Jari telunjuk kali ini tidak akan berpalit warna biru, masing-masing akan terlepas pilihan raya yang akan datang.
Pertemuan tiga manusia yang duduk sebaris dalam pesawat menuju ke Sydney Australia setelah didustai janji, cita-cita dan harapan. Rozaina, gadis berpendirian yang terlepas jodohnya, bekas aktres, Rohana yang mengimpikan perkahwinan sah dan Mirna transgender cekal yang terpaksa menilai kembali status pilihan.
The book was slow at first. Partly maybe my fault as the writer Mama Regina tells the story too close to my heart. Andartu or Old Maids - the name given to many women who aren't lucky enough ( some would say luckier single!) to get a husband. I feel the character's pain in falling in and out of love but in the end.. only Allah our maker knows and plans it well.
I wont tell the end but get yourself a copy and read it yourself!
Mama Regina- I read it using your voice and Utagha slang for sure. God I miss Penang
4.8/5.0 Saya habis pembacaan dalam masa yang sekejap saja. Sifir mudah sebenarnya -- cepat habis pembacaan menandakan buku itu bagus, kena dengan selera saya dan memang direkomendasikan kepada semua (pembaca yang matang).
AUSTRALIA berkisah tentang tiga orang wanita di latar tempat yang sama -- Malaysia dan Australia. Masing-masing warga Malaysia dan mereka menjejakkan kaki di Tanah Kanggaru dengan alasan dan tujuan yang berbeza.
Rozaina, wanita yang punya pendirian dan tidak punya rezeki berjodohan di awal cerita, Rohana yang berupa seorang bekas pelakon yang hidup sentiasa berwaspada dan moderat, dan akhir sekali Si cekal Mirna (seorang transnita) yang punya pengalaman yang boleh dibikin pengajaran buat yang membaca. Mama Regina bijak bercerita, membahagi ruang dan menyampaikan cerita secara tersusun rapi mengenai perjalanan Rozaina, Rohana dan Mirna.
Yang paling saya gemarkan adalah kisah Rohana. Bikin kaget dan teruja pula ingin tahu bagaimana Mama Regina bisa peroleh idea yang sebegini fantastik. Menurut Mama lewat Tiktok, segala kisah di dalam AUSTRALIA adalah kisah benar yang difiksyenkan. Kisah Mirna, juga saya sukai, bawa rasa tak tersangka-sangka di akhir cerita. Si cekal Mirna digarap Mama amat baik dan penuh sekali dengan pengajaran tentang narkotik. Kisah Rozaina, yang tidak bernasib baik di awal dan sewaktu di hujung waktu berada di Australia, juga tidak kurang baik juga. Beberapa bab di akhir novel AUSTRALIA berjaya bikin saya penasaran benar sebab mahu tahu apa nasib Rozaini di akhir cerita -- adakah peristiwa lepas sebelum berangkat ke bumi Australia akan berulang?
Novel AUSTRALIA berjaya mendorong minat saya untuk menjejakkan kaki ke tanah Australia. Saya mahu menikmati yang seronok-seronok seperti mana watak-watak dalam AUSTRALIA itu nikmati -- Mengamati suasana di Three Sisters, tidur bersama pasangan dalam posisi sudu di kamar dengan tingkap yang punya pemandangan kota di Australia dan lain-lain.
Paling penting dalam setiap novel Mama pasti akan terselit banyak mutiara-mutiara berupa nasihat dan pesan-pesan dalam susunan perkataan-perkataan. Cubalah cari dan baca nanti.
Penulisan Mama Regina memang ada magisnya yang tersendiri, dan ia seringkali berkisah tentang perjalanan manusia. Tema slice-of-life ni dah macam makanan buat Mama. Membaca karya ini memerlukan minda yang terbuka, kerana ceritanya lebih dekat dari yang kita sangka. Australia menemukan 3 manusia berlainan latar, masing-masing membawa kisah yang pelbagai. Rozaina dengan rezeki jodohnya yang asyik terlepas, Rohana dengan impian untuk ikatan yang sah, dan juga Mirna seorang transgender yang sentiasa berlawan dengan ketagihannya. Untuk yang sudi dan peduli.
Karya ini seperti kau menikmati aiskirm kesukaan mu. Cepat dan lazat untuk di hadam.
Kalau kau belum membaca karya Regina Ibrahim ini, pastikan buka sikit minda itu ya. 😉
Australia membawa kita kepada tiga watak utama yang ada di dalam buku ini. Tapi yang paling berkesan ialah watak Rozaina. Ada beberapa bab yang sedih untuk dibaca dan di hayati. Hampir jatuh air mata ku. Berkesan nya cerita kish hidup perempuan bernama Rozina ini.
Yang paling aku suka ialah plot penceritaan Rohana. Naifnya aku, fikirnya Rohana mahu hidup bebas di Australia tetapi plot twist dia tak di jangka!
Saya nak kata, kisah watak-watak dalam karya penulisan bertajuk Australia, ditulis dengan nada yang hairannya, menenangkan. Saya nak kata, penulis ini begitu hebat menyelitkan begitu banyak pahaman sensitif yang diolah menjadi mulus, yang secara peribadi, saya tak "mahu" terima. Namun, siapalah saya.
Melalui watak-watak Roziana, Rohana, Mirna, penulis memberi mesej bahawa ketenangan dan bahagia, malah dugaan yang berat juga, bukan milik exclusive orang baik-baik. Segalanya berlaku dalam satu proses.
Apa yang jadi pada Mirna, suatu tragedi. Saya jadi sedih memikirkan nya. Adakah itu pilihan beliau sendiri?
Watak ahli politik corrupt dengan isteri Mak Datin gemuk hitam tu, bagus mereput dalam penjara. Isteri dia tak join ke?
Dikhabarkan bagaimana luasnya dunia yang disempitkan oleh manusia sendiri, masalah-masalah rekaan hingga terlepas kenikmatan hidup. Hidup ini singkat, tidakkah merasa berdosa pada sekujur badan pinjaman bila tidak diberikan hal-hal yang baik? ( 4:33 )
Cerita tentang tiga orang wanita berbeza, iaitu Rozaina, Rohana dan Mirna yang dijalinkan dengan Australia sebagai titik pertemuan persahabatan mereka. "Three sisters" menjadi perlambangan tiga wanita ini secara terselindung, mungkin Regina mahukan pembaca sendiri berteka-teki tentang perkara ini.
Semestinya, garapan tulisan Regina begitu indah untuk ditelurusi dan diamati, satu perkara yang tidak asing lagi. Watak dan penceritaannya mudah difahami dan tidak berbelit-belit, cumanya sedikit terkilan dengan pengakhiran yang dirasakan begitu pantas, mungkin sahaja belum puas mengamati tulisan Regina.