Jump to ratings and reviews
Rate this book

Noah Vanessa #1

Noah Vanessa Jilid 1

Rate this book
“I’d believe you the best gift from God. Tapi, saya tak percaya Tuhan itu wujud. Jadi, saya tak boleh simpan awak dalam hidup saya.” – Vanessa Willians

Hidup gadis itu tampak penuh berseri pada luarannya. Namun, andai tersingkap di mata sekalian manusia akan hakikat yang tersembunyi di sebalik wajah penuh jelita itu, maka… tidak akan ada yang berani mendekatinya kerana ‘sumpahan’ yang terpalit padanya.

Namun, berbeza bagi lelaki itu. Keteguhan yang dimilikinya bukanlah gurauan.

“Semua orang ada hak untuk bahagia, Vanessa… and so do you.” – Noah Q’Darrien Lee

Hadirnya lelaki yang baik agama dan akhlaknya itu tidak mampu untuk ditolak. Saat Vanessa ingin menjauh, semakin erat tautan takdir mengikat mereka berdua sehingga dia tidak mampu untuk melarikan diri lagi. Akhirnya, pertemuan itu berubah menjadi sebuah anugerah yang sangat indah.

Sehinggalah takdir membongkarkan bahawa jiwa mereka itu sebenarnya jauh meskipun secara zahirnya mata kedua-dua mereka saling bertatapan.

“Awak cuma nak cari kesalahan yang ada dalam Islam untuk awak kuatkan lagi hujah awak mengapa awak memilih untuk tidak mempercayai Tuhan. Betul, kan tekaan saya?” – Noah Q’Darrien Lee

“Jadi? Apa salahnya saya tanya tentang Tuhan awak?” – Vanessa Willians

Mungkinkah huluran itu disambut oleh Vanessa atau dia akan memilih untuk kekal dalam kegelapan hidup buat selama-lamanya?

618 pages, Paperback

First published January 1, 2022

3 people are currently reading
54 people want to read

About the author

Aisyahros

19 books18 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
30 (60%)
4 stars
13 (26%)
3 stars
3 (6%)
2 stars
2 (4%)
1 star
2 (4%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
June 20, 2023
Predicted rate: 3 ⭐️
Actual rate: 2 ⭐️

I honestly don’t know what to feel about this book.

Noticeable amount of English grammatical errors, to the point it bothered me to no end.

Setting of the story - I believe they are somewhere outside Malaysia, hence the English names. But I don’t get the mixture of languages used by these foreigners. The scene where one of the characters has stutter problem but is fluent when he speaks English? Has he been communicating in Malay the whole time then? Hmm.

I also noticed endless eating scenes — no comment on that.

I cannot feel the chemistry of the characters. So please do not expect any romance element in this book because it is 98% medical-based plot. It felt like watching a Korean medical drama the entire time.

In my opinion, you can just read the prolog, head to the synopsis and then open the last chapter. That’s basically the plot for Book 1.

p/s - Might need some time before I venture on Book 2 🧘🏻‍♀️
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
Read
May 2, 2023
Maaf, sebab bahasa tak kena dengan jiwaku.
Profile Image for jj.
59 reviews1 follower
January 2, 2023
“Your eyes said it to me, Vanessa Willians and now I’m here. Let me help you to save you” - Noah
.
tbh, i don’t expect more masa nak grab buku ni. Baca blurb lepastu tertarik bila mengisahkan ml & fl yang berbeza agama. Dan of course sebab dia berjilid, fyi i love sequels hehe 😚

ok let’s start with Vanessa, seorang genius yang dianggap peroleh segalanya tapi disebalik wajah tenangnya itu ada terselit beribu kerisauan, kerisauan terhadap hidupnya yang disangka malang dan membawa sumpahan kepada orang yang mahu mendekatinya. Jiwa Vanessa sendiri kosong, hidup terkurung dengan masa silam yang masih segar dalam ingatan. Dan ya Vanessa adalah seorang atheist, tidak mempercayai mana-mana agama. Sehinggalah hati dia sentiasa tersentuh apabila mendengar nama Allah SWT.

Noah Lee, seorang jejaka yang berpegang teguh dengan agama islam. Bagi dia, semua perkara yang terjadi dan bakal terjadi adalah Takdir Allah SWT. Dia seorang yang berfikiran positif dan sentiasa memberi nasihat kepada Vanessa, sehinggalah satu hari Vanessa seperti menjauhkan diri nya. Sebab apa? ha pi baca
🧸
from “i don’t expect more” to “i can’t wait to read more!”. tbh tak boleh nak stop baca, rasa tertarik sangat dengan jalan cerita Vanessa dan Noah. Walaupun bukanlah berkisahkan cinta monyet malah diisi dengan cinta kepada Allah SWT. Setiap ayat yang disampaikan amatlah terkesan dengan hati ini juga.

Overall, SAYA SANGATLAH RECOMMEND KORANG UNTUK BACA BUKU NI 🗣️ walaupun saya baru baca Jilid 1 tapi jalan cerita buku ni sangat menarikk saya untuk baca buku-buku yang lain dari penulis. Excited untuk baca penghijrahan Vanessa InsyaAllah. srs korang saya bagi ♾️ ⭐️.

p/s tak sia-sia selalu tengok medical kdrama ha kan dah faham apa yang doktor dalam buku ni cakap 😂
Profile Image for twiggies.
91 reviews6 followers
March 15, 2025
picked this up again sebab nak habiskan tbr, tapi end up banyak skim through je

aku rasa jilid 1 ni feels like a loooong introduction. too much unnecessary fillers yang buat cerita ni draggy, plot nowhere to be seen, and conversations terlalu baku
Profile Image for amirah sofia.
8 reviews
December 3, 2022
First time baca novel berunsurkan medical, mmg feeling mcm tgk medical kdrama . watak vanessa yg pasif , Noah yg happy go lucky & sgt berpegang teguh dgn ajaran islam . Ya, sgt lah kontra diorang ni , side character pun suka bergurau dan happening.. novel ni best sgt² bg saya . Tak sbr nak baca jilid 2 🤍
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
October 28, 2023
Permulaan novel ni sangat membuatkan aku tertanya-tanya dengan negara 'Larida' yang penulis bawakan. Based on nama-nama watak, more like Western name, naming system agak mengelirukan (surname Vanessa tak sama dengan mak moreless of her father), main language yang digunakan of course Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris seems to be more of foreign language. Konklusinya, Larida adalah sebuah negara ciptaan yang aku tak pasti ada dekat sebelah mana dekat peta dunia.

Besides that, cerita ni sangat best! A quite mysterious lady, Vanessa Willians yang kembali ke negara asal setelah beberapa tahun bekerja di luar negara. And gosh, this lady is such a soul. Walaupun dia seorang cold tak berperasaan, she is so great at what she is doing. Professor muda dalam dunia perubatan and a woman at that? Impressive gila!

Noah Lee, a not-so mysterious doktor fisio yang penuh dengan nasihat dan kata-kata hikmat. Dah boleh jadi kaunselor dah dengan nasihat-nasihat yang dia bagi. Baik to Vanessa ataupun kawan-kawan dia yang lain. First meet? Airport. Vanessa telah berjaya menyelamatkan seseorang and Noah is there to witness it. And so to say, love at first sight untuk Noah. Aku suka baca monolog si Noah ni when dia wondering either Vanessa ingat dia ataupun tidak bila mereka mula bekerja di hospital yang sama.

Chemistry antara dua watak utama is nicely done, for me. Vanessa punya growth from chapter one to the end sangat umph! Lagi-lagi bila dia mula terima Noah dan semua yang ada di sekeliling dia. From that eyy memang cute-lah baca tentang dia ni. Lagi-lagi masa Vanessa cuba untuk belajar mengenai Islam daripada Noah. Tak mudah tapi good for her for not giving up. Watak sampingan yang lain pun memainkan peranan penting untuk menceriakan buku ni, especially doctors yang dalam team Vanessa. Yang masuk airnya, yang strictnya, yang cemburunya. Macam-macamlah. And not to forget, our dearest Haydar. Yang dalam sengal dia masih ada caring and protectiveness.

One thing yang aku tak expect is that medical scenes. Boleh kata banyak jugalah and some of it agak detailed (not sure how many of it is accurate tho but I enjoyed reading it). Rasa macam tengah tengok k-drama 'Dr. Romantic' pulak. Best gila!

Novel ni juga agak fast pace dengan macam-macam yang berlaku, sesuailah dengan medical theme yang dibawa. So, emosi tu memang naik turunlah. One moment happy gila-gila and the next in deep sorrow. Penghujung buku satu bukan cliffhanger yang membuatkan aku nak cepat-cepat grab buku dua sebab bagi aku tu dah end in good note dah but well, siapa je boleh resist what happen next, kan?
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
March 3, 2024
"She is a doctor who saves many live, but she cant even save herself"

Kesakitan apa yang ditanggung oleh seorang Vanessa Williams hinggakan dia bagai hidup dalam dunianya sendiri. Tiada warna. Hanya kehitaman yang menyelubungi dirinya
.

"Kau ialah satu sumpahan aneh, Vanessa. Sampai bila2 kau akan menjadi sumpahan pada semua orang yang kau sayang,"
.

Bagi Vanessa, dia hanya manusia yang tidak layak menyayangi sesiapa. Siapa yg disayanginya pasti akan menerima celaka. Jadi cara yang terbaik, dia menghindari drpd menyayangi orang
.

Hinggalah dia bertemu Doctor Noah yang juga merupakan salah seorang doktor di Hospital Queen Derin. Doctor Noah bagai ada satu aura yang menarik Vanessa
.

"Hidup kita sepatutnya jadi seperti sungai ini. Terus mengalir ke hadapan tanpa perlu toleh ke belakang semula. Jangan jadi seperti dahan pokok yang tersekat itu, terhalang drpd terus mara ke depan kerana ada halangan yg sebenarnya boleh dialihkan," - Noah
.

Kata2 daripada Noah banyak menyedarkan Vanessa. Dia mulai mencari arah tujuan hidupnya. Dia bagai tersesat jauh ke dalam lembah yang gelap. Mujurlah ada Noah yang mulai menariknya drpd terus jauh ke dalam
.

" Allah tu wujud, Vanessa. Dia ada dan Dia sentiasa ada. Kita tak pernah nampak Dia. Itu tidak akan menjadi sebab utk kita tak percaya dan yakin yg Allah itu sentiasa ada, semua perkara yg terjadi dlm hidup ini bukanlah perkara yg besar utk awak, sbb Dia ialah Tuhan yang Maha Besar. Lebih besar berbanding semua masalah dan kedukaan hidup yg awak hadapi," - Noah
.

Mampukah Noah menarik Vanessa untuk mendalami agama Islam atau Vanessa akan terus tersesat jauh?
.

Jalan ceritanya tersusun rapi. Tema yang dibawa agak berat tapi tidak membebankan para pembaca. Tahniah utk penulis. Nantikan jilid ke 2 Noah Vanessa ya
.
Profile Image for addreads.
285 reviews27 followers
February 19, 2024
𝘚𝘩𝘦 𝘪𝘴 𝘢 𝘥𝘰𝘤𝘵𝘰𝘳 𝘸𝘩𝘰 𝘴𝘢𝘷𝘦𝘴 𝘮𝘢𝘯𝘺 𝘭𝘪𝘷𝘦𝘴, 𝘣𝘶𝘵 𝘴𝘩𝘦 𝘤𝘢𝘯'𝘵 𝘦𝘷𝘦𝘯 𝘴𝘢𝘷𝘦 𝘩𝘦𝘳𝘴𝘦𝘭𝘧.

Vanessa seorang gadis yang serba serbi sempurna. Jelita, bijak, kaya, berkarier. Tapi, disebalik semua tu ada sumpahan yang disorok olehnya. Hadir Noah Lee, mengubah persepsi Vanessa. Tapi mampu ke Noah tarik keluar Vanessa dari dunia gelapnya? Sumpahan apa?

*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐

For me buku tentang agama yang berbeza ni risiko dari segi nak tarik readers untuk baca lebih dalam. But this book? Ad tak boleh stop baca. Storyline more kepada apa yang dipendam Vanessa, pandangan Vanessa terhadap agama Islam & banyak knowledge about medical terms. Romance tak banyak, tapi lebih kepada ajar kita untuk cintakan agama kita, sayangkan diri kita, percayakan diri kita & terima takdir dengan hati yang terbuka ✨

Watak Vanessa, LURVE 🔥 she' strong but also so soft. Dia always remind herself untuk jangan terlalu sayangkan seseorang. That's the causes untuk segala beku Vanessa. But bila berdepan dengan Noah. Dia tak boleh tipu. Ad rasa nak peluk Vanessa kuat-kuat 😭

"𝐊𝐚𝐮 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐬𝐮𝐦𝐩𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐞𝐡, 𝐕𝐚𝐧𝐞𝐬𝐬𝐚. 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐛𝐢𝐥𝐚-𝐛𝐢𝐥𝐚, 𝐤𝐚𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐮𝐦𝐩𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐮 𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠,"

Noah, his existence towards Vanessa 🥺 tak perlu soal lebih. From her eyes je Noah boleh baca. Effort dia untuk bantu Vanessa ish hati Ad cair 🤍

"𝐈 𝐝𝐢𝐝𝐧'𝐭 𝐚𝐬𝐤 𝐲𝐨𝐮 𝐚𝐧𝐲𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠."

"𝐁𝐮𝐭, 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐞𝐲𝐞𝐬 𝐝𝐢𝐝."

Both watak ni comfort tau. Apa yang keluar dari mulut dorang semua melekat. Memang writing dalam ni sedap sangat. Ad tak bosan baca & tak kisah takde romance. So good. Happy reading 🌷

"𝚈𝚘𝚞'𝚛𝚎 𝚝𝚑𝚎 𝚏𝚒𝚛𝚜𝚝 𝚘𝚗𝚎 𝚝𝚑𝚊𝚝 𝚒𝚜 𝚑𝚊𝚛𝚍 𝚏𝚘𝚛 𝚖𝚎 𝚝𝚘 𝚛𝚎𝚜𝚒𝚜𝚝 𝚠𝚒𝚝𝚑 𝚊𝚗𝚍 𝙸 𝚍𝚘𝚗'𝚝 𝚔𝚗𝚘𝚠 𝚠𝚑𝚢."

"𝚂𝚊𝚢𝚊 𝚊𝚔𝚊𝚗 𝚋𝚊𝚗𝚝𝚞 𝚊𝚠𝚊𝚔, 𝚔𝚊𝚕𝚊𝚞 𝚃𝚞𝚑𝚊𝚗 𝚒𝚣𝚒𝚗𝚔𝚊𝚗."
Profile Image for syhrh.
23 reviews1 follower
November 11, 2023
Di usia yang muda, Vanessa sudah menjadi Professor. Ramai memuji nya sebagai genius. Tapi disebalik kelebihan Vanessa, ada kekurangan yang disimpan rapi.

“𝙔𝙤𝙪’𝙧𝙚 𝙩𝙝𝙚 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙤𝙣𝙚 𝙩𝙝𝙖𝙩 𝙞𝙨 𝙝𝙖𝙧𝙙 𝙩𝙤 𝙛𝙤𝙧 𝙢𝙚 𝙩𝙤 𝙧𝙚𝙨𝙞𝙨𝙩 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙖𝙣𝙙 𝙄 𝙙𝙤𝙣’𝙩 𝙠𝙣𝙤𝙬 𝙬𝙝𝙮.

Noah, doctor physio di hospital sama dengan Vanessa. Ada satu case ni dimana mereka berdua jaga patient yang sama. Since then, Noah selalu mencuba nasib untuk dekat dengan Vanessa. At the same time, Vanessa cuba untuk menjauh dari Noah.

“𝙇𝙚𝙩 𝙢𝙚 𝙝𝙚𝙡𝙥 𝙮𝙤𝙪 𝙩𝙤 𝙨𝙖𝙫𝙚 𝙮𝙤𝙪.”

Ada satu kejadian yang buat Vanessa cakap dengan Noah yang dia tak percaya Tuhan itu wujud. Will it stop Noah from loving Vanessa? Hmmm, syah pun tak tahu. kene baca jilid 2 🤣

———————————————

first time syah baca buku from this writer. tak banyak review yang syah nmpk. somehow, i’m intrigued by the cover & blurb.

jilid 1 of NV more to introducing the characters. writer dia pandai buat readers tertanya-tanya. apa yang dah terjadi sebelum tu, kenapa dia jadi macam gini. buku ni juga ada banyak kata-kata nasihat/motivasi yang bagus. it’s very enjoyable and not draggy at all.

if you’re the type yang suka tgk medical kdrama, this book is for you. ada vibe mcm doctor romantic and doctor john. ada 2 - 3 scenes yang menarik! 💉

and also first time syah baca buku, rasa macam tengah baca buku melayu singapore. bahasa melayu dia baku. hahaha, interesting lah 😂

risau terspoil apa-apa. what i can say, the book is good to the extend that i can reread it 💯🤟🏼

rate: solid 5 ⭐️
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.