Jump to ratings and reviews
Rate this book

Magika Puteri Legenda: Dunia Walinong Sari

Rate this book
Aja sering diperdengarkan dengan cerita-cerita legenda daripada ibunya, namun aktiviti itu terhenti setelah ibunya meninggal dunia akibat terlibat dengan kemalangan.

Suatu hari, dia mendapat berita bahawa neneknya dimasukkan ke dalam hospital akibat terjatuh. Jadi Aja dan bapanya terus pulang ke kampung setelah sekian lama tidak pulang. Di sana, Aja terserempak dengan Busu Melur, seorang wanita aneh yang mengaku sebagai ibu saudaranya, dan sesuatu yang diberitahu oleh wanita itu — mengenai asal-usul sebenar tentang keturunan Aja — membuatkan Aja berasa sangsi dengan kesahihan identiti wanita itu.

Namun apabila nenek dan ayahnya diculik oleh orang-orang cahaya pada suatu malam, Aja terpaksa percaya akan kata-kata Busu Melur dan mengikuti wanita itu mengembara ke dunia legenda — sebuah dunia mistik asing — untuk mencari ahli keluarganya yang diculik itu. Mampukah Aja disatukan semula dengan keluarganya?

152 pages, Paperback

First published September 13, 2022

3 people are currently reading
54 people want to read

About the author

Arif Zulkifli

27 books184 followers
Arif Zulkifli merupakan seorang penulis separuh masa yang masih belum berani mahu menceburkan diri ke dalam kancah penulisan sepenuh masa. Sering mencelup-celup penanya antara penulisan alternatif dan penulisan sastera dan sering kelihatan melihat sinopsis buku-buku di Kinokuniya tatkala dia kehabisan idea.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
34 (40%)
4 stars
38 (45%)
3 stars
11 (13%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 34 reviews
Profile Image for Sri Rahayu Yusop.
Author 23 books260 followers
December 12, 2022
Saya membandingkan Bookiut Arif Zulkifli ini dengan Bookiut Alam.Anuar (Miss Princess Hanbok) yang peliknya tiada di goodreads. MPH saya beri 3 bintang dan Magika Puteri Legenda: Dunia Walinong Sari saya beri 4 bintang.

Walaupun buku ini nipis tapi banyak insur di dalamnya. AZ bina dunia yang besar dalam.buku kecil ini. Serius saya suka baca buku nipis tapi buku nipis ambil masa untuk saya perhatikan perinciannya.

MPL: DWS ada permulaan kepada satu dunia yg lebih besar jadi saya faham.peranan Aja setakat ini terhad sehinggalah pada bab-bab akhir. Jadi, selamat menulis sambungannya AZ.

Banyak unsur drpd novel AZ Pesona digunakan di sini. Saya rasa DWS ialah versi perempuan Pesona. Tapi identiti budaya & bangsa dalam DWS sangat kuat (lebih baik).

Tahniah Arif untuk Bookiut ini. AZ telah menginspirasikan untuk tulis sesuatu yang tidak tebal tapi tidak kurang kompleksnya.
Profile Image for Elvina Zafril.
711 reviews104 followers
October 4, 2022
Terkejut bila tahu yang Arif Zulkifli sudah menerbitkan buku baru yang diterbitkan di bawah Bookiut. Apa lagi terus placed order lah. Sehari je lepas order, dah sampai bukunya. Tak sabar dan terus baca. Bacaannya ringkas sahaja. Tak sampai 2 jam dah habis baca.

Saya memang sukakan dunia puteri legenda sejak dari kecil lagi. Yang paling saya suka ialah kisah Puteri Walinong Sari. Mungkin sebab tu juga saya tertarik untuk baca buku ni.

Cerita tentang Dunia Walinong Sari ini amat mudah difahami. Secara ringkasnya, buku ini mengisahkan tentang seorang remaja yang bernama Aja yang ingin menyelamatkan nenek dan ayahnya yang diculik oleh orang-orang cahaya. Di samping itu, Aja juga mendapat peluang mengetahui asal-usul sebenar tentang keturunannya.

Jalan ceritanya yang sangat lancar membuatkan pembacaan saya menjadi lebih pantas dan saya amat sukakan plot ceritanya. Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Melayu moden dan bahasa melayu klasik yang kebiasaannya kita dengar apabila berada di istana. Rasanya tiada kosa kata yang sukar untuk difahami.

Lagi satu, sengaja nak selit ni. Pandai ye penulis menyebut tentang 'kuasa pesona'. Teringat buku beliau sebelum ni.

Tak lupa juga satu quote yang sangat saya suka iaitu "Kau kena ingat, bukan semua perempuan itu lemah." Betul betul betul.

Secara keseluruhannya, buku ini amat sesuai untuk mereka yang sukakan cerita-cerita yang mengisahkan tentang puteri legenda dan buku ini amat sesuai untuk semua peringkat umur. Saya akan sabar menunggu sambungannya.
Profile Image for AzeeraY.
31 reviews5 followers
October 31, 2022
Jalan cerita yang menarik, dunia lagenda serta aksi silat yang sangat mengujakan. Dan sekarang ni, tak sabar pula tunggu sambungan MPL ni.

Buku bookiut pertama yang dibaca.
Teruja baca! walaupun bukan daripada golongan pembaca remaja 🤭
Profile Image for Suraya (thesuraya).
789 reviews227 followers
February 28, 2024
reading this brought me back to my childhood days. days where i used to read hikayat 1001 malam, himpunan cerita fabel dan grimm bersaudara, cerita-cerita rakyat etc. Feeling and setting yang Arif Zulkifli bawak dalam Magika Puteri Lagenda tu sama dengan the books I mentioned above (this is a high compliment ok, arep). Senang cerita, buku ni memang sesuai la dengan budak-budak umur 6-12 tahun. I seriously applaud the author's effort to bring forward our local legends and make them known again. Gaya penulisan pun sedap. All the fighting/silat/magical signage scenes are all nicely written and described.

Cumaaaaa, I have the same opinion with Amal_is_reading; pasal pacing of the book. Author terlampau lebihkan pasal background hidup Aja. Dah setengah buku baru start mention pasal dunia magika & walinong sari. Tu pun, Walinong Sari ni muncul secoet je. Interaction Aja dengan Walinong Sari tu pun sekejap je. Rasa macam tak cukup kenal Walinong Sari ni siapa sebenarnya dan apa personaliti dia. Pastu, I personally think the author should put his focus more on the worldbuilding of the dunia magika/lagenda, sebab rasa macam tak puas baca. Tetiba je dah habis. Maybe author ni sendiri terikat dengan limited number of pages allowed kot?

Memandangkan buku ni memang ada sekuelnya (yang entah la bila nak siap tu kan 👀), hopefully this wouldn't be a problem anymore sebab Aja memang akan jump straight to the second legendary world kan. Looking forward to the rest of the series, Arep!
Profile Image for Showering.
155 reviews10 followers
October 6, 2022
✨Magika Puteri Legenda: Walinong Sari✨
4⭐️

"Dunia ini tidak pernah selamat untuk perempuan."

"Jadilah seperti daun mengkuang, tajamnya ia menepis segala perosak, namun masih gemalai tatkala ditiup angin"

Demikian perumpaan yang disertakan di dalam buku ini. Mendalam, tajam dan kuat maknanya. Sama seperti personaliti pada karakter yang terdapat di dalam buku ini. “Magika Puteri Lagenda: Walinong Sari”, sekali baca tajuknya terus terbayang sebuah kisah lagenda nusantara yang hebat. Jujur sekali saya tidak pernah mendengar cerita mengenai puteri ini. Sejurus selepas mengetahui kewujudan buku dari @bukubookiut , tanpa berfikir panjang terus membacanya.

Walinong Sari ini mengisahkan Aja, yang ingin menyelamatkan nenek dan ayahnya di dunia lagenda. Keadaan lebih menarik selepas Aja dapat mengetahui lebih lanjut mengenai keturunannya.

Sedang leka membaca dan menanti detik detik terakhir buku ini, tiba-tiba penulis hadirkan sebuah _plot twist_ (putar belit plot)! Aduh, saya perlukan buku yang seterusnya!

Buku ini sesuai dijadikan sebagai bacaan ringan dan boleh dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Dari yang muda hinggalah tua. Jika tidak tahu nak hadiahkan buat adik-adik kecil di rumah, buku ini salah satunya contoh yang terbaik.

Saya mengucapkan terima kasih kepada @bukubookiut atas pemberian buku ini kepada saya. Tak mampu saya gambarkan kegembiraan saya apabila selesai membacanya. Tak sabar untuk menunggu sambungannya!
Profile Image for amal_is_reading.
108 reviews68 followers
October 31, 2022
Buku ni menceritakan kisah Aja, seorang gadis remaja yang dilahirkan dalam keturunan pelakur dan membolehkannya bergerak merentasi dunia cerita-cerita lagenda yang selama ni dianggap sebagai mitos semata-mata.

In general, I did enjoy reading this book. Gaya penulisan yang bersahaja dan santai memang sesuai untuk pembaca remaja atau mereka yang baru berjinak-jinak nak membaca. Terdapat beberapa babak aksi yang aku rasa ditulis dengan cukup baik dan terperinci. Bagi aku, penulis berjaya membuat pembaca untuk lebih menghargai seni silat dan warisan Melayu melalui penulisannya. Penulis juga ada menyelitkan unsur-unsur ‘women empowerment’ atau ‘girl power’ melalui watak Aja dan Puteri Walinong Sari.

Now, let’s get to the things I think the author can improve. Bagi aku, pacing buku ni awalnya agak perlahan. Penulis mengambil masa yang lama untuk set background story bagi Aja dan konflik kenapa Aja marahkan ayahnya. Bila dah lebih dari separuh buku baru kita tahu susur galur Aja dan lepas dah separuh buku baru pembaca dibawa ke dalam dunia Walinong Sari. Buku ni nipis je. Cuma sedikit lebih dari 150 muka surat. Dunia Walinong Sari ada dalam tajuk buku tu sendiri, sepatutnya itu lah penarik untuk pembaca teruskan bacaan. Tapi disebabkan dah lambat baru masuk, bagi aku tak cukup nak explore dunia tersebut. Perjumpaan dengan Puteri Walinong Sari tu sendiri pun terlalu cepat. Konflik utama juga kurang jelas sampai lah dah tengah-tengah cerita.
Jadi, untuk sequel yang seterusnya, aku harap penulis akan lebih berhati-hati dengan pacing penceritaan.

Tapi, secara keseluruhan, bagi aku this was an enjoyable read. Aku tak sabar untuk tunggu sequel nya keluar dan mengikut Aja in her next adventure.
Profile Image for Farahi Kamaruddin.
12 reviews3 followers
January 19, 2023
Karya yang tipis, tetapi sarat dengan jejak-jejak sejarah legenda sang puteri. Awesome!
Profile Image for Naurah  Hazwany.
63 reviews1 follower
April 21, 2023
4.9/5 ⭐⭐⭐⭐⭐
Tentang silat dan perlawanan, identiti sebenar dan kembara ke dunia legenda melalui relung cahaya.

Aja merupakan seorang gadis yang hebat bertarung menggunakan silat namun disebalik kekuatan yang ditunjukkan, Aja menyimpan kesedihan dan amarah yang dipendam. Kesunyian yang dialami selepas kehilangan ibunya sangat terasa. Lelah yang tidak berpenghujung.

Encik Kamil yang sentiasa sibuk, seorang ayah kepada Aja. Siapa pun yang berada di tempat duduk Aja mesti berasakan hal yang sama, menyalahkan ayahnya atas apa yang berlaku. Tak betah berhadapan dengan ayahnya seorang.

Pulangnya ke kampung belah arwah ibunya kerana Nek Mon, mengubah segalanya. Pertemuannya dengan Busu, penculikan ayah dan neneknya membawa Aja ke dunia legenda. Disitulah Aja bertemu dengan Walinong Sari. Busu oh busu... Datangnya penuh gemalai perginya penuh kesangsian.

Pengisiannya jelas dan bermoral, tidak disangka buku seperti ini ditulis oleh seorang penulis lelaki. “Girl Power” is the best! Jalan cerita teratur, segala gap tidak disiakan, tak bosan pun. Seronok dan mendebarkan. Gaya bahasa yang sedap dibaca semestinya. Syabas kepada penulis!

Adakah buku ini ada sambungan?

Antara yang saya sukai dalam buku ini adalah saat Aja berlawan, menggunakan skill yang dia ada.

Sedikit kekurangan ialah, selain buka portal apa lagi kelebihan yang ada pada Aja? Mana pergi Nek Mon? Apa nasib neneknya pula?

Novel ini sangatlah berbaloi untuk dibaca✨✨✨✨✨
Profile Image for Beelah.
313 reviews19 followers
October 29, 2025
Saya suka cerita klasik puteri2 zaman dahulu.

Penulis mengadunkan watak dari cerita klasik dengan watak baru dari zaman moden dan menghimpunan mereka dalam satu kisah fantasi seperti filem Magika.

P/s: Selepas Puteri Walinong Sari, puteri manakah yang bakal ditemui? Tak sabar saya nak baca.
Profile Image for books.bintulu.
259 reviews7 followers
November 6, 2025
Nov 2025:

Cerita dimulakan dengan pesanan untuk anak gadis supaya jadi kuat. Watak utama, Aja, wakil silat sekolah dan suka mendengar cerita puteri legenda daripada ibunya setiap malam.

Sebuah tragedi menimpa keluarganya yang menyebabkan dia menyimpan marah kepada ayahnya. Sehinggalah merrka berdua terpaksa pulang ke kampung kerana Nek Mon sakit.

Buku ni antara buku fantasi yang buat saya tak sakit kepala nak membayangkan world building tu. Ada juga unsur misteri, aksi dan kekeluargaan.

Saya suka apabila penulis menerangkan proses membuat tikar mengkuang dengan teliti. Deskripsi pakaian dan senjata digunakan juga diceritakan dengan baik.

Saya membaca buku ini sambil mencari points untuk promosi kepada anak 12 tahun. Mungkin babak Aja hampir dinodai itu dan ritual masuk ke dunia legenda perlu dijelaskan terlebih dahulu.

Buku ini juga mengangkat tema 'women empowerment'. Wanita kuat dan handal melawan musuh. Harapan saya dalam episod seterusnya, Aja akan bertemu dengan puteri legenda yang menggunakan akal dan ilmu selain kekuatan fizikal. Agak-agaknya siapa ya?

Sebenarnya kan, saya agak meremang bila membaca pertemuan pertama Aja dengan Busu Melur di celah-celah hutan mengkuang tu. Siapa Busu Melur ni? Sekejap ok, sekejap sus. Terpaksa tag bookiut nak tanya bila siri setuerusnya akan diterbitkan 😆
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
October 4, 2022
“𝙅𝙞𝙠𝙖 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙖, 𝙠𝙖𝙪 𝙮𝙖𝙣𝙜𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙗𝙪𝙣𝙪𝙝. 𝘿𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙨𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙥𝙚𝙧𝙩𝙚𝙢𝙥𝙪𝙧𝙖𝙣, 𝙥𝙚𝙧𝙩𝙪𝙢𝙥𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙧𝙖𝙝 𝙙𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙝𝙞𝙡𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙣𝙮𝙖𝙬𝙖 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙖𝙩𝙪 𝙡𝙪𝙢𝙧𝙖𝙝 𝙙𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙪 𝙝𝙖𝙧𝙪𝙨 𝙡𝙖𝙡𝙪𝙞 𝙨𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙨𝙖𝙩𝙪𝙣𝙮𝙖.”

Konflik pergeseran hubungan kekeluargaan berselirat konflik di antara dunia realiti dan dunia legenda. Mengisahkan Aja, seorang remaja yang kehilangan ibunya akibat daripada kecuaian daripada ayahnya, Encik Kamil. Bukan itu sahaja, Aja juga mahir dalam seni mempertahankan diri, yakni silat.

Secara amnya, buku ini menggambarkan satu suasana penceritaan yang agak luas skopnya. Naratif puteri lagenda yang menjadi naratif perhubungan di antara dunia lagenda Walinong Sari dan dunia realiti. Binaan semesta begitu teliti.

Watak Busu Melur dihidupkan bagi menimbulkan persoalan dan tanda tanya, apa sebenarnya ‘role play’ yang dipegang Busu Melur ini. Watak yang pada mulanya boleh dianggap baik. Namun di muka surat terakhir menimbulkan pelbagai persoalan yang wajar dijawab oleh penulis pada buku seterusnya (petisyen sambungan bermula!).

Bagi yang meminati babak aksi yang ditulis secara terperinci dan teliti, buku ini perlu dimasukkan dalam senarai bacaan. Aku agak kurang gemari babak-babak yang ditulis secara terperinci. Namun, ia bukanlah penghalang karya ini mempamerkan sisi-sisi yang bagus.

Secara keseluruhannya, aku mengharapkan sambungan kepada Dunia Walinong Sari ini menampilkan sisi-sisi yang lebih menarik. Plot yang begitu tersusun. Dalam masa yang sama, disaluti dengan watak-watak antagonis dan protagonis.
Profile Image for Dalilah Izzatie.
62 reviews
January 1, 2023
Bamm!!! (okay that's my review overall)

The story is konon search Shopee for self reward December 2022 macam tu align with the idea wanna search something light and kindda short story about 2 books to complete my goal for year 2022 (sebab tak pernah complete.. Trying!!) so beli buku ni one of 4 books sebabkan tajuk and graphic cover book. Start membaca dalam hati thinking this maybe cliché plot (well for kids and teen) haha nopee nopeee. So here my pov of this story.

1. Buku ni bukan satu cerita habis at the end. Nooooo. And yang best, we never know what coming up next sebab hint yang ada so little. Makes me wonder, what's next?

2. Buku ni memartabatkan girl/female. And I'm shocked coming from a male writer (dah abis baru usha). And some way can open the eyes to a lots of thing. Macam kes² melibatkan gegirl and pandangan umum kepada kes tu.

3. Love the way writer bawa elemen kemelayuan and diberi nafas baru. Lepas tu cara pakaian heroin yang bertudung.

4. Ending yang ternanti. So kisahnya hopefully writer tak ambil masa yang lama untuk sambung (but if to create something worth it, why not?!)

So buku ini menjadi pembuka bicara 2023 where it supposed to be the ending of 2022. Well you can plan but there are another- greatest planner you know 😉.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
October 10, 2024
Saya rasa antara buku terbaik bookiut. Penceritaannya lancar, bahasanya gramatis. Bagi saya, sangat susah untuk tulis aksi perlawanan, tapi untuk buku ini sebagai buku untuk kanak-kanak ke remaja, saya katakan ia berhasil. Dan walinong sari, saya tk pernah dgr. Ilmu baru. Hehe.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
September 21, 2023
Ceritanya memang best.. Pengembaraan ke dunia lagenda.. Namun bila bersambung dan ada persoalan yang masih tak terjawab, jadi kurang memuaskan..
Profile Image for imiss nana.
18 reviews1 follower
October 19, 2022
pertama kali beli buku karya penulis ini gara2 tertarik dengan review di IG.
Untuk tiga bab pertama, cerita bergerak perlahan. beberapa kali juga saya menguap dan memaksa diri untuk meneruskan pembacaan.
Namun rasa membuak ingin tahu bila ayah dan nenek Aja diculik.
Penulis bijak menulis bagaimana watak berlawan dan ini sangat menarik.
Plot twist di akhir bab. Rupa2nya ada sambungan...
Hehe
5 reviews1 follower
October 10, 2022
storyline menarik dan plot twist di hujung kerana ada sambungan.
Yang kurang cuma gaya penulisan penulis yang perlu diperbaiki.
Saya kira terlalu banyak "-" bagi menerangkan keadaan atau situasi menyebabkan pembacaan saya terganggu. penulis boleh saya menyusun ayat lebih baik tanpa perlu berjela-jela.
apapun, teruskan menulis! saya nantikan sambungan walinong sari.
Profile Image for Reza Aleeya.
128 reviews2 followers
September 27, 2023
Best!
Tapi rupanya ada sambungan... 😅
Jgn hiatus dah... byk karya tempatan hiatus melemahkan semangat pembaca
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
March 2, 2023
💐 Kisah Aja dibesarkan dengan cerita² Hikayat Puteri Legenda oleh arwah ibunya.Ini pemula kenapa Aja suka dan mahir silat.Di kampung, fenomena ganjil berlaku dilihat cahaya kemilau telah menelan ayah dan neneknya. Didatangi pula Busu Melur, mengaku mak ciknya. Misteri sangat wataknya, tak lepas rasa sangsi sampai sudah.😅 Siapa watak sebenar Melur? Melur bongkar siapa keturunan Aja. Ceritanya bawa Aja ke dunia legenda yang depan matanya bukan lagi mitos tetapi kisah benar. Awal niat selamatkan ayah dan nenek tapi lain jadi, tugas yang perlu didahului adalah selamatkan dunia puteri legenda dari penceroboh agar tak terhapus dalam hikayat Melayu. Ini kali, khususnya Puteri Walinong Sari.

💐 Hal aku suka, penulis masukkan info kraf tangan, proses tikar mengkuang dibuat. Perlambangan mengkuang kuatnya wanita. Penulis mengangkat kuasa wanita,lari dari streotaip wanita lemah. Kritikan pada lelaki nafsu binatang. Ditulis oleh penulis lelaki pulak tu👏🏻

" Jadilah seperti daun mengkuang, tajamnya ia menepis segala perosak,namun masih gemalai tatkala ditiup angin" - (m/s 46)

💐 Selitan bagaimana kreatifnya menggunakan persona alam untuk masuk ke dunia selari itu, elemen kuno tulisan rencong juga diguna dan peralihan bahasa moden dan klasiknya membangkitkan jiwa kemelayuan.👍🏻

💐 Gambaran² di akhir cerita seakan faham ke mana dunia puteri seterusnya bakal kita bersama² pergi nanti.🤩
Profile Image for tashi.
91 reviews1 follower
June 29, 2023
Saya membeli buku ini kerana saya sangat meminati genre fantasi dan sinopsis buku ini mengamit kenangan pada buku-buku kegemaran saya ketika kecil. Buku ini menceritakan tentang seorang gadis bernama Aja yang mempunyai kuasa untuk membuka portal ke dunia lagenda yang menempatkan watak-watak utama cerita lagenda tempatan. Dalam cerita ini, Aja mengembara ke dunia lagenda yang menempatkan Puteri Walinong Sari dalam usaha untuk menyelamatkan ayah dan neneknya. Saya sangat menyukai plot cerita ini yang sangat ringkas dan mudah difahami sesuai untuk semua peringkat umur. Saya tidak sabar untuk membaca buku lain dalam siri ini terutamanya kisah puteri-puteri lain yang berada dalam dunia lagenda.
102 reviews2 followers
June 15, 2025
Menarik. Penulis memasukkan latar dunia lagenda dan juga aksi persilatan.

Aja, dibesarkan dengan cerita - cerita lagenda oleh ibunya. Setelah kematian ibunya tiada lagi sesi bercerita

Kepulangan Aja ke kampung untuk melawat neneknya yang sakit telah membuka satu dimensi baru kepada Aja.

Segala cerita lagenda yang diceritakan kepadanya seakan benar belaka. Aja, dipertanggungjawabkan untuk menyelamatkan ayah dan neneknya di dunia lagenda. Keadaan menjadi bertambah menarik selepas Aja mengetahui asal usul keturunanannya.

-"Dunia ini tidak pernah selamat untuk perempuan"-
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
February 28, 2023
Buku yang sangat menarik. Lebih2 lagi sentuh cerita legenda orang Melayu kan. Ada tambahan kosa kata dan belajar sesuatu. Cara2 membuat tikar mengkuang. Haha.
Jalan cerita yng sangat bagus dan sekarang nak baca legenda Puteri Walinong Sari pula. Haha.
Ada sentuh isu perempuan. Berkaitan dengan perempuan sebagai pahlawan, bukan wanita yang lemah. Juga berkaitan dengan isu rogol. Dan aku ada sedikit erm... Nevermind. Apapun, tak sabar menunggu buku yang kedua.
Profile Image for Izzah Berhan.
85 reviews5 followers
August 21, 2024
Sejujurnya cerita agak lambat dalam 50 muka surat yang awal. Namun, jika meletakkan diri sebagai pembaca kanak-kanak atau remaja ianya okey saja. Untuk sebagai pembaca dewasa ia agak membosankan.

Walaubagaimanapun, setelah itu plot laju bergerak. Semuanya menarik Membuatkan rasa nak tahu apa lagi dan lagi yang akan terjadi.

Konsep Pesona dan Magika Puteri Legenda memang mengujakan!

Misteri yang ada juga buatkan diri ini tidak sabar menanti naskhah yang seterusnya 🤩
Profile Image for 41n.
3 reviews
July 29, 2023
baca lepas tu berhenti sekerat jalan sebab malas. took a lot of times to finish it but I did it anyways !!

dah agak dah! I got it all right!! Busu Melur tu mesti ada something (udang di sebalik batu hmm 🤨).

if I rajin I update balik review ya :D
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Lucyana.
24 reviews3 followers
April 2, 2024
3.5/5 ✨.

Swal-awal tu rasa macam bosan sikit sebab asyik menggamit kenangan tentang penceritaan hikayat puteri melayu yang diceritakan oleh arwah ibu Aja.

Tapi bila munculnya Busu Melur, cerita semakin menarik sehingga ke penamat. Tak sabar nak baca kisah seterusnya.
Profile Image for Am. Han.
107 reviews1 follower
July 1, 2023
Cerita ni best.


Tak sabar nak tahu siapakan Busu Melur yang sebenarnya ?
Displaying 1 - 30 of 34 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.