"Engkau macam bukan engkau. Mata kau terpejam tapi kau nak lompat dari kelas kita tu ke bawah. Mujurlah Ustaz Muiz sempat pegang kau." -Farid "Komputer riba tu terpasang sendiri. Ada suara budak lelaki menjerit dan meminta tolong sampaike subuh." -Hakim "Dalam rakaman tu ada seorang budak lelaki diikat di kerusi. Dia disiksa dan dibunuh. Dialah yang selalu saya nampak di sekolah. Dia minta tolong." -Hakim
------------------------------------------------------------------------------------ RESTROOM ANGKERB by EB REEZA
"Aku sangat yakin orang yang memuja dengan mantera iblis itu sebenarnya sedang menyeksakan seseorang yang terkurung di dalam tandas. Tapi bagaimana aku nak yakinkan yang lain apa yang aku dengar bukanlah sekadar ilusi. Aku sangat-sangat yakin ada seseorang di dalam sana." -Ezleen "Sebab itulah telinga awak berdarah. Memang itu yang mereka mahu. Tumpuan terhadap suara yang mereka cetuskan." -Isha
------------------------------------------------------------------------------------ BERCAKAP DENGAN SAYA by UJA HAMZA
"Sejak orang tu dah matilah benda ni jadi. Kalau tak semuanya okey." -Mak Ton "Ingat pesan aku, jangan sesiapa pun adik-beradik hampa semua buka mulut pada orang. Benda ni akan ganggu kita sampai mati. Aku simpan mereka untuk jaga kita." -Tok Dunia gelap yang penuh misteri dan mistik. Pelbagai kisah dan pengalaman barangkali dijadikan cerita untuk direnungi.
Beranikah anda melihat dan menyelami dunia suram dan seram ini di dalam KEMBARA MISTIK REMAJA yang lebih santai, namun seramnya tetap meremang.
Hobi memancing bertukar mnjadi mimpi ngeri buat Hakim. Satu hari ketika dia memancing bersama kawannya,Farid mata kailnya trsgkut sebuah laptop. Dia yg sememangnya menginginkn sebuah laptop, mengambil keputusan membawa plg laptop tersebut. Bermula la mimpi ngeri pabila laptop yg disangka tdk lg berfungsi tiba2 hidup dan memaparkan sebuah video ngeri,dimana seorang remaja lelaki diseksa hidup2. Tiap hari, tepat pukul 3 pg, laptop tu menyala sendiri. Pelbagai usaha dilakukan Hakim utk membuang laptop tersebut, tp akhirnya ttp kembali ke biliknya. Hakim pula mulai mengalami perkara2 aneh. Dia yg tiba2 ingin terjun bangunan. Tiba3 cekik diri sendiri. Mujur ada Ustaz Muiz yg membantu utk menyelesaikan mslh tersebut.
Kisah ni menarik dan ringkas. Tapi macam tak puas pasal budak lelaki dlm paparan video tersebut. Teringin nak tau kisah sbnr disebalik laptop tu. 5/5⭐
Restroom Angker - Eb Reeza
Krna terlalu taksub dgn cerita ttg sebuah tandas lama yang telah dipalang oleh pihak sekolah, Ezleen menjadi mangsa seterusnya. Ianya bermula pabila ibu bapanya meminta utk Ezleen ke sekolah asrama supaya lebih fokus utk menghadapi SPM. Bermula dgr bisikan yg didengar membuat Ezleen ingin membongkar kisah yg berlaku. Dia percaya pasti ada orang yg dikurung dalam tandas tersebut. Segala nasihat rakan sebilik, tidak diendahkan. Dia tetap dgn azamnya utk membongkar rahsia tersebut dan akhirnya, dia menjadi mangsa puaka tandas tersebut. Dia bagai ditelan bumi. Terperangkap dlm cermin puaka akibat sikap keras kepalanya.
Kisahnya menarik. Ringkas dan padat. 4.5/5⭐
Bercakap Dengan Saka - Uja Hamza
Msti biasa dgr pasal hantu raya kan. Bila tuannya mati, dia akan berkeliaran mencari tuan baru dan mengganggu orang lain. Keluarga Mak Ton sering diganggu oleh makhluk tersebut. Adakalanya Mak Ton ditindih ketika tidur. Nabil, perangai trlbh beraninya, konon2 memasang taut di kwsn bendang yang dianggap keras tlh membuat hidupnya huru-hara. Tmbh2 brtemu dgn pelbagai entiti sesudah memasang taut. Balik2 terus demam. Maka bermula la kembali episod diganggu oleh makhluk trsebut. Mujur ada Tok Nazran mmbantu.
[Sangkut – Maria Kajiwa] I just knew Hakim was gonna get haunted the moment he didn’t watch the video till the end. But then again, who would? It was literally a gore scene of a boy getting murdered—no thanks. Still, I kinda wish the ending was explored more. Like, what actually happened to the guy in the video? Who was the girl that murdered him? Why did she do it? And how on earth did that laptop end up haunted and start disturbing other people? But one thing I really loved is the friendship between Hakim and Farid. Solid, real, and wholesome. And Khalid? Definitely a great father figure. Loved his character!
[Restroom Angker – Eb Reeza] Maybe because the storyline is quite a common one, it didn’t really hook me. But the author’s writing style and the way everything was presented I think okay je, still enjoyable. Ezleen though... degil tahap petala langit ke-7. Literally the poster girl for “larangan adalah suruhan.” Dah tahu tak okay dengan anak Dato’ tu pun, masih percaya deme dua tu. Hah, good luck la Ezleen cari mangsa seterusnya. You’re on your own, girl.
[Bercakap dengan Saka – Uja Hamza] This was my first time reading anything by Ija Hamza. The story moves pretty fast, so there were a few parts that left me a bit confused—but I kept going and managed to finish it. Dan sesungguhnya, Nabi sangat sangat annoying ye. Doesn’t listen, never learns from his mistakes, and acts without thinking. Just plain degil! Tapikan,As for the ending? Hahahaha I literally stared at the page like, “That’s it?” It just ended. Felt like there should be a continuation or something. But maybe it’s meant to be an open ending, so kita la yang kena pandai-pandai imagine what happens next. Lol. Tapi kan... if that area was actually their territory, why didn’t Mak Ton’s family just move out? It’s not like they inherited the saka or anything, right? It felt more like they accidentally disturbed “something” that was already there. Kan? Betul tak? HAHA
Satu-satunya cerita yang okay cuma Sangkut karya Maria Kajiwa. I know she can do better. Mungkin ada had, jumlah mukasurat mungkin. And of course, the only reason that I bought the book in the first place.
Sangkut - ⭐️ ⭐️⭐️ Always in love with her writing style. Usually, Maria Kajiwa tak akan tinggalkan karya dia tergantung tanpa explanation, what happen in the first place. Bila untuk kali ni dia tinggalkan, saya rasa mungkin kerana kekangan muka surat? Atau percubaan untuk style yang baru? Tak pasti. Not her best, but I read whatever she wrote at this point. That how much I love her.
Restroom Angker - ⭐️⭐️ Lebih banyak persoalan dari jawapan. Not a fan of her writing style. The reasoning behind whatever happen at the school is like too convenience. Kalau dah begitu hebat puaka menganggu sekolah, tak kan lah pihak sekolah hanya sekadar bar pintu dan bagi amaran untuk pelajar untuk menjauhi toilet tu sahaja. Kata sekolah berprestasi tinggi yada yada. Anak-anak Datu dan Tan Sri disitu. Tak mungkin pihak sekolah hanya sekadar begotu sahaja. Perasaan saya ketika membaca karya nie, macam baca cerita pendek dalam majalah sekolah. The names, the diva etc.
Saya ada terbaca karya penulis nie dalam himpunan Kembara Mistik Homestay (juga beli kerana ada Maria Kajiwa), not a fan.
Bercakap dengan saka - ⭐️
Maaf penulis. Saya ada baca pengenalan tentang penulis di awal buku ini. Penulis menulis berdasarkan kisah benar (Lebih kurang macam tu la). The idea is good, the execution is poor. Saya rasa, penulis cuba untuk buat pembaca rasa seperti dia sedang bercerita dengan kita, but it felt weird. It was all over the place. To rush. Kalau kita bercerita masa camping, it might feel good. This did not do it for me. It messy.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Komputer riba yang sangkut dipancing Hakim itu bukan rezeki… tapi bala. Tak boleh hidup, tapi setiap pagi buta dia sendiri menyala dan memaksa Hakim menonton video ngeri yang tak pernah berubah. Setiap percubaan membuangnya gagal. Penampakan mula muncul. Kerasukan mula menular. Hakim cuma nak hidup biasa — tapi benda tu tak pernah melepaskannya. Mampu ke dia tamatkan sumpahan sebelum dirinya jadi mangsa terakhir?
📖 RESTROOM ANGKER ✍️ Eb Reeza
Ezleen… Degil. Tak percaya orang. Tak dengar nasihat. Dan akhirnya — dia sendiri yang membuka pintu itu. Bisikan yang mengejarnya tak berhenti, dan setiap jawapan membawa kepada tanda tanya baru. Apakah kesudahan nasib Ezleen ? Dalam masa yang sama, satu penantian panjang berakhir… tapi meninggalkan misteri lain.
📖 BERCAKAP DENGAN SAKA ✍️ Uja Hamzah
Mak Ton tiap malam ditindih. Pak Abu? Buat tak kisah. Nabil? Sibuk nak cari ikan, tak kira rumah dah berkali-kali diganggu. Akhirnya, dia sendiri disapa. Rumah dah dipagar — tapi gangguan makin kuat. Kalau pagar pun tak mampu halang… sebenarnya apa yang mengganggu mereka? Dan Nabil… serikkah dia lepas terkena tempias sendiri?
kisah yang puan penulis maria kajiwa bawakan memang menarik. kisah komputer lama yang dijumpai sewaktu memancing. awalnya bagai tiada apa tapi jam 3 pagi, terdengar suara jeritan yang kemudian mula mengganggu dan menghantui.
puan penulis eb reeza pula, kisahnya memang mendebarkan. bunyi mentera, suara yang didengari rupanya membawa padah pada manusia yang terlalu sibuk untuk ambil tahu walaupun larangan sudah diberi. akibat sombong dan kedegilan, mengundang!
penulis uja hamzaa, kisahnya sebenar sedikit samar-samar. tentang saka. gangguan yang dialami.
alam remaja memang waktu yang sangat aktif buat manusia. pelbagai benda nak cuba diterokai. kalau yang membawa kepada kebaikan, alhamdulillah... tapi, kalau yang membawa padah? pengajaran itu sangat mahal.
Fav cerita Maria Kajiwa dalam ni. Pengajarannya, jangan sesuka hati ambik barang yang bukan kita punya bawak balik rumah. Cerita Uja dalam buku ni lebih kurang sama macam novel Ghaib (terbitan fixi)