Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
YUKI.

Dia digelar Snow Queen dan hatinya sedingin salju. Hidup mati seseorang ibarat di dalam genggamannya sahaja.
Namun, kehadiran lelaki itu telah membawa kehangatan yang mampu mencairkan segalanya.

HUD ASYRAAF.

Dia seharusnya sudah mati.
Tidak lain tidak bukan, di tangan wanita dari dunia gelap itu. Namun, di dalam kegelapan itulah dia menemui cahaya.

“Give me the name. Aku nak tahu siapa yang nakkan nyawa aku,” - HUD ASYRAAF
“Aku takkan bagi sebarang nama,” - YUKI

Saling membenci dan menyakiti dengan kata-kata, mereka juga yang saling melindungi dengan nyawa sendiri.

“In the darkness, I found you. You’re my solace,” - HUD ASYRAAF

Dua jiwa berusaha mempertahankan perasaan semampunya. Tetapi ketika nyawa menjadi pertaruhan dan akal hilang pertimbangan, masih utuhkah rasional dan pendirian mereka? Dalam rantaian takdir itu, siapa yang menjadi mangsa? Siapa pula yang menjadi pemangsa?

“At the end of the day, you’ll be the person whom you once swore you’d never be,” - YUKI

600 pages, Paperback

First published September 1, 2022

3 people are currently reading
116 people want to read

About the author

Syu Ariani

19 books223 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
42 (52%)
4 stars
28 (35%)
3 stars
9 (11%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
January 23, 2023
First of all zu nak cakap!! KENA BETUL LAH NAMA YUKI DENGAN HUD 😳

Berita yang Yuki dapat tahu 15 tahun yang lepas sangat memberi kesan pada dirinya. Semakin dingin, semakin heartless. Tanpa dia sedar, berita itu meragut sekali keceriaan hidupnya.

Dan kini, Yuki terkedu. Macam mana Hud boleh kembali? The dead can’t speak. Terlintas dalam kepalanya tentang kejadian itu. Ada yang dia terlepas pandang ke?

Hud kembali dengan niatnya cuma satu. Eh salah, dua. Satu, mencari siapa yang upah untuk dirinya dibunuh. Dua, Yuki. Sedalam mana dia cuba fokuskan dirinya pada niat yang satu itu, sedalam itu jugalah dia fikirkan tentang Yuki. Wanita itu… makin mewarnakan hidupnya.

𝘛𝘦𝘳𝘬𝘦𝘫𝘶𝘵, 𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵 𝘯𝘢𝘮𝘢 𝘠𝘶𝘬𝘪.
𝘔𝘢𝘳𝘢𝘩, 𝘯𝘢𝘮𝘢 𝘠𝘶𝘬𝘪 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘴𝘦𝘳𝘶.
𝘙𝘪𝘴𝘢𝘶, 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘥𝘪𝘢 𝘱𝘢𝘯𝘨𝘨𝘪𝘭 𝘠𝘶𝘬𝘪.

Senang kata, Hud ni memang simp teruk lah dekat Yuki. He falls moreeee harder. Hud yang manja bila dengan Yuki ni memang buat zu rasa nak nangis tepi bucu je 😭 sampai Noah geram tengok HAHAH siapa pula Noah ni? Itu you guys kena baca.

“𝘿𝙖𝙝 𝙥𝙖𝙣𝙙𝙖𝙞 𝙨𝙬𝙚𝙚𝙩 𝙩𝙖𝙡𝙠 𝙖𝙠𝙪 𝙨𝙚𝙠𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜.”

“𝘽𝙚𝙡𝙖𝙟𝙖𝙧 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙠𝙖𝙪.”

Selain dari romance 🙄 (maaf saya cemburu dengan HudYuki✋🏻) ada juga part suspense yang menimbulkan banyak persoalan. Bila dah faham dengan gaya penulisan kak syu ni memang auto jadi detektif lah.

Semua watak yang muncul, memang zu akan cakap “haaa kenapa tiba tiba dia muncul? sus ni sus!” 🤣

Kali ni, apa yang zu syak dari awal memang betul dia orangnya. Fuhh eventho dah boleh agak, tapi bila dah sampai klimaks tu terkedu ha kau. Eh, itu je ke? TAK! Bila dah nak habis tu, lagi sekali zu hadap plot twist yang memang tak terfikir langsung. Eh?

Jujur zu cakap, bila baca part Yuki dengan Hud berbual tentang ‘dia’. Semua benda makes sense dari awal lagi. Tipulah zu kata tak mind-blowing 🫠

Akhir kata, buku yang dari Syu Ariani memang ‘a-must-buy-book’ bagi zu ❤️

❄️ 𝒯𝑜 𝓈𝑜𝓂𝑒, 𝒷𝓁𝒶𝒸𝓀 𝒹𝑒𝒻𝒾𝓃𝑒𝓈 𝒶𝓁𝓁 𝓉𝒽𝑒 𝒷𝒶𝒹 𝓉𝒽𝒾𝓃𝑔𝓈 𝒾𝓃 𝓉𝒽𝑒 𝓌𝑜𝓇𝓁𝒹. 𝐵𝓊𝓉 𝒾𝓃 𝓉𝒽𝑒 𝒹𝒶𝓇𝓀𝓃𝑒𝓈𝓈, 𝐼 𝒻𝑜𝓊𝓃𝒹 𝓎𝑜𝓊. 𝒴𝑜𝓊'𝓇𝑒 𝓂𝓎 𝓈𝑜𝓁𝒶𝒸𝑒, 𝒴𝓊𝓀𝒾.
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
October 26, 2022
Salah ya apa yang aku expect plot twist bila baca, pandai author corner segala watak dia. Haha. Kupikirkan dia ni yang jahat, rupanya dia tuuuu yang tak guna. Siapa dia ni dia tu? Bacalah sendiri! Haha.

Dan… Oh Remy… why?! Nangis….

Best. Comel nama Yuki. Dan Hud… alahai rasa nak gelak guling guling bila dia jealous. Nak bagi penampar pun ada.
Profile Image for Bay.
263 reviews4 followers
March 30, 2024
‘’You’re my solace”

This book is amaaaaazinggggg. All the plot were written smoothly. And the plot twist? *chefs kiss*

🥷🏽 Yuki is so a femme fatale. Aku suka dengan dia. Cool gila. Action plot tu aku boleh bayangkan macam mana Yuki beraksi.

👨🏽‍🎤 Hud Asyraaf. Really sad la his life. Tapi bila part jealous dia kan, aku rasa nak picit2 je dia. Sebab heyy budakk2 sangat masa jealous.

💂🏼Noah!!OKAY TAK SABAR NAK BACA HILDE!!!. Aku suka gila kat Noah sebab dia very protective dgn Yuki and Nat.

P/s : The real name of Yuki…?? EXQUISITE💖
Profile Image for Amal Lee.
277 reviews33 followers
October 11, 2022
Nukilan Syu Ariani memang tak boleh disangkal lagi.
Profile Image for Mslvoe.
2,041 reviews197 followers
March 14, 2025
Diaorang ni memang sweet sangat especially Hud yang cam manja tu.

F rasa F tak boleh ngam cerita action² ni walaupun cerita dia best.
Profile Image for Fiqa Najwa.
66 reviews
March 2, 2023
As usual la buku Syu Ariani 👍🏻 setakat ni semua buku dia aku boleh go lagi cumaaaa

Masuk queen series ni aku dah boleh agak la plot jalan cerita dia mcm mana. Hahahah mungkin sbb element org jahat dia lebih kurang princess series but anyway masih ada la perasaan "ooo patut la rasa sus je dgn dia ni" cuma tak de la perasaan terkejut plot twist mcm baca princess series hehe

Berharap buku scarlet dgn dua lagi queen series tu ada kelainan sikit utk org jahat dia tu HAHAHAHA bukan apa risauuu aku bosan je ni
Profile Image for sooa.
62 reviews4 followers
October 12, 2025
act my expectations are high for this book since aku suka princess series but hmm beshe beshe je untuk book 1 ni dan agak boring n cringe
Profile Image for Aqilah Ramli.
25 reviews3 followers
November 17, 2022
Expectationku terlalu tinggi untuk buku ni. Ku sangkakan, ianya akan sama seperti Princess series. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab dalam buku ni boleh consider action scene tersangatlah kurang. Let me guess, 10% I think? The rest is romance.

Wait, wait. Aku tahu ni buku romance but still, for Princess series banyak jugakan action scene. Selain itu, buku ini sedikit dragging dan banyak pengulangan dialog. Pengulangan tu dari POV Yuki & Hud. Aku jadi sedikit geram sebab benda tu dah disebut pada awal buku, dan ianya disebut lagi selepas itu. I can see a lot of improvements. Cerita yang lebih details, plot yang lebih kemas dan lain lain.

Overall, its 3.5 stars. Thank you author the great book. Waiting for the next Queen series!
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
December 25, 2022
Yuki ni novel pertama under queen series. Maksud Yuki adalah salji. Adakah Yuki sedingin salji seperti namanya?
.

Yuki ni pengasas AJNIN. Dia take over drpd mak dia, Natalia. Asalnya Valarie, tp lepas Yuki take over, dia tukar nama. AJNIN ni merupakan sebuah syarikat pengawal peribadi. Namun disebalik itu, AJNIN ada melakukan tugasan gelap.

Hud Asyraaf antara mangsa bahagian sisi gelap AJNIN. Yuki diupah oleh seseorang utk membunuh Hud, namun disebabkan konsep double deal yg dilaksanakan oleh Yuki, maka Hud selamat. Dgn syarat Hud perlu menghilangkan diri. Tapinya, Hud Asyraaf telah diisytihar mati
.

Ijlaal. Nama baru bg Hud. Bertahun bertapak di Indonesia sbg penyanyi, dia pulang demi mencari org yg ingin membunuhnya
.

Siapa sebenarnya yg mengupah Yuki membunuh Hud?
.

Hud mengesyaki bapa saudaranya, Wafi. Hal ini disebabkan, Wafi hidup mewah setelah kematian parents Hud dan Hud. Langkah pertama Hud adalah mendekati Leyka. Adik sepupunya sendiri
.

Pertemuan semula antara Yuki dan Hud membawa cerita lain. Yuki yg menyangkakan Hud benar2 telah mati akibat serangan teroris di Indo, terkejut dgn kepulangan Hud. Hud menuntut nama yg ingin dia mati
.

Aku suka watak Noah. Noah ni bagaikan abang kpd Yuki. Dia yg byk membantu Yuki membangunkan AJNIN
.

Jalan cerita menarik. Plot tersusun rapi. Dan yg paling mengejutkan, Syu hidangkan 2 plot twist. Yang 1 tu, aku mcm dh blh agak, lepas beberapa klu yg Syu bagi
.

Tahniah Syu, mcm biasalah sila cepat cetak Queen 2.😁

Recomended utk mereka yg sukakan action romance.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
March 22, 2023
Yuki dan Hud. Sweet couple. Yuki lebih dominan dari Hud. Hud ni manja-manja, sweet sangat. Bak kata Yuki, Hud comel!
3 reviews
November 19, 2022
3/5.

Tak letak expectation, and yes. Nasib tak kecewa.

Cuma, agak pelik sbb buku ni masih mengekalkan revenge family? So, dia agak hurm sedikit. And, 20 bab awal tu, tak tahula. Dia mm agak draggy tau. Dan, banyak pengulanan scene. And, actually.. 😅 the action banyak berulang. Waiting for Syu, kapankah dia akan menghasilkan moral value dan pengajaran yg baik? Taknak terikat on action-romance (tumbuk-tumbuk je). Tapi, okaylah kalau nak isi masa lapang baca buku ni, just lower expectation.

ps:// Hud manja. Luvvvvvvv that!
Yuki macam cold tak cold je. Hahaha somehow awkward pula sbb character dia mcm tak jadi.

Cuma harap, buku lain tak ada term atau main focus terhadap family-revenge. Imagine having 8 books (in 2 series) just to talk about dark-secret-family-revenge. Walau tak kecewa, jauh disudut hati, series #1 ni agak tak memuaskan hati.
75 reviews16 followers
August 24, 2023
Cerita ni best tp xthu knp xberjaya buat aku baca berterusan
Brp kali stop n aku pun xpasti brp lama amek masa untuk hbskan

Twist yg menjadi hnya Remy, mmg x expect lgsg
Yg lain tu blh agak, mgkn sbb dh baca byk buku penulis

Rasa sedih yg cuba dismpaikan berjaya
Tp part sweet2 tu xthu la knp x smpai pun, rse mcm bosan plk 🤣
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
April 10, 2024
First of all, saya bukan jenis yang suka genre action, so review saya ni dari pov orang yang baru nak suka genre action hehe

Yuki - suka sangat pakai baju putih, tu trademark dia. baik walaupun nampak jahat, i guess you can relate this dalam keadaan dunia yang sekarang. Yuki ni lebih kepada angel that use devil mask. kenapa? senang je, sebab dia taknak orang ambil kesempatan ke atas kebaikan dia.

Hud - a sunshine turn to grumpy, not really grumpy pun cuma dengan Yuki je dia jadi sunshine even dah tua pun hahahaha because Yuki is the sun to him. PULAKKK. Hud ni sepatutnya dah mati sebab Yuki diarahkan untuk membunuh Hud instead Yuki give him another chance but he have to lay low as a dead. Yang mati harus kekal mati. Disebabkan selalu sangat dengar ayat seakan ni, Hud berani bangkit dengan identiti baru demi memburu orang yang nak bunuh dia 10 tahun yang lalu.

Yuki dan Hud bertemu sewaktu usia mereka baru 18 tahun, Hud adalah arahan pertama Yuki sejurus selapas naik takhta didalam syarikat Ajnin. Walaupun untuk beberapa hari, Yuki dan Hud meluangkan masa macam tiada apa yang mengancam mereka. Selepas 10 tahun, Hud tetiba muncul balik dengan misi untuk memburu orang yang nak bunuh dia. Sambil menyelam minum air, nak pikat hati Yuki juga. Yuki dari heartless terus diasak oleh pelbagai emosi dengan kewujudan Hud semula. Plot twist dia fuhh i guess kita kena keep in mind sometimes the one that know you well are more likely to stab you.

Anyway, kita pun lurve tengok lesung pipit orang hahaha anyone yang ada lesung pipit and talk to me memang i will stare at your dimple. Same like Yuki, asyik tenung lesung pipit Hud sampai lama-lama Hud tahu yang Yuki suka tengok lesung pipit dia. Masalahnya Hud pergi tegur "Haa aku tahu, kau suka tengok lesung pipit aku rupanya" HELPPPPP because someone pernah tegur me like this and i blushing sebab ye la malu kot terkantoi tenung dimple orang hahahaha
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for jj.
59 reviews1 follower
June 7, 2023
“𝒴𝑜𝓊’𝓇𝑒 𝓈𝓉𝒾𝓁𝓁 𝓂𝓎 𝓈𝓃𝑜𝓌. 𝑀𝓎 𝒷𝑒𝒶𝓊𝓉𝒾𝒻𝓊𝓁 𝓈𝓃𝑜𝓌,” -��𝓊𝒹 𝒜𝓈𝓎𝓇𝒶𝒶𝒻

𝐻𝓊𝒹 𝒜𝓈𝓎𝓇𝒶𝒶𝒻 🤍 𝒴𝓊𝓀𝒾
4.8/5 💫

Yuki. Bermaksud salji. Ya dia juga seorang yang beku dan dingin. Yuki pengasas AJNIN, syarikat bodyguard dan juga mengambil upah untuk menamatkan riwayat seseorang.

Hud Asyraaf. Merupakan seorang remaja dan salah seorang mangsa AJNIN. Yuki diupah untuk menamatkan riwayat Hud, tetapi dia terselamat dengan konsep double deal yang dicipta oleh Yuki. Selamat tapi kena hilang dari bumi Malaysia. Seumpama Hidup tapi Mati.

Apabila dewasa Hud kembali, dia mahu tahu siapa yang upah AJNIN untuk menamatkan riwayatnya. Malangnya tiada jawapan yang boleh Yuki beri. Hud sendiri nak cari siapa dalang disebaliknya kematiannya. Siapa yang nak 🔪 Hud? Bagaimana Yuki boleh menjadi sedingin namanya?

🪄 This book was so GOOD! Just in one day boleh habis (nampak kan betapa tenggelamnya dalam Yuki 🥹). Curiosity might kill the cat tapii terpaksa curious jugakk sepanjang baca sebab tertanya-tanya siapa yang nak bunuh Hud?! Yang ditarget lain, at last orang lain haih stress 😓 Ngl! plot twist is super advanced❗️

🪄 Yuki dengan Hud memang berjodoh betul. Hud nak clingy je dengan Yuki, he’s so soft yet attractive 😮‍💨 Manja teruks sampai kita rasa macam eh kau ni hormat sikit aku yang tengah sendu ni 🥲 Hud dengan Noah tu pun memang tak boleh duduk sebumbung kan ada je yang tak kena 🤣

🪄 Tak kurang jugak dengan Yuki, protective gila! Nampak je macam dia tak ambik tahu padahal dialah yang terpaling laju nak tau apa jadi dengan Hud 😙 Yuki shy-shy cat la tu 🐱

🫧 issa RECOMMENDED! scene action walaupun nampak sikit tapi it’s perfectly blend with other scenes jugak so take it or leave it.
Profile Image for Am. Han.
107 reviews1 follower
November 3, 2022
Salji - Beku - Putih

Tapi warna putih itu tak langsung dapat menenangkan perasaan si musuh.
Bagi Hud pula, dia adalah seorang lelaki yang cengeng dan manja bila melibatkan 'snow' itu.
Profile Image for Garfu.
155 reviews2 followers
March 11, 2023
It’s good but just another typical syu ariani’s story
Profile Image for Nad.
375 reviews
April 29, 2024
Loved it.
Masa baca mula baca berlagak ingat dah dapat agak plot twist dia, lepas tu eh eh mana satu yang bad guy ni.
Profile Image for Azida Ishak.
28 reviews7 followers
June 23, 2023
Cover hitam putih yang sangat cantik. Bahasa dan lenggok tulisan Syu sedap dibaca. Plotnya agak perlahan, tak banyak benda berlaku dalam cerita ni. Banyak konsep telling dan bukan showing.

Villain dalam cerita ni boleh agak, tapi ada plot twist yang tak dijangka dan ini membuatkan endingnya menarik.

Overall saya bagi 4.5 bintang sebab nampak banyak sangat effort Syu untuk selfpub buku ni - kemas, tak ada typo dan layout dalam pun lawa.
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.