Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pewaris Puteri Bestari

Rate this book
Hikayat Puteri Walinong Sari ada mengatakan, sang puteri hilang ketika pergi mencari cinta sejatinya di puncak Gunung Tahan. Bagaimana jika bukan itu pengakhirannya?


28 tahun menjalani hidup tanpa perkaitan dengan keluarga datuknya iaitu Tuan Dharma, Ariella tiba-tiba diminta pulang ke Rumah Agam Dharmawala. Tiba masanya untuk dia mewarisi Keris Walasuri; harta yang tidak bernilai harganya buat keluarga itu.

Dalam keraguan Ariella untuk menerima, Keris Walasuri dicuri seseorang! Menggalas tanggungjawab untuk mencari keris itu semula, Ariella harus mengembara ke Kayangan; sebuah tempat yang tersembunyi daripada mata kasar manusia biasa.

Dan tanpa disangka, takdir menemukan Ariella dengan seorang lelaki seperti jelmaan Pendekar Mustar!

“Kenapa kau tak bawa aku ke sini sewaktu kita sampai di Bumi?” “Sebab jauh. Dan aku tak mahu dilihat travel dengan seseorang yang berpakaian macam Pendekar Mustar.”

Kemunculan Samuel yang mencari cucuk sanggul peninggalan seseorang daripada kisah silam Ariella dan keazaman Anika untuk memilik Keris Walasuri menarik Ariella masuk ke dalam dunia aneh yang penuh cabaran.

Mungkin juga cinta? Dan kerana dialah satu-satunya pewaris yang layak, Ariella tekad untuk menang. “Apa yang kau tahu tentang Puteri Walinong Sari?” “Puteri Walinong Sari? Apa kaitan Walinong Sari dengan keluarga kau?”

290 pages, Paperback

First published March 1, 2022

Loading...
Loading...

About the author

Ayumi Syafiqah

57 books50 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (30%)
4 stars
16 (48%)
3 stars
6 (18%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Naurah  Hazwany.
64 reviews1 follower
December 29, 2022
Selakan pertama bermula dengan scene aksi yang menarik. Hei, OPAL pun ada dalam cerita ni? Novel aksi dan fantasi bersama sebuah legenda digarap dengan baik sekali. Plot cerita yang pantas, mulanya berselirat jugak nak faham hubungan itu ini semua seperti Ariella yang susah nak cerna rahsia demi rahsia yang berjaya disingkap. Lama-lama dah dapat rentak, bermulalah hari Ariella yang bertukar 360 darjah. Ah Dharma, seorang atuk yang tamak dan Anika yang telah 'dibasuh' fikirannya hampir saja melakukan perkara yang akan dikesalkan suatu hari nanti. Muncul pula Samuel dan Ayda, ha ada sambungan tak ni??? Miya dengan Jed comellah xD and not when Jed crying at the end of the chapter make me laugh.
Pewaris Puteri Walinong Sari, Keris Walasuri, cucuk sanggul... Akhir sekali Mateen, siapa tak jatuh cinta dengan karakter dia ni? Seorang pendekar nasib hidupnya taklah indah pun, but why kenapa kena terpisah oleh angkasa dan bumi? -_-
Profile Image for Noor Maizan.
85 reviews9 followers
October 30, 2022
Mateen ni, haish....jgn kata Ariel, kita pun berdebar2 gitue 🙈🙈🙈🤣. Buku nipis je tapi adventure memang padu dan padat.
Profile Image for Shafiqahsamin.
221 reviews4 followers
April 17, 2023
Review aku ada spoiler. Jangan baca.

One word. Cringe.

Cringe sangat cerita. Aku macam banyak gila skip. Penulisan cringe. Watak cringe. Plot pun macam cringe. Tak rasa ke plot dia macam tiba-tiba sangat? Tak smooth. Okay, aku boleh terima sebab awal2 tu memang nak intro. Mula-mula dia ejen OPAL, tiba2 dia pewaris. Tiba2 dia kena pergi cari keris. Tiba2 dia nak lindung keris. Tiba2 dia nak cari sanggul. Like weh benda tu berlaku sangatlah pantas. Satu dua bab je dah setel boleh jump jadi semua benda. Dia macam kau tak sempat tertanya² pun, tapi tiba² dah terbongkar.

Plot ulang. Dia dapat keris, lepas tu dia hilang keris. Berlatih sekali, tiba2 dah kena cari keris. Dapat keris, bawak lari keris, berlatih sekali. Cari sanggul, dapat sanggul, hilang sanggul. Nak pergi kayangan untuk cari keris, kena serang. Nak pergi cari sanggul, kena serang. Dah dapat sanggul, kena serang. Kalah. Setiap kali kena serang Ariel ni kalah. Tak hebat langsung. Aku ingat dia badass sangat lah. Betullah semua orang cakap, "aku ingat kau ejen OPAL yang hebat?"

Dan ulang ulang ulang dia ejen opal.

Banyak kali watak² repeat, ayat lebih kurang macam ni, "Macam ni je ejen opal?"

OPAL OPAL OPAL. Yes, i know. You are supposed to be one of the best OPAL agent. But. You are not.

Satu²nya watak yang ada progress kat sini ialah Anika. Ariel duk gitu je lah dari awal sampai ke sudah. Masa intro kemain badass gila. Macam hebat sangatlah. Tapi throughout the story? Makin lama makin lembik walaupun keris tu dia punya. Semua fight dia kalah.

Tiba² cinta berputik? Cringe. Yang ni skip terus. Aku tak sanggup nak baca. Dia punya pemilihan perkataan dan pembinaan ayat, cringe sangat. Skip.

Mateen. Pun sama lah hah. Mula2 nanpak gah, tapi lepas tu lembik. Aku tau dia sakit, tau dia adalah orang yang akan membuatkan Ariella nak keris tu, tapi still. Stilll. I cannot accept yang Mateen yang sepatutnya pahlawan hebat (ulang ulang disebut dalam novel), semudah itu kena tibai dengan Siung dan terus cedera parah. Macam tak pernah bersedia lawan Siung? Logik ke? Dia pahlawan kayangan kot. Siung tu pulak memang makhluk kayangan. Sepatutnya first thing dalam pembelajaran dia ialah lawan Siung.

Dan cara penyembuhan, kalau takat tutup mata, lepas tu bayangkan dan niat, Ariella ni tak berapa pandai ke? Takkan itu pun nak kena Anika ajar? Aku pun tau kalau yang tu.

Suspen? Hah. Tak langsung. Aku tak rasa apa.

Okay. Mungkin terlalu emosi aku punya review.

Tapi sebenarnya jalan cerita dah nice. Aku suka cerita olahan lagenda macam ni. Dia punya idea memang menarik. Puteri Walinong Sari ada pewaris. Menarik kan? Tapi penulisan, plot, perkembangan watak semua kena improve.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mazila.
106 reviews14 followers
March 4, 2023
Best. Pada aku novel ini merupakan sebuah karya fantasi alam Melayu. Macam kita baca sebuah hikayat tp berlatarkan zaman moden di Bumi dan Kayangan. Pace yg laju, agak adventure dan sedikit aksi. Tak tau kenapa, tp watak Mateen tu kan buat aku bayangkan dia spt Putera Mateen, putera Brunei. Hehe…

Kisahnya mengenai pewaris kpd Puteri Walinong Sari iaitu Ariella. Oleh krn keris Walasuri telah dicuri oleh Mateen, Ariella sbg pewarisnya diarahkan oleh datuknya iaitu Dharma ke Kayangan utk mengambil semula keris itu bersama-sama sepupunya Anika.

Apabila Ariella berada di Kayangan, lain pula cerita sebenar yg dia dengar daripada Mateen. So, Ariella nekad utk memperbetulkan keadaan.

Ariella terus diburu hanya kerana Keris Walasuri. Bukan itu sahaja, cucuk sanggul milik arwah ibunya juga mempunyai rahsia yg disebaliknya.

Dapatkah Ariella sbg pewaris Puteri Walinong Sari menjaga Keris Walasuri dan cucuk sanggul dari jatuh ke tangan manusia yg tamak?
Profile Image for Mslvoe.
2,226 reviews224 followers
October 16, 2022
Baca buku ini teringat zaman remaja. Masa remaja dulu suka baca kisah² hikayat zaman purba.

Cuma kisah ini ada 2 dimensi dunia yang berlainan. Alaa cam kisah korea The King. Kayangan dan dunia.

Sejujurnya ku tertarik kisah purba ibu Ariel, Puteri Walinong Sari. Alangkah indah jika ada kisah romance tentang mereka.

Curious apa yang terjadi pada Laksamana Keris and Mambang (sorrylah F dah lupa nama penuh mereka). Depa hilang begitu sahaja.
Profile Image for astread.
77 reviews7 followers
February 8, 2023
Kisah pewaris Walinong Sari. Awal tu agak pening dengan semua maklumat yang rasa macam gedebuk nak kena faham tapi follow the flow okay je faham sampai akhir. Helok betul si Mateen ni ya hahaha. Confirm terbayang Prince Mateen Brunei tu. Ada sambungan ke tak ya pasal Samuel? Kalau ada bestnyaaa
Profile Image for Amira Zaidat.
64 reviews3 followers
January 21, 2023
Pewaris Puteri Bestari ni merupakan buku first hasil tulisan Ayumi yang aku baca. Dari awal baca lagi the story of Anika caught my attention. Jarang-jarang ye nak focus dekat supporting character ni. Tapi kita taknak sembang the whole book apa jadi kat sini. So macam biasa aku just explain the rating.

1. Cover. Simple dan kemas. On point. Tajuk pun dah berbunyi Pewaris Puteri Bestari pastu cover pulak segebuk haaa dia bagi character perempuan. Sapa yang tak dapat teka MC dia perempuan ni taktau la cakap apa. Dekat cover tu character dia pakai baju ala-ala mafia/ejen gitu so boleh teka apa kerja character dia. Macam pahlawan moden pun ada.

2. Conflict. The only conflict yang interest me sepanjang cerita ni is the inner conflict of Anika. She spend her whole life trying to impress the one she looks up too and then being betrayed without any mercy. Selain tu banyak conflict keluarga yang penulis ketengahkan dalam PPB ni. Some are relatable, some are annoying. Well, family conflict memang mostly annoying pun. So, yeahhh. Tahniah kepada penulis berjaya bawak isu conflict keluarga dengan jayanya.

3. Character development MC is expected. MC cerita apa jadi pun kena la ada development tak kisah la bad or good. Tapi the other character development yang caught my interest of course la Anika. She goes from hujung of the bad side to the other hujung of the good side. To be honest, aku tak rasa Anika tu jahat dari awal pun. She's just trying to be a good soldier. Tapi caught in the middle of an even bigger mess. Tu je.

4. Details. I read reviews that sounds like this, "Eh OPAL pun ada dalam ni", means dalam buku buku penulis yang sebelum sebelum ni dah pernah ada OPAL ni and seeing how none of them complaints about it means penulis berjaya tulis details OPAL ni tanpa ada cacat cela. Sejarah mitos Puteri Walinong SAri pun kalau kita cross reference dengan mitos yang kita selalu dengar dari dulu pun memang kena timeline dia. Research untuk keris dan cucuk sanggul Walinong Sari pun very details. Penulis even cerita tentang asal usul cucuk sanggul tu in the book.

5. Ending. Some might say the ending tergantung sikit. But to me, penulis write a very good ending. She close the main conflicts beautifully. She reveals all that needs to be revealed. Dia matikan whatever character that needed to be because their story has come to an end. Takde yang terkejut. Semua smooth. Congrats again kepada penulis.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews70 followers
February 28, 2024
[eBOOK 9]

Pewaris Puteri Bestari by Ayumi Syafiqah.
.

Bacaan melalui apps Cereka.
.

Buku ni tentang hikayat Melayu yang divariasikan ceritanya.
.

Aku tak pernah tahu pun kewujudan hikayat Walinong Sari sebenarnya.
.

Selepas 28 tahun, Ariella hidup tanpa ada sebarang perkaitan dengan Tuan Dharma, tetiba dia disuruh balik. Tetiba jugak, dia diberitahu yang dia akan mewarisi Keris Walasuri, keris warisan keluarga yang sangat hebat.
.

Dan dalam huru hara keserabutan tersebut, dengan Ariella yang tak nak keris tersebut, sepupunya Anika pula beria-ia nakkan keris itu, tetiba keris tersebut dicuri seseorang.
.

Dalam keterpaksaan, Ariella perlu mencari keris tersebut semula.
.

Pada masa yang sama, Ariella bertemu dengan seorang lelaki yang seperti seorang pendekar, berpakaian dan bercakap klasik.
.

Banyak la halangan yang Ariella tempuhi.
.

Dan juga banyak rahsia yang diketahuinya. Tentang identitinya dan juga tipu muslihat seseorang.
.

Buku ni fast paced. Bergenre fantasi.
.

oh ya, ni pun salah satu buku dalam siri Opal.
.

Yang aku suka bila part sejarah Walinong Sari diolah supaya bersesuaian dengan kisah ini. Memang best la bila tahu segala hubung kait sejarah dengan Ariella ni. Termasuklah kisah cucuk sanggul tu.
.

Tapi, watak Ariella ni statik je la sebenarnya. Sebab dari awal, dia memang dah hebat. Dan kombinasinya dengan Mateen tu nampak comel.
.

Watak lain yang best ialah Anika. Boleh nampak perasaan dia yang bersungguh berusaha untuk dapatkan keris tersebut. Dan rupanya dia ditipu. Bila sedar yang dia dikhianati, dia segera bertindak.
.

Overall best.
.

Cumanya aku tertanya-tanya, apa jadi dengan putera raja Mambang Segara tu? Sebab dia hilang kan? Lepas tu, Walinong Sari pergi cari dia kat kayangan dan akhirnya berkahwin dengan orang lain kan?
Profile Image for Nur Kaseh.
21 reviews1 follower
February 24, 2023
Mula baca novel ni terus disajikan dengan babak aksi yang menarik. Memang hook lah dan cerita ni agak laju juga. Untuk cerita yang ditulis oleh penulis perempuan, bagi aku babak aksi dalam buku ni sangat bagus.

Cuma kekurangannya bila penceritaan bergerak laju, tak sempat nak feeling sangat. Aku baru nak sedih Laksamana Kilat sakit, tiba2 dah kena lari kena kejar musuh. Baru nak feeling bercinta, eh tiba dah habis scene Areala dan Mateen ni. So rasa tak puaslah.

Apa yang aku suka novel ni, walaupun ada banyak watak, tapi setiap watak tu berjaya dikeluarkan dengan berjaya dan meninggalkan kesan untuk diingati.

Dari segi susunan plot pun kemas dan senang faham. Tapi aku rasa kalau cerita ni lebih panjang dan cuba balancekan phase dia mungkin akan jadi lebih baik.

Ending cerita ni bagi aku agak tiberrr. Hahaha... tahu-tahu saja dah tamat. Tapi okay lah. Happy ending.

Cuma aku tak pasti apa relevennya kena ada epilog Samuel tu. Adakah mungkin akan ada sekuel? Ke nak sambung siri OPAL?
Displaying 1 - 9 of 9 reviews