Yang sempurna, akhirnya dirampas. Safiera terduduk. Hidupnya berubah 360 darjah saat dirinya menyandang status “cacat fizikal” akibat kemalangan itu. Kaki yang dulunya melangkah ke serata dunia, akhirnya terpasak di bumi.
“Kau dah cacat. Sepasang kaki kau dah tak berguna. Jadi, aku rasa setakat ni saja hubungan kita. Aku tak nak perempuan cacat.” - Faris
Sudah jatuh tangga, ditimpa pula. Kekasih pergi menjauh. Kawan-kawan mula memandang hina. Safiera keseorangan. Sering diejek. Dipandang serong. Itu sudah biasa. Namun, apabila jodoh dipersoalkan, hatinya tercabar. Lantas, cadangan mama untuk dinikahkan dengan seorang lelaki stranger, dia terima bulat-bulat.
“Dia tak sempurna. Mama bagitahu awal-awal. Dan dia sedang mencari seorang isteri untuk menyempurnakan hidupnya.” - Mama
“Bie tak kisah. I wanna get married. And I will.” - Safiera
Menikah tanpa kenal, itu dah kerja gila. Tapi, bila lelaki yang dia kahwini adalah seorang lelaki bisu. Bibirnya tak mampu berbicara. Safiera terngadah.
Fizikalnya sempurna, malangnya ada cacat cela.
Rupanya mencairkan hati semua perempuan. Tapi, bibirnya tak mampu menuturkan kata.
Hati berbelah bahagi. Safiera mula menyesal. Takdir seakan tak memihak padanya. Dia mula memberontak.
“I’m sorry. I tau I pun tak sempurna. Tapi, jujur I cakap.. I tak boleh terima lelaki yang bisu. I need someone to talk with. I need someone yang boleh saling bercerita. I need someone who can talk. So, after 1 year, ceraikan I. Kita bawa haluan masing-masing.” Safiera.
Dia tak sempurna dan dia tak mampu menerima kekurangan orang lain. Lantas, perpisahan menjadi syarat antara mereka.
Malangnya, lama kelamaan, hati mula terusik. Megat tak boleh bercakap, tapi perbuatannya melebihi orang yang berbicara.
Dia bisu, tapi hatinya bersuara melantunkan cinta. Tanpa ayat pujangga, Safiera merasakan putik cinta.
Dia tak boleh berjalan. Megat dukung. Dia terluka, Megat rawat. Dia kesejukan, Megat hangatkan dengan pelukan.
“I think I dont like you. But well… You are what Im going to dream about tonight.” - Safiera
Dan Megat membalas dengan sebuah pelukan hangat dan erat. Walaupun tanpa bicara, dia merasakan cinta. Aneh, bukan? Tapi, itulah yang terjadi bila dia bersama Megat. Hati tak pernah dibenarkan berehat. Gelisah tanpa henti.
This is actually a solid piece. Light read yet packed with life lessons.
I appreciate FL’s character development here. I just wish some parts were elaborated, such as how ML first knew about the FL and when did he started having feelings for her etc (or maybe it was indeed written but my goldfish brain can’t remember)
And, for the nth time, please. Please consider using grammar checker. I’m tired of stumbling upon butchered english structures and spellings here and there.
Salah ke menjadi bisu? Saya rasa ianya isu kecil je. Tapi kenapa Safira rasa ianya macam berat dan beban? Entahlah. Mungkin penerimaan orang berlainan kot. Begitu juga tempang. Pakai tongkat. Saya pun rasa itu tidaklah memalukan. Saya pernah melalui apa yang Safira lalui. Pernah juga pakai tongkat. Pernah juga tidak dapat berjalan dengan betul selama setahun. Frust? Tidak sama sekali. Malah saya bersyukur kerana sekurang²nya saya mampu berjalan.
Hanya kerana kekurangan Megat, Safira tidak boleh terima kenyataan. I feel u Megat. Walau Megat hanya senyum dan tidak menunjukkan emosi terasa, tetapi dalam hati sudah tentu dia rasa terpinggir. Kata² hinaan dari saudara mara sendiri sangat sakit untuk kita telan apatah lagi yang menghina itu pasangan kita. Tapi nasib baiklah Safira cepat tersedar dan menyesal. Kadang kita menunding kecacatan orang tetapi diri sendiri banyak juga cacat celanya. Manusia kan🙇♀️
Cerita yang simpe tetapi saya rasa terkesan juga dengan hinaan demi hinaan itu. Cannot brain ya orang yang ada mentaliti sebegini. Dan Safira, awak sangat beruntung memiliki Megat. Dia lelaki yang baik. Kecacatan dia tidak menjadikan dia cacat untuk membina rumahtangga yang bahagia dan sempurna❤️
Sedih gila ebook ni🥲. Worth to buy😍 cerita ni psl ml bisu and fl ada masalah dkt kaki tak boleh nak berdiri lama sangat mesti guna tongkat.. kesimpulannya dua2 ada kekurangan masing2 tapi FL tak boleh terima yg ml bisu... And asyik hina ml je sbb bisu tanpa fikir kekurangan diri sendiri... Silalah beli kalau nak tahu cerita lebih lanjut..
Overall i loved the storyline. Dia ajar tentang bersyukur and tak kiralaa sebanyak mana pun kelebihan seseorang tu, mesti dia akan ada jugak kekurangan. Macam Safira, cantik tapi lepas accident dia diuji dengan kaki tempang, while Megat hensem tapi bisu sejak lahir. Mula2 Safira tak boleh terima Megat sebab yelaa bisu kan. Nanti kalau kita cakap orang tu tak boleh pun nak respon. Tapi Megat ni tersangatla baik green 💚🍏 gilosss. Walaupun Safira tu macam kutuk dia first2 pastu tak bagi sentuhla apala. Dia tak pernah pun macam marah. Tapi Megat ni boleh tahan miang jugak yer. Tapi lama2, Safira ni boleh terima kekurangan Megat sebab dia nampak yang Megat ni memang sayang dia, concern and so on la. Ending ofc happy. Paling penting takde orang ketiga
This entire review has been hidden because of spoilers.
payah juga bila dapat pasangan hidup yang tak sempurna. bisu. tapi, itu aje pun. safira pun kakinya cacat. mula-mula sebelum kahwin dah tanya banyak kali, kata okey aje.
tapi bagus megat ni. dia tak peduli pun penerimaan safira. ada yang diikutkan, ada yang dia guna kuasa veto seorang suami.
cuma safira nilah, keras hati sangat. walhal megat tu dah cukup sempurna walaupun bisu. dan lagi sebab dia sayang safira sangat-sangat. jangan ada sesiapa berani usik isteri dia, nahas. mak mentua safira pun sangat baik. dia bersyukur bila safira beri warna indah dalam hidup megat.
tapi... yalah. kekurangan megat buat dia rasa dia menyeksa seorang isteri, sampai sanggup sebab sayang sangat dia rela lepaskan safira kalau safira jumpa lelaki lain. ha... safira. ko pun bukanlah sempurna mana. jalan pun kena bertongkat. kira sama dengan juga la.
dekat sini hati main peranan yang kuat. safira mula terusik dengan penerimaan juga sifat kasih sayang suami dan emak mentuanya. part paling best, nyaris kuali tak melayang kena kat acu nya. tula, mulut tu jahat lagi. tapi megat tetap ada rasa insecure. kesian dia masa luah rasa dekat emak dia yang dia takut kalau dapat anak cacat macam dia. dia tak mahu buat safira sedih lagi. aduhai... sebak.
tak ada apa yang sempurna atas dunia ini. hanya Yang Satu. Allah SWT.