Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ghaib

Rate this book
Uja terjaga dalam keadaan dia tak ingat apa yang terjadi kepadanya. Kata Ayah, ada orang jumpa dia dalam keadaan pengsan di tepi sungai. Anehnya, selepas sedar dari pengsan, Uja mula mendengar suara-suara yang memanggil namanya, dan bayangan-bayangan berwajah buruk yang bergentayangan di sekelilingnya.

Dia dibawa pulang ke kampung oleh ibu bapanya untuk berubat, dimana dia pertama kali mendengar tentang mata ghaib. Kehadiran Makwa, orang tua misteri di kampung itu menyebabkan Uja semakin resah. Siapa orang tua itu dan apa kaitannya dengan gangguan yang menghantui hidup Uja dan keluarganya sekarang?

264 pages, Paperback

First published September 30, 2022

8 people are currently reading
49 people want to read

About the author

Uja Hamza

9 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
24 (24%)
4 stars
47 (48%)
3 stars
22 (22%)
2 stars
4 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 33 reviews
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
September 17, 2022
Terimakasih FIXI untuk ebook percuma ini sempena dengan Hari Malaysia. Murah hati sangat ni. ✨ Tak pernah menghampakan peminat-peminat FIXI.

Pertama sekali, tahniah atas kelahiran Ghaib & Happy Belated Birthday kepada penulis. Ingatkan Uja ni perempuan sampailah baca nama betul baru la mengucap panjang sebab dah salah faham haha. Saya baru tahu yang cerita ni based on thru story. (boleh refer twitter).

Penulis telah membuatkan kita sebagai pembaca turut sama lelah dan penat mengikuti perjalanannya sepanjang tempoh kena gangguan. Saya simpati dengan apa yang menimpa Uja. Dia sendiri terpinga-pinga dengan apa yang terjadi dan cuba untuk recall balik segala kejadian sebelum diganggu. Katanya dia pengsan dan starting from that dia mula nampak benda-benda yang tak sepatutnya, bisikan & keadaan diri nya juga tidak terurus (meracau, ketakutan, pengsan, muntah, hidung berdarah). Sehinggalah membawa dia dan keluarganya pulang ke kampung untuk berubat dan seterusnya lebih banyak perkara lain yang terjadi.

• Secara jujurnya 100muka surat pertama bagi saya terlalu banyak pengulangan. Saya faham penulis cuba nak ceritakan perkara yang terjadi kepadanya. Tapi bila terlalu banyak sangat pengulangan sampaikan saya rasa macam okay stop kejap baca. Nanti sambung baca balik.

• Geram dengan Uja sebab dia pada awalnya taknak share apa yang dia nampak. Mungkin dia pun taknak takutkan orang. Tapi dari dia ketakutan sendirian ada lebih baiknya dia share. Mujur dia ambil keputusan utk share juga itupun setelah tak tahan diganggu. Nasib baik juga mak & ayah Uja bertindak awal untuk pergi berubat.

• Elemen seram itu kurang tapi lebih kepada suspen. (dengan menceritakan secara details bagaimana rupa dan keadaan makhluk tersebut). Dan saya sebenarnya lebih kepada rasa sedih bila baca Ghaib ini.

Saya sendiri pernah melihat depan mata bagaimana susahnya orang yang diganggu dengan perkara mistik untuk pulih. Kena korbankan masa, tenaga & wang ringgit untuk pergi berubat. Dan ianya sangat makan masa. Bukan sekali dua pergi berubat dah settle. Kadang semakin teruk keadaannya dan ada juga yang semakin baik dan baik. Saya doakan apa jua keadaan Uja sekarang. Semoga yang baik baik saja. Be strong ✨

Apa pun. Satu percubaan yang baik dari penulis. Saya yakin awak berpotensi untuk menulis dengan lebih baik lagi. Teruskan menulis dan jangan hanya disebabkan 1-2 kritikan awak nak berhenti berkarya. Okay?
Profile Image for astread.
77 reviews7 followers
September 17, 2022
Terima kasih untuk ebook percuma. Ini juga kali pertama saya baca penulisan Uja Hamza. Jika ini kisah hidup Uja yang sebenar, saya doakan semoga Uja sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segala urusan :)

P/s: saya tertukar imaginasi ingatkan Uja ni perempuan hahaha

Al Fatihah untuk arwah mak Uja. Teruskan berkarya ya
Profile Image for mira..
182 reviews28 followers
November 28, 2022
Jalan cerita menarik. Seram sampai masuk dalam mimpi.
Profile Image for Amira Zaidat.
63 reviews3 followers
September 20, 2022
Ini buku pertama dari Uja Hamza yang saya baca so, honestly I have no expectation. But I heard someone said buku Uja ni seram, hantu dan yang sama waktu dengannya la. I knew Uja from twitter few months ago while Uja tengah promote buku dia. But, this is the first time I'm reading Uja's work. So, here goes...

The first thing yang saya notice is cerita ni fast-paced and banyak benda yang berlaku dalam satu satu bab. And dari mula memang dah nampak la seram dia tu. Sampai ke hujung ye memang tak boleh disangkal seramnya. Dan cerita ni Uja tulis dengan penuh detail. Its almost like we were there the whole time. Cara Uja terang Mak Wa duduk mana ada kat mana pun sangat detail ye. Kalau sapa sapa yang duduk rumah kayu kampung elok jangan dibaca kat rumah la buku ni. Hatta sampai tingkap tutup bukak pun detail ye. Kau jangan main main ni sapa yang duduk rumah kayu pastu baca buku Uja ni confirm malam lari tido hotel kat bandar. Obviously, cerita ni takde la sangat character development nya. Baca dari awal pun dah boleh agak. Tapi, ceritanya makin lama makin nervous ya kawan kawan. Dia cenggini, bukunya seram yang seram tau tapi nak tutup muka takleh sebab nak baca tapi nak teruskan tu seram tau tapi perlu disambung baca sebab nak tau hujungnya apa jadi. Haaaaa gitu vibe dia. Tapi Mahad ni memang dari awal ye kita geram jeeeee. Haishhhh sikit hari lagi mau kena rejam dalam air sungai tu baru dia tau langit tu tinggi ke rendah.

Tapi jangan risau kepada yang suka plot twist, walaupun cerita Uja ni cerita seram tapi masih ada plot twistnya. Sebenarnya lepas dari lepas Uja pegi jumpa ustaz sendiri tu dah boleh agak apa nak jadi tapi tetaplah plot twistnya menjadi.

Kisahnya 4 bintang je sebab ada yang kurang sikit. Cerita dari awal sampai hujung memang tersusun elok. Fast-paced tapi tak terlampau laju sampai melompat. Dan tak berapa laju sampai pembaca ter-miss detail cerita. Tapi, ending tergantung. For me, ending ni ending tergantung. Im not sure if Uja ni currently writing for the second or sebenarnya dia memang suka buat ending tergantung. Tapi ending dia tergantung.

All in all. This is a good read. For someone yang memang enjoy horror genre sangat direcommendkan untuk baca buku Ghaib ni.
Profile Image for Bayuu Haikalson.
159 reviews2 followers
January 27, 2024
Seram ea baca karya ini. Sumpah macam meremang. Aku dahlah baca malam-malam. Penulisan dia details tapi tak details sangat. Kalau lagi details, lagi seram dan takut untuk aku bayangkan. Baca yang tak details pun, boleh buatkan kau macam nak pandang kiri dan kanan. Sial lah.

Penulis memang pandai garapkan untuk buatkan pembaca rasakan ketakutan itu. Emosi yang ada. Ada beberapa bab yang buatkan terpegun giler dengan penulisan karya ini. Tak pernah lagi aku baca mana-mana karya bahasa melayu yang ada scene yang agak powerful macam itu. Tak terbayang aku ketika aku baca scene tersebut.

Bravo, Uja Hazma.

Tapi aku masih tak boleh nak brain macam mana Mak Cik Maznah tu tetiba je nak bagitahu Mak Anjang “sesuatu” dalam pukul 2 pagi mengikut apa yang penulis ini tulis.

Ada satu kesalahan, dua perkataan tidak di jarakkan. Geram je aku tengok.
Profile Image for Abang Khairi.
8 reviews
January 22, 2023
Biasanya abang kurang sikit POV macam ni, yang ni boleh layan. Teruskan menulis. Penulis ada potensi. Moga semuanya baik-baik saja buat keluarga penulis 👏
Profile Image for Glow.
81 reviews
October 31, 2024
4.5 star

*Btw ni first time aku baca novel Fixi*

First of all, aku tak expect novel ni berjaya mengubati reading slump aku yang teruk. Sebab masa awal pembacaan jujurnya aku rasa agak mendatar dan bosan. Tapi masuk aje waktu Uja pergi berubat ke kampung, sumpah jalan cerita ni dah start best. Aku dah mula jadi curious tanpa henti. Setiap pages rasa nak buat aku selak aje.

Dari segi jalan cerita, aku rasa cerita ghaib ni simple dan santai. Tapi plot best. Tu aku macam kagum jugalah sbb bukan senang nak make sure plot kekal menarik even latar tempat pusing tang tu tang tu aje. Ada juga babak yang buat aku sebak. Pengorbanan Mak Anjang sekeluarga memang aku respect gila-gila.

Cuma aku rasa kalau babak sebelum Uja nak selesaikan konflik diri dia tu dikembangkan lagi maybe lagi nice kot. Sebab aku rasa macam cepat sangat. Kalaulah si tutt tu ialah kunci untuk menyembuhkan Uja, lagi menarik kalau ditonjolkan lebih lagi effort Uja tu untuk jumpa si tutt tu untuk settlekan apa yang patut. Bagi aku lah.

Dan aku harap jugak kelebihan mata ghaib tu akan diketengahkan lagi. Aku macam tak puas baca. Sebab aku rasa macam ada something yang belum terungkai di sebalik misteri mata ghaib tu. Tak tahulah. Tapi itu aku rasa.

Untuk watak Uja tu, walaupun aku tak diduga macam dia tapi aku serius kesian. Haa ni satu benda aku nak puji tentang cerita ni. Which is dugaan orang yang terlibat dengan benda mistik ni, penulis ketengahkan dgn jelas dan baik. Macam apa kesan yang menimpa watak sekian2 dan perasaan dia waktu kena tu.

Sebab biasa dalam cerita lain, orang tak fokus kat kesan yang jadi pada watak. Kadang kita tahu dia kena sihir dan etc, tapi dia tak jelaskan secara mendalam dari segi fizikal dan psikologi or perasaan mangsa tu. Tapi ni pendapat aku ajelah. Aku memang boleh feel segala kesengsaraan Uja ni sampai aku rasa nak ckp depan dia, 'kuatnya kau weh!"

Then adalah beberapa typo tapi tak menganggu pembacaan. Untuk adegan seram ke apa, aku tak rasa seram pun. Cuma serius cakap pasal makhluk dalam novel ni, aku jadi teringat pengalaman aku waktu dulu2. Pernah juga nampak makhluk pelik serupa itu huhu. Tapi of course apa jadi kat Uja ni lagi mencabar kewarasan mental dan emosi.

By the way, novel ni tak ada sambungan ke? Ending cerita ni buat aku geram haha. Tergantung ye. Lepas tu ada beberapa persoalan macam apa Mahad nampak kat rumah padi tu, apa kaitan sungai yang jadi permulaan pada kisah gelap Uja dan siapa watak 'Makwa' tu sebenarnya? Aku rasa dia something. Harap ada sambungan sebab ada beberapa persoalan yang bermain kat kepala otak aku sekarang ni. Tapi tak ada jawapan.

Overall, jalan cerita mistik dan misteri yang simple tapi menarik. Plot tak boring kecuali babak kat hospital awal tu. Aku happy sebab tak sangka boleh masuk dengan buku Fixi. Dan semoga lepas ni buku ni ada sambungan. Sekian terima kasih. Ini saja review aku. Teruskan berkarya. All the best author ✨😉
Profile Image for KynaJusob .
16 reviews
July 13, 2023
Andai saja masa dapat diulang, ingin saya merasai kembali pengalaman membaca buku ini buat pertama kali.

Buku yang menimbulkan pelbagai rasa dalam diri saya sepanjang pembacaan. Tahniah kepada penulis kerana alur penceritaan yang tersusun, mudah diikut, tidak meleret dan laras bahasa yang membuatkan kita merasai konflik dalaman seorang remaja bernama Uja ( watak utama)

Uja remaja lelaki yang terbuka hijabnya selepas satu kejadian di sekolah. Diuji kesihatannya, tenggelam timbul antara kesedaran dan minda separa sedar. Di saat lemahnya Uja sehingga hampir dirujuk doktor sakit jiwa, ditambah penampakan makhluk yang menganggu kewarasannya, hati saya merasa hangat melihat kasih sayang ibu bapa yang diterjemahkan melalui kerisauan serta memasang wajah kekuatan disaat mereka juga buntu dalam mencari penyelesaian.

Remuk hati saya atas apa yang berlaku ke atas keluarga ini, seperti mahu meraung bagi pihak Uja. Untung Mak Anjang dia tak berkira dan jaga dia. Konflik cerita ini banyak berkisar pasal keluarga sebenarnya. Terlalu banyak rahsia. Di permulaan cerita sehingga separuh buku, pembaca akan ditujah dengan pelbagai misteri dan rahsia sehingga menimbulkan banyak persoalan yang buatkan kita tak senang duduk selagi tak digali habis.

Kemunculan Makwa, nenek tua yang suka menyendiri membuatkan aku ni bersangka buruk. Diamnya Mak Anjang yang tegas tidak mahu bercerita kaitan Makwa dengan keluarga Uja membuatkan aku bengang dan makin tak senang duduk. Maukan jawapan. Apatah lagi Uja ni selalu nampak benda-benda itu kat Makwa, dan benda-benda itu bukan setakat menampakkan diri mereka tapi menyeru Uja dengan frasa " Aku mau hak aku, aku mau budak tu". Menambah beban pertanyaan pada diri aku, "asal plak nak sangat uja tu?". Ditambah pulak, kepelikan perubahan perangai Put ( sepupu Uja) memang mencabar kesabaran aku untuk langkau penceritaan dan terus ke bab akhir demi secebis spoiler.

Kyna sebagai pembaca dapat rasa kegelisahan Uja yang menumpang keluarga Mak Anjang, sakit, pelajaran terkandas dan menyaksikan keluarga Mak Anjang diganggu seorang demi seorang oleh makhluk tak terlihat. Rasa bersalah pada awalnya kerana merasa itu adalah salahnya. Sumpah kyna akan down giler kalau kat tempat dia tapi Uja tak macam tu. Diuji teruk pun dia masih berjuang untuk tamatkan pelajaran dan mencari kesembuhan diri. Untung ada Ustaz kamil, watak yang buatkan kita rasa selamat dengan kehadiran dia.

Di akhir cerita, selepas satu rahsia ke satu rahsia terbongkar, korang akan rasa "mind-blowing" giler sebab plot twist dia sangat la tak rilek. yang ku sangka jahat rupanya baik, yang ku sangka punca rupanya hanya saksi.

kyna tutup buku ini dengan satu perkataan.

"WOW"
Profile Image for Tonnesofbooks.
78 reviews2 followers
September 27, 2022

Pulang dari mandi sungai, Uja mengalami suatu keadaan yang aneh. Pandangan matanya mula terlihat beberapa kelibat dan makhluk yang menyeramkan. Doktor bilang dia mungkin mengalami Skizofrenia atau mungkin ada masalah di telinganya tapi di bawa ke ustaz rupanya mata ghaibnya terbuka. Di situ bermula perjalanan dia melawan makhluk-makhluk yang tidak terlihatnya serta menyingkap rahsia keluarga sebelah ayahnya satu persatu.

Pertamanya, terima kasih fixi untuk ebook percuma sempena Hari Malaysia. Sejak-sejak memilih untuk membaca ebook ini, makin banyak pulak baca buku keluaran Fixi😂

Bagi aku jalan ceritanya agak perlahan tapi bahagian yang watak utama (Uja) tahu rahsia keluarga dia tu laju gak. Dia macam, eh tetiba je🤣 ya, buku ni cerita hantu. Bila sejenis yang bukan baca buku seram ni, sebenarnya pada awal tu aku meremang bulu roma jugaklah. Tapi lama-lama cam, alaa taklah seram mana pun😂

Banyak soalan aku nak tanya pada penulis sebab ada banyak hal yang masih buat aku tertanya-tanya. Contoh macam, apa jadi dengan Makwa? Makwa duduk sorang dan nyanyuk tak ada orang jaga sampai kesudah ke? Makwa tu bela saka ke? Makwa tak ada nak jumpa cucu dia ke? Apa yang ada kat belakang rumah Makwa tu? Dan lain-lain. Maaflah, saya curious dengan benda tu..tak bolehlah cuma selesai pada Uja je..

Dari struktur ayat, memandang kepada POV budak berumur 17-18 tahun, nice! Plot twist tu tak sangkalah bila sebenarnya yang kacau keluarga Mak Anjang tu benda lain. Dalam cerita ni aku tak suka watak Mak Anjang sebab rasa annoyed giler..watak lain, okay je..

Nak baca cerita seram tak terlampau seram, boleh cuba baca buku ni..maybe penulis boleh perbaiki beberapa hal pada buku seterusnya..okay tu je..bye bye!!

Rate 3⭐️
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
September 17, 2022
[eBOOK 188]

Ghaib by Uja Hamza.
.

Pertama sekali, terima kasih BukuFixi untuk ebook percuma sempena Hari Malaysia.
.

Rasanya ini ialah buku pertama penulis. Dan bergenrekan seram. Aku yang penakut ni pun, berjaya baca buku ni pada waktu malam. hahaha
.

Adakah ni kisah besar penulis?
.

Kerana mengikuti kawannya mandi sungai, hijab Uja terbuka. Dia mula nampak perkara yang sepatutnya terhijab pada mata manusia. Sejak itu, dia mula diganggu. Dah masuk hospital, dah referred to psychiatrist, tapi keadaannya sama. Mereka balik ke kampung untuk berubat cara kampung.
.

Sepanjang perjalanan tu, mereka dah diganggu dengan makhluk ghaib. Sampai ke kampung pun, kena ganggu lagi. Bila dah jumpa ustaz, barulah keadaan beransur pulih.
.

Ingatkan gangguan tersebut dah berakhir, tapi rupanya tidak. Sehinggakan nyawa ibu Uja menjadi taruhan.
.

Sebenarnya, ada kisah silam yang menjadi punca Uja diganggu. Mampukah 'akar' tersebut dibuang oleh warisnya?
.

Kalaulah betul ini kisah sebenar penulis, salam takziah diucapkan. Semoga ayah Uja kembali sembuh. Jujurnya, buku ni berjaya buatkan aku faham betapa menderitanya orang yang mewarisi saka, disihir dan diganggu. Kesian kepada yang menanggung dosa orang lain.
.

p/s 1: aku curious apa yang Mahad nampak kat rumah Makwa.
.

p/s 2: aku suka penggunaan medical jargon yang digunakan waktu Uja dimasukkan ke hospital. Good Job!
Profile Image for Mirul.
48 reviews6 followers
October 12, 2022
Pertama, terima kasih Fixi untuk free e-book sempena Hari Malaysia.

Kedua, tahniah kepada penulis kerana berjaya bernaung di bawah terbitan Fixi. A dream come true for sure.

Sebenarnya banyak benda yang bermain dalam fikiran aku lepas habis baca buku GHAIB, bukan sebab aku tak percaya tapi aku cukup terkejut dengan realiti sebenar orang yang terkena gangguan makhluk halus.

Sepanjang pembacaan, aku sikit pun tak terlintas untuk teliti sebarang cela atau kekurangan yang ada sebab terlalu kusyuk dengan jalan cerita yang fast-paced namun fully detailed dan lagi satu sentiasa buat kau curious "apa jadi next?"

Kalaulah penulis tak putuskan untuk rakamkan pengalaman dalam bentuk aksara, sampai bila-bila aku takkan tahu apa benda yang diorang boleh nampak disebalik Mata Ketiga ni.

Selayaknya kalau kisah ni dijadikan movie sebab ada twist yang tersendiri dan semestinya tak perlukan budget yang besar hehehe.

For those yang duduk rumah kayu yang boleh nampak tanah dari celah-celah lantai rumah, kau punya reading experience akan totally hits different. Believe me.😅

Aku tertanya-tanya, adakah penulis masih lagi alami siri penampakan sehingga kini?



"𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘚𝘞𝘛 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵 𝘵𝘦𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘪𝘣𝘭𝘪𝘴 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘺𝘢𝘪𝘵𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘯𝘵𝘪𝘢𝘴𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘴𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢 𝘴𝘦𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘪𝘢𝘮𝘢𝘵. 𝘛𝘢𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘦𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘱𝘶𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘦𝘯𝘵𝘪 𝘴𝘦𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘦𝘵𝘪𝘬 𝘴𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘬𝘢𝘭𝘢 𝘥𝘪𝘵𝘪𝘶𝘱 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘪𝘬𝘢𝘵 𝘐𝘴𝘳𝘢𝘧𝘪𝘭" - Ustaz Kamil
54 reviews
January 4, 2023
Ghaib follows the story of Uja, a young boy who suffers from the disturbance of spiritual beings after he faints at a river. His parents then decided to bring him back to their hometown to help Uja from the possession of the unearthly entity since modern treatment can't help him. However, things became more complicated, and family secrets were revealed while they lived in the village.

This is a fast-paced book that wrestles with horror and human nature. It was written in a simple form while still keeping the condensed intensity of the story. The author also did a very good job of describing the spirits' visuals and the scenes, which plunged me into a steady supply of eerie atmosphere. The fact that this book is based on a true story gave me goosebumps. However, this book contains repetitive parts that make the story a little bit draggy. And there are some events that are not well explained, leaving me to wonder what actually happened.

Moving onto the plot, it is a simple one; there's not much twist. You can expect to find the roots of the problems. But still, it is good enough to keep us hooked on the story. I'm quite dissatisfied with the ending, as the author leaves the story hanging. Maybe there will be a continuation in the author's next book.
Profile Image for Natasha Mazya.
16 reviews1 follower
September 20, 2022
4.75/5 ⭐

Buku Fixi pertama yang saya baca khusyuk dari awal sampai habis. Terima kasih Fixi sebab bagi ebook percuma ni sempena Hari Malaysia ✨

Sejujurnya saya sukakan naskhah ini! Ketiadaan vulgar words dan unnecessary 18sx scenes membuatkan saya hargai karya ini dengan lebih lagi.

Sepanjang pembacaan memang rasa kesian sangat dengan watak Uja. Teruk betul gangguan yang dia kena, walhal benda tu bukan salah dia pun.

Naratif yang santai memang melancarkan pembacaan. Walaupun ada pengulangan babak di sana sini, tapi entah kenapa saya tak rasa bosan. Mungkin sebab walaupun ada pengulangan, tapi plot tetap bergerak, membuatkan kita sebagai pembaca sentiasa nak tahu apa yang jadi. Jadi saya tak kisah sangat soal pengulangan tu. Lagipun saya lebih berminat nak tahu pengakhirannya sebab dalam fikiran saya sepanjang pembacaan cuma hendakkan Uja bebas dari belenggu saka yang mengikatnya.

Apa-apa pun, tahniah atas kelahiran naskhah ini! Semoga penulis sukses selalu. Saya nantikan karya Uja yang seterusnya.
Author 2 books12 followers
October 12, 2022
“Kalau berjanji dengan manusia, bila diputuskan, akan jadi dendam. Kalau berjanji dengan syaitan, bila diputuskan, akan jadi petaka!” - Makwa

Cerita mistik dan misteri yang dekat dengan orang melayu kita. Penulis pandai mengolah ayat dan menceritakan setiap babak mengikut suasana. Memang terasa saspen, seram, merinding dan sebagainya tetapi banyak juga babak yang terlalu draggy bagi saya sehingga membuatkan saya menjeda bacaan. Oleh kerana jalan ceritanya yang langsung tidak dapat ditebak, saya gagahkan diri untuk meneruskan bacaan juga. Sampai di dua tiga bab terakhir barulah terjawab semua persoalan. Walaupun jalan cerita yang agak lambat, penulis mengisi setiap bab dengan babak-babak seram. Tiada satu pun bab yang dianggap ‘tidak penting’ di dalam buku Ghaib ini. Buku ini juga sedikit sebanyak memberikan peringatan kepada kita agar hanya menyembah dan tunduk pada Yang Maha Esa iaitu Allah SWT serta menghormati makhluk di sekeliling kita. Tidak kira sama ada yang dapat dilihat atau yang tidak dapat dilihat melalui mata kasar.
Profile Image for Hn.ssss.
56 reviews1 follower
November 19, 2022
Ghaib - Uja Hamza (versi ebook)

Rate : 4/5 ⭐

Versi ebook ni semalam free kat play store sempena Hari Malaysia. Mulanya tak terasa nak baca tapi lepas bukak facebook nampak penulis update status pasal ebook free ni terus aku download. Sebab haritu ada baca pasal kisah ghaib penulis ni.

Setahu aku , ni kisah benar dari hidup penulis sendiri. Kisah benar mengenai mata ghaib dia yang dia kena lalui dari usia 17/18 tahun hingga sekarang.

" Kalau berjanji dengan manusia, bila diputuskan akan jadi dendam. Kalau berjanji dengan syaitan, bila diputuskan akan jadi petaka ! " - Makwa.

Sumpah sedih 😢 setiap benda yang berlaku dalam novel ni terasa real sangat² 💔 aku yang membaca pun terasa penat. Inikan pulak penulis sendiri.

Sepanjang aku baca novel ghaib ni , aku dihurung perasaan lemas. Lemas dengan gangguan² yang tak berkesudahan. Kalau aku ditempat Uja , boleh hilang kewarasan akal aku.

Tahniah buat penulis akhirnya terbit jugak buku ni. Dan semoga terus tabah buat Uja. Allah takkan menguji hambanya melebihi kemampuan.

#ebook#fixi#bookstagram#bookworm#malaysiaread#bibliophile
Profile Image for sebijinanas.
52 reviews6 followers
August 13, 2024
Ghaib merupakan buku Fixi kedua saya baca selepas buku Kacau, it turns out so good dan disebabkan buku Kacau dan Ghaib saya menjadi peninat tegar buku-buku Fixi sampailah ke hari ini.

Saya tahu sekarang tahun 2024, tetapi saya membaca buku ini pada tahun 2022 di mana pada ketika itu, buku Ghaib ini baru sahaja diterbitkan oleh Fixi.

Mengenai buku ini, saya sangat menyukai jalan cerita yang begitu seram sehinggakan keseraman itu membuatkan saya takut di dunia nyata, itu bermakna, penulisan Uja sangatlah sampai ke hati para pembacanya.

Mengenai kisah ini juga, ia memainkan peranan yang penting di mana kita perlulah sentiasa sedar akan kewujudan benda-benda mistik ini dan tidak sesekali bercakap besar akan mereka. Sentiasa membaca ayat-ayat yang boleh kita hindarkan diri kita daripada terjebak dengan perkara-pekara Ghaib ini.

5/5 for this book.
Profile Image for Miss A.
9 reviews
April 13, 2023
Buku ni buat aku terdetik nak beli disebabkan cover buku tu cantik dan sinopsis dia yang interesting.
Aku memang minat baca buku seram dan aku boleh kata yang plot cerita ni memang kadang-kadang beri aku rasa meremang bulu roma... Kalau orang lain ada dekat tempat main character tu, aku tak tahulah macam mana perasaan dia hadapi benda-benda halus ni sepanjang masa. Boleh katakan mencabar jugalah kehidupan dia.




One more thing, ada satu character yang memang buat aku tak sabar nak tahu. Makwa. dia ni siapa sebenarnya? kenapa dia ni asyik kacau keluarga tu? itulah soalan2 yang bermain dalam minda aku sepanjang aku baca buku ni.

Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
December 19, 2022
Baca Ghaib ni memang kena sedia emosi ya. Berat. Menghimpit.

Baca sikit novel, aku kena rehat kejap.

Knowing the fact that the story is based on true experiece, membaca Ghaib buat kau rasa gerun, tetapi lebih² lagi simpati.

Sebuah novel yang baik, cuma terlalu banyak pengulangan nampak lembaga itu, nampak lembaga ini , jadi bila terlalu berulang, jadi macam muak juga (maaf ya). Uja Hamza boleh pelbagaikan lagi penerangan tentang lembaga, apa yang lembaga tu kacau supaya cerita tak terasa berulang-ulang.

Apapun, sebagai orang yang memang pernah terlibat dengan hal gangguan misitk sebegini, aku boleh relate dengan pengalaman watak-watak di dalam Ghaib.
Profile Image for Fredx Sahadan.
39 reviews1 follower
November 24, 2022
3 ⭐️ je bukan cerita x best.
Tp penceritaannya byk potong stim.
Tiba2 kerasukan, eh terus elok bangun buat benda lain.
Tiba2 histeria, eh terus mood sayu.
Jd aku baca pun konfyus.. patutnya baca nada cemas ke baca nada sayu? Patutnya panik ke atau tenang?
Part aku ingat put kena terpa adap hitam smpi jatuh tgolek & menggeletis mcm ikan x dpt air. Tup tup dia jugak yg angkat mak dia utk naik rumah. Ke part tu aku yg keliru watak siapa? Hahahah

Apa2 pun tahniah sbb sepanjang baca ebook ni seram sejuk la juga.
Cuma x puas hatinya ending mcm xnak end je.
Sekian.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
December 29, 2023
Tak silap, cerita dalam ini memang berdasarkan kisah benar yang dilalui sendiri oleh penulis. Jadi bila baca cerita seram yang ditulis atas pengalaman sebenar ni, aku memang baca buku ni masa matahari ada je, takut terbawa sampai ke mimpi. Adegan rasuk dan kemunculan lembaga hitam memang banyak dan berulang, tapi penulis tak perincikan dengan begitu terang. Aku rasa ia akan jadi lebih seram kalau semua tu in detail. Kedegilan Mahad tu buat tanda tanya - dia takut, tapi tak takut sangat, tapi masih takut.
Profile Image for Maisarah 莎拉 ساره 사라.
70 reviews
did-not-finish-dnf
October 31, 2022
sebenarnya dah lama tak baca buku fixi. i read this sebab fixi bagi this ebook for free.
i dnf after page 20++ sebab bahasa. i'm aware fixi memang guna bahasa rojak tapi i rasa susunan ayat agak kurang memuaskan. rasa tak selesa pulak baca. awkward sikit.

tapi so far until this page plot dia okay. enjoyable and menarik!!!
3 reviews
June 10, 2023
Buku ni aku beli dalam keadaan kelam kabut dkt MPH sbb bawak anak kan, kena cepat atau tak habis satu MPH anak aku lari. Tapi aku rasa happy sgt sebab berbaloi. Bagi aku, berbaloi. Untuk orang yang suka jalan cerita yg ada suasana kg, masih mengekalkan kepercayaan pada tuhan. Mula mula baca aku dah start berminat. Jalan cerita tak bosan. Penuh dgn mistik, risau, takut. Tahniah untuk Uja Hamza
Profile Image for Nuyuryna.
204 reviews3 followers
September 22, 2022

" Hanya amalan berterusan saja yang akan jadi pelindung kita umat Islam dari gangguan syaitan dan jin"

Kisah yang ditulis dengan baik, berjaya menarik pembaca merasa kekalutan yang terjadi. Penat&lelah uja cukup dekat dan dapat dirasakan. Tahniah uja!
Profile Image for singa is reading.
69 reviews1 follower
June 5, 2023
aku sangat tidak merekomendasikan naskhah ini. aku ambil masa berbulan-bulan untuk mengkhatamkan buku ini,bukti novel ini bosan. dan juga cringe (dari sudut penggunaan kata ganti diri dan pov).

maaf tuan penulis.
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
October 1, 2022
3.5

Best gak neh, cuma banyak sangat pengulangan bab kena kacau tu. Tapi aku okay je. Masih boleh diterima akal dan yang penting aku boleh selesai baca kan?

Ebook free dari @bukufixi
Profile Image for Garfu.
155 reviews2 followers
May 11, 2023
Good story. I like it so much!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
October 29, 2023
Perjalanan yang memenatkan.. Salah orang tua, waris yang kena menghadapinya.. Tak ada yang eloknya bila bersahabat dengan syaitan.. Menyusahkan adalah..
Profile Image for Elle Houri.
79 reviews1 follower
December 20, 2024
Fuhhh seram weyh buku ni. Takut nak baca tapi nak tau juga apa yang berlaku.
Displaying 1 - 30 of 33 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.