Jump to ratings and reviews
Rate this book

Projek Seram: Flat

Rate this book
● Afieyza Isahak | Zara
Dua kali mendiami rumah flat memberi pengalaman berbeza buat diri Zara. Pengalaman pertama menyewa di rumah flat bersama-sama rakan sekampung. Semenjak duduk di situ, pelbagai masalah hadir kerana dirinya. Anak patung beruang pemberian arwah nenek turut menjadi mangsa. Gelang emas pemberian atuk sebelum menghembuskan nafas terakhir juga menjadi perbalahan. Kata mereka, dia ada saka! Zara tetap pertahankan dirinya sehingga pada satu tahap, dia dihalau keluar dari rumah sewa itu. Pengalaman kedua amat bermakna buat dirinya kerana tinggal bersama suami yang baru dikenali. Tetapi sekali lagi Zara diuji. Dia berkeinginan yang bukan-bukan! Kata rakan suaminya, ada yang tidak suka akan perkahwinan mereka.

Hutang nyawa dibalas nyawa! | ZARA

● Nasa Yusof | Manuskrip
Riyad, seorang editor berpindah ke sebuah rumah flat di Taman Megah kerana tempat tinggalnya yang lama agak jauh dengan pejabatnya di Syarikat Kalam Ilham. Setelah berpindah ke flat itu, Riyad sering diganggu wanita yang membunuh diri dengan terjun dari bangunan flat itu. Pada suatu hari, Riyad melihat laptopnya tersedia dengan cerita seram yang dia sendiri tidak taip. Riyad beranggapan wanita yang sering muncul itu ingin menyatakan sesuatu. Kebetulan ketika itu dia mewakili syarikatnya dalam pertandingan penulisan kisah seram. Dari hari ke hari, manuskrip seram yang sepatut ditulis oleh Riyad semakin bertambah muka surat. Sejak itu, Riyad cuba menyiasat kejadian sebenar di flat itu bersama-sama Joe dan Hafiz juga penghuni di situ. Siapakah wanita itu sebenarnya?

Pabila dendam menjadi raja | MANUSKRIP

● Aziah Zainal | Klu
Wani amat menyukai permainan cari kata. Ke mana sahaja dia pergi, buku itu akan menjadi penemannya. Namun, ada sesuatu yang pelik terjadi. Jawapan cari kata itu seolah-olah benar dan menjadi klu kepada kehilangan seseorang yang tidak dikenalinya. Setiap malam tiga perkataan yang dijumpainya akan dikumpulkan supaya mereka dapat mencari maksud sebenar di sebalik perkataan itu. Ini membuatkan ada makhluk yang akan tersenyum lebar, menantikan mangsa yang kecundang di dalam permainan itu menjadi korban. Flat tinggal itu menjadi saksi tiada sesiapa yang yang bakal keluar daripada permainan itu sehinggalah kau berpijak di dunia yang nyata!

Permainan biasa tetapi bermain dengan bayangan luar biasa | KLU

367 pages, Paperback

First published January 1, 2022

2 people are currently reading
17 people want to read

About the author

Afieyza Isahak

4 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (38%)
4 stars
8 (30%)
3 stars
6 (23%)
2 stars
1 (3%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Sha Mohamed.
2,522 reviews1 follower
November 13, 2022
Zara - Membaca kisah ini buatkan kau keliru siapa penjahatnya.. Awalnya kau sangkakan orang luar, malangya bila bacaan kau sampai ke penghujungnya, memang kau tak akan menduga pun yang penjahatnya terlihat sangat baik..

Manuskrip - Penulis menyampaikan cerita dengan cara yang menarik.. Gangguan yang dilalui Riyad serta manuskrip yang tertaip sendiri di laptopnya membuatkan kita berteka-teki.. Siapa agaknya Dayana yang selalu muncul secara tiba-tiba dan menghilang.. Kemuncaknya bila Riyad sendiri hilang seperti mana penghuni sebelumnya dan penemuan Riyad membongkar misteri siapa Dayana..

Klu - Permainan cari kata yang menyebabkan manusia terkorban.. Kehilangan Shila tak terjawab.. Kemunculan Manira secara tiba-tiba di depan rumah sewa Wani membuatkan Wani mengalami pelbagai perkara aneh.. Salah satunya helaian kertas untuk mencari kata tersembunyi yang muncul dan hilang tiba-tiba.. Benarkah Shila tu wujud? Siapa sebenarnya Manira?
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
467 reviews42 followers
December 24, 2022
Zara by Afieyza Isahak 4⭐

Zara yang baru berpindah ke sebuah flat selepas berkahwin dengan Saiful. Namun pelbagai gangguan dialami setelah berpindah ke situ.

Dendam menjadi pemangkin dalam kisah ini. Akibat dendam sihir dikirim tanpa belas kasihan. Kesian dengan watak Zara yang menjadi mangsa angkara sihir.

Walaupun dah dikatakan zaman moden namun kegiatan sihir menyihir ini masih sering kita dengar. Masih ramai yang mengikut kata hati menurut nafsu demi mencapai apa yang diinginkan.

Jalan cerita yang ringkas dan menarik tapi plot twist dia memang meletup. Tak disangka. Ingatkan orang lain tapi sebenarnya angkara orang lain.

Manuskrip by Nasa Yusof 3⭐

Riyad seorang editor terpaksa berpindah ke rumah baru kerana rumahnya jauh dari tempat kerja. Namun setibanya di rumah baru dia mula diganggu oleh bayangan seorang wanita. Dan manuskrip yang terhenti akibat ketiadaan idea mula disambung kembali. Tetapi bukan oleh Riyad sendiri. Dan isi dalam manuskrip itu membuatkan Riyad rimas dan ingin menyiasat lebih dalam.

Penulis menghasilkan watak yang sangat realistik dan dapat dirasai. SH rasa meluat betul dengan Bakhtiar yang bersifat diva dan suka menunjuk-nunjuk kebahagiannya. Sakit otak kalau dapat boss macam Bakhtiar yang suka memerli orang bawahannya. Dan satu lagi watak yang buat SH rasa cukup meluat adalah Erin. Suka memaksa. Geram betul dibuatnya. Selagi tak dapat selagi itu dia tidak mengalah.

Perselingkuhan yang disampaikan dalam kisah ini bukanlah kisah yang jarang didengar. Nafsu dijadikan tunggangan tanpa mengira dosa dan pahala. Sudah punya pasangan yang baik namun mata masih melirik ke arah lain. Yang baik depan mata seolah tidak kelihatan namun yang jauh di mata itulah yang nampak molek.

Walaupun jalan cerita agak klise namun watak-watak yang ada menyerikan lagi kisah ini. Dan ada sedikit plot twist di hujung cerita yang mengundang senyum SH.

Klu by Aziah Zainal 4⭐

Wani yang berpindah rumah gara-gara tak tahan dengan ejekan teman serumahnya atas faktor fizikalnya. Dia yang merupakan penggemar permainan cari kata sering mengusung buku itu ke mana sahaja. Namun kini mainan itu bagaikan bertukar menjadi satu klu kepada kehilangan seseorang yang tidak dikenalinya. Permainan cari kata yang biasa bertukar sifat. Misteri dan menyeramkan.

Body shaming yang dialami Wani sememangnya boleh kita kaitkan dengan dunia sekarang lebih-lebih lagi di sosial media. Orang mudah mengatakan apa sahaja tanpa mengira perasaan si mangsa. Ejekan yang berlebihan boleh membawa kepada kesan mental yang teruk.

Konsep cerita ini SH suka sangat. Permainan cari kata. Biasanya cerita seram ni kalau mainannya adalah mainan yang berkaitan dengan pemujaan seperti Spirit of The Coin, Jelangkung dan sebagainya. Jadi konsep mainan biasa bertukar seram ni menjadi unik dan menarik.

Namun endingnya sedikit kurang memuaskan. Tergantung. Geram betul. Tapi masih menikmati pembacaan.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
November 11, 2022
ZARA
akak suka cara penyampaian penulis. berselirat dan penuh konflik. sangat tak dijangka pengakhiran. serius. perasaan tak sabar nak tahu selanjutnya buat tertahan-tahan rasa nak selak helaian berikutnya.

zara, hanya ada saiful, suaminya dalam hidup dia. kawannya ramai pinggirkan alasan sebab dia sayang sangat pada patung peninggalan neneknya kerana dikata ada saka. juga gelang peninggalan.

dijodohkan dengan saiful buat dia harap hidupnya ada pergantungan tapi entah kenapa sejak dia pindah ke rumah flat yang dibawa oleh suaminya, perasaannya sangat terjejas.

mual. ternyata garapan penulis buat pembaca pun akan sama rasa mual dengan segala macam perlakuan zara. tak sanggup akak nak taip dekat sini. jijik sangat!

bila keinginan bersulam dengan ilmu yang salah, padah menanti. nyawa jadi galang ganti!


MANUSKRIP
ada sesetengah bahagian puan penulis buat akak senyum sendiri. mana kan tidak, dahla tengah berdebar dengan babak saspens yang dibawa, boleh pula diselit dengan adegan lucu.

riyad yang pusang bila manuskrip yang ditugaskan untuk dia tulis menemui jalan buntu. bakhtiar bosnya seorang pendesak dan mahukan dia siapkan dengan segera dan pastikan dia boleh memenangi pertandingan yang diadakan.

dalam masa yang sama, dia dapat rumah sewa di sebuah kawasan flat yang tenang dan terjaga keharmonian. cumanya keadaan tidak sama bila dia menghuni di tingkat tujuh flat tersebut.

erin juga satu gangguan buat riyad. tapi kehadiran erin dalam suasana yang kelam kabut itulah yang membantu dalam meleraikan kekusutan yang berlaku. plus, watak dia ni walaupun psiko tapi dia bagus sebenarnya. riyad saja yang rasa rimas bila asyik dikejar erin.

bila perasaan tamak dan nafsu bergelora, ingat boleh selamat?


KLU
cerita ini, walaupun akak ada sedikit lost di sana sini tapi boleh dikata topik yang nak dibawa itu menarik.

wani seorang gadis yang digambarkan punya saiz tubuh yang sering menjadi sindirian dapat menyewa sebuah rumah di flat usang. tuan rumahnya, encik dani.

dalam masa yang sama manira, yang pernah kehilangan kawan mendapat klu di mana mahu menjejaki kawannya semula.

semua ada berkaitan kertas klu yang mereka jumpa. anehnya orang lain tidak dapat melihat klu yan g tertulis atau pun kertas klu tersebut akan hilang begitu saja.

akak tertanya, di mana hilangnya maria, isteri dani setelah dia lari keluar dari rumah? akak tertanya juga untuk siapa sebenarnya permainan itu ditujukan dengan alasan apa? dan klu yang dijumpai itu, mana sebenarnya permainan itu?

tapi apa pun penyampaian puan penulis menarik. semuanya berlandaskan pada emosi seseorang sama ada tabah dan redha menerima setiap takdir dan ketentuan.

KESELURUHAN, tiga buah kisah yang menyentuh tentang kehidupan masyarakat di kediaman flat. ada yang dijaga dengan rapi dan ada yang dibiar buruk dan usang.

semuanya atas sikap manusia sendiri sebenarnya. sikap yang utamakan kebersihan, kehidupan berjiran, tanggungjawab sesama jiran dan terbesar juga pada pengurusan yang menyelia kediaman itu. itu yang ada di dalam setiap cerita.

menarik semuanya.
Profile Image for amal_is_reading.
108 reviews69 followers
November 20, 2022
Buku ni adalah kompilasi tiga cerita seram yang semuanya bertemakan kisah seram di kawasan perumahan flat.

Zara:
Mengisahkan tentang Zara yang diganggu perkara-perkara pelik selepas berpindah ke flat mengikut suaminya yang baru dikahwini.
Ada banyak adegan dalam cerita ni yang buat aku geli geleman. Cara penulis garapkan elemen misteri tu agak bagus, membuatkan aku tertanya-tanya apa sebenarnya jadi kat Zara, siapa sebenarnya dalang di sebalik semuanya? Cuma bagi aku ending dia banyak sangat plot twist sampai bila dah habis tu, aku rasa macam, “eh? Lah kenapa tiba-tiba?”
Aku rasa kalau cerita ni berdiri sendiri (bukan berkongsi satu buku dengan cerita lain), mungkin lebih penjelasan boleh diberikan tentang motif setiap antagonis yang diwujudkan.

Manuskrip:
Mengisahkan Riyad yang baru berpindah ke satu rumah flat yang lebih dekat dengan tempat kerjanya. Dia selalu mengalami benda-benda pelik, contohnya seperti ada sesuatu yang menulis manuskrip dalam komputernya.
Cerita ni ada diselitkan unsur-unsur kelakar jugak, membuatkan geli hati juga membaca. Watak Bakhtiar tu memang relatable betul. Kita semua ada kawan yang suka bangga diri dengan apa yang dia ada.
Apa yang mengganggu pembacaan aku, cerita ni agak draggy dan ada banyak pengulangan explain benda yang sama berulang-ulang kali. Halfway through the story, I got bored and I ended up just speed reading sebab nak habiskan cepat-cepat.
Ending dia, predictable but nice with decent closure.

Klu:
Wani baru pindah rumah flat. Hobi dia suka main permainan mencari kata. Di rumah baru, setiap malam dia dapat tiga perkataan yang perlu dikumpul untuk dia rungkaikan misteri yang dihadapi.
Premis tentang permainan cari kata ni menarik. Elemen misteri tu pun memang dapat rasa, buat aku tertanya-tanya.
Secara peribadi, aku rasa garapan cerita ni kurang kemas. Setiap babak rasa melompat-lompat membuatkan aku keliru, apa sebenarnya yang jadi?

Secara keseluruhan, buku ni biasa-biasa saja bagi aku. Elemen seramnya pun kurang rasa. Tapi setiap cerita dalam Projek Seram: Flat ni ada keunikan yang tersendiri yang membuatkan aku masih teruskan bacaan.
Profile Image for Hamidah Effendi.
357 reviews4 followers
June 6, 2025
Ulasan Buku: Projek Seram – Flat
(Ditulis oleh 3 penulis)

Tema utama buku ini adalah segala perkara yang berkait dengan kehidupan di flat. Tapi jangan ingat semua cerita nak takutkan hantu ya — kadang-kadang yang seram tu... manusia sendiri.


---

Cerita Pertama:
Sebuah perkahwinan yang nampak bahagia di permukaan, tapi sebenarnya penuh dengan misteri. Sepanjang cerita, kita akan tertanya-tanya — siapa sebenarnya pasangan ni? Betul ke mereka saling mencintai? Plot twist di hujung cerita buat kita sedar: ada sesuatu yang lebih gelap tersembunyi. Kebenaran yang lambat terjawab, tapi bila sampai… memang lain macam.


---

Cerita Kedua:
Mula-mula memang akan geram dengan watak Bakhtiar. Mulut dia… aduh, memang menyakitkan hati! Tapi bila baca sampai habis, kita mula nampak sisi lain dia. Rupa-rupanya, dialah paling bersungguh cari Riyad bila dia hilang. Siap suruh isteri masak makanan untuk Riyad masa hari pertama dia pindah. Tapi dalam rumah sewa tu... bukan Bakhtiar yang jahat. Ada rahsia lain, dan semuanya terbongkar selepas Riyad pindah masuk. Ending dia pun kelakar — especially masa Riyad jumpa Saiful. Kita pun rasa “terkena” sekali. 🤣


---

Cerita Ketiga:
Cerita ni memang buat kepala pening sikit. Serius, mana satu yang betul pun susah nak beza. Bukan saja syaitan yang main peranan, tapi manusia yang ada masalah mental pun ada. Paling mengganggu, takkan tak perasan rumah tu sebenarnya kosong? Pelik betul. Seram? Ya — especially bila bab “dalam tubuh manusia disedut”. Boleh buat rasa loya. Cerita ni ada vibe psiko dan plot twist yang buat kita terdiam.


---

Kesimpulan:
Kalau kau cari cerita yang bukan klise seram semata-mata, buku ni memang patut kau baca. Ia lebih kepada teka-teki psikologi, rahsia yang perlahan-lahan dibuka, dan kejutan yang tak dijangka. Tak semua cerita menakutkan, tapi setiap satunya ada “maze” yang kau perlu lalui untuk faham siapa sebenarnya dalang.
Profile Image for Sansuriya82.
59 reviews1 follower
February 23, 2025
Projek Seram: Flat menggabungkan tiga cerita seram yang berlatarkan kehidupan di flat. Setiap cerita membawa elemen misteri yang menakutkan.

Dalam Zara, gangguan paranormal mula menguji ketahanan mental pasangan suami isteri yang baru berpindah ke flat, menambah ketegangan pada hubungan mereka. Manuskrip pula mengisahkan Riyad, seorang editor yang terganggu oleh manuskrip misteri yang muncul tanpa diduga, membawanya ke dalam dunia yang semakin tidak rasional. Terakhir, Klu menceritakan Wani yang menyelesaikan permainan cari kata, hanya untuk mendapati jawapan yang ditemuinya membawa petunjuk terhadap kehilangan misteri di flat yang didiaminya.

Secara keseluruhan, novel ini memberikan pengalaman seram yang penuh teka-teki dan kejutan, bagi saya berjaya memikat pembaca yang menyukai kisah seram yang berbeza dan penuh dengan elemen kejutan.
November 19, 2025
Sejujurnya saya merasakan novel kali ini agak mengecewakan, ketiga-tiganya cerita yang terkandung di dalamnya tidak menyeramkan langsung sepertimana yang saya mengharapkan.

Zara☆
Pada pandangan saya, cerita ini agak menggelikan pada permulaannya. Terutamanya sepanjang masa Zara dirasuk akibat angkara perbuatan suami dan ibu mentuanya, saya enggan menulisnya dan jika anda seorang penggeli kemungkinan berasa agak menjijikkan untuk membaca babak ketika Zara dirasuk.

Biarpun ianya kurang menyeramkan dari diharapkan namun jalan ceritanya menarik, pada mulanya saya menyangkakan suaminya seorang sahaja dalangnya. Rupa-rupanya selepas itu ada dalang lain di sebalik kesemuanya, pada akhirnya watak Zara dan Syura adalah mangsa akibat perbuatan sihir tanpa pengetahuan mereka.

Namun saya tidak bersimpati dengan nasib Syura kerana ianya balasan dosa kerana menghalau Zara dari rumah sewa, sepatutnya sebagai teman baik dan rakan serumah. Mereka semua perlu memanggil ustaz/pengamal perubatan islamik yang boleh dipercayai untuk merawat Zara andai patung beruang dan gelang emas pemberian arwah Nenek serta datuknya adalah saka. Akhirnya sampai ke akhir hayat Zara menemui ajalnya, dirinya tidak mengetahui barangan pemberian arwah nenek dan datuknya adalah saka.

Manuskrip ☆☆
Semasa membaca ringkasan cerita di belakang, nampak macam menarik namun setelah saya membacanya sampai habis. Ianya agak mengecewakan saya sangat-sangat, sudahlah watak utama akhirnya kembali bersama bekas teman wanitanya yang pada saya watak Elin agak gila macam penghendap.

Namun penulis patut dipuji kerana membuatkan saya tersalah membuat tekaan, rupa-rupanya dalang yang membunuh adalah orang lain dan watak hantu mati dalam keadaan penuh berdosa. Sudahlah mengandungkan anak luar nikah hasil hubungan dengan suami orang, lepas itu ada skandal dengan dua lelaki yang berbeza dan kedua-duanya suami orang.

Klu☆
Saya pernah terbaca permainan mencari kata namun tidak pernah bermain, cerita terakhir ini dibaca saya terlebih dahulu kerana jalan ceritanya lebih pendek berbanding kedua-dua cerita yang lain.

Sememangnya ceritanya tidak menyeramkan langsung, agak mengecewakan dan membuatkan saya terfikir adakah sudah membazirkan duit membelinya? Jika tidak kerana mahu mengumpul himpunan novel , tiadalah saya membelinya.

Sebenarnya saya tidak mengenali nama-nama penulis untuk , kemungkinan penulis baharu dan masih baharu dalam tema penulisan seram.
This entire review has been hidden because of spoilers.
2 reviews
November 7, 2022
Ketiga-tiga penulis menulis seolah-olah berdasarkan pengalaman seram masing-masing yang pernah tinggal di flat. Kisah yang dipaparkan mempunyai elemen seram dan saspens yang kuat. Selain itu, kisah PS Flat ini lebih dekat dengan pembaca kerana karya ini berlatarkan di perumahan flat yang mana sering kita dengar tentang kisah-kisah seram yang kerap kali berlaku di tanah air. Penulis juga menyelitkan unsur-unsur seram tradisional seperti amalan ilmu hitam dan perjanjian dengan saka.
Profile Image for Rennie .
86 reviews
September 7, 2024
I have finished the first story and i felt bad for Zara, she literally didn't do anything bruhhhh, too bad I can't finish the other two stories because I have to give it back to the library because goddamn how many months have past? Ye past the date that I supposed to gave it back bruh so I rated the first story 3 stars because Zara got her revengeeeeeee :)))))))
Profile Image for Siti Nur.
7 reviews
January 10, 2025
Banyak ile plost twisttt
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.