Rindu itu sentiasa ada dan takkan pernah padam. Walaupun dia sendiri tak tahu rindu itu untuk siapa. Sakit dan perit hanya Tuhan tempat dia mengadu.
"Kenapa aku asyik rasa macam ni? Untuk apa aku menangis. Ya Tuhan..." - ILYANIE
Selama bertahun-tahun hanya dipandang dari jauh. Apabila di depan mata, terasa rindu itu menyesak jiwa. Ingin menjauhkan diri, tapi hati merintih hiba.
"Someone once said to me, love is like a wildflowers. It's often found in the most unlikely places." - DATO YASEER
Perasaan itu mendekatkan mereka semula. Ilyanie yang mendesak. Yaseer yang pasrah. Kedua-duanya mengalah dengan hati yang sarat kerinduan.
"Please... saya tak boleh berhenti dari fikirkan tentang awak, Yaseer. Saya rasa ingin mati bila semua orang berdalih." - ILYANIE
Satu jawapan, menjelaskan segalanya tentang mereka berdua.
"Always and always will be. Forever." - DATO YASEER
Kasih yang bertaut kembali tak mencukupi untuk menceritakan kisah mereka yang terdahulu. Ilyanie yang lupakan segalanya. Yaseer yang kekal misteri dan perahsia.
'Ingatkan aku tentang dia.' Hanya itu yang dipinta Nurul Ilyanie untuk terus mengingati Yasser Isaac. Meski pun dia lupa pada segalanya, biarlah ingatannya pada Yaseer akan tetap terus terpahat sampai hujung nyawa.
Yaseer Ilyanie. Puas hati betul baca cerita ni. Rasa terbuai sangat dengan layanan Yaseer terhadap Ilyanie. Walau ada diselitkan sedikit adegan bilik tidur, namun ianya masih terkawal dan tidak berlebihan. Itu pun dah cukup. Tak perlu berlebihan yang boleh buat orang muntah hijau.
Ilyanie yang seakan hilang ingatan. Tidak ingat apa yang berlaku sebelumnya. Tiga tahun Yaseer jauhkan diri dari Ilyanie kerana tidak mahu menganggu emosi isterinya itu. Namun setelah isterinya dibenarkan pulang dari hospital, Ilyanie tertanya² siapa dirinya yang sebenar. Dia sering berasakan kerinduan pada seseorang sehingga mampu membuatkan dia menangis keseorangan tetapi dia tidak tahu siapa yang dia rindu.
Bila Yaseer pindah masuk ke rumah bertentangan dengan rumah parents Ilyanie, isterinya itu dapat merasakan sesuatu. Seperti ada daya tarikan untuk dia memerhati dan dekat dengan Yaseer. Namun akhirnya setelah pelbagai peristiwa berlaku, Yaseer akhirnya terpaksa berlaku jujur dengan Ilyanie. Mengakui tentang hubungan mereka berdua. Cuma apa yang berlaku sebelumnya memang disimpan utuh dari pengetahuan Ilyanie.
Yang menariknya di sini bila cerita ini bukan sahaja berkisarkan tentang cinta. Tetapi ada juga diselitkan sedikit teka teki yang membuatkan kita mahu ikut sekali untuk mencantumkan puzzle yang ada.
Cerita ini tiada konflik yang besar. Tetapi ianya mampu untuk saya stay dan habiskan pembacaan dengan kadar segera. Tak sanggup untuk tertanya² untuk tahu apa selepas ini, next, next. Memang penasaran. Apapun Dhiyana, awak memang mampu untuk membuatkan saya tersenyum bila membaca cerita dari anda🥰
apa yang akak dapat simpulkan selepas habis baca, naskhah ini berat menceritakan keadaan ilyanie selepas melalui keadaan trauma. sepanjang pembacaan dok terfikir, apa yang trigger fikiran ilyani hingga dia lupa akan segala benda termasuk suaminya, yasser.
watak yasser pula, dia ni shut down apa saja tentang dirinya. hinggakan aina, si pemberita tu pun salah sangka yang yusrina itu isterinya. dia sentiasa ada dekat dengan ilyanie sebab mahu kawal keadaan isterinya.
naluri. inilah penguat ilyanie. dia tau yang dia tak ingat akan hal-hal lepas tapi naluri dia sentiasa mahu memberitahu sesuatu. hebat, kan?
itu ajelah kut. kisah yang buat ilyani trauma tu, korang kena baca sendirilah kalau nak tahu apa dia. tentang pemberita cabuk tu... kihkih... pening kau bila diberitahu siapa yasser. mendapatla...
Done ✔️ #YaseerIlyanie Beli dah lama,tapi malam ni baru ada mood nak membaca.Kalau kisah ni dipanjangkan lagi mungkin lagi best kot.Cik N paling suka sikap yaseer,lembut je dia layan ilyanie 👍