saja bentuk pemikiran dan aliran, sekaligus menerimanya secara bulat-bulat. Bagaimanapun, pada masa sama keperluan kepada perhubungan dalam bentuk dialog yang apakah namanya dialog peradaban atau dialog antara agama atau dialog yang lebih sederhana sifatnya sangat diperlukan pada zaman mutakhir ini.

Dr Muhammad Sayyid Tantawi yang menjadi Syeikhul Azhar bermula 1996 hingga 2010 ini, menyorot dialog, perdebatan atau perbincangan yang digunakan dalam al-Quran untuk membuktikan keesaan Allah dan kebenaran para rasul sehingga mampu memberikan keyakinan kepada akal serta ketenangan kepada hati. Dalam 10 bab yang membina wacana dalam buku ini, beliau menggunakan gaya bahasa yang jelas menafsir dan mensyarahkan ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW dalam menekankan bagaimana Islam terbina atas dasar hujah yang kukuh dan holistik.

Sudah tentu dalam memahami konsep dialog, faktor perselisihan sesama manusia perlu diperjelaskan terlebih dulu kerana ia menjadi hakikat yang perlu diterima supaya sebarang bentuk perdebatan atau perbincangan tidak dibina atas platform yang bersifat logamaya atau utopia seperti yang dibentangkan oleh Dr Muhammad Sayyid Tantawi pada awal buku ini.

Memang perselisihan boleh dianggap sebagai fitrah kejadian manusia tetapi beliau mengingatkannya ia juga boleh menjadi lebih buruk akibat kegagalan kita dalam menguruskan perselisihan itu. Hal itu diumpamakan sekumpulan orang buta yang menyentuh setiap bahagian pada gajah dan memberikan sifat berdasarkan apa yang mereka rasai itu. Dalam konteks menguruskan perselisihan itulah, pengarang memetik pandangan Sheikh Muhammad Abu Zahrah, "Lihatlah bagaimana kebenaran menyatukan kumpulan orang buta itu, dan lihatlah pendustaan dan kesilapan yang meresap ke dalam kumpulan itu sehingga ia memusnahkan mereka."

Selepas memberikan kefahaman terhadap hakikat perselisihan dan percanggahan, pengarang yang juga mantan Mufti Besar Mesir (1986-1996), memberikan penekanan kepada 10 prinsip dialog dalam Islam yang menjadi sempadan dalam menentukan proses wacana yang berlaku itu bergerak dalam sifat wasatiah atau kesederhanaan sehingga tidak terjebak dalam ifrat dan tafrit.

Prinsip yang dijelaskan dalam bab kedua itu, bagi Dr Muhammad Sayyid Tantawi, ialah etika akan menjadikan perselisihan itu berlegar dalam ruang lingkup yang sihat dan perdebatan yang memabwa kepada kebaikan. Ia akan membuatkan semuanya bermatlamatkan kebenaran, kebaikan dan memabwa faedah kepada yang lain dalam had-had yang dihalalkan oleh Allah SWT.

Sebenarnya perbincangan yang dibawa oleh ulama besar itu bukan semata-mata berdasarkan kefahaman terhadap al-Quran dan as-Sunnah secara literal, sebaliknya beliau mengoptimumkan peranan akal yang memiliki kedudukan tinggi dan digunakan dalam kerangka pandangan alam Islam yang terbentuk melalui tradisi ilmu yang benar.

Penggunaan gaya dan langgam dalam bentuk tafsiran dan syarahan kepada ayat serta kisah yang dinyatakan al-Quran dalam membina proses dialog sebenarnya terbentuk daripada konsep sumber ilmu dalam pandangan alam Islam, iaitu khabar yang benar (al-Quran, as-Sunnah dan pandangan ulama contohnya), akal yang sihat dan pancaindera; ia menjadikan penerangan dan penjelasan dalam buku ini mudah untuk dibaca hatta oleh pembaca dari kalangan awam.

Justeru, lapan bab berikutnya menjadi suatu bentuk 'dialog' tersendiri antara Dr Muhammad Sayyid Tantawi sebagai pengarang dengan pembaca dari kalangan pelbagai lapisan masyarakat dalam melihat bagaimana proses dialog dirakamkan dalam al-Quran dan sirah Rasulullah SAW yang kefahaman terhadap perbincangan itu sudahpun disimpulkan ketika membincangkan 10 prinsip dalam bab kedua.

Umpamanya bab ketiga secara jelas membawa contoh bagaimana Allah memperjelaskan hakikat kewujudan-Nya dalam bentuk persoalan dan perdebatan ilmiah dengan menggunakan pendekatan hujah serta pembuktian yang sememangnya bergerak pada tiga sumber ilmu dalam pandangan alam Islam termasuk akal serta pancaindera. Bab yang sama juga menyorot dialog dengan tema persoalan kebenaran hari Kiamat dan al-Quran serta contoh dialog antara Pencipta dengan makhluk-Nya dan para rasul dengan umatnya.

Menarik juga, tiga bab berikutnya, ulama kelahiran Sohag, Mesir pada 1928 itu, memberikan tiga bentuk dialog dengan kelompok khalayak berbeza yang sebenarnya melambangkan suatu bentuk kesinambungan yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW hinggalah kini apabila menyorot dialog dengan ahli kitab, iaitu Yahudi dan Nasrani; dialog dengan munafik atau golongan yang berpura-pura memeluk Islam dan dialog mengenai perkara yang dihalal serta diharamkan oleh Allah.

Tiga bentuk dialog ini sangat signifikan pada masa kini kerana kelompok pertama sebenarnya membentuk dan mencorakkan pemikiran serta kebudayaan Barat yang boleh dibaca dengan lebih ilmiah dalam buku Islam and Secularism karya Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas yang memperlihatkan kewujudannya yang terus-menerus cuba mengubah pandangan alam Islam yang dimiliki oleh umat Islam, manakala kelompok kedua pula tampil dalam bentuk aliran dan fahaman yang terpengaruh dengan usaha sekularisasi Barat sebagai program falsafah yang berjaya mengubah cara dan gaya mereka berfikir.

Dalam konteks dialog membabitkan perkara yang dihalal dan diharamkan oleh Allah pula, kita sebagai umat Islam dapat melihat perbincangan dan perdebatan yang berlegar dalam pensyariatan dan fiqh yang sangat hebat berlaku khususnya dengan kewujudan media sosial sehingga persoalan dulunya ditangani oleh ulama dan orang berilmu kini sudah disertai oleh masyarakat awam tanpa pengecualiaan.

Empat bab berikutnya pula, pengarang melihat proses dialog yang berlaku dalam konteks berbeza sebagai suatu bentuk penerangan secara didaktik, iaitu konteks soal-jawab dan golongan berakal dengan jahil serta dialog dalam lingkungan sesama orang yang tercela yang dibandingkan dengan persekitaran sesama orang yang terpuji.

Sebagai pembaca, kita akan dapat melihat bagaimana proses pendidikan yang tidak terpisah daripada gaya kepengarangan Dr Muhammad Sayyid Tantawi ini yang dizahirkan dalam gaya dan langgam bahasa serta retorika dan makna yang membentuk wacana penulisannya.

Membaca buku ini sebenarnya kita tidak akan terganggu disebabkan kelancaran dan kejernihan idea serta ilmu ilmuwan yang berpengalaman sebagai pensyarah di Universiti al-Azhar, Universiti Libya dan Universiti Islam Madinah itu, tetapi ada beberapa aspek penterjemahan yang perlu diperbaiki antaranya terjemahan ayat al-Quran yang tidak sepenuhnya mengikut ayat yang dipetik yang juga berlaku pada syair Arab sehingga menyukarkan pembaca untuk mencari terjemahan daripada sumber lain, selain isu penyuntingan yang masih boleh diperhalusi lagi.

Bagaimanapun, kelemahan kecil itu boleh dimaafkan mengingatkan buku ini sebenarnya memiliki kedudukan yang signifikan dalam isu dan latar pada dekad-dekad pascamodenisme. Apatah lagi buku ini ditulis oleh Dr Muhammad Sayyid Tantawi ketika memimpin institusi yang bukan saja berautoriti dalam pendidikan dan keilmuan Islam, bahkan mewakili suara ummah, sekaligus menjadikan pandangan yang diutarakan oleh beliau itu sangat diharapkan di tengah-tengah umat Islam 'dipaksa' memilih posisi yang tidak sepatutnya mereka bertindak sama ada atas silap faham dan islamophobia ataupun didorong oleh emosional yang tidak berlandaskan ilmu seperti yang difahami dalam tradisi keilmuan Islam zaman-berzaman.

Buku ini sebenarnya bukan hanya menunjukkan kaedah yang benar dalam dialog yang betul kepada golongan yang mahu mendakwah dan mempertahankan Islam tanpa mengira status ilmu atau sosial sama ada ilmuwan, ahli akademik, ustaz, pengarang mahupun pembaca awam, bahkan mengingatkan golongan yang cuba membuka pintu kepada dialog tetapi dengan cara yang gelojoh sehingga tidak membezakan antara perkara yang tetap atau berubah dalam prinsip atau cabang agama.

Justeru, buku ini memberikan sebahagian jawapan dan pastinya kaedah kepada lelaki yang berada di muka pintu itu yang andainya masih teragak-agak antara menentang dan menghalang kelompok yang cuba menyerbu mahligai di belakangnya atau mempersilakan mereka untuk masuk secara sewenang-wenangnya. Pastilah lelaki itu termasuk saya apabila memiliki suatu kefahaman dan keilmuan yang antaranya diperoleh melalui buku Adab Dialog Dalam Islam terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) ini, akan dapat mengelakkan diri daripada menjadi pengawal yang gasang atau tuan rumah terlalu peramah, sebaliknya tampil sebagai lelaki budiman yang arif terhadap kenyataan dan tindakan yang bijaksana.
Profile Image for Sara.
672 reviews808 followers
June 24, 2020
ممل..ممل..ممل!

كان عندي حق ما أكمل قرايته أيام ما كنت في ثانوية عامة

مش كفاية الضغط العصبي والفيزياء والكيمياء وغيرهما من المواد كمان أزود الشلل بالكتاب دا؟!

هذا الكتاب من نوع الكتب التي تجعلك تكره القراءة والتفقه في الدين أيضـًا

الكثير من القضايا والحلول المطروحة قـُتلت بحثـًا -الكتاب مكتوب في التسعينات باين- أصبح لامحيص من ضرورة عمل المرأة والمناداة باستقلال المرأة أصبح أقوى وأيضـًا تحديد النسل أصبح واجبـًا لا خيارًا

نحن في حاجة لثورة في الفقه الديني ..بالمنظر دا إحنا "متكلبشين" في حقبة زمنية عتيقة الطراز جدًا وهذا خطر على الإسلام والمسلمين.

لم أستفد منه اللهم إلا مراجعة بعض المعاني العربية والتفاسير القرآنية.

من الكتب التي تحتاج إلى إعادة نظر في تدريسها
Profile Image for シティ.
264 reviews
zra-whishlist
October 25, 2022
Adab Dialog Dalam Islam
Penulis: Muhammad Sayyid Tantawi
ISBN: 9789830682365
Tahun Terbit: 2015
Harga: RM 60.00 / 65.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Agama

https://wa.me/60192219015?text=Saya%2...

Buku ini menjelaskan mengenai syariat Islam yang membuka pintu kepada perbahasan bijak yang berlandaskan mantik yang betul, adab yang tinggi, kebebasan mengeluarkan pendapat dalam lingkungan ilmu yang berguna, kefahaman yang tajam, percakapan yang sopan serta hati yang bersih daripada pelbagai sifat negatif. Turut dipaparkan ialah beberapa dialog antara ahli kitab, antara rasul dengan kaumnya, dialog orang munafik, soal jawab antara orang baik dengan orang yang jahat, antara orang jahat sesama mereka, orang baik sesama mereka, dialog golongan ahli syurga dan golongan ahli neraka.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.