Jump to ratings and reviews
Rate this book

My Sweet Saviour

Rate this book
Bercinta dengan Zack bertahun-tahun, akhirnya lelaki itu curang di belakangnya. Bercinta pula dengan Izzat si jejaka matang, rupanya suami orang!

Paling sadis kisahnya kali ini Izzat yang matang berubah menjadi mamat psiko gara-gara mahukan dirinya. Tambah sadis dia dikejar pula dengan isteri Izzat yang cemburu buta.

Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang sentiasa ada ketika dia ditimpa masalah. Mr Saviour!

“Abang you dah upah I jadi boyfriend you. So, I kenalah buat kerja.” – Farel Irsyad

"Boleh tak awak jangan nak sweet sangat?" - Dahlia

"Lakonan kita kena mantap, baru nampak macam pasangan bercinta." - Farel

Oh my sweet saviour!Hidup Dahlia kembali tenang dengan adanya lelaki kacak persis model antarabangsa itu.

Bermulalah lakonan mereka sebagai pasangan kekasih di depan Izzat dan Jasmeen.

Tetapi lain pula yang jadi bila Farel mula jatuh cinta padanya. Dahlia yang dah serik bercinta terus saja menepis lelaki itu, malangnya Farel tak pernah kenal erti putus asa.

“I am crazy. Crazy in love with you.” – Farel

“Cheezy!” – Dahlia

Berjayakah Farel mendapatkan Dahlia? Dan bagaimana pula reaksi Dahlia setelah terbongkarnya rahsia yang disimpan Farel selama ini.

There is always some madness in love!

341 pages, Paperback

Published August 1, 2022

8 people are currently reading
63 people want to read

About the author

Cik Bawang

33 books173 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
29 (41%)
4 stars
20 (28%)
3 stars
18 (25%)
2 stars
3 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,136 reviews212 followers
October 4, 2022
Putus hubungan dengan Zack.
Bercinta pulak dengan Izzat.
Dah suka² sayang² tiba² wife Izzat datang serang.

Nekad putus hubungan.. tiba² sesuatu berlaku pada Dahlia.

Dahlia hilang ingatan. Dia lupa Farel, kawan baik abangnya Danz yang sentiasa melindungi Dahlia.

After 2 years tinggal di Kanada, holiday sana sini, Dahlia balik ke Malaysia.

Terserempak pulak dengan Izzat. Hati kata taknak tiba² boleh agree nak jumpa. Pastu kena tangkap khalwat. Agree pulak nak kahwin dengan Izzat asalkan Izzat cerai dengan wifenya.

Mengamuklah abang Dahlia. Sakit hati dia kerah konco² geladah rumah Izzat and cari bukti.

Kisah dia okay tapi maybelah saya tiada mood.

Satu lagi kata kerabat Tengku, motor bersepah², kereta mewah² tapi tengok bag Charles and Keith? Biar betul? If Louis Vuitton, Chanel, Gucci boleh terimalah jugak. Paling affordable pun like Coach, Marc Jacobs, Kate Spade. 😁 itu jela comment
Profile Image for Pink.
239 reviews23 followers
June 23, 2023
Change to 5 star. Rindu nak reread Farel! Haha. Aaaa best best! Cepatlah Danz keluarrrr.
Profile Image for Eyd1410.
836 reviews22 followers
January 1, 2024
Alaaa Farel ni memang sweet. Melting wehh. Tapi kenapa ku rasa ku lebih memilih Faris? Whyyy? Tak boleh move on la dari cerita Faris. Mereka berdua ni kawan baik. Minat permotoran yang sama. Latar belakang dari keluarga yang berada. Cuma mungkin perjalanan cerita Faris yang berliku yang membuatkan saya nemilih Faris dari Farel.

Farel ni tahap setia dia memang gila. 5 tahun dia pendam rasa cinta dekat Dahlia. Hubungan mereka tidaklah seakrab mana tetapi nasib cinta Farel terhadap Dahlia tu sentiasa on off. Ditambah Dahlia yang hilang ingatan 2 tahun dan kemudian banyak cubaan jenayah yang ingin dilakukan terhadap Dahlia sehingga Dahlia terpaksa menerima Farel sebagai suami.

Bila dah jadi husband and wife tu memang la ada naik turun. Apa yang pasti Farel ni selain dari setia, tahap kesabaran dia memang sangat tebal. Dengan sikap Dahlia yang keliru dengan perasaan sendiri dan lepas tu terasa ditipu oleh Farel. Jadi letih sikit part awal perkenalan dan perkahwinan mereka yang sentiasa tarik tali. Siapa lagi yang suka tarik tali kalau bukan Dahlia!

Tapi saya suka impian Dahlia. Walau dilahirkan dalam keluarga yang senang, dia memilih untuk hidup sederhana. Dia mahukan anak yang ramai dan rumah yang sederhana. Tidak terlalu besar. Cukuplah untuk menampung ahli keluarganya sahaja. Dia mahu rumah itu sentiasa meriah dan selalu nampak each other. Rumah besar bukan jaminan bahagia jika pengakhirannya tinggal seorang dua dan rasa kosong😥
Profile Image for Nurul Aisyah.
24 reviews1 follower
February 8, 2023
farel yang 💚 + manis leting
dara dahlia ni rasa nak penyek je sbb geram 😂
nak feeling2 tengok kdrama hero pendakwa raya / peguam + naik superbike boleh lha baca 😍
tak sabar tunggu kisah danz pulak 🤭
Profile Image for Akmal Zahrudin.
221 reviews26 followers
March 19, 2024
My thoughts?

1. Aku terhibur baca buku ni. Sekali hadap dah habis. One thing about penulis yang aku suka, buku-buku yang dia tulis tak dragging. 

2. Nama male lead Tengku Farel ni apahal hesmes sangat nama dia? 🤣 Macam nama male lead Hikayat Allerednic, Luqman Al Farel kan. Pun hesmes gila aku rasa nama dia.

3.Male dan female lead dalam buku ni sangatlah likeable ye. Aku biasanya tak suka female lead penulis. Macam buku Dhia dan Faris, aku sangatlah tak suka female leadnya. Tapi Dahlia ni ok. I approved.

4. Konflik dia tak berat jadi takdelah stress baca. Aku ni bengang gila dengan Jasmeen. Baru je you have my support tapi rupa-rupanya dia pun 2x5 je dengan Izzat. Hampagas betei 🤣

5. One thing about Malay romance novel, dia memang kena kahwin ada anak ramai baru dikira happy ending eh? 😆 Ada tak buku yang ending dia lain sikit?
Profile Image for Emily.
142 reviews7 followers
March 19, 2024
4.5!!!

Light read lurveeee but i wishh there's more sebab tu lack 0.5. Sebab Farel is well-described ye, terbayang as mingyu seventeen pulak. Suka betul kalau ada character playful but mischievous or friendly but mysterious. Angau dan delulu farel pun mencuit hati ye. Plussss, his action and character well-written. Rasanya takde kat dunia tapi tak juga rasa macam tak wujud, tu yang menarik. Untuk Dahlia awww girll you so cute. Cerita ni untuk santai, sesuai la nak baca kalau lepas baca buku yang berat-berat ke. Yang penting asyik tersengih je la buku ni.
Profile Image for Cutie_pie28.
444 reviews11 followers
February 7, 2025
Best laa cite nie.. sweet sgt Farel n Dara nie.. and scary jugk tetibe ade unsur mistik..

Jahat btul si Yasmeen tu.. die yg curang die pulakk melebih pegi serang org.. sanggup soh bf pegi tikam Dara..

Lepas Farel n Dara kawin mmg suke sgt.. sweet gile..
skg nie tgh baca ttg ank dorg si Fahim.. - Mr Troublemaker..

Profile Image for Dini Marahhakim.
5 reviews2 followers
June 17, 2025
Personal rating : 4/5

Comel weh mak bapak si Fateh ni sebab dah baca Fateh baru nak kumpul cerita CB yang lain hehe.
Bukan main lagi ek sweet dia sampaikan sehari je dah habis eh sebenarnya beberapa jam je dah habis baca dah cerita ni.

Farel ni boleh pulak tersuka Dahlia ni adik member sendiri sebab first sight tapikan si Danz ni tak pernah pun nak bagitau pompuan yang Farel sibuk cari ni adik dia sendiri hah terkontang kanting la member tunggu benda tak pasti kakakkaa.

Alasan Danz time tu sebab Dahlia dah ada bofen dah tu sebab dia taknak la si Farel ni kiciwa tapi tu la dikecewakan oleh dua jantan tagune pulakkk yang sorang tu sampai serang menyerang tapi rupanya dia pun curang jugak hanertsssss.

Cerita dia sumpah lighttt jadinya nak ringan ringan boleh nak dive into cerita ni kekekeke.
Profile Image for Nurul Iffah.
21 reviews
August 21, 2025
It was an easy read with minimal conflict. Love how bucin Farel is over Dahlia HAHAH
Profile Image for Chicken.
40 reviews1 follower
August 16, 2025
Story? ⭐⭐⭐
Plot? ⭐⭐⭐⭐
Writing? ⭐⭐⭐
Overall rating ⭐⭐⭐ 3.8/5

---

It's giving me love & hate with this ML, Farel cuz he's such a playboy and such a sweet talker...

Farel boleh dikatakan green flag juga kot? Even tho dia ni terlebih menggatal dengan si Dahlia, maklum la dah jadi bini kan.

Sometimes it's kinda funny seeing him trying to flirt with her, at the same time jadi boyfriend olok2 supaya si Izzat & Jasmeen jauhkan diri & tak ganggu Dahlia lagi.

Pasal Dahlia, i dunno. kinda so so for me. Putus cinta sebab Zack curang, sorang lagi pulak sebab Izzat dasar penipu rupanya dah jadi suami orang & ada 2 anak. Dahlia ni sometimes mudah kesian dekat orang, lagi2 dia masih ada rasa sayangg lagi dekat lelaki tak guna tu, si Izzat.

---

Konflik? Miscommunication? Misunderstanding?

Dahlia did bumped into Farel masa fashion roadshow dalam buku si Faris, and that's how they met for the first time, and that's how Farel love at first sight dengan si Dahlia kat situ jugak. Lepas tu dia selamatkan si Farel yang ditimpa kemalangan.

Part Dahlia kena serang by some unknown guy, Farel did came to the rescue! Tapi Dahlia hilang ingatan sebab kepala terhantuk kat batu masa pergelutan dengan lelaki misteri yang datang serang dia.

So moment dia masa jumpa Farel, memang hilang untuk sementara, apa yang dia ingat ialah... she thought she's still in relationship dengan si Izzat.

Then ada la conflict & misunderstanding happened. Better korang baca sendiri la so that boleh judge sendiri story & penulisan ngam ke tak dengan citarasa korang.

---

Saya paling suka story Faris, si Farel pun sama tapi... entahlah... penulisan macam ada yang kurang untuk buku yang ni. I don't know how to explain it.

Anyway, tak pernah bosan baca buku dari author Cik Bawang.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Yan.
126 reviews2 followers
January 8, 2026
This book has potential, but…😣

Rating: 🌟🌟🌟.8

Seorang lelaki yang bertemu dengan wanita idamannya setelah 2 tahun mencari wanita tersebut. Tapi, malangnya, wanita itu sedang bercinta dengan lelaki lain. Selepas wanita itu berpisah dengan teman lelakinya, wanita itu membawa diri ke Canada selama setahun. Balik sahaja ke Malaysia, wanita itu diburu oleh ex-boyfriend nya. Dan bermulalah episod si lelaki yang sentiasa menjadi penyelamat kepada si wanita itu. In the end, mampukah si lelaki itu meraih cinta daripada wanita yang ditunggu2 nya sekian lama? 🤔

ML - Tengku Farel Irsyad / Farel

Handsome sungguh nama ML nie. Ada lesung pipit dan gigi taring. So, bila senyum tue, memang boleh buat orang terpukau. Even kita yang membacanya nie pun, boleh rasa betapa nakalnya senyuman ML nie…💖❤️💛 Seorang yang penyabar dan jenis ceria. Bekerja sebagai seorang peguam.

“𝑻𝒊𝒈𝒂 𝒕𝒂𝒉𝒖𝒏 𝑰 𝒎𝒆𝒏𝒂𝒏𝒕𝒊. 𝑨𝒌𝒉𝒊𝒓𝒏𝒚𝒂 𝒚𝒐𝒖 𝒕𝒆𝒕𝒂𝒑 𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝑰, 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍.” 𝑭𝒂𝒓𝒆𝒍 𝒕𝒐 𝑫𝒂𝒓𝒂.

Kita suka semua ayat2 cheesy dari ML nie. Memang angau sungguh ML kat FL. Bak kata orang Indonesia, ML nie dah jadi ‘bucin’…🤣😂💛💖❤️

FL - Dara Dahlia / Dara / Dahlia / Didi

Seorang model suam2 kuku. Mengambil jurusan undang2 di universiti. Pernah bercinta 2 kali, tapi semua pun kecundang di tengah jalan. Paling last, FL bercinta dengan suami orang…😨 Malang sungguh kisah percintaan FL nie…😭 Adik kepada Danz.

I don’t know why, but I feel disconnected while reading this book. Macam, emosi tak berapa masuk / sampai. Penat juga kita fikir kenapa…😅 Lepas dah habis baca, kita faham, yang actually, buku nie banyak kekurangan scenes.

The plot sebenarnya okey for me. But, the execution agak lemah. Which is sayang sangat, sebab kita suka sangat dengan character ML nie. Kita memang suka dia since kita baca buku ‘𝑭𝒂𝒓𝒊𝒔, 𝑴𝒚 𝑩𝒆𝒔𝒕 𝑭𝒓𝒊𝒆𝒏𝒅’𝒔 𝑩𝒓𝒐𝒕𝒉𝒆𝒓’. Dah lah watak ML dalam nie jenis macam hopeless romantic…💛💖❤️

Paling yang membuatkan kita agak disconnected, sebab kita kurang memahami character ML & FL. Bagi kita, background character ML & FL nie tak berapa jelas. Siapa ML? Siapa FL? I think, I know FL better in ‘𝑫𝒂𝒏𝒛’. Macam kita tak boleh nak selami dan fahami kedua2 characters nie dalam buku nie…😔

Buku nie, banyak fokus pada romance ML & FL. Membuatkan scenes lain agak tenggelam. Scene suami isteri pun agak banyak, so, memang tak sesuai untuk bacaan anak2 remaja…🔞

Cerita nie fast paced, so that’s why certain scenes macam agak rush. Scenes Izzat & Jasmeen tue tak berapa banyak. Kalau diperbanyakkan lagi scenes mereka berdua, jalan cerita nie akan lebih kemas. Cara nak jatuhkan mereka berdua pun macam agak senang. Macam character ML dan Danz nie overpowered sangat. So, kat situ, macam dah takder balance dah. Senang2 jer watak villains dijatuhkan / dikalahkan…🤨

Scene FL jatuh sakit pun sikit sangat. Sekejap bebenor dia sakit. Tak sempat pun kita nak merasa penderitaan FL. Tup2 dah kahwin dengan ML, dah tak sakit sangat dah…😅 Lahh, gitew jer…😂

Dah kahwin, ibu ML pula tak berkenan dengan FL. Nak orang lain jadi menantunya. Typical mak2 orang kaya nie. Selalu dah ada calon untuk anak2 mereka…🥱 Tapi, dah kenapa scenes ibu ML & si Alia yang cuba meracun pemikiran FL tue takder? Hanya disebut dalam kata2 sahaja. Scenes nya takder? Sedar2, FL dah tak percaya ML dah. Lahhh…😫😵

Scenes ML & FL bergaduh pun sama. Mula2 bergaduh. Next chapter dah FL pergi lari2 cari ML. Lahhh? Macam tue jer ko merajuk? Dah ada apa dalam kepala FL time gaduh pun tak tahu…🙂‍↔️ Gaduh, perang mulut, kemain cakap ‘I don’t love you’ bagai, esok cari ML. Kita memang tak faham apa perasaan FL time nie. Tak sempat nak merasai apa yang FL rasa, sebab author tak olah lebih panjang scene nie…😫

Sedar2, dah berbaik, lepas tue, happily ever after. Bila kita dah habis baca, kita macam, lagi banyak persoalan yang tak terjawab. Konflik ML dan ibunya pun macam tak berapa habis diolah. Macam tak puas baca buku nie. Macam, I WANT MORE!!! 😫😣 Kenapa author dera perasaan kita? 😩

I wish I could like this book. But, I can’t. Dah jadi geram sebab the plot is actually okey, ada characters villains yang believable, tapi tue lah. The execution yang lemah sebenarnya. Dari segi penulisan, kita enjoy baca penulisan author nie. Since kita dah baca buku ‘𝑫𝒂𝒏𝒛’ dan ‘𝑹𝒊𝒐’, memang nampak sangat improvement author nie dalam berkarya…🤩

If you want to read this series in order, even though tak perlu pun takper, this is the order:

▪️Faris, My Best Friend’s Brother
▪️My Sweet Saviour
▪️Danz / My Badass Husband
▪️Rio / My Rio Aryan 1 & 2

Kalau baca ikut turutan nie, akan lebih enjoy sebenarnya. Tapi, tak nak ikut turutan pun takper.

To the author, semoga terus diberi ilham untuk berkarya. All the best, author…👏🏻👍🏻
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.