Persahabatan yang terikat sedari kecil telah menghadirkan suatu kemanisan yang luar biasa di hati mereka. Saling melindung dan menjaga antara satu sama lain walau dalam apa jua keadaan yang mendatang. Sahabat terbaik yang tiada galang gantinya, hanya maut yang akan memisahkan Iris dan Fateh.
“Kan aku dah pernah promise, aku dan kau adalah satu... sakitnya kau, dua kali ganda sakit untuk aku, Iris. Sakitnya aku maka akan berganda-gandalah sakit kau.” – Ahmad Fateh Aryan
“Tak baiklah... nanti jadi doa! Apa pulak aku kena tahan sakit kau yang berganda-ganda.” -Iris Athiyyah
Tetapi, segalanya berubah akibat salah faham. Hatinya luka tak berdarah. Siapa Iris untuk menghalang?
Berkorban segalanya untuk lelaki itu adalah perkara pertama yang akan dia lakukan di sepanjang hidupnya.
Fateh bahagia menyulam cinta bersama isteri tercinta.
Sehinggalah, kebahagiaan yang disangka akan kekal sampai bila-bila berakhir dengan tragisnya. Hanya kerana amanah yang diberi kepada Iris tidak dilaksanakan dengan selayaknya.
Kesimpulannya, tidak akan dibiarkan gadis itu wujud di dunia mahupun jiwanya.
“Kau tak pernah rasa hilang orang yang kau cinta, Iris. Tak pernah! Jangan tanya kenapa aku tak boleh maafkan kau!” -Ahmad Fateh Aryan
Saat Iris mula menerima takdir, sekali lagi takdir itu mengheretnya ke lembah derita!
Bagaimana mampu Iris menggantikan tempat itu jika jiwa Fateh terlalu mencintai Afiyyah?
Dan mampukah dia mengubati luka jika dia... kekecewaan lelaki itu?
Sampai bila ruang derita memaksa untuk dia berkorban berulang kali?
"Bukan kau yang tak boleh hidup tanpa aku, Fateh. Tapi aku. Aku yang tak boleh hidup tanpa kau."
Maknanya cinta ini telah merasuk sebuah permainan yang mengorbankan dua hati, walhal mereka adalah rasa yang tidak mampu dijelaskan dengan kata-kata.
5/5. Aku letak expectation yang rendah sebelum baca sbb ni buku pertama penulis. Datang pula dari Wattpad kan. Sejak dua menjak ni banyak isu berkaitan penulis wattpad. Tapi aku cuba juga beli dan baca sebab baca sinopsis macam menarik walaupun aku jenis bukan suka baca cerita sedih2.
Bila sampai ke muka surat terakhir, aku terdiam sekejap. Cerita ni memang roller coaster, aku tak tipu. DAN BESTTTTTT. SUMPAH ADILLL GILA WEH. FIRST TIME AKU BACA CERITA MELODRAMA YANG ML AND FL SETIMPAL DIA PUNYA SAKIT TU. Tak adalah, aku akan rasa tak puas hati hero/heroin senang je dimaafkan. Aku tak tipu, cerita ni very emotional tapi author susun plot tu tersusun. Apa aku nampak, main cerita ni memang pasal dendam lama tau. Tak guna Qaisara!! Tapi aku kesian juga dekat dia bila tahu apa jadi…😭😭
Cerita melodrama is not my cup of tea, tapi cerita ni memang menjangkau expectation aku. To certain people yang akan baca cerita ni, mungkin memang akan rasa konflik tanpa henti.. lelah nak habiskan. Dan akan rasa tak suka. Tapi aku rasa sebaliknya, setiap kali aku selak, aku nak terus selak sampai akhir.
Air mata aku jangan tanyalah meleleh macam mana. Sumpah aku dapat rasa kesakitan Iris.. dan aku dapat rasa kesakitan dan penyesalan Fateh tu. Tulus weh dia menangis… bila kebenaran terbongkar. 😭😭 author ni pandai bawa emosi bagi real watak2 dia tu 😭
Bagi aku memang naiss la timing cerita ni. Selalu aku baca, rahsia tu akan terbongkar awal. Tapi kali ni, it took YEARSSS YAAAA BERTAHUNN. Aku mcm faham apa yg penulis ni cuba sampaikan…
Aku ada nampak review cakap pasal chemistry FL and ML. YAAAA BETULLL 😭 chemistry dorang memang tak boleh disangkal.. dari kecil sampai besar, fuhh aku dapat rasa betapa sayang menyanyanginya dorang dua ni. Author memang berjaya bring out the chemistry! Tapi disebabkan salah faham dan dendam lama Qaisara… cinta dorang macam tak ada peluang 😭
Cerita ni konflik dia memang tak berpenghujung tapi semua bersebab. Aku suka cara penulis sedarkan sesuatu dalam cerita ni. Isu dendam dan drama yang aku boleh terima dan bukan seperti kebanyakan novel lain.
Lagi satu, aku suka development watak. Iris yang selama ni mengalah, pendam sendiri terus berubah jadi ego gila. Fateh yang dulu terlalu penyanyang terus jadi berprejudis kemudian bila dia betul2 ingin berubah… aku rasa kesian 😭
Aku tak tahu pembaca lain macam mana, tapi aku suka Iris berubah mcm tu. Sbb aku macam tu. Aku boleh relate. Aku pernah macam iris, yang pendam je semua sendiri, tapi bila dah mengamuk, haaa memang bye bye semua orang…
Untuk karya pertama, this is very good for me. Author ada bakat untuk tulis kisah melodrama. Ada emosi dan pengisiaan.
Insyaa Allah aku akan tunggu naskah author yang seterusnya.
Cerita ni memang sesuai untuk orang yang suka baca kisah pain2.
Sebak, perit hati sampai sesak nafas! Eee geramnya dengan sikap Iris and Fateh ini. Dua² sama ego.
Mereka berdua dari kecil bersahabat baik. Lantaran terdengar perbualan Iris yang menyatakan anggap Fateh as abang.. terus Fateh hold nk confess his feeling. Before tu Fateh dok tercari² siapa penulis puisi itu.
Bila Fiya beri surat berbentuk puisi pada Fateh, Fateh ingat Fiya la orang yang dia cari selama ini.
Bayangkan apa perasaan tengok sahabat baik yang kita suka berkahwin dengan adik sendiri? Luruh hati tapi Iris ni jenis lemah. Dia hanya mampu simpan dalam hati.
Bila Fiya accident bersama Iris, Fateh salahkan Iris sampai Iris masuk penjara. Giler kejam!
Setelah Iris keluar dari penjara, Iris tuntut amanah yang Fiya beri padanya.
Masa Fateh and Iris kahwin tu, memang takdalah sweet² moment. Hari² berendam air mata. Ehhh sakit dada tau!
Mak Fiya, Qaisara bengang bila Fateh and Iris berbaik². Dia upah orang untuk aniaya Iris. Iris kena tangkap khalwat dengan Haziq.
Fateh merajuk. Merajuk sampai Iris nak bersalin, Fateh still tak datang jumpa Iris.
Anak mereka meninggal. Iris emosi. Dia tuduh Fateh sebabkan kematian anaknya... sama la incident dulu dimana Fateh salahkan iris atas kematian Fiya. Tu F kata sama je mereka berdua. Ego tak sedar²
Mereka berpisah. Kesian kat Fateh masa ni.. sampai minta bff Iris, Ayra and abangnya Haziq pergi melawat Iris kat Jepun.
Sudahlah Fateh yang sponsor, si Haziq cucuk jarum sampai melamar Iris.
Ehhh ehh F bengang betul. Boleh lak Iris terima nak kahwin dengan Haziq? Sakit pulak hati F. Kahwin dengan Haziq tapi hati teringat pada Fateh. Napalah ego sangat!
Best jugak naskah pertama dari penulis ni.
Satu je nak comment tulisan dalam buku awatlah kecil sangat! Rasa nak tambah power je kat spec 😁
4.5, Sejujurnya saya dapat rasakan chemistry yang kuat antara Fateh dan Iris. Sebab author berjaya wujudkan character leads ni 'live' dari kecil sampai besar, seolah dapat rasa the closeness antara mereka. Saya tak tipu bila saya kata saya boleh rasa apa Iris rasa, begitu emosi.
Sakit sangat bila orang yang selalu protect dan sayang kita lebih dari segalanya juga merupakan orang yang mempunyai dendam kesumat terhadap kita dan berubah menjadi orang yang baru. Bagi saya macam teruk sangat layanan Fateh lepas kematian Afiyyah. Lagi geram bila Fateh mengaku dia menggunakan Afiyyah untuk melupakan Iris then for all the things you do to Iris, for what? Iris ada cita-cita dan potential yang tinggi untuk berjaya, disebabkan dendam si Fateh habis hancur semuanya.
Kehadiran permata, mengubahkan Fateh menjadi suami atas dasar sebenarnya. Bersyukur sangat sebab Fateh dah jadi Fateh sengal yang dulu. Dah tak ego dan nak berubah. Happy for them really. Qaisara, ey geram je aku. Teruk sangat masalahnya.
Ego Fateh dan Iris ni sama je dari kecik sampai besar taknak berubah, spoil kat sini is perjalanan masa. Habis bertahun just to finish satu masalah yang sebenarnya boleh solve cepat. Tengok-tengok Fayyad pun dah besar, tang bilanya menjaga si Fayyad. Kesian tau.
Haziq, ni memang tak faham bahasa and selfish. Malas nak hurai. Lepas semua dah terjadi tu. Anggap la 0-0 untuk Fateh dan Iris. Dedua dah merana dalam satu penantian. Lepas satu-satu ujian datang, sebak dan sedih tau sebenarnya, kuat sangat.
Ya Allah tak tau nak describe buku ni mcm mana. Secukup rasa. Ada sedih, lawak, happy, marah. Geram dengan watak puan qaisara, fateh (awal2 je marah kat dia) dan haziq. Sebab dendam. Tu la org kata jgn dendam sgt nnt akn memakan diri. Jarang saya nak jumpa cerita dari wattpad diterbitkan jadi novel. Banyak pengajaran dalam novel ni. Jangan nak junjung sangat ego. Tak bagus.
Tahniah sis penulis. I will wait for your next novel. Mana tau nnt kan nak buat novel pasal Haziq.
As usual, I won't put any expectation when it comes to authors that I'm not familiar with but let me tell you something...
I love this book so much! SAM totally destroyed me to no end. The pain? LOVED IT. I haven't had a book that got me sobbing to no end for months and I am so glad this one did!
Fateh x Iris, both of their journeys weren't all rainbows and unicorns. I really meant it when I say I could feel their pain while reading. The amount of tissues I've used whilst reading this was... crazy.
This would definitely be one of my choices to read if I ever feel like bawling my heart out. Don't ask my why, that's just how we roll. Masochist queen all the way~
This book deserves to be hyped more. Straight up 5⭐!
Iris dan Fateh. Mereka berkawan daripada kecil dan tanpa sedar, membuah perasaan cinta di hati masing-masing. Namun, Fateh dan Iris tidak jujur dengan perasaan sendiri, sehinggalah keadaan ini melarat makin besar.
Afiyyah yang pada ketika itu menyukai Fateh, meluahkan perasaannya kepada lelaki itu dengan bantuan kakaknya, Iris. Tup-tup Fateh berkahwin dengan Afiyyah kerana dia sangka si penulis puisi tersebut adalah Afiyyah. Hakikatnya, Iris yang selama ini menulis puisi kepada Fateh secara senyap-senyap.
Nampak tak? Kerana ego... sampai ke situ keadaan berlarutan. Padahal Fateh turut sama menyukai Iris. Kisah hidup Iris dah la dari kecil asyik derita je. Bertambah buruk, ada satu insiden yang telah terjadi sehingga Fateh bertindak meletakkan 100% kesalahan ke atas bahu Iris. Start sini aku dah mula bencikan Fateh. He’s too much 🙂
Namun, kerana wasiat Afiyyah, akhirnya Fateh dan Iris disatukan. Qaisara juga merencanakan misi balas dendamnya terhadap Iris pada ketika itu. Jangan ingat selepas mereka berkahwin, Iris akan happy ever after ya 🤧. Banyak lagi konflik yang menanti hidupnya.
Akankah ada bahagia buat Iris dan Fateh? Bagaimana dengan perasaan mereka?
Nak tahu, kena baca! Sebab nak ulas panjang-panjang, spoil la jalan cerita 😞. Yang pasti, cerita ini sesuai buat orang yang gemarkan cerita pain dan orang yang gemar menyeksa perasaan sendiri. Nak sweet-sweet, buku ni tidak sesuai untuk anda.
Overall, 5 star sebab berjaya buat emosi saya jadi tornado ⭐
This entire review has been hidden because of spoilers.
Siapa yang nak baca novel, sila sediakan mental dan fizikal secukupnya. Serius emosi aku tak stabil baca naskah ini .
Iris Athiyyah. Hidupnya berendam airmata. Ada mama, tapi sering disisihkan. Beza dengan adiknya, Affiyah. Dia ditatang bagai minyak yang penuh oleh si mama. Mana silap Iris hinggakan dia dipinggirkan? .
Fateh Aryan. Kehadiran dia bagaikan sinar dalam hidup Iris. Bersahabat dr kecil hingga dewasa. Namun masing2 sebenarnya, menyimpan satu perasaan yang sama, tapi Iris cuba menidakkan kerana sikap merendah dirinya .
Silap faham yang terjadi. Menjadikan kasih sayang berpaling drpd Iris kepada Afiyyah .
Hubungan yg terbina, tidak berkekalan lama pabila Afiyyah terlibat dlm kemalangan bersama Iris. Hanya anak dlm kandungan Afiyyah yg selamat .
Fateh mulai membenci Iris. Dia meletakkan kesalahan atas bahu Iris. Hinggakan dia sanggup memenjarakan Iris .
Kuasa Allah. Terikat hubungan antara Iris dan Fateh hanya kerana satu janji. Hubungan yang berolak, bertemu bahagia. Tapi tidak lama angkara hasad dengki. Ditambah pulak kehilangan permata hati mereka. Iris meletakkan kesalahan pd Fateh .
Dalam novel ni, korang akan bertemu dengan manusia yang menyanjung ego mereka. Mula2 Fateh dan kemudian Iris . Hanya kerana mereka pernah menderita. Atas alasan itu mereka meletakkan ego ditmpt teratas dan memgenepikan kebahagian masing2 .
Akan adakah sinar kebahagian buat mereka? Akan tamatkan segala penderitaan mereka? Apa yg menyebabkan mama Iris membencinya? .
Novel ni berat sebenarnya. Sbb terlalu byk konflik yg penulis masukkan. Lepas satu- satu. Memang tinggi tahap pain dia. Aku sebenarnya kurang minat genre melodrama,tp ramai yg kata best, aku cuba baca. N yes. Novel ni best. Cuma tulah. Terlalu sakit .
the best melodrama novel I've ever read. the plots are nicely added. i love how this book even tells us the story when Fateh and Iris first met. definitely recommended 100/10 🌟 i can assure that you won't regret buying this book <3
Fateh & Iris menjadi sahabat baik sejak kecil. Siapa kita untuk menghalang perasaan indah yg hadir antara mereka tiba-tiba. Jadi mereka nekad untuk protect dan sentiasa ada susah senang for each other.
Tapi bahagia yg diangankan musnah hanya kerana akibat salah faham.. Hatinya luka berdarah, tapi sanggup berkorban demi si dia untuk mengecapi bahagia.
Mampu ke dia mengubati luka dijiwa itu? Sampai bila derita memaksa untuk dia berkorban berulang kali? ⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯ 5/5 for the pain! Menarik sangat storyline buku ni😩 bagi Ad development untuk both main lead wow sangat. Conflict dia memang tak expect langsung. Sakit dan dendam dalam ni balances sangat sebab both main lead rasa 🥺 jarang-jarang Ad baca buku yg adil begini. Memang puas hati😢 Memang tak tenang lah baca ni, tenang dia maybe 20% je sebab the rest tu ... ha faham lah kan😮💨 Author pandai susun story tu jadi menarik. BESTT😍
Ad rasa kan, kalau buku ni tak pain confirm Fateh ni sweet & nakal🤭 lahh kesitu dia fikir. Sebab sweet moment dia memang sengih je tau. Fateh bila sayang sangattt SAWIT😌 tak habis dengan "sayang, abang" eyy ketuk pakai senduk kang. Iris pula dengan kasar tapi lembut dia omo😉
Fun sebab ber-roller coaster yg membaca ni. Siapa nak torture diri? Ha nahh dipersilakan🫶🏻 Baca tau, Ad penat nangis, selsema, batuk ni. Last thing about buku ni buat Ad terfikir is.. nak bahagia tu bukan mudah. Selamat membaca untuk teka how the ending✌🏻
Salahkah aku menanti, sebenarnye dah bace start awal tahun 2020 , tapi sekarang beli pulak novel die, sebab best sangat plot novel die tersusun je jadi tak jadi jemu dah lari fokus kalau bace novel nie, ade novel yang selain dari nie cepat bosan kalau bace kan pun cepat hilang fokus, kalau bace tu macam real sangat2, sekarang pun beli sebab nak hayati balik setiap bait2 ayat yg penulis tulis dan rase setiap kesedihan dan kesakitan dalam novel nie, sebab best sangat hidup je rase.
Ya. Buku ni pain. Genre melodrama. Sampaikan aku dah lupa, ada tak part sweet dorang dalam buku ni. .
Iris dan Fateh ni berkawan baik sejak kecil. Dorang ni saling cinta sebenarnya, tapi saling memendam rasa. .
Sehingga akhirnya Fateh kahwin dengan Afiyyah, adik Iris. Dan Iris hanya mampu melihat mereka bahagia. .
Sehinggalah Afiyyah meninggal dalam satu kemalangan dan anak dalam kandungannya terselamat, Iris yang dipersalahkan. .
Kecuaian Iris mengakibatkannya dipenjarakan selama beberapa tahun. .
Dan selepas dibebaskan, Iris nekad untuk menunaikan janjinya terhadap Afiyyah. Iaitu dengan berkahwin dengan Fateh demi menjaga anak Afiyyah. .
Tapi bukan mudah untuk hidup sebagai isteri Fateh. Lebih banyak derita daripada bahagia. .
Tapi bila Fateh dah menyesal, Iris pulak dah tawar hati. Masa ni, muncullah watak Haziq tak guna tu. .
Okay, generally, tema buku ni berat. Derita demi derita. Iris dan Fateh ni sama sama ego dan keras hati jugak. Tapi okaylah bila Iris pun amik masa lama jugak untuk maafkan Fateh. .
p/s: dalam buku ni, watak Afiyyah la paling beruntung. Dia cantik dan baik, disayangi keluarga, dan dicintai oleh Fateh. Bahkan kematiannya turut ditangisi (walaupun dia yang salah sebenarnya, tapi Iris pulak jadi mangsa sebab Iris pun tak mampu menolak permintaan Afiyyah)
When I said that I wanted a pain reading, this is what I meant 💯!
Tak main main ya pain dia, emosi memang 📈📉📈📈📈📉📉📉📉📉📈 sepanjang pembacaan but I love it because I need a good cry… and this is definitely a good cry, well at least for me :)
I felt like giving a big warm hug to each character. Super proud of each character progress and so so happy for them. At the end of the day, yakin dengan takdir Tuhan. Jika itu yang Tuhan kehendaki, tiada siapa yang boleh menghalang.
My first reading of Embunmawar & will come back for more :)
I hate everyone in this book (kecuali Aafiyah). Hate the storyline. I wish it had a different ending.
Tapi... saya suka cara penyampaian penulis yang sangat bagus dan mampu memberi segala perasaan semasa saya membaca. Penuh dengan makian 👍🏻 full of angst and I love it! Kudos author.
if you jenis yang suka romance+drama pls get this book 🎀 memang highly recommended!! i love this book very much. mula-mula pinjam dari library je untuk baca, sekali baca terus in love dengan novel ni. at last ended up buying it for myself to keep ❤️ can't afford to lose it