“Dulu, sekumpulan budak-budak muda dari KL datang sini cari kilang lama tu. Bila jumpa, mereka bermalam di kilang tu sebab nak rakam suasana tempat tu pada waktu malam. Tapi, katanya sampai sekarang mereka tak dijumpai. Hilang macam tu saja. Tak tahulah betul ke tidak cerita tu,” beritahu Pak Man.
“Ah, konon cerita budak-budak tu datang ke kilang lama tu sebab nak berpesta pora, bercampur jantan betina tak ada batasan. Agaknya tercabarlah hantu puaka kilang tu bila dia tengok budak-budak tu perangai lebih puaka daripada dia,” ujar Pak Rok pula.
* * *
Kru Paranormal menjejaki sebuah kilang lama di Jeram, Kuala Selangor, lokasi mistik yang sukar ditemui namun selalu disebut dalam kalangan peminat aktiviti paranormal. Rancangan awal mereka hanyalah untuk merakam persekitaran kilang itu, namun disebabkan kereta Zamir tiba-tiba mengalami masalah, mereka terkandas di tempat itu.
Pada tengah malam, Imtiaz diganggu dua lembaga yang hampir hangus. Kemudian dia menjumpai bangunan asrama yang hampir runtuh kerana terbakar, yang menyimpan banyak misteri dan kisah tragis penghuninya.
Dapatkah Kru Paranormal membongkar misteri kilang lama dan asrama yang terbakar itu? Apakah kaitannya tempat ini dengan pelbagai kes pembunuhan hilang kepala di Johor sebelum ini? Ada tragedi besar yang menimpa Kru Paranormal. Adakah mereka akan kembali sama seperti dahulu?
Tajuk: Hantu Kilang Lama Penulis: Khairul Nizam Khairani
Kemunculan semula geng Kru Paranormal menambahkan keterujaan saya sebenarnya. Sudah 2 siri watak mereka direhatkan. Demi mencari content menarik untuk channel youtube mereka. Imtiaz & the geng muncul kembali. Kali ini mereka akan ke Jeram Selangor untuk menjejaki sebuah kilang lama yang dikatakan mempunyai cerita seram tersendiri. Namun, lokasi kilang tersebut sukar ditemui. Itu cabaran mereka tempuhi. -- Namun malangnya, bila sudah sampai. Mereka terkandas di sana dan satu persatu kejadian misteri berlaku. Apa yang terjadi selepas itu?
Apa yang saya boleh katakan, siri ke 5 ini lebih kepada untuk memanjangkan cerita&menjawab persoalan yang ada di siri sebelum ini. Kiranya, persoalan yang tergantung di siri sebelumnya ada yang terjawab di siri ini. Ini saya puji sebab saya tak suka kalau ditinggalkan dengan tanda tanya tanpa jawapan. Namun, siri ini masih ada kelompongannya.
Penulis juga memperkenalkan beberapa watak baru. Tiba-tiba rasa macam nak buat mind map khas untuk watak sahaja. Memang out of nowhere muncul watak dari siri sebelum ini. Memang ada watak yang dapat direcall dan ada yang kena selak semula buku. Mujur saya berbuddy read dengan @prettyandreads & @lysareading . Dapat membantu mengingatkan antara satu sama lain!
Saya lebih beremosi untuk siri ini kerana banyak watak yang tidak mendapat pengakhiran yang baik. Ramai yang menjadi mangsa keadaan. Bercerita mengenai watak:-
• Watak Imtiaz buatkan saya rasa geram . Dia nampak terlalu tenang. Walaupun pada situasi yang cemas. Saya sendiri tak faham adakah itu stail lelaki. Sejenis tidak panik? Memang perempuan saja ke yang akan menggelabah bila ada perkara yang diluar jangkaan?. Sebab saya tak boleh nk rasa perasaan takut dan cemas dari watak Imtiaz. Frust juga mengenangkannya.
• Zamir sangat mencurigakan dari segi tindak tanduknya.
Saya tak sabar nak tunggu siri seterusnya sebab saya harap siri seterusnya tidak menghampakan saya yang sedang gundah gulana ini. Tolong la reveal siapa dalang disebalik semua kejadian pembunuhan kejam ni. Dan si kepala kambing gurun tu. Can't wait. Overall siri Hantu Kilang Lama ini masih boleh dibaca!
1. Episod kali ni membawa bencana kepada Kru Paranormal. Tak disangka pencarian kisah kilang lama yang misteri itu menjadi tragedi yang mengorbankan banyak nyawa tidak berdosa. Kesian Huda!
2. Tindak-tanduk Zamir agak mencurigakan. Red herring or not, bagi saya dia adalah suspek sehingga dibuktikan sebaliknya 🤭🤭.
3. Pelik juga bila pasukan penyiasat polis dan team PGA yang membuat operasi mencari Huda tidak tergerak hati langsung untuk memeriksa timbunan busut, lagi-lagi bila ia mengeluarkan bau busuk. Imtiaz cuma gunakan sebatang besi sahaja, bermaksud tidak perlu penggalian yang rumit. Naaak jugak tunjukkan yang bijak itu Koperal Darina ya.
4. Misteri semakin besar. Bila nak dapat jawapan ni.
✿ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 ✿ Kru Paranormal kembali mencari konten baru untuk channel Youtube mereka dengan menjejaki satu lokasi mistik — sebuah kilang lama. Perancangan mereka lari apabila kereta Zamir rosak menyebabkan mereka terkandas di situ jauh dari pekan untuk meminta bantuan.
Pelbagai misteri aneh dijumpai di kilang lama itu seperti busut yang sangat busuk & bangunan asrama terbakar yang hampir runtuh. Misteri memuncak apabila Imtiaz diganggu dua lembaga terbakar seperti meminta tolong daripadanya.
✿ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓾 ✿ Plotwise, buku ni lebih santai dari 4 buku sebelumnya. Tajuknya macam scary but honestly kita tak rasa seram langsung time baca ni, more to mystery I guess (?) or maybe bcs baca berteman thanks to @lysareading & @ikashoid hihu 👀🤝🏻
As mentioned by @ikashoid, watak lama buat comeback dalam buku ni. Pandai eh author trick, kita dah macam study untuk exam weh 😂 sanggup buka balik buku 1 & 4 hanya untuk cari watak lama yang sebelum ni scene dia hanya lah sepintas lalu yang kita ingatkan takde impact pun to the main story, rupanya TT — Good job author for that! Nak buat mind map lah lepas ni listkan kaitan watak, learn from the lesson! 😤☝🏻
Style buku ni pun lain sikit, banyak lawak yang macam tiber tapi kadang kita terhibur jugak. Oh and kita rasa ni buku first yang ada love line from the Kru Paranormal series? Hahaha Im rooting for you Imtiaz! ✊🏻❤️🔥
Overall, ni bukan lah buku yang top from the whole series sebab dia like more to side plot. However, I do think that this book is a start for something bigger hence why can’t wait for 6th book! 🙌🏻
✿ 𝓡𝓮𝓴𝓸𝓶𝓮𝓷𝓭𝓪𝓼𝓲 ✿ Peminat setia siri Kru Paranormal macam kita & peminat buku genre misteri
Dari buku BAPHOMET lagi aku nantikan bila original member Kru Paranormal akan mainkan peranan besar yang memfokuskan mereka saja dalam cerita ni....dan ini lah dia.
Imtiaz mati akal dek ketandusan idea untuk next content saluran YouTube Kru Paranormal yang ingin dimuat naik. Idea Huda pula kena reject awal-awal kerana tiada satu pun yang baru atau fresh pada pandangan Imtiaz. Akhirnya muncul lah Zamir yang 'hilang' dengan idea tentang sebuah Kilang Lama di Jeram, Selangor.
Waktu menjadi musuh utama 3 sahabat ni, terutamanya buat Huda yang langsung tak selesa dengan lokasi mereka kali ni. Tambah pula bila hujan mula turun dan kereta Zamir rosak tiba-tiba. ( indeed the worst combination for Huda si celupar )
Beberapa jam pada malam tu lah yang menjadi turning point kepada keseluruhannya dan berlakunya beberapa siri kejadian aneh yang membawa kita selangkah lebih dekat kepada agenda sebenar kejadian tanpa kepala tu.
Apa yang jadi pada ahli Kru Paranormal kali ni memang agak unexpected dan kemungkinan akan mengubah dinamik jalan cerita yang melibatkan mereka ni.
Di sini ada 3 kes berbeza sebenarnya yang terjadi di Kilang Lama ni. Tetapi, tak semua berjaya dibongkar.
Jangkaan aku, buku UPACARA HELANG DARAH kelak akan lebih brutal dari yang ni.
Demi satu lagi kisah baru yang mahu diketengahkan oleh Kru Paranormal, Imtiaz, Zamir dan Huda cuba menjejaki sebuah kilang lama yang dikatakan berhantu. Setelah bersusah payah akhirnya mereka bertemu juga dengan kilang yang dicari-cari dan bermalam di sana. Dan tiba-tiba Huda hilang tanpa jejak.
Kisah ini sedikit mendatar di separuh awal kisah. Pace penceritaan semakin meningkat apabila Kru Paranormal membuat keputusan untuk bermalam di kilang tersebut.
Zamir yang dah menghilang selama beberapa siri kini muncul kembali dan menjadi lebih pelik. Macam biskut pun ada Zamir ni. Kejap ada kejap tak. Muncul sekejap kemudian hilang balik. Kasihan dengan Imtiaz yang menghadapi pelbagai perkara berseorangan.
Kembali bersama geng Kru Paranormal kita iaitu Huda, Zamir, & Imtiaz. Imtiaz buntu nak cari cerita mana lagi untuk diupload kat youtube. Tapi, Zamir cadangkan untuk mereka buat cerita tentang kilang lama yang keras di Jeram, Kuala Selangor.
Niat hanyalah untuk pantau, rakam, dan balik. Tapi semestinya tak semudah itu.. Ada tragedi besar yang jadi kepada Kru Paranormal dan kilang tu banyak cerita yang terbongkar. Apa dia?
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯
Kali ni punya cerita, Ad rasa tenang tapi tak puas hati. Kenapa? Tenang sebab kali ni bagi Ad banyak juga persoalan dari kes sebelum ni terjawab. Jadi sedikit sebanyak rasa tenang (walaupun BANYAK lagi belum tahu)😫
Tak puas hati? Sebab part ending.. kenapa? mengapa? Takpelah.. Ad redha dan pasrah 😕
Untuk bahagian plot twist masih twist ke Ad? MASIH KUKUH YE. Penulis memang nak buat pembaca guna otak fikir sama-sama tau. Takde istilah baca tenang, tiada. Dia buat Ad kerah kepala "eh ni watak yang buku ni kan?" "Eh rupanya macam ni jadi kat dia?!" Ha macam tu. Memang rasa macam exam kena selak buku sebelum (tapi Ad tak selak nasib baik ingatan strong walaupun struggle nak ingat sampai termenung) but serious best! 😍
So far, Ad masih sangkut teruk dengan siri ni. Tak boleh stop langsung. Diri sendiri perasan jadi detektif lah tibeh. Bacalah korang. Ad nak marathon buku-buku lain pulak ni. Tapi nervous err.. fuhhh. Byeee nak baca!
sebab teruja bila buku sampai dekat tangan, akak terus baca. lepas tu baru perasan, sepatutnya akak kena baca 4 siri yang dah terbit sebelum buku yang ini. mungkin lebih jelas kut kisah kru ini.
tapi tak apa, sebab cerita sebenarnya boleh aje stand alone. kisah imtiaz, zamir dan huda dalam mencari sebuah kilang lama untuk content mereka. bukan seperti kisah penjejak hantu yang lain, mereka lebih kepada merakam situasi kawasan, kira macam ala-ala dokumentari. tak adalah kisah nak tunggu hantu muncul tu semua.
tapi, insiden mula berlaku bila mereka menemui kilang yang dicari. bermula dengan kehilangan huda, melarat kepada kehilangan zamir bersama nenek dan ibunya. haa...
huda dah dijumpai tapi sekian hal pula jadi. zamir pula... mana dia?
kalau siapa biasa dengan penulisan tuan penulis, mesti tahu yang beliau takkan senang-senang nak 'bebaskan' pembaca. dahlah cerita pun mendebarkan. tambah bila...
Kru Paranormal 5: Hantu Kilang Lama by Khairul Nizam Khairani. .
Selepas 2 buku sebelum ini, geng Kru Paranormal 'berehat', kalini dorang plan nak buat rakaman kat sebuah kilang lama di Jeram, Kuala Selangor. .
Punyalah susah nak jumpa kilang tu. Sampai sana, dah gelap. Tapi dorang teruskan jugak rakaman tanpa menyedari bahaya menanti. Tetiba hujan lebat, kereta takleh start. So, dorang terpaksa bermalam di situ. .
Dalam pukul 2-3 pagi macam tu, Huda hilang. Pencarian berhari-hari, tidak membuahkan hasil. .
Tak lama lepas tu, Zamir pun hilang jugak. .
Imtiaz kembali semula ke kilang lama tersebut untuk menjejaki jejak kawan-kawannya. Namun, lain pula yang ditemui. .
Adakah ini berkaitan dengan misteri pembunuhan tanpa kepala? Dan secara tidak langsung, kisah pembunuhan lain juga terungkai dalam siri kali ini. .
Kisah kalini, ada kaitan jugak dengan rumah perlindungan yang Ajin (dalam buku 4) tinggal sebelum ini.
Kru Paranormal kali ni nak mencari content yang baru dan fresh, untuk channel YT diorang iaitu dengan menyiasat satu misteri di sebuah kilang lama. Tapi malangnya, sesi membongkar misteri kilang lama itu berakhir dengan satu tragedi dimana Huda dan Imtiaz hilang.
Siri kali ni, more focus on watak asal iaitu Zamir, Imtiaz dan Huda. Kalau nak baca buku ni, kita kena baca dulu siri sebelum2 ni, sebab kalau terus baca, mungkin kita x paham jalan cerita secara menyeluruh. Kilang lama tu mmg ada kaitan dengan novel2 sebelum ni.
(spoiler)
Tapi agak kecewa lah, hantu kliang lama tu not actually a Hantu. Sapa yang baca siri ni depa tahu lah yang Kru Paranormal bukan ber-genre horror/seram. Tapi more kpd misteri. Overall, aku suka dgn siri ini.
Trio kembali dalam buku ni tapi dah tak boleh panggil Kru Paranormal lagi lepas ni sebab dah kekurangan ahli. Semua orang tak selamat. Baru muncul semula karakter sebelum tapi umur tak panjang.
Trio Kru Paranormal kembali lagi dalam buku ke-5 dalam siri ini. Kali ini mereka menjejaki sebuah kilang lama yang dikatakan penuh mistik. Misi awal hanyalah untuk merakam persekitaran kilang, namun akhirnya membawa kepada tragedi besar. Macam biasa, selesai sahaja satu misteri (ada yang belum selesai!), muncul lagi yang misteri baru. Semua, yes, semuanya saling berkait.
"Kebencian itu realiti... Kebencian itu realiti..."
Lahhhhhhhhhh. Ingatkan yang jamuan berdarah nanti tu kat cover tu huda dengan imtiaz. Nampaknya mungkin darina dengan imtiaz. Laahhhhhhh. Tapi saya syak si Zamir tu ada kaitan. Sebab kenapa lepas bukak envelope pastu tak cerita pape. Pastu kemain bersedia semua barang cam dah tahu je akan bermalam kat situ.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Seram tapi tak seram sangat, tapi best! Penyiasatan dalam ni menarik dan saya suka build up relationship antara watak-watak dia hehe. Ending dia pula AAAAHH 😭 memang tak expect langsung. Slow sikit, tapi saya tetap enjoy. Tak tahu lepas ni cerita ni nak bawa kita ke mana 👀
Ranking setakat ni: 1. Hantu Misi 2. Imaginary Friend 3. Hantu Kilang Lama 4. Baphomet 5. Shadow People
Kru paranormal muncul kembali untuk mencari content untuk YouTube mereka di sebuah kilang lama di Jeram. Ketika berada di Kilang tersebut mereka mengalami masalah apabila terpaksa bermalam di kilang tersebut. Pada waktu malam berlaku sesuatu kejadian kerana mereka telah diganggu. Mereka telah mengesyaki ada kemungkinan kaitan antara kilang tersebut dengan pembunuhan di Johor.🧐
Buku kali ni banyak menjawab persoalan dalam buku-buku yang sebelum ni. kita buat notes ye senaraikan semua watak dari first series sebab semua berkaitan.