Jump to ratings and reviews
Rate this book

Berlari Dari Jogja Untuk Menemukan Si Dia Di Cristiania

Rate this book
"Kawan, dengan berjalan - berapa ramai umat kau boleh temui, berapa banyak upacara kau boleh sertai, berapakah harganya semua pengalaman seperti ini?"

Berlari dari Jogja untuk Menemukan Si Dia di Christiania adalah himpunan catatan seorang pengembara muda. Tulisan ini menyentuh perihal kehidupan dan kemanusiaan, yang kerap kali tertimbus daripada mata awam-kecuali kepada mereka yang mengembara dengan rendah diri dan jiwa yang bersedia menerima realiti.

ZF Zamir akan membawa anda melalui Stockholm, Delhi, Kathmandu, Berlin, Bali, Jordan, Sarajevo, Paris dan pelbagai tempat lagi; lalu menyoal perihal identiti bangsa, sejarah dan jati diri dengan bahasa yang santai namun berisi.

Buku ini pasti akan menyemarakkan perasaan untuk mengembara kerana ini adalah sebaik-baik contoh sebuah travelog.

242 pages, Paperback

First published April 1, 2015

15 people are currently reading
123 people want to read

About the author

Zul Fikri Zamir

10 books128 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
37 (25%)
4 stars
63 (42%)
3 stars
41 (27%)
2 stars
5 (3%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 37 reviews
Profile Image for Raiha.
Author 11 books98 followers
April 27, 2015
Bagai diatur Tuhan, apabila ketika saya merombak skrip travelog sejarah, buku ini pula baru dilancarkan. Memberi saya banyak dimensi baru dalam penjabaran penulisan berlatar belakang sejarah. Janganlah diukur kandungan daripada kulit luar yang seperti poster album muzik populis dan juga janganlah ditanya kenapa kurangnya visual-visual perjalanan. Ia malah diumpan dengan kata-kata mencengkam yang mencangkupi segala kembara kebobrokan dan kemanisan. Buku ini bukan buku travelog piktorial.

"Kini aku kembali berjalan ke persimpangan. Dari daerah keagamaan sehingga ke daerah hak asasi manusia. Satu-satunya jalan yang terbentang di hadapanku kini ialah jalan untuk kaum buruh dan pekerja. Jalan di mana perhambaan ialah Tuhan baharu kepada manusia."

Saya tidak pasti adakah ini adalah sebahagian daripada strategi menggoda untuk turut mengembara bersama penulis kerana di kebanyakan bahagian, ia ditulis dengan deskriptif; beserta sejarahnya, manusianya dan nuansanya. Membuat saya bengkak hati membayangkan bagaimanakah rupa bangunan, warna langitnya, malah tekstur persekitarannya juga bau pasarnya. Mungkin benar. Bengkak hati saya ini cuma akan terubat apabila melihat tempat-tempat ini sendiri.

"Selagi manusia tidak belajar sejarah, selagi itulah kita akan berpusing-pusing di dalam kitaran ini. "-Bro Senad

Dan tidak ada yang lebih penting daripada sejarah. Daripada Bunker Hitler di bawah Berlin, singkapan pembinaan Taj Mahal dan kisah ngeri lampau di Srebrenica; travelog ini boleh saja menjadi sangat-sangat menakutkan. Saya membaca genosid Srebrenica waktu dinihari di stesen komuter sunyi Baru Caves dan isi perut saya bergumpal. Rujukan catatan sejarah pembunuhan, sembelih dan rogol yang boleh sahaja menjadi visual grafik mengalahi mana-mana cerita seram.

"I saw how a pregnant women was slaughtered. There were Serbs who stabbed her in the stomach, cut her open and took two small children out of her stomach and then beat them to death on the ground."-Ramiza Gurdic

Langgam bahasa travelog ini sudah jauh meninggalkan tulisan lurus di dalam Pedagogi Bahasa Tertindas. Dan walaupun tidak mungkin buku ini dapat menandingi kehebatan buku travelog Cambodia & Angkor yang hidup dengan catatan tangan, tampalan polaroid dan lakaran terperinci senibina, tetapi ia hidup daripada sisi lain. Terutama kupasan sejarahnya yang tidak dapat dilupakan.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
May 28, 2015
Ada kadangkala penulisan ZF Zamir dalam buku ini lucu sekali. Sama ada pengalaman beliau lucu atau gaya penulisannya lucu.

Pada awal buku ini – beliau banyak mempersoalkan;
1. Apa yang dicari oleh manusia?
2. Apa itu kemanusiaan?

Aku suka kisah tuan guru kepada Maulana Rumi, Fariduddin 'Attar mengisahkan mengenai cinta kupu-kupu terhadap lilin.

Minggu lepas aku membaca Travelog Mr. Traveller, hanya kisah perjalanan si penulis. Tetapi ada 2 bab dalam Berlari Dari Jogja ini menceritakan 'tujuan backpack'. Aku pula rasa nak pergi melancong rasa ni.
Profile Image for Megat Hanis.
16 reviews7 followers
June 2, 2015
Travelog memang tak pernah menjadi genre kegemaran saya. Bukan kerana ianya tidak bagus, akan tetapi saya memang tak pernah mencubanya apatah lagi sukar untuk saya bayangkan perjalanan yang ditulis di dalamnya tanpa pergi ke tempat tersebut sendiri. Walaubagaimanapun, demi persiapan untuk mengembara pada November ini, saya gagahkan diri membaca karya Zulfikri Zamir ini yang telah pun saya habiskan ketiga-tiga buku beliau yang bagus sebelum ini. Ternyata, persembahan yang ditonjolkan dalam buku ini tidak mengecewakan. Ia sarat dengan kisah tragedi kemanusiaan, kisah-kisah "malaikat" di bumi di celah lorong-lorong manusiawi, perjalanan cinta tanpa identiti dan juga tema pencarian diri yang menakjubkan. Selain fakta-fakta kes dan tempat yang dilawati yang berselirat, ia juga tentu ia memberi inspirasi kepada anak muda yang mahu mengembara dan menjadi antara petunjuk bagaimana sesebuah pengembaraan itu harus dinikmati, dipelajari dan dihargai. Mungkin ini titik tolak untuk saya meneruskan lagi membaca genre travelog!
Profile Image for Hadi Muss.
147 reviews20 followers
September 12, 2021
3.5 bintang.

Isi seputar pengembaraan penulis ke negara asing yang bukan hanya sekadar berjalan tetapi menaakul masyarakat dan cerita kehidupan. Dari Bosnia, Paris ke Indonesia dan Nepal cerita yang dihidangkan adalah pengalaman 'backpaking' yang semestinya tak serupa dengan percutian mewah celup celup sahaja. 5 bintang untuk isi tetapi penulisan beliau bukan gaya yang aku sukai.
Profile Image for Haziqah Idris.
81 reviews20 followers
June 7, 2016
Naskhah pertama yang aku baca dari ZF Zamir. Bila aku baca buku ni, ada perasaan turun naik, teruja tapi bila dah lama sangat rasa mengantuk. Perasaan tu berulang-ulang sampai habis baca buku.

Untuk 'noobis' macam aku, selesai baca, aku tahu banyak bacaan 'non-fiction' yang aku tak pernah tahu dan baca seperti contoh, siapa Jon Krakauer, gigih lepas aku baca bab 'Menunggang 'Magic Bus' di Kathmandu' aku terus 'google' pasal Jon Krakauer. Dan ya, aku patut terjun longkang sebab tak pernah tahu pun pasal dia. =(

Secara ringkas, buku ni sederhana menarik di mata aku. Sederhana menarik bagi aku bila aku gigih habiskan baca dan nak tahu macam mana ZF Zamir habiskan cerita ni. Misi seterusnya: cari buku ZF Zamir yang lain.

P/S: Ada spelling error yang aku tak pasti ia sengaja atau tidak disengajakan. Title Page dan Verso Page dieja Christina dan bukan Christiana seperti di muka depan. Harap cetakan seterusnya dapat diperbetulkan. =)
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews59 followers
December 30, 2015
Catatan perjalanan yang penuh dengan pencarian dan pemerhatian terhadap falsafah kehidupan. Ianya bukan travelog yang sekadar mencatat tempat yang dilawati tetapi melangkaui tempat dan waktu. Adakalanya melihat jauh ke sejarah lama untuk memahami masa kini. Kembara membuka ruang untuk kita melhat dari banyak sudut, ruang dan zaman.

Banyak fakta dan maklumat dicari penulis untuk melengkapkan catatan. Adakalanya berselirat dan bercampur untuk pembaca menilai dan merungkainya satu persatu.
Profile Image for Idzham Anas.
1 review2 followers
May 14, 2015
Aku mula membaca karya ZFZamir setelah tertarik dengan pembawaan idea dan kritik beliau di dalam buku Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang serta Masharakat Melawan Mahasiswa. Apabila buku ini dilancarkan aku tidak teragak-agak untuk mendapatkannya terus, segar dari ladang.

Sangkaan aku pada awalnya, buku ini menunjukkan perjalanan beliau dalam mencari "Si Dia", yang membuat aku tertanya siapakah atau apakah "Si Dia", dan dalam minda aku tidak lain tidak bukan apakah penulis ini seperti Salman Al-Farisi versi moden yang merantau demi mencari siapa sebenarnya Dia, Yang Maha Esa. Menghampakan apabila aku temukan siapa "Si Dia" itu pada awalan cerita, dalam keadaan aku perlukan lebih penjelasan apa mesej yang cuba dibawa.

Setelah khatam, barulah pencerahan itu hadir memecahkan tanda soal dalam minda, membawa hampa itu terbang pergi. Mengisahkan pengalaman beliau mengembara, di situ beliau mengilhamkan idea dan cetusan fikiran beliau di setiap tempat yang disinggahi, cukup ringkas tapi berpatutan untuk buat kau tak mengantuk kalau jenis tak minat sejarah. Penulis telah mengajar aku erti mengembara itu bukan kadar melihat keindahan tempatnya orang lain, tapi mengambil tahu maklumat, sejarah, isu tempatan yang berlaku sambil menilik kembali kehidupan sendiri.

Cukuplah kiranya aku kata buku ini membuat perjalanan 40 minit ke tempat kerja di dalam LRT seakan menjadi 4 minit, apabila kau tenggelam dibawa penulis menjelajahi tempat-tempat asing yang kau tak tahu pun kewujudannya, usahkan bicara tentang sejarahnya. Cuma di dalam sesetengah cerita, pembahasaan diri "aku" dan "saya" tampaknya bercampur, membuat pembacaan sedikit kurang enak dan terganggu. Mungkin boleh dibetulkan untuk cetakan seterusnya. Apa pun, seperti biasa ZFZamir tetap layak menerima penghargaan dan tahniah untuk penulisan kali ini.
Profile Image for Fariza Ahmad Yasifon.
1 review4 followers
June 1, 2017
Pertama tahniah saudara ZFZ kerana terus saja menulis dan memberi inspirasi kepada anak muda. Kedua terima kasih kerana memberi harga buku ini pada kadar mampu milik. Saya membelinya dengan RM10 di PBKL17.
Selepas membacanya, jujur saya agak kecewa kerana reviu yang saya baca di BACA PRESS agak berlebihan saya kira. Kerana saya membeli buku kerana begitu termakan dengan status2 FB saudara yang seringkali mengetuk kemanusiaan dan menyuruh yg membaca melihat isu daripada pelbagai sisi pandang. Namun buku ini tidak kelihatan begitu. Adakah status di FB itu sisi saudara yang lain ? Ia kedengaran kelakar tapi begitulah perasaan saya apabila membuat perbandingan. Selain saya tidak faham mengapa cerita tentang Kerajaan beraja Nepak ditulis sebegitu rupa, saya tertanya-tanya adakah saudara mahu menggunakan "saya" dan bukan "aku" dalam pengkisahan travelog ini.
Apapaun saya menyokong pendirian saudara bahawa bahawa, "Kita: tidak selamanya boleh berlari dan mencari sesuatu yang sememangnya ada dalam diri kita sendiri. Satu-satunya cara untuk menemukan diri kita ialah dengan melawan diri kita sendiri." Tapi untuk mengekalnya kewarasan dan kewarasan bukan dengan hanya berbakti di negara sendiri, tapi berbakti di mana-mana pun kita kita berdiri. Hatta sedang melintas jalanraya yang penuh dengan pemandu-pemandu buaya.
Terima kasih. Tulis tetap tulis ya!
Profile Image for Pepol.
56 reviews9 followers
May 16, 2015
Hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, saya dikelilingi oleh ribuan buku dan juga ribuan manusia. Sedikit ralat, saya tidak pula dikelilingi oleh ribuan ringgit Malaysia. Sebagai seorang pencinta buku, ia cukup merunsingkan saya. Saya ada senarai panjang buku2 yang ingin saya dapatkan, tetapi malangnya saya cuma mampu membeli sebuah. Jadi, ini keputusan sukar yang perlu diambil, saya perlu melakukan pilihan yang tepat agar saya tidak menyesal di kemudian hari. Sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ini, saya sempat membaca buku ini secara curi2 di booth @dubookpress Semasa saya menyelak halaman2 buku ini, saya tertarik dengan perenggan ini:
"Bak kata Jeff Goins, kebanyakan orang yang menunggu untuk mengembara dunia, tidak pernah melakukannya. Sebaliknya ramai dari orang yang menangguhkan diri mereka untuk memasuki universiti dan bekerja, masih berpeluang melakukan semuanya selepas mengembara
Buat anak muda lepasan sekolah dan yang sedang menuntut di universiti, yang belum mempunyai anak, hidup bukan sekadar pointer, CGPA ataupun Pavilion dan Midvalley, di Siem Reap terdapat hostel dengan katil semurah satu dollar semalam. Bangun dan lihatlah keindahan matahari terbit di Angkor Wat.
Buku ini secara umumnya memberi definisi yang sebetulnya akan apa maksud "mengembara" yang sebenar. Ini mungkin boleh membetulkan tanggapan masyarakat di luar sana akan perbezaan diantara mengembara dan bercuti. Tepuk dada tanya selera. Pilihan di tangan masing2, samada mahu sekadar bercuti kosong, atau keluar mengembara membawa pulang sejuta khazanah yang digelar "pengetahuan dan pengalaman"
Profile Image for Faisal Zawi.
Author 9 books36 followers
March 21, 2016
Buat aku rasa nak berjalan, tapi aku kena simpan duit, untuk prioriti lain dulu.
48 reviews6 followers
October 10, 2017
Good insights, but the editing was sloppy.

As a person who is tied to 9-6 life, unfortunately, I cannot simply pack my things and go. I have to be realistic; I have responsibilities. And I believe that doesn't stop me from widening my world view. Thanks to my parents, me and my siblings [sic] have our own way in seeing and exploring the world.

But, of course, one day, when the time permits, I'd love to go backpacking.
Profile Image for Anis Rejab.
56 reviews4 followers
May 3, 2017
Jujur aku katakan ketika mula membaca tajuk buku ini sahaja aku sudah tertanya-tanya siapakah si dia yang dimaksudkan penulis. Ada ketika aku membaca review-review dari pembaca yang lain untuk ketahui persoalan tentang siapa si dia. Sehingga ke separuh buku, aku masih belum temui siapa si dia. Namun aku tetap melayan rasa dengan bait-bait tulisan yang kadangkala buat aku berfikir dan adakalanya terpaksa mencari apakah maksud disebalik sesuatu yang diperkatakan misalnya Jon Krakauer yang sudah pasti aku patut terjun ke longkang seperti kata penulis kerna tidak tahu siapa yang dikatakan.

Buku yang berunsur travelog ini juga bukan seperti travelog biasa yang menceritakan betapa seronoknya di tempat asing, buku ini lebih berkisar tentang latar masyarakat di sesuatu tempat yang dikunjungi dan membuatkan pembaca berfikir yang seharusnya anak muda itu perlu mengembara untuk mengenal erti kemanusiaan yang sebenar. Jikalau engkau hanya mengembara untuk kecapi keghairahan berswafoto di tempat yang indah maka tiadalah erti dan nilai kembara yang kau lalui itu. Seharusnya seperti yang dikata banyak orang jauh berjalan luas pengalaman itulah yang kau perlu paksikan ke dada sebelum kau buat keputusan untuk ke mana-mana.

Seperti buku travelog yang biasa, jika membaca itu semestinya dirasa seperti mana kita juga ada bersama sang pengembara. Di akhirnya aku temui siapakah si dia yang dimaksudkan yang mana si dia itu adalah dirinya sendiri.

**
" kita tidak boleh selamanya berlari dan mencari sesuatu yang sememangnya berada dalam di dalam diri kita sendiri. Satu-satunya cara untuk menemukan diri kita ialah dengan melawan diri kita sendiri ".
-zf zamir-

**
Terima kasih zf zamir untuk naskhah ini.
335 reviews15 followers
May 3, 2023
Saya mencapai buku ini sewaktu hendak ke hospital menemani bonda. Menunggu minit menjadi jam, saya mengikut jejak penulis terus ke London (bahagian tengah buku) sebelum berpatah balik ke Jogja di bab awal. Kata penulis, tidak penting untuk beliau menulis anekdot kembara ini. Bagi saya, ini dokumentasi yang penting. Kembara usia muda bukan dapat dilalui semua insan. Ramai ditenggelami kembara kehidupan meniti fasa demi fasa. Menurut penulis, budaya ultra Melayu menyekat keinginan kembara.

Saya suka teknik beliau menyelit perenggan yang menarik daripada buku yang dibacanya. Saya memahami resah mengejar masa menaiki tren dan kapal terbang dengan mengheret beg troli dan beg sandang. Destinasi yang disinggahnya dari timur hingga ke barat. Yang paling saya suka catatannya di Switzerland dan Paris. Tenaga mudanya memberinya peluang menjadi sukarelawan juga mengenali kawan kembara berlainan bangsa.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
May 1, 2015
Sebuah travelog yg mula-mulanya aku tak berapa faham. Tapi selepas satu bab, baru aku boleh ikut gaya penulis dalam mengolah kembaranya. Pada aku,aku menyokong seruan penulis kpd org muda supaya menjadikan backpack satu sub-culture. Bila kita melihat dunia dgn cara kembara,(x semestinya melancong), baru kita faham survival dan lebih berpandangan luas. Aku harap lebih ramai penulis yg akan menulis travelog mcm ni! so far 4/5 bintang.
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
September 28, 2015
Dia punyai cara unik mengejutkan anak muda yang mungkin lena pulas dalam empuk keselesaan hidup agar keluar melangkah meneroka dunia di sebelah sana. Saya suka diingatkannya akan sekecil-kecil nikmat itu sebaiknya dikongsi barang sedikit yang siapa tahu bakal memberi impak sepanjang zaman. Kerana bumi luas ini lapangan buat hamba Tuhan bercucuk tanam amalan untuk dituai hasilnya di akhirat abadi.
Profile Image for Nissa'.
Author 3 books42 followers
April 21, 2016
ditulis dengan gaya ini kembara aku, buku aku, terbitan aku. jadi suka hati aku.
Profile Image for Introvert Insane.
542 reviews7 followers
October 6, 2024
AS A TRAVELLER THIS HITS ME HARD

2024 is the year I can't travel due to financial responsibilities so I decided to pick this up to satiate my wanderlust cravings. This is sort of a memoir / travelog on ZF Zamir's adventures as a backpacker. His thoughts interspersed with historical context of the destination and stories from locals. This book is small but impactful especially when you read a lot about Srebrenica Genocide and Bosnian War.

The book also begs us to think as a society. Living in Malaysia as a Malay, I can tell you we're not really a reading society, we're kind of racist and close-minded whilst piggybacking on religion as an excuse. And all we do is become "generasi tikus longkang dan pemakan bangkai yang beratur membayar tol..." All we do is accept without thinking. (Which is what GISB apologists are like). This concept also applies to Pissrael apologists who just parrot propaganda.

The final chapters remind me why I travel in the first place. I love the thrill. I love the adventure. It sets you aside than the tourists who just follow the template set to them. Once you travel, you can never go back to being a tourist.

However, I have to remove 1-star due to its style. ZF Zamir's inclusion of passages from history while insightful it messes with immersion since the passages aren't translated to Malay. While I understand it is to maintain authenticity of the message, I do get whiplash when the pages switched back and forth from Malay to English at every paragraph intervals.
Profile Image for Siti.
64 reviews29 followers
January 24, 2017
Aku ambil masa yang lama juga untuk habiskan naskhah ini. Kurang dua bulan lagi hampir setahun. Niat aku baca sebelum aku memulakan pengembaraan pertama aku ke bumi Eropah kerana aku menghargai nilai-nilai sejarah pada tempat yang akan dilawati. Malangnya, minat aku turun naik untuk membaca disebabkan ada perkara yang kurang menarik hati aku. Statistik dan kekurangan istiqamah menggunakan kata ganti nama diri pertama yang sama (aku, saya) menambahkan lagi proses lambat habis. Akhirnya, aku menyesal akan tempat yang aku skip di London dan Marseille yang mempunyai nilai sejarah menarik dan tersendiri.

Bagi aku bahagian paling menarik bagi aku adalah tentang sejarah di Serebrenica. Sungguh aku tak tahu butiran kekejaman sebenar yang berlaku. Tulisan penulis membuatkan rasa ingin tahu aku makin mendalam. One fine day, I'll go there and see it for myself.Tak dilupakan juga tentang backpackers sebagai sub-budaya.Tak sangka ada makalah yang ditulis tentang backpacking.

Semoga penulis menghasilkan travelog baharu nanti.

#Challenge 3 completed: A Book involving Travel
Profile Image for Bayuu Haikalson.
159 reviews2 followers
November 11, 2021
Entah lah. Kadang kala aku suka dengan konsep penceritaan penulis ini. Kisah travel yang di tulis dengan kata hati. Ada “manusia” nya di dalam isi pati yang di tulis nya.

Aku rasa penulis perlu tulis lebih details lagi. Emosi semacam sudah ada. Dan aku terkesan dengan kisah negara Bosnia.

Seteruk itu kah, Bosnia? Padahal, itu negara yang paling aku nak pergi semasa tengah kaya dulu-dulu. 😂 Takpe lah. Nanti menyimpan lagi. Tunggu aku Bosnia Herzegovina, aku akan datang nanti.

Bukan sepenuh nya digarah seperti buku travel yang lain. Tetapi di bahagian yang London itu terasa seperti buku travel yang aku maksud kan itu. Itu yang tak bestnya.

Terima kasih ZF Zamir untuk buku ini.
Profile Image for Siti Salha.
76 reviews8 followers
March 12, 2017
Ok, tak jadi beli kereta. Mula merancang untuk pergi travel tempat-tempat underdog.
Profile Image for Nur Hafizzah.
34 reviews
February 28, 2017
Manusia yang hidup ialah manusia yang tidak pernah puas dengan hidupnya. Yang tak pernah puas dengan tempatnya menetap. Yang tak pernah puas mendaki gunung ganang. Yang tak pernah puas berjalan dan berjumpa sekian ramai manusia. Yang tak pernah puas mencari siapakah dirinya yang sebenar.

Itulah manusia hidup. Satu-satunya cara untuk aku terus kekal hidup adalah begini. Teruskan mencari.

Sukanya aku dengan buku ni weh! Macam kena lempang-lempang. Tambah bagi semangat kita berjalan-jalan tengok alam ni memanglah aku sukaaaaa!
Profile Image for Muhd F Wajdie.
6 reviews1 follower
June 10, 2016
"Untuk mencari diriku sendiri"
"Keluar pagi balik malam, beramai-ramai beratur seperti tikus di dalam longkang, bayar tol bayar minyak, pakai kemeja berkolar pakai tali leher kemudian menghabiskan sisa hari dan bulan memikirkan wang yang entah ke mana;"-DARI PAHANGANJ KE PETRA(BDJUMSDDC).
Selepas beberapa manuskripnya yang cukup baik, ini merupakan kali pertama penulis membaca karya ZF Zamir dalam genre yang berbeza. Buku 'kembara' yang diadun dengan falsafah yang nyata menjolok pemikiran pembacanya. Ia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Gerabak 1 dan Gerabak 2, dan terdapat 15 bab secara keseluruhan. Persoalan mencari diri yang diangkat secara berkali2 dalam buku ini ialah tunjang utama yang mendukung kuat tema kembara ilmu. Berbagai tempat seperti Stockholm, Delhi, Kathmandu, Berlin, Bali, Jordan, Sarajevo, Paris, dan bermacam lagi tempat dikongsikan dengan penuh 'rasa'. Persoalan jati diri, sejarah, identiti bangsa, politik, pasca perang adalah persoalan yang takkan luput dibicarakan zaman berzaman. Satu pujian buat penulis yang berjaya menyampaikan emosi dalam sebuah catatan kembara istimewa buat mereka yang belum mengetahui tentang apa yang sedang diceritakan(kecuali yang mengaku tahu semuanya). Agak mengecewakan apabila dua bab terakhir dalam buku ini kelihatan seperti tidak siap atau gantung apabila dibaca serasa membaca coretan travelog backpakers biasa(penulis tidak berapa gemar menggunakan perkataan travelog untuk buku ini). Tidak begitu organik kisah kembara sejarahnya seperti bab-bab sebelumnya atau dalam erti kata yang lain, kehilangan 'essence'. Perbezaan itu jelas kelihatan apabila penulis tidak menyelitkan unsur komunikasi dengan masyarakat lokal di situ semasa kembara beliau. Hasilnya, bab 14 dan 15 tidak meninggalkan epigram buat para pembaca yang sabar menanti hingga ke helaian terakhir. Penggunaan bahasa juga cukup bagus kerana mudah difahami ditambah pula dengan sudut pandang yang dipilih, iaitu 'aku'. Selain itu, selingan petikan teks bahasa inggeris atau sesebuah cerita lain antara perenggan merupakan kelainan yang terdapat dalam buku ini. Pembaca pada awalnya tertanya-tanya akan teks/cerita apakah yang diselitkan antara perenggan dalam suatu bab, dan ianya terjawab dalam perenggan terakhir bab(rujuk Melayu Sesat di Marais, dan Menunggang 'Magic Bus' di Kathmandu).
Profile Image for Noornuzula.
38 reviews1 follower
August 30, 2016
Aku puas baca buku ni. Berlari dari jogja untuk menemui si dia di Christiana , ini bukan kisah cowok Indonesia yang fall in love gitu sama ceweknya di tempat lain. Ini ialah catatan perjalanan penulis , catatan anekdot ringkas pada satu-satu tempat , anekdot yang ringkas itu meninggalkan pembaca (aku)pada satu fikiran yang jauh kedalam , beliau menulis sisi -sisi kemanusian dan makna hidup . Bab yang paling aku suka ialah catatan beliau di Bosnia , tempat yang pernah aku lalui tahun lepas , membaca catatan beliau di Bosnia merasakan ada banyak sekali mata ini tidak Melihat dan hati ini tidak merasa keluh kesah warga negara bekas yugoslavia itu , dan diantara bab-bab terakhir beliau menulis tentang pengembaraan dan backpacking menjadikan aku mempersoalkan kembali jalan-jalan yang pernah aku lalui . Tidak pernah aku membaca catatan perjalanan sebagus ini dalam bahasa melayu , pernah dulu aku membaca satu travelog daripada penulis tempatan selepas itu aku menjadi fobia untuk membeli buku -buku travelog yang tiba -tiba berlambak -lambak di pasaran. Tapi yang ini terbaik .!!! Terima kasih kepada penulis ,Tuan ZF zamir atas catatan perjalanan beliau. Insyaالله ,ada beberapa buah buku dalam website gerak budaya tulisan beliau yang aku ingin beli lagi .(buku ini juga dibeli di gerak budaya)
Profile Image for Nursyafiqah Wai.
112 reviews3 followers
May 2, 2015
Terima kasih ZFZ kerana memperkenalkan aku dengan nama-nama yang tak pernah aku dengar, tempat yang tak pernah aku lawati, kisah yang tak pernah aku tahu dan wilayah falsafah yang tidak pernah aku jejaki. Seolah-olah aku turut mengembara bersama dalam pencarian beliau.

Apa yang selalu aku fikirkan setiap kali aku selesai membaca satu-satu buku itu adalah apa yang harus aku lakukan dengan ilmu, maklumat dan perolehan itu. Aku harap aku akan melakukan sesuatu.

Banyak yang ingin aku catatkan sebenarnya tapi cukup lah di dalam minda dan hati aku.

Catatan ZFZ kali ini benar-benar membuat aku terdiam dan termenung jauh ke dalam diri sendiri.

Agak kecewa dengan typo dan penggunaan aku dengan saya yang tak konsisten di beberapa bahagian.
54 reviews6 followers
August 7, 2016
buku ini saya baca semasa pengembaraan saya di bumi india. paling menarik sesetengah bab memang didalam latar agra dan delhi. buku ini menemani saya didalam perjalanan merentasi bumi india utara yang luas. Apa yang terbaik mengenai penulisan saudara zf zamir ini ialah mengenai ayatnya yang sarat berisi dan bukan omongan kosong yang selalu melanda penulis travelog yang baru nak up. dia berjaya menyeimbangkan diantara ceritera peribadi dan falsafah umum menyebabkan buku ini tidak syok sendiri dan berisi. penulisannya merindukan ak kepada buku buku ustad hasrizal mengenai travelog kehidupannya..

ya , ak ingin kembara lagi.
1 review
December 8, 2015
sebelum buku ini aku dh pernah membaca buku karya Z.F.Zamir yg lain. Aku tertarik dengan gaya penulisan dan isu-isu yg diketengahkan. Beliau banyak mengetengahkan Ish pendidikan dan kemanusiaan di dalam buku yg di tulis. Jadi apabila buku ini diterbitkan aku membeli dan buku ini mmg sgt berbaloi untuk dimiliki. buku ini berjaya membawa aku ke tempat2 di dalam buku ini seperti Paris,India dan Jogja dgn cara penulisan yg bersahaja. Aku juga dpt merasai budaya tmpt2 ini melalui buku ini. Buku ini juga membekalkan ilmu travel yg berguna. Buku ini wajib dimiliki bg stiap backpackers di luar sana
Profile Image for Saiful Anuar.
16 reviews1 follower
May 4, 2015
sejak baca buku ni .. aku mula menanam cita cita untuk menjadi seorang backpackers seperti penulis .. walaupun buku ni sarat dengan fakta dan sejarah .. dan kadang kadang buat aku tak faham .. tapi mesej yang disampaikan di setiap tempat dilewati .. aku berjaya hadam betul betul .. mungkin ini titik permulaan aku .. untuk mengembara mengenal dunia .. keep it up bro
Profile Image for Afif Azzeri.
6 reviews
June 3, 2015
Sangat memberi makna lebih2 lagi bagi pembaca seperti saya yang tidak pernah mengembara kerana dibimbangi dengan segala jenis ketakutan jika berada di tempat orang seorang seorang.

Namun sesudah terhenti sahaja pembacaan di muka akhir terus jiwa ini terombak ombak untuk mengembara biarpun seorang.

Sangat2 disyorkan pembacaannya!
Profile Image for Baqir Al munawwar.
1 review
January 31, 2016
Membaca beberapa perenggan terakhir dalam tajuk 'Melayu sesat di Marais', membuat aku terfikir sekejap. Mungkin memang benar di abad-abad ini segala sistem tiada yang sempurna. Dan aku membayangkan bagaimana keadaan
& dimensi serta perjalanan evolusi demi mencapai saat keadilan itu memenuhi segenap udara kota satu saat nanti.
Displaying 1 - 30 of 37 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.