Jump to ratings and reviews
Rate this book

Penat: Bagaimana Mengurus Emosi, Tenaga & Tekanan Dalam Menempuhi Alam Dewasa

Rate this book
Rasa macam baru semalam hari Jumaat, esok dah Isnin, kena masuk kerja semula. Sekali lagi perlu menempuh minggu yang panjang.

Rupanya menjadi dewasa tidak mudah. Penat, emosi kacau dan adakalanya rasa hilang arah. Tenggelam dalam rutin harian sehingga kita sendiri tidak tahu, apakah makna semuanya lagi.

Situasi ini sebenarnya sesuatu yang sangat normal masa kini. Keadaan di mana kita berada di tengah-tengah; tidak sepenuhnya merasakan kebahagiaan tetapi tidak pula sehingga rasa menderita.

Melalui buku ini, Dr Alizi merungkaikan fenomena ‘languishing’ yang berlaku kepada hampir setiap individu dalam menempuh alam dewasa. Seterusnya beliau membentangkan secara terperinci formulasi yang telah dibangunkan oleh pakar psikologi bagi mengatasi masalah ini supaya hidup kita jadi lebih bermakna.

204 pages, Paperback

Published October 1, 2022

49 people are currently reading
130 people want to read

About the author

Alizi Alias

7 books11 followers
Assistant Professor
Department of Psychology
International Islamic University Malaysia

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
76 (52%)
4 stars
50 (34%)
3 stars
20 (13%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
Profile Image for Noor Maizan.
85 reviews9 followers
January 24, 2023
Baru tahu perasaan yg aku fikir "redha" selama ni sebenarnya aku dalam fasa "toxic positivity" ,belum betul redha lagi.

Banyak sangat yg relatable, antaranya isu overachiever. Penulis kaitkan dgn sifat Nabi utk pedoman semua.

Buku yang baik, baca slow2 utk dpt semua point.
Profile Image for Munirah Baharin.
8 reviews7 followers
January 23, 2023
"𝙆𝙞𝙩𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙢𝙪𝙙𝙖𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙚𝙢𝙤𝙨𝙞, 𝙨𝙚𝙙𝙞𝙝, 𝙢𝙖𝙧𝙖𝙝, 𝙧𝙖𝙨𝙖 𝙟𝙖𝙪𝙝 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙥𝙖𝙨𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙡𝙚𝙩𝙖𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙖𝙞𝙣 𝙖𝙥𝙖𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙥𝙚𝙣𝙖𝙩."

Begitulah hakikatnya –
Menempuhi kehidupan menuju alam dewasa ini
tidaklah seindah seperti yang kita idamkan ketika berada di usia kanak-kanak.

Jika sebelum ini kesibukan dan fokus hanyalah momen bermain bersama. Kini, semuanya kian rumit – kita terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran, kemahuan, keperluan serta komitmen yang tinggi untuk meneruskan kehidupan.

Tiada alternatif untuk pulang semula. Mahu ataupun tidak, kita tetap perlu mengerahkan segala upaya serta masa demi tuntutan tersebut – sehingga adakalanya menjejaskan diri kepada emosi negatif seperti burn-out, kelabut, marah juga lesu. Dan akhirnya terperangkap dalam fasa kePENATan.

Ya –
Kita semua merasai dan menghadapinya sendiri. Bukan sekali dua, tapi hampir saban hari kePENATan memakan diri hinggalah hilangnya makna kehidupan. Namun, di sebalik kePENATan tersebut – kita juga mampu untuk kembali MEKAR dan mengukir semula kebahagiaan.

Bagaimana? Tersebut adalah antara prakasa yang dapat kita realisasikan;
● Memahami dan akui emosi-emosi negatif.
● Raikan kejayaan kecil dan hargai prosesnya.
● Kenal pasti profil zon fokus diri.
● Memugar teknik berkomunikasi.

"𝙆𝙞𝙩𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙡𝙪 𝙢𝙚𝙢𝙖𝙝𝙖𝙢𝙞 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙬𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙘𝙖𝙧𝙞 𝙠𝙚𝙗𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙢𝙖𝙠𝙨𝙪𝙙 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙚𝙡𝙖𝙠 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙖𝙨𝙖𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙚𝙢𝙤𝙨𝙞 𝙨𝙪𝙠𝙖𝙧 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙨𝙚𝙙𝙞𝙝, 𝙠𝙚𝙘𝙚𝙬𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙧𝙖𝙝. 𝙏𝙚𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙣𝙩𝙞𝙖𝙨𝙖 𝙗𝙖𝙣𝙜𝙠𝙞𝙩 𝙖𝙥𝙖𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙟𝙖𝙩𝙪𝙝 𝙨𝙚𝙝𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙢𝙚𝙢𝙖𝙠𝙣𝙖𝙞 𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙠𝙚𝙗𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧."

PENAT: Bagaimana Mengurus Emosi, Tenaga & Tekanan Dalam Menempuhi Alam Dewasa.

mnrhbaharin.
Profile Image for Saadah.
54 reviews20 followers
February 11, 2023
Buku ini sangat baik bagi mereka yang memerlukan waktu rehat untuk sementara dan segarkan minda/fizikal yang kepenatan. Ia mampu mempengaruhi mood yang baik dan mengajak pembaca untuk sentiasa perbaiki diri dari masa ke semasa serta menikmati setiap momen yang ada. Ia jua buku yang boleh diulang baca kerana ada beberapa bab yang boleh dicatat dan menjawab soalan2 yang diutarakan penulis. Perasaan penat itu adalah lumrah, dan ia juga boleh dihargai dengan berhenti seketika dan kemudian meneruskan semula perjalanan apabila telah bersedia.
Profile Image for Farzana.
1 review2 followers
January 18, 2023
Ada yang beranggapan semua yang mengalami tekanan, kemurungan, lesu ataupun penat memiliki penyakit mental yang memerlukan rawatan namun tidak semestinya semua keadaan ini dikategorikan sebagai mereka yang mengalami penyakit mental. Hakikatnya, ada perbezaan di antara penyakit mental dengan kesihatan mental.

"Dan kebanyakan daripada mereka hanyalah penat dan salah menafsir kebahagiaan dalam hidup."

Melalui buku ini, penulis mengetengahkan permasalahan berkaitan perasaan penat ataupun kelesuan yang dihadapi oleh ramai daripada kita dalam menjalani kehidupan khususnya dalam menempuhi alam dewasa. Penat dalam istilah psikologinya dipanggil languishing atau kelesuan yang mana menjadi salah satu faktor yang difikirkan sebab kepada tidak mendapat kebahagiaan dalam hidup. Penulis menekankan bahawa perasaan penat yang dialami bukanlah bermakna kita telah kehilangan kebahagiaan hidup tetapi adanya kesilapan dalam 'mindset' yang perlu diperbaiki.

"Merasakan kebahagiaan dalam kehidupan hari ini lebih sukar kerana kita gagal memberikan definisi yang tepat kepada maksud sebenar kebahagiaan."

Sekiranya didalami isi-isi naskhah yang penuh dengan nasihat dan tips psikologi ini, penulis berkongsikan antara salah satu faktor kita berasa penat adalah kerana terlalu memfokuskan hasil akhir dan mempunyai obsesi terhadap kejayaan akhir tanpa mengambil pelajaran daripada proses yang dilalui. Justeru, perlunya untuk kita raikan proses iaitu menikmati perjalanan menuju destinasi akhir yang diimpikan. 

"Kita gagal memahami bahawa sebenarnya semakin jauh perjalanan kita, maka semakin dekat diri kita dengan kejayaan. Perjalanan jauh itu sepatutnya disertai dengan batu tanda yang dekat untuk kita berasa semakin hampir dengan destinasi utama."

Berdasarkan pembacaan yang mengandungi 200 muka surat ini, saya kira penulis berjaya menjadikan buku 'Penat' sebagai satu sesi kaunseling ringkas secara penulisan seolah-olah pembaca sedang mendapatkan nasihat daripada seorang kaunselor secara terus melalui kata-kata, tips dan penerangan yang mudah difahami dan 'relatable' dengan kehidupan pembaca. Selain itu, suka untuk saya kongsikan antara yang menarik perhatian saya dalam buku ini ialah turut disediakan beberapa halaman interaktif yang mengandungi soalan-soalan untuk menguji emosi dan menilai diri pembaca. Dan ini antara satu sebab saya mengatakan bahawa penulis seolah-olah sedang berinteraksi dengan pembaca.

Saya kira tidak salah untuk saya katakan bahawa karya yang dihasilkan oleh seorang yang berkepakaran dan mempunyai takhassus dalam bidang psikologi ini sangat sesuai dibaca oleh mana-mana golongan terutama kepada mereka yang mempunyai rasa kekosongan dalam menjalani kehidupan, hilang minat mengejar perkara yang dahulunya dilakukan dengan bersemangat tetapi kini sudah mula penat.

🌱 Dengan menjadikan 'Penat' sebagai buku pertama untuk pembacaan tahun 2023, semoga diri ini bangkit mencari erti kebahagiaan sebenar dalam kehidupan dan semoga berjaya mendewasa bersama kebahagiaan.
Profile Image for Nas.
149 reviews68 followers
November 9, 2022
Alam dewasa itu sangat memenatkan dan menuntut seluruh kudrat kita untuk meneruskan kehidupan. Suka ataupun tidak, setiap orang perlu melaluinya.

Sebagai seorang individu yang baru menginjak ke alam dewasa, saya akui akan hakikat ini.

Tak mudah untuk membiasakan diri dengan rencam emosi, ragam dunia dan manusia, tekanan di tempat kerja, komitmen yang pelbagai, serta kepenatan yang berpanjangan berbanding ketika saya masih bergelar pelajar dahulu.

Komitmen kerja, kehidupan peribadi, keluarga dan bil bulanan— kita semua terikat dengan perkara ini sehingga ada satu ketika kita akan rasa penat emosi, penat mental, burnout dan boleh cetuskan bermacam-macam emosi negatif yang lain.

Buku ini membuat saya banyak berjeda dan muhasabah diri tentang pengalaman saya sendiri menjadi dewasa, membuat saya merenung semula apa makna hidup saya, juga apa tujuan sebenar saya bekerja.

Banyak halaman interaktif yang boleh ditulis dan diisi oleh pembaca seperti penilaian tahap fokus bekerja.

Penulis juga menekankan konsep psikologi positif dan juga menawarkan situasi win-win antara majikan dan pekerja untuk membantu pembaca mengatasi rasa lesu dan burnout.

Antara bacaan terbaik saya untuk permulaan November.

Siapa yang sesuai baca buku ini:

🌼golongan muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan & alam dewasa
🌼golongan dewasa berkerjaya
🌼golongan yang sedang lesu & burnout

Profile Image for Farah Shahirah.
70 reviews2 followers
June 21, 2023
Buku yang bagus untuk dibaca bagi sesiapa yang berada dalam keadaan lesu, penat, rasa kosong atau rasa normal tetapi mahu kembangkan potensi diri lagi. Banyak keywords penting berkaitan kesihatan mental boleh dipelajari dan dijadikan panduan dalam menjaga kesihatan mental diri masing2.
Antaranya; zon fokus, emosi positif dan negatif, over-achiever, makna kehidupan dll.
Dan menariknya lagi, apabila penulis memberikan contoh2 dari sirah Nabi, hadis dan AlQuran yang boleh dijadikan panduan dan iktibar dalam memperbaiki kehidupan kita di muka bumi ini.
Profile Image for Husnayusoff.
11 reviews3 followers
September 17, 2023
5/30 Penat by Dr Alizi Alias.

" Ya Allah susahnya nak habiskan satu buku! "

.
.

Kau dah kenapa sebenarnya ? Bukankah membaca perkara paling kau suka ?

.
.

*PENAT*

.
.

Ternyata, lesu itu berbahaya kerana kita tidak perasan bahawa kita ada masalah ataupun sebaliknya. Yang ada cuma kita tidak pernah cuba menyelesaikannya, sekadar memudahkan kita untuk memahami perasaan sendiri. Itu sahaja.

.
.

Sedalam apapun minat kita terhadap sesuatu, jika selalu dihimpit dengan pelbagai faktor. Lama-lama akan menurunkan mood kita bahkan kita bakal kehilangan diri kita yang dahulu. Yang paling kita rindu.

.
.

Ada memori "indah" yang aku simpan hanya buat aku yang pernah hilang diri buat seketika dan relapse twice. Cukup sekadar hanya mereka tahu siapa mereka di hati aku. Dari "sakit" itu Allah tapis siapa yang selayaknya buat terus bersama aku di sisi dan siapa yang pergi membawa diri dan memori.

.
.

Intipati buku ini yang dapat aku simpulkan :

1. Andai kita rasa something wrong dengan diri kita secara mental dan fizikal seek for help. Jangan disebabkan takut orang kata "dia gila". BIG NO OK !

2. Mental illness bukan gila, hanya sistem otak mereka sahaja tidak seperti otak orang normal. Yang tiada beza adalah hati nurani mereka tetap normal.

3. Pedulilah dengan keluarga, sahabat dan teman kita andai mereka perlukan kita. Mereka bukan nak anda sebagai problem solver pun tapi mereka nak anda di sisi hanya untuk mendengar segala yang bermain ni otak yang serabut. Berselirat otak mereka ketika itu hanya Tuhan yang tahu. Hilang punca. Tak tahu apa punca masalah dan tak tahu nak buat apa.

4. Ujian setiap kita berbeza, ada yang tampak penuh bahagia, senyum sampai ke bulan tapi deep inside dia dibelenggu ujian berat yang sebenarnya itulah bukti kasihnya Allah!

Rating : ⭐️⭐️⭐️⭐️
Profile Image for Irfan Muhaimin.
93 reviews3 followers
April 3, 2024
Kebiasaan kita jumpa di pasaran buku yang ditulis oleh ahli psikologi klinikal dan kali ini daripada psikologi organisasi bercakap mengenai well being dalam hidup terutama dalam melibatkan organisasi seperti kerjaya. Manusia tidak terlepas dalam mencari kebahagiaan dan memahami emosi emosi negatif merupakan manifestasi kepada kemekarab, caranya adalah mengiktiraf perasaan itu dan barulah berusaha dengan bersungguh mencapai emosi. Ada dua jenis kebahagiaan iaitu bahagia sementara yang cepat dirasai dan bahagia menyeluruh dan memerlukan lebih usaha dikecapi. Semakin kita dewasa semakin sukar untuk mendapat kebahagiaan antara sebab lain diri sendiri sukar bahagia untuk diri sendiri ataupun komitmen, bebanan dan situasi mendewasa itu sendiri. Berdasarkan apa dikata oleh Dr Carol Ryff elementary penting untuk bahagia dalam tempoh long term adalah menerima keadaan diri sendiri, berusaha membangunkan potensi diri, mempunyai tujuan hidup yang jelas, berusaha mempraktikan hubungan posititf dengan orang lain, mampu dan mahu mengambil tindakan atas lingkungan dan autonomi dalam membuat keputusan. Buku ini ibarat menegur aku yang mencari kebahagiaan
Profile Image for Asif.
6 reviews3 followers
January 29, 2023
Perbincangan mengenai kesihatan mental dan penyakit mental sangat menarik dan membuka mata.

Bagaimana penulis menjadikan kisah sirah sebagai teladan dan asas dalam memahami pendekatan yang sepatutnya juga bagi saya sangat dialukan.

Sering bila saya yang tergolong dalam generasi yang ‘belum tua’ ini ingin memulakan perbincangan mengenai kesihatan mental dengan generasi yang lebih veteran, kebiasaannya agak sukar. InsyaAllah, buku ini boleh menjadi asbab untuk memulakan perbincangan yang sihat.

Saya dapati tips yang diberikan realisitik dan tak terlalu ideal. Dan perbincangan pda satu-satu topik tak meleret.

Moga buku ini dapat meningkatkan kefahaman kita masyarakat awam mengenai kemekaran dan kelesuan yang menghiasi hidup kita.
Profile Image for Mastura Hashim.
17 reviews
March 9, 2023
Untuk seseorang yang baru didiagnosis mempunyai penyakit mental, buku ini, secara harfiahnya, bagai ditulis untuk diri ini.
Tajuk paling dekat dengan hati dan keperluan pada saat ini, tentang mencari makna dalam kehidupan.
Sangat suka dengan latihan yang ringkas yang disediakan kerana ianya berjaya menambah kefahaman usai habis membaca topik atau sub topik tersebut.
Suka dengan lenggok bahasa penulis. Suka dengan penggunaan istilah mekar dalam melambangkan prestasi kesihatan mental yang terbaik.
Saya bagi lima juta bintang kepada buku ini. Begitu.😆Tahniah Dr Alizi dan tim yang terlibat sama dalam menghasilkan naskah yang ingin saya ulang baca lagi sehingga “penat”. 💐🥳
Profile Image for Luna.
37 reviews
August 26, 2023
Kalau saya makan satu petak coklat dari kepingan Cadbury setiap kali saya jumpa perkataan 'mekar', saya mungkin akan dapat diabetes.
Penulisan yang sangat professional dan matang. Walaupun ini buku debut, gaya penulisan sedikit monotone, kejujuran dalam penyampaian menyebabkan buku ini sampai ke hati.
Penulis kerap menyebut tentang ahli psikologi organisasi. Rasa macam promosi diri sendiri, tapi saya pasti penulis hanya mahu memberi kesedaran akan kewujudan profesion tersebut.
Pada mulanya penulis
Profile Image for Tsumiki Hajira.
319 reviews2 followers
July 20, 2023
Pertama sekali, saya nak ucap terima kasih pada Dr. Alizi sebab terbitkan buku ni.
Saya tak tahu orang lain, tapi untuk saya, buku ada banyak input bermakna yang telah meleraikan beberapa persoalan dalam minda, dalam mengharungi liku-liku kehidupan emotionlessly. Kadang-kadang penat tu tak semestinya penat fizikal, it could be when you just feel numb, just don't know what to do anymore. Bagi saya, penat yang macam tu memang memenatkan dan agak sukar dikurangkan.

Satu lagi yang melegakan saya, buku ni tak tertumpu untuk sarankan kita memandang ke arah positif semata-mata, tapi berdamai dengan keadaan & perasaan. Accept your fate, accept yourself, no need to worry if you are sad, you are stressed, sebab kita manusia, bukan robot. Ada beberapa petikan yang buat saya berfikir beberapa kali, oh macam tu rupanya? oh ya ka?. Dan ada pendekatan fakta yang menyokong, tambah sikit ilmu kat sini.
Profile Image for Amirah Roslan.
1 review
May 13, 2024
Honest reviews of this nonfiction book.

Banyak sangat yang relatable. There are numerous definition of “Mental health” that you should know. From this book, the author highlights the problems related to “feeling” and “challenges faced” by many individuals in living this life, especially in reaching adulthood.

The most interestingly, the author describes the sentences by using examples from the Prophet's head, Hadith & Quran.

My advice is, slowly baca and understand the messages conveyed in those sentences.
Profile Image for Sarah Azhar.
1 review
April 6, 2023
Keypoint: Bahagia, emosi positif & negatif, positif toksik, engagement (focus), makna hidup, over-achiever.

Overall, buku ni fokus kepada individu secara umum. Banyak juga fokus kepada individu bekerjaya. Untuk yg tidak bekerja seperti saya, poin yg menyentuh bab kerja tidak dapat dirasai sepenuhnya.

Part yang paling ‘dekat’ dengan saya adalah pada topik bahagia dan over-achiever.

Buku yg bagus, bahasa yg mudah difahami, recommended 👍🏻
1 review
December 25, 2022
1) Ulasan tentang cara untuk meraih kemekaran dihuraikan dengan baik dan dipecahkan mengikut bab secara tersusun.

2) Setiap bab disediakan skala ukuran yang diadaptasi daripada kajian dan rujukan. Skala ukuran tersebut boleh di jadikan sebagai aktiviti dan aplikasi hasil bacaan.

3) Kebanyakkkan saranan disandarkan dengan ayat al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
Profile Image for Salsabiila .
4 reviews
January 30, 2023
Semua orang pasti ada emosi sama ada negatif atau positif. Biasanya kita tiada masalah dengan emosi positif contohnya gembira, teruja. tapi kalau emosi negatif kebanyakan orang akan cuba berselindung. so, inilah yang nak disampaikan oleh dr. iktiraf apa jua emosi yang sedang kita hadapi dan cuba untuk mencipta diri yang lebih genuine.
Profile Image for Izan Hussein.
3 reviews1 follower
April 30, 2023
Macam-macam perkara boleh buat kita ‘PENAT’. Pada saya, terpaling penat ialah melayan kerenah manusia. Buku ini membentangkan secara terperinci formulasi yang telah dibangunkan oleh pakar psikologi bagi mengatasi masalah ‘penat’ ini supaya hidup kita jadi lebih bermakna. SMARTEST! Antara terminologi baharu yang saya pelajari daripada buku ini.
Profile Image for Hamidah Effendi.
350 reviews3 followers
March 30, 2025
Banyak benda menarik dalam isi buku ni.

Kita akan lebih bahagia jika faham akan tujuan hidup kita di dunia.

Belajar bersyukur dengan apa sahaja yang kita miliki.

Ada banyak latihan untuk kita memahami diri kita sendiri. Sebab buku library so hanya sempat tangkap gambar sebagai reference diri. Nak beli lah buku ni nanti.
Profile Image for Muhammad Fakhruddin.
153 reviews20 followers
December 30, 2022
Buku yang secara peribadi, sesuai mengakhiri 2022 dan setelah dua tahun kebanyakan kita mengharungi ketidaktentuan yang pelbagai.

Penulis berkongsi beberapa tips praktikal dalam menguruskan kepenatan emosi, dan secara santai menghubungkan beberapa contoh dengan kisah-kisah sirah.
Profile Image for Azee Shiraz.
66 reviews1 follower
January 15, 2023
Ada satu Saat saya rasa tak bermaya lepas 3 minggu, badan tak sihat sampai effect performance Di tempat kerja. Apa Yang boleh buat, cari positive semula, ingat tujuan Dan bangkit semula. Buku ini membantu la sedikit,boleh dijadikan panduan untuk para kaunselor, ibubapa & orang dewasa .
Profile Image for Hafizul Shahar.
41 reviews
May 30, 2023
Best...kalau dah pernah baca kekok, mesti faham buku ni. Memang sesuai untuk individu yang penat mengurus emosi. Emosi sendiri dan emosi orang lain. Kita tak judge orang yang ada masalah emosi. Malah kita sama-sama menuju kepada kemekaran emosi
Profile Image for Nazneen.
12 reviews1 follower
October 20, 2023
Pendedahan yang baik bagi saya yang tiada asas bidang psikologi, tetapi sangat memerlukannya terutama bagi menghadapi alam pekerjaan. Buku ini lebih bermakna dan dekat kerana terdapat sedutan dari Sirah Nabi Muhammad SAW juga. Tahniah dan terima kasih kepada penulis serta penerbit.
11 reviews
November 27, 2022
1. Banyak tips baru dan lama yang diketengahkan dan dijelaskan dengan baik.
2. Sumber rujukan jelas di akhir buku.
3. Sesuai untuk semua golongan.
Profile Image for ILYA ROSLAN.
23 reviews14 followers
February 11, 2023
Semuanya part buku ini saya suka kecuali bahagian penutup. Terlalu ‘brief’.
Profile Image for In_moonieyrah.
25 reviews7 followers
April 10, 2023
Saya akan memasuki housemanship dlm beberapa bulan. Buku ni sangat praktikal sebagai persiapan mental saya.
7 reviews
December 20, 2023
Penulisannya santai dan isi²nya pun sangat menarik untuk kekal membaca. Banyak input yang diberikan yang dapat membantu saya dalam memahami emosi saya ketika dalam proses mencapai matlamat hidup.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
September 24, 2024
Buku yang ohsem dan mampu membuatkan kita rasa tenang dalam menghadapi kepenatan..
Displaying 1 - 30 of 32 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.