Jump to ratings and reviews
Rate this book

Putera Impian Mr. Swindler

Rate this book
Vie Alea punyai impian dan ciri-ciri tertentu untuk siapa yang mahu menjadi pasangannya. Sehinggalah dia bertemu dengan Zill Syakeeb yang menepati cita rasanya itu.

“You selamatkan I dua kali hari ni.” - Alea

“Selamatkan you berkali-kali pun I sudi, Alea.” - Zill

Dalam hebat dilamun cinta, seorang pemuja rahsia dari zaman belajar dahulu kembali muncul dalam hidup Alea. Bezanya dahulu dia hanya seorang lelaki biasa. Tapi sekarang bagaikan putera impian dara. Cuma persamaannya, perasaan si pemuja masih sama dan dia sentiasa menjadi penyelamat Alea di kala susah.

“Ya, ni akulah... Aiden. Takkan kau tak kenal aku lagi, Vie?” - Aiden

“Lainnya.” - Alea

“Maksud kau... aku dah kurus? Gemuk sangat ke aku dulu, Vie?” - Aiden

Sekali lagi Aiden terpaksa melupakan cintanya apabila si gadis pujaan sudah dilamar putera impiannya. Sehinggalah berlaku kejadian di mana Aiden kembali menjadi penyelamat Alea. Dalam keadaan terdesak, perkahwinan menjadi jalan penyelesaian. 

“Please... marry me, Aiden.” - Alea

“I’m right here for you.” - Aiden

Apa kejadian yang membuatkan Alea berubah fikiran? Antara cinta Zill dan keikhlasan Aiden, kedua-duanya ada halangan yang tidak dapat dileraikan. Lelaki ibarat putera impian dengan jelmaan kesateria, yang manakah bakal mengetuk hati Alea? 

 

438 pages, Paperback

First published September 1, 2022

Loading...
Loading...

About the author

Emmiyya

10 books12 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (11%)
4 stars
10 (55%)
3 stars
5 (27%)
2 stars
1 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Pink.
239 reviews23 followers
October 17, 2022
Tak guna punya Zill. Dasar sweet talker tahi! :D Aku tergelak dengan konflik novel ni. Macam tak pernah baca konflik gini kat novel. Kat dunia realiti selalu ah terbaca kisah orang. Hee. Oklah penulisan cik author. Keep it up.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
November 29, 2022
Buku ke 2 yang aku baca daripada penulis
.

Jujur kata, bab2 awal ni aku macam pebende la perangai Alea ni. High taste betul. Nak kahwin, tapi memilih. Nak pasangan kaya, nak majlis mewah. Tapi yelah kan. Nak kawen ni sekali seumur hidup. Mesti nak yang terbaik kan
.

Zill Syakeeb. Katanya seorang usahawan daripada Brunei. Bertemu dengan Alea di majlis perkahwinan kawan Alea. Dan dia telah menjadi penyelamat Alea 2 kali pd hari tu. Tuptup dorang jadi kawan n merancang untuk berkahwin. Tapi yg peliknya, Zill ni xnak expose pd orang yg mereka berhubung. Korang rasa kenapa?
.

Aiden. Kawan Alea time belajar. Mereka kembali bertemu setelah sekian lama Aiden melarikan diri drpd teman sebelajarnya. Bila Aiden bertemu Alea kembali, dia cuba untuk menawan hati Alea namun ditolak pabila Alea menyatakan bahawa dia bakal bernikah dgn Zill
.

Namun bila satu rahsia terbongkar, Alea nanar. Majlis pernikahan yg sepatutnya dijalankan lagi seminggu kucar kacir pabila pengantin lelaki hilang dr radar. Alea cuma ada Aiden. Nak dibatalkan majlis, pasti maruah ibu bapanya tercalar. Jadi bagaimana?
.

Satu yg korang kena tau, penulis ad masukan sedikit elemen thriller untuk menjadikan naskah ini lebih menarik di hujung2 cerita
.

Tapi kalau orang tanya aku, antara Putera Impian Mr. Swindler dan Sahmura Cinta, aku lagi sukakan vibe Sahmura cinta. Idk why. Apepon tahniah penulis. Btw cover naskah ini sangat cantik. Kombinasi warna dia tu menarik sangat
.
Profile Image for Mslvoe.
2,224 reviews224 followers
November 29, 2023
F dah agak Zill ni scammer. Dari awal baca pun dah boleh agak. Ada je alasan bila nak jumpa family. Sibuk sangat mengalahkan menteri.

Kalau takda Aiden, maruah Alea dan family Alea akan tercalar.

Silap Alea taknak beritahu perkara sebenar pada familynya.

Dengan perangai Raihan entah apa². Nie pun kisah tergantung. Bertunang, tapi ada scandal dengan orang lain. Tapi nak kahwin gan tunang. Bila tunang minta putus, mengamuk salahkan orang lain.

Boleh tak penulis tulis cerita sampai habis, jangan biarkan ada cliffhanger. Nak tahu jugak apa jadi kat Raihana. Kot²lah dah insaf and get back dengan abang Faizal 😁
Profile Image for Yan Haurashom.
140 reviews2 followers
May 21, 2026
Buku nie memang mengajar kita untuk berhati2 dalam bercinta…😨🥺

Rating: 🌟🌟🌟.8

Seorang wanita yang telah bertemu dengan putera impiannya. Mereka berjanji untuk nak hidup bahagia bersama2. Tapi, dalam masa yang sama, kehadiran kawan lama wanita, mula menimbulkan rasa kasih dalam hati wanita itu. Apabila masalah mula timbul disebabkan putera impian wanita itu, wanita itu mati akal untuk menyelesaikan masalahnya…😵‍💫😵 In the end, wanita itu propose something yang di luar akal kepada kawan lamanya itu. Adakah lelaki itu akan menerima usul di luar akal tersebut? 🤔 What happened to that putera impian? Apa masalah yang dia buat sehingga menjadikan hidup wanita itu kucar kacir? Of course, kalau nak tahu, kena lah baca buku nie…😎

ML - Alif Aiden / Aiden

Sedap sungguh nama ML nie…😍🥰 Bekerja sebagai seorang web developer. ML & FL adalah kawan ketika zaman belajar di universiti. Jatuh cinta dengan FL pada zaman belajar lagi…❤️💛💖 Anak ketiga dari 4 orang adik beradik.

“𝑨𝒌𝒖 𝒅𝒂𝒉 𝒍𝒂𝒎𝒂… 𝒋𝒂𝒕𝒖𝒉 𝒔𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒖, 𝑽𝒊𝒆.” 𝑨𝒊𝒅𝒆𝒏 𝒕𝒐 𝑽𝒊𝒆.

Aihh, bukan setakt FL jer yang cair, dengan kita yang membaca nie pun cair juga…🫠😍🥰

FL - Vie Alea / Alea / Vie

Bekerja sebagai PR and digital marketing. At the same time, merupakan seorang influencer di social media. Ada kawan baik bernama Belle. Anak bongsu dari 3 orang adik beradik.

Cerita ini bermula dengan FL yang menginginkan seorang suami yang boleh dikatakan perfect. Berasal dari luar negara, kaya, good looking, berbudi bahasa and everything nice. And she wants a really grand wedding as well. Memang impian tinggi melangit sungguh FL nie when it comes to her romance…🙄 So, bila dia berjumpa dengan boyfriend nya, semua ciri2 yang ada pada boyfriend nya tick all the criterias yang dia nak. Little did she know that her boyfriend tue seorang scammer berjaya…😤😩

Then, along the way, FL bertemu semula dengan ML. Dalam secara tak sedar, cara layanan prihatin ML nie memang slowly buat FL jatuh cinta padanya. Cuma, FL sedar, dia dah ada boyfriend scammer tue. And then, nak dekat majlis nikah, so boyfriend scammer nie mula buat perangai…🤬😡 Allah, part nie memang kesian sangat dekat FL. Serabut dia, Ya Allah, kita yang membacanya pun rasa nak masuk dalam buku tue, nak peluk2 FL. Masa nie memang FL dah mati kutu dah. Nasib baik lah ML datang membantu…🥰😍

What I love about this book, is the romance and the thriller. Kedua2 bahagian nie, bagi kita memang chef kiss…👨🏻‍🍳😘 The author definitely knows how to write a hot male character. Watak ML is not exactly a green flag pun, sebab dia dengan selambanya akan belasah orang, especially kalau orang tue ada buat salah dengan FL…🥲 Tapi, sikap protective ML nie yang membuatkan kita jatuh hati sangat dengan watak ML nie…🥰😍

Dalam buku nie, ada aksi berpegangan tangan, bersentuhan sebelum kahwin. So, if you’re not comfortable with that, then, mungkin boleh avoid baca buku nie. As much as I don’t exactly favour these type of romance, tapi, somehow, I ❤️💛💖 the moments / scenes when ML & FL are together. ML yang sudah sedia jatuh cinta dengan FL sebelum nie, he falls harder and harder setiap kali mereka berjumpa…😍🥰 Like, he had it really bad. Even bila FL gelak terbahak2 pun, bagi ML, itulah bunyi yang paling menawan pada telinga dia…😂 Ini memang jatuh cinta tersungkur terus dah nie…🤣

The thriller part of this book definitely got me thrilled. Memang psiko sungguh lah mamat scammer tue. Tahap berdendam dia memang menakutkan sungguh…😨😱 Kita memang applaud for this author, sebab berjaya menulis scene bagaimana seorang wanita yang agak berjaya, berjaya ditipu bulat2 oleh seorang scammer dengan baik. Bagaimana FL yang yang mempunyai senarai ciri2 suami impiannya, bertemu dengan mamat scammer, jatuh cinta dan ditipu bulat2…🥺😩 When it comes to love, memang selalunya orang akan pejam mata jer walaupun that person is a totally walking red flag…🚩 Memang betul lah ada pepatah yang mengatakan ‘𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑰𝒕𝒖 𝑩𝒖𝒕𝒂.’ Sebab bila dah pejam mata, buat tak nampak segala tanda2 amaran tue. To a point, sampai sanggup serah duit bagai without questioning anything…😨😢 Allah, semoga kita semua dilindungi dan dijauhi dari berjumpa dengan manusia2 lahanat macam nie…😓🥺 Memang padan muka mamat scammer tue kena belasah cukup2 dengan ML. Puas hati kita…😤🤬😡

Even though I love the romance & the thriller part of this book, kita masih rasa ada kekurangan dalam buku nie. Pertama, persahabatan di antara ML & FL. ML & FL dah berkawan since zaman universiti, then berpisah, tak contact, then berjumpa semula atas urusan kerja. Bagi kita, scenes ketika ML & FL belajar di universiti tue patut ada, sebab ada beberapa bahagian, seperti yang FL pernah dimalukan dan ML datang menolongnya, scene tue tidak diceritakan dalam buku nie…🧐🤔 And patut diadakan juga beberapa scenes yang ML sentiasa tolong FL ketika zaman belajar nie. At least, kita boleh lagi mendalami betapa rapatnya mereka dahulu. Dan boleh faham bagaimana ML sebenarnya jatuh cinta dengan FL pada zaman waktu belajar nie. On another excuse, I need those sweet moments waktu mereka belajar…🫣🤭 Mesti sweet tengok ML jatuh cinta dalam diam dekat FL…🥰😍

Kedua, relationship FL kakaknya, Raihan. Watak Raihan nie nak digambarkan sebagai kakak yang sentiasa tak puas hati dengan FL. Tapi, kenapa dia tak puas hati, apa yang dia dengki sangat, apa motif dia bertunang dengan orang lain, bercinta dengan orang lain, apa motif dia jadi kurang ajar dengan parents dia, part nie macam tak diolah dengan baik. Macam tiba2 watak Raihan nie muncul, lepas tue menghilang. Lepas tue muncul, gaduh2 dengan FL, lepas tue menghilang…😓🙄 Dah kenapa dengan Raihan nie? 😵‍💫😵 Kita nak meluat dengan perangai Raihan pun macam tak boleh. At least, kalau ada backstory untuk watak Raihan nie, mungkin kita akan lebih faham dengan watak Raihan nie. Walaupun diberitahu yang FL found out about Raihan’s secret, tapi, itu pun macam tak berapa kita faham sangat…🤔 In the end, tak tahu apa yang jadi pada Raihan. Dia hilang macam tue jer…😢 Kalau diolah dengan lebih mendalam, apa yang berlaku pada FL & Raihan nie, ia boleh jadi konflik kedua untuk cerita nie. Biar bertambah pening FL nak handle masalah boyfriend scammer + Raihan…🫣 Hahaha…😂😅

Penulisan author nie memang kita suka. Sedap dibaca…❤️💛💖 Kesalahan ejaan yang minimal. Ada beberapa ayat yang mempunyai kesalahan tatabahasa. Cuma, ia tidaklah mengganggu pembacaan. Overall, I did enjoy reading this book. Sedikit sebanyak, buku ini memberi pengajaran dan amaran untuk wanita2 di luar sana, jangan cepat percaya dan jatuh cinta pada lelaki2 yang too good to be true. Kena siasat betul2. Jangan cepat menyerah bodoh2 macam tue jer. When it comes to love, kena lah berhati2…✌🏻👌🏻

Apa2 pun, kalau you all sukakan romance yang ada sedikit thriller, then, definitely give this book a chance…👍🏻👏🏻 Untuk author, semoga diberi kelapangan masa, untuk terus berkarya. All the best, author…👍🏻👏🏻
Displaying 1 - 4 of 4 reviews