Buku ini lain sedikit dari buku sirah yang lain yang saya baca. Setiap peristiwa diterangkan pengajarannya secara khusus. Sangat menarik bagi saya kerana ini kali pertama saya jumpa buku seperti ini. Mungkin ada lagi di luar sana tetapi saya tidak tahu. Membaca buku ini membuatkan saya lebih memahami sirah dan sebab-sebab sesuatu peristiwa itu berlaku. Membaca sirah Rasulullah SAW tidak pernah akan habis untuk dihayati sepenuhnya. Ia tetap relevan dan "evergreen" untuk dibaca sepanjang hayat sebagai pedoman hidup. Tersentuh hati dengan perjalanan dakwah Rasulullah SAW dan kehidupan baginda. Semoga ia menjadi motivasi kepada kita untuk menjadi muslim yang terbaik :)