Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aku Terima Nikahnya #2

Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga

Rate this book

324 pages, Paperback

First published January 1, 2009

20 people are currently reading
308 people want to read

About the author

Hasrizal Abdul Jamil

26 books877 followers
Hasrizal holds a Bachelor of Sharia (Honours) from Mu’tah University, Jordan (2001). He is the Director of Education at Khalifah Education Foundation which operates Khalifah Model Schools in Malaysia. An educator and learning designer, blogger, and author, advocate children-centered learning, parenting, and domestic policy.

Hasrizal succeeded in bookwriting after his AKU TERIMA NIKAHNYA (2008) became one of the National Best Sellers. He proceeded with many more books, such as BERCINTA SAMPAI KE SYURGA (2009), MURABBI CINTA (2010), RINDU BAU POHON TIN (2009), SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH (2010), TRANSFORMASI RAMADAN (2011), EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA – Trilogy (2012), DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU (2012), ERTI HIDUP PADA MEMBERI (2013), TAK KENAL MAKA TAK CINTA (2014), MENALAR MAKNA DIRI: KEMBARA MENJEJAK IMAM BIRGIVI (2014), SETIA DENGAN KEBENARAN (2017), REVIVING THE SPIRIT OF RAMADAN: BEYOND DO'S AND DON'TS (2017), HIKMAH & KARAKTER (2018), JALAN SEHALA (2019), RISALAH #MALAYSIA MEMBACA (2019 co-author), SENI BERFIKIR YANG HILANG (2020), TRANSFORMASI RAMADAN 2.0 (2020), DIARI ABAH (2020), MÄ OON RIZAL (2020), ERTI BERAGAMA YANG HILANG (2021), MENULIS DARI HATI BIAR SAMPAI KE HATI (2021), KAMAR-KAMAR BUDI (2021), KEMBARA MENALAR DIRI: LEGASI IMAM BIRGIVI (2021), SISI BERAKHLAK YANG HILANG (2022), BERAGAMA YANG KEHILANGAN TUHAN (2023) and PEDAGOGI RAMADAN (2023)

Hasrizal lives in the Republic of Ireland.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
241 (48%)
4 stars
182 (36%)
3 stars
68 (13%)
2 stars
7 (1%)
1 star
3 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 41 reviews
Profile Image for Ummu Auni.
663 reviews
September 11, 2011
Kesinambungan dari buku Aku Terima Nikahnya, saya rasa puas membaca buku ini walaupun himpunan artikelnya datang dari blog Saiful Islam. Seolah satu nikmat, salahkah kalau saya nyatakan buku ini WAJIB dimiliki oleh sesiapa sahaja sama ada belum berkahwin ataupun sudah berkahwin? Seputar tajuknya, buku Ustaz Hasrizal ini banyak menyentuh tentang hal-hal rumahtangga, tarbiyyah hati, cara-cara untuk menjadi mukmin yang lebih baik. Mungkin ada orang bertanya, "Ah, balik-balik isu CINTA?" Tetapi isu itulah sebenarnya yang sentiasa berlegar di fikiran kita, across the board.

Saya terkesan dengan beberapa artikel menarik seperti Kamu Sentiasa Layak Diuji dan Mehnah Kepada Mawaddah dan Rahmah. Membacanya banyak muhasabah diri, dan seperti Allah berkata kepada saya, yang tinggi darjat imannya lebih banyak diuji. Sesekali terusik perasaan, sesekali menangis, sesekali tersenyum - begitu banyak emosi yang lampir.
Profile Image for Fariz Danial.
21 reviews15 followers
May 28, 2011
"Remaja yang kahwin awal akan menyebabkan otak menjadi lembab"

Haa.. mengapa? kalau nak tau sila baca eh..

Saya recommended kan buku ini kepada remaja2 yang 'mabuk bercinta' dan tak sabo2 nak kawin.

1 tajuk yang menarik dan memberi satu dorongan kepada remaja/bakal pasangan supaya membuat matlamat sama2 bercinta biarlah sampai ke Syurga, bukannya setakat bercinta sehingga mati sahaja tanpa mengharapkan rumah tangga masuk syurga sama2.

Namun isinya tak lah sejiwang yang disangka, buku ini seharusnya dibaca oleh semua golongan, sama ada remaja, bakal pengantin mahupun pasangan suami isteri.


1/6 daripada buku ini mengenai peranan sebagai anak
1/6 daripada buku ini mengenai cara2 mencari pasangan yang baik dan betul

selebihnya tentang kehidupan, hal2 rumah tangga, tarbiyah hati dan cara2 untuk menjadi mukmin yang baik.

Buku ini memberi kesedaran kepada remaja yang ingin berkahwin tentang tanggung jawab dan cabaran yang bakal dihadapi, bukannya setakat cinta semata2.
Profile Image for SORA.
183 reviews7 followers
January 31, 2023
Sambungan daripada buku Aku Terima Nikahnya.

Buku ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya pandangan kehidupan, praperkahwinan, keibubapaan dan kembara mawaddah dan rahmah.

Di salah satu subtopik (bahagian: pandangan kehidupan), aku tertarik dengan analogi ustaz tentang menjadi suami dan ayah ibarat menjadi imam kepada makmumnya.

Isu berkahwin muda (kahwin semasa belajar) turut dikongsi pandangan oleh ustaz.

🏷️ Jangan tergesa-gesa, jangan bertangguh-tangguh. Berkahwin jangan kerana terikut-ikut.
Taklid buta dalam beragama mengundang binasa, taklid buta dalam berumah tangga juga mengundang bencana--halaman 75.


Sama seperti buku sebelumnya isu-isu yang dimuatkan dalam buku ini masih lagi relevan dan cukup tajam dalam menanggapi realiti sebenar yang ada.


🏷️ Wahai insan yang mabuk cinta, siasatlah benang yang menyulam kasihmu. Apakah ia sebuah takwa atau cinta buta yang tidak berpijak di bumi nyata? Sesungguhnya cinta yang tidak bersendikan takwa ialah cinta yang berakhir dengan permusuhan. Jika tidak di neraka dunia, pastinya neraka abadi di alam sana--halaman 323.

💥 Terbuka pemikiran apabila membaca buku ini kerana bukan perihal cinta semata-mata yang disentuh tetapi lebih kepada realiti dalam berumah tangga.
Profile Image for Dieyana Ayuni.
93 reviews15 followers
November 11, 2022
Takut pulak bila baca kat masyhar nanti dua orang yang bercinta akan jadi musuh dengan permusuhan yang tak mampu ditolong. Aaaa tidak! Tapi untung jugalah aku baca buku ni. Peringatan untuk tidak kufur nikmat berumahtangga, merendahkan pengorbanan suami dan sebagainya. Terima Kasih Ustaz Hasrizal dan team Jejak Tarbiah kerana produced balik buku ini dengan cover yang lebih menarik. Hehe.
Profile Image for Siti Maryam Lukman.
7 reviews8 followers
June 12, 2013
Jika yang disuruh pilih, ukurannya adalah harta, maka HARTA itu MUDAH DIKIRA.
Jika yang disuruh pilih, hitungannya adalah RUPA, maka RUPA YANG TIDAK LUPUT DINILAI MATA.
Andai yang disuruh pilih, ketentuannya adalah keturunan, maka KETURUNAN ITU SUDAH JELAS DI KETENTUAN.
Akhirnya yang disuruh pilih itu, adalah pada yang BERAGAMA. Sedangkan AGAMA ITU SULIT SEKALI MAHU DIUKUR.
"Sesuatu yang tidak boleh diukur itu, sulit sekali untuk mengurusnya." - Peter F.Drucker

Sesungguhnya, setiap apa yang ditentukan Allah dan Nabi dalam hal perkahwinan, ada hikmahnya. Seperti agama, yang sukar kita katakan, bagaimana dikatakan seseorang itu beragama? Adakah pada PAKAIANnya, SOLATnya, ILMUnya, BAKATnya, USRAHnya, atau apa?
Permulaan yang baik, bukanlah suatu JAMINAN. Ia hanya PERMULAAN.

Saya boleh simpulkan buku ini lebih serius berbanding Aku Terima Nikahnya(yang first) kerana buku kali ini byk mengetengahkan sesuatu yang bakal dihadapi semasa perkahwinan. How we deal with the quiet husband, di masa perkahwinan, banyak kebarangkalian yang boleh berlaku. Adakah kita dah bersedia dengan semua itu? Isteri yang mahukan cinta 100% dari suaminya sendiri, isu poligami kerana superiority dan lain lain lagi.

It's a good book really. Dan saya suka quote ustaz Hasrizal bila membaca ayat "Buku AKU TERIMA NIKAHNYA itu bukan BUKU CINTA. Ia buku tentang kehidupan. Cinta pula adalah manfaat daripada menghayati makna kehidupan. Kita sentiasa berada dalam lingkungan cinta, cinta antara ibu bapa dan anak, suami dan isteri, malah hubungan kita dengan Rasulullah S.A.W juga diungkap sebagai cinta."
Profile Image for Akmal A..
172 reviews9 followers
September 28, 2012
bagi aku buku ni sangat membantu aku untuk mencari pasangan atas dasar taqwa, kerana itu yang dituntut di dalam Islam [Al-Dzukhruf:67] Bercinta itu memang indah, tapi indahnya itu mungkin akan hilang jika kita tidak bersedia menghadapi tanggungjawab yang lebih besar semasa berkahwin nnt. Tahniah dan terima kasih Ust. Hasrizal, kerana penulisan ini amat berguna sebagai panduan atau peringatan untuk mengejar cita-cita Baitul Jannati. Jazakallah khair
Profile Image for Sabrina Lye .
12 reviews
August 27, 2010
Untungnya membaca, ialah kita dapat mengambil iktibar tanpa perlu melalui kisah hidup tersebut.Buku ini ditulis dengan bergaya sekali, rugi tak membaca nya!! Kagum dengan kurniaan Allah kepada penulis, dia berjaya menyelami hati pembaca, make this as your wishlist book-to-read!
Profile Image for Norain.
361 reviews25 followers
October 22, 2015
Tajuknya boleh membuatkan ibu-ibu mengangkat kening dan ayah-ayah bertanya “Nak bapak carikan calon ke nak?” tapi isinya tidaklah ‘sejiwang’ yang disangkakan. Lebih banyak membincangkan hal selepas perkahwinan dan kekeluargaan. Kau ingat kau dah cukup sedia nak kahwin ke?
Profile Image for Ashila Hanim.
37 reviews
August 4, 2023
Book review.

Title: Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai ke Syurga
Author: Hasrizal Abdul Jamil
Date started: 3rd August 2023
Date finished: 4th August 2023

WHY I READ THIS BOOK?

I was introduced with the Aku Terima Nikahnya series by my fellow coworker, when I mentioned to her repetitively that I wanted to be in love and to get married. She said to me, the reality is not as sugary sweet or fantastically portrayed like in the movies, dramas or novels. I, of course acknowledge the harsh truth but deep down inside, I still wanted to fall in love.

HOW THIS BOOK ACTUALLY HELPS ME?

This book does not promise you smooth journey and happy ending tips in marriage nor does it encourage young people to marry early. However, it does lay out plan and precautions, marriage and parenting tips told in real life scenarios accompanied by Quran verses and hadiths.

This book helps broaden one's perspective about marriage, to know one's roles and responsibilities. The author mentioned that, in words that I understood, the marriage is a fortress in which respective army should learn how to defend it from any attack and instead of running from the battlefield, the general, which in this case, the husbands, should navigate the soldiers and plan a strategy in order to win (to reach an eternity worthy of marriage).

HOW DO I FEEL?

I do not know how to describe my feelings before, during and after reading this book.

Before: I was eager to get married.

During: I wonder what makes me so eager to get married before but the excitement is still there, only the flame was subdued to a certain degree.

After: I acknowledge that I too is just a normal human being, prone to make mistakes and I am glad to actually read this book though I have one sceptical thought; 'you are still young, why you should know about marriages and relationship?'
Profile Image for books.bintulu.
259 reviews6 followers
September 27, 2021
September 2021: Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga

Sekali lagi, tulisan UHAJ yang sangat bermanfaat untuk saya. Buku ini terbahagi kepada 4 bahagian dan yang paling memberi kesan, bahagian 3 dan 4.

Bab ketiga, topik ‘Keibubapaan’ sangat berharga bagi saya terutamanya bab Televisyen Manusia Mukallaf. Saya suka peringatan daripada penulis tentang televisyen yang dikawal oleh ibu bapa; “Ia bukan untuk mengawal untuk mengongkong. Ia adalah kawalan untuk melatih membuat keputusan dan pilihan”. Rasanya perkara yang sama masih relevan untuk dipraktikkan bagi segala gajet dan aplikasi yang ada pada hari ini.

Pernah tak anda mendengar benchmark 1 atau 2 tahun sebagai tempoh survival sesebuah perkahwinan? Mungkin betul, mungkin mitos, tetapi pada pendapat saya, sesebuah perkahwinan itu bisa diuji bila-bila masa. Panduan bagi melayari rumah tangga ini boleh dibaca dalam bahagian keempat buku ini ‘Kembara Mawaddah dan Rahmah’. Terutamanya peringatan tentang kufr al-‘asheer di mana isteri tidak menghargai ihsan suami.

Jika ada peluang, teringin nak menonton 2 filem yang disebut dalam buku ini, The Good Son dan Rails and Ties.

Saya ingin cadangkan buku ini untuk pasangan yang baru menikah, ataupun sekiranya telah melepasi berapa tahun survival benchmark sekalipun, baik suami atau isteri, turut sesuai membaca buku ini.

“Sebenarnya, jika kita percaya qadak dan qadar Allah, maka akhirnya tiada yang negatif kerana setiap satu kejadian, datang dengan hikmah dan pelajaran” ms 106
Profile Image for Hasliza Rajab.
170 reviews8 followers
February 24, 2024
Setelah selesai dengan kembara Aku Terima Nikahnya, Ustaz Hasrizal menyambung kisahnya dengan sekuelnya iaitu Bercinta Sampai ke Syurga.

Mesej-mesej yang ingin disampaikan adalah kesinambungan daripada kisah Aku Terima Nikahnya. Berkisarkan tentang pemilihan jodoh, pra perkahwinan, hubungan suami isteri, kaedah membentuk dan mendidik anak-anak dan meyantuni ibubapa.

"Rumah tangga itu ialah cermin untuk melihat ummah".

Ya, lihat masyarakat kita sekarang. Lihat keadaan ummah. Lihat anak-anak remaja kita. Di mana mereka? Di mana tahap pendidikan mereka? Di mana tahap kesantunan mereka? Di mana tahap agama mereka?

Kerjaya sebagai seorang guru mendekatkan diri saya dengan masyarakat. Bukan hanya setakat mendidik anak, bahkan segala perkara yang berlaku di sekeliling mereka juga perlu diambil tahu, supaya kita tahu latar belakang seorang anak yang akan dididik. Bagaimana keluarganya? Apa pekerjaan ibubapa? Kenapa kerja rumah tidak dapat disiapkan? Kenapa murid tak solat Subuh? Soalan-soalan yang ditanya setiap hari kepada murid, menggambarkan gaya hidup anak itu dibesarkan.

Terlalu banyak realiti hidup yang perlu dihadam, secara tidak langsung menggambarkan keadaan ummah kini, yang kita juga sudah sedia maklum.

Di mana ianya perlu bermula?

Di rumah!

Iaitu bermula dengan hubungan suami isteri, kemudian berkembang kepada hubungan ibu dan ayah. Tugas, peranan, dan hak yang perlu dilunaskan. Perkahwinan itu terbina bukan hanya atas dasar CINTA semata-mata.

"Terimalah rumah tangga sebagai sebuah medan perjuangan".

4 reviews1 follower
June 30, 2024
*Bercinta sampai ke syurga*

Rate: 9/10

Buku kedua sambungan buku "Aku Terima Nikahnya" by Hasrizal Abdul Jamil, yg sebelum ni saya review warna merah tu. Mula² baca tajuk buku ni pikir berkaitan cara nak maintain kan kasih sayang dlm kehidupan berumah tangga sahaja, but it turns out, penulis mengcabangkan "cinta sampau syurga" ni pada byk aspek. For example, mula² dia terangkn pasal konsep the concept of sayang/cinta dalam kehidupan in general aspect, such as, maaf tanpa syarat, ujian, erti kejayaan diri and so on. Then, pasal fasa praperkahwinan, macam mana nk deal dgn perasaan yg hadir sebelum menikah and also ada pasal parenting, mcm mana nk bagi anak sayang dkt parents dia dgn kasih sayang yg utuh, bermula dgn paksi ajaran aqidah dulu. And lastly, pasal kembara mawaddah dan rahmah dlm rumah tangga. Dkt part last ni best, sbb dia ajar gak perlunya perasaan cinta itu wujud sebelum berumah tangga, sbb byk kes cerai dari klgn org beragama yg berkahwin tanpa hanya disbbkn tanggungjawab, maka wujudlah rumah tangga yg sekadar tanggungjawab tanpa cinta, yg lama kelamaan, rumah tangga tu hambar, dtg org ketiga, then terpisah. Penulis juga menceritakan kebanyakan scenario yg mengenai pasangan yg bercerai yg perlu kita tahu dan elak. At last point, penulis menerangkan yg pasangan kita adalah amanah kita utk hidup dlm keadaan berkasih sayang dan perlunya mengetahui dimana letaknya Cinta Seratus Peratus yg membawa kpd Bercinta Sampai Syurga. So honestly buku ni best, cuma kalau banyak lagi huraian maybe lagi best kott, sbb buku ni dia cerita pendek2 ja setiap tajuk tuu..
Profile Image for Nur Izzati.
60 reviews1 follower
January 11, 2022
Seperti yg ditulis di belakang buku, membaca buku ini penuh emosi. Tetapi seperti buku-buku Ust Hasrizal yg lain, tulisan UH sentiasa buat pembaca berfikir dengan lebih dalam dan membuat refleksi tentang apa yg beliau sampaikan.

Satu tajuk yg paling saya rasa "damai" membaca nya ialah tajuk Kamu Sentiasa Layak Diuji. Sebagai orang yg masih bujang, kerisauan mendapat kan pasangan yg salah pasti akan ada. Tapi UH "meleraikan" perasaan tersebut dgn memberikan kenyataan (yg barangkali pahit tp benar) kepada kita, yg kita tak pernah tahu yg kita akan diuji bagaimana, maka sebagai hamba kita sgt layak diuji. Cerita tentang Fahri itu sangat mengesankan.

Kembara Mawaddah dan Rahmah membuatkan emosi pembaca turun naik. Pelbagai masalah rumah tangga, sudut pandang telah UH sampaikan dengan baik. Dan bab terakhir membuatkan saya sangat sebak apabila berbicara tentang Tanggungjawab dan cinta.

Dari siri 1 Aku Terima Nikahnya, saya ingat pesan UH, perkahwinan itu perlu berpaksi kepada - Erti Hidup pada Memberi. Dan mesej utama yg saya ingin pegang dari buku yg kedua ini - kita perlu pentingkan juga peranan sebagai isteri/suami , dan bukan sekadar hak.

Terima kasih Ust Hasrizal. Akan sambung baca buku ketiga nanti.
Profile Image for Matahari Buku.
24 reviews
September 25, 2022
Walau kita minat penulisan
seseorang penulis, tapi ia tidak menyebabkan kita
bersetuju 💯 atas pandangan beliau. Kerana apa?
Kerana kita sama-sama manusia. Tapi, di media sosial
kita akan sebarkan kebaikan dan pengajaran yang
terbaik yang kita perolehi. Kritikan dan perbezaan
pendapat, saya hanya kongsi kepada individu-individu
yang saya kenali.
.
.
Sejujurnya, andai saja saya bisa memberi cadangan
buku apa yang patut dibaca oleh para remaja yang di
bangku sekolah rendah dan menengah. Saya ingin
mereka baca buku ini. Terutamanya buat remaja yang
kecil kecil sudah pandai bermain cinta monyet. Sudah
pandai chat sana sini berlainan jantina. Kecil kecil
sudah pandai “dating” 😭. Ya, semoga mereka
mendapat manfaat daripada buku ini. Andai mereka
bisa “bercinta” pada usia awal, mereka patut bisa
membaca kan?
.
.

Cinta perlu disulami dengan tanggungjawab. Cinta juga
bukan mainan. Cinta apa yang kita inginkan
sebenarnya? Mengapa kita bercinta pada usia awal?

Kita inginkan yang terbaik buat generasi kita. Semoga
kita bisa jadi ibu ayah, kakak abang, makcik pakcik
yang boleh dijadikan rujukan terbaik.
.
.
Saya hanya fokus satu. Semestinya buku ini sesuai
buat suami isteri, tapi sudah ada kawan kawan lain
yang buat ringkasannya. ☺️
Profile Image for Mohd Aidil Razahli.
22 reviews10 followers
July 27, 2013
Buku yang menarik dan menyentuh bukan sekadar isu 'cinta' seperti yang tertera pada tajuknya, namun lebih banyak lagi menyentuh seputar isu kekeluargaan dan psikologi manusia dalam mempertahankan sesebuah hubungan. Ia juga banyak membuka fikiran kita tentang sebuah 'tanggungjawab' yang sering kita terlepas pandang dalam sesebuah hubungan itu dan ternyata ia tidak mudah seperti yang di sangkakan. Amat sesuai untuk bacaan umum untuk semua lapisan dengan tidak mengambil kira sama ada seseorang itu sudah berkahwin ataupon tidak. Ternyata persediaan itu perlu bermula daripada sekarang kerana 'mahligai' yang insyaAllah kita akan pertahankan itu nanti ternyata tidak sentiasa diwarnakan dengan coretan-coretan yang indah kerana banyak tanggungjawab yang akan menanti juga. Bermanfaat untuk dibaca juga sebagai cambahan minda untuk lebih mendalami psikologi manusia. Terbaik daripada Ustaz Hasrizal.
Profile Image for Baihe (Lily) Yang.
16 reviews10 followers
July 15, 2023
Sarat dengan pengisian mengenai perkara-perkara penting (crucial) untuk menempuh alam perkahwinan, banyak isu-isu yang dikupas dengan penjelasan yang padat dan disampaikan dengan cukup bermakna.

‘Mawaddah itu ialah cinta yang terhasil, kesan daripada usaha menyemainya dalam jiwa suami dan isteri….Mawaddah hanya ada antara suami dengan isteri, sebagai cinta yang diperjuangkan dalam sebuah rumah tangga. Segala susah payah yang diharungi dengan jiwa memberi oleh suami dan isteri akan menyuburkan mawaddah ini…’

Profile Image for Ainnudin Ja'far.
116 reviews1 follower
May 29, 2018
Rumah tangga yang dibina bukanlah untuk satu tempoh masa yang sebentar tetapi sehingga ke jannah. Sebagai seorang ketua keluarga adalah menjadi tanggungjawab kepada suami untuk mengemudi bahtera kehidupan. Perkongsian kehidupan ini melibatkan dua insan yang berpadu jiwa dan perasaan serta tiada menyimpan sebarang rahsia di antara satu dengan yang lain. Cinta yang disemai diharapkan sentiasa mekar kembang dan kasih sayang tetap menggebu biar berapa lama pun usia perkahwinan.
Profile Image for Amelia Zulkifli.
176 reviews5 followers
August 14, 2021
Tajuknya mungkin nampak 'cringe' tapi ialah bukan nya buku cinta tipikal. Disebabkan ini buku tulisan Ustaz Hasrizal, saya baca dari kulit ke kulit. Buku ini tentang kehidupan, dan cinta lah yang mencorakkan kehidupan. Banyak pelajaran dan isi yang membuatkan saya berfikir. Buku ini sangat sesuai dibaca pemuda tapi paling sesuai dengan individu yg mahu mendirikan rumah tangga ataupun sudah berkahwin.
Profile Image for In_moonieyrah.
25 reviews7 followers
February 16, 2023
I lost words of how much i am amaze by this book. I love how this book is so diverse, it touched so many aspects in our life. And of course the best part was the last part of the book where it discussed on why and how a marriage between a pious husband and wife that understand islam still can have the risk to collapse. Oh i learn so many things. This is why i love reading! Rasa macam nak beli buku ni untuk semua orang so semua orang boleh baca and faham.
Profile Image for Jaida Mohd.
23 reviews
August 2, 2021
Buku yg mesti ada tak kira bagi yg single atau berumah tangga. Banyak yg sy pelajari dari buku ini dan menyedarkan saya atas kesilapan yg saya lakukan tanpa saya sedari.

Menyentuh isu rumahtangga, hubungan dengan Allah dan makhluk lain.

Overall, saya sangat suka intipati buku ini. Terima kasih ust Hasrizal.
Profile Image for Fath A.
39 reviews26 followers
August 11, 2011
Jujurnya, menjalani peperiksaan selama 2 bulan itu sangatt bosan tanpa pembacaan non-academic. Kebetulan ziarah rakan sakit, saya dapat pinjam ketiga-tiga rentetan buku ini. =) Alhamdulillah.

pembacaan yang ringan, tetapi banyak juga yang terkesan.
Profile Image for Ahmad Irfan syakir.
28 reviews
November 16, 2019
Rumah tangga yang bersih daripada dosa, adalah rumah tangga yang berjaya mematuhi Syariatullah, tetapi mungkin kehancuran itu masih melanda kerana takwanya tidak menyeluruh. Aspek-aspek Sunnatullah pula yang diabaikan.
12 reviews1 follower
August 29, 2010
Setelah membaca Aku Terima Nikahnya.....baca pula yang ini. Best.
Profile Image for Intan Abd Hamid.
4 reviews1 follower
February 13, 2011
superb...very refreshing ideas...like the idea and concept, which is quite rare in the dakwah people....
Displaying 1 - 30 of 41 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.