Kalau aku katakan semua orang dalam dunia ini hipokrit, adil tak? Aku rasa, semua manusia ada sisi buruk yang ingin mereka sorokkan dari orang lain, lebih-lebih lagi jika sudah memiliki reputasi yang sangat kukuh — termasuklah aku sendiri. Kedudukan seseorang di negara Windaman bergantung kepada reputasinya. Anda perlu memasuki sekolah yang bagus untuk menjamin kehidupan yang selesa. Itulah budaya yang sudah diterapkan kepada semua penduduknya, termasuklah Airis yang sejak kecil sudah bercita-cita untuk menjadi yang terbaik dalam semua segi. Tetapi ada rahsia yang Airis perlu sembunyikan dari semua orang. Rahsia yang, jika terbongkar, mungkin akan memusnahkan masa depannya. Sekiranya dia disingkir dari Kolej Windaman, dia pasti akan terlempar ke jalanan seperti pengemis yang selalu dilihatnya di kaca TV. Tapi selama mana dia mampu berlakon untuk menyembunyikan keburukannya sendiri?
Lawanya cover buku ni. Tahniah kepada team Fixi. Tahniah juga kepada adik Nurin Insyirah kerana berjaya menerbitkan buku ini pada usia 16 tahun.
Saya difahamkan Nurin menulis buku ni selama 4 bulan masa umur 15 tahun. Jadi tak hairanlah cerita ini adalah seputar dirinya - zaman persekolahan, pengetua, rakan sebaya, dan keluarga.
Gaya bahasa yang digunakan sangat baik, penceritaannya kemas dan teratur. Pandai penulis pancing pembaca dengan blurbnya - rahsia yang boleh merosakkan reputasi wataknya? Ok saya akui saya beli buku ni sebab nak tahu apa yang terjadi.
Cerita yang disampaikan tidaklah terlalu berat, dan rahsia yang disimpan tidaklah terlalu mind blowing. Ada banyak kaedah telling berbanding showing. Part awal agak lewah, tidak ada apa-apa yang menarik berlaku, menjadikan cerita itu lambat bergerak. Bila dah akhir baru terasa laju dan semakin menarik. Rupanya ada sambungan lagi untuk buku ini. Ok saya akan sabar menanti cerita seterusnya.
Saya doakan semoga adik Nurin diberi kekuatan menulis dan diberi ilham yang banyak. Pelbagaikan lagi genre bacaan dan boleh study cara penulisan plot yang berkesan. Selamat maju jaya!
Baru nak mengamuk, nasib baik hujung tu ada tulis 'Tamat Episod Satu'. Tergantung, tapi surely ada sambungannya. Kan? Pembacaan agak turun naik, ada beberapa plot yang bergerak agak perlahan dan berulang. Cuma aku harap sekurang-kurangnya ada satu plot besar diselesaikan dalam buku pertama ni terus. World building tak terlalu terperinci, cukup untuk bagi gambaran sahaja. Penulis berjaya buat aku rasa suka dan benci dengan perwatakan Airis - yes, dalam waktu yang sama! Dan tak semua keluarga bahagia tu benar-benar bahagia. Adakah reputasi segalanya?
REPUTASI karya @nurrinsyirrah merupakan novel terbitan Fixi yang pertama saya dapatkan. Tahniah kepada beliau atas kelahiran karya kedua ini selepas Aku, Memoir dan Rahsia.
Novel ini bercerita tentang seorang yang bernama Airis yang tinggal di negara Windaman. Di negara itu, kedudukan seseorang bergantung kepada reputasinya. Untuk menjamin kehidupan yang selesa, seseorang perlu memasuki sekolah yang bagus.
Watak Airis dalam karya ini dilihat mempunyai reputasi yang kukuh dan sentiasa cemerlang dalam pelajaran. Dan, saya bersetuju dengan kenyataan beliau yang mengatakan adakah semua orang dalam dunia ini hipokrit kerana sebaik mana pun kita tengok seseorang itu, tetap ada sisi buruk yang disembunyikan daripada orang lain termasuklah watak Airis ini sendiri.
Apa yang saya dapat melalui karya ini adalah kesilapan itu lumrah kehidupan. Ia perlu ada untuk membentuk sesuatu yang lebih baik berbanding sebelumnya. Daripada kesilapan itu, kita akan berusaha untuk mengelak perkara sama berulang lagi sekaligus menjadikan diri kita jauh lebih baik kerana telah dimatangkan oleh pengalaman yang dirasai.
Itu sahaja ulasan saya berkenaan karya ini. Sesungguhnya, lain orang lain cara mereka menilai, mengkaji dan menghadam sesuatu mesej yang cuba disampaikan dalam sesebuah karya.
Idea novel ni menarik sebenarnya. Aku suka part idea tu. World-building dalam ni not bad. Tapi daripada segi plot aku rasa macam 'lost' here and there. Belum lagi masuk part klimaks yang 'tiber'. Sayang sebenarnya sebab cerita ni ada potensi besar.
Dari segi penulisan aku kira tak ada masalah cuma tetap terasa mendatar. Awal cerita ni juga bermula agak perlahan sebab unsur 'spark' tu tiada. Kecuali masa ibu Airis tu kantoi ehem2. Aku rasa babak tu agak tegang tapi hmmm...
Apapun aku tetap tunggu sambungan buku ni. Semoga akan keluar nanti sbb aku perlukan jawapan pada beberapa persoalan yang belum terjawab. Apapun, all the best author. Improve mana yang patut. Insyaallah author boleh pergi jauh.
- Masa memula baca ni... Let's just say I had a culture shock learning about Windaman. - Conflict? HEAVY. - The amount of stress and frustrations I get while reading... I had to put it aside and take a break. - I would be lying if I say I weren't annoyed with Airis's behavior. - Despite it all, it was a great book. The writing was cool and I get the message that the author tried to slip in this book. Memang banyak pengajaran boleh ambil. - NO ONE TOLD ME THERE WOULD BE A SECOND BOOK TO THIS 😭😭 - I... Have... So... Many... Questions... - Love how author slipped Taylor Swift's references in here. 'A friend to all is a friend to none'. This one hit hard for me. - 4.5⭐️
I did not expect for this book to be written by a 15y/o teenager! Though storyline was a bit slow to me and I feel like there was too much unnecessary descriptions, i find the world-building amazing! Had my imagination running wild while reading. I also love the super realistic bits about online classes (it was published during the early years of the pandemic, no wonder!). Got this book from Aesop Women’s Library. This is the first time I read a Malay novel in YEARSSSS. Did not expect it to have a sequel. I might read the 2nd book tho :)
I’m not really interested in reading malay books, but I really like this one!! The storyline is enjoyable like it’s not too slow or too fast.. since it says “tamat episode satu” so I’m guessing there would be a second to be it..eventho i hate the mindset of the people in negara windaman but i guess those mindset works to make their country maju but for me it’s just too much… like izzat said fuck the system
Pengenalan ceritanya boleh pancing rasa curious aku tapi bila keluar cerita mak dia, pengetua, si dian, kak anne, kak anisah, buku magic secret recipe, lagi makcik saliha eh eh bapa dia, izzat & anisah. Aku rasa banyak sangat cerita pulak. Yang terbengkalai maybe sebab ada sambungan. Ceritanya okay. Laras bahasanya cantik. Penulis ni bawa watak airis dgn tough sekali. If kena kat aku, tak dapat aku nak survive dgn mcm tu punya toxic la punya lifeeee...go to go adek penulis...keep writingg....
Besttt. I habiskan baca dalam masa 2 jam. Rasa nak marahhhh sebab banyak persoalan yg masih belum terjawab. Tentang Mak cik Sulha, apa kaitan mak dia-anisah-anne, tentang muzium rahsia tuuuu. Nak tahu bentuk muzium tu sebab world building dah nice.
aku nak habiskan buku ni agak lama la. sebab aku rasa macam slow sangat jalan ceritnya. so aku jadi bosan. tapi bukan style aku baca buku tak habis. but still ya, boring.
Biasa aku baca buku FiXi, selalu nya memang tak akan memgecewakan sebab adanya penulis macam Shaz Johar,Syafiq Aizat dan Nadia Khan. tapi this book betul betul buat aku rasa kecewa.
First 10 pages pertama pun buat aku rasa macam "alàaa, apa ni " .. dengan pengucapan pengetua panjang berjela.. dengan ucapan si Pelajar contoh tu panjang berjela juga cuba untuk tunjuk yang dia tu budak pandai. kalau real life pun kita sebagai student pun ngantuk dengar ucapan pengetua yang "sepatah dua kata" tu, apa lagi lah bila kau baca buku.
In my opinion lah, aku tak nak komen lebih lebih sebab ni bukan buku aku, buku orang. tapi tu lah, jalan cerita tak berapa menarik dan sangat "skema" bagi aku kalau nak dibandingkan dengan buku FIXI yang lain.
Dan the ending nya, aku macam dapat agak sangat. erm predictable. macam aku cakap tadi, skema dan cliche. so sangat boleh predict. no plot twist. sorry but not sorry.