Jump to ratings and reviews
Rate this book

Keadilan Bagi Orang yang Bersolat

Rate this book
Kitab ini menggarap penerangan tentang semua jenis solat, kaifiat atau cara pelaksanaan, tatacara, doa, dan etika atau adab. Bahkan karya ini turut membicarakan panduan lengkap untuk setiap langkah demi langkah pelaksanaan ibadah Haji.

Pada ketika menelaah dengan teliti akan kitab ini, secara tiba-tiba saya tersentak ketika sampai kepada pembacaan bab terakhir. Mungkin terlihat
berbeza berbanding kandungan seluruh kitab ini, kerana dalam bab terakhir ini, perbincangannya adalah tentang kepemimpinan dan keadilan. Pastinya ini menggamit minat dan perhatian saya.

Persoalan yang bermain dalam benak saya ketika itu, “apakah perbincangan berkenaan falsafah keadilan ada kaitan dengan pedoman dan manual untuk mendirikan solat?”.

73 pages, Paperback

Published January 1, 2022

4 people are currently reading
28 people want to read

About the author

Anwar Ibrahim

21 books63 followers
Dato' Seri Anwar Ibrahim is Malaysia and leader of the reform oriented Opposition Coalition, Pakatan Rakyat.

Anwar was invited to join the United Malays National Organisation (UMNO), the ruling party, and the government in 1982, by then Prime Minister Mahathir Mohamad. His rise in the party and in the government was meteoric. He was elected in 1984, as Leader of UMNO Youth and in 1986, became a Vice-President of UMNO. He served as Minister of Culture, Youth and Sports in 1983; Minister of Agriculture in 1984; and Minister of Education in 1986, prior to his tenure as Finance Minister and Deputy Prime Minister in the 90s.

Anwar Ibrahim was the Deputy Prime Minister of Malaysia from 1993-1998. He also served as Minister of Finance, Minister of Culture, Youth and Sports in 1983; Minister of Agriculture in 1984; and Minister of Education in 1986. He was also Chairman of the Development Committee of World Bank and International Monetary Fund in 1998 and president of UNESCO’s General Conference. As a student leader he was the founder of Malaysia’s Muslim Youth Movement and has extensive experience working with Muslim political parties. From 1975 till 1982 he was representative for Asia Pacific of World Assembly of Muslim Youth under Sheikh Hassan Abdullah.

In 1988, Anwar Ibrahim became the second President of International Islamic University of Malaysia. The idea of the establishment of IIUM arose in the Congress of Malaya Islamic University which was organized by The National Organization of Islamic Students of Malaysia (PKPIM) in 1971. The then President of PKPIM was Anwar Ibrahim. This resolution urged the authority to upgrade the Islamic Malayan College. In 2010, Association of Muslim Social Scientist UK awarded it’s prestigious lifetime achievement award to Anwar Ibrahim in recognition of long and distinguished service in the field of politics and economic thought, the promotion of the cause of good governance and commitment to the principles of freedom, tolerance and justice.

Highly respected for his principled stance against corruption and his skillful management of the Malaysian economy during the turbulent period of its financial crisis, Anwar is also viewed as one of the forefathers of the Asian Renaissance and a leading proponent of greater cooperation among civilizations. He is an ardent supporter of democracy and is an authoritative voice in bridging the gap between East and West. As a public servant in Malaysia, Anwar was unrelenting in his campaign against corruption and has been committed to the ideals of empowerment, justice, and equity. He has stressed the need for internal reforms in order to reinforce civil and democratic institutions and to expand the democratic space.

Some of these themes, articulated in his book Menangani Perubahan (Managing Change) and Asian Renaissance. As acting Prime Minister in 1997, for example, he introduced Anti-Corruption Legislation which held public officials accountable for corrupt practices even after their departure from public service. His emphasis on social justice, poverty eradication, education and civil society has guided his career in government to the present.

He has lectured extensively around the world on governance and accountability, the relationship between Islam and democracy, the need for greater civilizational dialogue and contemporary politics in Malaysia and Southeast Asia. His articles and speeches on these subjects have been published widely in leading newspapers and journals around the world. He is respected internationally as a leader in interreligious dialogue and Muslim Christian relations and was one of the early signatories to the Common Word initiative. He has also held lecturing positions at the Johns Hopkins School of Advanced International Studies and St. Anthony’s College at Oxford University.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (31%)
4 stars
7 (43%)
3 stars
4 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
December 15, 2022
Saya menghabiskan bacaan buku ini pada tanggal 27 November yang lalu, ketika saya mendapat salinan ‘softcopy’ PDF. Tengok tajuk sahaja, dan nama di bawahnya, terus duduk dan baca sampai habis.

Di pesta buku hari tu ternampak buku fizikal ini, nipis. Walau dah habis baca, saya beli juga. Untuk simpanan pustaka kami, untuk diwariskan kepada anak-anak.

Satu bab dalam buku atau risalah ini adalah nukilan dan inspirasi daripada Perdana Menteri 10 kita kini. Beliau garap dan tulis ketika menekuni Kitab Munyatul Musalli karya Syakh Daud bin Abdullah Al-Fatani ketika di dalam penjara. Kitab ini dititip seorang sahabat beliau sebelum beliau terkurung dalam penjara. Sebab tu masa saya baca ni, rasa sebak. Perasaan tu lain.

Sesuatu yang menarik bilamana perbahasan tentang solat, cuba diketengahkan sebagai suatu yang ada hubungkait dengan kehidupan bermasyarakat.

Bab terakhir kitab ini adalah perbincangan tentang kepemimpinan dan keadilan. Dan demikianlah ulama besar dahulu menitipkan pesan, bahawa solat yang ibadah khusus itu ada kaitannya dengan kepemimpinan dan keadilan. Ada pesan-pesan utama dengan nukilan hadith dan pelbagai kisah di dalamnya.

Tulis seorang Anwar, “Dalam Islam, kita melanjutkan keadilan sepertimana solat didirikan di khalayak. Keadilan perlu dizahirkan, sebagaimana solat dizahirkan perlakuannya. Ia tidak lagi sekadar suatu slogan atau konsep yang abstrak.”

Dan kita boleh ikuti sendiri lebih lanjut tentang ini dalam ucapan PMX baru-baru ini; ketika pertemuan bersama para ulama dan asatizah di Sri Perdana. Ya, beliau ada sebut dalam ucapannya.

“Kita mesti tetap tawadhuk dan rendah hati, kerana kita mungkin tidak mempunyai jawapan yang tepat. Bahkan jika kita mendapat jawapan sekalipun, kita tidak boleh terlalu gopoh dan menanggapinya sebagai penyelesaian yang tuntas”.

Ini juga antara ungkapan yang menarik yang dicoret.

Solat dan keadilan. Dua perkara yang jarang digandingkan; tetapi rupanya sangat berkaitan.

Moga kita menjadi orang yang bersolat yang menegakkan keadilan.
Profile Image for Siti Sarah Izham.
12 reviews
January 23, 2023

Penulisnya seorang negarawan, pastinya penulisannya bersifat negara. Pembicaraan berkaitan keadilan itu sentuhannya pada pemimpin negara dan rakyat.

Sekalipun begitu tidaklah salah kiranya saya mengulas buku ini dari perspektif berbeza yang prinsipnya kekal antara kebenaran-keadilan-pemimpin-dan dipimpin.

Nabi saw bersabda yang maksudnya: “setiap daripada kamu pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Yang dipertanggungjawab itu bukan sahaja pemimpin negara, tetapi semua yang bergelar jawatan. Kita selalu berimpian mempunyai pemimpin yang cakna rakyat. Tetapi apakah kita yang menjadi pemimpin organisasi ini cukup cakna pada orang bawahan kita?

Kita berimpian pimpin negara mendengar isi hati, perit jernih dan kesusahan kita. Tetapi apakah kita (yg pegang sbg pemimpin mana2 platform) melakukan perkara yang sama? Kita selalu mengharapkan orang lain, tetapi kita tidak sedar kita pun pegang bebanan amanah itu.

Kita mudah mengatakan orang ni zalim, tidak mendengar, pilih bulu, lalu apakah kita tidak melakukan perkara yang sama? Sebab itu pentingnya prinsip kebenaran dan keadilan.

Sebagaimana solat perlu dizahirkan, keadilan juga perlu dizahirkan. Ia tidak sekadar slogan atau omongan pemimpin sahaja. Keadilan bukan bermaksud kita perlu berkecuali atau tidak memihak. Tetapi keadilan itu adalah menegakkan kebenaran, khususnya dalam dunia sarat berita palsu, fitnah memfitnah, mengadu domba, talam dua muka dan menyebarkan maklumat yang menggelirukan.

3 mesej buat pemimpin dimana-mana peringkat sekalipun:-
1. Pemimpin itu bukan Tuhan! Ia akan mati tiba saat ajalnnha di tarik.
2. Pemimpin yang menunjukkan rahmah, belas kasihan di dunia, diakhirat akan menerima balasab kebaikan.
3. Tugas pemimoin menegakka hukum Tuhan san keadilan tanpa ragu.

Kalau-lah semua yang bergelar pemimpin hadam bahawa setiap perbuatannya dinilai oleh Allah, pasti kezaliman itu tidak berlaku. Asabiah, memilih bulu, bermuka-muka, merendahkan orang lain, tidak menghargai kerja orang lain, menidakkan hak orang lain, mempengaruhi orang lain untuk membenci orang lain, bercakap dengan sombong adalah cabang-cabang dari zalim. Ia mesti dijauhi oleh pemimpi yang adil yang mendirikan solat.

“Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar!”

Siti Sarah Izham
#menulisdengannamatuhan
Profile Image for Amirudin Hizadin.
1 review
December 16, 2022
Buku pertama pandangan Anwar Ibrahim yang saya baca. Menjentik kesedaran mengenai prinsip dalam beragama dan beramal.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.