Demi membangkitkan kuasa purba Firael, ahli-ahli sihir melakukan upacara laknat dibantu pesuruh mereka Sang Asura. Di Nusa Mintaka yang diperintah kerajaan junta, sumpahan bermula.
Raja Nusa Alnitak dibunuh kejam, meninggalkan puteri tunggalnya sebagai pemerintah baharu. Desakan pembesar-pembesar istana yang gila kuasa agar Ratu Ariana berkahwin memaksanya lari dari kerajaan sendiri. Takkan dia terikat dengan perkahwinan semata-mata takhta.
Kerana fitnah, Aryan, seorang hamba abdi dari Nusa Alnizam melarikan diri sehingga tersesat ke alam bunian yang turut ditimpa malapetaka tak tersangka.
Perang antara tiga nusa sudah bermula, didalangi pembelot dan pengkhianat. Empat puak bunian berbeza fahaman, menongkah takdir dengan naga-naga mereka. Masa untuk memilih, sekutu atau seteru. Orakel Dewata menyaksikan kemusnahan jagatraya di bawah kekuasaan sihir, hanya penyatuan mereka dapat mengembalikan keagungan sakti!
Yuda Areni dilahirkan di Kuala Belait, Brunei Darussalam. Dibesarkan di daerah Bintulu, Sarawak dan kini bermastautin di Putrajaya. Selain menulis dan membaca, beliau juga suka bermain game, melancong, menonton filem dan siri televisyen genre fantasi. Makanan kegemaran beliau adalah coklat dan durian. Penulis boleh dihubungi menerusi laman media sosial di bawah nama Yuda Areni.
Tamat sudah kelana aku di benua Mithra. Penulis benar-benar membawa pembaca ke setiap pelusuk benua yang tertera dalam peta.
( Pergunungan Kaukakus hiatus dulu kali ni, hehehe )
Seperti karya epik fantasi lain, Orakel Dewata menerapkan kombo variasi kaum yang cukup terkenal seperti bunian, duyung, jin, pari-pari, naga dan lain-lain.
Walaupun agak ramai character introduction untuk karya pertama, tapi tu langsung tak mengganggu aku untuk ingat dan kenal setiap dari watak tu.
Aku suka moment di mana Iranun dan Janggut Hitam berkelahi di saat Nilakandi menyerang. Hubungan rivalry semacam ni mempunyai dinamik tersendiri dalam sesebuah kisah walaupun Janggut Hitam sebenarnya very dirty dan telah mengkhianati rivalry antara dia dan Iranun.
Moment dunia refleksi Tasik Mirat pun aku suka, seakan Aryan menghadapi kenyataan yang diri dia tu lemah, biarpun watak Aryan sendiri memang agak lemah pada pandangan aku.
Siapa Aria ni? sekutu atau seteru sebenarnya? salah seorang daripada "The Chosen Ones" kah? aku still tak boleh move on dengan misteri watak Aria ni. Penulis, please do Aria's character justice!🙏🏻
Ragu-ragu aku dengan Mangkubumi Mahakrama. Ada ketika perwatakan dia seperti hamba kejahatan, ada ketika pula aku rasakan dia lah kejahatan tu sendiri.
Sampai ke penutup ya villain utama Firael hanya sekadar nama, tak ada further explanation tentang fizikal, kuasa dan sebagainya. Terasa vibe ala ala greatest villain ever, Sauron pun ada.
Hopefully this character will be hella amazing since Firael is a goddess clan, I assume?
Pesanan aku buat penulis agar tingkatkan lagi impak watak Aryan di karya selanjutnya memandangkan jalan cerita revolved around him and his adventure.
Aku doakan rancangan terbitan tahun 2023 berjalan lancar buat penulis.
( 4⭐ )
This entire review has been hidden because of spoilers.
Selalunya saya ambil masa lama untuk habiskan satu buku. Sekurangnya sebulan, tapi Orakel Dewata benar-benar magis ya. Tiga hari saja untuk saya khatam Orakel Dewata. Waktu PBAKL 23, sempat juga sembang-sembang dengan penulisnya. Semoga maju jaya Yuda. Tahniah! Anda dalam senarai penulis kegemaran saya. Sentiasa menantikan karya-karya anda yang lain.
Yuda Areni ni seorang penulis yang mistetri. Dia dilahirkan di Kuala Belait, Brunei Darussalam dan dibesarkan di Bintulu, Sarawak. Dia kini menetap di Putrajaya.
Katanya Orakel Dewata ditulis sebagai surat cinta kepada genre fantasi, hasil daripada idea - idea yang terkumpul sejak tahun 1993 dan akhirnya dimaujudkan dalam bentuk novel pada tahun 2022.
Sayangnya karya ini adalah satu - satunya novel dia setakat ini. Lama juga mengintai kalau - kalaulah dia aktif di media sosial dan kalau - kalaulah ada karya baru sentuhannya tapi menemui jalan buntu.
Ini sebenarnya sebuah novel yang sangat bagus. Kekuatan naratif dan dunia yang dibina menunjukkan potensi besar untuk menjadi nama penting dalam sastera fantasi Nusantara. Dengan latar dunia Mithra yang diinspirasikan daripada buruj Orion dan sejarah “hilal subur” Asia Barat, Yuda Areni menggabungkan mitos, sejarah dan imaginasi dalam satu naratif epik yang cukup memukau.
Novel ini mengisahkan konflik 3 nusa - Mintaka, Alnitak dan Alnizam - yang terjerumus dalam perang akibat kuasa sihir purba Firael yang dibangkitkan oleh ahli sihir dan pesuruh mereka, Sang Asura. Ratu Ariana, puteri tunggal Raja Alnitak yang dibunuh secara kejam, melarikan diri dari istana demi menolak perkahwinan yang dipaksakan demi takhta. Di sisi lain, Aryan, seorang hamba abdi dari Alnizam, melarikan diri akibat fitnah dan tersesat ke alam bunian yang turut bergolak. 4 puak bunian dengan fahaman berbeza dan naga - naga mereka menjadi kunci kepada penyatuan atau kehancuran jagatraya.
Naratif ini kemudian berkembang melalui pelbagai watak yang saling berkait, dengan konflik politik, pengkhianatan dan pertarungan kuasa menjadi teras cerita.
Nama watak - watak dalam novel ini sahaja sudah cukup buat aku hooked. Apatah lagi ia ditulis dengan kepelbagaian latar dan motivasi yang jelas. Ariana adalah wanita yang menolak patriarki dan memperjuangkan hak memilih takdir sendiri. Aryan pula mewakili golongan tertindas yang mencari kekuatan dalam dunia yang tak adil. Watak - watak bunian seperti Iranun dan Janggut Hitam menambah dimensi kepada dunia fantasi ini, dengan dinamika persaingan dan pengkhianatan yang kompleks.
Gaya penulisan novel ini bersifat naratif deskriptif yang kaya dengan visual dan simbolisme. Kalau difilemkan, pasti menarik! Yuda menggunakan bahasa Melayu tinggi yang tak terlalu berat, tapi cukup untuk membina suasana magis dan epik. Simbol Phi yang digunakan sebagai lambang Orakel Dewata menambah lapisan falsafah kepada naratif, merujuk kepada keseimbangan dan keagungan sakti yang menjadi tema utama novel.
Aku cukup kagum dengan dunia fantasi Melayu yang segar dan berani sebegini - ia jauh daripada klise romantik atau naratif urban yang sering mendominasi pasaran. Novel sebegini adalah satu usaha penting untuk memperluas genre dan membuktikan bahawa fantasi epik boleh dihasilkan dengan nilai estetika dan pemikiran yang tinggi.
Cuma, nak bagitahu awal - ini bukan pembacaan yang mudah - watak yang terlalu banyak dalam bab - bab awal boleh mengganggu fokus, terutama kalau kau baru mengenali dunia Mithra. Ada sebahagian bab yang terlalu padat dengan maklumat latar, menyebabkan aku tak berhenti menyelak nota yang aku catit sehingga sedikit aku rasa menggangu penghayatan aku. Struktur naratif yang episodik kadangkala menyebabkan transisi antara bab terasa mendadak.
Tapi ini sebuah karya yang cukup mengujakan dan memberi impak yang mendalam buat aku.
Encik penulis Yuda Areni, tolong keluarkan buku ke-2 secepat mungkin ye..kesian kat kami ni tertunggu-tunggu..haha Very recommended book for the fantasy lover!
Ceritanya berkisarkan zaman mitologi masyarakat melayu dimana terdapatnya dewa-dewi dan makhluk mitos alam melayu.
Saya paling suka gaya penceritaannya, kemas dan teratur. Penulis berjaya memperincikan watak-watak dan detik-detik cerita tanpa celaru. Rumusannya mudah, penggunaan nombor-nombor dan warna-warna yang memainkan peranan sebagai identiti watak, latar tempat dan objek simbolik. Huraian bagi elemen-elemen penting ini tidak meleret dan mudah difahami. Bacaan saya lancar dan langsung tidak bosan.
Ilustrasi peta benua Mithra turut diselitkan di halaman terawal dan di kad penanda buku. Peta sebenarnya amat penting sebagai navigasi pembaca untuk novel bergenre fantasi yang mempunyai dunia rekaan tersendiri. Ilustrasi bergambar juga turut disertakan. Saya tertanya adakah ia dilukis oleh penulis sendiri ataupun mengupah pelukis lain? Cantik.
Maaf ye penulis, izinkan saya tunjukkan beberapa kesalahan disini. Kalau ada cetakan kedua, sempatlah penulis mengubahnya. > Mukasurat 5, perenggan 1, "Panji-panji Alnitak berlambangkan singa merah..." - sepatutnya panji Mintaka. > Mukasurat 292, perenggan 4, "...sisik-sisik Antaboga ini lut dan kebal..." - sepatutnya "tidak lut" kerana lut bermaksud boleh ditembusi.
Keseluruhannya, ini karya debut terbaik penulis. Saya nantikan sambungan Orakel Dewata tahun 2023 ni.
P/s: agaknya berapa jilid cerita ni sebab Nek Yan dan orang2 tua lain suka sangat berahsia, ayat biasa mereka, nanti saya ceritakan... 🤭
Menamatkan bacaan Orakel Dewata dengan beberapa rujukan yang disisipkan, membuatkan ia seperti sebuah bahan sejarah purba yang dibukukan. Fantasinya berkecenderungan realiti zaman silam.
Ketaasuban membawa kepada kesetiaan yang memecah belah. Tiga kebayan berpaling tadah demi Firael yang dikunci di antara kerajaan langit dan bumi.
Demi Firael. Itu laungan kesetiaan yang telah menghuru-hara kerajaan di bumi. Tiga nusa porak peranda. Raja adil digulingkan. Pemerintah zalim berkuasa.
Cerita ini perlawananannya antara manusia, bunian dan jin. Masing-masing punya kuasa yang terzahir daripada tinggalan leluhur. Pewaris takhta hanya sedar setelah usia mencapai dua puluh tahun. Daripada orang biasa yang miskin, dia bangkit menuntut hak.
Bersatu dengan pewaris nusa yang lain.
Masing-masing ingin membalas dendam ke atas kematian ibu bapa mereka selaku raja saksama. Yang dibunuh kejam demi merampas batu berkuasa.
Tetapi, cerita ini tergantung. Ada buku kedua, sambungan cerita. Penulis ada menyebut tentangnya di halaman akhir. Yang pasti penulis masih tidak menerbitkannya sehingga ulasan ini ditulis.
Masalah bagi aku yang kurang mahir berimajinasi. Sebelum baca aku dah setup minda awal2 background ala2 LOTR, GOT, Narnia, Maleficent… satu perkataan je terus buat imajinasi aku jd cacamarba iaitu - keris-. Ah sudah.. bedal aje lah Daenerys hunus keris.. dah lama2 kecacamarbaan itu dah jd sebati.. yah! Aku sedang berada di dunia ciptaan ku sendiri.
Cerita ni mungkin sgt sesuai untuk remaja2 sebab hero heroin dlm ni muda remaja lg. Makcik2 mcm aku ni layan juga.. ejaz2 sendiri la watak 20thn jd 40thn. Xpe kan? Polis x tangkapkan?
Kagum juga dgn penulis2 novel begini.. pengunaan bahasa yg indah. Jalan cerita yang kemas. Aku kagum & cemburu juga.
Ending yg tergantung.. of coz la.. cerita best mana cukup senaskah dua, ye dak? Harapnya xde la lama sangat menunggu kesudahan kemelut mereka ni.
Cuma setelah selesai membaca, aku tertanya2 pula.. mcm mana bonda & ayahnda Neyna bersatu memandangkan Bonda Neyna bukan spesis biasher-biasher..
Apa2 pun, tahniah dan semoga berjaya dalam bidang penulisan untuk terus mengeluarkan cerita2 menarik bagi penggemar2 novel fantasi begini.
Sebagai seorang pembaca yang sudah lama menanti dan tercari-cari novel fantasi yang betul-betul dapat memberi kesan pada jiwa dan raga, saya ingin berterima kasih kepada penulis, Yuda Areni kerana menerbitkan Orakel Dewata.
Orakel Dewata bukan sekadar fiksyen fantasi, tetapi 'hidup' melalui setiap tulisan ketika membaca. Penulis bijak mengolah ayat agar pembaca tidak cepat bosan. Paling saya suka, jalan cerita dalam karya ini tidak terlalu meleret malah penuh dengan pengembaraan, aksi serta hal-hal yang pasti membuat para pembaca tercengang kagum!
Orakel Dewata. Karya epik, karya yang hebat!
(Tak sabar nak tunggu Orakel Dewata: Buku II terbit~)
Sebenarnya aku jarang membaca novel genre fantasi tapi Orakel Dewata mampu buatkan aku untuk terus menyelak hingga ke halaman terakhir. Kisah ini terdiri daripada tiga spesis makhluk yang berbeza iaitu manusia, kebayan dari kayangan dan bunian. Bunian pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu bunian tanah, bunian air, bunian angin dan bunian api atau lebih dikenali sebagai jin.
Konflik bermula dengan sumpahan sihir bokor yang berlaku di Nusa Mintaka hingga menyebabkan huru-hara serta mengganggu ketenteraman kerajaan jiran iaitu Nusa Alnitak dan Nusa Alnizam. Pengkhianatan berlaku dan pemerintah sebenar setiap nusa ada yang dibunuh dan digulingkan demi untuk menghidupkan semula Firael, Mahadewata yang dipasung antara langit dan bumi.
Apa yang pasti jalan cerita dalam novel ini penuh dengan aksi dan pengembaraan yang menarik antara Aryan dan rakan-rakannya dalam menentang kejahatan sumpahan sihir tersebut. Gaya penulisan yang tersusun kemas dan tidak melewah serta jalan cerita fast pace. Tak sempat rasa bosan. Walau bagaimanapun, pengakhiran novel ini tergantung dan bakal bersambung dalam novel kedua seperti yang dijanjikan penulis. Tapi identiti setiap watak sudah terjawab dalam novel ini cuma kesudahan konflik kebangkitan Firael dan siapa yang bakal jadi 3 raja antara mereka berenam akan terjawab dalam novel II.
Novel fantasi yang cukup rencah. Mengingatkan saya dengan karya-karya fantasi Puan Sri Rahayu Mohd Yusof seperti Puteri Naga Tiberius dan Gadis Boneka Hadrah. Tetapi Orakel Dewata ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Tahniah Tuan Yuda Areni atas karya sulung yang sangat memberangsangkan. Tak sabar nak baca Orakel Dewata II. Teruskan usaha Tuan Yuda Areni, semoga berjaya.
Sebuah buku fiksyen yang menarik untuk dibaca oleh peminat karya fantasi fiksyen magis. Design buku sangat menarik, typeface yang digunakan sesuai dengan tema magis, serta ilustrasi muka depan dan dalam buku juga sangat cantik. Free gift penanda buku yang cantik, terdapat peta Benua Mithra yang sering dirujuk sepanjang pembacaan.
Mengenai konten, penulis banyak mengambil inspirasi daripada karya popular fiksyen magis seperti Lord of The Ring, Harry Potter, Game of Throne dan lain-lain.
Penulis juga mengguna pakai kisah-kisah tempatan seperti kerajaan bunian, zaman feudal kerajaan melayu lama.
Penggunaan bahasa istana dan purba juga sangat menarik perhatian. Penulis tidak menggunakan bahasa rojak dalam penulisan novel ini.
Jalan cerita pengembaraan magis yang kuat, konflik antara ahli-ahli sihir dan pewaris takhta antara yang menarik perhatian pembaca untuk mengetahui apa tang akan berlaku seterusnya. Sebuah karya yang bukan sekadar idea sampai ke langit ke 7.
Heloo Yuda Areni, tahniah kerana awak berjaya membuatkan saya tidak dapat tidur selepas membaca novel ini! Saya habis pembacaan kira-kira pukul 2.37 pagi dan selepas itu saya termenung — menghadam kisah ini. Saya ingat nak taip ulasan ini siang nanti sahaja tapi otak saya tak benarkan. Haha, jadi saya kena noktahkan sekarang juga.
Pertama sekali, saya ingin memuji keindahan bahasa penulis. Sedap ya fantasi yang dikarang, kosa kata yang digunakan indah belaka. Saya banyak belajar perkataan baharu seperti wiwaha yang bererti perkahwinan dan dewata iaitu para dewa.
Kedua, setiap penulis ada keistimewaan tersendiri dan saya rasa antara keistimewaan Yuda ialah beliau pandai mengawal jalan cerita. Contohnya, watak-watak utama dalam novel ini tak bergerak seiring. Aryan, Elfarish dan Nek Yan mencari batu geliga sakti di Kepulauan Varusa manakala Neyna, Mak Inang dan Elfiara bergerak ke Mintaka untuk mencari pembunuh ayahanda Neyna. Yuda bijak menyusun— mula mula cerita akan menampilkan perjalanan Aryan dan temannya. Kemudian apabila ada situasi genting alur cerita dikawal oleh Neyna dan temannya pula, meninggalkan pembaca dengan perasaan berdebar akan apa yang terjadi pada Aryan.
Kemudian konsep yang diperkenalkan juga unik daripada novel fantasi lain. Contohnya konsep 'cermin' Tasik Mirat. Seperti yang kita tahu, Aryan ini agak lemah jugalah ( maaf Aryan, apapun saya masih suka awak :p). Dalam pertembungan antara Aryan sebenar dan Aryan cermin(wah HAHAHA lucu pula menyebut Aryan cermin), Aryan yang sebenar lebih kepada strategi bertahan. Dia macam ketandusan taktik berlawan pun ada (maaf sekali lagi Aryan). Tapi, sisi Aryan cermin yang ditonjolkan berlawanan. Aryan cermin lebih garang, lebih kepada menyerang dan Aryan cermin ni dia seolah berusaha untuk menyedarkan Aryan sebenar untuk bangkit, untuk sedar akan posisinya sebagai pewaris takhta Alnizam. Saya rasa Aryan ini kuat cuma potensi sebenar dia masih belum ditayangkan.
Itu yang menarik pasal konsep Tasik Mirat ini. Dan, saya ingatkan ketika Aryan, Nek Yan dan Elfarish masuk dalam tasik ini, mereka bertiga akan berdepan dengan cermin masing-masing. Oh tidak rupanya. Elfarish dia hidup dalam fatamorgana yang dicipta Garuda si burung kayangan. Nek Yan pula? Hanya penulis yang mengetahuinya. Sebab itulah saya rasa teruja disebabkan mehnah yang dihadapi oleh setiap watak tidak sama walaupun dicampakkan ke lokasi sama.
Seterusnya, keistimewaan penulis ialah banyak tanda tanya yang tercetus selepas habis pembacaan. Sampai mukasurat yang terakhir, saya tak dapat pastikan siapa 3 orang raja buana itu. Masing-masing kuat. Saya rasa Yuda sengaja tak memberi klu untuk menimbulkan unsur suspens HAHAHA. Antara persoalan lain, siapa Mangkubumi tu sebenarnya. Dia nampak lemah tetapi kadangkala nampak kuat. Firael punya figure pun belum ditonjolkan lagi, hanya sejarahnya saja yang tercatat. Asura pula, baikkah dia atau jahatkah dia? Siapa sebenarnya Asura ini? Dia pun banyak potensi juga.
Oh tidak, saya ada banyak kata yang ingin dicurahkan tapi saya kira sampai sini sahajalah dulu. Semoga kalau ada pembaca yang masih teragak-agak nak baca novel ini akan teracun dengan ulasan saya ini, HAHAHA. Tolonglah baca.Semakin banyak mukasurat yang kamu selak, semakin banyak soalan kamu. Kita akan rasa kita dah tahu banyak tapi sebenarnya kita tak ada klu pun apa akan jadi (*sedih).
Tahniah kepada penulis atas novel debut ini. Semoga sambungan novel ini akan cepat 'dilahirkan', aamiin. Saya suka sangat naskhah ini!
p/s: Saya harap sangat novel kedua akan ada penerangan lebih panjang tentang Perang Panca Panji dan Maharana Mithra. Saya betul betul invested dengan dua perang ini sebab dinamik 2 perang yang berbeza latar lokasi dan masa tapi akhirnya membawa kepada konflik yang sama.
This entire review has been hidden because of spoilers.
"Orakel Dewata" sebuah novel yang memang menjadi sasaran saya untuk dibaca tahun ini,
Naratifnya asli, membawa pembaca kembara (bersekali dengan watak-watak) melewati kepelbagaian kerajaan (nusa), menjebak pembaca dalam konflik — sisi putih dan sisi gelap, bertitik tolak dari ramalan termaktub dalam sebuah kitab lama.
Hubungan pembaca dengan watak berkembang dari satu plot ke plot yang lain — pembaca (secara santai) mengenali setiap watak secara linear dan kedalaman setiap watak berpadanan dengan kisah yang hendak disajikan pada pembaca.
Genre fantasi, pengembaraan epik Orakel Dewata ini menyatukan manusia, bunian, jin dengan (kebiasaan) elemen-elemen kesaktian, makhluk gergasi lewat babak-babak aksi — mengujakan.
Tahniah saudara Yuda Areni, dan teruslah berkarya.
Baru habis baca yey! Sejujurnya saya bukanlah peminat fiksyen fantasi tapi cerita dalam novel ni betul - betul buat saya speechless dan kagum. Masih terngiang-terngiang pengembaraan Aryan. (terhibur bila Aryan panggil Ishtar gadis ikan🤣)
Pengembaraan setiap pelusuk Benua Mithra sangat menyeronokkan. Tahniah kepada writer kerana berjaya terbitkan karya epik ini.
((Dengan ini saya menanti Okarel Dewata :Buku II :]))
Come on this book is superb. 5 stars are not enough to rate this book. It deserves more than 5 stars. We need book 2 ASAP. Mula2 mcm bnyak nak hadam, kene tngok peta, tapii storyline dia interesting memang worth my money. Please kami perlukan sambungan.. memang recommended..
"Cuma, tidak semua kebayan telah menjalankan tanggungjawab mereka," Pendeta Elfayyad tunduk kesedihan.
bila amanah tidak dijaga, maka bencana akan menimpa.
bagi peminat cerita fantasi, dunia magis yang merentasi alam manusia, pari², duyung, bunian, jin dan ahli sihir, buku ini amat sesuai. garapan yang kemas, aturan yang menimbulkan tanda tanya dan rasa ingin tahu, cukuplah kiranya rencah untuk novel fantasi yang bagus.
walaupun ada beberapa ketika, terasa seperti ada ayat yang lebih baik, ada perkataan yang lebih tepat, tetapi itu hanyalah selera peribadi semata-mata.
kerana telah biasa dengan visual dari filem Harry Potter, Aquaman, LoTR, Eragon, Percy Jackson, dan lain², jadi mudah untuk gambarkan rupa disebalik kata.
pendek kata, peminat fantasi tak akan rasa rugi membacanya.
Orakel Dewata adalah surat cinta (love letter) buat genre yang paling digemari: fantasi! Dunianya wujud dalam kepala berdekad lama, dimaujudkan atas kalam apabila waktunya sudah tiba. Selamat mengembara di alam fantasi penuh magis, para pembaca budiman!
"...kalian adalah tiga dari tujuh waris kayangan yang telah dilahirkansemasa kemunculan sejalur tiga bintang pertama di langit malam semasa perayaan Diashragala dau puluh tahun yang lalu..." Pendeta Elfayyad...
siapa tujuh orang yang menjadi pewaris 'Orakel Dewata' setiap satu orang dari mereka ini berlainan darjat dan keturunan. setiap dari mereka ada kuasa yang mereka sendiri tidak tahu.
This book is one of my favorites all the time. because the whole story will bring you into a fantasy world. This is the real fantasy story, not related to any love story. cuma kisah tentang mana datang tujuh waris 'Orakel Dewata' dan kisah perjalanan mereaka yang penuh cabaran.
penulis memang hebat imaginasi dia membawa i as a reader masuk dalam dunia 'Orakel Dewata' siapa ahli sihir yang menjadi pembangkit kuasa sihir yang tinggi? siapa Aryan yang tiba2 diburu oleh Nusa Alnizam? perang yang membawa kepada tiga NUsa dan empat puak bunian yang berbeza pegangan.
kepada penulis silalah tunaikan janji anda utk buka kedua i rasa macam dah lama tunggu. ank sambungan kisah Ratu Ariana dan Nenek kebayan ... makin misteri setiap tutur kata dia tu ..
hellooo, saya nak bagitau yang saya dah habis baca buku Orakel Dewata. saya rate 5/5 !! jalan cerita sangat lah menarik. gaya penulisan pun, pergh detail teruk sampai saya boleh imagine macam mana keadaan dalam buku tu. ada jugak chapter yang buatkan saya teringat kat HP huhu. sekali dah baca, memang tak boleh stop. setiap kali saya nak stop kena fikir dua tiga kali lah jugak sebab intrigued dan curious apa yang akan jadi lepastu. plot twist buat saya terkejut beruk AHAHAHA, rasa dikhianati 😔. saya tak sabar nak tunggu buku kedua Orakel Dewata. publish cepat” tau. saya tak boleh hidup dalam curiosity AHAHAHAHAHA 😭😭
*maaf ye, saya ni tak reti tulis review. maaf lah kalau ada yang terkurang :))
Ulasan pendek, buku ini sangat amazing untuk dibaca. Penulis dengan mantapnya menceritakan tiga kisah utama dengan baik dan akhirnya ketiga-tiga kisah itu bertemu. Then it all makes sense. Kepada yang enjoy cerita Game Of Thrones, boleh try baca buku ni. Sebab setting lebih kurang dan senang nak imagine setiap situasi. Dan ye, habis hampir semua karakter mati. ops. Hahaha.
Keep up the good work author. Tak sabar nak tunggu sambungan.
apa yang saya boleh cakap..walau buku ni cuma fantasi sahaja..tapi penulis mmg betul2 bawak saya menyelami buku beliau. walau nama2 watak ada yang berbelit tapi LANGSUNG TAK MENCACATKAN JALAN CERITA. untuk penulis yang baru dan pertama kali menulis di buku, saya puji dari segi storyline, susunan ayat, plot membawa saya menggembara tak nak balik rasa 😂😂 TAHNIAH dan karya beliau sangat2 worth it di baca ✌️
p/s: saya boleh abiskan bacaan dalam beberapa jam sahaja 😂