Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kru Paranormal #6

Kru Paranormal: Hantu Jarang Gigi

Rate this book
“Dari dulu lagi banyak orang cerita kononnya terserempak dengan makhluk berbulu lebat dan berbadan besar, berjalan-jalan di dalam hutan. Tapi setahu aku, tidaklah pula dia mengganggu orang. Kecuali ada juga khabar angin hantu gigi jarang ni menculik anak dara orang asli sebab dia berkenan dengan anak orang asli tu,” cerita Ridhuan.

Ghazali terdiam. Dia tidak menyangka Malaysia juga mempunyai versi makhluk seperti bigfootnya yang tersendiri. Kalau di barat ia dikenali dengan pelbagai nama. Bigfoot, sasquatch, yeti, skunk ape dan pelbagai lagi nama. Namun di sini ia popular dengan nama hantu jarang gigi.

* * *

Misteri kehilangan beberapa gadis remaja di daerah Bekok telah menimbulkan kegusaran penduduk tempatan. Malah, cerita yang mengaitkan kehilangan gadis-gadis remaja ini yang kononnya diculik oleh hantu jarang gigi telah menambahkan sensasi kes ini.

Adam yang cacat pendengaran dan buta sebelah matanya baru sahaja berpindah ke Bekok mengikut ayahnya, seorang renjer hutan. Adam bersahabat dengan Shukor dan Amri. Kerana kes kehilangan gadis-gadis ini sedang panas, Shukor dan Amri merancang masuk ke dalam hutan Endau Rompin untuk mencuba nasib mencari mereka. Untung-untung mereka dapat wang ganjaran jikalau berjaya.

Namun, sewaktu di dalam hutan, mereka menemui sesuatu yang tidak dijangka. Amri pula telah hilang dan Shukor cuba menebus rasa bersalahnya atas kehilangan Amri. Dalam pada itu, Adam sering melihat sesuatu yang menggerunkan berhampiran seorang pemuda yang tidak waras bernama Nazri yang tidak dapat dilihat oleh orang lain.
Benarkah hantu jarang gigi ini wujud dan gadis-gadis ini diculik olehnya?

137 pages, Paperback

First published September 21, 2022

1 person is currently reading
18 people want to read

About the author

Khairul Nizam Khairani

46 books59 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
25 (43%)
4 stars
24 (42%)
3 stars
8 (14%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
473 reviews41 followers
June 23, 2024
Kisah kali ini lebih menumpukan pada kisah yang berlaku di tahun 78 dan 79. Kisah kehilangan dan kematian yang kononnya bersangkut paut dengan Bigfoot atau lebih dikenali oleh masyarakat setempat dengan nama Hantu Jarang Gigi.

Membaca naskah ini membuatkan SH tidak puas hati dan tertanya-tanya. Kenapa naskah ini seolah-olah tiada kesinambungan dari kisah yang sebelumnya. Hinggalah hampir ke penghujung cerita barulah nampak kaitannya dengan cerita yang sebelumnya.

Kisahnya seolah-olah telah tamat namun SH masih tertanya-tanya siapakah kelibat wanita yang Adam nampak di samping Nazri yang orang lain tak nampak. Nak kata Azliza, kewujudan Azliza turut disedari Shukor. Jadi siapa kelibat wanita yang dikatakan oleh Adam.

Kisah kali ini sedikit mendatar berbanding dengan kisah yang sebelumnya. Namun masih seronok dibaca dan masih membuatkan otak berpusing memikirkannya.
Profile Image for Ririn Aziz.
795 reviews106 followers
June 13, 2023
Satu rahsia tersingkap, tetapi lebih banyak rahsia yang muncul.
Profile Image for SS.
517 reviews5 followers
November 18, 2022
✒️ Apa nama lain Bigfoot? Bigfoot di Nusantara dikenali sebagai Hantu Jarang Gigi atau Mawas. Makhluk yang seakan-akan manusia tetapi badan dipenuhi bulu dan tinggi.

Penduduk tempatan daerah Bekok gusar dengan kehilangan beberapa gadis remaja yang kononnya dikatakan diculik oleh hantu jarang gigi. --

Tambahan, Ghazali (renjer hutan) yang baru saja berpindah di daerah tersebut bersama dengan anaknya, Adam. Adam yang cacat pendengaran & buta sebelah matanya bersahabat dengan Shukor & Amri. Kes kehilangan gadis yang hilang di hutan Endau Rompin itu telah membuatkan Shukor & Amri merancang untuk masuk ke hutan tersebut untuk mencari mangsa. Namun, apa yang terjadi selepas itu memang tidak masuk akal! Apa agaknya yang terjadi? Benarkah memang wujudnya Hantu Jarang Gigi?

Secara ringkas, sebagai pembaca cerita seram yang sangat cerewet. Saya sangat sukakan dengan siri HJG ini. Satu kelainan dari segi jalan cerita, plot twist dan juga aksi-aksi yang suspen & membuatkan rasa tidak senang duduk. Dengan diceritakan secara terperinci bagaimana keadaan mangsa, cara pelaku melakukan & sebagainya. Terbaik!

Banyak perkara yang tak dijangka sepanjang pembacaan.
Otak blank lepas habis bacaan. Mindblowing.
Agak lama saya reading slump sebab susah nak move on dengan HJG ini. Selain Imaginary Friend. Ini favourite saya 💚

Idea penulis untuk setiap siri memang tidak boleh disangkal lagi. Brilliant! Buktinya walaupun penulis memperkenalkan watak baru untuk HJG ini tapi sebagai pembaca yang mengikuti siri ini, saya tidak rasa terganggu dengan penambahan watak malahan semakin teruja kerana setiap siri seolah-olah saya bermain puzzle. Penuh dengan tanda tanya dan klu yang samar-samar. Rasa seperti sudah dapat menjawab persoalan namun hakikatnya masih jauh lagi puzzle-puzzle dapat diselesaikan. Susunan cerita yang baik. Mudah difahami. Yang penting feel seram itu ada.

4.5 ⭐️ sebab masih ada lagi persoalan yang tidak terjawab. Hari-hari fikir bila next buku nak keluar. Haha. #ikareviewbuku
Profile Image for Mirul.
48 reviews6 followers
December 3, 2022
Woah! Woah! WOAH!!!! Bagi minda, fikiran, akal, sel-sel neutron dan otak aku berhubung jap.

Walaupun jalan cerita yang ini agak slow pada pendapat aku dan personally aku nak tahu lebih lanjut apa istimewanya Adam ni, aku boleh katakan yang plot twist buku ni yang terbaik dan terpaling twist untuk siri Kru Paranormal.

Sumpah unexpected giler!


"𝘈𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘪𝘭𝘪𝘩 𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘯𝘢𝘬 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘬𝘰𝘳𝘣𝘢𝘯𝘬𝘢𝘯. 𝘛𝘢𝘱𝘪, 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘢𝘺𝘢, 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘱𝘪𝘭𝘪𝘩 𝘡𝘢𝘪𝘩𝘢𝘮"


( 4⭐ )
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews62 followers
December 30, 2022
.
Kru Paranormal #6
.
📝 𝗴𝗲𝗻𝗿𝗲: 𝗺𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶, 𝗽𝗮𝗿𝗮𝗻𝗼𝗿𝗺𝗮𝗹
🏷 𝘁𝗮𝗴𝘀: 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗽𝗮𝘆𝗮
⚠️ 𝘁𝘄: 𝗸𝗲𝗸𝗲𝗷𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗺𝗽𝗮𝘂

✿ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 ✿
Sejak Nora hilang setahun lalu, Bekok sekali lagi digemparkan dengan kehilangan beberapa gadis remaja yang kononnya diculik hantu jarang gigi.

Ghazali, renjer baru yang berpindah ke situ tak terkecuali dalam tugas pencarian mereka. Anaknya, Adam yang kurang upaya fizikal bersahabat dengan Shukor & Amri telah berpakat untuk mencari gadis hilang itu namun sebaliknya terjadi apabila Shukor ternampak kejadian mengerikan di hutan, Amri hilang & Adam sering ternampak entiti aneh tidak dapat dilihat orang lain.

✿ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓾 ✿
Author ni memang have a knack la tulis cerita spooky bcs kita baca nota penulis pun dah seram 😮‍💨☝🏻

🪴 3 𝙟𝙖𝙢 — 𝙝𝙖𝙗𝙞𝙨 𝙗𝙖𝙘𝙖 𝙬𝙞𝙩𝙝𝙞𝙣 3 𝙝𝙤𝙪𝙧𝙨 & 𝙩𝙚𝙧𝙢𝙚𝙣𝙪𝙣𝙜 𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙝𝙖𝙗𝙞𝙨 𝙗𝙖𝙘𝙖 𝙗𝙪𝙠𝙪 𝙣𝙞 🪴

Kita awalnya macam —
“𝚑𝚖 𝚌𝚎𝚛𝚒𝚝𝚊 𝚙𝚊𝚜𝚊𝚕 𝚋𝚒𝚐𝚏𝚘𝚘𝚝 𝚓𝚎 𝚗𝚒”;
welp I’m wrong, cerita kalini kita memang hooked! Penuh nota kita 2 pages cari hints & bits. Author pandai tabur misteri satu persatu tapi seram tu still ada — spooky & thrill tu balance! 💯

HJG bagi kita ‘lain’ dari siri sebelum ni. Setting hutan & renjer buat kita teringat kdrama Jirisan. Ada beberapa jawapan kepada buku 1-5 & revealation kepada the whole mystery itself — Baphomet. Oh and plot twist kalini memang kita langsung tak expect weh serius, bak kata Lysa, ternganga weh baca part tu! 📈 —
“𝙽𝚒 𝚍𝚊𝚑 𝚖𝚊𝚌𝚊𝚖 𝚙𝚕𝚘𝚝 𝚝𝚠𝚒𝚜𝚝 𝚂𝚝𝚊𝚛 𝚆𝚊𝚛𝚜!”
@ikashoid & @lysareading jadi saksi kita react gitu 😩🤚🏻

Ah watak dalam buku ni semuanya on point. Disabled person adapting to ‘normal’ world, broken family child, sixth sense, friendship — can you imagine how 140pgs book managed to pack all those but still deliver gracefully? Yes, even thriller, segala emosi lain pun sampai! 🥲☝🏻

𝘼𝙡𝙡 𝙞𝙣 𝙖𝙡𝙡 — 𝙨𝙚𝙧𝙖𝙢, 𝙨𝙪𝙨𝙥𝙚𝙣𝙨 & 𝙨𝙚𝙙𝙞𝙝 𝙖𝙡𝙡 𝙞𝙣 𝙤𝙣𝙚 𝙗𝙤𝙤𝙠, 𝙬𝙝𝙖𝙩 𝙚𝙡𝙨𝙚 𝙘𝙖𝙣 𝙄 𝙨𝙖𝙮? 𝙇𝙪𝙧𝙫𝙚𝙨! 💓

✿ 𝓡𝓮𝓴𝓸𝓶𝓮𝓷𝓭𝓪𝓼𝓲 ✿
Pembaca misteri, this might be your next favourite series 🫡

4.8🌟

Notes: HJG my fav fosho!
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
November 15, 2025
[eBOOK 47_2025]

Kru Paranormal 6: Hantu Jarang Gigi by Khairul Nizam Khairani.
.

Okay, kalini, kita ada watak baru.
.

Ghazali dan anaknya, Adam, baru berpindah ke Bekok kerana Ghazali ialah seorang renjer hutan. Jiran mereka ialah Ridhuan.
.

Oh ya, Adam ni buta sebelah mata dan bisu, tapi boleh mendengar.
.

Pada masa yang sama, hutan Bekok tu digemparkan dengan kehilangan gadis-gadis remaja. Pencarian di hutan pun, tidak membuahkan hasil.
.

Adam ni, ada kawan nama Shukor dan Amri yang sejenis budak nakal. Shukor dan Amri ni, cuba la nak mencari budak hilang tu dalam hutan. Tapi, tragedi menimpa mereka. Amri mati. Shukor pula koma.
.

Kematian tragis Amri dikaitkan dengan hantu jarang gigi.
.

Pada sama yang sama, ada juga watak lain, namanya Nazri. Nazri ni antara yang terselamat dalam kejadian di hutan tersebut suatu ketika dulu. Sejak itu, dia jadi 'gila'. Tapi, yang anehnya, Adam mampu melihat 'seseorang' di samping Nazri.
.

Buku ni pun, ada plot twist yang hebat. Bila duk bertenang tu, akan rasa kagum dengan kehebatan penulis yang mampu melakar cerita dalam timeline yang berbeza, tapi tepat dan teratur.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
November 15, 2022
akak ingatkan tuan penulis nak sambung kisah manakah hilangnya zamir. kisah zamir ni ada dalam siri yang sebelum ini iaitu hantu kilang lama.

tumpuan kisah pada misteri kehilangan dan penekanan pada watak-watak yang punya peranan penting yang buatkan kisah ini jadi lebih mendebarkan. amri, shukor dan adam. amri dan shukor memang bersahabat baik, agak nakal. adam pula bisu tapi boleh mendengar dan matanya buta sebelah. pada awalnya adam gerun juga sebab kedua mereka agak nakal tapi kemudian boleh berbaik.

nazri. tertanya juga, kenapa dia macam tu. tunggu juga bila penulis nak reveal misteri diri dia, tapi bila sampai waktu... adoi... geramnya!

penemuan shukor dalam hutan yang menjadi misteri itu juga agak mendebarkan. nampak dah kaitan kisah lepas dengan kisah yang ini... dan juga mungkin kaitan pada siri baru.

tunggu yang seterusnya.
Profile Image for addreads.
284 reviews25 followers
February 6, 2025
𝙺𝚛𝚞 𝙿𝚊𝚛𝚊𝚗𝚘𝚛𝚖𝚊𝚕: 𝙃𝙖𝙣𝙩𝙪 𝙅𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙂𝙞𝙜𝙞 (6)

4.5⭐️

Di Bekok, panas dengan misteri kehilangan gadis remaja yang dipercayai penduduk situ berpunca dari Hantu Jarang Gigi. Adam dan Ghazali (bapa) yang baru berpindah di situ mula tertanya apa yang jadi. Adam mula berkawan rapat dengan Amri & Shukor.

Amri & Shukor berpakat nak masuk ke hutan untuk siasat tentang kehilangan gadis-gadis itu tapi sebaliknya yang terjadi. Apa jadi sebenarnya? Apa yang dilakukan Hantu Jarang Gigi?

⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯

Selesai buku keenam, dan Ad okay? TAK OKAY! TIDAK SAMA SEKALI! Betul Ninish kata. Ad akan terkentut dan terkejut. Dia punya plot twist kat hujung bukan main sakit eh kepala ni 🫨 masalahnya plot twist tu dia serbu bukan sekali tapi berkali-kali dalam waktu yang serentak & pages after pages. Sangat tak ramah ye perlakuan tu 🤯

Tapi, best ye. Sebab bagi Ad buku keenam ni dah ada penerangan terperinci lebih dari sebelum ni. Dan kepala ni semestinya akan keluarkan dengan teori yang baru 🤭

Jujur tau, cara penulis campak plot twist kat hujung pages memang berjaya buat pembaca akan terus ambil buku seterusnya tanpa rasa ralat. Bagi Ad tu the best part pasal setiap buku ni.

Tolonglah baca series ni siapa belum tu. Pesanan khidmat masyarakat; disarankan tulis di kertas nama-nama yang diseru. Berguna kemudian hari.. berguna.. byeeee

Rating akhir: 4.5⭐️
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
August 20, 2023
Siri kali ini membawa aku ke 45 tahun yang lepas. Menyingkap rahsia sebenar tentang dua identiti yang sangat berkait rapat dengan Zamir. Aku rasa aku dah kena mula buat carta salasilah keluarga Kru Paranormal lepas ni. Ia berlatarbelakangkan hutan Endau Rompin dan sekitarnya. Bermula dengan kehilangan, kepada penculikan, dan terus dengan pembunuhan. Agak tragis bila ada yang jadi mangsa secara tak sengaja. Cuma bagi aku Hantu Jarang Gigi ini kurang suspen sedikit dari siri yang lain.
Profile Image for Syukri.
159 reviews9 followers
June 12, 2024
Penulis memang on point bab plot twist ni. Ingatkan semua watak baru tapi bila tiba akhir-akhir, terus watak yang dkenali muncul.



Misteri mula terungkai sedikit demi sedikit, separuh siri sudah.
Profile Image for Mohammad Aizat Mohammad Hanafi.
98 reviews
January 1, 2023
Tiada plot mistik sangat, lebih kepada misteri yg perlu dirungkai oleh pihak berkaitan. Bila dh lengkap semuanya, baru kena baca semula semuanya utk dptkan kefahaman lebih mendalam yg lebih memuaskan hati. Huhu.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
June 27, 2023
Memang ohsem.. Sedikit patah balik jalan ceritanya dan kebenaran mengenai ibu bapa Zamir..
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.