Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nuansa #2

Nuansa 2

Rate this book
Kes pembunuhan Anne, kes kemalangan kenderaan polis ketika memindahkan bahan bukti, kes kebakaran bilik operasi dan penangkapan Ace of Spade iaitu salah seorang Sinister Seven daripada Kumpulan Clan of Sinners hanyalah permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.

“Cukup Nuha, jangan. Jangan rendahkan diri kau sama dengan mereka. Biar undang-undang yang menghukum. Biar Allah yang mengadili.” – Ahmad Aqil.

“There won’t be another life but next time don’t fall in love with an international criminal like me.” – Tengku Nuha Zuhailin.

Mempercayai seseorang itu sama sahaja seperti menyerahkan pisau tajam kepadanya. Ia datang bersama harapan untuk dilindungi sepenuh hati atau risiko untuk ditikam tak mati. Tengku Nuha Zuhailin dan Inspektor Ahmad Aqil datang daripada dua sisi dunia yang kontra namun mereka mempunyai misi yang sama dengan motif yang berbeza iaitu menjatuhkan Clan of Sinners dengan apa cara sekalipun.

Sesungguhnya, cinta itu memerlukan pengorbanan. Tak akan wujud kebahagiaan tanpa perjuangan.

468 pages, Paperback

First published October 1, 2022

4 people are currently reading
82 people want to read

About the author

Nur Izzah Hani

13 books43 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
46 (69%)
4 stars
17 (25%)
3 stars
3 (4%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,042 reviews197 followers
October 29, 2022
Phewwww.. suatu kepuasan bila jumpa perkataan Tamat.

👏👏👏👏👍👍👍👍

Cam baca kisah Nancy Drew, Hardy Boy, Enid Blyton.. curious apa yang akan terjadi. Curious siapakah orangnya.

Sepanjang bacaan, F suka sikap parents Aqil. Sangat² terbuka dan relax je. Cara parents dia menerima Nuha wow salute la. Takda rasa langsung rasa kekok dengan layanan parents Aqil.

Hubungan antara Aqil dan Nuha takda la romantik.. no scene lovey-dovey tapi dari mata kasar kita depa berdua ni memang ada good chemistry.

Takda i love you, you love me. Jenis kayu ye arr. Hubungan mereka ibarat actions speak louder than words. Best! 💙💜
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
November 29, 2022
Nuansa 2 ni sequel kpd nuansa. Nuansa 2 penulis fokuskan bagaimana mereka menumpaskan Clan of Sinner dengan dibantu oleh Nuha
.

Kalau dalam Nuansa, pembabitan Nuha tanpa sedar dalam kumpulan Clan of Sinner. Tuptup diakhir kisah, terkantoi bahawa Nuha adalah Ace of Spade yang merupakan Sinister Seven dalam Clan of Sinner. Penangkapan Ace of Spade aka Nuha membantu Secret Intellegent untuk menumpaskan Clan of Sinner
.

Nuansa 2 ni, hubungan antara Aqil dan Nuha semakin akrab setelah mereka berkahwin. Namun kebahagian mereka perlu diketepikan demi operasi menumpaskan Clan of Sinner
.

Aku sukakan watak Nuha. Bagaimana dia try hard untuk berubah menjadi seorang isteri mithali buat Aqil disamping menjadi seorang islam yang sebenar2 Islam. Dan Aqil pulak, dia banyak membantu Nuha dalam mencari jalan Islam. Yang paling aku tabik adalah ibu bapa Aqil. Dorang boleh berlapang dada menerima Nuha sebagai menantu walaupon mereka tau yang Nuha adalah international criminal
.

Aku berasa puas dengan Nuansa 2. Sebab semua terlerai dengan tumpasnya Clan of Sinner. Dan paling menarik pengakhiran hidup seorang Tengku Nuha Zuhailin. Dia tidak lagi terkapai2. Dia tidak lagi berseorangan. Dia tidak lagi mengharapkan hidupnya berakhir. Dia mulai merasa nikmat kehidupan pabila adanya Aqil sekeluarga
.

Thumbs up penulis. Highly recommended
.
Profile Image for Aisyah Aziz.
49 reviews1 follower
April 17, 2023
ML: Ahmad Aqil
FL: Tengku Nuha Zuhailin

10000/5 🌟

Buku ni best sangat! Jalan cerita yang (sekali lagi dari penulis sama) tak bersimpang-siuh, straight to the point. Genre action-thriller. Kalau kita baca buku dari Kak Sara Aisha, jantung kita sampai penat sebab ikut merasai setiap aksi yang watak-watak tu buat. Tapi karya Nur Izzah Hani ni pula, betul buat kita macam tengok cerita CSI kat AXN tu 😂 more kepada penyiasatan yang sangat tak terkata hebatnya! Sangat bangga dengan penulis, yakin mesti beliu buat research yang banyak untuk setiap unsur dalam buku ini.

Dalam ni kita boleh belajar, permulaan kisah hidup kita tidak menjamin pengakhiran hayat kita. Bak kata Aqil kepada Nuha, Allah SWT bagi kita peluang untuk hidup pada esok hari adalah tak lain tak bukan untuk kita dekatkan lagi diri kita dengan-Nya.

Suka dengan watak Aqil ni. Dia tunjukkan kasih sayangnya melalui tindakan. Kata-katanya ada tapi hanya dapat difahami oleh Nuha seorang saja akan bunga-bunga ayat manis dia tu. Begitu juga dengan Nuha. Aqil ni memang green flag punya husband type tau. Dia bukan saja setia dengan negara dan keluarga, tapi sangat setia dengan Nuha, sehinggakan tidak akan membenarkan Nuha meneruskan misi menjatuhkan musuh seorang diri. Bagi Aqil, kau (Nuha) keutamaan aku, keselamatan kau akan aku dahulukan dengan izin-Nya.

Sepanjang pembacaan ni, banyak kali buku dihempas sebab diaorg ni sweet sangat (dengan cara sendiri). Tak perlu pun nak ucap ayat-ayat manis to each other. Kadang benda simple yang tak terduga pun, boleh buat kita tersenyum geli bahagia gitu 😂 Yang paling aku suka, Aqil selalu tarik Nuha masuk dalam dakapannya setiap kali mengesan riak wajak dan gerak tubuh Nuha yang berbeza dari biasanya. Dan Nuha akan bahagia dengan huluran itu dan tanpa segan silu, di situlah tempat dia melampiaskan air mata. Wehhhh ada satu part tu, Aqil lapkan hingus Nuha tu aku paling adore! 🥹😍
Profile Image for Fiqa Najwa.
66 reviews
December 8, 2022
Isterinya ❌
Kesayangannya ✅
Si cantiknya ✅
Si solehahnya ✅

😭✋🏻 plssss aku yg meng-blushing
Profile Image for HoneyGee.
146 reviews7 followers
January 2, 2023
4.5🌟

⚠️Resensi ini mungkin mengandungi bocoran

Buku kedua ni best sebab dah mula cerita konflik tentang Clan of Sinners. Flow dia smooth tentang macam mana Nuha sebagai Ace of Spade tiba-tiba boleh jadi heroin novel. Takkanlah hero di sisi yang baik akan berganding dengan heroin di pihak jahat, kan?

Ke-manis-an dua ketul ni.. Haih la, comel je. Tak over sangat. Takde babak over romantic. Takde babak eksplisit. Just nice.

Pada pandangan saya, kisah selepas konflik utama tamat, tak perlu disertakan. Sebab, kisahnya macam tetlalu asing dan tak beri kesan. Atau mungkin boleh dipisahkan jadi special chapter.

Dan, saya masih tidak faham logik di sebalik pemisahan buku I dan buku II sedangkan, buku satu tu kisah ringkas permulaan pertemuan Aqil dan Nuha, boleh je disatukan dalam buku II seperti bersatunya cinta kita (eh?)

Recommended untuk yang suka novel cinta-aksi-thriller (tapi cinta extra sikit). Tahniah kepada penulis di atas karya yang menghiburkan dan menjentik jiwa ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
6 reviews
June 1, 2024
buku nii tebal yee. tapi takpe sebab tebal pun still seronok baca. best gila. nuansa satu tu buku dia nipis je, sebab dia pun tak cerita banyak sangat dalam tu. tapi nuansa dua ni memang best. semua plot ada dekat sini
Profile Image for Nurul Aisyah.
24 reviews1 follower
December 9, 2022
sweet ✔️
motivation ✔️
action ✔️
mystery ✔️
thriller ✔️

serius best cerita ni . recommend sgt untuk baca . walaupun takde sweet yg melampau like physical touch or adegan sweet yg melampau tapi kemanisan watak aqil & nuha still terasa . mmg blushing wehh dgn ayat2 comforting dari aqil , irfan & hani yg supportive . aaaaa i love this story ❤️
1 review
January 21, 2023
Well it is not Izzah Hani if she did not made me fell in love with these two. Mostly it was about how Nuha find her freedom. Can i wish for Nuansa 3 with more cases and waiting when these two gotta change their “aku kau”.
Profile Image for Ryuukaysa.
37 reviews
November 19, 2022
Inspektor Ahnad Aqil lain macam ye🤣Penat betul dgn Nuha dgn Aqil ni, xnak kalah dgn IrfanHani eh?
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
September 27, 2024
Ace of Spade. Sinister Seven. Clan of Sinners. Siapa sangka si gadis penghantar makanan FoodKoala rupanya bukan sekadar penghantar makanan? Well, not me.

Tengku Nuha Zuhailin. Kisahnya terkubur sejak berumur sembilan tahun. Pengkhianatan yang dia terima membuatkan seorang Nuha menabur dendam. Clan of Sinners mesti jatuh di tangannya. Kuatnya seorang Tengku Nuha Zuhailin bertahun dia bertahan untuk mengaburi mata King, Queen dan juga Sinister Seven yang lain. Berpura-pura menerima apa yang mereka berikan pada dia walhal hatinya membuak-buak untuk menjatuhkan mereka. Oh my sweet Nuha, kesiannya awak. Nuha dalam Nuansa 2 sangat berbeza dengan Nuha dalam Nuansa. She appeared a little more broken than before. Ataupun because her mask had fallen the moment dia terima bantuan Inspektor Aqil dan SI untuk jatuhkan Clan of Sinners.

Dalam menjalankan misi untuk menjatuhkan Clan of Sinners, hubungan Aqil dan Nuha semakin rapat, especially setelah akad. Ya Allah comelnya lahai mereka dua ketul niii. Laki bini tapi macam member je. Ada ke patut pergi fist bump lepas lafaz akad? Orang lain punya la malu-malu nak salam aduhai. Aqil juga daripada seorang yang sejuk beku, dengan Nuha terus auto penyakat sejati. Ada saja idea dia nak mengenakan Nuha. But the protector in him still there for her. He listen to her, help her, be there for her, put faith on her like. Ahh, need a man like Ahmad Aqil.

Jalan cerita Nuansa 2 ni terbahagi kepada dua bahagian, first, misi menjatuhkan dan melenyapkan Clan of Sinners dan kedua Aqil dan Nuha selepas misi. Bahagian pertama, tak aku nafikan agak mendebarkan setiap kali mereka jalankan peringkat-peringkat misi. Lagi-lagi pabila nyawa Aqil sentiasa menjadi taruhan. Tapi babak pertama ni diseimbangkan dengan telatah Aqil dan Nuha setiap kali bersama. Ada saja yang digaduhkan. Penat tau menyengih tanpa sorang-sorang. Bahagian kedua pulak main emosi sikit. Iyala, dengan Nuha yang terpaksa dipisahkan daripada Aqil sebab dia merupakan salah seorang penjenayah antarabangsa dan walaupun dia dah banyak bagi maklumat dan bagi kemahiran dia, she still viewed as a threat. Sedih betul tengok si Aqil masa ni. Lonely sangat.

As much as aku ak habiskan novel ni, aku sedih jugak at the same time. How can I not when I fall deeply into these characters? Haih. Dilema sungguh la wei. Ni pun nak move on haih. Tak sabar nak reread siri ni balik semula hahaha.
Profile Image for path.
24 reviews1 follower
August 28, 2023
Terima kasih kak Izzah untuk naskhah yang sungguh bermanfaat ini.

Kisah Nuha yang mencari kebebasan yang menjerut hidupnya. Kisah Aqil yang mahu kebebasan daripada bayang-bayang abangnya. Dan kisah mereka yang sama-sama mencari reda Ilahi.

I suka isu-isu yang dikupas dalam cerita ni. Konflik antara adik-beradik. Mulut manusia. Penghijrahan. Menariklah bagi I.

Dari segi penulisan, macam biasa. Penulisan kak Izzah memang straight tak ada belok-belok. Dan sungguhpun begitu, saspensnya tetap terasa, misterinya tetap ada. Cuma satu perkara, iaitu persamaan dari segi semua karakter apabila berbicara. Semuanya hampir sama cara bercakap. Tapi emosi tetap sampai. So okay je.

Aqil dan Nuha ni sumpah comel gila Ya Allah. Tak ada ayat manis gudang gula tapi manis dia tu sampai ke hati kita rasa. Action speaks louder than words, kata orang. Lagi satu, suka cara Aqil dan Nuha cuba ada untuk masing-masing. Kita sukaaaaa <8

Ending cerita sungguh memuaskan. Jalan cerita pun memang menarik macam biasa ^^

bonus: Irfan dan Hanikuuuu! Mama ayah dengan fikiran yang terbuka.

p/s: Irfan is a part or Nir, kan? Hehe. Tak apa. Need not to know, katanya.
Profile Image for Garfu.
155 reviews2 followers
May 6, 2023
Aaaahhh i don’t know what to say but sangat best! Higly recommended
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.