Amir, pemuda yang sabar, gigih dan penuh misi. Dia cekal mengharungi mehnah dan sentiasa meneguhkan ikhtiar demi cinta dan sebuah persahabatan. Amir menyalakan persahabatan yang hampir padam dengan kandil tabah. Ditemani seorang ibu penyayang dan teman perawan yang baik budi, dia betah meneruskan perjuangan. Amir ibarat mata hati pemuda Kemboja yang semakin tersasar dari landasan manusiawi. Dia membulatkan azam, membangunkan sebuah mercu di bumi Kemboja, menggalas impian ayah yang sentiasa menyala. Dibayangi kasih ibu, sokongan warga Kemboja, dan demi persahabatan yang selalu dirindu, dia nekad ingin menjadi bintang!
Kampung Kemboja faces a problem. Most of the youth are obsessed with sabong ayam/ cockfight. Its a worrying phenomena for the elders. They have tried many ways to curb the problem. However the cruel cold-blooded gambling activity still going on.
The police failed to stop the cockfight from going on- the activity maybe paused for a week or two after a raid but soon after that it started again, the village Imam Haji Salleh even chased away with parang but the next day they were back to business again.
Menjadi Bintang maybe told a story happened in a small village of nowhere. But in reality it happens in most kampung nowadays. Sad to say, the idea of tranquility, peaceful, 'kekitaan' value no longer can be applied automatically to the word Kampung and for some- the problem are worser and more serious- drug, rape, sexual abuse all evil that you can read in everyday newspaper etc etc.
'Menjadi Bintang' story build on Amir character. Amir is a different young man from the most of Kampung Kemboja. Like a star which brighten the night, Amir is the one who to change the wrong direction of his village heading on.
While most of the young man in Kg. Kemboja obsessed in cockfight, Amir reared chickens for good. Its a reflection of an amanah from god- while others abused and betrayed the amanah given, Amir carried it responsibly.
In connotation of the idiom 'idle man is a devil workshop', what differentiate Amir and most of the Kemboja's young man was a clear goal and vision. It is important to keep our self busy with good things, or we will end up hooked with useless or god forbid- sinful activities, knowingly or unknowingly.
Menjadi Bintang reminded me -'Almar'u dinil kholil'- a person is likely what he friends of. A good friend is like a perfume seller the prophet said (au kama qol). The perfume-seller might give you some perfume as a gift, or you might buy some from him, or at least you might smell its fragrance.
Or in 'Menjadi Bintang'- like a star that shines you.
Dunia adalah angkasa, yang maha luas. Angkasa adalah impian yang begitu sayup. Impian adalah bintang, yang tekal mengindahkan.
Novel 'Menjadi Bintang' karya Amiza Khusyri Yusof (seorang penulis dan ustaz) telah menghasilkan karya yang sangat berkualiti. Menyentuh isu-isu agama secara ringan membuatkan pembaca mudah menerima intipati yang penulis cuba sampaikan. ____________________________ Masalah yang melanda penduduk Kampung Kemboja membuatkan seorang pemudi yang berpandangan jauh, Khairunnisa berasa bimbang.Khairunnisa merupakan seorang graduan di negeri seberang. Setelah menuntut ilmu, beliau kembali ke kampung halaman. Melihatkan anasir negatif yang melanda penduduk Kampung Kemboja, Khairunnisa berasa tidak keruan. Apatah lagi, setelah beliau dikacau oleh pemuda-pemuda yang melepak, dan menghabiskan masa di Warung Ithnin. Namun, beliau mempunyai firasat bahawa Kampung Kemboja kesayangannya itu masih boleh membangun seperti dulu apabila menyedari kehadiran sahabat lamanya, Amir. ____________________________ Bagi saya, buku ini wajar dijadikan santapan minda semua lapisan masyarakat umumnya, dan remaja khususnya kerana inti buku ini sangat berkaliber. Buku ini wajar dijadikan pedoman dan contoh kepada remaja dalam menjalani hidup yang penuh dengan liku-liku yang tidak menentu.
Karya Amiza Khusyri Yusof ini kaya dengan nilai-nilai moral dalam beberapa aspek primer seperti persahabatan, kemaafan, kegigihan, dan ketabahan. Buku ini juga menampilkan konflik percintaan remaja yang sederhana.
Pembawaan karakter-karakter yang menghidupkan cerita ini juga telah berjaya menambat hati pembaca terutamanya: 1. Amir (seorang yang tabah menerima pemergian bapanya ketika beliau masih kecil. Seorang yang bercita-cita tinggi dan tidak lemah semangat. Sering memaafkan walaupun dicaci,) 2.Khairunnisa (seorang perempuan yang setia dan berpandangan jauh. Walaupun telah menghabiskan bertahun-tahun di negeri orang, namun beliau masih ambil berat tentang kampung halamannya) 3. Khadijah(ibu Amir. Sentiasa menyokong anak terunanya dalam merealisasikan impiannya. Sanggup membebankan dirinya yang sakit untuk memadamkan api yang menjilat reban ayam anaknya berseorangan sehingga dijemput ilahi.) 4. Muin (kawan yang sentiasa di samping Amir di kala senang mahupun susah)
Cara penyampaian mesej oleh penulis juga amat mudah difahami. Kata-kata pujangga yang terselit di dalam naskhah ini wajar dijadikan pimpinan semua.
Oleh hal yang demikian, saya amat menyarankan semua untuk membaca novel 'Menjadi Bintang' karya Amiza Khusyri Yusof agar kita dapat bersama memartabatkan bahasa kebangsaan kita di persada antarabangsa. Kepada si penulis, jutaan tahniah saya ucapkan atas titik peluh dalam meghasilkan karya yang bermutu ini. Dan kepada pembaca, Selamat Membaca!