Jump to ratings and reviews
Rate this book

Yang Paling Patah Antara Kita

Rate this book
"Kau okey?"

Ringkas.

Tetapi paling susah nak jawab.

Walau yang tanya itu sahabat yang paling rapat.

Walau yang tanya itu ahli keluarga sekalipun.

Susah tatkala sebenarnya kita mahu menjawab,"Tak", tetapi hati sendiri tak pasti apa yang akan jadi lepas tu.

Takut hilang kawan.

Takut kena marah.

"Kau okey tak ni?"

Dia hanya senyum segaris. Macam biasa.

--

Sebuah novel drama psikologikal yang mengetengahkan kesihatan mental dan juga stigma masyarakat.

386 pages, Paperback

Published October 6, 2022

85 people are currently reading
1011 people want to read

About the author

Ainul Farihah

13 books185 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
825 (75%)
4 stars
233 (21%)
3 stars
30 (2%)
2 stars
4 (<1%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 313 reviews
Profile Image for Afi  (WhatAfiReads).
611 reviews426 followers
September 20, 2022
This book left me staring at a wall for a good 10 minutes, exhausted because I cried so much it literally hurts.

Personal Ratings : 4.5🌟

Honestly, I can't judge this book well enough as I'm super emotionally attached to characters in here but I will try my best to pan out my thoughts as coherently as I can. The review will be in Dwibahasa and it will be a tad different.

------
Reviu: Yang Paling Patah Antara Kita

Sebuah novel yang saya kira membuatkan saya sangat... numb. Mungkin ada aspek yang saya sudah dapat meneka dari awal apa yang akan terjadi, namun ia tidak menghalang pembacaan saya. Buku ini tersangatlah raw dan menyentuh hati.

Sinopsis Pendek
Azfar. Firman. Zaquan. Jimi. 4 individu berbeza, tetapi mereka semua rakan seperjuangan di universiti. Antara mereka bereempat, Azfar adalah tempat bergantung harapan pada rakan-rakannya, sehinggalah suatu kejadian yang membuatkan terselit kaca di dalam persahabatan mereka. Sebuah novel psikologikal drama yang mengetengahkan isu kesihatan mental dan membawa pembaca ke dalam dunia seseorang yang bukan sahaja menghadap depresi dan anxiety malahan membawa pelbagai perspektif masyarakat dalam pelbagai sudut.

Pendapat Saya
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penulis kerana telah menulis sebuah cerita yang bukan sahaja membuka mata, malahan telah memberi ruang kepada pembaca untuk membuat refleksi diri, terutamanya dengan pengenalan karakter-karakter di dalam buku ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada JIWA kerana telah membawa topik yang bukan sahaja berat malahan membawa sudut lain di dalam sebuah novel dan saya kira relevan dengan situasi dunia sekarang.

Antara highlights dalam novel ini adalah stigma masyarakat kepada masalah kesihatan mental. Walaupun pada zaman ini, kesihatan mental telah lebih banyak diperkatakan dan dibicarakan, namun, masih ada segelintir daripada masyarakat kita yang masih memandang masalah kesihatan mental ini, terutamanya pesakitnya sebagai "gila" atau "kurang siuman." Stigma ini bukan sahaja boleh menghancurkan sebuah keluarga, ia juga akan menjatuhkan usaha yang dilakukan oleh para psikatri yang tidak cukup menang tangan untuk berjumpa dengan pesakit-pesakit yang mempunyai sakit/kondisi tersebut.

Bagi saya, karakter-karakter dalam buku ini sangatlah realistik. Perwatakan yang cukup menarik dan berganding dengan gaya bahasa yang mudah dibaca dan difahami, saya kira buku ini akan senang dibaca terutamanya untuk beginners. Saya sangat suka akan topik yang dibicarakan dalam memberi ruang kepada sesiapa yang terperangkap dalam kegelapan diri untuk mencari kembali diri yang hilang. Bukan mudah untuk buku ini dibaca, dan mungkin tidak semua akan memahami tindakan beberapa karakter dalam buku ini, namun saya kira, buku ini penting untuk dibaca, sebagai pengajaran dan sebagai refleksi untuk kita sendiri ketika mengalami situasi sebegini.

Kepada siapa yang membaca reviu ini dan anda mungkin tidak mencapai jalan penyelesaian dalam hidup anda, ambil nafas yang dalam, dan yakinkan diri anda bahawa anda penting. Mungkin jalan peneyelesaian takkan dapat sekelip mata, namun ia ada; dan saya berdoa agar anda semua dapat mencapai kebahagiaan milik anda.

-------
Personal Thoughts : Yang Paling Patah Antara Kita

This... will... be .. a long one. lord.

"Dia tidak sedih, cuma dia tidak gembira."
Translated: He is neither sad nor happy.


A book that made me just bawl my eyes out to a point that it literally hurts to write my thoughts out here. This book took such an emotional toll on me, it just broke my heart so much.

I just love how the author brings forward topics that are so heavy to talk about, and explains it in a way that is raw, and triggering in so many ways. However, all the topics are something that is needed to be talked about, in particularly, how there is almost no Toxic Masculinity in this book. We see characters that are unhinged are usually women, and somehow, I liked that the characters in this book are all male characters, who showed their vulnerabilities to each other. I love how the author wrote the characters to be open with their emotions with their friends and that its totally okay to cry. Its very important that male characters are portrayed as such , and in a way , it helps to show that mental conditions affects everyone, without choosing gender nor racial profiles.

There is social stigma on how the happiest people seemed to have no problems and is somewhat Not Allowed to be depressed, while the people with the broken families are expected to be depressed. The author had shown how different people in different settings views patients with mental health conditions in different lights. As a reader, we're somehow brought to the most darkest parts of some of the characters train-of-thought, and how, that seeking for help is not something that should be considered detrimental to your career and health. The social stigma had not only made the particular individual suffered, it had also destroyed families and institutions for the sake of covering up something that needs to be addressed in the first place.

One of the interesting elements of the book would also be the court proceedings that had taken place in the book. I don't want to give too much spoilers, but what I can tell, the author had shown some of the court proceedings in a way that made it super informative but in a way that has the emotional pact and toll that it has for the characters.

There were parts to me that seemed a bit sudden and there are things that can be improved, but overall, I've enjoyed this novel very much. It spoke to me in a sense that made it just hard to breathe sometimes (I think I'm mostly triggered), but I was attached with the characters. It opens up so many doors of opportunities, in discussion of mental health, in bringing awareness , especially in seeking for help and also debunking the stigma that people with mental health conditions cannot live normally. There is a representation of a schizophrenia conditions, who has metldown episodes, but is super diligent with his medications. The author had shown a side where, WITH MEDICATIONS, your conditions can be controlled and people with these conditions CAN LIVE THEIR LIVES AS NORMAL AS THEY ARE ABLE TOO. The author had also related how religion plays a part with people with mental health conditions and the stigma of "not praying enough" as somewhat a repercussion to your suffering.

This book is just everything. Its a representation of mental health in a form that we can reflect on and also make amends with the people around us.

Biggest thank you to the publisher for providing an ARC for this book!
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
September 30, 2022
"Man, aku nak peluk kau boleh?"

Sambil mendepakan tangan, dia merapati dan merebahkan seluruh kepatahan jiwanya di pundak saya.

Saya terkedu, sekadar menepuk-nepuk bahunya memberi semangat. Itu sahaja yang saya mampu ketika itu.

Pengalaman pertama saya bersama rakan yang mengadu akan kesihatan mentalnya. Malam itu, saya lebih banyak berdiam diri. Mendengar semua rintihan beliau.

Sejak dari hari itu, saya berazam pada diri sendiri, untuk lebih memahami dan empati.

"𝗣𝗲𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗶𝘀𝗶𝗽𝗹𝗶𝗻 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗳𝗶𝗴𝗵𝘁𝗲𝗿, 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝗴𝗮-𝗷𝗮𝗴𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗺𝗶𝗻𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶"

Sewaktu Curhat JIWA bersama @aimanazlan90 minggu lepas, saya bertanya, apakah cara terbaik menjadi crying shoulder seseorang.

"Be there for them. Kehadiran kamu meyakinkan mereka bahawa "I hear you" & "I'm here for you" balas Aiman.

(Dengar rakaman Curhat JIWA di: https://twitter.com/i/spaces/1zqJVPyz...)

Yang Paling Antara Kita mengajar kita bagaimana caranya menjadi individu yang memahami.

Saya tidak mahu mengulas panjang hal² penulisan dalam novel ini: baik dari cerita, watak, plot dan sebagainya. Reviewer² sebelum saya sudah sangat baik berkongsi perkara itu dalam reviu mereka.

(Jemput baca di IG JIWA : https://instagram.com/inibukujiwa?igs...)

Malam ini, saya hanya mahu berkongsi.

"Kenapa awak perlu membaca Yang Paling Antara Kita?"

Kerana Patah mengajar kita bahawa apabila meminta pertolongan, tak bermakna kita lemah.

Patah menyedarkan kita bahawa ada ramai² pejuang² di luar sana yang memerlukan empati & kefahaman kita.

Patah mewakili suara² mereka.

Dan awak sebagai pembaca, dengarilah suara tersebut.

Dalam hidup ini, kita tiada sebab untuk saling membandingkan siapa yang paling patah antara kita. Semua pernah kalah, semua pernah pasrah.

Pemenang yang sebenar adalah mereka yang baik hatinya. Yang bersih mindanya dari sebarang stigma & prejudis.

Pejuang² yang saya (dan apa yang novel Patah) sebutkan ini ada. Mereka wujud di sekeliling kita. Mereka juga orang² biasa. Seperti kita.

Hidup akan menjadi lebih damai jika kita sudi empati dan saling berbagi rasa.

Bacalah Yang Paling Patah Antara Kita, anda akan menemui sesuatu yang menjernihkan jiwa.

***

Anda boleh dapatkan Yang Paling Antara Kita di sini:
🔗 bit.ly/palingpatah

#patah #inibukujiwa #mentalhealth
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews369 followers
September 24, 2025
Ini kali pertama aku begitu terkesan dan terbawa - bawa dengan nuansa sedih dan tragik yang dizahirkan melalui tarian pena seorang penulis. Sehingga review ini ditulis pun, kejadian langsung tak terduga yang melanda Azfar membelenggu pemikiran aku. Aku macam dihela masuk dalam realiti itu dan dipaksa menjadi penonton di tempat kejadian, live! Rupa Azfar, Firman, Jimi dan Zaquan dizahir oleh minda dengan begitu nyata. Pintu asrama, cawan berisi Vico, terpampang jelas; setiap perkataan yang disebut watak - watak ini tak kisahlah tergetus dari hati atau disebut dalam percakapan dorang dapat aku dengar dengan jelas. Entah kenapa aku begitu terkesan.

Memang patut kena ada trigger warning di halaman depan. Aku sendiri terbawa bawa dengan apa yang terjadi selepas Jimi pergi beli makanan, selepas Firman jumpa Azfar dalam bilik sampailah ke penghujung cerita. 2 3 kali aku berhenti membaca dan sedut udara segar yang dihantar oleh bayu malam di luar balcony. Kelangsungan cerita yang padat dengan teka teki dan kesetiaan seorang kawan bernama Firman yang sudah nekad mahu berkorban demi menjaga rahsia kawan baiknya begitu menghimpit arteri koronari aku. Sesak nafas dibuatnya.

Dah lah, aku tak nak mengulas dengan detail. Korang kena baca buku ni. It just that, ada beberapa cadangan untuk dipertimbangkan:

- Keberangkalian sekawan lelaki berkumpul dan main truth or dare itu agak rare. Aku faham itu antara scene penting untuk memaut assumption - assumption yang seterusnya tapi…
- Gaya berbahasa di kalangan kawan rapat kaum lelaki tak se-feminin itu. Adakalanya bulu roma aku merenang sebab sistem kepercayaan aku cenderung menafikan gaya berbahasa cam tu
- Sebelum membaca page latar belakang and penulis, aku kagum betul dengan kebolehan berbahasa undang & undang dan teater penulis. Bila dah baca, oh patutlah. Cuma, kehebatan Zaquan tenggelam sedikit disebabkan kekurang-fasihan penulis dalam bidang bola keranjang (kot?)

Bila ingat balik, aku still dapat rasakan gundah hati aku selepas kecelakaan yang menimpa Azfar, sehingga bab kedua sebelum akhir. Jujur aku cakap, hanya selepas segala rahsia dibuka satu per satu, baru aku dapat bernafas dengan lancar malam tadi. Hebat betul Ainul Farihah!

Novel ini sebenarnya membuka mata aku untuk memahami mental health issues tanpa judgemental. Ia wujud dalam stigma masyarakat kita yang tak faham maka tak kenal. Selain “sakit”, nilai erti setia kawan digarap dengan sangat baik, sesekali buat aku teringat akan Gantung by Nadia Khan yang juga mengangkat nilai persahabatan dan setiakawan. Tak lupa juga Ray si pengarah teater, sama macam Azfar dalam novel ini.

Aku bagi 4.9 / 5 stars
Profile Image for lysareading.
311 reviews43 followers
September 26, 2022
Personal rating

📚 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗣𝗮𝘁𝗮𝗵 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗞𝗶𝘁𝗮 | @ainulfarihah_ • @inibukujiwa
💔 𝗠𝗮𝘀𝘀𝗶𝘃𝗲 𝗽𝗮𝗶𝗻. 𝗣𝗮𝗶𝗻 𝗹𝗲𝘃𝗲𝗹 𝟭𝟬𝟬𝟬𝟬/𝟭𝟬

𝗘𝗸𝘀𝗽𝗿𝗲𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮: Buku apa aku baca ni weh
𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗱𝗮𝗵 𝗵𝗮𝗯𝗶𝘀 𝗯𝗮𝗰𝗮: ........................... 😭

Dalam pada ingin sembuh, ada suara yg menghalang.
Dalam pada ingin didengari, ada insan yang mencanggah.
Dalam pada ingin difahami, sekelumit memberi perhatian.

Permulaan cerita digarap dgn penuh bersahaja: santai untuk pengenalan. Buku ni ada beberapa sudut pandangan karakter lain & sedikit garis masa 'past & present'. Naratif tak meleweh dan aku kasi 'thumbs-up' dgn konsep diketengahkan bila ada unsur saspens & twist dlm persahabatan, perundangan dan pendekatan isu kesihatan mental. Makin diselak eh, makin intens 📈 Aku suka bila ada 'court scene' — rasa mcm kau dkt mahkamah & tengah jalani perbicaraan.Terbayang pula mengenai cross-exam, leading question yg diutarakan peguam kepada OKT, saksi semua. Yelah kita pun bkn selalu pergi mahkamah.

———
Karakter yg ada pun bukan semata nak isi tempat kosong. Mereka hidup dan sememangnya wujud personaliti yg dikarang dkt dunia luar. Ada juga beberapa babak karakter tu yg aku rasa berkait sampai triggered. Ada dialog yg buat aku — "Hm ini apa yg selalu aku ckp." 😭 Bagi aku, itulah magik yg penulis tampilkan. Beliau mcm tahu-tahu je titik penting yg perlu dia karang supaya aku boleh faham isi hati setiap karakter tersebut sama ada antagonis/protagonis.

Untuk simpulkan buku ni dgn lebih baik — Pentingnya kita sebagai manusia yg berakal ni faham nilai untuk jadi seorang ibu/bapa dan juga sahabat. Ketelusan dan persefahaman tu bukan easy nak create. Jgn assume kau faham someone tu 💯 sbb belum tentu kau 'emotionally relate' dgn dia. Cuba untuk jadi pendengar yg baik & jgn prejudis dgn apa org lalui.

Bagi aku, buku ni bukan untuk semua org. Kalau bersedia untuk baca, hadamlah dgn sepenuh jiwa 💌 Terima kasih JIWA atas naskhah sehebat ini #palingpatah #inibukujiwa #resensibuku
Profile Image for hans.
1,166 reviews152 followers
September 24, 2022
Tertarik dengan judul dan patah pertamanya yang bermula; “Sakit. Semua orang pernah rasa sakit seperti ini” jadi teringin nak tahu lanjut tentang jalan ceritanya. Lagipun temanya agak bagus sebab berkaitan kesihatan mental, persahabatan, dinamik keluarga dan perihal perundangan. Kisah Azfar, Firman, Zaquan dan Jimi; empat watak peneraju naratif yang bawa aku menjelajah erti persahabatan, sifat setia dan perdebatan emosi yang berakhir dengan satu tragedi yang tak disangka.

Penceritaannya berselang antara imbas semula dan naratif semasa dalam bab-bab yang mengikut perspektif watak, mudah dihadam walaupun sarat dengan konflik dan babak-babak yang menggugah jiwa. Eksposisi watak-wataknya kemas dan perinci, gemar dengan cara penulis selitkan isu depresi dan beban kesempurnaan dalam konteks hubungan ibu dan anak. Agak terkilan baca babak-babak antara Puan Liza dan Azfar— seorang ibu sepatutnya yang ‘menjaga’ tapi masih dangkal dan menganggap kesihatan mental ini cuma perkara remeh atau minta perhatian. Hal persahabatannya aku suka; garapan watak-watak dengan refleksi realiti, perihal prejudis dan stigma tentang pesakit mental yang buat aku menyampah dengan Zaquan, tentang kepercayaan dan sifat empati juga aku rasa penulis berjaya mengolah plot Zaquan dengan berkesan bila dia sedar sekuat dan sebagus mana pun peribadi seseorang, tak semestinya dia tak akan didera dengan masalah emosi.

Naratif pertengahannya berlatar babak dalam mahkamah dengan sisi deskriptif perundangan dan perspektif cerita daripada Mikail; seorang peguambela. Sangat intens dan penuh saspens, suka babak Dr. Afiqah sebab berkaitan hal psikologi dan adegan Tuan Hakim dengan TPR Yana waktu ni. Agak senang juga nak teka jalan cerita akan ke mana tapi eksplorasi dan perkembangan naratifnya ada dinamik yang menarik; tak sabar nak tahu macam mana Mikail akan rungkaikan kisah sebenar.

Dari kisah 4 sahabat, Puan Liza, adik Azfar dan Mikail sendiri, setiapnya bagi aku pernah menghadap satu momen patah hati di sini; masing-masing dengan definisi ‘patah’nya sendiri— sesuai sungguh dengan judulnya. Tahniah kepada penulis kerana berjaya menulis sebuah representasi fiksyen yang sarat moral dan bagus dalam mengangkat isu psikologi, sosial, kekeluargaan dan bagaimana kesan meremehkan kesihatan mental boleh mendatangkan sengsara emosi kepada mangsa. 4.2 bintang untuk naskhah ini!

Terima kasih Buku JIWA untuk pemberian edisi pembaca terawal!
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
April 8, 2023
Rate: 5⭐️

How should I start 😞 Buku ni terlalu banyak benda yg aku nak cakap. Buku yang rasa sangat dekat sebab menggambarkan realiti dan stigma yang dihadapi oleh orang-orang yang ada masalah mental health. Aku ada someone yang close to me pernah menghadapi all these, and we can see the exact same reaction from other people. Sama mcm apa yang buku ni gambarkan.

I think everyone should read this book. Buku ni bagus sebab menceritakan dari sudut pandang yang berbeza, dan kita dapat lihat yang zahir itu tak cukup untuk menggambarkan hidup seseorang tu. Selain tu, buku ni macam bagi suatu kesedaran kepada kita dan juga rasa healing jugak. ❤️‍🩹 Boleh jadi kita merupakan salah seorang daripada empat watak yang ada dalam cerita ni. 😢 Buku ni sedih dan sangat relatable. Aku baca ni serious rasa macam aku ada dalam tu, tapi sayangnya aku hanya dapat perhatikan diorang je. Kalau tak dah lama aku macam nak cakap dengan setiap karakter yang ada tu. Huhu. Punya la feeling kan 😖

Banyak ayat-ayat yang sangat deep dan terkesan dekat hati ni.

“Dia tidak sedih, cuma dia tidak gembira”


Aku suka bila author ada letak ruang kosong dekat the end of the book for each character, untuk kita luahkan apa yang kita rasa mengenai setiap watak tu 🥹 Overall, memang best 🫶🏻 Dah jadi one of my comfort book 🫰🏻
Profile Image for LA.
113 reviews7 followers
December 3, 2022
♾/5
Saya tak pernah rate ♾ dekat mana2 buku selepas ILUS (in 2014) But this one😔🫶🏻🤍
Profile Image for Hanalovesbooks.
155 reviews20 followers
August 14, 2023
Azfar ni kelihatan perfect di luaran tapi broken dalaman.

Firman pula nampak sgt broken di luaran tapi yang paling kuat dalaman.

Zaquan mewakili manusia yg tak nak memahami, yg merasakan mental illness ni taboo.

Jimi watak yg suka berdiam diri tapi lantang apabila perlu.

Firman, zaquan n jimi protect friendship dan azfar dengan cara mereka sendiri. Takde sesiapa yg salah.
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
June 25, 2023
Sesiapa yang belum baca buku ni, tolong baca. Very recommended. Aku nangis gila2 kot masa baca😭 scene court tu superb! 🫡
Profile Image for Fatini Zulkifli.
434 reviews40 followers
February 22, 2023
Secara ikhlasnya 3.5/5.

Buku ini tidak ditaja. Jadi saya bagi 3.5. Kalau ditaja, baru saya bagi maksimum 4. Hehe.

Awal-awalnya agak bosan juga bagi saya. Jadi saya ambil masa yang agak lama untuk habiskan iaitu 10 hari. Biasanya kalau sesuatu buku itu mengambil masa lebih daripada lima hari, bermakna buku itu kurang engaging untuk saya.

Mungkin saya agak bosan dengan setting dia (banyak elemen UIA yang sangat obvious - tempat saya belajar dahulu). Jadi tiada benda baru dari segi setting.

Kemudian, temanya tentang persahabatan di universiti. Di usia 30 tahun ini, temanya kurang relevan sikit dengan saya. Kalau saya baca masa umur 25 tahun dan ke bawah, barulah saya rasa relevan.

Kemudian, isu tentang pesakit mental ini agak dekat dengan saya. Ini kerana masa belajar di UIA dahulu, saya ada beberapa kawan seperti Firman dan saya selalu baca tentang penyakit mental baik novel, artikel kajian, ceramah di YouTube dan lain-lain. Novel ini ibarat refresh balik ilmu yang saya ada sebelum ini. Reaksi saya ialah, "Ohh belajar dah pasal benda ni."

Oleh sebab setting, tema dan isu dalam novel ini telah diketahui, jadi saya rasa boring la sikit.

Melainkan!

Melainkan prosesur perundangan dan proses perbicaraan yang sangat-sangat menarik. Saya belajar benda baru dekat sini.

Selain itu, saya suka complexity of the story hujung-hujung tu. Awal cerita tu macam mendatar, lepas masuk 100 muka surat terakhir baru seronok. Saya suka bagaimana emosi saya menggelegak dengan mak Azfar yang... Aduhai aku rasa macam nak cekik je mak Azfar ni.

Walaupun!

Walaupun selera peribadi saya hanya 3.5/5 tak seperti orang lain, saya setegas-tegasnya mengesyorkan untuk beli buku ini untuk dibuat koleksi di rumah.

Buku ini sangat bermanfaat untuk anak saya. Walaupun dia baru 2 tahun, saya yakin anak saya akan dapat manfaat nanti dia besar. Manfaatnya ialah bahasa penulis bagus, anak saya boleh belajar tentang pesakit mental, dan boleh belajar tentang dunia perundangan. Tambahan pula, buku ini sejuta kali lebih elok daripada novel cinta kahwin paksa atau novel cinta kahwin dengan perogol yg bekerja sebagai CEO syarikat bernilai berbillion-billion.

Sila beli novel ini untuk kebaikan anak dan ahli keluarga anda.
Profile Image for Faiz • فائز.
367 reviews3 followers
May 14, 2024
Tidak berminat mengulas mengenai jalan cerita. Semuanya baik dan tersusun, walau saya boleh agak pengakhirannya bagaimana.

Kagum dengan keupayaan penulis menterjemahkan perasaan watak sehingga pembaca dapat terjun bersama dalam penceritaan. Barangkali mereka yang benar-benar menghayati cerita ialah mereka yang emosinya mudah terusik; berusaha melawan suara-suara dalaman, mempunyai kawan yang mempunyai masalah mental, dan faktor-faktor lain yang dirasakan seumpamanya. Adapun pembaca seperti saya yang sukar merasai kesakitan orang lain, sukar untuk saya menyelami perasaan watak-watak yang ditampilkan.

Walau bagaimanapun, isu berkaitan kesihatan mental semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Kesedaran yang semakin bercambah baik. Diharapkan dengan kehadiran buku-buku sebegini dapat menghapuskan stigma terhadap kesihatan mental.
Profile Image for azry.
46 reviews38 followers
September 1, 2023
“setuju tak kalau saya kata buku ni best?”

“setuju”

“setuju tak kalau saya kata semua orang patut baca buku ni?”

“setuju, sangat setuju”
Profile Image for Showering.
155 reviews9 followers
September 22, 2022
✨Yang Paling Patah Antara Kita✨
5⭐️

Tidak mampu untuk saya huraikan perasaan selepas membaca buku ini. Seperti tajuknya, "Yang Paling Patah" menyebabkan saya juga merasai rasa ‘patah hati’ tersebut. Patutkah saya mengesyorkan anda untuk membacanya? SUDAH TENTUNYA YA, WAJIB BACA! Saya sangat-sangat mengesyorkan anda untuk memiliki buku ini dengan cara membuat pra-tempah sebab saya jamin anda semua tidak akan menyesal.

Saya sangat kagum dengan gaya penulisan penulis buku ini, Ainul Farihah kerana berjaya menghasilkan sebuah ‘karya agung’. Buku ini mengajar kita tentang pelbagai perkara terutamanya mengenai kesihatan mental dan ketulusan dalam persahabatan yang ikhlas dan sentiasa ada untuk satu sama lain. Sejujurnya, emosi saya sangat sedih dan turut merasai ‘kepedihan’ ketika membacanya walaupun hanya beberapa mukasurat. Saya yakin anda dan pembaca-pembaca yang lain juga akan merasai perkara yang sama kerana hampir kesemua konteks dan penceritaan buku ini sangat berkait rapat dengan kehidupan harian kita. Tidak pernah lagi saya menjumpai sebuah buku yang mampu membuat pembacanya merasai kepedihan seperti buku ini.

Sebab-sebab mengapa anda perlu melakukan pra-tempah segera buku ini :
🚶🏻‍♀️ Penulisan yang mudah, senang untuk dibaca dan difahami. ‘Pembaca baru’ juga boleh membacanya. Barulah kita boleh bersedih dan berduka bersama-sama.
🚶🏻‍♀️ Membuka mata masyarakat mengenai isu kesihatan mental. Perkara ini bukan gurauan, kerana ia semakin menjadi-jadi dan harus diambil berat oleh semua lapisan masyarakat.
🚶🏻‍♀️ Mengajar kita tentang erti ketulusan dalam persahabatan dan bersama-sama dalam menghadapi masalah yang dihadapi.

‘Yang Paling Patah Antara Kita’ merupakan buku bahasa melayu pertama saya beri 5 bintang untuk tahun ini. Buku ini membuatkan saya ingin membaca buku-buku bahasa melayu yang lain. Terima kasih @inibukujiwa atas pemberian edisi terawal buku ini. Saya amat berbesar hati dan akan membaca buku-buku keluaran jiwa yang lain pada masa akan datang.
Profile Image for Izzati Aisyah.
264 reviews40 followers
January 25, 2023
Azfar

Sakit. Semua orang pernah rasa sakit seperti ini. Sakit itu rasa; tidak terlihat. Sejenis rasa bagi yang menanggungnya. Tidak akan dirasai oleh mereka yang tidak mengalaminya. Itu jelas. Jika mereka tidak dapat melihatnya (sakit itu), mereka fikir kita tidak sakit. Kita sihat... dan gembira.

Kerana itu, rasa yang tidak dapat dilihat perlu dizahirkan, walau bagaimanapun caranya.

Cuma, aku tidak biasa, dan tidak tahu cara.

****

Zaquan

Aku nak, kita semua lindung sesama sendiri dalam apa-apa situasi yang berlaku, selagi mana termampu. Aku anggap kita berempat dah macam satu team. So, yeah, aku harap kita semua janji yang kita akan jaga sesama kita sendiri.

****

Firman

Demikianlah seorang sahabat, orang yang lebih banyak membuat hidup Firman terasa lebih baik dan terus baik. Walhal antara sahabat dengan sahabat itu tiada pertalian darah yang menghubungkan mereka melainkan tanggungjawab dan kasih sayang.

****

Jimi

Semuanya tidak mudah, tetapi yang tidak mudah itulah yang tidak dilihat orang, kerana itulah kelebihan & kelemahan seorang introvert. Gembira & sedihnya tampak sama. Bising dan diamnya tampak serupa. Apabila sentiasa bersendirian, dia kekal dianggap normal.

****

Tiga elok, satu rosak.

Semua penting.

- Dia tidak sedih, cuma dia tidak gembira. -

P/s: susah nak move on dengan novel ni. Worth reading. Moga yang sakit akan segera sembuh. Congrats penulis. Isu yang diangkat cukup berat (mental health disorders) tapi disampaikan dengan baik untuk sama-sama menyelami 4 karakter sahabat daripada perspektif berbeza.
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews107 followers
September 29, 2022
“Sakit itu rasa; tidak terlihat. Sejenis rasa bagi yang menanggungnya.” Hanya dengan membaca halaman pertama saja sudah membuatkan aku terpikat untuk membaca lanjut buku ini. Kulit buku juga cantik dengan diselitkan empat jejaka iaitu Azfar, Firman, Zaquan, dan Jimi.

Permulaan buku dimulakan dengan setting di universiti. Seronok baca kisah mereka, aksi mengusik sesama sendiri sehingga pada satu ketika, detik indah mereka bertukar menjadi tegang dan duka. Aku mula berteka-teki akan perkara sebenar yang berlaku. Di sinilah, datang watak Mikail sebagai seorang peguam jenayah, lantas setting di mahkamah bermula dan mendominasi lebih 50% daripada keseluruhan buku ini.

Cerita disampaikan dari sudut pandang keempat sahabat ini bersama teknik imbas kembali. Gaya penulisan lancar dengan laras bahasa yang mudah difahami. Mengangkat tema persahabatan, penulis juga membawa topik yang perlu dibincangkan seperti kesihatan mental juga stigma dalam masyarakat, peranan ibu bapa, dan kepercayaan dalam memegang rahsia. Semua topik ini dibentangkan dengan tersusun dan cukup membuatkan pembaca berfikir mengenai setiap satunya.

Kadang-kadang tindakan kita ada membuatkan orang terluka dan apabila dipendam lama oleh orang tersebut, ia boleh berubah menjadi satu perkara yang tidak diduga. Ketika membaca buku ini, seringkali aku memikirkan insan di sekelilingku, adakah semua kelakuan mereka benar dan tidak memendam segala rasa di jiwa. Aku harap tiada yang tersembunyi. Ceritalah jika ada yang terpendam. Sekalipun aku sukar memahami, aku janji yang aku tidak akan menjadi seperti "orang itu". Kalau yang baca buku ni, tahulah siapa 😏

Buku ini pasti berada dekat dengan diri setiap pembaca. Satu naskhah yang bagiku mampu memberi impak yang kuat beserta pengajaran yang amat diperlukan. Bacalah buku ini agar semua dapat belajar menyelami emosi serta empati kepada orang lain, pada kesakitan yang kita tidak nampak dengan mata kasar. Isu kesihatan mental perlu dibincangkan dan bukan dipandang remeh. Aku percaya buku fiksyen juga memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran terhadap isu kesihatan mental dan buku ini berjaya melakukannya. 4.5 bintang bersinar untuk buku ini! 💛
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
March 10, 2023
11/23

Yang Paling Patah Antara Kita - Ainul Farihah

Aiyo, novel YPPAK ini saya kira novel terbaik daripada rumah penerbitan Jiwa. Ceritanya terlalu memberi kesan sehingga usai sahaja saya membaca naskhah ini, saya terfikir sebentar, sebegitu hebat dugaan hidup empat sekawan ini. Bagi saya penulis telah mewarnakan cerita ini dengan sangat cemerlang.

Keakraban antara Azfar, Zaquan, Jimi dan Firman dapat dirasakan oleh saya sebagai pembaca. Kesakitan yang dirasai setiap watak turut meninggalkan rasa sakit pada pembaca. Babak di dalam mahkamah turut memberi efek yang meruntun jiwa.

Tahniah buat Ainul Farihah. Usaha penulis membawa tema kesihatan mental wajar diberi pujian.
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
August 25, 2023
Genre: Slice of life / drama
TW: mental illness/ suicide attempts

"Kau okey?" - A very simple question, yet not everyone can answer truthfully.

If you're looking for fluff, trust me, this ain't it. Stay away from this book.

This book tells about four friends - Azfar, Firman, Zaquan, and Jimi's journey while studying. Each and every one of them faces struggles that they prefer to keep to themselves - at one point, somehow ate them up and became the cause of their downfall. I can somewhat relate to this book. You get to see various things in a different way from the perspectives of the characters.

In my opinion, the story is a little draggy - it took some time to get to the actual point of the plot. I almost put this book down, but I convinced myself to keep going. When it was finally revealed, I felt very upset, but at the same time, I wouldn't question why it happened.

I admire the friendship of these four lads. It must be nice to have friends who have your back no matter what happens, no? Everyone deserves to have this kind of friend in their life.

I'm utterly furious with Azfar's mother. That woman deserves to rot in the deepest pit of hell. I said what I said.
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books106 followers
February 11, 2023
Sedih.
Rasa nak menjerit lepas baca buku ini.
Sebak, geram, marah, terharu semua emosi bercampur-aduk.

Be empathy, please.
Peringatan untuk diri sendiri.
Jangan pernah meremehkan orang lain. Apatah lagi meragui curhat orang.
Profile Image for Tsuki Shiro.
93 reviews34 followers
July 30, 2023
⭐Tidak perlu berlumba untuk menunjukkan siapa yang paling patah antara kita.

⭐Tidak mengapa menjadi yang lemah, itukan satu fasa.

⭐Not everyone deserves to be a parents
Profile Image for Lila.
43 reviews6 followers
January 29, 2023
Kita tahu sesebuah buku itu bagus bila dah baca tak boleh nak letak. Kalau letak pun masih teringat-ingat. Kudos to @ainulfarihah_ for this masterpiece. Lila suka!

1) Watak dan perwatakannya jelas dan mempunyai ‘identiti’. Jadi, walaupun dalam satu bab itu bertukar2 naratif antara Azfar,Firman,Jimi dan Zaquan pembaca auto tahu siapa yang sedang ‘bercakap’ dan pembacaan jadi smooth.

2)plot yang disusun kemas, plot twist yang diletakkan walaupun predictable, tapi tetap buat Lila rasa excited untuk terus membaca sehingga ke titik akhir.

3) Lila tak menangis membaca buku ini, sebak itu ada; tapi Lila enjoy sepanjang pembacaan. For me, it’s more like an adventure, belajar ‘memahami’ orang lain dari sudut pandang berbeza.

4) Lila banyak reflect diri sendiri bila baca especially part mak dan anak dalam cerita ini. menjadi ‘parent’ itu tidak mudah, dan menjadi ibu/bapa yang mampu ‘mendengar’ dan ‘memahami’ apa yang anak kita mahukan juga adalah ibarat satu ‘peperangan’ dengan diri sendiri. Sebenarnya bila baca Lila berharap ada pov Puan Liza 🙃.

5) Isu kesihatan mental yang diangkat, dan prosedur dalam mahkamah yang jarang diceritakan kepada umum membuatkan naskhah ini ‘lain daripada yang lain’

Tahniah Ainul Farihah dan @inibukujiwa atas karya yang baik ini. Semoga Ainul terus diberikan ilham untuk karya yang seterusnya. Kak Lila tunggu 😉

P/s: Lila suka cover yang baharu. Terasa lebih ‘sampai’ maksud dengan ceritanya 🤪
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
October 22, 2022
BUKU : Yang Paling Patah Antara Kita oleh Ainul Farihah. Terbitan Jiwa (2022)

Kisah tentang 4 orang sahabat yang hidup di alam mahasiswa. Azfar, Firman, Zaquan dan Jimi. Mereka sahabat yang sentiasa bersama berkongsi kehidupan di Universiti susah dan senang.

Masing-masing punya karektor yang berbeza. Cerita, kecenderungan dan persepsi yang berbeza.

Namun, persahabatan mereka teruji dek satu tragedi yang tak diduga menimpa. Mikhail seorang peguam yang mengambil kes tragedi itu, mula merungkai keanehan tragedi itu.

Kemudian cerita memasuki dunia menuntut keadilan di dunia iaitu Mahkamah. Di sinilah penulis berjaya memastikan pembaca tidak berkelip mata untuk terlepas setiap butir babak.

Naratif cerita menggunakan setiap bab diwakili watak yang berbeza. Terus saya teringar novel Wonder oleh R.J Palacio juga menggunakan teknik cerita yang sama.

Saya suka teknik penceritaan seperti ini kerana ianya menggambarkan pandangan yang berbeza dalam satu babak yang sama.

Meskipun kadangkala satu peristiwa itu berlaku depan mata kita secara jelas namun boleh jadi sudut pandang kita tersasar jauh dari hakikat sebenar. Mudah contoh nombor 9 dipandang dari sudut atas menjadi nombor 6.

Tema novel ini ialah kesedaran terhadap kesihatan mental. Mendidik kita bahawa kesihatan mental perlu diambil serius. Bahkan boleh kita katakan lebih dari menjaga kesihatan fizikal.

Kesihatan fizikal boleh dilihat, manakala kesihatan mental lebih bahaya kerana tidak terzahir dek mata kasar.

Siapa sangka orang paling ceria dalam kalangan kita adalah orang paling menderita jiwanya. Bebanan terlalu berat ditanggung seorang diri.

Jika ada masalah ceritalah. Kata orang putih " It's okay not to be okay." Setiap dari kita punya titik kelemahan, tiada manusia sempurna walau sehebat mana pun dia di mata manusia yang lain.

Masyarakat perlu dididik mengubah stigma pesakit mental adalah gila. Ianya penyakit yang boleh dirawat oleh persekitaran dan orang sekeliling.

Jangan pernah sesekali merendah-rendah masalah dan kesakitan yang dihadapi oleh seseorang. Jadilah penyokong atau sekurang-kurangnya pendengar yang baik.

Hidup ini bukan perlumbaan siapa paling sakit atau paling gembira. Hidup manusia adalah perkongsian untuk saling membangun.

Akhirnya novel membuat kita tertanya-tanya apa khabar orang sekeliling kita? Sihatkah mereka? Atau berselindung di sebalik sihat, tidak sihat?

Sedikit cebisan picisan dari saya. Watak utama 4 sahabat lelaki, namun beberapa dialog "tidak kena" dengan watak lelaki. Atau mungkin hanya lelaki seperti saya.

Namun, itu tidak merencatkan tugas novel ini untuk menyentuh jiwa pembaca. Berlayar bersama menghayati jiwa-jiwa yang patah. Azfar, Firman, Zaquan dan Jimi ada di sekeliling kita.

#Inibukujiwa
Profile Image for aliyah.
72 reviews2 followers
February 24, 2023
tiga elok, satu rosak. semua penting.

sedih.
kesedihan tersebut masih terasa sampai sekarang yang mana sangat memberi impak kepada diri saya. senang cerita, saya memang betul betul patah kali ini.
ambil masa ni nak betul betul move on 🥲

bagi saya, tema utama yang difokuskan dalam yang paling patah antara kita adalah persahabatan dan seterusnya barulah kesihatan mental, kekeluargaan dan lain-lain. empat sekawan yang ukhwah mereka sangat terjalin; azfar, firman, zaquan dan jimi. namun, disebabkan satu insiden semuanya mula berubah.

karakter yang wujud dalam yang paling patah antara kita, semuanya hidup. setiap daripada mereka mempunyai peranan masing-masing. saya sangat impressed dengan cara penulis menggambarkan emosi setiap karakter. bak kata lysa, kita sendiri boleh bezakan perasaan yang ada pada setiap karakter. suka sangat dengan persahabatan mereka ni 🥹 memang betul betul potray 'sahabat dunia akhirat' walaupun ada beberapa adegan yang menyakitkan hati terjadi.

scene semasa di mahkamah sangat intens dan saspen teruk! rasa macam kita ada sekali dalam tu. peguam pembela, mikail sangat memainkan peranan dalam mencari kebenaran dalam segala benda yang berlaku dalam persahabatan mereka ini. babak antara dr afiqah dan tpr yana antara adegan yang paling saya suka semasa scene di mahkamah sebab intens gila! flow penceritaan di dalam buku ini sangat tersusun dan smooth. semuanya tersusun dan tidak bersepah walaupun ada timeline past and present.

sebagai kesimpulan, setiap manusia mempunyai perkara yang dipendam cuma ia disembunyikan dengan rapi sahaja. dia macam, aib kita. yang tahu tentang itu pun, perlulah diam, hadam dan faham dengan perkara itu. bukan terus, hukum, judge dia and denied everything. sebab benda tu belum terjadi kat diri kita sendiri, itu kita boleh judge orang macam tu sebab kita tak boleh relate dengan dia. another lesson yang saya rasa saya juga perlu buat is treasure all the memories and capture all the moments even benda tu benda kecik. lastly, jadilah pendengar yang baik ya wahai manusia.
Profile Image for Umi Humairah.
63 reviews2 followers
December 29, 2022
Semacam ada perasaan berat sepanjang pembacaan. Dan ia memuncak pada bab "Terima kasih" dari sudut pandang Jimi. Saya tak menangis, kerana yang saya rasakan bukan sedih. Tapi perasaan marah dan kesal yang amat besar.

Pihak JIWA benar. Cerita ini ialah cerita kita semua.

Saya tak tahu hidup anda, tapi saya bersahabat dengan seorang "Azfar" yang "sempurna" dan berpura-pura semuanya baik-baik saja. Juga dengan seorang "Firman" yang setia dan kuat jiwanya. Saya mengenali seorang "Zaquan" yang dangkal, dan seorang "Puan Liza" yang mengira hidup orang lain hanya berputar sekitarnya. Mungkin saya berasa paling marah dan kesal kerana teringat bahawa hal-hal sebegini wujud dalam realiti. Dialog-dialog yang ditulis adalah nyata. Dan saya — seperti watak Jimi — hanya mampu menjadi watak yang hidup seperti biasa, seperti segalanya tidak memberi kesan apa-apa terhadap diri.

Novel ini sarat dengan isu kesihatan mental. Dan setakat pembacaan saya yang terhad, saya rasa ini novel terbaik yang boleh dibaca mereka yang tak familiar dengan kesihatan mental. Bahasanya bersahaja, kelajuan plotnya sederhana, dan paling penting, mesejnya sampai.

Saya suka dengan cara penulis yang mempelbagaikan sudut pandang satu-satu babak melalui watak-watak berbeza. Lambatnya giliran bab dari sudut pandang watak tertentu menyebabkan saya rasa ingin tahu, apa rahsia yang dipegang dari sudut pandangnya? Mengapa kemunculannya dilewatkan dalam babak ini? Gaya penulisan sebegini memudahkan saya memahami cara unik setiap watak berfikir, memproses emosi, dan gaya hidup dengan lebih mendalam secara umumnya.

Dari segi elemen misteri dan "court action", not as thrilling as I expected.

Overall I like this novel. Recommended. Oh ya, amaran cetus (trigger warning) dalam buku ini bukan sekadar perhiasan. Read with care 😊
Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
January 23, 2023
Bagaimana perasaan mempunyai sahabat yang sangat setia? Persahabatan yang menjadi lebih kuat saat jarak menjadi semakin nyata. Persahabatan yang mengatasi segalanya. Sehingga sanggup menanggung salah demi seorang manusia bernama sahabat.

Kisah persahabatan ini mempunyai banyak kenangan. Membawa pembaca merasai banyak emosi.

Di akhirnya, selagi kita tidak merasai sendiri peritnya kesakitan yang dirasai Azfar dan Firman, hilang arah tuju yang dirasai Zaquan dan kesakitan berdiam diri untuk melindungi sahabat-sahabat yang dirasai Jimi.. Kita bukan sesiapa untuk menghakimi dan menghina.

Jujurnya, saya mempunyai keyakinan yang kurang untuk saya enjoy dengan kisah ini, dek tajuknya yang agak cliche, dan kerana sekarang ramai orang yang claim mereka mempunyai sakit itu dan ini serta kebanyakan buku self-help yang tajuknya kesemuanya seakan-akan. Tetapi, seperti yang saya nyatakan, siapalah saya untuk menghakimi dan menghina selagi bukan saya yang berada di kasut empat sahabat ini.

Kisah ini sangat berbaloi untuk dibaca dan diselami setiap watak dan ceritanya. Mungkin seminggu ini saya akan masih ditenggelami dengan kisah mereka..

Seronok juga dapat lari sekejap daripada membaca kisah cinta yang melemaskan kadang-kadang.
Profile Image for Nurul Tasneem.
177 reviews7 followers
January 5, 2023
Sampai hati penulis buat saya menangis tersedu-sedan tengah malam. Haaa.. kan saya dah tak boleh tidur.

Buka sahaja halaman pertama, saya dah bergenang air mata.

Baca POV semua orang selepas dah terbongkar semua, berjurai air mata terutamanya POV Azfar. Allahu, rasa jiwa dirobek-robek seolah-olah saya pula Azfar. Saya dah boleh agak apa sebenarnya yang berlaku sejak baca amaran cetus tapi tulah, tetap terkejut jugak dengan semuanya.

Dahlah, nak sambung menangis.

"Kamu nampak dia senyum, tetapi dia sedang sakit. Kamu nampak dia lemah, namun sebenarnya dia mencuba. Semua orang ada patahnya, dan bagi saya tidak perlu berlumba untuk menunjukkan siapa yang paling patah antara kita. Semua yang patah perlu dibiar tumbuh elok semula. Baik sendiri, atau sama-sama."
Profile Image for SORA.
185 reviews6 followers
November 4, 2022
Karya ke-4 daripada penulis yang aku baca.

Walaupun dapat diagak apa yang terjadi berdasarkan bacaan awal aku dapatan daripada pandangan orang di GR tapi hal ini tidak menjejaskan aku nak berikan bintang penuh. Sebab buku ni berjaya buatkan aku susah nak berhenti baca bila dah mula membaca, berjaya buatkan emosi aku naik turun bila membaca dan berjaya buatkan aku korbankan waktu tidur aku yang jarang-jarang sekali aku korbankan kerana membaca sebuah buku.
Kudos buat penulis 🤩
Profile Image for Ummu Soghir.
57 reviews8 followers
November 25, 2022
Dari separuh buku sudah mula rasa berdebar setiap kali selak satu persatu halaman. Gemuruhnya rasa sampai mahu habiskan dalam satu hari sahaja (yang mana ia jarang dilakukan oleh saya sejak akhir-akhir ini). Novel ini sangat mendebarkan dan menarik. Sebagai salah seorang pejuang pesakit mental, saya rasa sebak dan tersentuh dengan garapan karya penulis. Nampaknya saya sudah mula sukakan karya Ainul Farihah. Tak sabar nak cari karya beliau yang lain. Tahniah dan terbaik!
Profile Image for Noor Maizan.
85 reviews9 followers
December 27, 2022
10/10

Setiap antara mereka ada kisahnya tersendiri, struggle sendiri...& Firman adalah kawan yg kita semua perlukan. Azfar adalah kawan yang kita sangka dia boleh jaga kita, tapi sebenarnya kita yg perlu tengokkan dia...ketenangan yang too perfect, tentu bukan ketenangan yg betul...

Suka sgt buku ni ❤️
Profile Image for Jessica.
353 reviews45 followers
December 22, 2022
First of all, I bought this book simply because of 2 main reasons:
1. the beautiful cover
2. the hype Malaysian bookstagrammers have been giving this book since it was released.

I must admit at first, I was bored. The story itself is kinda predictable because it’s about mental health and suicidal thoughts or self-harm. It was mentioned on the trigger warning page before the story even started. But I do give credit for the author and the publisher to consider to put the trigger warning at the very start of the book. It’s definitely necessary for some readers.

There was nothing interesting at the first 100 pages, I was thinking of DNF it but the story is readable and it’s not too dry as the author does insert curiosity with hanging sentences or paragraphs. Because I am also a persistent reader, I stick to the end of the book and I did cry (just like other readers who have read this book claimed) and I love the book!

Despite being predictable, the author knows what she’s doing with the plot. Hence, there were few moments in the book, I doubt my prediction, thinking, “Oooohhhh, so it has a different ending? It’s not what I expected it to be? Am I wrong?,” Obviously I’m right about what had happened, I just didn’t know the details of the event but I was tricked by the author’s playful writing, she totally diverts my thoughts to a different possible ending instead. I think that’s brilliant.

I also love the explanation during a trial in the court that goes on for more than a year. Even though not everything written is correct, meaning some could be fabricated, I still find the scenes in the court fascinating and how the lawyers do their investigation really amazes me as a reader.

Talking about lawyers, my favourite character has to be Mikail, the lawyer to one of the four friends who is falsely accused. The most functional character ever created, how he ties everything together is just so perfect. He makes the most sense to me with his humour, witty remarks and his intuition as a lawyer. The most hated character has to be Azfar’s mom. Beside Zaquan, one of the four friends, Azfar’s mom also represents the society with their stigma towards people with mental health issue. If you want to know how evil his mom is, you gotta read this book.

Obviously, this book’s main theme is mental health. I’m really happy the author writes about mental health deeply and not just on the surface. She absolutely smashes her point about mental health awareness by including how the patients feel most of the time and the treatment they attend to and I’m sp glad she writes everything in detail.

However, there’s another thing that I kinda dislike about the writing style but it could be a great thing to others. It’s when an event is being told from different perspectives. For example, one incident would be repeated in 3 consecutive chapters but with different POV. It provides a more wholesome idea and better context on what’s actually going on, it’s not one sided but to me, it irks me tiny bit to read about a situation repeatedly. But is that a bad thing? Not necessarily. In the end, the objective is achieved because readers get to understand the story or the events better.

I expected how everything will turn out but I cried still. Yang Paling Patah Antara Kita is definitely one of the best book I read this year. Glad that it lives up the hype!
Displaying 1 - 30 of 313 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.