Jump to ratings and reviews
Rate this book

Terbaik Buatku

Rate this book
SETIAP insan pasti mengimpikan perkahwinan yang bahagia. Begitu juga NUR FATIN NAZURAH. Namun dia tidak menyangka akan berhadapan tragedi kematian suaminya sejurus usai majlis pernikahan mereka. Kematian Fauzan telah memberi impak yang besar membuatkan Nazurah terpaksa melalui kehidupan yang penuh kepedihan. Enam tahun dia menderita dan sukar menerima kenyataan. Pelbagai lamaran yang datang kepadanya selepas kejadian itu ditolak atas alasan dia trauma untuk menyerahkan hatinya kepada sesiapa lagi.

Tanpa langsung dia menduga, kehadiran ZAIN AMSYAR dalam hidupnya kembali membuka ruang kepadanya untuk mengecapi nikmat bahagia. Biarpun memiliki peribadi yang serius dan penuh misteri, Amsyar berjaya menjadi penawar dalam mengubati derita yang dirasai Nazurah selepas mereka dijodohkan atas pilihan keluarga. Waktu yang berputar menjadi saksi jiwa mereka mula berkongsi perasaan. Lantaran itu, masing-masing mengungkapkan kata-kata cinta.

Namun, sikap dan kelakuan Amsyar lama-kelamaan menimbulkan perasaan curiga apabila Nazurah dapat mengesan seolah-olah terdapat rahsia yang disembunyikan lelaki itu daripadanya. Apatah lagi apabila munculnya seorang gadis bernama Adlina di antara mereka. Nazurah semakin panasaran. Lebih mengejutkan Adlina rupa-rupanya mempunyai perkaitan dalam peristiwa hitam yang telah meragut nyawa Fauzan.

Nazurah terluka untuk menelan hakikat kebenaran yang terbentang di hadapan matanya. Keikhlasan Amsyar menikahinya mula dipersoalkan. Mampukah Nazurah menerima realiti yang ditakdirkan buatnya setelah pintu hatinya terbuka luas untuk Amsyar?

482 pages, Paperback

Published November 1, 2022

8 people want to read

About the author

Damya Hanna

20 books165 followers
Intansuhana Ramli or Damya Hanna

Damya Hanna lahir pada 20 Oktober 1982. Merupakan anak kelima dari tujuh orang adik-beradik. Menamatkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dalam jurusan perakaunan. Minat Damya Hanna dalam bidang penulisan bermula ketika dia masih bersekolah rendah lagi. Cuma penyampaian ceritanya ketika itu lebih menjurus pada golongan kanak-kanak. Ketika di peringkat matrikulasi, minat menulis masih belum membara sepenuhnya tetapi masih berterusan menulis dan sering meminta pendapat rakan-rakan tentang ceritanya. Sehinggalah di peringkat universiti, minat itu semakin hari semakin menyala dan di situlah segalanya bermula. Damya Hanna muncul dengan novel pertamanya berjudul BICARA HATI.

Beliau bernasib baik kerana novel ini meletup di pasaran. Novel pertama yang mendapat sambutan jarang-jarang terjadi kepada seseorang penulis. Nampaknya, nasib menyebelahinya. Memandangkan minatnya dalam dunia penulisan tidak pernah padam, Damya Hanna terus menulis hingga kini. Harapan dan impian Damya Hanna, dia ingin terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Bukan sahaja dalam bidang ilmuan untuk menjadi seorang akauntan tetapi juga untuk menjadi seorang penulis yang prolifik dan disenangi ramai. Insya-ALLAH.

Karya-karya Damya Hanna (setakat ini);
1. Bicara Hati (6 Mac 2003)
2. Sepi Tanpa Cinta (22 Jul 2004)
3. Saat Cinta Bersemi (20 Jun 2005)
4. Rela Ku Menanti (4 Mei 2006)
5. Senafas Rindu (30 Apr 2007)
6. Ternyata Cinta (5 Apr 2008)
7. Ilham Hati (15 Jun 2009)
8. Ingin Berkasih Lagi (20 Mac 2012)
.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (27%)
4 stars
7 (63%)
3 stars
1 (9%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,062 reviews200 followers
November 8, 2022
Bukan senang nak move on bila orang yang kita sayang cinta meninggalkan kita. Baru sahaja nikah waktu pagi.. nak sanding petang tu dapat khabar yang tak baik.

Angan pelamin ku musnah - bak kata orang

Lama jugak Nazurah menyendiri. Bila kesihatan ibunya makin berkurangan, Nazurah agreed untuk berkahwin.

Tak sangka jodoh cilent sendiri yang jenis kurang bercakap, beku, dingin and anti sosial.

Marriage diaorang baik² cuma Amsyar suka sangat berahsia. Cubalah berterus terang dengan Nazurah awal².. takdalah Nazurah curious dengan sikap Amsyar.

Bila Nazurah mengetahui kisah Adlina ada kaitan dengan Fauzan.. mulanya Nazurah cam tak boleh terima.

Bila Nazurah ketahui kisah kematian Fauzan, elok saja sikap Nazurah. Nazurah lebih bersimpati pada Adlina.

Kenapa ya watak Hafizi tu cam takda pembalasan. Ehh menyirap pulak darah. And kenapa hafizi tak masuk lokap sebab kematian Fauzan? Dia yang tolak Fauzan sampai kena langgar dengan lori. Tu la yang F tak puashati.

Satu lagi bila Amsyar bertindak nak berpisah dengan Nazurah.. eeeee kecil besar kecil besar F tengok si Amsyar ni.

Kesian Nazurah. Apalah Amsyar ni. Buat keputusan tanpa berbincang. Padahal hati syaang gila kat Nazurah. Bengang tau F.

Sib baik happy ending. Tiba² kan tersuka si Malika dan Noah. Ada ke kisah tentang mereka?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
December 16, 2022
Terbaik Buatku memang aku beli kerana penulisnya. Membesar dengan karya - karya penulis sejak 2005 membuatkan aku tak perlu fikir lama untuk dapatkannya. Aku yakin aku akan tetap selesa dengan gaya penulisan dan penyampaian yang tersusun, puitis dan sampai ke hati.

Bila aku mengikuti kisah Amsyar dan Nazurah yang kedua-duanya ditonjolkan mempunyai pengalaman lepas, sehingga mengekang mereka berdua 'bertemu' dengan jiwa dan cinta, aku jadi terkesan. Sejujurnya, aku lebih terkesan dengan perwatakan dalaman Amsyar. Pada aku pewatakan dan ciptaan dialog bagi Amsyar dan Nazurah adalah X faktor dalam novel kali ini.

Amsyar, seorang lelaki yang terpaksa melepaskan cintanya kerana terhutang budi kepada mereka yang menjaganya. Namun tidak berputus asa mencuba, bertemu semula dengan cinta pertamanya, disaat dia punya tanggungjawab lain. Dia ikhlas pada apa yang diinginkan, telus pada kata-katanya, bertanggungjawab dengan peranannya dan cuba rasional sehingga ke saat-saat paling sukar dalam hidupnya, darah dagingnya, menuntut perhatiannya. Cinta hatinya, menuntut rasa selamat darinya. Mahu biar setia disisinya atau melepaskannya? Dilema seorang lelaki.

Secara peribadi, aku berpuas hati dengan karya terbaru penulis. Selain terkesan dengan chemistry perwatakan dan dialog Amsyar dan Nazurah, aku juga sangat meraikan cubaan pertama penulis yang membawa tema kesihatan & penyakit mental yang pada aku mungkin dari segi olahan nampak sedikit kaku. Konflik yang diketengahkan juga pada aku relevan dengan tema, tentang konflik dalaman terhadap pengalaman lalu dan juga menjadi caregiver. Pada aku, Terbaik Buatku, sebuah kisah cinta yang masih realistik dan matang melalui peristiwa yang dicipta, perwatakan yang kemas, dialognya dan sisipan emosi setara. Recommended!

Tahniah penulis! Semoga terus menghasilkan karya-karya yang lebih baik!
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
November 23, 2022
Satu je tak puas hati dalam novel ni sikap Amsyar yang perahsia.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
July 24, 2023
[eBOOK 87]

Terbaik Buatku by Damya Hanna.
.

Suka! Lama dah tak banyak karya penulis lama. Dan ternyata, otai masih berbisa.
.

Suka bila permulaan cerita lagi, dah rasa aura bunga-bunga cinta antara Nazurah dan Amsyar. Pertemuan di sebuah cafe, ditemani rintik hujan.
.

Lepas tu, barulah lebih terperinci dikaitkan watak-watak tersebut.
.

6 tahun lepas, Nazurah telah berkahwin dengan Fauzan. Baru je beberapa jam dinikahkan, Fauzan meninggal dunia akibat kemalangan.
.

Dan sekarang, Nazurah masih hidup dalam kenangan silam. Banyak pinangan yang datang, dia tolak. Sehinggakan dia akhirnya terpaksa menerima lelaki pilihan keluarganya. Orang itu ialah Amsyar.
.

Suka chemistry Nazurah dan Amsyar. Nazurah yang matang dan berusaha menerima Amsyar. Amsyar lagilah, sangat baik dan memahami Nazurah. Bila hubungan mereka semakin baik, ada dugaan muncul.
.

Dengan sikap Amsyar yang perahsia. Dan hubungan Amsyar dan Fauzan. Apakah rahsia yang disembunyikan? Dan kesudahan kisah cinta mereka?
.

Keseluruhannya, aku suka! Watak yang matang, keserasian antara watak yang padu.
Profile Image for izzatie.
38 reviews6 followers
November 11, 2022
✅ 🥳done...Salah satu melodrama terbaik selepas bicara hati...sbb saya suka dgn watak wanita² ada strong personaliti... Mcm zahlia n sekarang nazurah ..wlpon dipertengahan cerita nazurah nmpak mcm lemah dgn cara dia handle trauma, tp akhir² cerita dia tabah, kuat n kental utk dptkan semula kebahagian dia dgn amsyar. Tahniah Kak Damya dpt hasilkan satu lagi buku yg bermanfaat...dgn isu kesihatan mental yg tidak terlalu berat n boleh dihadam.... Semoga Kak Damya dpt ilham lagi tulis cite² yg best🥰🤪aamin ..

*P.s : lega dpt bca novel melayu yg tatabahasa n pembinaan ayat menepati teras bahasa melayu ...dok jumpa byk novel² cintan² len yg gaya bahasa entah apa² 🙄...tulis mcm tgkap muat ja 🤦🏻‍♀️
Profile Image for AzeeraY.
31 reviews5 followers
November 21, 2022
Novel Kak Damya tak pernah mengecewakan.
Senyum sengih ada, mengalir air mata pun ada, rasa geram nak tumbuk pun ada juga hahaha

Dah lama tak baca buku yang nak take break kejap pun rasa rugi. Keseluruhannya saya suka dan isu kesihtan mental yang dibawa juga baik sekali.

Terima kasih Kak Damya untuk karya kali ni. Moga terus sukses dan diberi ilham untuk karya-karya akan datang.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
February 14, 2024
Ceritanya okay.. Cumanya bukan genre kesukaan Sha.. Tambahan pula watak lelakinya suka berahsia.. Geram je..
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.