Jump to ratings and reviews
Rate this book

Perjalanan Muhammad ﷺ Menuju Sempurna: Menelusuri Proses Yang Dilupakan Dalam Membentuk Peribadi

Rate this book
Kita semua mengimpikan keperibadian diri yang terbaik — namun tiada manusia yang mempunyai peribadi sempurna melainkan Nabi Muhammad SAW.

Baginda SAW menjadi lambang kesempurnaan manusia. Betapa tinggi empatinya, sempurna sabarnya, dan besar tawakalnya.

Akan tetapi peribadi Baginda SAW itu tidaklah tumbuh sekelip mata, bahkan bukan pula muncul secara magis. Kesempurnaan itu terbentuk melalui sebuah proses terperinci yang telah ditetapkan Allah SWT — proses yang perlu dilalui agar Baginda SAW menjadi manusia terbaik.

Persoalannya, mampukah manusia biasa seperti kita meneladani proses itu untuk turut menjadi peribadi yang terbaik?

Melalui buku ini, Khubaib Akhi menawarkan jalan praktikal dan sistematik untuk kita mencapai keperibadian seperti Nabi SAW melalui adunan wahyu berserta sains kemanusiaan yang dikaji. Mencapai kesempurnaan total adalah mustahil, tetapi melalui buku ini, kita ada jalan terbaik sebagaimana yang ditempuh oleh Baginda SAW.

308 pages, Paperback

First published October 1, 2022

11 people are currently reading
79 people want to read

About the author

Khubaib Akhi

4 books10 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
43 (82%)
4 stars
9 (17%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Safa Safwan.
99 reviews26 followers
December 21, 2022
Perjalanan Muhammad ﷺ Menuju Sempurna, @akhi_khubaib

Sejujurnya, buku ini tidak boleh ditamatkan bacaannya sekali lalu sahaja. Banyak hentian yang saya lalui dengan tempoh yang agak panjang. Saya menerawang, merefleksi sambil memikirkan realiti hari ini tentang jauhnya kita memaknai kewujudan sosok istimewa yang berkongsi sisi fizikal dan emosi manusia yang sama seperti kita bernama Muhammad ﷺ ini.

Terlalu banyak yang kita faham sekadar di tahap permukaan (surface) dan dari pembacaan buku inilah saya mulai faham di mana silapnya cara saya belajar dan faham tentang Nabi ﷺ yang kita amat sayangi ini.

Kita tidak mahu lagi berterusan kata ini sunnah, ini tidak sunnah, tanpa memaknainya.

Kita tidak cukup lagi sayang Nabi ﷺ jika kita hanya memperingati Baginda pada bulan Rabiul 'awwal sahaja setiap tahun. Itupun sekadar dengar kisah-kisah yang berulang dari ribuan kisah sahih yang kita masih belum perdengarkan 😔

Di sinilah lompong (gap) yang diisi dalam penyampaian isi utama buku ini bila penulis memberi penekanan kepada PROSES dan SISTEM serta fokus terhadap NILAI TERAS (core value) untuk kita telitikan semula sejauh mana kefahaman kita tentang ungkapan sayang Nabi ﷺ itu diaplikasikan.

Menurut penulis, beliau berhasrat membawa kita untuk menjadi seperti Nabi Muhammad ﷺ sebagai sebaik-baik manusia, bukan untuk kita menjadi seperti Nabi Muhammad ﷺ sebagai seorang nabi.

Santun sekali ajakan ini, dan saya mahu kalian yang lain membacakan reviu ini juga turut menyahutnya.

Banyak butir-butir mutiara yang saya garap dengan tekun dan penuh keinsafan sepanjang pembacaan. Dapatkanlah buku ini untuk kalian kongsikan inti patinya lebih-lebih lagi jika kalian sudah berkeluarga dan mahu mendidik pasangan dan anak-anak memaknai sunnah Nabi ﷺ dengan SISTEM dan PROSES yang betul seperti yang Nabi ﷺ ajarkan kepada para sahabatnya.
Profile Image for Syazwina Johari.
76 reviews10 followers
November 27, 2022
“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.” - Hadis Riwayat Ahmad

Sebagaimana ayat yang tertera di atas, Nabi SAW diutuskan untuk menjadi tauladan yang baik untuk kita contohi dari segenap aspek kehidupan. Dan Imam Al-Ghazali pernah mentakrifkan akhlak sebagai suatu perbuatan spontan tanpa memerlukan perhitungan akal.

Jadi, bagaimanakah Baginda SAW mampu untuk memberikan reaksi spontan yang baik dalam masa milisaat sahaja lebih-lebih lagi tanpa sebarang keraguan mahupun saat berhadapan dengan ujian?

Jujur kata, nak bersedekah pada orang jalanan pun hati saya ini penuh dengan keraguan yang membuktikan “akhlak” diri saya masih belum cukup baik kerana perbuatan baik itu tidak dilakukan secara spontan.

“Orang ini scam macam mana?”
“Kalau sedekah ni, risau tak cukup pula duit belanja aku.”
Dan banyak lagi rintihan hati yang melalui proses akal dan bukan secara spontan. Belum lagi saat berdepan dengan orang yang biadap, akhlak sendiri pun hilang entah ke mana sedangkan Baginda SAW masih berakhlak tinggi biarpun di baling najis dan di campakkan dengan isi perut unta yang membusuk.

Habistu, bagaimana kita nak perbaiki akhlak kita agar dapat mencapai kesempurnaan akhlak seperti Baginda SAW? Supaya kita mampu berbuat baik dan bersangka baik tanpa perhitungan akal itu?

Itulah apa yang dijelaskan dalam buku ini iaitu proses untuk menggapai kesempurnaan akhlak yang diterokai dan dianalisis dari sudut sains dan praktikal agar dapat kita contohi.

Hal ini kerana, kenapa Nabi SAW juga mengambil masa 40 tahun untuk menerima wahyu, kenapa tak terus jadi rasul waktu baginda SAW kecil? Kerana sepanjang itu memerlukan proses untuk menjadikan baginda SAW benar-benar bersedia untuk menjadi seorang rasul, penyampai wahyu.

Buku ini membolehkan kita memahami proses berkenaan. Maka, saya sangat sarankan untuk di baca buku ini.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
November 28, 2022
Buku yang sangat bagus untuk dibaca. Lebih2 lagi bagi sesiapa yang yang ingin perbaiki akhlaknya (ofkos lah kan?haha), belajar sirah nabi dan para sahabat serta belajar sedikit tadabbur Al-quran.

Terbahagi kepada 3 bahagian yang diawali dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup. Bahagian pertama ialah Peta Strategik Sunnah. Mengapa nabi diangkat menjadi rasul ketika berumur 40 tahun dan adakah ia bermula daripada situ atau awal lagi sehingga akhlaknya disebut Al-quran oleh sayyidatina Aisyah?

Bahagian kedua ialah Asas-asas Seorang Nabi yang diambil daripada segi akidah, ibadah, qiraah dan biah. Bahagian ni saya paling seronok membacanya. Seakan segala rujukan dan persoalan untuk berakhlak mulia sudah ada jawapannya. Sungguh, Islam itu indah.

Bahagian ketika ialah Akhlak Sebagai Nilai Teras. Bahagian ini saya kurang rasa umphhh sebab untuk satu2 bab (nilai), kadang penulis masukkan banyak cerita. Dari perenggan ke perenggan lain. Bagi saya, 1, 2 cerita dah cukup asalkan apa yang kita cari dan mahukan sudah cukup dijelaskan. Terfikir juga, kenapa penulis ambil 7 nilai ini? Adakah 7 nilai ini paling memberi kesan dalam hidup kita? Atau 7 nilai ini kebiasaan kita tersungkur dan lalai?

Akhir skali, bagi saya buku ni sangat sesuai untuk dibaca dan diulang baca supaya kita tidak terlupa. Buku ini agak berat juga bagi saya yang lepasan sekolah agama dan minat dalam pelajaran agama. Huhu. Tapi sebab ada bagi terjemahan bahasa Inggeris ia berta,bah menarik. Tahniah kepada penulis. Moga kita semua dapat mencontohi akhlak nabi.

p/s :Paling suka buku iman sebab pereka letak dan tulisannya sangat sedap untuk dibaca.
Profile Image for Irfan Muhaimin.
93 reviews3 followers
January 5, 2023
Pada pandangan aku, buku ini kemungkinan sequel kepada buku Nabi Juga seorang Manusia. Penulis membawa kita memahami manusia ini ada prosesnya tersendiri untuk menjadi seseorang. Kita pada hari ini adalah proses dengan membawa kisah para Nabi terutama Nabi Muhammad. Kita perlukan proses untuk melatakkan akhlak dan nilai dalam diri. Al Quran bukan sekadar dibaca tetapi perlu difahami kerana itu sebab kenapa Quran diturunkan. Membaca buku yang berkaitan dengan Al Quran juga mampu membantu kita memahami lebih intipati sebenar dalam Al Quran. Penulis ada melakarkan satu kotak bentuk rumah proses tersebut. Asas utama merupakan lapisan pertama ialah Akidah, Ibadah, Qiraah dan Biah dan Lapisan kedua adalah Akhlak merangkumi Rendah diri, empati, bertumbuh, sabar, tekun, bercita cita tinggi dan Percaya. Dua dua lapisan ini mampu diproses oleh kita semua. Manakala puncak iaitu tidak dicapai oleh kita adalah menjadi nabi. Ini menjelaskan lagi tingkah laku kita ialah faktor sekeliling dengan siapa kita bergaul, habit apa kita lakukan. Semua itu berkait rapat dengan reflek “subconscious mind” tersendiri.
Profile Image for Shafiqahsamin.
207 reviews4 followers
April 5, 2025
Buku yang memetakan strategi macam mana kita nak ikut sunnah Rasulullah SAW, tapi bukan yang tipikal kita selalu baca and diberitahu. Bukan yang direct bagitau pakai celak, jubah putih, makan kurma, kawin ramai, solat malam. Walaupun salah satunya memang disenaraikan jugak beribadah seperti Nabi SAW, banyak lagi perkara lain yang kita boleh ikut, ikut kemampuan sebagai rakyat marhaen yang iman senipis kulit bawang ni.

Seronok baca. Especially bab Akhlak seperti Nabi SAW yang ramai orang fail. Semua pakat ikut bab Ibadah seperti Nabi SAW sampai lupa yang tak kurang penting, AKHLAK. Indahnya Akhlak Rasulullah SAW dengan sahabat². Malu aku yang membaca. Tapi siapa tak tau kan? Dah tau pun buat2 tak tau lagi masalahnya.
Profile Image for h.
42 reviews
April 3, 2023
“Menelusuri Proses yang Dilupakan dalam Membentuk Peribadi.”

Untuk membentuk peribadi itu bukan hari ini kita ubah diri, esoknya kita menjadi manusia yang memenuhi kriteria ‘sempurna’. Bukannya hari ini kita memberi input, dan esoknya kita nampak hasil output tersebut. Kita perlu jalani proses untuk tumbuh. Sedangkan model rekabentuk pun memerlukan masa untuk berdiri di atas pasak ‘styrofoam’, inikan lagi manusia. Salah satu cara untuk kita faham jalan proses tersebut adalah daripada kisah manusia terbaik yang paling kita sayangi dan kekasih Allah yang paling tercinta iaitu, Muhammad SAW.

Mengapa Allah SWT mengangkat Nabi Muhammad SAW sebagai rasul ketika umur Baginda 40 tahun? Kenapa tidak pada ketika umur Baginda muda? Apa signifikannya peristiwa tersebut? Kalau Nabi Muhammad SAW ditabal menjadi rasul ketika umur Baginda muda maka proses atau pengalaman hidup Baginda begitu sedikit untuk kita teladani tetapi apabila Baginda sudah menjangkau usia yang dikatakan matang, banyak perkara kita boleh belajar daripada Baginda. Seperti saya ungkapkan di awal kata, membentuk peribadi bukan hari ini buat esok jadi. Baginda SAW pun memerlukan masa untuk membentuk dirinya. Allah SWT memberikan ujian kepada Baginda SAW juga untuk membentuk peribadinya. Anak kecil adalah kain putih yang perlu dicorakkan. Orang sekeliling dan pengalaman yang juga berpengaruh dalam mencorak kain tersebut sama ada ia menghasilkan corak yang cantik (akhlak baik) atau yang buruk (akhlak buruk). Buku ini merungkai bagaimana proses tersebut ditelusuri yang menjadikan Nabi Muhammad SAW sebaik-baik teladan bagi umatnya.
1 review
June 3, 2024
Mengapa perlu buat sunnah Rasulullah?
Bagaimana nak teladani sifat-sifat Baginda SAW?
Mengapa Baginda s.a.w dilantik menjadi Rasul sewaktu umur 40 tahun?
Bagaimana sifat-sifat Baginda boleh membuat para sahabat yakin dan percaya Baginda?

Dan...
Apakah modal kita sebagai umat Baginda SAW nak bawa nanti di akhirat? Sedangkan Baginda rindukan saudara yang belum pernah jumpa (kita sekarang).
Profile Image for Hasliza Rajab.
172 reviews8 followers
December 2, 2023
Buku-buku yang berbicara tentang akhlaq ini tidak akan pernah jemu dibaca, terutamanya buku yang berbicara dengan lebih dekay tentang susuk diri seorang Nabi, manusia yang diamanahkan oleh Allah untuk memimpin ummatnya. Dengan menunjukkan keperibadian yang dikagumi sahabat dan lawan.

Hikmahnya Allah melantik pemimpin dalam kalangan manusia adalah kerana ianya dapat dijadikan sandaran can contoh terdekat dan dapat dipraktikkan tanpa sebarang alasan. Bagaimana ingin beribadah seperti Nabi? Bagaimana ingin mendidik anak seperti Nabi? Bagaimana ingin melayan keluarga seperti Nabi? Dan pelbagai lagi persoalan kehidupan yang begitu dekat dengan kehidupan kita....semuanya ditunjukkan dan dipraktikkan oleh Nabi SAW.

"Kita semua masih seorang manusia. Nabi SAW juga seorang manusia. Sahabat Baginda SAW juga manusia. Ketika kita melihat 'hasil' pendakian mereka, jangan dilupakan 'proses' pendakiannya. untuk mendaki setinggi itu, para sahabat memerlukan prosesnya".

Ia, kita manusia...tanpa sedar kita beranggapan bahawa Nabi SAW itu luar biasa, sedangkan kita tidak pernah mengambil tahu PROSESnya untuk menjadi luar biasa itu, besar dugaannya. Sanggupkan kita menjadi yatim sedari kecil? Sanggupkah kita didakap oleh Jibril hanya kerana kita tidak tahu membaca? Sanggupkah kita dibaling batu oleh jiran-jiran kita? Apa perasaan kita apabila kita diancam dan diugut dengan pembunuhan? Masih tegarkah untuk tetap berdiri dan menghadapinya dengan tenang?

Proses inilah yang dibincangkan di dalam buku ini, bagaimana Nabi SAW dan para sahabat menghadapi segalanya dengan AKHLAQ yang mulia. Supaya ianya dapat menjadi contoh buat manusia selepasnya.
Profile Image for asmaatj_.
36 reviews
June 14, 2024
Membaca karangan ini membawa kita menelusuri sisi-sisi kehidupan Nabi s.a.w. dan para As-Saabiqun Al-Awwalun yang penuh dengan keperitan dan kesusahan yang melayakkan sebaik-baik ganjaran dari-Nya. Sangat menginsafkan dan membawa pembaca untuk refleksi diri sedalam-dalamnya tentang ketahanan diri (“resilience”) dalam melalui setiap proses yang Dia telah susunkan dalam hidup menuju Dia, sebagai pembuktian ketundukan hati kepada Dia Yang Satu. Will definitely re-read this book again.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.