Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aku Terima Nikahnya #3

Aku Terima Nikahnya 3: Murabbi Cinta

Rate this book

309 pages, Paperback

First published January 1, 2010

13 people are currently reading
287 people want to read

About the author

Hasrizal Abdul Jamil

27 books878 followers
Hasrizal holds a Bachelor of Sharia (Honours) from Mu’tah University, Jordan (2001). He is the Director of Education at Khalifah Education Foundation which operates Khalifah Model Schools in Malaysia. An educator and learning designer, blogger, and author, advocate children-centered learning, parenting, and domestic policy.

Hasrizal succeeded in bookwriting after his AKU TERIMA NIKAHNYA (2008) became one of the National Best Sellers. He proceeded with many more books, such as BERCINTA SAMPAI KE SYURGA (2009), MURABBI CINTA (2010), RINDU BAU POHON TIN (2009), SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH (2010), TRANSFORMASI RAMADAN (2011), EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA – Trilogy (2012), DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU (2012), ERTI HIDUP PADA MEMBERI (2013), TAK KENAL MAKA TAK CINTA (2014), MENALAR MAKNA DIRI: KEMBARA MENJEJAK IMAM BIRGIVI (2014), SETIA DENGAN KEBENARAN (2017), REVIVING THE SPIRIT OF RAMADAN: BEYOND DO'S AND DON'TS (2017), HIKMAH & KARAKTER (2018), JALAN SEHALA (2019), RISALAH #MALAYSIA MEMBACA (2019 co-author), SENI BERFIKIR YANG HILANG (2020), TRANSFORMASI RAMADAN 2.0 (2020), DIARI ABAH (2020), MÄ OON RIZAL (2020), ERTI BERAGAMA YANG HILANG (2021), MENULIS DARI HATI BIAR SAMPAI KE HATI (2021), KAMAR-KAMAR BUDI (2021), KEMBARA MENALAR DIRI: LEGASI IMAM BIRGIVI (2021), SISI BERAKHLAK YANG HILANG (2022), BERAGAMA YANG KEHILANGAN TUHAN (2023), PEDAGOGI RAMADAN (2023), DARI MATA TURUN KE HATI (2024) and IQRA' (2026)

Hasrizal lives in the Republic of Ireland.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
182 (48%)
4 stars
133 (35%)
3 stars
46 (12%)
2 stars
9 (2%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 27 of 27 reviews
Profile Image for Ummu Auni.
664 reviews
September 15, 2011
Murabbi Cinta merupakan buku terakhir trilogi 'Aku Terima Nikahnya'. Sekiranya Aku Terima Nikahnya menyatakan hal seperti mencari pasangan yang baik, juga proses kenalan untuk membina sebuah hubungan halal, kemudian Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga menceritakan tentang hal-hal perkahwinan dan tips-tips perkahwinan kekal hingga syurga, buku Murabbi Cinta menyatakan kisah-kisah pembesaran anak anak berdikit-dikit, juga cuba mencari dan mencetus idea untuk menyelesaikan konflik yang timbul di dalam kehidupan berumahtangga. Saya rasa tulisan ini, lebih sesuai diangkat sebagai manual rumahtangga dari sebuah manual cinta - ya, cinta itu perlu disuburkan setiap masa tetapi adakah tanpa cinta, pernikahan boleh berakhir begitu sahaja tanpa memikirkan implikasinya?

Saya suka tulisan penulis yang sedikit-sebanyak menyuntik semangat pada diri untuk sabar, redha. Maka buku ini sesuai saya nyatakan sudah melebihi & mencakupi segala apa yang perlu diketahui suami isteri atau sesiapa sahaja berkaitan dengan hal ehwal rumahtangga.
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
July 17, 2010
Banyak sisi pandang dalam kehidupan yang kita sering terlepas. Sedikit sebanyak pengalaman mahupun teguran dari penulis membantu diri bermuhasabah. Pendekatan yang santai tetapi amat bermakna dikongsi bersama khalayak pembaca. Seperti buku-bukunya yang terdahulu Ustaz Hasrizal mengajak para pembaca berfikir melalui artikel yang ditulis ringkas tetapi padat.

Saya tersentuh dengan cabaran mendidik anak di zaman global kini. Walau bagaimana cara sekalipun ibu bapa cuba untuk mengawal pengaruh hedonisme dan materialistik, ia tetap akan berlaku kepada anak kerana banyak lagi pengaruh luar yang berada di luar kawalan kita.

Penulis banyak berkongsi kaedah dan pendekatan yang digunakan secara langsung dan tidak langsung dengan anak-anak. Apa pun saya lihat sifat SABAR adalah kunci kepada pendekatan mendidik anak-anak yang masih kecil.

Saya tidak pandai mengulas lanjut mengenai buku ini tetapi saya syorkan kepada ibu bapa mahupun individu yang belum berumahtangga untuk dibaca sebagai panduan dan persediaan dalam meniti cabaran kehidupan hari ini dan akan datang.
Profile Image for Sabrina Lye .
12 reviews
December 21, 2010
satu perkara penting ada di highligt dalam buku ini, yg saya selalu terlepas pandang.

" Jika mahu memuji, pujilah Allah yang daripadanya datang segala kebaikan itu. Moga kita semua daripada 'penyakit ain' yang sering berlaku apabila manusia mengagumi sesuatu tanpa memuji Allah...

..Dan jika ada yang tidak kena, gantilah keji dan caci dengan nasihat dan teguran kerana ia lebih membantu dan membina"
Profile Image for Barukisu (Balqis).
131 reviews10 followers
July 17, 2010
Subhanalllah. Rasanya ini buku terbaik antara ketiga-tiga ATN. Perlu dibaca. Ada pengajaran berguna yang harus diteladani dan sisipan detik-detik akhir Murabbi Cinta amat mengesankan dan bisa buat menitik air mata. Sollu a'lan nabiy.
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
January 31, 2012
Kata-kata/petikan/bait2 yang diambil daripada buku ini betul-betul memberi kesan kepada diri saya:

Ungkapan mantan Presiden Afrika selatan,nelson mandela,"when the water starts boiling,it is fooloish to turn off the heat."(pg:62)

sabar dan proaktif begin with the end mind(pg;75)

Hadiis Nabi SAW:"apabila tiga orang bermusafir bersama,hendaklah dilantik seorang daripada mereka menjadi ketua."(Riwayat Abu Dawud ,daripada Abu Said al-Khudri RA)(pg 77)

Ahli politik Parti Demokratik Amerika Syarikat,Michael B.Coleman,"You may not be interested in politics,but politics are interested in you."(pg:79)

Disitula hujung akal.Hujung akal,pangkal AGAma!-Buya Hamka (pg 87)

Slogan Eene Descarte(1596-1650) yang menyebut"cogito ergo su" atau "saya berfikir lalu saya wujud diri"(pg:89)

Muhammad abduh pernah engeluh,"Aku ke Paris dan aku bertemu dengan Islam tanpa Muslim,aku ke Kaherah dan akan bertemu dengan Muslim tanpa Islam."(pg 94)

"treat people the way you want yourself to be treated"(pg 170)

Umar al-khattab r.a pernah berkata:"kuatkan semangat.kesenangan dan kemewahan tidak kekal selam-lamanya."(pg 188)

"wahai sekalian anak muda,sesiapa antara kamu yang mempunyai kemampuan,maka bernikahlah,kerana nikah itu lebih menundukkan mata serta lebih menjaga kehormatan diri.dan sesiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa,keran puasa itu dapat membentenginya."(muttafaq 'Alaih)(pg 205)

"apa yang terbaik ialah berkahwin selepas berfikir,juga menangguhkan perkahwinan selepas berfikir.Apa yang buruk pula ialah berkahwin sebelum habis berfikir,atau selepas berkahwin anda mula berfikir yang bukan-bukan"(pg 218)

"rafas ini adalah perkataan atau perbuatan yang bersangkut paut dengan seks,bermula daripada cakap-cakap dan tindak tanduk hinggalah membawa kepada menggauli pasangan.jika negatif ia bernama lucah.Jika positif ia bermaksud intim."(pg 240)

Pesanan Nabi SAW:"Bukanlah dikatakan gagah itu orang yang kuat bergusti.Akan tetapi yang dikatakan gagah itu orang yang dapat memiliki (mengawal) dirnya ketika marah."(Hadis muttafaq 'Alaih)(pg 245)

mampu berkata tidak kepada diri sendiri,tatkala apa yang dimahukan itu,mudharat dan bukan lagi manfaat!(pg 251)

Jika dalam bahasa inggeris,SEPAtUTNYA itu adalah sebuah EXPECTATION.Kita meletakkan banyak jangkaan,dan jangkaan itulah yang kemudiannya berubah menjadi kekecewaan.(pg 255)
Profile Image for Rasydan Fitri.
Author 16 books29 followers
August 31, 2011
Siri Aku Terima Nikahnya sangat-sangat bermanfaat, khususnya apabila kita dapat membaca perspektif yang berbeza tentang sesuatu isu (dalam siri ini kebanyakannya mengenai institusi kekeluargaan). Lebih baik lagi, penulis lebih banyak melontarkan persoalan retorik yang menyuruh pembaca berfikir, bukan sekadar 'makan suap'. Dan saya suka bahasanya yang kontemporari, yang memuatkan teori fikir dari Barat, bukan saja dari sumber-sumber al-Quran dan As-sunnah. Gabungan yang baik, bak kata orang, ialah ilmu orang muda dan hikmah dan pengalaman orang tua. (Tua bukan isunya, isunya pengalaman :P) Jadi buku ini sangat baik kerana menghimpunkan ilmu juga pengalaman penulis.

Paling buat saya terkesan kali ini (sempena Ramadan) adalah isu berpuasa. Kata penulis, puasa itu bukan sekadar 'tidak makan kerana tiada makanan' tetapi puasa yang efektif dalam melatih nafsu ialah 'tidak makan bila ada segalanya untuk dimakan' atau dalam konteks lain latihan untuk berkata TIDAK kepada sesetengah keinginan diri untuk mentaati Allah. Bila memerhati sudut fikir sebegini, baru terasa lebih berkesan, lebih-lebih lagi di musim raya untuk kita terus berkata 'tidak' pada makanan-makanan yang sekian banyak itu!

Untuk bacaan semua.
Profile Image for Putri Nurfariza Ahmad Darji.
8 reviews1 follower
April 7, 2013
seperti yang dijangkakan, buku-buku karangan Ustaz Hasrizal sentiasa sarat dengan ingatan dan pesanan. dan sudah semestinya ilmu baru. buku ini, walaupun bunyi tajuknya macam cintan-cintun, cinta ana-enti, sekian2, isinya tidaklah sahaja berkisarkan tentang cinta sang adam dan hawa semata-mata. isu kekeluargaan, isu masyarakat, turut diketengahkan di dalam buku ini dengan susun atur bahasa yang membuatkan pembaca macam saya tak sabar untuk menyelak helaian-helaian kertas seterusnya. dan paling penting, ada saja poin-poin penting yang ustaz utarakan di dalam bukunya yang kadang-kadang kita terlepas pandang. sama seperti buku-bukunya sebelum ini, Secangkir Teh Pengubat Letih, Rindu Bau Pohon Tin, dan juga Di Hamparan Shamrock Ku Seru Namamu, banyak sungguh momen-momen eureka yang saya peroleh bila membacanya. sisi pandang berubah. dapat perspektif baru. dan pemikiran semakin terbuka.

moga Ustaz Hasrizal terus dapat menghasilkan lebih banyak karya-karya sebegini yang dapat membuka minda masayarakat islam, secara khususnya.
Profile Image for Matahari Buku.
24 reviews
September 17, 2022
Membaca buat kali kedua buku Murabbi Cinta ini. Saya bersetuju dengan falsafah ustaz, berkongsi cerita untuk menzahirkan ibrah.

“Buku itu bukan ditulis untuk pembaca membaca cerita kehidupan saya, tetapi cerita saya itu adalah medium untuk pembaca mencari cerita mereka sendiri, mencipta cerita sendiri dan jika upaya, merakam cerita mereka untuk memanjang teladan.

Segala pandangan yang saya kongsi di dalam buku itu, bukanlah suatu nasihat muktamad yang bertindak sebagai penentu…”

Untuk anak-anak remaja, buku ini membuka minda akan kehidupan sebenar. Untuk anak remaja yang inginkan pedoman kekeluargaan, buku ini memberi gambaran. Kita bisa menggarap pengkongsian penulis berdasar perspektif masing masing. Anak yang ingin memahami ibubapa, atau ibubapa yang ingin memahami anak anak.
Profile Image for Rozy Latip.
30 reviews
February 1, 2011

Penulis telah mencernakan segala pengalaman hidup di rantauan, sebagai bapa dan dai untuk santapan pembaca. Segala pengajaran dan iktibar yang di hidangkan boleh di jadikan manual untuk kehidupan seharian kita sebagai seorang islam, ibu bapa dan seterusnya sebagai seorang anak. Sesuai untuk dijadikan hadiah terutama kepada bakal dan yg telah menjadi ibu bapa. Antara petikan yang menarik hati saya

" Aku ke Paris aku bertemu dengan islam tanpa muslim ( kerana mereka hanya berfikir tidak sampai untuk berzikir), Aku ke Kaherah dan aku bertemu muslim tanpa islam ( kerana mereka berzikir tanpa berfikir).
Profile Image for Afiq Fadhli.
22 reviews1 follower
October 1, 2011
Satu lagi hasil karya ustaz Hasrizal yang tidak mengecewakan. Seperti 2 buku sebelum ini, buku ini mengandungi pelbagai nasihat yang berguna berkenaan ilmu rumah tangga. Banyak idea dalam buku ini yang dapat kita fikirkan. Sesuai untuk golongan bujang mahupun yang sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak. :) Dalam buku ini, baru saya tahu mengapa ustaz banyak berkongsi cerita dan pengalaman beliau dalam blog.
8 reviews1 follower
Read
December 6, 2010
Buku yang cuba membentangkan tentang realiti pendidikan anak2 di alaf ini yg berdepan dgn situasi yg boleh mengugat Aqidah dan kepercayaan mereka ttg Agama. Amat sesuai sebagai panduan kepada Ibubapa moden yang sedang berjuang dgn cabaran zaman moden agar anak2 tidak dihanyutkan arus jahiliyyah moden. Syabas kepada ibubapa khususnya yang prihatin dgn pendidikan anak2 mereka.
Profile Image for sukma.
17 reviews
February 17, 2011
sgat2 menarik.buku ini membantu sy mbuat kputusan terbesar dalam hidup sy.stiap ceritanya seiring sjalan dgn kehidupan kita pde masa kni.semoga hasrizal abd jamil akn trus mghasilkan buku yg sebegini.salam kejayaan




















































Profile Image for Fathiyyah.
51 reviews130 followers
August 2, 2011


Murabbi Cinta,
Cukup padat dengan nasihat-nasihat dalam mengemudi bahtera rumah tangga dan dalam mendidik anak-anak.
Buku ini adalah susulan dari buku Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai Ke Syurga.

Saya berikan 4 bintang untuk buku Murabbi cinta atau juga dikenali sebagai 'Aku Terima Nikahnya 3'

Profile Image for Mohd Aidil Razahli.
22 reviews10 followers
August 11, 2013
walaupon di awal macam 'lari tajuk' kerana penekanan dalam beberapa aspek yang tidak dekat dengan tajuk utama, namun buku ini amat bagus dan dekat dengan pengalaman seorang ayah yang berbicara perihal seputar psikology kanak-kanak dan keluarga.. perkongsian yang sungguh menarik.. syukron ustaz hasrizal
Profile Image for Saefullah Norhaidi.
17 reviews4 followers
September 15, 2011
Bacaan yang bagus untuk keseimbangan emosi dan mendidik jiwa yang sayangkan islam. Praktikal hidup muslim ditunjukkan dengan jelas, lebih spesifik dalam kehidupan berkeluarga.

Sungguh mendidik! Kata-kata yang simple namun sangat mengesankan.
Profile Image for Syafiqa.
145 reviews10 followers
January 16, 2013
I guess how u rate a book is much dependent on when and in what situation/mood u read it. This book was a gift for my wedding day from an office colleague. As newly wed, I truly appreciate the advice and points-to-ponder about. :)
Profile Image for Ainnudin Ja'far.
116 reviews1 follower
April 28, 2018
Empat bab yang terkandung di dalam buku ini menunjukkan kesungguhan penulis untuk membawa sesuatu yang segar dan begitu dekat dengan masyarakat...cinta ialah sesuatu yang universal dan semua manusia pasti ingin merasainya...
Profile Image for Ummu Roman.
22 reviews1 follower
November 7, 2019
Dapat mendidik generasi baru, banyak perkara perlu diambil pusing. Mungkin bagi mereka ianya tiada apa apa, sedangkan ianya apa apa.

Buku ini bukan sekadar untuk kita mendidik, malah kita jugak harus dididik. Menjaga badan umpama makan kacang jika hendak dibandingkan dengan jaga jiwa.
3 reviews
September 15, 2010
best. banyak buah fikiran ustaz hasrizal yang boleh dijadikan pengajaran dan panduan dalam kehidupan sehari-hari.
Profile Image for Ummudurrah.
8 reviews3 followers
February 17, 2011
murabbi cinta yg agung.. AllahuAkbar!

Pengakhiran yg baik sekali! Alhamdulillah =)
Profile Image for Wan Faizuddin.
30 reviews4 followers
February 5, 2012
Cinta dari sudung pandang berbeza. Pernikahan bukan sekadar matlamat. Tapi permulaan kepada suatu tanggungjawab yang jauh lebih besar.
Profile Image for Lina Kama.
38 reviews1 follower
October 25, 2011
Saya berbekalkan jangkaan yang rendah sebelum membaca buku ini. Tapi, nyata isi buku ini lebih fokus dari siri yang sebelumnya. isinya banyak menyedarkan dan menyejukkan hati..
Profile Image for Azmir Ismail.
211 reviews
December 1, 2017
Sekumpulan penulisan padu dari Ustaz Hasrizal - sinambungan Aku Terima Nikahnya 2. Wajib dibaca oleh peminat beliau.
Profile Image for Jaida Mohd.
23 reviews
October 5, 2021
Sangat suka dengan buku ini. Rasa seperti sangat dekat dengan diri saya. Banyak sekali pengajaran dan teguran oleh penulis yang kadang2 tidak lita sedari. Highly recommended!
Profile Image for In_moonieyrah.
25 reviews7 followers
March 31, 2022
Pengakhiran buku yang tak dijangka. Tersedu-sedan dibuatnya.
Displaying 1 - 27 of 27 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.