Apabila insan terjatuh ke dalam suatu ujian hidup seperti kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, kita akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar daripada segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku membuang derita yang bersarang dalam jiwan dan peristiwa ini? Dapatkah aku keluar daripada kemelut ini?
Gelora hidup adakalanya amat menakutkan. Ia memukul kita dari sudut yang diduga dan tidak dijangka. Jika bergantung kepada kekuatan diri semata-mata, kita akan terkorban dan tidak berdaya. Gelora lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan kurniaan Allah SWT.
Dalam kerancuan kehidupan dunia yang fatamorgana ini, Pengubat Duka Penawar Sengsara menuntun pembaca mengenal erti ketenangan dan kebahagiaan yang abadi. Penulis, Dr. Mohd Asri Zinul Abidin, menyingkap tabir kesengsaraan yang menyembunyikan rahmat ilahi untuk hamba-Nya dan bakal menjadi suatu penawar untuk manusia saat menelusuri saujana kehidupan yang terbentang luas
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin is a national Malaysian descent Malays. His first term of Perlis Mufti had been from 2006 until 11 November 2008. His second term as Mufti of Perlis began on 2 February 2015. He got his doctorate from University of Wales, Lampeter, United Kingdom. In the meantime he is also a columnist for 'Minda Dr. Maza or "Pena Mufti" in the newspaper Mingguan Malaysia since March 11, 2007. All his writings are recorded in a book called "Mengemudi Bahtera Perubahan Minda - Edisi Baharu" published by Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, a subsidiary of The Star Group which was inaugurated by former Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad on 21 April 2010.
Himpunan artikel buah fikiran dan pandangan Dr Asri berkenaan pelbagai isu keagamaan & sosial. Buku yang dapat memberikan gambaran yang lebih jelas berkenaan keperibadian beliau. Tegas dalam mengusulkan pelbagai permasalahan agama, biar apa pun reaksi terhadapnya selepas itu, terutamanya dari golongan agamawan & pemimpin kepadanya.
Banyak artikel yang menarik dan mencerahkan. Namun antara yang menarik perhatian dari nukilan penulis tentang bagaimana perlunya kita sebagai umat Islam untuk mengidolakan Rasulullah dalam segenap perkara yang kita lakukan. Kerana akhlak Islam yang sebenar adalah akhlak Rasulullah. Setiap tindakan yang ingin kita laksanakan, cuba kita periksa dahulu, ambil teladan dari sikap Rasulullah, dan cuba aplikasikannya sehabis baik kita. In sha Allah akan mendatangkan hasil yang terbaik untuk semua pihak.
Selain itu, perihal berkenaan jangan dipuja berlebihan akan tanah haram Mekah dan Madinah serta bulan Ramadhan. Perlu diperbetulkan pemikiran sedemikian. Tanah serta waktu itu dikejar dan ditunggu-tunggu bukanlah kerana keadaan fizikal tanah & ruang waktunya, namun ianya hasil dari keberkatan & rahmat yang Allah telah kurniakan untuknya. Berkat juga dari doa-doa Nabi terdahulu dan juga usaha jerih-perih mereka dalam menjadikannya diberkati & dirindui seperti saat ini. Doa Nabi Ibrahim untuk kemakmuran Baitullah, doa Rasulullah untuk ketenangan Madinah, turunnya Al-Quran & pelbagai peperangan dalam bulan Ramadhan, itu yang menjadikannya apa yang kita ketahui kini. Setiap kali berpeluang, kita berharap dapatlah diperoleh apa yang ditawarkan olehnya.
Artikel mengenai hakikat sebenar niat juga perlu diambil pengajaran. Betul atau tidak lafaz yang selalu kita beratkan untuk disebut selama ini, itu yang sebenarnya dikirakan sebagai niat? Perlu atau tidak untuk berasa was-was jika tidak dapat melafazkan niat itu dengan betul? Yang paling utama, perlu atau tidak lafaz itu sebenarnya, atau cukup sahaja dengan niat yang terlintas di hati kita saja? Aku ingin solat zohor. Aku ingin solat zohor mengikut imam. Aku ingin berpuasa esok hari, dan sebagainya.
Riwayat ringkas tentang al-Imam Abu Yusuf Ya'kub bin Ibrahim (sahabat Imam Abu Hanifah) yang sangat mencintai ilmu walaupun hingga ke penghujung nafasnya, kisah jerih ahli hadis tersohor al-Imam Al-Bukhari dibuang negeri sendiri dalam menegakkan syiar Islam, serta kisah ringkas Buya Hamka & ayahnya Haji Rasul ketika bertandang ke perjumpaan ulama Nusantara di Singapura juga antara yang menginspirasikan. Perlunya menjadi berani kerana benar dalam setiap tindak-tanduk kerja-kerja agama kita, biar pun banyak yang membenci.
Sememangnya bukanlah jalan yang mudah jika kita memilih untuk menjadi pekerja agama yang sebenar. Jalan pilihan golongan yang sedikit, namun tetap perlu diteruskan. Kerana kerja itulah kerja-kerja sebenar dari waktu Nabi hinggalah kini pelbagai pewaris gerakan dakwahnya. Walau bagaimana hebat pun mereka ditentang, Allah telah menjanjikan golongan yang asing ini akan terus wujud hingga ke akhirnya.
Semoga iman kita terus kuat untuk menjadi dari sebahagian yang asing ini. Bukan mudah, namun itulah yang perlu.
Kerana memang mudah untuk memilih jalan yang selamat dalam menyebarkan agama. Yang menguntungkan, yang popular, pendapat yang disukai ramai, yang menyebelahi pemerintah & pemimpin. Namun apakah kesudahannya?
Saya suka baca buku ini. Sangat menenangkan jiwa. One thing though, this book should not be read like a novel. Don't read it everyday simply because you want to finish reading it. Read it when you have the peace of mind and heart. And of course, the most essential thing is you have to read with your heart. It's not easy to do that if you have never done so in your life before. But you can always try. Cubalah! Ia berjaya menenangkan jiwa saya. A great book to read. I love it. I will surely read it again in a month or two from now. Bagus dan sangat memotivasi.
Membaca buku ini membuat saya merenung panjang.. betapa luasnya Rahmat Allah kepada hamba-NYA. Terlalu banyak makhluk yang perlu Allah uruskan setiap saat, setiap hari di atas muka bumi ini, kerana dunia bukan dihuni oleh cuma kita seorang.. Allah menguruskan semua manusia didalam dunia ini yang pelbagai bangsa dan agama, DIA menguruskan kehidupan haiwan dan serangga, tumbuh-tumbuhan, pergerakan bulan dan matahari dan seluruh alam ini! Tetapi Allah yang Esa itu tidak pernah lalai dari mendengar doa kita.. rintihan kita kepada-NYA..
Saya doakan moga Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dipanjangkan usia oleh Allah untuk terus berada dipentas dakwah agar ilmu yang ada padanya dapat dimanfaatkan kita bersama. Amin..
Himpunan nasihat yang mengetuk hati jiwa raga kita semua dr Dr MAZA. Kata kata ustaz sangat menyentuh sesuai dengan tajuk buku ni. Dr juga kongsikan pengalaman sendiri yang kita boleh contohi
Buku yang menyentuh hati. Buku yang membicarakan tentang rahmat Allah yang terbentang luas, kasihNya Allah kepada hambaNya, jalan kembali kepada Allah sentiasa terbuka, ujian Allah kepada setiap hambaNya, bagaimana mencapai ketenangan hakiki, mencari keberkatan masa, jangan bisa menilai manusia, hakikat nilai kita di sisi Allah, etc. Buku yang membuatkan kita membaca beberapa ayat Al-Quran.
Antara doa amalan Dr Maza yang beliau kongsikan dalam buku ini:
"Wahai Yang Maha Hidup, Wahai Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata."
Ini adalah buku kedua karya Dr Maza yang den baca. Tahun 2023 den baca buku Inginku Kembara Lagi. Den tidak pernah dengar ceramah Dr. Maza. Isu-isu kontroversi tentang pendapat/ulasan beliau pun den baca sepintas lalu macam tuh.
Tetapi 2 buah buku beliau yang den baca ini kena dengan jiwa den. Dia macam mengajak kita untuk sentiasa bermuhasabah diri, kembali kepada Allah, kembali pangkal jalan, merenungi kebesaran Allah, etc tetapi in the very soothing and welcoming approach.
Saranan dan pandangan daripada 2 buku beliau ini bisa menjentik hati, tidak menghukum dan sentiasa menasihatkan agar kembali bertaubat dan bertawakal kepada Allah sebelum nyawa terpisah dari badan.
In sya Allah kita tidak akan rasa terbeban membaca saranan dan cerita di dalamnya. In sya Allah membuatkan kita rasa masih ada peluang untuk memperbaiki diri.
Sejenis buku yang den baca sehelai demi sehelai mukasuratnya dan tiba-tiba berakhir. Tidak terasa membaca buku bicara tentang agama dan kehidupan. Spesies buku motivasi, healing dan dakwah yang den boleh terima.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Tak berniat pun nak mula membaca tapi alang2 dah beli dan ada di tangan, mula baca. Tak terniat nak baca kerana rasa diri tidaklah begitu sedih dan sengsara dalam menempuh ujian hidup. Dan tak sangka, buku ini bukan sekadar mahu memberi ayat yang baik untuk hati yang sedang bersedih. Tapi lebih daripada itu.
Suka buku ini bilamana penulis tidak spesifikkan duka dan sengsara seseorang. Penulis berkata secara umum dan menasihati secara baik dengan menyentuh rasa dalaman kita. Rasa ketauhidan kita kepada Tuhan. Walaupun ada ketika, disebut beberapa contoh, tetapi tidaklah begitu ketara.
Buku yang memberikan nafas baru, supaya kita menjadi lebih baik setiap hari. Tahniah kepada penulis. Dan terima lasi atas naskhah yang baik ini. Sangat rekeemnkan pada semua orang beriman.
Coretan keagamaan yang sungguh membuai-buai dan dipujuk-pujuk. Saya sangat suka kesemua bab dalam buku ni. Setiap daripadanya ada terselit puisi nukilan Dr. MAZA.
Aduh..tak dapat nak jelaskan lebih-lebig. Buku ni memang sangat memujuk saya.
Saya sangat-sangat syorkan sesiapa yang dalam keresahan dan kedukaan itu untuk membaca buku ni. Ada banyak bab yang memang mengalirkan air mata kerana tersedar betapa besarnya kasih sayang Allah terhadap kita yang kita sering terlepas pandang ketika sedang diuji.
It's a collection of articles by the author that soothing, comforting and uplifting your soul. I'm not familiar with the author like my brothers do so all of these writings are new to me. There are excellent poems that hit too close to home too which I really love. Highly recommended!
Saya dah lam abaca buku ni tapi baru berkesempatan nak review. Tidak banyak yang saya ingin perkatakan. Buku ini memang sangat menarik dan berkesan kepada diri saya. Apa yang saya sangat sukai mengenai buku ini??? #Rupa-rupanya, keampunan ALLAH itu sangat luas berbanding hukumannya. Percayalah... semoga kita diberikan hidayah.
Insyaallah buku ini mmg sarat dengan informasi yang penuh dengan hakikat kehidupan.Jiwa di dalam diri manusia sentiasa memerlukan pengisian kerohanian yang berterusan.