Perjalanan hidup manusia adakalanya indah, adakalanya penuh liku dan duri. Begitu juga dengan kisah hidup Daneen. Dek masa silamnya, dia benci bergelar perempuan. Lantas, ditukar perwatakannya menjadi kasar bagaikan seorang lelaki.
Pertemuan kali pertama dengan Zayyad bukanlah dalam keadaan yang tenang. Ada adrenalina yang saling berlumba sehingga sesak terasa di dada.
“Kau kalau nak mati, tunggu malaikat maut yang datang cabut nyawa, boleh tak?” – Daneen
“Can you just... mind your own business?” – Zayyad
Seiring masa, Daneen dan Zayyad kian selesa berkongsi cerita dan rasa. Namun, persahabatan yang diharapkan untuk selamanya, retak di tengah jalan. Janji hanya tinggal janji. Lalu perpisahan mencipta jurang antara dua hati.
Bertahun berlalu, takdir kembali menemukan mereka. Daneen dan Zayyad. Orang yang sama, tetapi hati dan perasaan yang sudah jauh berbeza.
“Is it that hard to go back to how we used to be?” – Zayyad.
Adakah peluang untuk mencipta semula lembaran baharu tentang mereka? Bagaimana pula, apabila mimpi ngeri yang jauh ditinggalkan kembali menghantui?
***
Hiznawa berjaya membawa pembaca menyelami emosi dua watak yang bergelut dengan kisah silam masing-masing. Plot ceritanya mengalir lancar sehingga ke noktah terakhir. – Nur Kamalia Ramlan, Editor.
The first half was a bit hard for me to go through. Took me couple of days to get in the mood as it felt draggy. Second half laju gila pulak pacing dia.
My only question though: Cemana si Zayyad ni boleh senang je jumpa Daneen balik lepas balik Malaysia? Tetiba muncul depan mata, out of nowhere. Zayyad pergi jumpa Mak Nah dulu ke tanya pasal Daneen? It was never explained, and Daneen never questioned it. Tetiba boleh sentiasa terjumpa. Tetiba Zayyad tau Daneen ada dekat library. Semua benda in the second half felt sangat tetiba.
My own rate for this book: 3.8⭐ TWs: Su**ide, S**ual Assault, Ab**ive
Salah satu reason aku beli buku ni sebab ada baca review that this book discussing on mental health topic. Selain genre thriller, aku memang suka buku yang bawa tema mcm ni, dan dalam masa sama bagi aku self-healing sekali. 😌
Buku ni overall ok, cumanya bahagian 1 tu aku rasa agak draggy sedikit. Dan bahagian 2 pula, a bit rushing utk relationship FL dan ML. Tak taulah kalau aku je yang rasa mcm tu 🤣 Buku ni bawa topik yang berat, berhadapan dengan org yg ada s**cidal thoughts mmg bukan benda yang mudah (berdsrkan pengalaman aku sndiri), kita kena kuat dan kena bagi sokongan untuk org2 yg mcm ni, dan bukannya terus menghukum. Apa yang dihadapi oleh FL memang sesuatu yang aku tak dpt nak bygkan. Besarnya ujian yg dihadapi. Aku suka nasihat2 dalam buku ni dan bagaimana perubahan karakter ML dan FL dalam usaha diorang mencari diri sendiri.
"Forgiveness is something very hard to give. It's a simple word but the meaning behind it is heavy" 🤧 Quote yang paling aku suka dalam buku ni.
Tak silap aku ini buku fizikal pertama daripada author ni, satu permulaan yang baik, semoga author terus berkarya 👍 #emptycanvashida
Best? SANGAT. Please lah baca. Buku ni ughh just ☝🏻
Daneen dan Zayyad. Dua manusia yang mempunyai kisah hitam dan bayangan yang sentiasa terikat dalam diri mereka. Pertemuan kali pertama antara mereka pun dah huru hara. Kenapa?
Tanpa sedar, itulah permulaan kisah antara Zayyad dan Daneen. Daneen yang selamba dan Zayyad yang pendiam. Masing-masing sembunyikan diri mereka yang sebenar kerana masih takut dengan apa yang terjadi.
Apabila selesa berkawan, Zayyad kemudiannya pergi atas sebab tertentu. Tapi lama-kelamaan, hilang begitu sahaja. Tanpa penjelasan. Kecewanya Daneen pada saat itu tiada siapa yang tahu. Kenapa begitu?
. . • ☆ . ° .• °:. *₊ ° . ☆
STK ni ada dua bahagian, so ni pendapat zu untuk both part.
I - Slow paced, sesi perkenalan between Yad dengan Dan. Dalam part ni, kita boleh tahu segala punca apa yang jadi pada Yad. Terkejut? Yes 😥 tak sangka Yad hadap kejadian yang macam tu.
II - Fast paced, segala persoalan dan pertanyaan terjawab dalam part II, termasuklah apa yang jadi pada Daneen. Punca kenapa Daneen tukar perwatakannya, and the MOST trigger me start from chptr 31. That part really, nak marah nak maki segalanya ada tau! benci sangat bila dapat tahu apa yang jadi kat Daneen 💔 Haaa kenapa dengan part tu? You guys kena baca.
AND! Zayyad ni, ya ampun awat hijo sangat plus hot gituh 🥵 cara zayyad tackle hati daneen balik tu haihh *level single auto max (psst page 253, how? 😌🦋🦋🦋🦋🦋🦋) kita em kita dah butterfly terukszzz 🤣🥺✨
Zu sangat recommend walaupun storyline ni a bit heavy, tapi baca juga!
The story is enjoyable. Not a particularly stressful story. I read this in a little over two hours because of an intuitive flow. This syory is perfect for someone who doesn't enjoy a lot of drama because it is very straightforward and no drama A few points are worth highlighting, in the author's opinion. relating to religion, friendship, self-love, forgiving, empathy, and maturity. However, the main point that she would like to focus on about the suicidal thought and mental illness. Even though the topic is a bit heavy but still you can read it.
Nawa I'm pleased with the birth of your first baby. I wish you the best of luck with your upcoming workas you explore other genres.
"Apabila kita belajar untuk melepaskan dengan ikhlas. Dan kita tahu, ada hikmah dan pengajaran yang Tuhan nak tunjuk di sebalik sesuatu ujian." - Deen
***
"Apabila kita ingat Dia, Dia pun ingat kita. Kalau kita mendekat dengan-Nya sejengkal, Dia mendekat dengan kita sehasta. Kalau kita mendekat dengan-Nya sehasta, Dia mendekat dengan kita sedepa. Kalau hamba-Nya datang kepada-Nya dengan berjalan, Dia datang kepada kita dengan berlari." - Layla
***
"I penat." - Daneen
"I tahu you penat dengan semua yang berlaku. You rasa lelah. You nak putus asa dengan segala-galanya. Tapi jangan lupa, hun, orang yang paling Allah sayang ialah orang yang paling berat ujiannya. He knows you withstand all of this. You can go through all of His tests. Isteri I ni seorang yang kuat. Tersangat kuat sehingga Tuhan uji dia dengan pelbagai hal." - Zayyad
"This is life, hun. It's a roller coaster ride."
Tak semua kehidupan punya laluan yang lurus, tiada sebarang pancaroba. Tak semua kehidupan manis sentiasa, pasti ada pahit juga yang singgah. Yang penting, tetaplah kuat untuk segala ujian dan cabaran yang mendatang.
"The wounds will heal, and the scars will fade away someday."
*****
Penulis cakap kat saya; "Insya-Allah awak tak nangis sebab cerita ni tak sedih pun."
But me towards ending: 😭😭 tisu takde lap air mata dengan tangan. Cerita ni happy ending, betul tapi nak sampai ke bahagia tu kena tempuh liku kehidupan dulu.
Kisah dua jiwa yang bergelut dengan kisah silam yang pahit. Sampai rasa nak 'lenyap' dari bumi. Sebab tak tahu dah arah tuju hidup. Tapi bila dua jiwa ini bertemu, terbit rasa selesa dan keinginan untuk berkongsi rasa. Salam persahabatan dihulurkan tapi rupanya tak berpanjangan kerana Zayyad perlu pergi melunaskan tanggungjawabnya. Janji untuk selalu ada terpaksa dimungkiri.
"Aku dah tak ada sesiapa, Yad." - Daneen "Kau ada aku, Daneen." - Zayyad "You are going to leave me." - Daneen.
Tahun berganti tahun, akhirnya Zayyad kembali. Mereka dipertemukan pada saat masing-masing sudah berubah menjadi versi yang lebih baik. Zayyad harap peluang kedua akan hadir untuknya, membawa hubungan mereka ke langkah seterusnya. Tapi Daneen takut untuk beri sebab peristiwa silam yang membuatkan dia cukup trauma dengan insan bernama lelaki.
Tapi akhirnya hubungan mereka berjaya dibawa kepada ikatan yang sah. Bahagia yang diharap berpanjangan, kembali dihantui dengan kedatangan kisah silam. Mulai daripada kemunculan Pak Cik Salim nilah betul-betul merobek hati seorang Daneen. Dan pada saat ini juga hatiku sakit dan air mata mengalir. Sedih sungguh jadi Daneen ni tapi bak kata Zayyad yang hijau ni, bidadari kesayangan dia kuat. 🥺
Semula Tentang Kita, bagai memujuk hatiku jua yang sedang gundah-gulana. Ayat-ayat dalam buku ni terasa menusuk ke hati. Hopefully, Hiznawa akan keluarkan buku yang lain lagi lepas ni. 😊
tw - PTSD, self-harm, suicide, sexual abuse, domestic abuse, etc.
This book is about two broken souls and their journey towards finding themselves again. From loners, they slowly started being friends. And unexpectedly, they started depending on each other.
I really like this one. I went through a whole roller coaster of emotions, thanks to the book. I got angry, I giggled, I bawled - you name it.
The issues raised in the book are heavy, to be honest. The characters described in the book feels realistic, and I appreciate that the author did not just brush these issues off to centralize the romance element instead.
If you feel like trying out slice of life genre, this might be worth reading. Kudos to the author!
Daneen & Zayyad, masing-masing menyimpan kisah hitam yg sentiasa menjadi bayangan mereka. Daneen ni rider hantar food, jadi Zayyad ni selalu order tapi memang tak pernah jumpalah. One day, sesuatu yg terjadi tu membuatkan dorang berjumpa. Apa yg jadi tu? Apa kisah hitam dorang?🥺
Without they realised, from strangers > friends. Bila each other dh selesa boleh pula stop kat tengah jalan. Janji hanya tinggal janji. Tapi siapa kita nak menidakkan, tiba-tiba dorang berjumpa semula. Orang yg sama tapi hati & perasaan yg berbeza.
"𝐂𝐚𝐧 𝐰𝐞 𝐠𝐨 𝐛𝐚𝐜𝐤 𝐭𝐨 𝐡𝐨𝐰 𝐰𝐞 𝐮𝐬𝐞𝐝 𝐭𝐨 𝐛𝐞?"
Apa jadi? Can they find their happiness? Boleh ke dorang accept kisah silam masing-masing? You guys have to figured it out😙 ⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯ Ad suka sangat. Part I kita boleh tengok main characters punya sedih, down, unmotivated. But masuk Part II, wow love dengan character devey dorang😍 Zayyad dari batu > marshmallow. Daneen pula dari selamba > pemalu🙈 Comel gila. Guys Zayyad punya hijau sumpah Ad sesak nafas😂! Kenapa comel sangat eh bang?😫 his words semua saya nak meng-cair🫀the way dia tackle omo nak ganti tempat Daneen!
"𝐀 𝐑𝐨𝐦𝐞𝐨 𝐣𝐮𝐬𝐭 𝐟𝐨𝐫 𝐦𝐲 𝐉𝐮𝐥𝐢𝐞𝐭." 🦋🦋🦋
Sangat recommend for those yg nak kan sweet but heavy story. But trust me, it is really confort🤍 Lastly, Ad punya fav words..
Ujian itu didatangkan oleh Allah sesuai dengan kemampuan hambaNya, kerana Allah itu Maha Tahu serta Maha Kasih. . TW: Suicide, and rape
Pertemuan Zayyad dan Daneen agak rare dan extreme lah pada saya. Orang lain jumpa jodoh masa orientasi atau terlanggar bahu dalam perpustakaan.. Tapi Daneen dan Yad, hmm di saat salah seorang daripada mereka bakal menemui ajal.
Dari awal sehingga pengakhiran cerita, sangat smooth dan menarik.
Tapi, di Bahagian II.. Fuh... Main dengan emosi. Derita yang Daneen tanggung, sangat berat. Tiada siapa yang mampu memahaminya jika tidak mengalaminya. Dan kemaafan yang diberikan kepada Salim.. uhuh.. entahlah, saya bukan sesiapa untuk mempersoalkan, kerana hakikatnya manusia itu diuji berbeza-beza.. Punca dosa dan pahala setiap manusia itu juga berbeza-beza.. Namun, bukanlah saya membenarkan apa yang si Salim ni buat. Dan bukan juga saya menidakkan keputusan Daneen.
Sesungguhnya, nafsu itu satu rahmat jika dituntun dengan iman dan akal. . . Zayyad panggil Daneen 'Hun', pastu dok su-wit-su-wit dengan bini dia. Ish single dia rasa sampai sini. Mak, nak kahwin jugak! AHAHAH gurau..
Semula Tentang Kita yang ditulis oleh Hiznawa ini merupakan novel ketiga dari Manes yang aku baca. Aku tidaklah meletakkan sebarang jangkaan terhadap novel ini memandangkan ini karya pertama penulis yang aku baca.
Sebuah kisah Daneen dan Zayyad yang ditemukan dalam keadaan yang masing-masing mempunyai 'kesakitan' tersendiri, menggunakan cara dan memerlukan masa yang berbeza untuk mengurus rasa sakit tersebut. Juga sebuah cerita yang meruntun jiwa bagi yang benar-benar menyelami apa yang berlaku pada Daneen dan Zayyad.
Sejujurnya keseluruhan bahagian pertama, aku kira pace ceritanya mendatar dan agak lewah. Jenuh untuk aku mengikuti ke mana hala tuju cerita ini.
Mujur diselamatkan oleh bahagian kedua cerita!
Sesungguhnya, bahagian kedua ini adalah penyelamat buat keseluruhan cerita dan juga penyelamat buat aku yang mula rasa lesu dengan ton cerita yang mendatar.
"Forgiveness is something very hard to give. It's a simple word But the meaning behind it is heavy."
Setelah menyelusuri kisah antara Daneen dan Zayyad, aku terpaksa bersetuju dengan quotes di atas. Selalunya, kita hanya mahu dimaafkan tanpa mahu merasai kesakitan yang kita dah beri pada orang lain.
Apatah lagi buat Daneen yang terpaksa berdepan dengan kesakitan, ketakutan dan kehilangan berkali-kali oleh yang tersayang. Ada banyak peristiwa yang membuatkan pembaca akan faham kenapa seorang Daneen sukar memberi kemaafan kepada yang meminta. Menjadikan kita lebih menghargai kata-kata maaf yang berat makna dan nilainya.
Secara peribadi, aku rasa ia sebuah naskhah yang masih boleh dihadam.Selain dari mengangkat isu kesihatan mental, bahagian dua yang rancak dengan sisipan emosi yang baik, adanya perkembangan perwatakan Daneen dan Zayyad yang realistik juga adalah perkara yang aku sangat-sangat raikan. Recommended!
Tahniah kepada penulis. Semoga terus menghasilkan karya yang lebih baik.
Semula Tentang Kita, karya Hiznawa membawa sebuah kisah antara Daneen dan Zayyad yang meruntun hati. Pertemuan secara tidak sengaja antara mereka berdua membongkar semakin banyak sisi gelap silam masing-masing, membuatkan rasa percaya saling tumbuh mekar, membibitkan rasa cinta.
Namun, takdir tak selalunya indah. Semakin diselam kisah mereka, semakin banyak duka bertandang. Dengan kematangan jiwa mereka, bagaimana simpul akhir kisah Daneen dan Zayyad dalam novel ini?
Kisah Daneen dan Zayyad dijalin dengan sangat baik. Tentang keluarga masing-masing. Tentang rakan-rakan sumber kekuatan yang membawa cahaya perubahan dalam hidup mereka.
Kisah ' 'pain'-manis-'pain' ' yang dipaparkan dalam novel ini benar-benar meruntun jiwa pembaca. Membawa pembaca menaiki sebuah rollercoaster yang penuh emosi. Baru sahaja mengundang lega, penulis membawa kita menuruni rollercoaster 90 darjah secara menjunam!
Saya sangat menyukai cara penulis berbahasa di dalam novel ini. Mudah difahami namun ada 'deep'nya pada ketika yang tertentu. Cara penulis menggambarkan babak-babak 'pain' benar-benar menyentuh rasa dan sukma pembaca.
Nak tahu 'pain' yang bagaimana, kena baca lah!
Untuk beberapa permulaan bab, saya merasakan ianya berlaku secara tiba-tiba. Ada sedikit janggal, namun apabila diteruskan pembacaan, ianya tenggelam dengan kemanisan watak-watak tersebut.
Ringkasnya, novel ini membawa tema yang berat, namun jalan cerita manis yang diselitkan menjadikan cerita ini sangat sedap dibaca.
This story is about Daneen and Zayyad, two broken souls with so many tales and scars hidden behind them. It started when Daneen's curiosity and worry brought her to break into her customer (Zayyad)'s house, and there, she found him doing something that he wasn't supposed to do. She saved her and 'forced' him to be her friend, then eventually, it brought them to open up the stories they've hidden, the stories that have never been shared before. From that point on, they became very close friends, so close that they've became depended to one another, promised to be there for each other. That's until, Zayyad left Malaysia to continue his life, and broke off their little promise without any explanation. Years passed by, they met again once more, as completely different people, moving forward from their past. While trying to mend and reconcile their relationship again, there are apparently even more things that haven't been said before, never been revealed before, both good and bad. This story is about forgiveness, penghijrahan, confrontation, and acceptance of their life, of two different souls.
• The story is on tragedy, romance, and slice of life. the topics touched were quite heavy, and please refer to the trigger and content warning I've listed!
Regarding the story itself, the anticipation about this story doesn't mainly revolved around the plot and story progression, it's more towards the characters' development and their individual progression / change. I genuinely appreciate how well the author touches on the issues of mental health, the causes, the trauma, and the aftereffect of the incidents and conflicts faced. The 'positive' reasonings for each conflicts given wasn't forced, and on the other side the author take responsibility and showed that some things are just simply hard to let go. I wasn't expecting anything when I started the story, but to my very own surprised, it's about keredaan, keikhlasan, dan penghijaran seseorang. And it's such a wonderful thing to see. Overall the story was simple, but efficient.
• I initially lowered down my expectation due to some reviews I've seen. Then I went through the story myself, and I guess I can see where they and their opinion came from. The topics touched on very heavy issue, which is on mental disorders and trauma. Personally speaking, I believe people that have went through or at least have better understanding on the conditions / situation itself might've understand more on what the characters have been through. The behaviour and thoughts of the characters in the story were absolutely REALISTIC.
• One thing people might went over through lightly is probably on Daneen's trauma / PTSD and anxiety. The story has mentioned multiple times regarding the thoughts of 'kalau' / 'what ifs'. It's something that most people that suffers from anxiety will always think about, being afraid of what the future held and being sceptical on what to expect at all. In addition to the trauma she has faced from what her father did, it wouldn't help her at all despite herself understands her own true feelings, but the trauma itself is holding her back. — Also, she, the one that listened to what her father did to her mother every day and night, mixed with what her father did to herself, it took a toll to shaped her negative thoughts, her perception of herself, as well as her perception on what she thinks about others might think of her 'experience'. It's trauma, and it's complicated and hard.
In correlation, this is a bit personal and doesn't have to do with the story itself, but this is something that COMMONLY a lot of adults that grew up from broken family always think about. Avoidance of having relationship with anyone and having non-stop trust issues and hesitation, due to how they've seen the bad relationship between their parents. It's scary and terrifying. No matter how willing and strong 'rasa hati' towards another person that these adults may felt, the perception on what their parents have went through and suffered from will never go away. — It's quite a hard thing to discuss. Ini bukan mengada ngada, bukan jual mahal, tetapi ia merupakan suatu pemikiran seseorang dan trauma yang seseorang sudah lama hadapi. That doesn't include the shame that might've came out from such environment, perception of others about their parents, the issues, and other things as well. But that's a discussion for another day.
•The writing itself was so beautiful. Bait bait ayat, dialog, kata kata, ianya amat indah. The mixture of continuous dakwah / values / morals being slided in on almost every single chapters was absolutely heart touching. I did learn a lot more about Islam and the world around us along the story, and it makes me rethink and reflect on myself a lot as well. Ngl, if I could describe this story, it's a spiritual / healing fiction more than anything else. Genuinely speaking, I barely have anything to complain at all, It's just such a wonderfully written story. Despite how hard and often I cried, it was still such a comfy read.
• To, the author, I just would like to thank you so much for writing such a beautiful story, speaking up about the issues regarding mental health and giving us reader a lot of values within. Thank you so much. The entire story moved me very much.
• I've heard about the spine issue from the publication before from fellow readers, but I didn't think it was THAT bad. The copy of my books had 4 different places where the spine broke off or the pages were hanging onto their life. Mind you, I prepped my book properly first, and I even read the book most on acute angle, and it never went over 90° angle, tapi hujung hujung, nak rabak sendiri lah pulak, bukak page tu pun bunyi 'krek krek' ja. I usually doesn't mind if the book spine broke off, but 4 different points of the book kot, it wasn't even on me, it's the book, and it's upsetting. From the sides, you can clearly see how uneven the bind / glue was, and it was lohong or bubbly. Buku nak pakai lama, nak baca ulang ulang, tapi ended up macam dibuat sebagai 'single read only'. I don't think I can get over this.
• Lastly — Please, please, give this book a try. I highly recommend this book It's simply just a really good story. But again, a reminder, please mind the content and trigger warnings I've listed!
Comfy book or comfort book ? Whatever it is I'd like to name it.
"Setiap penghujung cerita akan ada permulaan yang baharu sebagai pembuka kisah baharu."
Pertemuan Daneen dengan Zayyad bukanlah dalam keadaan yang baik. Untung Daneen sempat menghalang perbuatan Zayyad.
"Apa yang kau faham tentang hidup ? Have you ever felt the feeling of wanting to die ?"
Zayyad salah, dia rasa dia sahaja menderita. Daneen juga, but they choose to live their own lives.
Hari berganti hari, mereka selesa untuk berkongsi cerita, tawa, suka dan duka. Bila Zayyad terpaksa memilih kerjaya yang ditinggalkan, Daneen terpaksa beralah.
Persahabatan yang diharapkan untuk kekal, retak di tengah jalan. Zayyad pergi mencari diri sendiri yang hilang. Begitu juga Daneen yang cuba membuka lembaran baru dalam hidupnya.
Setahun setengah kemudian, takdir menemukan mereka semula dengan masing-masing yang dah berubah to new chapter in their life.
To a new chapter in our life For our new chapter of life
.........
Kalau suka baca Rooftop Rant by Hlovate buku ni boleh masuk dalam list korang ✅
I picked this in hope that it could cure my reading slump and did it work? YES. Read it blindly with no expectations at all and I’m not regretting it 🤞🏻
My jaw dropped as I flip the first few pages and even more when Daneen’s real past was revealed. But I love how both lead was created (characters, past, characters development). I love how they complement each other and they were perfect for each other. LOVE the storyline (it was chef kiss).
Pendek kata, I love this book 😂 But why 4.5? Because it was a bit slow paced at the start and nak reveal the full name (little things) tu pun lambat. I understand that the author wants to focus on the main thing or maybe revealing it a bit late so that it would surprise to the reader (tbh their names was simple je) but sometimes little things like this annoyed me. Also, i was expecting their solemnisation scenes (i thought Daneen’s reaction would be cute) ngl kinda disappointed the author skipped that part.
Broadly speaking, it was a very good book with a nice (plus heavy) plot also it contains good messages.
Cover novel ni cantik gilaaa but tak sangka cita dia agak heavy and sedih 😭 - Zayyad and Daneen, dua dua ada masa silam yg gelap. First time diorang jmpa waktu Daneen selamatkan Zayyad waktu Zayyad cuba nk suic***
Daneen to Zayyad : “You should live.” “You must live.”
And tak lama lepas tu, Zayyad dapat tahu yg Daneen pn lebih kurang dia je. Penah give up dgn hidup and penah cuba untuk suic***
Zayyad : “Lepas ni, kalau kau masih ada rasa nak buat benda tu, cari aku..” “Cari aku, Daneen ..”
- Agak sedih backstory masing-masing . Nasib baik diorang berdua terjumpa , so masing - masing boleh jadi kekuatan antara satu sama lain - Btw, suka dgn penulisan penulis ni. Kemas and tersusun 🥰
This entire review has been hidden because of spoilers.
Menceritakan tentang dua watak yang mempunyai kisah derita yang mungkin serupa tapi Daneen, yang lebih suka dikenali sebagai Dan, merupakan seorang yang nampak easy going tapi mempunyai latar belakang yang disimpan ketat agar tidak diketahui orang lain. Dia cuba mendekati Zayyad ketika dia diduga dengan ujian yang sangat perit. Pertemuan ini membawa kepada persahabatan. Di saat persahabatan mereka makin erat, Dan kembali ditinggalkan. Sehingga suatu hari, Zayyad kembali kepada Daneen bagi menuntut Daneen menjalinkan kembali hubungan mereka seperti dulu. Tapi tak semudah itu je Daneen nak terima.
Pada bahagian pertama, penceritaan hubungan antara dua watak ini agak perlahan bagi saya dan membuatkan saya membaca sedikit demi sedikit. Tapi bahagian kedua membuatkan saya sedikit lega dan 'excited' sikit, ditambah lagi dengan dua sahabat baru Daneen dan Zayyad. Daripada bahagian itu, cerita menjadi lebih menarik tetapi mungkin kerana dilangkah beberapa tahun selepas mereka dah lama tak berjumpa, saya rasa agak 'rushing' sedikit. Walaubagaimana pun, banyak nasihat dan ilmu yang saya dapat melalui jalinan dan persahabatan mereka. Terima kasih kepada penulis sebab overall, saya enjoy baca buku ini :)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku menekankan aspek mental health yang kalau tak dijaga dengan sebaiknya boleh menjerumus kepada suicide thought dan seterusnya.Kedua watak utama ada luka dan trauma masing-masing.Plot okay tapi saya tak rasa chemistry diorang,percintaan selepas nikah diorang pun boleh la cute sikit tapi tak berapa sampai ke hati.Lepastu,tertanya pasal terputus hubungan dengan mencari diri sebenar iaitu cinta Allah.Kenapa macam dia dusshh hilang.Kenapa tak cerita macam keadaan Zayyad tu.Kenapa tak selitkan sekali kisah Zayyad di sana.Dia macam langkau terus gitu macam beberapa tahun kemudian.Dia tak macam ada rongga gitu.Daneen ok la cerita jugak macam mana dia tu ni tk skip terus macam Zayyad.Apapun boleh diperbaiki lagi🧚🏻♀️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Semula Tentang Kita (STK) mengisahkan Daneen dan Zayyad, dua manusia yang retak seribu jiwanya - kemudian bertemu, lantas menjadi kekuatan masing-masing.
I suka tema cerita ni. Mesejnya pun sampai.
Tapi pembacaan terasa agak mendatar bagi I. Mungkin sebab jalan ceritanya yang agak lewah pada bahagian awal cerita, atau sebab I baca cerita ni waktu tengah busy. Nonetheless, jalan ceritanya boleh tahan menarik.
BEST BAGI I ⭐️⭐️⭐️⭐️ masa part 1 i think sangat emotion, how the author write it really touching on my heart ✋🏻😭😭☝🏻 how daneen meet zayyad yang it really shock, how them can be friend even daneen a bit different than zayyad arghhh sukaaa 😭❤️ part 1 tu buat i dapat rasa how alone daneen life, macam mana zayyad bangun dari mimpi yang seram to him.
But when come to part 2 i baru rasa ada bunga yang mekar mekar tapi but why i rasa macam cepat nohh 😭😭😔 but i love 🫂
Jalan cerita just nice and have no issues😊 The book is about Daneen and Zayyad. Both of them ada masalah keluarga or to be more specific.. dua2 ada mental issues. Novel ni banyak pengajaran untuk kita supaya kita tak jadi anak yang tak kenang budi ataupun kita berani untuk tegakkan kebenaran untuk diri kita with our family members.
Sometimes, kita patut keluar rumah dan tinggalkan segalanya bukan? but kita takleh tinggal 1 benda sebelum jejak keluar dari rumah, "Jasa Mak Ayah kita".
Cerita yang plain dan boring even bawa plot yg heavy. Bahasa pun mendatar. Might be this writer's writing style and plot development wasn't for me la sebab most her karya especially dia punya bahasa yg boring dan mendatar tu bukan jiwa dan makanan I. Sorry author, not for me but for others kot.
I cried because I had similar background with Daneen. Thank you so much for writing this book! It's the very 1st Malay book that ever made me cry so much.