Kita semua pernah berasa risau apabila memikirkan perihal duit — risau andai kita dapat bertahan hingga hujung bulan; risau andai simpanan kita cukup; risau memikirkan cara untuk menambah pendapatan.
Lambakan nasihat daripada guru kewangan yang mempunyai pelbagai 'mazhab' cara fikir pula semakin mengelirukan. Yang mana satu perlu didahulukan? Melabur, menabung, atau mencari kerja yang bergaji lebih besar?
Bergaji & Pokai tampil untuk merungkai segala kerisauan tersebut, di samping menunjukkan langkah awal pengurusan kewangan yang mudah melalui dua bahagian: • Cara untuk menilai kesihatan duit serta cara menguruskan kewangan. • Mengubah perspektif terhadap erti menjadi kaya dan membentuk cara fikir yang realistik berkaitan peranan duit dalam hidup.
---
“Buku ini untuk orang yang penat menjadi pokai. Penat pokai itu bukan sekadar penat pada fizikal, malah pada mental."
Sebuah buku yang sangat bagus untuk pemula, terutamanya fresh graduate dan yang baru nak mula kerja. Yang dah lama kerja pun boleh sebab topik yang dibincangkan adalah universal.
Ada 4 bab. Pertama penulis set the expectation. Kedua beliau cerita prinsip asas kewangan. Mana nak mula dulu. Kemudian beliau beri tips menyimpan dengan banyak dan cepat serta 'insider tips and tricks' serta kupasan lanjut tentang tabiat berbelanja. Bab ke 3 beliau sentuh tentang mindset yang betul dan akhirnya beliau kupas tentang pelaburan. Buku diakhiri dengan perkongsian peraturan wang.
Mudah faham, direct dan IMAN lampirkan link siri video dengan topik Kenapa Sudah Sangat Nak Simpan Duit yang dikupas oleh penulis sendiri.
it's a really great personal finance book! I've read many others, mostly from international authors, heavily on theory but this one is practical and realistic! wajib read if you're Malaysian.
buku ni sesuai untuk: fresh grads & beginner yang nak start mengurus kewangan but don't know where to start
as a student who is few months away from graduating, this is very helpful! ada information/knowledge yang sudah saya ketahui, tapi buku ni bantu susun the info in order. juga membantu untuk memahami literasi kewangan.
yang seronoknya, at the end of every chapter ada rumusan. in my case, i jot them down on notion, and adjust some of them according to my preferences/needs.
author pun realistic. jadi, takde la terlintas "author cakap(tulis) senang la, tapi hakikatnya susah". if the author happens to read this, just know i deeply appreciate your great sharing!
Sejujurnya, the reason why aku beli buku ni adalah sebab tertarik dengan tajuk dia. Hahaha. Memang describe my current life situation. Yes, I’m exposing that I do not have money to survive Klang Valley. Tapi Alhamdulillah masih mampu makan sampai kenyang setiap hari.
Also, of course nak belajar menguruskan duit. Bila dah menjadi orang dewasa yang bekerja, itu bererti kita ada pendapatan sendiri yang datang dalam bentuk duit. Dan duit ni perlu diuruskan untuk tujuan keselamatan dan kecemasan. Penulis dalam buku ni pun sebut benda yang sama. Jadi, amat penting bagi seorang dewasa yang bekerja dan ada pendapatan untuk cakna tentang pengurusan kewangan sendiri.
Aku yang sudah 27 tahun ni pun masih merangkak bab menguruskan kewangan. Ada hutang dengan kawan-kawan juga yang masih belum mampu dibayar. Tak kira lagi PTPTN yang tertunggak ahahaha. So, kalau kita mengalami perkara yang sama, saya sangat recommend buku ni untuk awak baca juga haha!
Selama ni kita mesti pernah dengar tentang formula pengurusan wang 50/30/20 kan? Dan yang seangkatan dengannya macam 60/30/10, 70/20/10 tu kan? Dalam buku ni dia cerita lebih lagi. Bagaimana nak mula menyimpan? Kalau langsung tak ada percentage yang cukup untuk simpan, nak simpan apa ja? Kena ada saving berapa banyak untuk tujuan keselamatan dan kecemasan tu? Paling saya suka bila penulis keep repeat “kurangkan perbelanjaan, tambah pendapatan!” Satu slogan yang patut dibina dalam diri supaya sentiasa aware tentang sikap membeli diri sendiri.
Seronok baca buku ni sebab cara-cara berjimat, menyimpan dan menambah pendapatan tu sangat mudah difahami dan very practical actually. Masa saya baca tu, sambil saya terus cuba buat apa yang penulis terangkan. Contoh, list komitmen dan kat mana part kita boleh kurangkan belanjaan. Saya perasan saya suka shopping buku walaupun buku tak baca banyak lagi. Buku pula actually expensive. Lebih mahal dari skin care dan makanan fancy. Satu ja dah RM30.00 average price. Beli satu ja pula tak cukup sebab kalau dapat buku best, sekali duduk dah habis baca. (Macam buku ni hihi) So at least saya kena beli 3 buku. 3 buku dah almost RM100.00. Soo, nampak tak kat sini, kena kurangkan perbelanjaan part beli buku ni. Daripada sebulan 3 buku kepada 3 bulan 1 buku ja. Considering banyak lagi juga buku tak dibaca heheheh.
See, very practical right? Semua orang boleh follow. Sangat mudah dan realistik. Bukan cerita tentang nak kaya cepat, sebab itu agak impossible kalau ikut cara yang betul. Tapi penulis fokuskan kepada keselamatan dan kecemasan kita untuk jangka masa panjang. Sebab apa kena ada minimum amount of simpanan dan sebab apa kena menyimpan sejumlah wang yang sama dengan jumlah 3 hingga 6 bulan gaji. Bila buat sesuatu dengan sebab yang jelas ni, lagi seronok kita nak take action.
Penulis pun ada cerita tentang pelaburan, KWSP dan SSPN yang pada pendapat saya, amat penting untuk seorang dewasa yang ada pendapatan dalam bentuk duit (mestilah duit hahah) untuk ada ilmu tentangnya.
Selamat membaca dan selamat mengurus kewangan anda!
“Tak apa susah, asalkan sementara, bukan seumur hidup.”
Sejujurnya, aku jarang dapat fokus kalau baca tentang kewangan sebab susah nak faham jargon yang digunakan.
Tapi buku ni pada aku sangat bagus sebab penulis dapat sampaikan sesuatu yang penting tapi rumit dengan bahasa yang mudah faham.
“Mencari pendapatan lebih penting daripada mengurangkan perbelanjaan.” P
Tingkatkan pendapatan, cara penyimpanan dan bila masa yang sesuai untuk pelaburan antara perkara yang dibincangkan dengan jelas dan realistik dengan keadaan semasa.
Ada banyak cara dan tips yang praktikal diketengahkan oleh penulis sehingga kita jelas dan faham dan boleh terus lakukan.
Buku ni actionable, selain dapat tingkatkan ilmu untuk celik kewangan, kita juga secara tak langsung dapat analisis cara kita mengurus kewangan.
Highly recommended untuk individu yang berada di final year, yang baru bekerja atau yang dah bekerja, tapi macam lost, tau tahu nak start, masih terpinga pinga tentang kewangan.
Nice! Very practical and i am excited to implement all these. Buku ni patut dibaca seawal yang mungkin bagi semua rakyat Malaysia. Saya sebagai yang baru mula kerja, this is a very good one. Thank you to the author and the publisher!
Sangat recommended kepada mereka yang mahu mula menambah ilmu kewangan dan mahu mula mengurus kewangan. Banyak pendapat penulis yang saya setuju dan banyak juga info yang saya peroleh. Infonya tidak terlalu details tapi mencukupi bagi pemula (atau intermediate). Ayat yang digunakan juga mudah difahami. Recommended 👍🏻
✔️ A great book to start improving your financial literacy. It covers almost every basic financial concept; saving, emergency funds, managing debt, investment tools and many more. Altho, I secretly hope she will cover Takaful (protection) topic more precisely, but its okay coz it also means I cannot rely on one single source (for financial planning).
✔️ Lecturing you with some money-related principles (the meaning of wealth, how to buy ‘happiness’, the value of time, financial freedom etc)
✔️ I wouldn’t say its just for fresh grads or people who have just started having income, coz trust me, there’re still people who-not-so-fresh-graduated are lacking of awareness on financial planning (read: me haha) so I would say this book is for everyone who wants to start taking their financial planning seriously. Better late than never, right? 😉
✔️ There are soo many immediate-action tips given. We just have to start. Suraya really spoon-feeds us with this one hahaha. 1 tip caught my attention; “Cara Mendapat Gaji Besar”. 🤩
✔️ All tips and guidelines provided are based on the author’s personal experience with handling her finances. We can keep exploring until we find what actually works for us.
That is all for now. Go read it folks!
P.S. this is only my personal pov and you might have a different opinion after you read it. Feel free to share with me hee :)
Buku pemula yang baik sebagai pengenalan awal kepada pengurusan kewangan yang realistik. Penulis memberikan panduan langkah demi langkah di setiap bab, di samping berkongsi pengalamannya sendiri. Pendekatan realistik mengenai kewangan yang dibawa penulis adalah manusiawi kerana penulis mengambil kira faktor perbezaan tahap kemampuan seseorang dalam setiap bab perkongsiannya.
Dari segi gaya penyampaian dan bahasa pula, ia mudah difahami, meskipun secara peribadi ada beberapa tempat di dalam buku ini yang bahasanya agak kekok pada saya dari segi pemilihan perkataan.
Perkongsian penulis dalam buku ini banyak bersifat praktikal. Beliau tidak sekadar “spoon-fed” para pembaca. Kita dibimbing untuk menganalisis sendiri kewangan kita dengan realiti kita. Bak kata pepatah melayu, “ukur baju badan sendiri.” Ini penting.
Full of honesty and wittiness till the end!Walaupun ada bahagian yang agak "perlahan", jadi tak bosan sebab penyampaian beliau yang “engaging & inviting”. Sejujurnya, kita, si pembaca, berasa seperti sedang duduk bersembang di kedai kopi bersama-sama kenalan rapat yang banyak pengalaman hidup. . Dalam memberikan tunjuk ajar cara-cara perlaksanaan garis panduan yang telah dikongsikan, penulis sering kali dengan bersahaja, memberi kata-kata semangat. Diselitkan juga komik yang juga berseloroh dan benar, terhibur kita pembaca, adakala “kebenarannya” menusuk comel juga, haha. Nasihat beliau sangat-sangat lah relevan, terutama untuk orang-orang yang baru berjinak-jinak dalam pengurusan kewangan peribadi. . Perkongsian beliau membuka mata kita tentang isu-isu semasa. Bahasanya sangat mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat! Banyak perkara yang biasanya orang tahu tapi kurang mengendahkan, jadi Suraya kembali mengingatkan dan menekankan kepentingan hal-hal tersebut. . The only “complaints” I have:
Topik-topik awal agak panjang. Umpama perjalanan dari Johor ke KL. Lepas 2 jam baru sampai Pagoh. Tiba Ayer Keroh, cepat je sampai KL! Kemudian, ada isi kandungan agak berulang dalam satu bab dengan bab-bab lain. Ya, saya faham untuk mudah orang fahami, tetapi kekadang penat baca benda yang sama.
Buku ni merupakan buku kewangan pertama yang aku beli sebab tertarik dengan tajuknya walaupun masa aku beli aku takde gaji lagi. Lepas beli, macam biasa aku perap dulu dan lepas grad ni barulah macam sedar diri yang ilmu finance tak banyak dan terhad apa yang aku belajar dalam kelas (very little and impractical) je.
Buku ni bagi aku sangat sesuai untuk semua yang baru nak mula susun kewangan sendiri macam aku. Banyak info yang penulis kongsikan dan cara penyampaiannya pun santai-santai je. Jujurnya, aku bukan pembaca buku fiksyen. Aku boleh ambil masa bertahun untuk habiskan satu buku nonfic. Imagine my surprise masa pertama kali aku baca buku ni terus hooked dan habis lebih lima puluh muka surat. Untuk aku, sangat wow.
Aku sangat suka dengan susunan bab dalam buku ni. Sangat teratur, membuatkan aku mudah untuk faham inti yang nak disampaikan. Penulis juga ada selitkan tips dan nasihat yang realilstik yang boleh kita guna. Since penulis ada juga include data walaupun tak tepat sebab dah bertahun tapi masih boleh dijadikan rujukan.
Aku highly recommend buku ni untuk sesiapa yang baru nak mula belajar financial management.
Antara buku yang amat mesra-pembaca yang pernah saya baca, terutamanya kepada sesiapa yang baru mula mahu berjinak dengan perihal kewangan.
Ternyata penulis banyak membuat bacaan dan rujukan, dan mampu berkongsi tips dan ilmu awal untuk sesiapa yang mahu menjadi kaya dari segi bebas kekangan kewangan. Dari awal lagi penulis telah memberi amaran bahawa buku ini bukanlah bertujuan untuk memberi ilmu untuk menjadi kaya semata-mata, tetapi menjadi kaya dari segi bebasnya dari membuat pilihan yang tidak bijak dari segi mengurus kewangan.
Menariknya, penulis memberi matlamat kecil untuk dicapai, supaya seseorang tidak membuat keputusan yang salah dan akhirnya berhutang atau rugi disebabkan kurang memahami pengurusan kewangan yang sesuai dengan diri.
Setiap bab juga disediakan matlamat pembelajaran yang mudah difahami kerana visual yang disediakan. Namun, terdapat terlalu banyak pengulangan pada setiap bab yang membuatkan bacaan agak terganggu dengan nota yang sama berulang-ulang.
Saya amat syorkan buku ini terutamanya kepada orang muda yang mahu memahami dan merancang pengurusan kewangan untuk masa hadapan.
Sebagai seorang yang tak suka subjek perdagangan dan ekonomi (lebih daripada addmath dan fizik!, penulis berjaya membuatkan saya rasa belajar tentang kewangan ni agak seronok. Sebagai seorang pemula (noob) dalam hal kewangan, saya rasa di-welcome dan usaha saya untuk mula ambil tahu dihargai.
Suka dengan cara penulis yang mengamalkan gaya 'no size fits all' dalam nasihatnya dan tidak 'guilt-shaming' para pembaca yang masih tidak berjaya atau mahir dalam urus duit. Penulis juga sangat 'considerate' dalam konteks dan contohnya, mengakui yang bukan semua ada 'privilege' untuk buat apa yang disarankan.
Kesimpulannya, penulis membuatkan hal kewangan yang sangat asing bagi saya terasa manusiawi, 'relatable' dan menarik minat saya untuk belajar demi kebaikan sendiri.
# Bergaji & Pokai: Membina Kehidupan Bebas Tekanan Melalui Pengurusan Kewangan Yang Realistik # 1/2/2023 ~ 1/29/2023 # 5.0 / 5.0
Jika anda berminat untuk belajar cara-cara bagaimana untuk bebas dari berhutang, tips meningkatkan sumber pendapatan anda dan ke mana sepatutnya anda salurkan duit anda demi keselamatan anda, buku ini sesuai menjadi bahan bacaan anda.
Namun, buku ini bukan untuk mereka yang mahu mengetahui cara menjadi cepat kaya. Buku ini khas untuk pembaca yang mencari panduan untuk menjadi kaya dari segi kebebasan dari kekangan hutang dan duit yang tidak mencukupi dalam kecemasan serta. Sekiranya berminat untuk menjadi kaya dari segi mempunyai keluangan untuk menikmati hidup cara optimal, saya syorkan buku ini.
Sesungguhnya, minat saya dalam buku ini berputik sejak saya jumpa laman web ringgitohringgit.com yang ditulis oleh penulis buku ini. Saya suka cara dia berkongsi ilmu. Falsafah hidupnya agak serupa dengan saya. Dalam buku ini dia ada menyebut tentang Ramit Sethi yang juga saya kenal dari Netflix docuseries yang bagi saya agak menarik.
Cuma yang saya kurang suka dalam buku ini adalah bahagian pengenalan dan prakata yang asyik diulang-ulang. Rasanya buku ini boleh dipendekkan kalau dibuang bahagian yang menyentuh perkara yang sama. Selain dari pengulangan, saya amat suka isi buku ini dan saya rasa saya akan kerap merujuk kepadanya di masa depan.
Love love love this book! I was in reading slump lama tau! Then decide to read this book lah sbb dah biar terdampar lama juga haha. At first skeptik sebab takut mcm tipikal buku kewangan yang mcm berdegar degar sangat, takut kite yang marhaen ni. But i finished this book in 2 or 3 days je!! Siap baca time traffic light weiiii punya tak sabar nak habiskan.
Btw buku ni content dia very close to heart tau. Kita rasa relatable dgn penulis. Kita rasa penulis tak memaksa kita utk invest, meniaga dan sebagainya. In fact, penulis mendorong kita utk start small, contoh yg paling saya ingat - start kumpul 1k. The first 1k is gonna be so hard but if we reach that, the next K would be easier. Tbh memang susah nak capai 1k skrg. Baru nak happy dah 700 tiba² kena tukar tayar. Melayang lah rm500. Start daki balik slow slow. Papepun, buku ni memang best!
Walaupun aku baca skip2 sebab point berulang dan nasihat tak relevan untuk aku, aku still suka buku ni. Banyak jugak point yang relevan dan aku boleh ambil. Especially part simpan 3-6 bulan tu. Tu memang perlu. Aku setuju.
Tapi memang betul realistik jugak lah nasihat² dia. Elok untuk orang yang memang gaji sikit dan untuk orang yang baru nak berjinak2 dalam pengurusan wang. Disebabkan aku bukan orang yang baru nak berjinak-jinak (tapi masih noob), ada banyak point yang aku dah memang sedia tahu. Jadi, aku skip saja part tu haha. Tapi okay lah sebab tak buang masa aku. Aku suka.
Part point ulang-ulang tu aku rasa pun sebenarnya perlu je sebab ye lah kita ni manusia cepat lupa. Orang baru je kata buat macam ni tapi kau boleh jugak buat macam tu. Dah dewasa pun perangai macam toodler lagi. Yang kata jangan tu lah nak buat.
Sejujurnya, ini merupakan buku pertama kewangan yang saya baca, hadam & telaah. Saya boleh katakan buku ini datang pada masa yang agak tepat? (sebab saya baru masuk alam pekerjaan dalam 4 bulan). Makanya, segala nasihat & panduan yang diberikan dalam buku ini sangat sesuai untuk diri saya sendiri sebagai orang yang baru belajar nak urus gaji & kewangan harian.
Terima kasih penulis & juga IMAN kerana menghasilkan buku ini. Penulisannya sangat santai, membantu, tak berat dan bila baca buku ni, seolah-olah saya tengah dengar wacana berkenaan kewangan. Buku ini memudahkan golongan seperti saya untuk menukar sudut pandang mengenai hal kewangan - daripada perkara rumit kepada perkara yang mudah untuk diuruskan (manageable).
Buku ini banyak menceritakan pengalaman penulis dalam aspek pengurusan kewangan. Bagaimana penulis mengatur pembelanjaan, peraturan duit yang penulis terapkan.
Penulis juga ada berkongsi pelbagai punca mengapa kita mudah terlebih belanja, bagaimana peranan bisnes memperdaya kita untuk membeli walhal kita tak perlukannya.
Penulis menegaskan betapa pentingnya pengurusan kewangan walaupun gaji kecil supaya kita dapat rasai kebahagiaan dan syukur dengan apa yang kita ada. Selain mengurangkan perbelanjaan, kita juga disarankan untuk menambah pendapatan dengan pelbagai cadangan ada penulis berikan.
Untuk pemula yang mahu belajar pengurusan wang, ini buku yang boleh anda gunakan. Teknik yang dikongsi sangat realisti,sistematik dan mudah diikuti. Saya suka cara penulis mengongsi tips seperti langkah kebebasan kewangan, psikologi manusia dengan wang dan juga mengenai pelaburan. Benar, kita harus jana pendapatan lebih dari perbelanjaan dan perbelanjaan kurang dari pendapatan.
Secara keseluruhan, perkongsian yang realistik ini sangat berpatutan dengan zaman ini. Penulis bijak kerana tidak menidakkan keperluan wang dalam sosial dan hiburan manusia. Apa2 pun terima kasih suraya di atas bergaji dan pokai!
“Tak apa susah, asalkan sementara, bukan seumur hidup.” .
Aku suka ayat ni. .
Sejujurnya, aku dah lama tak baca buku non-fiction. .
Buku ni bagus untuk orang yang baru nak berjinak untuk menguruskan kewangan dengan baik. .
Ada beberapa bab yang setiap satunya penulis fokuskan dengan detail. .
Penulis siap ajar macam mana cara untuk tambah pendapatan, selain menyimpan dan melabur. .
Overall, buku ni bagus untuk yang baru dan ingin bermula. Mungkin disebabkan aku dah pun bermula sejak awal tahun ni, so, topik ni agak redundant untuk aku. Tapi keseluruhannya bagus.
Best RM30 I’ve spent so far, I finished this book in less than 5 hours! I’ve been an occasional reader of ringgitohringgit so I know the author knows what she’s saying - but as a fresh grad in my early career I am evermore grateful I picked up a personal finance book that is filled with empathy and down-to-earth practical tips and none of the hard-selling / guilt-tripping language a lot of finance books adopt. It’s validating and motivating but also realistic. Highly recommended for personal finance noobs like me!
Bergaji dan Pokai oleh Suraya Zainudin adalah satu buku pengurusan kewangan yang praktikal, mudah difahami, padat dengan langkah spesifik, dan jelas menunjukkan kepakaran pemasaran penulis.
Buku ini juga diolah dengan peredaran zaman yang merangkumi internet dan perkembangan teknologi yang telah mengubah kehidupan manusia segajat.
Saya sangat sarankan anda baca buku ini sebagai permulaan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur. Kalau nak mula dari kosong, baca buku ini.
Yang dah bagus mengurus wang, boleh juga baca buku ini sebagai ulangkaji dan peringatan.
Been following Suraya Zainuddin on the blog ringgitohringgit.com since 2019, and this is the third financial book I read all the way to the end. Her writing approach was similar to her blogging style (with the exception of using Malay as the major language in this book). The author delivers very realistic, practical financial guidance and current life knowledge to beginners, emphasizing how to save money first rather than giving endless examples of exaggerated unrealistic comparisons on people’s backgrounds living, trading and such. She also briefly discusses investments (KWSP, ASB, etc.) whichever suited to our needs, but her niche focuses primarily on guiding readers to first build saving habits and organize our financial accounts.
Buku yg bagus utk beginners. Saya akan bagi anak saya baca, dia baru habis SPM, kadang2 perkara money management ni susah kita nak ajar anak sendiri. Buku ni agak lengkap dgn tips dan mindset yg perlu utk urus kewangan. Saya pula sudah ada emergency funds, perlindungan takaful dan medical card tapi belum ada PRS jadi mungkin itu yg akan saya lakukan selepas ini. Saya harap lepas ni ada sequel utk pengurusan kewangan persediaan persaraan pula.
Such an easy read. Read this after finishing IWT by Ramit Sethi so it felt a bit redundant but Suraya gave a fresh and easier outlook on starting your personal finance journey. I also appreciated her listing down lists of places to invest and what she does that might work for her but not for us.
I’ve been following her on twitter for a while and been meaning to pick up her book. Thanks to Bel for lending it to me even when she hasn’t finished reading it yer.
I enjoyed reading this because the message was conveyed in a very relatable and easy-to-understand language. Even though I'm more used to reading English, I could read this book written in the Malay language with much ease.
Very informative content, and helpful practical tips and sharing on personal finance.
I find this book very easy to read (understand), and also a very good book as an introduction/ basic to money management. This books is good for people who wants a systematic way of handling money. Chapters I find very good is the Chapter 2.2 : 5 steps to Financial Freedom and pg:135 : Focus on 3 Highest Expenses.
Great leisure read. Very beginner friendly and Malaysian-oriented instruments. Illustrations and even comics make the books better. Expecting to cover on detailed topics but understandable the purpose of the books to give exposure on being financially literate. Should've finished it by 2-hour focus read but due to being busy, managed to settle it within 5 days.
Terima kasih Puan Suraya Zainudin kerana menulis buku ini, sebagai seorang yang mempunyai sikap boros, saya sangat perlu kan nasihat kewangan yang realistic seperti ini, buku ini telah banyak mengajar saya melawan hawa nafsu dan mengawal cara saya berbelanja dan memandang duit, Harap lebih ramai dapat kesedaran seperti yang Puan Suraya terang kan dalam buku ini 😊👍
A good starting point/resource for any Malaysians who just started dipping their toes in financial literacy. What sets this book apart from other personal finance self-help book in Malaysia is how Suraya broke down important points about personal finance management into digestible pieces of content for all. You won’t catch yourself being bored at all.