Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hero dalam Irama

Rate this book
Pertemuan yang tak dirancang dengan Dayangku Nur Aima membawa makna kehidupan yang baharu bagi Haraf Aidan. Namun bagi Dayang, kejadian demi kejadian yang memalukan membuatkan dia serik untuk bersemuka dengan lelaki misteri itu.

Akibat luka lama, tak mudah untuk Dayang mempercayai lelaki bermulut manis seperti Haraf.

“Tak semua bidadari ada sayap.” - Haraf Aidan.

Tanpa diduga, insiden sesat di hutan telah membibitkan kenangan istimewa. Berdua, Dayang dan Haraf menggubah lagu cinta bersama. Namun, perpisahan yang tidak dipinta telah menghancurkan impian bahagia. Haraf menghilang tanpa penjelasan dan kembali hanya untuk membawa khabar duka yang merobek hati Dayang.

“Sesiapa yang hadir, tak semestinya akan jadi takdir.” - Dayangku Nur Aima.

Saat Dayang tak lagi menggantungkan harapannya untuk sebuah cinta sejati, dapatkah Haraf kembali menjadi hero dalam irama cinta Dayang?

***

Harleen menulis sebuah kisah cinta yang semanis gula dan segala-gala yang manis. Menyuntingnya buat saya mengidam creamy butter chicken. Membacanya pula akan mengakibatkan anda menghidap loverama angautitis. – Pingu Toha, Editor

Paperback

First published September 1, 2022

7 people are currently reading
128 people want to read

About the author

Harleen

6 books72 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
63 (40%)
4 stars
57 (36%)
3 stars
30 (19%)
2 stars
4 (2%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
Profile Image for marble .
62 reviews1 follower
October 19, 2022
Cerita yang unik, menarik dan tak klise pun. Saya tak pernah lagi jumpa jalan cerita macam ni.

Tentang seorang gadis, Dayangku Nur Aima yang lebih dikenali sebagai Dee. Dia pengurus kepada penyanyi yang sedang meningkat naik iaitu Henna. Pekerjaan dia je dah unik, apatah lagi nama! Itu belum masuk jalan cerita.

Dee dan Haraf bertemu beberapa kali secara kebetulan dan setiap kali pertemuan mereka, mesti ada kejadian yang memalukan Dee. Tapi tapi tapi! Si Haraf Aidan ni sangatlah gentleman dan bermulut manis ya. Terserlah la kebuayaan dia tu. Di saat orang lain gelakkan Dee, dia la yang tampil ke depan untuk tolong Dee. See! Betapa charmingnya aura seorang Haraf 😭. No wonder si Haraf ni ramai fans 😔.

Nak dijadikan cerita, one day, Dee dan Haraf berjumpa sekali lagi dan kali ni... diorang sesat dalam hutan masa hiking. Hanya berdua gais. Rasa-rasa Dee masih nak berkeras ke kalau dah jadi macam tu? Yang bagusnya time ni, penulis ada selit ilmu tentang survival dalam hutan and bila sesat. Function teruks ya ilmu survival ni hahahaha. Dulu time sekolah, ada je belajar tapi tu la, ilmu keluar tak masuk-masuk balik 😭

Kalau nak cerita banyak-banyak, panjang la jadinya. Untuk mengelakkan sebarang spoiler, go read HDI now! Lepas tu boleh pergi hiking untuk cari Haraf copy ori anda hshshshs.
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
July 30, 2024
This one’s mediocre. FL thinks she’s sassy and what not, ML left all of the sudden, and then there’s FL’s sister who is a psychopath 🙄

1st POV irks me to no end, mainly because it’s cringy asf. The ‘’main character syndrome” vibe is too overwhelming, I can’t. So what do we do for this type of book? We skim through 👀
Profile Image for Mslvoe.
2,043 reviews197 followers
December 25, 2022
F menyampah betul spesis lelaki yang tinggalkan kekasih tanpa terangkan apa yang berlaku.

Kakak si Dee, Fieza ni apahal? Sibuk nak campur hal cintan-cintun si adik? Padanlah muka kena lempang!
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
November 8, 2022
Hero Dalam Irama, Harleen 🎧

comel. Comel. COMEL!! Zu suka nama Dee 🥺 like.. cantik

Haraf Aidan & Dayangku Nur Aima. Haraf ni awal awal jumpa Dee dah bagi ayat manis potong kaki. Gila ke apa, dah lah tak kenal tapi acah gaya macam dah kenal 10 tahun. Tegur Dee macam Dee tu gf dia

Sekali, dua kali jumpa okay lagi. Tapi bila dah banyak kali jumpa, apatah lagi bila ada peristiwa yang buatkan mereka berdua itu semakin rapat. Siapa yang tak jatuh hati kan? Dee pun macam perempuan lain juga, tercatch feeling gitu. Walaupun kejadian itu sekejap, perasaan Dee semakin menari-nari dalam irama lelaki itu.

Tanpa Dee perasan. Disebalik bahagianya dia bersama Haraf, ada manusia yang tak suka mereka berdua bersama. Siapa? Lagi bertambah runsing, apabila Haraf pergi membawa diri. Kenapa? Kenapa disaat mereka telah berkongsi memori indah bersama, Haraf hilangkan diri?

“𝙆𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖 𝙖𝙬𝙖𝙠 𝙠𝙖𝙩𝙖 𝙖𝙬𝙖𝙠 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙩𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙢𝙖𝙘𝙖𝙢 𝙩𝙪? 𝙃𝙤𝙬 𝙘𝙖𝙣 𝙮𝙤𝙪 𝙩𝙚𝙡𝙡 𝙨𝙤𝙢𝙚𝙤𝙣𝙚 𝙩𝙝𝙚𝙮 𝙢𝙚𝙖𝙣 𝙩𝙝𝙚 𝙬𝙤𝙧𝙡𝙙 𝙩𝙤 𝙮𝙤𝙪 𝙖𝙣𝙙 𝙩𝙝𝙚𝙣 𝙗𝙧𝙚𝙖𝙠 𝙩𝙝𝙚𝙞𝙧 𝙝𝙚𝙖𝙧𝙩? 𝙒𝙖𝙨 𝙞𝙩 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙖𝙣 𝙚𝙢𝙥𝙩𝙮 𝙥𝙧𝙤𝙢𝙞𝙨𝙚?”

Storyline yang laju, tak draggy(?) and menarik untuk dibaca. Pain tu ada, lagi-lagi bila part Haraf cakap macam tu kat Dee 😞 bila kebenaran yang sebenar itu Dee dapat tahu, marah + geram tu tak tahu lah nak cakap macam mana. Sekali Dee bagi ayat pedas, ha terdiam kau. Zu nak sangat pain tu panjang lagi tau, saja nak bagi Haraf terseksa pula eh zu yang emo dah kenapa

AKAN TETAPI !!

“𝙎𝙚𝙣𝙮𝙪𝙢, 𝘿𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜𝙠𝙪 𝙉𝙪𝙧 𝘼𝙞𝙢𝙖. 𝘼𝙬𝙖𝙠 𝙣𝙖𝙢𝙥𝙖𝙠 𝙘𝙖𝙣𝙩𝙞𝙠 𝙖𝙥𝙖𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙖𝙬𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙣𝙮𝙪𝙢,”

Haraf cakap kat Dee tapi zu yang senyum 😳 EEEE MALU LAHH MACAM NI bila haraf tukar dayangku jadi sayangku 😒 aishh zu dah jadi macam ulat gonggok tau

serious zu cakap eh, chapter last sekali memang zu berdekah tau. Tak boleh lah dengan haraf dengan dee ni perangai masing-masing memang 🤌🏻 HAHAHAHAHAH

trope,
second chance 🥺💚🤎
reverse grumpy x sunshine (this one!!)
forced proximity/stuck-together
Profile Image for addreads.
279 reviews25 followers
June 26, 2023
My thoughts?💭AD SUKA GILAAA😭pandai author mainkan perasaan readers! Serious this book make me cry so much😫how dare he?! sedih and geram sangat dengan dia. But when selak-selak pages Ad siann pulak🥺emosi tk stabil ye. Tiba-tiba gelak pulak adoi🤭Guys! Haraf Aidan ni sumpah sweet, can cook, can sing, can play a guitar, very gentleman, rambut perang, & OMO berlesung pipit di kiri kanan❤️‍🔥melampau betul dua-dua pipi dia nak berlesung😮‍💨Also, the way he called Dee 'my lady' & 'Sayangku Nur Aima'. Ish ishh ishh malu. Ouh andd, Haraf ni suka bagi pickupline tau. Ad geram baca sebab comel je dia buat Dee blushing😝but still ada sedih dalam story dia. You guys should read it too😚funn! Favourite words Ad in this books is...

"𝐃𝐨𝐧'𝐭 𝐩𝐮𝐭 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐡𝐨𝐩𝐞𝐬 𝐮𝐩 𝐭𝐨𝐨 𝐡𝐢𝐠𝐡. 𝐓𝐡𝐞 𝐡𝐢𝐠𝐡𝐞𝐫 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐡𝐨𝐩𝐞𝐬, 𝐭𝐡𝐞 𝐡𝐚𝐫𝐝𝐞𝐫 𝐲𝐨𝐮'𝐥𝐥 𝐟𝐚𝐥𝐥."
Profile Image for N.A.N.A.
214 reviews5 followers
February 13, 2024
Dah hbs baca novel ni. Suka la. Manis leting sgt si haraf ni. Cuma aku tak suka la dia main tinggal gitu je si dayang tu. Geram aku.
Profile Image for Fiqa Najwa.
66 reviews
February 27, 2023
My second book from Harleen!
Penulisan kalini kalau nak dibandingkan dgn MHPH semakin matang. Tahniah kak. Jalan cerita dia tak draggy dan tak fast pace sngt, dia cam santai je. Dia punya plot pon okay mcm expect dan ada yg mcm "laaa sumpah ahhh weh".

Haraf Aidan ni terlampau mulut manis sngt. Untuk org yg love language dia Word of Affirmation, haaaa mmg Haraf ni utk korg la!!
Dia ni green flag je cuma ada satu ayat dia yg terus aku rasa mcm wooo lek ah bro. Kinda red flag la ayat tu

Dayang Nur Aima @ Dee. Dia mmg geng aku HAHAHA grumpyy gituuu tapi ada satu scene tu aku rasa nak hempuk je dia sbb takde common sense betul.

Bacalah buku ni bila rasa nak baca santai² gituuu.

Trope : kinda of reverse grumpy × sunshine
Profile Image for buttercup.
58 reviews11 followers
October 16, 2024
dulu baca kat wattpad suka, bila dah menua ni and dibukukan terus rasa cringe yahahah
5 reviews
April 14, 2025
I love this story cause cerita ni santai gile. cerita ni ofcla ada konflik cause konflik tu wajib ada setiap kind of story, cuma beza dia konflik berat atau ringan. for me, cerita ni konflik dia ringan and santai je. i would recommend this book if korang nak baca cerita yang tak menyakitkan kepala. :D
Profile Image for Qie.
34 reviews3 followers
March 2, 2023
TAJUK : HERO DALAM IRAMA by HARLEEN
_________

📌 RATING : 4 / 5 ⭐️
📌 PAGES : 423
📌 TROPE : FORCED PROXIMITY, SECOND CHANCE
📌 AGE :
DAYANGKU NUR AIMA : 27 TAHUN
HARAF AIDAN : 32 TAHUN
_________

“𝙈𝙮 𝙢𝙤𝙢 𝙧𝙖𝙞𝙨𝙚𝙙 𝙢𝙚 𝙩𝙤 𝙗𝙚 𝙖 𝙜𝙚𝙣𝙩𝙡𝙚𝙢𝙖𝙣, 𝙢𝙮 𝙡𝙖𝙙𝙮. 𝙄’𝙢 𝙣𝙤𝙩 𝙛𝙡𝙞𝙧𝙩𝙞𝙣𝙜. 𝙄’𝙢 𝙗𝙚𝙞𝙣𝙜 𝙠𝙞𝙣𝙙 𝙖𝙣𝙙 𝙨𝙬𝙚𝙚𝙩 𝙩𝙤 𝙚𝙫𝙚𝙧𝙮𝙤𝙣𝙚.” - 𝙃𝙖𝙧𝙖𝙛 𝘼𝙞𝙙𝙖𝙣

Baru first time jumpa, Haraf dah panggil Dayang “𝓜𝔂 𝓛𝓪𝓭𝔂”
Sweet talker tahap potong kaki 🫠 Berbeza pulak dgn Dayang yg dingin je dengan Haraf. Berkali- kali dia mengelak dari Haraf tpi maybe dh namanya jodoh kan, asyik terjumpak je. Dah la setiap kali berjmpa mesti Haraf akn jdi penyelamat Dayang. Dengan Haraf yg mulut manis meleting, kite pulak yg cair ish 🫠❤️

“𝙏𝙤𝙡𝙤𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙝𝙚𝙣𝙩𝙞 𝙜𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪 𝙨𝙖𝙮𝙖. 𝙄 𝙖𝙡𝙧𝙚𝙖𝙙𝙮 𝙝𝙖𝙫𝙚 𝙖 𝙝𝙖𝙣𝙙𝙨𝙤𝙢𝙚 𝙖𝙣𝙙 𝙧𝙞𝙘𝙝 𝙗𝙤𝙮𝙛𝙧𝙞𝙚𝙣𝙙” - 𝘿𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜

“𝙊𝙝, 𝙩𝙝𝙖𝙩’𝙨 𝙘𝙤𝙤𝙡. 𝘽𝙪𝙩 𝙄 𝙩𝙝𝙤𝙪𝙜𝙝𝙩 𝙮𝙤𝙪 𝙢𝙞𝙜𝙝𝙩 𝙣𝙚𝙚𝙙 𝙖 𝙝𝙪𝙨𝙗𝙖𝙣𝙙. 𝙒𝙖𝙣𝙩 𝙢𝙮 𝙥𝙝𝙤𝙣𝙚 𝙣𝙪𝙢𝙗𝙚𝙧 ?” - 𝙃𝙖𝙧𝙖𝙛

Satu insiden berlaku & mereka berdua tersesat dalam hutan, sekaligus membuatkan diorang jdi rapat. Haraf yg sentiasa gentleman & membantu Dayang.
Yg bagusnya Haraf ni tenang je waktu diorang sesat. Nasib baik sesat sekali dgn Haraf kalau tak, taktahulah apa jdi dekat Dayang🤣

Lepas diorang terselamat dri hutan, diorang jdi makin rapat & akhirnya diorang couple. Tapi , bahagia tak kekal lama, sebab xlama lepas diorang couple, Haraf menghilang tanpa penjelasan & kembali hanya untuk mmbawa khabar duka yg menghancurkan hati dayang.

Kenapa Haraf tinggalkan Dayang secara tiba - tiba ? Kalau satu hari Haraf kembali nak kan Dayang balik, Dayang akn bagi peluang kedua ke ?

🌼 Saya selalu gi hiking jgk tapi xpernah jmpk laki hensem 🥲 Mungkin kena gi Bukit Kutu dlu barulah saya jumpa my own Haraf Aidan 🥹🤣

🌼 Survival skills yg penulis selitkan dlm novel ni sumpah berguna yee kalau sesat dalam hutan.

🌼 Waktu part diorang kahwin comel gilee boleh pulak Haraf tersasul “𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙣𝙞𝙠𝙖𝙝𝙣𝙮𝙖 𝙎𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜𝙠𝙪 𝙉𝙪𝙧 𝘼𝙞𝙢𝙖 “ Ceyyy tak sabar nk panggil sayang letteww
Profile Image for Syazde.
8 reviews
November 2, 2022
hero green flag!! Sumpah bergula novel ni. Yang tak suka romance, tak payah baca. Memandg dari awal sampai akhir sweet je. Tapi, bab masuk kemuncak tu macam something wrong. Macam begitu rushing. But, overall okey je. Saya suka saya suka
Profile Image for Diniy Qistina.
146 reviews5 followers
June 30, 2023
MUHAMMAD HARAF AIDAN

Mulutnya sangat manis bak ada lori gula tumpah di mulutnya. Sangat gentleman ya. 😌🤌🏻
Tapi bila sampai part dia ucap kata-kata yang menghancurkan hati seorang Dayangku Nur Aima, sumpah rasa nak lempang dia laju-laju. 😭✋🏼 Pai hati dia cakap macam tu.
Lagipun entahlah... Kita tak sukalah bila orang dah buang kita, pastu bila kita cuba/dah move on, dia terhegeh-hegeh merayu untuk kita terima dia balik. Apa dia ingat kita ni tak ada hati dan perasaan ke? Mudah dibuang dan mudah nak terima balik?! 😤

DAYANGKU NUR AIMA

Sangat tidak ramah dengan stranger. Agak ego juga. Tapi seorang Haraf telah berjaya mengubahnya ke arah lebih baik.
Tapikan tak suka betul part bila Dayang cuba move on, tapi orang sekeliling dia asyik paksa dia untuk maafkan dan terima balik Haraf. It's like, “Dei! Aku tengah cuba move on ni. Pahal korang suruh aku maafkan dan terima dia balik walhal tu salah dia, bukan aku!”. 😭
Orang sekeliling macam tak/tak nak faham pun perasaan Dayang. (Maybe saya je yang terlebih emo. Tapi tak sukalah bila orang suruh/paksa kita buat benda kita tak nak/suka buat. Rasa macam... Entahlah. Tak suka. Macam orang tak kisah pun pasal perasaan kita. Kakak dia pun boleh tahan menyibuk hal dia. Macam 'Sisters Control'. 😮‍💨
Profile Image for Cik.
211 reviews5 followers
January 9, 2023
Mula2 tu macam best tapi masuk je part hero tinggalkan heroin,terus rasa lemah dah nak membaca.Paling menyampah kakak si heroin tu,menyibuk je pasal hubungan org.Nasib baik heroin bijak bagi penampar sedas.
Profile Image for antagonisa.
3 reviews
January 2, 2023
[2023 // 2] 📚📌

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Saya jarang menulis review kerana saya tak begitu pandai. Tapi untuk buku ni saya cuba. At first, saya pilih buku untuk bacaan ringan sekadar mahu mengisi hari cuti. Tapi tak sangka saya jadi begitu beremosi—sekejap ketawa, sekejap marah, sekejap menangis lepas tu ketawa balik. Even though, permulaan cerita agak klise. terlalu banyak kebetulan tapi lepas dah baca sampai pertengahan, segala kebetulan tu masuk akal. Jalan ceritanya tak klise langsung bagi saya, so far memang saya tak pernah jumpa buku yang ada jalan cerita sebegini. Pengurus artis dan tukang masak? Tak pernah terfikir combination ni.

Watak Haraf yang lembut, bermulut manis memang sangat compatible dengan Aima yang straightforward, terrrrlalu jujur dan agak baran tapi sikit jelah. Walaupun Haraf asyik tabur pickup line sampai Aima (& saya sekali) juling mata ke atas, Haraf banyak juga bagi nasihat dan teguran untuk Aima.

Ada satu scene, Haraf tegur Aima tentang perangai Aima yang jenis bercakap lepas dan jenis kalau tak suka memang akan jelas nampak pada mimik muka. Haraf ingatkan sikap seperti itu tak elok kerana akan menguriskan perasaan orang lain— itu memang terkena batang hidung sendiri sebab perangai saya sama dengan Aima. Saya kena pause bacaan sekejap untuk munasabah diri. Banyak juga pengajaran yang saya dapat.

Saya suka penceritaannya yang santai. Tapi ada few words yang sangat random, buatkan saya ketawa cth. Aima membuat muka petai(?) waktu Haraf tanya pukul berapa. Saya pelik muka petai tu macam mana hahaha

Apa-apa pun tahniah untuk penulis Harleen kerana menulis buku ini, dan Editor; Pingu Toha yang sangat cekap melaksanakan tugas. Saya puas hati baca tak ada kesalahan ejaan dan grammatical errors dalam buku ni.

Sangat highly recommended untuk semua. Bacalah buku ni, awak takkan rugi.

👏🏽🥰💕✨

Profile Image for Nur Fariha.
48 reviews3 followers
June 17, 2023
Ini kisah Dee dengan Haraf yang berjumpa secara tak sengaja dekat taman. Dan dia orang jadi rapat secara tak sengaja sebab tersesat dalam hutan.

Haraf ni rasanya ada lori gula+madu yang tumpah dalam mulut dia. Sebab Haraf maneh leting sampai hampir2 nak terpotong dua belah kaki ^.^ Setakat ni, Haraf lah hero manés yang kita hampir nak anggap dia buaya sebab kemanisan pickup line yang dia bagi dekat Dee.

Masa Dee ajar Haraf loghat sarawak tu, lawak laaa. Didn't expect perbualan diaorang sampai ke situ. Conversation lepas Haraf tanya "Jadi bunyinya?" tu, macam smooth gila.

Dayangku Nur Aima - Si Dee yang memang teramat stand for herself. Sampai kita rasa Dee ni keras kepala k? Tapi, apa yang Dee buat bila nak merawat hati sendiri tu- I can relate la. Sebab kita pernah buat jgk tu ^^

HDI ni cerita fast paced. Sebab penggunaan POV 1, bila baca tu, rasa macam tengah dengar kawan bercerita. Best! Bayangkan, baca tengah2 malam(read: tgh dengar kawan bercerita tgh2 malam) . Lepastu, kawan cerita dia masak ayam buttermilk. Meleleh air liur kita. Nasib tak masuk mimpi je.

Bila masuk part konflik, rasa nak sepak2 si Haraf. Sampai hati cakap dekat Dee macam tu eh? Sebelum tu, kemain macam tumpah gula

Btw, kita paaaling sukaaaaaaa part ayah Dee bagi nasihat ni: Percaya, jangan terlalu mempercayai. Sayang, jangan terlalu menyayangi. Cinta, jangan terlalu mencintai. Harapan, jangan diletak terlalu tinggi. Love gilaaa

Tahniah Harleen untuk Hero Dalam Irama. Kita terhibur <3
Profile Image for Noor Hidayah.
73 reviews6 followers
March 19, 2024
buku ni buat aku tersenyum-senyum baca.. Haraf Aidan yang sweet talker melawan Dee yang kemahin ganasnye dengan hati batunya lama-lama cair dengan mulut manis Haraf Aidan. Cara Haraf jaga Dee masa sesat kat hutan the best scene to me.. rasa nak suruh dorang sesat lama terus kat hutan tu. Tapi kang mati pulak dorang.. hahaha.. Selain tu ada juga diselitkan ilmu survival skill kat hutan. So, hutan scene memang the best part.

I hate Fieza. Sibuk masuk campur perjalanan hidup orang lain. Siap paksa jodoh lagi. Memang patut pun kene tempeleng dengan Dee.

Konflik Haraf Aidan tinggalkan Dee aku pun rasa sakit hati. Geram aku lah. Pergi macam tu je, takda penjelasan, biarkan Dee merana tertanya-tanya kenapa. Pastu tetiba muncul, menyakitkan lagi hati Dee. Dengan Haraf2 tu sekali aku rasa nak tempeleng. Walaupun niat dia baik pun.

Masa Haraf minta nak balik semula, patut Dee bagi lama lagi palaukan Haraf tu. Macam mana lamanya Haraf tinggalkan Dee merana. Biar dia usaha lebih lagi. Suka-suka tinggalkan orang macam tu je. sejenis batu api pulak aku ni.. huhuhu

Mungkin yang perlu diperbaiki adalah cara penulis gambarkan Haraf tu kacak. Berkali-kali penulis mention dalam buku betapa kacaknya Haraf. Mungkin tak perlu kot. Okey, we get it yang Haraf tu good-looking. Ramai tergila-gilakan dia. Tapi cukup la dengan gambaran fizikal yang telah dinyatakan dan diberitahu awal-awal. Tak perlu sepanjang cerita beritahu Haraf ni kacak. Kami pembaca memang dah ada bayangan kekacakan kami sendiri.. hahaha

-TAMAT-
Profile Image for Mohamad Nasrul.
194 reviews5 followers
April 21, 2023
Beberapa siri pertemuan di antara Haraf Aidan dan Dayangku Nur Aima - seorang pengurus penyanyi, sehinggalah peristiwa mereka sesat di Bukit Kutu, mula memutikkan kuntum-kuntum cinta di antara mereka.

Namun, atas sebab tertentu, Haraf Aidan mula menjauh dan menyebabkan luluhnya jiwa Dayangku Nur Aima. Mujur Henna, penyanyi yang diurus oleh Dayangku merangkap sahabat baiknya, cuba mengungkapkan kebenaran yang terlindung.

Pada permulaan novel, saya rasa banyak juga dialog yang agak 'cringe', tapi entah mengapa saya tetap tersenyum simpul saat membaca babak-babak tersebut. Mungkin sebab terlalu manis bergula. Eh?

Ada kesalahan ejaan (mungkin salah cetakan) pada dua tempat yang saya dapat kesan. Sedikit mengganggu pembacaan. Walaupun saaaangat sikit, tetap nak point out. Sebab baca novel MW sebelum ni, tiada isu ni.

Saya suka dengan pembawaan dan perkembangan watak Haraf Aidan. Dari seorang yang manis bergula, kemudian menjadi rendah diri akibat suatu peristiwa, kemudian setelah isunya selesai, dia bangkit menjadi seorang yang benar-benar yakin mendapatkan apa yang dia mahukan.

Seronok membaca perjalanan kisah Dayangku dan Haraf. Jalan cerita yang agak straightforward dan sangat manis. Cerita dengan konflik yang sangat ringan.

Kalau anda suka novel yang manis dan ringan, saya sangat sarankan anda dapatkan novel ni, senyum simpul ja semasa membacanya.

4.5⭐/5
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
December 21, 2025
[BOOK 64_2025]

Hero Dalam Irama by Harleen.
.

Buku ni ialah antara buku yang terjejas akibat banjir tahun lepas. Walaupun hodoh dah rupa buku ni, tetaplah aku baca.
.

Ni buku pertama penulis yang aku baca. Beli sebab publishernya Manes.
.

Personally, untuk aku, buku ni sesuai untuk young adult. Untuk aku yang dah 30an ni, rasa a bit cringe. Mungkin sebab buku ni full romance. Dan menggunakan POV 1.
.

Kisahnya Dayang dan Haraf berjumpa dalam satu insiden. Beberapa kali jugak la sebenarnya. Sehinggalah satu kejadian di hutan yang merapatkan mereka.
.

Haraf ni jenis sweet talker. Dayang pulak jenis outspoken tapi susah nak bukak hati. Jenuhlah Haraf duk mengayat Dayang.
.

Bila mereka dah bersama, ada pulak dugaan yang muncul yang menyebabkan Haraf menghilangkan diri. Bila Dayang hampir move on, Haraf muncul semula.
.

Aku biasanya okay je dengan POV 1. Cuma kalini, POV 1 tu menampakkan watak Dayang yang kurang matang. Dan dengan POV 1 ni jugak, aku tak berapa menghayati pengorbanan dan perjuangan Haraf.
.

Apa-apa pun, kalau tengok kat Goodreads, ramai je yang suka buku ni. So, aku percaya, ramai young (not so young) adults yang akan sukakan this romance book.
.

p/s: next, aku nak beli Hazrael. Sebabnya aku dah pun beli Internet Death Angel tanpa menyedari yang itu ialah sekuel.
Profile Image for thebooksideofmeen.
7 reviews
June 29, 2025
honestly aku mmg tak suka cerita yg guna 1st POV. hampir² DNF cite ni. tapi duit pun dah keluar kan, so kita baca je lah.

awatttt nya Haraz lagu tuuuu. dia punya ayat2 Manis boleh bikin diabetes nokkk. mmg amik kelas jadi buaya ke mcm mana. bahaya ye laki mulut manis gini in real life. mcm nak hempuk jeeeee. dah la tetiba hilang pastu jumpa balik minta 2nd chance 🙄 nasib baik la reason dia valid but still sakit hati tau. kalau aku jadi Dee pun, gasak kau la, tak hingin aku get back balik.

tapi aku musykil la dgn akak dia ni. mcm tak setel part akak dia tu. mmg akak dia ada hati ke dgn tutttt atau mcm mana. dahhhh kesah pulak aku dgn akaknye kan. takpelah nakkk, janji happy ending, itu yg penting 😆😆😆
Profile Image for Zzati Alydrus.
123 reviews
August 24, 2023
Wahhh. Jalan cerita yang menarik,lawak and santai. Terasa hidupp je. Tenang je bila baca sbb ada element hiking dlm hutan (ilmu dlm hutan pun adee) , tasik, jogging etc. Watak Hafar pun, lahaii sweet je walaupun ada salah silap, tp Hafar pandai control situasi nak tackle si Dee.

Suka baca novel yg terapkan unsur persahbatan, kekeluargaan dalam perhubungan. Nampak kepentingan orang² sekeliling kita dlm kehidupan kita. So benda² mcm tu yg penulis tulis, boleh lagi buatkan pembaca feel.

Ni buku kedua sy baca hasil penulis ni, mmg suka watak lelaki berhoodie eh ? Haha menarik.
Profile Image for ninefey.
3 reviews
June 1, 2023
Hero dalam irama, dengar tajuk memang ada related dengan lagu dan irama. Waktu nak beli macam ragu - ragu sebab saya tak suka buku yang ceritanya berunsurkan lagu. Tapi, buku ni ubah saya punya mindset and waktu baca tu mixed feelings sangat. Cerita yg tak cliche, banyak bagi tips if sesat dalam hutan. Suka mcm mana ML express perasaan dekat FL and skrg dah boleh faham bahsa sarawak sikit- sikitlah hehe. Overall best and hero pun hensem siap ada dimple . Lurve sgt!♥️
Profile Image for fs.bacabuku.
25 reviews
February 19, 2024
4.5/5☆

Manisnya mulut Haraf ni boleh bikin diabetes stage 4🤣🤣❤️❤️❤️

Sebelum ni pernah baca dekat wattpad dulu before dibukukan. Dari kisah Haraf-Dee buat aku percaya bahawa, setiap dari kita layak untuk bagi dan terima peluang kedua untuk baiki apa yang boleh dalam hubungan. Apa yang penting, kita hargai peluang tu betul-betul. Ya, tak semua orang layak dapat peluang tu kan? Jadi kalau dapat tu rezeki sangat tau. Jangan pernah sia-siakan sayang orang pada kita🥹🫶🏻🫶🏻
Profile Image for Umi Najihah.
79 reviews2 followers
May 30, 2024
jungle’s survival skills, Sarawakians language, and cooking tips! All in one. If you like a simple storyline, with a tinge of family conflict, this book is just the right one for you

I have to be honest, the middle plot was kind of dragging and there is some thing, such as her sister’s conflict left hanging…

Other than that, it was an okay read. It was fast at first then it slowed down drastically after that.
Profile Image for bibliophile.
91 reviews1 follower
January 4, 2025
What I thought about this book:

🔖Starter cerita manis going with the flow. Idea Forced Proximity plot cerita ni quite good and unique.

🔖CONFLICT part rasa macam the heckkkk? Asal Haraf tinggal Dee macam tu? Tetiba Hilang. But after Al tahu reason Haraf, Al boleh faham kenapa Haraf buat macam tu tapi still sakit hati bagi pihak Dee. Kakak Dee, kau dah kenapa? sibuk nak masuk campur urusan hidup adik kau.
Profile Image for Mika.
20 reviews
October 5, 2023
Haraf dan Dee. Kenapa comel sangat 😂😂. Tak puas baca kisah mereka dalam HDI ni. Selain tu dapatlah aku belajar sikit sikit bahasa Sarawak kan. Apa apa pun thumbs up kepada penulis kerana berjaya menghasilkan cerita yang bagi aku cukup rencah. Semoga terus maju jaya dalam menghasilkan karya yang berkualiti buat para pembaca.
Profile Image for AzeeraY.
31 reviews5 followers
January 17, 2023
Sesuai bacaan santai.
Perjalanan kisah yang unik.
Ilmu camping ada, ilmu cef & masak ada, ilmu kehidupan ada, ilmu persahabatan & percintaan pun ada.
Aaa semua boleh relate la (sila baca okeyh!)

P/s: Lamak kamek tunggu Haraf kelakar sarawak hujung hujung sinun, sik ada pun :(
34 reviews
August 20, 2023
Saya tak suka karakter heroin.
Tak tau knp. Sy rasa watak heroin kasar dan monolog dan dialog heroin tak dpt diterima oleh jiwa sy. Cuma tu. Yg lain semua ok pd sy. Mgkn sy je kot yg berperasaan mcm tu bila baca. Ingatkn awal2 je rude tp rupanya sampai habis cerita. Sabar je la
Profile Image for Garfu.
155 reviews2 followers
June 1, 2023
Good story. So much better than mr hoodie
Displaying 1 - 30 of 32 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.