Jump to ratings and reviews

I'm A Thief

Susahnya bila tak cukup duit!

Bekerja keras siang dan malam, namun hidup Neena tak senang-senang juga. Koleksi hutang tetap meriah dikeliling pinggangnya. Sewa rumah, ansuran kereta, bil-bil yang saban bulan menuntut bayaran, lelah dia bergelut demi mengubah nasib keluarga. Semput nyawa!

Tak cukup memaksa tulang empat keratnya bekerja, Neena sanggup bergolok gadai segala harta. Masalahnya bukan harta dia, tapi harta emak dekat kampung. Malang sekali kerana untung pelaburan entah ke mana, rugi juga yang dia dapat.

Dilempar dengan satu per satu ujian, Neena benar-benar goyah. Dia kehilangan segalanya dalam sekelip mata. Yes, everything! Sampai tahap homelesslah jadinya. Sedih betul, muda-muda dah papa kedana.

Namun, satu malam ajaib telah berjaya mengubah nasib Neena seratus peratus. Disaat dia terdesak untuk bertahan, satu ‘hadiah’ besar tiba-tiba jatuh ke riba. Kurniaan yang pasti mampu membebaskan dirinya dari segala hutang piutang. Yang mampu merealisasikan setiap angan-angan dari zaman kecil hingga zaman dewasanya.

750K! Take it or leave it?

Bermula dari saat itu, Neena bukan lagi Neena yang dulu. Takdir hidupnya mula berjalan mengikut apa yang diinginkan. Bebas. Lega. Dia sekarang sudah kaya raya dan seolah-olah mampu membeli dunia. Hebat, kan?

Tapi keseronokan Neena tak bertahan lama. Kesenangan ini datang bersama harga yang terlalu tinggi untuk dibayar. Sekali lagi dia tersungkur, hidup dalam keadaan yang amat sukar. Malah jauh lebih sukar berbanding ketika dia miskin dulu.

Ketika dirinya diburu, dipukul dan diugut oleh sekumpulan samseng, muncul seorang hero sebagai penyelamat. Qir Fahad memang banyak membantu, tapi hujung-hujung tetap mengharapkan balasan. Agaknya memang dah pupus manusia yang ikhlas dekat dunia ni.

“Marry me. Bersama I, you tak perlu lagi jadi seorang pencuri, Neena.”

Marah sungguh Neena dengan permintaan melampau Qir Fahad. Dalam banyak-banyak perempuan dekat dunia ni, kenapa dia juga yang dipilih sebagai bakal isteri? Sedangkan lelaki sehebat Qir Fahad mampu memiliki sesiapa saja. Pergilah petik jari tu!

Namun bila keselamatan emak dan along menjadi taruhan, Neena mula panik dan tidak senang duduk. Satu-satunya perlindungan yang dia ada hanyalah jaminan daripada Qir fahad saja. Suka tak suka, kenalah kahwin juga kan? Nak selamat punya pasal.

Cuma Neena bimbang, bertambah elokkah hidupnya nanti? Atau semakin banyak masalah, konflik dan drama yang bakal menghuru-harakan jiwa?

“Neena.”
“Err, ya?”
“We’re gonna take a long journey, will you walk with me?”

Apa jawapan Neena?

521 pages, ebook

First published January 1, 2022

Loading...
Loading...

About the author

Acik Lana

27 books393 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (25%)
4 stars
14 (45%)
3 stars
7 (22%)
2 stars
2 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,361 reviews253 followers
November 27, 2022
Neena ni sewel la. Tapi tu la if F jumpa duit sebanyak tu mahu ku shopping sampai tak ingat dunia.

Dah kena pukul teruk pun tetap Neena taknak cakap yang betul. Mujur Qir dengar kecoh² dari bilik sebelah dan bantu Neena.

Qir ni ada tunang tapi bila tunang curang dan terhegeh² nak kembali.. Qir terus cakap nak kahwin dengan Neena.

Terkejut Neena tapi dia tiada pilihan lain. Tak terima kang, mak dan abangnya kena kacau nanti dengan gangsters.

Best jugak kisah Qir dan Neena ni. Santai je. Takda konfliks teruk² yang sakit kepala 😁 Neena ni honey-money seorang yang suka dengan duit. Qir pulak layan Neena dengan baik. Mahu Neena tak jatuh sayang pada Qir.

Bila Neena nak kembalikan balance duit.. kena culik pulak Neena. Qir tak marah pun Neena tipu dia sebab Qir pentingkan safety Neena.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books111 followers
November 21, 2022
apa yang korang akan buat kalau tiba-tiba dihadapkan dengan beg yang penuh berisi 750K? tambah lagi waktu tu sanga-sangat terdesak dengan tak ada duit, hutang keliling pinggang, ada masalah di tempat kerja, nak tebus barang kemas emak... haa...

bagi neena, yang obses dengan duit, itu merupakan rezeki buat dia yang selama ini memang sentiasa dalam masalah kewangan dan terlalu percaya pada kawan yang konon pelaburan akan mendatangkan keuntungan. dengan duit itulah dia membayar hutang, tebus barang kemas emaknya dan berbelanja mewah seperti apa yang dia inginkan selama ini.

tapi, dia lupa nak siasat, dari mana punca duit itu. haa... hambik kau neena. dah sah-sah duit tu bukan kau punya!

dalam masa yang sama qir ferhad yang sedang dalam masalah dengan tunangnya yang curang. depan matanya sendiri dia melihat yumira melakukan adegan yang tak senonoh dengan lelaki dikenali dengan nama sean. putus. itu yang dia lakukan. dia putuskan segalanya dengan yumira termasuk belanja hidup yumira yang selama ini di bawah tanggungannya.

neena dan qir bertemu atas sebab dan alasan yang tersendiri. neena kerana samseng yang mahu tuntut kembali wang milik mereka dan qir yang mahu lepaskan diri dari rayuan tak masuk akal yumira.

tawaran berkahwin memang pada awal neena tak setuju. eh... takkan akak nak cerita semua kisah dalam ebook ni, kan? serius babak seterusnya mendebarkan weiihh... baik korang beli. puan penulis cantik pun tengah open oder untuk buku fizikal. serius, sebuah karya yang sangat sedap dibaca.

banyak hal-hal kehidupan yang diselit cantik dalam karya ini. kaya memang bukan segalanya tapi dalam dunia sekarang memang semua memerlukan duit. ramai aje sebenar yang sama seperti watak neena. tambah pula bila dia sendiri digambarkan dibesarkan dalam keluarga yang cukup-cukup saja. sebab itulah, mereka sekeluarga sering diperkotak-katikkan oleh kaum keluarga sendiri.

duit juga mampu beli cinta. itu yang berlaku pada yumira. sebaik mana pun qir, dia tetap berpaling pada sean. nafsu sebenarnya ni...

manusia seperti qir ni ada, tapi sukar hendak bersuara. dia miliki semua. yang dia mahu cuma penghormatan, kejujuran dan kasih sayang yang bersulam dengan setia. lain dia tak pandang dah.

jadinya, jadi pencuri ni memang salah. tapi, kalau curi hati macam mana ya? hehe...
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,371 reviews71 followers
September 30, 2023
[BOOK 137]

I Am A Thief by Acik Lana.
.

Ni cerita santai-santai je.
.

Kisahnya Neena ni seorang yang gilakan duit. Puncanya sebab keluarganya miskin dan selalu kena sindir dengan saudara-mara.
.

Neena ni gila-gila kerja untuk cari duit, tapi pada masa yang sama, boros jugak. Dia join segala trading yang scammer tu jugak. Habis duit macam tu je.
.

Sehinggalah pada satu hari, dia terjumpa duit RM750K. So, apa lagi, joli sakan la member tu. Beli baju branded, pergi color rambut, duduk hotel mewah.
.

Pada masa yang sama, Dato Qir Fahad pulak baru putus tunang sebab tunangnya curang.
.

Apa jadi bila sebenarnya duit RM750K tu ialah milik gengster? Selamatkah Neena?
.

Okay, bagi aku, cerita ni memang santai je. Kadang-kadang rasa tak logik jugak. Dalam kepala aku, bila gengster tu jumpa Neena, dorang ni pergi jual Neena ke apa. Tapi Neena ni kena belasah je la.
.

Dan hubungan Qir dan Neena ni, macam terlalu cepat. Dahlah Qir baru lepas kena tipu dengan tunangnya, tapi boleh pulak dia percaya Neena yang konfem pencuri ni.
.

Dan part Neena kena culik, speechless je aku bila Qir tunggu panggilan phone daripada penculik tu, kat rumah je. Tak lapor polis, tak suruh kuli-kuli dia siasat ke. Well, Dato kot. Dan si penculik tu pun, bimbo nya lahai. haih.
.

So, kesimpulannya, jangan mencuri. Watak Neena ni beruntung, akhirnya jadi Datin. hurm, Kalau kita yang mencuri, dah mereput dalam penjara je la.
Profile Image for Siti Nuraishah.
6 reviews1 follower
May 2, 2023
Always waiting for the new novel from Acik Lana.

But honestly this book didn’t reach my expectation. Pada Awalnya sangat suka dengan jalan ceritanya. Sehinggalah Qir bertemu dengan Neena. I can’t feel the love chemistry between this two. How come Qir can suddenly trust new person yang dia baru jumpa sampai bagi 200k padahal dia baru je lepas frust dengan tunang dia yang dah kenal almost 6 years.

And geram gila dengan perangai Neena yang nak sorok sangat duit 600K even after dah kena belasah teruk gila, boleh lagi nak menipu. Even after married still dia nak sorok the truth yang dia simpan duit tu. Entah apa2 je, dah sampai samseng tu nak ganggu masa dia kahwin pons still nak sorok. The samseng dalam cerita ni pon tak terlalu samseng. Dengan perangai Yumira. Entahlah tak ada konflik pon or klimaks pon dalam cerita ni macam mendatar je. Qir just too greeeeennnnn. I’m believe memang women will fall all over heel dengan watak Qir, tapi it doesn’t make sense for the guy terlalu percaya pada Neena. Sesenang je dia keluar duit sana sini.

Bukan tak suka watak terlalu greeen, tapi entahlah mungkin greennya watak Qir tak menepati dengan jalan ceritanya yang menyebabkan rasa biasa je watak ni.

Hopefully Acik Lana can come out dengan cerita yang lagi best dan menarik jalan ceritanya. Its you dengan bintang novel tu best gila. Suka ceritanya.
Profile Image for Mohd Ashmunir.
210 reviews3 followers
March 13, 2024
AL never failed to amazed me with her books. This time around novel yg ditulis ringan je tp tetap seronok dibaca… Kisah Niena and Qir Fahad sweet je and bergula and bersemut… konflik pn ringan je cuma tuelah geram dgn Mak Sal n Mak Wani… dr sindiran akhirnya trus menybbkan Niena nie obsess dgn duit sbb nk ubah kehidupan mereka yg kurang senang…

Lantas mcm2 Kja dilakukan dan pelbgai cara dilakukan utk membiakkan wang and tertipu dgn pelaburan yg scam… smpai sggup menggadai brg kemas Mak nya… tp dlm geram dgn Niena nie kta faham perasaan dia nk jd kaya… klau ak pun jmpa mulut saudara mara mcm Mak Sal n Mak Wani pun bleh jd mcm Niena nie kot… hahah…

Apa2 pun best… hehe
Profile Image for Nur Xrasha.
9 reviews
February 3, 2023
Awal cerita sangat menarik dan suka dengan perangai Neena yang agak sengal tu haha, tapi bila hero and heroin saling menyukai satu sama lain, dah jadi cam tak best sikit,..pastu cam mudah sangat saling suka, feel tu tk dapat nk rasa sngat, tiba2 dah saling suka, haaa camtu laaa. Agak rush sikit,...masalah si hero dengan ex pun agak meleret and tak sudah2 dri awal smpai akhir, nasib laaa last2 over jugak hubungan mereka berdua.

Bacaaan santai, dan tak banyak konflik, overall, 3 stars only from me.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Izz.
421 reviews9 followers
August 30, 2023
Qir Fahad, jejaka yang tak perfect sangat sebenarnya, tapi dia memang cool. Cara dia handle Neena sangat cool. I like.
Profile Image for Rafidah Razak.
3 reviews
January 17, 2024
Neena ni dia punya sewel tak tahu nak habaq cemana. 😂 but to me ML is walking on the green flag. Cara penerimaan dia tentang kelakuan Neena sangat matang.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews