Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rooftop Rant

Rate this book
lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan
...walau hanya pada awan-awan

Mereka berbicara di atas bumbung
Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari!

Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu!

Hidup tak selalunya lawa
Tak selalunya ada pelangi
Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
Kadang-kadang... bilamana ‘malapetaka’ tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
Rasa macam dah tak mampu bangkit
Rasa macam dah tak mampu hela nafas

Dengarkan HLOVATE berbicara:
tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini...
tentang Trisy dan Jade...
tentang bukit yang sayup di depan
tentang angin yang membawa salam di belakang
tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas
tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah
dan mereka terus bercerita...
sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa

mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?

ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya....

538 pages

First published February 1, 2009

72 people are currently reading
1461 people want to read

About the author

Hlovate

17 books1,382 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1,303 (62%)
4 stars
534 (25%)
3 stars
207 (9%)
2 stars
32 (1%)
1 star
9 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 155 reviews
Profile Image for Madam Lola.
213 reviews37 followers
June 11, 2014
http://www.limauasam.blogspot.com/201...

Rooftop Rant - Hlovate

Alhamdulillah... Selepas 10 hari, berjaya juga habiskan novel ni... Bukan bosan, tapi tak ada masa.

Cerita ni, terbahagi kepada 4 bahagian. Bahagian pertama, bagaimana perkenalan si Sugarlady, Khairul Batrisya Mazni (Trisy) dan si Burgerman, Zaid ( Jade). Ah, sudah... Dah lupa nama penuh Jade apa... Ah, biarlah. Kisah bagaimana mereka bertemu, bertegur sapa dan akhirnya menjadi sahabat yang cukup rapat. Trisy, gadis yang hilang arah, hilang kasih sayang dan juga hilang matlamat hidup. Jade pula, hidup dlm keadaan tersepit. Antara kehendak hati dan kehendak keluarga. Dia dibandingkan dgn adik beradiknya, hanya kerana dia kurang bernasib baik dgn pelajarannya. Mereka senasib. Punya masalah dengan keluarga yang kurang memahami. Bezanya, Jade masih disayangi oleh keluarga. Marah kerana sayang. Dan Trisy, tak ada siapa yang peduli melainkan Buk Jah, pembantu rumah Indonesia itu.

Umur meraka berbeza 4 tahun. Trisy 16 tahun dan Jade pula, 20 tahun. Tapi, apa yang aku perasan, Trisy terlampau matang. Tak pasti, apa yang mematangkan dia. Nak kata pengalaman hidup dia.... Hemmm... Mungkin... Tapi, dia lone ranger. Tapi, tak tahulah...hidup dgn pills, choc, hidup yg membosankan... Hemmm... Boleh ke jadi matang? Haik..... Tapi, ... Ah... X kisahkan.

Kemudian, mereka terpisah. Terpisah kerana satu perkara. Bila Trisy sudah tak mampu untuk terus hidup dgn menghadap benda-benda yang membebankan hidupnya. Untung ada Jade. Lelaki budiman pada aku.

Bila masuk fasa kedua cerita ni, kisah si Trisy di Johor. Trisy dilontar dan dihumbankan ke kampung halaman ayahnya. Tinggal bersama Opah dan Atuk. Dan kemudian, Azwan a.k.a Pak Su Wan yang kerjanya dah macam pegawai agama Islam. Tapi, semua tu menjadikan Trisy "orang". Dah tak ada si Trisy berambut ala-ala anak burung. Dah tak ada baju lambang tengkorak bagai. Yang ada, Trisy yang sopan, gadis pemalu, stok gadis Melayu terakhir gitu...

Fasa ni, aku sedikit kecewa. Kecewa dengan Jade. Langsung tiada khabar dari Jade. Kalau aku jadi Trisy, confirm merajuk 4 tahun... Tapi, mungkin sebab Trisy x ada kawan lain, dia sentiasa ingat pada Jade. Fasa kedua ni juga, merupakan Fasa kerinduan di hati Trisy. Pada aku, perasaan tu dah wujud. Cinta yang luar biasa antara Jade dan Trisy. Bila Trisy agak sasau bila Jade tiba-tiba hilang, aku turut terasa... Hadoi... Jade...Jade... Kenapalah buat mcm ni.

Masa fasa ketiga, Hlovate dah pergi kepada part Jade. Apa jadi padanya... Macam mana fasa perubahan hidup Jade. Kemudian, fasa 4, kisah Trisy di Aberdeen. Bagaimana Lekiu, lelaki yang tak pernah putus asa mengejarnya. Biasalah kan buaya, kalau biasa nak dapat, sekali jumpa ice lady, terus rasa tercabar. Pada mulanya, aku fikirkan Trisy menolak kerana Jade. Tapi tak sebenarnya . Dia lebih risau jika Lekiu x mampu menerima siapa Batrisya yg sebenarnya. Keluarga dia, dan segala-gala miliknya yang tak semua orang akan faham. Tak semua orang akan terima. Hanya seorang. Jade. Only Jade.

Semasa pulang ke Malaysia, Trisy buat perangai lama kembali. Lari dari rumah. Setengah sasau Pak Su Wan mencari. Salah dia juga. Suka memaksa. Tetapi, dia memaksa untuk kebaikan. Sampai bila Trisy mahu menjauhkan diri dari keluarganya. Memang, ibu dan ayahnya, langsung tak ambil peduli kepadanya. Tetapi, sebagai anak, buruk macam mana pun, kita harus terima. Tadah lah telinga, perit macam mana sekalipun. Tabahkan sahajalah hati. Namun, reda ibubapa perlu ada dalam setiap urusan dunia. Dan tak semena-mena, muncul Jade. Jade yang sama seperti dulu. Jade yang risau keadaan dirinya. Jade yang risau tanpa gula dalam darahnya. Jade. Only Jade.

Final, Trisy menerima usul Pak Su Wan. Untuk terus diikat dengan Jade. Diikat dengan erti kata sebenar. Kata Jade, Be my wonderwall. Oh mai... Byk hikmah perkahwinan Trisy dan Jade . Keluarga Trisy sudah mula bercantum. Walaupun, tidaklah seperti keluarga orang lain, namun, sudah mula menunjukkan, "they're my family. "

Seperti biasa, karya Hlovate sarat dengan pengajaran. Bagaimana membina hubungan dengan pencipta. Hubungan dengan manusia sekeliling. Tersasar sekali, tak bermakna x boleh patah balik. Setiap perkara yg berlaku, tentunya ada hikmah yg tersembunyi. Allah tak duga hambanya dgn apa yg x mampu ditanggung. Hlovate, seperti tak dpt dipisahkan dengan lagu-lagu yang mana, sarat dengan makna. Tersurat dan tersirat.

Akhir kata, ML suka.
Dealing with the past and living the present and fighting for the future
Live well or live hell? You choose.
What are your dream? Eternal happiness
Rate : 5/5

Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook

Ngomelan Madam Lola at 11:39 AM
Labels: Hlovate, Novel
Profile Image for Farah Husain.
29 reviews8 followers
December 17, 2015
Beli di tahun 2009 baru tergerak nak baca tahun 2015. aku memaknakan maksud save the best for last ke apa ni?
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
May 19, 2017
13/11/2015

Dah lama baca buku,baru ada rasa nak up ssuatu.
Ni buku pertama penulis yg saya baca itu pun atas galakkan Ririn

Suka! walaupun agak skeptical sikit masa nak mulakan bacaan,tapi rasanya tak rugi mencuba kan.
Apa yg saya igt tentang kisah ini, ermmmm kisahnya Simple tapi masih memberikan kesan ke dalam hati.Macam ia tak perlukan gula berkilo-kilo tapi rasa manis sampai kedalam jiwa.Oh lupa ada beberapa kali rasanya menitiskan air mata almaklum terbawa-bawa gitu.
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
June 15, 2015

I'll be back.
I'm here.

:)

Bella, mama janji takkan abaikan Bella. Kesian kan Trisy, kurang perhatian, kurang kasih sayang walaupun mewah dengan wang ringgit dan mewah dengan abang dan kakak. Mama Trisy sibuk berpersatuan. Ayah pula sibuk dengan golf pagi petang siang malam. Kalau diorang ada pun, diaorang bising bertengkar. Buk Jah pembantu rumah saja yang ada dirumah menemani dia. Raya macam tak raya. Cuti sekolah pun tak macam cuti. Akhirnya diri terkapar kesorangan membesar sebagai remaja yang antisosial. Disebabkan mak ayah abaikan dia, dia memberontak dan sampai tahap nak bunuh diri? Port baru di Wisma Topaz dijumpai dikala membawa diri lari dari menghadiri tuisyen. Di situ lah dia bertemu Jade yang turut sama kapal tapi lain situasinya.

Bella, mama janji takkan membandingkan Bella dengan sesiapa baik juga dengan Askadomok yang gebu gebas tu. Kasihan Jade dia dibandingkan dengan abang dan adik dari segi akademik. Nak buat macam mana minat dia lebih kepada melukis. Masuk kolej bidang yang dia tak minat pun sebab mak paksa dan mak bebel.

Bella, jangan nakal tau nanti mama hantar balik kampung. Biar nenek dan wan yang jaga. Itulah disebabkan Trisy dah tahap telan pil tidur, mak ayah dia hantar duduk dengan opah dan wan. Disitu dia mula belajar menjadi perempuan dan berubah mengenal tuhan. Tapi kesian dia terpisah dengan Jade yang selama ni memberi sokongan dan merawat jiwa dia yang sunyi. Aha paksu Azwan kat kampung ni boleh la sedikit sebanyak jadi pengganti Jade walaupun tak berapa nak faham Trisy.

Lama jugak Trisy dan Jade terpisah. Surat saja yang menjadi penghubung walaupun sebenarnya Jade tak balas surat tapi komik di majalah yang dilukis Jade dah cukup menceritakan keadaan Jade. Tempoh berpisah ni lah diaorang masing2 mula berhijrah kearah kebaikan. Melihat sesuatu yang jadi tu ada hikmahnya. Jade akhirnya jadi kartunis hasil usaha dia dan mak dia pun dah tak bebel. Malangnya keluarga Trisy masih macam tu sehinggalah ... aha adik kakak makcik pakcik Bella baca sendiri lah ye.

Bella, mama ni kan sebenarnya alah dengan 2 perkataan tu. Tapi disebabkan 2 perkataan tu adalah perkataan original daripada penulis, mama terpaksa je pejam mata. Ala macam mama nak suruh Bella makan Iams la tapi Bella dok rayu nak makan ayam rebus. Mama terpaksa pejam mata bagi jugak ayam rebus tu tau walaupun stok Iams tu mama beli untuk sebulan dan tak tau sapa nak habiskan.

Pencinta kucen ;P
Profile Image for nrrafitah.
115 reviews4 followers
August 19, 2022
Buku yang out of the box dan penuh dengan pengajaran.

Loveyou hlovate♥️
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
May 31, 2018
Hikayat bicara bumbung dari puncak Wisma Topaz. Tentang Trisy dan Jade. Review dah banyak dan best-best. Cuma aku yang mengulang baca karya-karya Hlovate. Elok lah bulan puasa ni baca buku yang ada isi. Hehehe…

Cerita Trisy, dia bosan dengan attention deficit, dia perlukan perhatian terutamanya dari family dan tak ada orang pon yang peduli akan dia. Cerita Jade, dia bosan dengan comparison, tak ada orang yang faham apa yang dia nak. Satu benda yang mereka fikir ialah lari. Escape. Apabila Trisy dihantar ke JB untuk menghabiskan sesi persekolahan dan tinggal bersama atuk dan opah. Muncul Paksu Wan yang mana aku sangat lah berkenan di hati. Eceh… Si engineer minyak gila tu. Orang kedua selepas Jade yang rapat dengan Trisy. Trisy berubah ke arah yang lebih baik, thanks to atuk, opah dan Paksu Wan. Begitu juga dengan Jade apabila diajak untuk bercuti di Kenyir oleh Wak Duku. Mereka mula kenal Tuhan dan diri sendiri.

Yang menjadi penghubung antara mereka ialah surat-surat dari Trisy kepada Jade. Malah dalam tak sedar mereka saling merindu antara satu sama lain. Mereka juga tak sedar yang sebenarnya saling memerlukan tapi masing-masing tak tahu nak letak definisi apa akan perasaan tu. Namun setelah lima tahun tak bertemu muka dan terasa awkward apabila bertentang mata tiba-tiba Jade kata “Aku nak jaga kau sebab aku sayang kau. Be my wonderwall?”

Yang penting kisah ini penuh dengan pengajaran. Betapa Trisy masih lagi dibayangi kisah lalu terutamanya perihal dirinya yang ada history yang bermacam-macam semata-mata nak tunjuk rebel on her parents. Nobody cares. Tentang kurangnya kasih sayang dalam keluarga Pakcik Mazni. Betapa Trisy dahagakan perhatian ibu bapa, abang dan kakaknya. Islam sebagai addin, a way of life. Betapa pentingnya unsur agama dalam pembentukan sesebuah keluarga. Live well or live hell? You choose…

# 5 Tahun 5 Bulan = Johanna , Along and Lima bersaudara tu (Jebat and Lekiu) ada buat cameo dalam ni…
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
April 4, 2017
Took me too long to finish this book. I regret that coz this book is A.W.E.S.O.M.E.!

The quotes:
** LIVE HELL LIVE WELL.... you choose... **
Its true... choices are in our hands. We are who we chose to be. Nobody has that power on u... [unless la they have guns pointed to your head la kan... then that is a different story.]

** There are times when strangers are like family and family are like strangers**
Also true! We find ourselves open up to strangers better than we open up to our own family. Dont know why... Maybe we are judged differently in a stranger's eyes...

Now... the review:
I love Jade. He is a Jade thru n thru, meaning... Jade is said to bless whatever it touches [Gigih ai google okay for this meaning - https://www.crystalvaults.com/crystal... (Ai bagi link sekali ok)] Hence... why he is a solid wall for Trisy to lean on. I also like how he changed over the years. This is what happen when people mixed with the right crowds. Again... he made the right choice. And his vision! I give him A++ for his vision n the efforts that he made to achieve that.

I love Trisy. To me she is a half n half went good. Her life is full of ups and downs and it starts not in a good way. Hence, why she became who she was and that was the half that is not so good. Then as the story continues, as she blossomed among the right crowd, she became the better half and I am truly happy for her. Owh... and I am really proud of how Trisy handle the Lekiu situation... She didn't cave no matter what. Why would she caved when she has strong pillars huh. *sigh*..

I'LL BE BACK...
I'M HERE...
I must say these two sentences really seep thru my heart but to tell the truth.... ALONG SAYANG ANA still win hands down...

I cant find Wisma Topaz so.... this (see below picture) could make a good substitute eh. [Its my favourite story of two best friends who grew up together with no romantic feeling till the very last minute but the guy always looks after the girl. Sound familiar eh... *wink* *wink*]

Profile Image for Theplain.
98 reviews25 followers
January 26, 2024
Can i say that out of all hero that hlovate create in her/his novel, i like Jade the most. Satu sebab dia satu2 nya hero yg tak belajar luar negara (he just berkelana di Indonesia mencari ilmu dan pengalaman), yang marhaen (ada ke hero lain keje jual burger), dan ada perwatakan yg simple dan menyenangkan (takdelah gaduh gaduh dgn heroin).

Pertemuan dgn Trisy is like a miracle for both of them. Trisy perlukan seseorang yg matang utk mendengar cerita remajanya yg suram. Sebab kadang2 a stranger feel like a family than our family. Jade pula perlukan sesuatu utk dibuktikan bahawa dia juga diperlukan dan penting, bukan hanya jadi Jade in the middle yg tak membanggakan sgt dan tak juga menyusahkan sgt.

He like a brother to Trisy at the first place.Then become her friend. A knight shining armor and a guardian at the same time. Which is what every woman need more than a rich cold arrogant guy.

I like their relationship, ia sesuatu yang tak dipaksa. They just blend in, offer comfort to each other. Jujur. Dan bila perhubungan tu makan tahun dan seperti tak bernama, of course it will be more than a brother, a friend.

Even dipisah waktu, benua, status, hubungan tu tak reput. Malah makin mekar.

Keberanian Jade mengakhiri hubungan mereka dgn perkahwinan umpama satu jawapan kepada semua persoalan Trisy. Tentang hubungan lelaki perempuan, tentang takdir hidup, tentang cinta.

So marilah kita spot mana2 rooftop utk cari lelaki mcm Jade. Wahahah
Profile Image for Ririn Aziz.
789 reviews106 followers
May 29, 2015
20 September 2013

tiba-tiba jer tergerak hati nak baca semula buku ni. my favorite book from hlovate so far.

kisah mengenai trisy dan jade. kisah bagaimana mereka bertemu di atas bumbung wisma topaz dan akhirnya merubah hidup masing-masing.

trisy yang kehilangan kasih sayang, yang mendambakan kehidupan di mana ada tempat untuk mengadu...untuk bercerita. hampir-hampir bunuh diri bila emosi sudah tidak terkawal...bila dirasakan tak dapat lagi menanggung beban. mujur ada jade. jade yang sabar mendengar celotehnya...yang sabar melayan kerenahnya.

kisah trisy dan jade bukan 'cinta' biasa. mereka sama-sama menyokong satu sama lain ditunjangi dengan kepercayaan yang sangat utuh. jade membuatkan trisy berusaha untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. trisy membuka ruang untuk jade mengejar cita-citanya.

mula-mula tengok buku ni kat kedai...terfikir. hmm...mesti cerita ni tentang kehidupan remaja kota yang urban...tentang kehidupan sosial yang mirip kebaratan. ye la..tajuknya rooftop rant. nama-nama wataknya pula kira urban habis la.

tapi saya silap. bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. don't judge a book by it's cover. saya memang menjadi peminat setia hlovate selepas tu. dan buku ini menjadi queen of the chart bagi novel melayu saya.

gaya penceritaannya boleh dikatakan unik...original. definitely hlovate. walaupun bercampur dengan penggunaan bahasa inggeris tetapi bahasanya pada saya sangat bagus. dapat sampai ke dalam hati. dan ketawa dan air mata memang tidak dapat disekat.

menjadi favorite saya...kerana kisah ini mendefinisikan 'the other half' yang diimpikan. when we are better when we are with them. and someone is there to share the life with you...whether it's good or bad. someone who will say..I'm here...
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
April 12, 2012
Tajuk buku : Rooftop Rant.
Penulis : Hlovate
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 538 m/s



Ulasan Ain Sabrina :


Satu lagi karya Hlovate , namun karya ini lebih berat berbanding karya-karya hlovate sebelum ini. Rooftop Rant lebih banyak menceritakan masalah reality , penyelesaiannya dan juga falsafah-falsafah hidup.

Ia kisah di suatu bumbung di menara Topaz yang menemukan Trisy dan Jade. Kisah ‘Jaded the Jade’ dan ‘the unwanted Trisy’ , dua-dua dengan konflik yang berlainan namun mereka berkongsi masalah dan ketenangan yang sama di rooftop itu. Perbualan antara mereka berdua seakan-akan memberi kata-kata semangat buat satu sama lain. Bak kata satu kata-kata : "There're times when strangers are like family, and family are like strangers" . Itulah mereka , walaupun tiada hubungan persaudaraan namun mereka rapat dan memahami antara satu sama lain lebih daripada hubungan saudara itu sendiri.

Kecewa dengan hidup , Trisy overdose sehinggakan dia dimasukkan ke wad psykiatrik . Dan pada masa itu , hanya Jade jadi peneman , tiada ibu, tiada ayah juga tiada sedara yang datang menjenguk.

Akhirnya , ibu dan ayah Trisy membuat keputusan , menghantar Trisy pulang ke kampung. Di sana ada datuk dan nenek yang menjaga. Terasa hidup lebih terjaga dan bermakna , namun rasa rencahnya kurang bila Jade tiada. Juga ada watak Pak Su , ustaz versi rock yang menjadi teman bualan penganti Jade , walau tidak sepenuhnya.

Dan dalam masa yang sama , Jade juga sudah temui jalan kejayaan , menjadi yang lebih baik dengan bakat yang ada. Terus menjurus ke bidang yang dia suka , bukan kerana dipaksa atau terpaksa.

Ternyata hidup Trisy lebih terjaga dan bermatlamat, sehinggakan dia berjaya melanjutkan pelajaran. Di sana dia dipertemukan dengan Lekiu , adik Jebat dalam novel 5 Tahun 5 Bulan. Namun , Trisy jujur dengan perasaannya , secara baik dia menolak rasa kasih Lekiu padanya.

Walaupun antara Trisy dan Jade, tiada kata yang pasti mengenai hubungan mereka , namun mereka percaya antara satu sama lain. Saling menunggu dan saling setia.

Komen Ain Sabrina :


Cerita ini jujur saya katakan terasa sukar dan lambat untuk saya habiskan helaiannya jika dibandingkan dengan karya-karya Hlovate yang lain. Ini mungkin kerana kisah ini lebih berat dan kurang ‘jiwangnya’ berbanding karyanya yang lain. Banyak falsafah yang diadunkan dalam kisah ini. Saya suka falsafah yang Jade berikan buat Trisy – “ live well or live hell , u choose” . Itulah yang sebenarnya , perjalanan hidup kita , kita yang tentukan dan dugaan pasti datang dan percaya pada kataNYA yang DIA takkan membebankan kita dengan apa yang kita tidak mampu. Percaya pada DIA dan teruskan kehidupan berlandaskan hukum hakamNYA. Itulah kata-kata Jade buat Trisy yang boleh aku simpulkan secara mudah.

Kisah Trisy yang dahagakan kasih sayang juga kisah Jade dengan krisisnya sebagai anak tengah , memang kisah reality yang berlaku. Dan memang realitinya banyak yang hilang dalam arus masalah ini . Dan novel ini menunjukkan salah satu contoh cara terbaik menghadapi masalah ini dan jangan cuba lari dari masalah.

Juga kisah antara Trisy dan Jade sangat menarik. Tiada komunikasi ‘jiwang’ yang banyak antara mereka tetapi seakan ada perhubungan hati secara maya antara mereka. Saya suka perhubungan begini , maksud saya tidak perlu luahkan rasa cinta secara berlebih-lebihan, cukup sekadar orang yang lagi satu mengetahuinya. Ini kerana bila rasa itu diluahkan berlebih-lebihan sebelum berkahwin , manisnya sudah hilang tika saat hubungan itu sudah halal.

Saya juga suka cara Jade meluahkan, mudah dan difahami terus sampai ke hati :

“ kau tau aku memang tak pernah good with words ,kan?”
Lambat-lambat Trisy mengangguk menunggu Jade menyambung.
“aku dah cakap dengan Pak Su , aku nak jaga kau “. Tenang Jade mengucapkan sepatah-sepatah.
“aku nak jaga kau sebab aku sayang kau. Be my wonderwall?"

*senyum sampai ke telinga*
Profile Image for Ummu Auni.
663 reviews
April 9, 2010
Sejujurnya saya tidak mengharapkan kelainan dari buku ini. Setelah membaca beberapa buku Hlovate, saya seolah-olah dapat menjangka jalan ceritanya. Tema yang lebih kurang sama, pelajar belajar di luar negara. Walaupun begitu, saya puji Hlovate kerana dia berdakwah secara halus, sedikit sebanyak terselit kata-kata perangsang, juga membuka minda. Saya suka pada awalan cerita yang sangat berbeza, menceritakan Jade & Trish yang bertemu di rooftop dan berbual sesama sendiri, tetapi sebetulnya, konflik Trish yang banyak menyentuh perasaan. Seharusnya kita bersyukur dikurniakan keluarga yang memahami & menyayangi.

Banyak lagi yang hlovate perlu perbaiki: susunan bahasanya, jalan cerita sudah menarik tetapi saya kira lebih menarik sekiranya lenggok bahasa itu disusun dengan cantik. Seujujurnya tulisannya kali ini saya tidak boleh memberi markah yang tinggi, kerana saya rasa ianya tidak dapat menandingi Tunas atau aA+bB
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
August 26, 2013
Aku dah menjamah semua koleksi Hlovate.....coraknya semua sama, cuma tukar watak n ubah sedikit jalan cerita. Tapi, Hlovate tahu apa yang dilakarkan. Hlovate tahu arah tuju karyanya. Hlovate teguh dengan prinsip penceritaanya. She knows what she's doing..... Itu yang buatkan Hlovate berbeza.....

Well (for me), Rooftop Rant adalah karya paling 'touchy'. Paling menyentuh rasa, paling menyeksa jiwa. "Hujan' lebat turun semasa melayari gelora seorang Trisy.......

Sesuatu yang berbeza dari karya2 Hlovate yang lain. Mgkn pengarang lari daripada kebiasaan watak Doctor n Engineer. Bakal cikgu n seorang kartunis.... percubaan yang cemerlang...

Gaya penceritaan agak berbeza walaupun masih menggunakan nada bahasa yang sama. Tumpuan watak semata-mata untuk Trisy dan Jade. Watak Lekiu, Jazz, Paksu Wan, Bat, Jo, Ira menjadi pengiring dengan cantik sekali.....

Ulang baca? Lmbt rasanya.... x sanggup 'hujan' lagi....kikikik
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
September 4, 2016
"...lontarkan...
...kalau tidak ia meracun...
...kongsikan...
....walau hanya pada awan-awan..." [Blurb novel]

Tak tahu mengapa aku agak lambat membaca novelnya yang satu ni hahaha Mungkin kerana perlukan kelainan, maksudku aku mahukan sesuatu yang lain dahulu kemudian baru mencapai novel ini. Seperti mana jangkaanku pada Versus, aku juga tak dapat lari daripada menjangkakan hal yang sama pada novel ini. Mujur saja rentaknya sedikit berbeza. Penulis selalunya menggunakan kerjaya doktor atau engineer dalam ceritanya terdahulu. Berbeza sekali dengan yang ini.

Jade dan Trisy; kedua-duanya anak remaja yang suka lepak di bumbung menara Topaz. Mencari diri sendiri bila rasa kehilangan. Sukarnya menjadi anak remaja yang ketandusan kasih sayang dalam keluarga terutamanya Trisy. Mungkin Jade nampak lebih matang tetapi si Trisy yang masih lagi bersekolah nampaknya terumbang-ambing dalam membina kehidupannya sendiri.

Trisy tak punya banyak kawan. Dan bila dia bertemu dengan Jade, dia bersungguh-sungguh menjaga Jade. Berbual dengan Jade memberi impak yang amat besar buatnya. Kata-kata Jade umpama azimat untuk Trisy meneruskan hidup. Hari-harinya yang dilalui bersama-sama Jade lebih indah dan bewarna-warni. Namun tekanan datang menyerang, membuatkan Trisy semakin lemah. Kecewanya Trisy kali ini mengakibatkan dia overdosed. Di bumbung Topaz, Trisy dijumpai dan diselamatkan oleh Jade. Bahaya tau Trisy ni, kadang-kadang tu akibat banyak sangat makan ubat depressed nanti leh jadi suicidal.

Tindakan Trisy menyebabkan ibu dan ayahnya tekad menghantar dia balik kampung duduk bersama datuk dan neneknya. Walaupun kecewa, dia akur. Lagipun menurut kata Jade, mungkin itu yang terbaik buatnya. Tahun depan kan Trisy nak ambil SPM. Jadi, mungkin dengan suasana dan persekitaran yang baru akan menjernihkan kembali fikiran Trisy.

Hidup Trisy di kampung lebih bermakna. Dia ada datuk dan nenek yang menyayanginya. Dijaga makan minum dan hal ehwalnya. Ada tempat nak bermanja. Trisy berjaya mengubah dirinya ke arah yang lebih baik. Dia belajar mengenal agama dan Tuhannya. Malah kehadiran Pak Su Wan yang ala-ala ustaz tetapi still maintain rock tu memeriahkan hidupnya. Cuma satu je, dia hilang Jade.

Dalam pada itu Jade masih lagi bertatih untuk membina tapak sebagai pelukis komik. Berbekalkan semangat yang diperoleh daripada Trisy dia mula berjaya melakar masa hadapannya. Sekaligus membuktikan pada keluarganya akan cita-citanya tidak salah, malah boleh menjamin masa depan. Surat-surat Trisy dijadikan peneman, buat pembakar semangat.

Sememangnya hidup Trisy bersama datuk dan neneknya membuka jalan yang lebih baik untuknya. Keputusannya SPM yang cemerlang membolehkan dia melanjutkan pelajarannya. Ha, waktu ni dia bertemu Lekiu, sound familiar kan? Ala Lekiu ni adik-beradik Jebat [5T5B]. Macam-macam cara Lekiu buat tuk menarik perhatian Trisy. Si Jebat lak lagi advance! Siap hantar utusan merisik lagi supaya Trisy boleh terima Lekiu sebagai kawan hahaha Tetapi apa pun Trisy ni kuat imannya. Hatinya percaya pada seorang teman. Mungkin mereka tak pernah saling berharap tetapi kepercayaan antara satu sama lain itu yang mengikat mereka :))

Dan ending memang akan buat kita tersenyum. I love it :D Kalau nak tahu aku baca cerita ni sebab nak kasi mata mengantuk, sudahnya mengantuknya hilang dan aku berjaga sampai habis membacanya hik3 lalala5 You won’t find mushy-mushy love story in here but still you will feel the love :D

whatever it is, to live well or live hell, you choose... [Blurb novel]
Profile Image for Aest.
40 reviews1 follower
January 17, 2024
"𝘛𝘰 𝘭𝘪𝘷𝘦 𝘸𝘦𝘭𝘭 𝘰𝘳 𝘵𝘰 𝘭𝘪𝘷𝘦 𝘩𝘦𝘭𝘭?"
𝘠𝘰𝘶 𝘤𝘩𝘰𝘰𝘴𝘦.
𝘠𝘰𝘶𝘳 𝘤𝘩𝘰𝘪𝘤𝘦.

Cerita yang sangat dekat dengan aku, dengan pesanan yang sangat bagus untuk dimanfaatkan. Macam biasa, ayat-ayat Hlovate santai tapi begitu menusuk kalbu.

Dan sepanjang 70 bab campur epilog, aku kagum dengan penulis. All-rounder gitu. Pasal dunia komik, checked. Pasal Aberdeen, checked. Pasal Islam, checked. Bahasa Inggeris, checked. Bahasa Melayu, pun checked. Tak jumpa cela kat mana-mana. Semua details sampai buat cerita dan watak-watak dalam cerita ni rasa 'bernyawa'.

Aku suka baca kisah Jade dengan Trisy. Tapi honestly, aku lagi tertarik dengan part Lekiu dan Jebat. Waktu Trisy reject Lekiu, pergh! Dia punya broken tu sampai ke sini ya. Dan aku suka macam mana Hlovate karang semua watak tu dengan personaliti matang dan tenang. Bagi aku, cerita ni tak kayangan pun sebab masih nampak perangai childish Trisy sebelum duduk dengan Pak Su dan atuk nenek dia kat JB, sebelum fully absorb bebelan-bebelan Pak Su dia dan decided untuk berubah.

Takde cheesy lines, takde yang cringe, tapi kadang-kadang ada part yang buat aku tersengih sorang-sorang. Contohnya, waktu Jade propose Trisy.

"Kau tahu aku memang tak pernahnya good with words, kan?"

"Aku dah cakap dengan Pak Su, aku nak jaga kau."

"Aku nak jaga kau sebab aku sayang kau. Be my wonderwall?"

Dengan ayat-ayat caring Jade dan kalau dia dah masuk mood lecture, gaya macam abang-abang sangat! Abang Jade for Trisy, ey?

Wishing to have my wonderwall jugak, satu hari nanti. Insya-Allah. Aminnn!
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
November 10, 2013
Selepas ditujah desak dari setiap arah, sudahnya buah tangan Hlovate yang satu ini menjadi pembuka laluan untuk aku jamah karya penulis yang sarat rahsia ini buat pertama kalinya. Bertulang belakangkan isu ringkas tentang susur hidup dua remaja. Sela perjalanan hayat mereka yang agak hambar namun bila direnung fikirkan kembali ada fasa fasa tertentu hidup ini sememangnya membosankan. Kerana realiti kehidupan bukanlah drama bersiri tontonan di kaca tivi.

Halaju penceritaan yang perlahan dengan kekerapan imbas kembali yang tinggi melengahkan peleraian sebuah Rooftop Rant. Hlovate juga gemar mengitar semula ayat dan istilah ciptaannya berulang ulang kali. Ada kalanya dia seakan ahli panel yang sedang berceramah kepada pembaca. Mungkin ini gayanya. Satu hal yang aku akur, Rooftop Rant bukan rengekan tak berasas Hlovate tapi bahan bacaan mampat motivasi, nasihat dan ilmu.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
March 28, 2016
Yezza!

Aku boleh hadam kisah ni. Maksudnya, aku boleh terima kisah ni sebagaimana aku terima kisah Aa+Bb dan 5 Tahun 5 Bulan.

Dan, beberapa kali air mata menitis tanpa sengaja.

Kisah yang biasa, kisah anak yang diyatim piatukan sebelum tiba masanya. Tapi cara penceritaan itu yang menarik aku untuk terus membaca. Dari pukul 8 malam tadi aku mula membaca, sekarang dah habis baca dah, yang menunjukkan bahawa kisah ini memang harus diberi perhatian.

Sepanjang pembacaan, lebih-lebih lagi apabila Jade dan Trisy terputus hubungan, aku sentiasa mengharapkan agar mereka tidak terpisah terus. Lagi-lagi bila masuk bab si Lekiu tu, buatkan aku cuak je. Haha.

Karya Hlovate, sentiasa ada ilmu dan unsur positif yang diselitkan.

Live well or live hell?
We choose.
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
May 29, 2015
Hlovate tampil dengan karya terbaru beliau berjudul Rooftop Rant. Novel ke-22 terbitan Jemari Seni ini sama sekali tidak menghampakan saya sebagaimana novel-novel beliau terdahulu.

PUAS. Itulah perasaan pertama yang saya rasa usai membaca karya Hlovate yang kelima ini (selepas 5 Tahun 5 Bulan, Schubert's Serenade – Kompilasi 3 cerita dalam Gurindam Jiwa, aA + bB dan Tunas).

Kisah tentang Trisy – Khairul Batrisya Mazni yang terbeban dengan masalah 'kebisingan' di rumahnya. Kisah tentang Jade yang 'bosan' dengan bebelan si ibu. Lalu tanpa temujanji mereka menjadikan puncak Wisma Topaz sebagai lokasi mencari damai di hati.

Tanpa tutur kata, sekadar bicara mata, mereka meterai MoU dalam bahasa diam. "Kau duduk hujung sana senyap-senyap... aku buat kerja aku hujung sini diam-diam. Kau buat hal kau... aku buat hal aku. Aku tak kacau kau… kau jangan kacau aku. Kau faham... aku faham". Hinggalah berlaku insiden yang membuka ruang bicara antara mereka. Membuka hijab yang membawa mereka ke Rooftop Wisma Topaz itu.

"There're times when strangers are like family and family are like strangers" begitulah mereka. Trisy yang sudah bosan tidak diendahkan oleh keluarga dan Jade yang merasakan dirinya terkongkong oleh leteran ibunya. Trisy yang tak pernah ada orang yang mahu mendengar dia bercakap dan Jade yang sangat sabar menjadi pendengar. Menjadikan mereka sahabat yang akrab, yang saling faham apa yang dirasakan tanpa perlu banyak kata, yang saling menjadi penguat semangat antara mereka untuk mencari arah tuju hidup.

Rooftop Rant memperkenalkan saya pada Trisy dan saya jatuh kasih padanya. Saya sukakan Trisy walaupun dia pernah jadi 'jahat' kerana saya faham kenapa dia jadi begitu. Tapi dia berjaya berubah dan mengubah dirinya kepada Trisy yang seratus kali lebih baik.

Saya jatuh cinta pada Jade, walaupun saya tahu dia lelaki yang miskin perbendaharaan kata. Tapi dia ada telinga yang boleh diharapkan untuk jadi pendengar yang baik. Tapi yang paling utama dia pandai melukis kartun, melakarkan isi hatinya yang tak terluah dengan kata.

Saya sedih pada nasib Trisy yang jadi anak 'terbuang'. Saya kesian pada Jade yang sering menjadi mangsa perbandingan ibunya, hidup dalam bayang Along dan adik.

Salahkah Trisy kalau dia hanya inginkan perhatian? Kerana dia sudah puas jadi anak yang tidak diendahkan. Salah Jade kah ditakdirkan dia punya abang dan adik yang lebih bijak sedangkan dia hanya biasa-biasa saja?

Saya teringin nak gantikan tempat Jazz, jadi abang pada Trisy. Gantikan Rina dan Tati jadi kakak pada Trisy. Saya teringin nak jadi adik pada Jade yang sungguh prihatin dengan caranya yang tersendiri. Saya jatuh cinta pada Pak Su Wan – pegawai penguat kuasa disiplin, tatasusila dan akhlak – yang tegas tapi baik hati dan suka pakai baju Raihan??!! heh!

Saya teringin nak jadi kawan baik Trisy agar dia tidak perlu tanggung segala keperitan hidupnya sendirian. Agar dia ada kawan yang boleh dijadikan tempat meluahkan bicara.

Kalau boleh saya nak jadi jari yang boleh tolong sapu air mata Trisy di kala dia tak berdaya. Saya nak jadi bahu yang boleh jadi tempat Trisy bersandar. Saya nak jadi telinga yang boleh mendengar keluh kesah Trisy. Saya rela jadi mata yang boleh mengawasi Trisy daripada segala perbuatan yang tak terjangkakan, kerana sesungguhnya Trisy penuh dengan kejutan.

Tapi semua itu mustahilkan?? Kerana semuanya itu hanyalah sebuah CERITA! Lakaran idea kreatif penulis yang menjadikan kisah Trisy dan Jade ini 'hidup' dalam layar minda saya.

Begitulah penangan Hlovate pada saya kali ini! Saya jadi larut dalam perasaan tatkala membaca Hlovate bercerita tentang bicara bumbung antara Trisy dan Jade. Berhikayat melalui mata penanya. Sungguh. Saya seakan jadi sebahagian daripada Trisy berkongsi rawan. Saya seakan jadi sebahagian daripada Jade berkongsi keserabutan. Bersama-sama mereka menangis hiba, bergelak ketawa, mengeluh kesah bahkan bermuhasabah diri. Berkongsi segala emosi bersama-sama Trisy dah Jade.

Saya bersatu menjadi mereka, melawan 'jerangkung-jerangkung' yang jadi penghalang untuk mereka bangkit menjadi manusia yang baru, berubah menjadi insan yang lebih baik! Yang berkali-kali lebih baik daripada masa silam mereka.

Buat Hlovate... Tahniah!! Kerana Rooftop Rant bukan sekadar novel tetapi ia sarat dengan ilmu yang sangat berguna. Rooftop Rant yang padat dengan informasi, yang sarat dengan pengajaran hidup yang membuatkan saya berfikir. Bukan sekali, tetapi berkali-kali.
Profile Image for Jamilah Norddin.
100 reviews17 followers
August 22, 2024
Selepas "rehat" nan panjang. Aku buka novel ini. Sebab kerja editing di pejabat belum ada yang baru, aku bawa novel ini.

Daripada 4 bahagian cerita yang ada dalam buku, sebenarnya aku suka part 1. Ketika mula Trisy dan Jade bertemu di atas bumbung. Daripada orang asing, mereka berkawan. Tentulah ada peristiwa berlaku. Bagaimana perubahan-perubahan yang Trisy lakukan.... Nak berubah tidak mudah kerana kita berlawan dengan diri sendiri.

Dan tentang impian. Dan berusaha menunaikan impian, yang perlukan pengorbanan.
Seterusnya!
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
September 10, 2009
Sudah lama buku ini terperap di rumah. Rasa sayang nak baca :D Tunggu masa sesuai untuk dibaca sebenarnya. Selepas lega sedikit dengan tugasan di kampus barulah tergerak untuk membaca buku ini.

There're times when strangers are like family,
and family are like strangers.


Kata-kata ini yang menarik saya untuk terus membaca.

Fuh.. serasa perjalanan yang panjang semasa membaca RR ini. Karya Hlovate kali ini lebih banyak pengisiannya. Saya kira dari segi ilmu, penyampaian dan mesej yang ingin disampaikan. Mungkin saya lebih memahami kerenah anak-anak remaja kini yang nampak bermasalah dan suka memberontak seperti Trisy selepas ini. Ada banyak rahsia yang tidak tersingkap. Namun, saya kagum dengan Trisy kerana masih mempunyai akal yang waras untuk tidak melakukan perkara yang pelik-pelik. Masih lagi berada di landasan yang betul.

Dalam masa yang sama, ada banyak perkara yang mengetuk minda saya. Bagaimana keadaan sesebuah institusi kekeluargaan itu tidak bertunjangkan Islam dan memberi kesan kepada anak-anak dan juga kepada keseluruhan keluarga itu juga. Takutnya apabila membayangkan sekiranya terjadi sedemikian dalam keluarga sendiri. Nauzubillah. Syukurlah sekiranya kita mempunyai keluarga yang bahagia berbanding mereka yang ada keluarga tetapi tidak merasa bahagia.

RR berkisar kepada kisah Trisy dan Jade yang secara tidak sengaja berjumpa di bumbung atas sebuah bangunan yang berdekatan dengan tempat tuisyen Trisy. Trisy yang ketika itu begitu tertekan dengan keadaan keluarga dan Jade pula mencari ketenangan sambil melukis kartun sama-sama berada di situ tanpa berbicara sepatah kata. Tetapi peristiwa Trisy pengsan di hadapan Jade disebabkan Hypoglycemic membuatkan di situlah bermulanya mereka berkawan.

Awal-awal bab banyak dimonopoli oleh dialog-dialog perbualan antara Trisy dan Jade.

Kemudian, Trisy dihantar pulang ke kampung di Johor Bahru dan bersekolah di sana. Atas alasan apa, saya kurang pasti. Sama ada saya ter'skip' bacaan atau penulis memang tidak menulis sebabnya :) Terpisahlah dua sahabat ini. Namun begitu, Trisy tidak pernah lupa untuk mengutus surat setiap bulan kepada Jade. Mereka bukanlah pasangan yang bercinta tetapi sekadar kawan rapat kerana Jade satu-satunya orang yang dapat Trisy percaya dan mungkin satu-satunya kawan yang dia ada selama ini (Trisy seorang pendiam dan agak kurang bersosial).

Jade pula semakin sibuk selepas dia bekerja di sebuah syarikat penerbitan komik atas pertolongan Trisy. Sememangnya dia seorang yang "gifted" dalam seni lukis ini kerana ideanya tidak putus-putus mengalir. Bakat + minat adalah dua perkara yang sudah cukup membuatkan seseorang itu puas dengan apa yang dilakukan. Tidak akan terasa penat walaupun kerja itu menggunung tinggi, kan?

Dalam waktu yang sama, mereka berdua mengalami anjakan paradigma yang besar dalam diri tanpa disedari. Kedua-duanya berubah ke arah yang lebih baik. Trisy, dari gaya ala-ala lelaki berubah kepada memakai tudung dan berpakaian memenuhi syariat, pandai mengaji, solat berjemaah, dan semakin rajin belajar. Hasil didikan dan jagaan datuk dan neneknya, Trisy lebih gembira dan bahagia tinggal di kampung walaupun sesekali seperti terjerut leher dengan 'Pegawai Penguatkuasa dan Disiplin' @ Pak Su Wan di rumah itu. Jade pula lebih tekun bekerja, rajin solat berjemaah dan mengaji al-Quran ekoran bercampur dengan Wak Duku and co.

Wak Duku adalah kartunis dari penerbitan lain tetapi mereka berhubung rapat selepas menjayakan satu projek bersama sedikit masa lalu. Mereka rajin membuat liqa' @ usrah dan bagi Jade itu satu refreshning bagi dirinya yang selama ini memandang skeptik akan orang yang bercakap tentang ilmu agama hanyalah ustaz ustazah dan graduan-graduan yang baru balik dari Mesir atau Negara Timur Tengah yang lain.

Saya sedikit teruja membaca buku ini. Penulis berdakwah melalui caranya yang tersendiri. Banyak ayat Quran dan hadis yang dimasukkan ke dalam cerita ini dan disesuaikan mengikut keadaan di dalam novel ini. Ianya berkesan untuk saya. Masya Allah.

Petikan-petikan dari buku Harun Yahya yang dibaca oleh Trisy juga menambah minat. Bacalah seberapa banyak pun, kita dituntut supaya belajar dan menambah ilmu. Jika tidak, masakan ayat pertama yang diwahyukan Allah menyebut "Iqra'!".

Bagaimana kesinambungan kisah mereka selepas terpisah? Adakah Jade berjaya mencapai golden dreamsnya dan berjayakah Trisy mengatasi kemelut dalam hidupnya? Bacalah buku ini. Anda akan dapat lebih dari apa yang anda ingin tahu. Dan berpegang teguhlah kepada Allah. DIA tidak akan membebankan hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh mereka. Bersangka baiklah dengan ALLAH. Wallahualam.


To live hell or live well
You choose
May Allah bless
~Quote from RR~

Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
April 16, 2015
2.5* untuk naskah ini!

Betullah kata orang, hati manusia sentiasa berbolak-balik. Lepas baca balik naskah ni, aku tak teruja seperti dulu. Terasa penat nak habiskan apabila banyak sangat campur tangan penulis di dalam naratif penceritaan. Tidak membiarkan watak itu bergerak sendiri. Entahlah, aku lebih suka buku Anthem jika dibandingkan dengan naskah ini.

Maaf ultras Hlovate semua... Saya juga minat karya-karya dia, tapi entah kenapa lepas baca balik, saya punya rasa makin jatuh tuk menyukai naskah ini.

Peace!
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
October 30, 2016
Allahu... akhirnya lepas berbulan-bulan, berjaya jugak aku habiskan buku ni...

bkn x best, tp mood membaca tu susah nk on sampai bacaan aku asyik tersangkut-sangkut...

membaca buku ni sebenarnya... memang buat aku cam... sayu jer rase...

hati rase dkt aje dgn watak Jade n Trisy... mcm boleh rase apa yg mereka berdua rase...

haha, ok. merepek lebih aje kat atas tu...

at the end, nasib baiklah happy ending... ;)
Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
February 23, 2020
Pilihan hidup mahu ke syurga atau ke neraka, kita yang pilih.

Baca buku Hlovate, selagi belum khatam, tak boleh nak berhenti.
Profile Image for YONG EKIN.
90 reviews8 followers
March 20, 2022
8/2022

Bila membaca buku Hlovate. Saya akan buka kan minda dan jiwa luas2. Karya Hlovate bukan biasa2. Penuh pengisian.. Gaya bahasa yg yang unik. Mula2 jenuh juga nak hadam ayat2 Hlovate.. tapi bila dah serasi... terus tak boleh nak move on... Siapa yang dah kenal Hlovate mesti akan jatuh cinta dengan karya dia.

Rooftop Rant.. buku ulang baca.. entah yang ke berapa ratus kali.. tergerak nak baca buku ni .. kerana teringatkan Trisy dan Jade. Bermula dengan pertemuan mereka di atas bumbung Wisma Topaz. Masing2 jiwa huru hara. Trisy yang kurang kasih sayang keluarga manakala Jade pula kecewa kerana keluarga tak faham apa yang jiwa dan kehendak dia nak dalam kehidupan. Mereka berkongsi rasa dan cerita.. Mereka juga berpisah dalam kerinduaan. Berjumpa semula ketika mereka dah menjadi insan yg mengenal Pencipta mereka. Indah betul kisah mereka berdua.
Karya Hlovate tidak pernah kosong. Sentiasa terselit dengan ilmu ketuhanan. Bila kita hilang arah.. Karya Hlovate membantu kita jumpa pintu jawapan kehidupan.. Kembali pada Pencipta.. Allah swt sentiasa ada dengan kita. Kita je perlu dekat dengan Nya. Benda basic tapi bukan mudah nak mula jika tak ada usaha . Tq Hlovate.
Profile Image for Rinsya.
36 reviews12 followers
August 23, 2012
Seriously.. kesat air mata ni . Baca Rooftop Rant *Hlovator...

Kesian kat Trisy. umur sekolah menengah.
Mak bapak asyik gaduh. Dia hidup like a hell ya do. Selalu g rooftop bangunan Wisma Topaz. Hampir2 bunuh diri sebab tak da orang yg like care with her. Batrisya. Trisy.
Then jumpa sorang lelaki, dia care Trisy. Selamatkan Trisy dri bunuh diri, lawat trisy hari-2 kat
hospital. Then temankan Trisy hari-2 kat rooftop tu. Kata Trisy kat Jade <--nama lelaki tu la.

"Aku nak jadi Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga." Trisy angkat kening double jerk.
Jade senyum segaris. "It's not funny. And I ain;t laughing." Pandangannya kembali ditala pada kerja di riba. "Bila kau jadi menteri tu nanti law apa yang kau nak buat?"
"Nobody's allowed to have babies if they're not to love 'em."

mak bapak trisy ni dahsyat. Anak 4 tapi semua rosak. Trisy. smoking. pills. Semua tu dia telan. Then satu hari dia cakap.
"There're times when strangers are like family, and family are like strangers..."
sebab dia geram sngt kat mak bapak dia. nice story. Mengingatkan kita agar bila dh jdi mak bapak nanti, syg anak-anak. Jgn biarkan dorang hanyut.. :DD *kesat air mata*
Profile Image for Fadhilah.
7 reviews
March 15, 2016
Reread this book and still love it. Hlovate books are probably the only Malay books that I can read over and over again and never get bored. Most of her books are relatable and uplifting.

What I've learnt from this book is... Us, human beings, fill our emptiness with the wrong things. Everything inside us was created to enable our journey to find Him. The only shelter and find the true fill is in Allah SWT. Our sins can be used to push us to Allah SWT. Our dark past can push us to Him. Allah SWT is our only refuge. The One and the Only One that can erase our sins and transform it to good deeds. All we have to do is GO BACK TO HIM (Allah SWT).

This is probably my mantra whenever I feel lost: Go back to basic. Go back to the Creator. Seek Him. Complain all your problems to Him. InShaa Allah, you'll feel complete again.

[Sorry. This probably is not a review. But hey, that's what I have learnt from this book. And probably from most of Hlovate books.]
Profile Image for Shaznie Mardhiah.
88 reviews
June 21, 2018
Hlovate ada that ability yg buatkan pembaca sentiasa terkesan dgn penulisan dia. Suka cara dia selitkan pasal islam dlm setiap buku dia, senang paham dan senang hadam.

Part I agak slow skit dlm buku ni, start part II tem Trisy da pindah JB and Jade da start kerja as kartunis baru la laju skit baca haha. Lps baca rooftop rant ni terus rasa nak re-read buku hlovate yg lain (especially contengan jalanan fuh yg tu paling fav) tp kena tgu balik msia dulu la camtu 😂.

andddd dari dulu tertanya2 hlovate siapaaaa lelaki kah atau perempuan kah 😩 bila baca buku buku dia susah nak agak sbb character lelaki/perempuan dua2 balance dlm stiap cerita dia.

apapun harap Hlovate tak stop writing even JS da stop skg bcs I need moreee :(

side note : sometimes i wish i hv a Jade in my life. someone yg can listen to all my rant, yg bole faham and tak judge. silly i knw, nvm pls ignore this
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
April 29, 2014
Trisy berada dalam keluarga yang kurang memberi kasih sayang. Sering dia melepaskan perasaannya dengan sikapnya yang memeningkan - merokok, bergaduh dan pelbagai masalah disiplin di sekolah. Rooftop sebuah bangunan menjadi tempat dia merehatkan diri sambil cuba melepaskan apa yang dirasakannya. Di situ dia bertemu Jade, yang mempunyai bakat melukis. Nasib Jade dan Trisy hampir sama. Kedua-duanya hilang kasih sayang. Jade tidak mampu memberi alasan kukuh kepada keluarga mengapa dia perlu meneruskan cita-cita dalam seni lukis hingga dipaksa menyambung pelajaran dalam bidang yang tidak digemari. Pada waktu lain, dia menjual burger bagi menampung pengajian sebagai cara untuk tidak menyusahkan keluarga. Trisy messkipun dalam keluarga kaya namun miskin kasih sayang. Ibu bapanya dengan hal sendiri, adik beradiknya juga dengan dunia msing-masing. Hanya Buk Jah menjadi ruang dia berkongsi rasa.

Jade dan Trisy sering berbual tentang kehidupan mereka yang berbeza setiap kali bertemu di rooftop. Trisy dipindahkan ke kampung di JB apabila dia semakin liar dengan cuba menelan pil hingga dimasukkan ke hospital. Berada di kampung dengan atuk dan opah serta Pak Usu, berjaya membetulkan dirinya meskipun memberontak pada awalnya. Sering mereka berutus surat bagi menceritakan kehidupan di daerah baharu. Selepas SPM, Trisy menyambung pelajaran ke Seremban dan kemudian ke Aberdeen. Jade meneruskan cita-cita sebagai pelukis sehingga dapat diterima keluarganya, sebagai kerjaya yang boleh cari makan. Cubaan dan dugaan yang datang dilokasi yang berbeza mendewasakan mereka sehinggalah mereka bertemu kembali selepas lima tahun. Mereka kemudian berkahwin ketika Trisy di thaun dua pengajian.

Rooftop Rant mungkin sebuah kisah klise. Tetapi di tangan Hlovate, klise itu ditenggelamkan dengan pelbagai ingatan yang sentiasa menjadikan kita sedar dan insaf. Nasihat yang disulamkan dalam setiap plot tidak langsung bersifat menggurui tetapi senyap-senyap membuatkan kita merenung diri sendiri.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,545 reviews41 followers
December 24, 2017
Kupasan buku.

Korang pernah baca buku Rooftop Rant by Hlovate? Kalau korang kategori remaja memang sesuai baca buku ni. Pasal apa?

hmmm, korang pernah terfikir yang korang manusia paling malang? Maybe korang selalu bengang sebab sentiasa tak cukup duit. Korang ingat semua budak loaded bernasib baik? Sebenarnya ramai budak loaded yang lebih sengkek daripada korang. Dia orang duduk rumah banglo tapi hati tak pernah senang. Kenapa? Dia orang miskin perhatian. Miskin kasih sayang. Takde orang nak layan. Korang ingat kalau duit banyak hidup senang ehh? Tak semestinya tau. Ramai budak loaded yang social recluse. Yang suicidal pun ada.

Of course la, budak loaded yang betul-betul happy pun ada. Budak sengkek yang attitude problem pun ramai. Tapi buku Rooftop Rant ni cerita pasal budak loaded yang ada problem. Kalau korang rasa nak cuba faham apa problem dia orang, nak tahu betapa lucky nya korang, bacalah buku Rooftop Rant ni. Hlovate punya buku memang selamba. Takde nyer bahasa bunga-bunga yang mesti korang malas nak layan. Tak yah risau korang kena layan cerita cintan orang besar sampai korang bosan tahap petala kelapan.

So korang nak tahu kenapa ada budak yang buat macam-macam benda mengarut untuk cari solace... escapisme...chill? Biar betul ramai budak loaded yang tension sebab dia ada problem attention deficit. Korang tak percaya ramai budak yang muka cun hari-hari tension sebab dia bengang orang rumah asyik compare dia dengan orang lain?

Attention deficit disorder vs excessive attention disorder

Kat buku remaja mana yang korang boleh dapat ilmu gemuk macam ni? Karya Hlovate memang cool korang!!
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
April 23, 2016
"There're times when strangers are like family, and family are like strangers."

Mereka bertemu di atas bumbung sebuah bangunan. Mereka sama punya masalah. Di atas bumbung mereka mencari ketenangan. Di atas bumbung mereka saling berkongsi sisi sedih kehidupan...di mana akhirnya antara mereka tersalir kekuatan.

Jangan pernah lelah dgn ujian Allah..
Jangan pernah mengalah kepada keadaan...
Dan jangan pernah putus asa dgn takdir..
Sesungguhnya percaturan DIA tiada siapa yg mampu menduga...
Hikmahnya tiada terjangka...
May Allah bless...

Profile Image for Amal Hamsan.
24 reviews5 followers
February 20, 2012
Novel pertama Hlovate yang berjaya tarik aku betul ke dunianya. Bila baca karya yang satu ni, aku selalu terfikir untuk menjadi penulis macam Hlovate. Dia lain dari yang lain. Dia sentuh semua aspek. Perasaan, kepercayaan, kekeluargaan.

Dan watak gadis dalam novel ni, betul buat aku teringatkan dia, Ed.
Displaying 1 - 30 of 155 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.