Jump to ratings and reviews
Rate this book

Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu: Perlunya disegerakan Transformasi Moral-Etika

Rate this book
“Bangsa-bangsa akan kekal selagi akhlak mereka utuh; Apabila akhlak mereka sudah rosak, mereka pun akan musnah.” - Ahmad Shauqi Bey (1868-1932)

Dalam buku ini pengarang memberikan prinsip-prinsip yang rasional dan garis panduan yang sepatutnya dikaji dan dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin Muslim untuk menemukan kembali jalan yang betul yang Allah SWT sebagai SATU-SATUNYA Tuan dan Pembimbing manusia telah tunjukkan, semoga ia akan membawa kita, komuniti kita dan pemimpin politik dan pengikut mereka kembali kepada keharmonian yang seimbang dan kepatuhan dengan Kehendak dan Keredhaan Ilahi dalam Negara Berkat kita untuk kemanfaatan Rakyat kita yang memang layak mendapat perhatian yang terbaik.

218 pages, Paperback

First published January 1, 2021

9 people are currently reading
57 people want to read

About the author

Mohd Kamal Hassan

2 books2 followers
Mohd. Kamal bin Hassan is a Muslim academic and Islamic scholar, specializing in contemporary Islamic thought, particularly pertaining to the Southeast Asia region. He was the Rector of the International Islamic University Malaysia (IIUM) from 1998 to 2006.

Kamal attended Sultan Ismail School in Kota Bharu. He attained his bachelor's degree in Islamic studies from University of Malaya (UM) in 1965. He furthered his postgraduate studies in Columbia University, where he obtained the degree of Master of Arts in 1970, Master of Philosophy in 1972 and Doctor of Philosophy in 1975.

He started his academic career at the National University of Malaysia, where he chaired the Department of Usuluddin and Philosophy in 1979 and was later made a full professor. He then joined IIUM, where he founded the Faculty of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences in 1983. He succeeded Professor Emeritus Dato' Abdul Hamid Ahmad Abu Sulayman as the third Rector of IIUM on 5 April 1998 and served the office before passing it to Professor Dato' Sri Syed Arabi Syed Abdullah Idid.

To mark his contributions to the country, he was chosen to be a National Academic Figure in 2017. He left IIUM on 30 July 2018 after 42 years of service to Malaysian education, on which IIUM awarded him with the title of Professor Emeritus. Before exiting IIUM, he was a Distinguished Professor at its Centre of Islamisation. He was one of three academicians in Malaysia who was promoted to the rank of Distinguished Professor by the Ministry of Higher Education in 2010.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (38%)
4 stars
6 (33%)
3 stars
4 (22%)
2 stars
1 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Khir.
15 reviews2 followers
August 7, 2022
1. Buku ini dikarang oleh Prof Emeritus Dr M.Kamal Hassan ( Pengerusi Institusi Kefahaman Islam Malaysia). Diterbitkan oleh EMIR Research pada tahun 2022.

2. Pada awal bab Prof memberi latar belakang dan senario berkenaan ahli politik Melayu dalam aspek budaya rasuah dan suka bermuka-muka di hadapan rakyat.

3. Prof juga menyatakan terdapat salah faham dalam kalangan orang politik Melayu itu sendiri dalam  memahami agama Islam tu sendiri. Mereka hanya menumpukan kepada ibadah khusus iaitu lima rukun Islam  yang wajib sahaja.

4. Korupsi yang dimaksudkan dalam buku ni terarah kepada unsur kronisme nepotisme kolusi (pakatan sulit), realisme.

5. Kemunafikan politik dengan maksud amalan bercakap bohong, double-standard dalam tingkahlaku politik seperti membuat kenyataan yang tidak mampu memenuhi keperluan masyarakat, tidak menepati janji.

6. Buku ini juga menegaskan kepentingan tauhid dan ibadah dalam Islam termasuklah dalam melaksanakan pemerintahan. Arena politik dan pentadbiran sebagai arena pengabdian mereka kepada Allah.

7. Selain itu, peranan tasawuf dan juga tarbiyah dalam mengelakkan tingkahlaku ahli politik yang ingin inginkan jawatan dan juga cinta akan dunia dan harta. Prof menggunakan istilah kerohanian-moral -etika dalam menjalinkan hubungan kepentingan pandangan alam tauhid bermula dan pembersihan jiwa bermula dengan seorang pemimpin Melayu.

8. Akhir sekali,  bab 10, 11 dan 12 beliau menjelaskan satu harapan dan juga cadangan kepada bakal pemimpin negara berkenaan  program pengisian ilmu berkenaan keimanan dan penyucian jiwa dalam memberi satu kesedaran sebagai seorang hamba dan jauh dari sifat yang cintakan dunia.

9. Saya sebenarnya menyangka Prof akan mendedahkan entiti-entiti tertentu yang sering menjalankan budaya korupsi  dalam politik.  Namun beliau menyatakan secara umum berdasarkan data-data yang dari Transperancy International (TI) Corruption Perceptions Index, akhbar, ahli akademik, beberapa pandangan tokoh terkemuka seperti Dato' Hussamuddin (Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf).

10. Buku ini dicetak 2 naskhah yang berasingan dalam bentuk dwibahasa. Naskhah asal adalah Bahasa Inggeris dan telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.

11. Buku sesuai sebagai permulaan dalam membangkitkan kesedaran dalam mengislahkan arena politik di Malaysia.
Profile Image for Masyhoor Akram.
41 reviews3 followers
March 13, 2023
Saya merasakan penulisan ini seharusnya diangkat sebagai model rujukan utama ahli-ahli politik, pemimpin organisasi, pemimpin keluarga, bahkan dari sudut individu Muslim itu sendiri. Bacalah dengan penuh kerendahan jiwa, keluasan minda, rasionaliti dan logikal semasa.
Profile Image for Roslan  Abd Latib.
47 reviews1 follower
September 12, 2022
Ahli-ahli politi di malysia ini macam menganggap mereka sahaja yang boleh mentadbir dan mengurus negara sebab tu walaupun dah berusia lanjut tetap mahu berpolitik dan tak mahu berundur.Berilah peluang kepada pemimpin pelapis yang muda yang mempunyai idea yg baharu

Melihat kepada suasana politik malaysia hari ini agak membimbangkan kerana tidak nampak satupun parti politik yang benar-benar ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib rakyat

Rakyat hari ini disogokkan dengan berita-berita politik yang memualkan sehingga berita dalam kain ahli politikpun hendak dijadikan isu dan perdebatan

Keruntuhan moral ahli-ahli politi di malaysia sangat membimbangkan
Satu transformasi kepemimpinan yang baharu perlu diwujudkan kerana yang lama ternyata telah gagal

Pemimpin-pemimpin beragama Islam di dalam parti-parti politik yang ada di Malaysia gagal menampilkan diri sebagai contoh yang terbaik(ummatan wasatan)

Ahli-ahli politik di malaysia khususnya yang beragama islam dan melayu sentiasa bercakaran ,tuduh menuduh,fitnah memfitnah.Ini sangat bahaya kepada survival politik orang Melayu.

Ahli politik beragama islam perlu matang menangani apa juga krisis suapaya umat islam terbela dan rakyat keseluruhannya hidup dalam keadaan aman dan harmoni kerana kestabilan politik di malaysia bergantung kepada kestabilan politik melayu yang beragama islam
Profile Image for Irfan Muhaimin.
93 reviews3 followers
February 5, 2024
Korupsi dan kemunafikan telah menjadi barah dalam kalangan ahli politik melayu-islam sehingga ada yang mengamalkan Machiavelli matlamat menghalalkan cara demi mendapatkan laba politik. Undang undanf yang ketat dilihat gagal mengawal keborokan mereka semua. Bagi penulis hanya yang mampu mengubat dan mengelakkanya adalah penghayatan islam melalui ilmu tauhid yang utuh bahkan reformasi dan transformasi politik tidak membawa apa apa makna dalam mengubah sifat ini. Kemunculan sebegitu banyak parti melayu dan Islam hanya menambah kesengsaraan kepada keharmonian para ahli politik seperti mana berlaku di Iraq, Yaman yang tidak sudah dalam krisis.
Idea yang utuh hanya melalui sistem dua parti. Proses transformasi politik sosio politik itu mestilah didasarkan di atas pandangan alam tauhid yang mengatasi batas batas etnik, bahasa, geografi, sosial dan kenegaraan
Profile Image for Neida.
353 reviews19 followers
January 25, 2022
Malaysian politicians are in dire need of “scrubbing and washings (with clorox!) ” of their brains and hearts with lessons of Tauhid, spiritual education, qalb purification.
1st Muharram 1500H is the target for Malaysia to achieve Ummah Wasat; 54 years from now.
Though hopeful, the current political situation seems to be a lost cause. Hopefully, the author’s ideas and suggestions in this book are already in the works to make Malaysia a better, safer, greener! place for our future generation.
Profile Image for Izzat Isa.
421 reviews50 followers
March 14, 2023
Buku yang ditulis hasil cetusan suasana politik yang bergolak terutamanya oleh parti politik yang diteraju oleh Melayu. Suatu usaha murni bagi merungkai permasalahan berkaitan moral-etika pemimpin yang semakin liar, sehingga terabai amanah yang sebenarnya dipikul. Wajar dibaca bukan sahaja oleh ahli politik, malahan mana-mana pemimpin organisasi, setidak-tidaknya oleh seorang suami sebagai ketua keluarga.
Profile Image for Wan Asma Wan Omar.
87 reviews
December 13, 2023
Indeed in any circumstances,any political parties especially those who are in them so called muslim and malay should be united as one.Move away from self interest and self earning and work for the Ummah and nation.That will helped this country flourish further.
Profile Image for Deets.
7 reviews
October 26, 2022
Read it halfway but couldn’t finish it. Had a completely different expectation of what the book was about. Too academic and dry for me - more on the what and the why but not enough how
Profile Image for Syamim.
67 reviews
January 16, 2023
Membaca buku ini, walaupun zahirnya ditujukan kepada para pemimpin dan ahli politik, tetaplah perlu dikaitkan dengan diri sendiri. Walaupun tidak memegang apa-apa jawatan, apatah lagi mempunyai pengikut, kita semua tetaplah pemimpin. Teguran dan saranan dalam buku ini tetaplah untuk kita semua, janganlah dibayangkan wajah-wajah pemimpin dan ahli politik dan melihat di celah mana mereka bersalah.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.